CERPEN PENDEK.docx

7
Pagi yang biasa. Matahari yang mula mengelitik awan nipis itu tak beri cahaya lebih ke dalam hatinya. Awan terus berlalu, sama gerak dengan angin lembut jam 7:50 pagi ini, tapi dia masih kaku. Dia tahu memang sekarang jam 7:50 pagi, tapi bukan dari pergelangannya, di situ hanya ada kulit kering dan kosong, tapi kerana matanya berkali-kali mengerling jam besar di belakang kawasan perhimpunan. Rasanya sudah dua tiga kali pengawas mengarahkan dia berdiri tegak, tapi dia endahkan. Hatinya tak sabar. Lama sudah dia menanti. Lama, sejak dari guru besar baru bertukar, dan ada program baru sewaktu perhimpunan pagi, dia menanti hari ini. Resah, kurang dari sepuluh minit perhimpunan akan tamat, tapi tak juga ada program itu. Belum pernah lagi selewat ini, belum pernahpun sekali dibatalkan. Malah, kalaupun hujan lebat, akan diadakan juga di kantin. Tetap ada. Mesti ada. Dia tunduk, menguis kaki beberapa kali. Rasa bagai mahu menitik air matanya, kecewa. Namun cepat sahaja dia pendamkan rasa itu, terutama bila ada pelajar berbaju biru mendekatinya. Badannya ditegakkan, pengawas tadi berdiri di sebalahnya. Orang yang sama. Bau bedak yang sama dari tadi. Dari hujung matanya dia nampak pengawas itu mula mengeluarkan pen dan buku denda. Ah, kacau. Jantungnya berhenti sebentar. “Muhammad Afiq bin Zainal.” Jantungnya berhenti untuk lagi sesaat. Bunyi pembesar suara tak berapa jelas, tapi, apabila pelajar lain mula memandang ke arahnya, dia yakin itu nama yang disebut. Dia tersenyum, dan lebih lebar saat pengawas tadi menyimpan kembali pen dan buku dendanya. Dia bergerak ke hadapan, langkahannya diatur kemas. Waktu yang sama telapak tangannya diintai. Takut-takut baris doa yang ditulis menggunakan pen sebelum ke sekolah tadi subuh, terpadam. Bibirnya senyum senang bila melihat tulisan itu masih pekat. Walaupun malam tadi dah dicuba untuk dihafal, tapi masih juga dia buat persediaan. Takut terlupa dek gubra, dek gelabah. Hari ini, dia mahu jadikan berlainan dengan hari lain. Doa hari ini bakal ada tambahan. Songkok lusuh di atas kepalanya dikemaskan, sebelum mendaki anak tangga. Satu, dia nampak Guru Besar tersenyum manis. Dua, matanya

Transcript of CERPEN PENDEK.docx

Page 1: CERPEN PENDEK.docx

Pagi yang biasa. Matahari yang mula mengelitik awan nipis itu tak beri cahaya

lebih ke dalam hatinya. Awan terus berlalu, sama gerak dengan angin lembut jam

7:50 pagi ini, tapi dia masih kaku. Dia tahu memang sekarang jam 7:50 pagi, tapi

bukan dari pergelangannya, di situ hanya ada kulit kering dan kosong, tapi kerana

matanya berkali-kali mengerling jam besar di belakang kawasan perhimpunan.

Rasanya sudah dua tiga kali pengawas mengarahkan dia berdiri tegak, tapi dia

endahkan. Hatinya tak sabar. Lama sudah dia menanti.

Lama, sejak dari guru besar baru bertukar, dan ada program baru sewaktu

perhimpunan pagi, dia menanti hari ini. Resah, kurang dari sepuluh minit

perhimpunan akan tamat, tapi tak juga ada program itu. Belum pernah lagi selewat

ini, belum pernahpun sekali dibatalkan. Malah, kalaupun hujan lebat, akan diadakan

juga di kantin. Tetap ada. Mesti ada. Dia tunduk, menguis kaki beberapa kali. Rasa

bagai mahu menitik air matanya, kecewa. Namun cepat sahaja dia pendamkan rasa

itu, terutama bila ada pelajar berbaju biru mendekatinya. Badannya ditegakkan,

pengawas tadi berdiri di sebalahnya.

Orang yang sama. Bau bedak yang sama dari tadi. Dari hujung matanya dia

nampak pengawas itu mula mengeluarkan pen dan buku denda. Ah, kacau.

Jantungnya berhenti sebentar.

“Muhammad Afiq bin Zainal.”

Jantungnya berhenti untuk lagi sesaat. Bunyi pembesar suara tak berapa jelas,

tapi, apabila pelajar lain mula memandang ke arahnya, dia yakin itu nama yang

disebut. Dia tersenyum, dan lebih lebar saat pengawas tadi menyimpan kembali

pen dan buku dendanya.

Dia bergerak ke hadapan, langkahannya diatur kemas. Waktu yang sama

telapak tangannya diintai. Takut-takut baris doa yang ditulis menggunakan pen

sebelum ke sekolah tadi subuh, terpadam. Bibirnya senyum senang bila melihat

tulisan itu masih pekat. Walaupun malam tadi dah dicuba untuk dihafal, tapi masih

juga dia buat persediaan. Takut terlupa dek gubra, dek gelabah. Hari ini, dia mahu

jadikan berlainan dengan hari lain. Doa hari ini bakal ada tambahan.

Songkok lusuh di atas kepalanya dikemaskan, sebelum mendaki anak tangga.

Satu, dia nampak Guru Besar tersenyum manis. Dua, matanya tertancap pada

mikrofon yang setiap pagi, sejak lima bulan yang lalu digunakannya untuk

membaca doa. Tiga, waktu dia mula berpusing ke arah mikrofon itu, guru besar

tiba-tiba menghulurkan tangan untuk dijabat.

Page 2: CERPEN PENDEK.docx

Kakinya terkujat, mukanya terpisat. Keliru. Tapi, bila guru besar menggerakkan

tangannya sekali lagi, cepat sahaja dicapai dengan kedua belah tangan dan dicium

hormat. Saat tangan mereka berenggang, ada bungkusan kecil dibawa ke atas

pentas. Dia menggaru kepala,

“Cikgu, hari ni saya tak payah baca doa mula kelaskah?” Tak sengaja mulutnya

mengaju soalan, tak sengaja juga suaranya cukup kuat untuk sampai di mikrofon

dan didengari satu perhimpunan. Habis barisan guru dan murid tergelak geli hati.

Guru besar, juga tak terkecuali, tapi pantas menutup mulutnya. Lelaki lima

dekad itu mencapai mikrofon. Pelajar mula kembali mengatur baris. Barisan guru

mula berbisik perlahan.

“Ustaz kecil kita ini tak sabar nak baca doa.” Bibirnya yang dikelilingi dengan

misai nipis dan janggut tebal itu tersenyum. “Sampai tak dengar pengumuman saya

sebentar tadi mungkin.” Murid-murid di hadapannya, dengan spontan tergelak.

“Sabar, jangan gelak kuat sangat. Murid-murid, kamu semua ikut cikgu ya.”

Semua pelajar diam. Afiq juga diam. Dia masih kabur, mukanya cukup

menggambarkan betapa dia kalut di atas sana.

“Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Muhammad

Afiq. Allah selamatkan kamu.”

Suara guru besar yang garau dan jelas kurang sedap itu, diikuti oleh semua

murid. Sedikit demi sedikit, jadi seakan alunan yang memang tidak elok nilai

melodinya, tapi cukup tinggi nilainya untuk Afiq. Barisan guru turut berdiri, sama-

sama mengalunkan lagu empat baris itu.

Matanya merah, dia teresak kecil, tapi masih dipaksa bibirnya untuk senyum.

Saat itu, bila lagu sempena hari lahirnya itu mulai sedikit demi sedikit menjadi

perlahan, belakang badannya ditepuk perlahan oleh guru besar. Bungkusan tadi,

dibawa ke atas oleh pembantu pengacara majlis, dan guru besar menyampaikan

sendiri ke tangannya.

“Selamat hari lahir Afiq.” Afiq, mencapai bungkusan itu dengan kemas,

kemudian cepat mengucup tangan lelaki tua itu. “Terima kasih ayah.”

“Mulai hari ini, setiap pelajar kita akan beri hadiah hari lahir. Kita akan belajar

menghargai umur dan meraikan rakan kita.” Suara guru besar dibalas dengan

tepukan gemuruh dari para pelajar.

Page 3: CERPEN PENDEK.docx

“Hari ini hari jadi Muhammad Afiq, cikgu pilih dia sebagai orang pertama bukan

kerana dia anak cikgu, tapi kerana dia pelajar contoh. Sebelum cikgu kenal dia lagi,

ramai cikgu yang lain banyak ceritakan tentang sikap cemerlangnya. Muhammad

Afiq, awak boleh baca doa sekarang.”

Anak kecil itu mengesat air matanya. Mengawal perasaannya bagi mengelakkan

bacaannya terganggu. Dengan tangannya memegang bungkusan tadi, ditadahkan

tangannya dan merapatkan bibirnya ke mikrofon. Murid-murid lain turut mula

menadahkan tangan.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani…”

Guru besar mencapai bungkusan tadi dan meletakkan di meja sebelah pentas.

Nasib baik, kalau tidak, mesti dia tak dapat membaca doa tambahan pada telapak

tangannya. Bacaannya diteruskan, lembut dan teratur. Seperti biasa, dimulakan

dengan puji-pujian kepada Allah, diikuti dengan doa penerang hati, doa awal pagi,

doa pelajar. Dia berhenti sesaat dua, selalunya sampai di sini doanya akan tamat

dengan selawat ke atas Rasulullah, tapi hari ini tidak. Semua orang memandang ke

arahnya. Semua, termasuk tukang kebun yang turut berhenti untuk sama-sama

berdoa.

“Ya Allah, ampunkanlah diriku dan kedua ibu bapa ku, dan kasihilah mereka

seperti mana mereka mendidikku sewaktu kecil.” Dia menelan liur. Buat pertama

kali dia membaca doa ibu bapa di sini.

Setahun yang lepas, hari yang sama, dia tidak peroleh apa-apa untuk hari

jadinya. Tapi, sepanjang kelas, sedaya upaya dia melipat origami burung jinjang

sebanyak mungkin untuk diberi kepada ibunya. Hari ini hari jadi ibunya juga.

Masakan dia mampu untuk membeli hadiah. Mahu menabung duit poketpun, jauh

sekali. Ibunya memang tak pernah memberi wang belanja, makan minum waktu

rehat semua disiapkan dalam bekal. Afiq paling suka bekal nasi goreng ibunya.

Walaupun kosong, cuma ada telur sebagai peneman nasi, tapi itulah yang paling

enak.

Dulu pernah dia kepingin nasi lemak kantin, puas diampu kawannya untuk

sejamah cuma. Tapi, bila disuap ke mulut, susah benar mahu menelan. Entah apa

yang kurang. Memang sukar sungguh dia makan makanan selain dari air tangan

ibunya.

Page 4: CERPEN PENDEK.docx

Tahun lepas, tarikh ini, bekal nasi goreng ibunya cepat dihabiskan. Hari ini ada

tambahan ayam goreng. Enaknya, tak boleh digambar. Dia tahu, itulah satu-

satunya hadiah hari jadinya. Tapi ibu takkan pernah melafazkan pada mulut. Ibu

tidak akan lafazkan pujian. Namun kalau dia marah, cepat sahaja terzahir, lebih lagi

kalau berkaitan dengan hal persekolahan.

Habis sahaja nasi goring istimewa, terus kertas kecil dilipat-lipat sampai jadi

seakan bentuk burung. Kertas itu, cumalah baki helaian buku nota tahun lepas.

Mujur ada kertas warna-warni tambahan dari saki-baki projek kelas pendidikan seni,

boleh manambah ceria walau sedikit. Siap satu, dilipatnya satu lagi. Sampailah

loceng rehat tamat.

Waktu kelas puala, burung-burung itu ditampal ke atas sekeping kertas kadbod.

Itupun, juga lebihan dari kelas pendidikan seni. Ditampalkannya berbentuk hati, dan

di tengahnya Afiq lukis gambar seorang lelaki, seorang perempuan dan seorang

anak kecil.

Dibawah lukisan itu, ada tulisan “Abah, ibu dan Afiq”. Kemudian, di bawah

bentuk hati itu, dia tuliskan “Afiq sayang ibu. Terima kasih ibu. Selamat hari lahir.

Terima kasih sebab lahirkan Afiq dan sayang Afiq. Terima kasih Ibu dan Abah. Afiq

sayang semua.”

Bila loceng tamat kelas berbunyi, Afiq pantas berlari ke rumah. Hatinya pingin

cium tangan ibunya, mahu peluk perempuan itu erat-erat dan sampaikan hadiah ini.

Dia mahu tolong ibunya masak sambil menunggu ayahnya pulang dari kebun.

Kakinya laju sahaja berlari. Dia mahu buat semuanya dan beri ibunya gembira.

Bila keluar sahaja dia dari pagar sekolah, sebuah kereta Proton Wira dua tiga

kali membunyikan hon dan berhenti di sebelahnya. Kereta Cikgu Ahmad, guru besar

ketika itu. Tanpa tahu alasannya, dia turut pelawaan Cikgu Ahmad menaiki kereta

ke rumahnya. Waktu itu, hatinya terasa lain.

Kereta Proton Wira Cikgu Ahmad meluncur laju, seakan itulah laju degup

jantungnya. Tangannya menggenggam kadbod biru itu erat. Semacam rasa tidak

enak menjalar sekalian urat-uratnya. Resah.

 

“Afiq sabar ya.” Suara Cikgu Ahmad seakan menambah serabut dalam jiwanya.

Sampai di simpang terakhir sebelum ke rumahnya, dia seakan hampir tahu apa

yang berlaku. Ada banyak motor bersusun di tepi jalan, malah Cikgu Ahmad juga

Page 5: CERPEN PENDEK.docx

terpaksa berhenti dekat simpang itu. Bila tayar kereta itu statik, cepat dia tolak

pintu kereta biru itu, dan berlari ke arah rumahnya,

Dia nampak asap tebal, dan tahu itu dari rumahnya. Dia nampak kereta bomba,

tak silap lagi, memang rumahnya. Dia nampak api merah menyala, jadi selimut

yang tutup habis rumahnya. Dia nampak kain baju masih tersidai, ibunya tak

kelihatan. Dia nampak motor Honda tua, tapi ayahnya juga tak kelihatan. Hatinya

bagai sama luluh terbakar, bila terlihat dua pasang selipar milik abah dan ibunya

ada di depan pintu.

“Ibu!!! Abah!!!” kertas kadbod itu terlepas, kakinya laju ke pintu rumah. Orang

ramai yang sibuk membawa baldi air dilanggar. Dia menyusup laju. Selangkah dua,

dia rasa macam sedang terbang. Memang dia tak jejak tanah, sepasang tangan

mengangkat badan ringannya dan mengalihkan ke tempat lain. Dia menjerit, sekuat

mungkin, malah lebih kuat dari siren bomba.

Badan kecil itu, tak henti meronta, tangannya menghentak-hentak orang yang

memegangnya. Kakinya melantun-lantun menyepak tanah dan angin. Dia mahu

lepas, mahu masuk ke dalam api dan selamatkan ibunya.

“Lepaskan Afiq, tolonglah. Ibu dengan abah Afiq kat dalam. Tolonglah, lepaskan

Afiq. Afiq nak cium tangan ibu. Tolonglah.” Air mata mula mengalir. Tapi masih dia

meronta keras.

“Tolonglah! Lepaskan Afiq!”

BOM!!!

Senyap. Jeritan Afiq dibalas dengan bunyi letupan dari dapur rumahnya. “Ibu!

Afiq nak bagi hadiah. Jangan pergi. Jangan tinggalkan Afiq ibu.”

Api menjulang tinggi, atap melayang jauh.

“Pakcik, lepaskan Afiq, Afiq nak bagi ibu hadiah tu. Pakcik tolonglah, harini hari

jadi ibu.”

BOM!!!

Lagi satu letupan dari belakang rumahnya. Cukup membuatkan rumah itu

runtuh ke tanah.

Page 6: CERPEN PENDEK.docx

Semua senyap melihat satu demi satu kayu jatuh dan ditelan api. Lutut Afiq

longgar, dia turut sama longlai. Afiq pengsan.

“Ya Allah, kau cucurilah rahmat ke atas arwah ibu dan abah Afiq. Ampunilah

dosa mereka, dan hantarkanlah mereka ke syurga. Ya Allah, izinkan Afiq cium

tangan ibu dan abah sekali lagi dalam syurga. Ya Allah, kau gembirakanlah ibu Afiq

sempena hari lahirnya juga, seperti mana kau gembirakan Afiq hari ini.” Afiq

menyeka air matanya. Begitu juga dengan ramai guru dan pelajar lain.

Cikgu Karim memeluk anak angkatnya. Sejak lima bulan lepas, dia tak tahu hari

ini juga hari lahir arwah ibu Afiq. Cikgu Ahmad yang bersara waktu itu,

mengamanahkannya untuk menjaga Afiq. Dia tahu semua cerita tentang pelajar itu.

Dek kebakaran itu, dia hilang segalanya kecuali kertas kadbod yang dibuatnya itu.

Itulah, satu-satunya harta yang dia punya. Satu-satunya gambar ibu dan bapanya.

Dikhabarkan, arwah ayah Afiq pulang awal ke rumah untuk membantu arwah

ibunya membuat kek untuk Afiq. Waktu itulah, waktu mereka sedang membuat kek

untuk satu-satunya anak tunggal mereka, Allah hentikan cerita mereka di dunia ini.

Jam besar di belakang kawasan perhimpunan berbunyi lapan kali. Afiq tamatkan

doanya dengan selawat ke atas Rasulullah, dan semua pelajar berganjak ke kelas.

Hari ini, ramai pasti yang mahu lekas pulang dan cium tangan ibu dan ayah. Pagi

yang biasa, masih terus awan berlalu.

Apunpit