Cerpen Set 2

download Cerpen Set 2

of 13

Transcript of Cerpen Set 2

Cerpen : Anak Penggungting Rambut Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku mengangguk faham. Manis menggenggam segumpal rambutnya. Aku mengusap kepalanya. Melekat beberapa helai rambutnya di celah-celah jariku. Aku menangis. Rambut Manis kelihatan panjang separas bahu. Inikah wajah yang lama tidak kutatapi? Inikah rambut yang telah lama tidak kugunting?

Air mataku menitis perlahan melihat kepala Manis yang separuh botak. Kulit kepalanya kelihatan. Manis tersenyum juga sambil memegang rambutnya. Manis menarik tanganku. Aku dapat merasai rambut Manis yang nipis gugur di tangan aku sendiri. Aku memeluk Manis erat-erat. Manis, inikah usia rambut panjangmu?

Doktor memberikan harapan, masih ada peluang untuk Manis dalam beberapa bulan ini. Bagaimanapun, ajal dan maut kuasa Allah. Allah lebih sayang akan Manis. Subuh itu, Manis menghembus nafasnya yang terakhir di ribaanku. Anak-anak lelakiku menangis sama. Inilah kali pertama aku melihat mereka bertiga berpelukan sesama sendiri.

Sebelum masuk waktu asar, jenazah Manis dikebumikan.

Pada petang yang penuh kesayuan itu, aku menggali lubang kecil. Rambut Manis yang kukutip di hamparan cadar, di celah-celah sikat rambutnya, di sebalik sarung bantalnya, semuanya kutanam. Manis, abah ingin membelai rambutmu. Abah tak mahu menggunting rambutmu lagi.

Manis faham sekarang, harga sehelai rambut buat abah, Manis sendiri mula berasa sayang apabila sehelai rambut Manis diterbangkan angin. Manis tak terdaya untuk menyimpan rambut Manis dengan baik, abah. Rambut Manis gugur setiap hari.

Manis tak mampu abah.. Ucapan terakhir Manis itu terakam kuat dalam sanubariku.

Manis, abah sudah terlalu tua untuk meneruskan kerja menggunting rambut ini. Biarlah abah berhenti di sini. Abah tak mahu memegang gunting lagi, abah tak mahu mengumpul gumpalan rambut itu lagi. Abah tak mahu hidu bau minyak rambut Zam-zam lagi. Abah hanya merinduimu, Manis.

Manis, anak abah, walau tak berambut pun, senyummu tak berubah. Biarlah kau sentiasa manis begitu. Semoga kau tidak terkilan menjadi anak kepada penggunting rambut.

(Antalogi Gema Sepi Gadis Genius,Halaman 74 -75.)

1. Berdasarkan perenggan akhir petikan, apakah yang aku harapkan daripada arwah Manis?

A. Semoga arwah Manis akan kekal berambut panjang.B. Semoga arwah Manis akan berbangga menjadi anak penggunting rambut.C. Semoga arwah Manis akan sentiasa tersenyum.D. Semoga arwah Manis itu tidak kesal menjadi anak penggunting rambut.

2. Maksud Manis dengan mengatakan bahawa dia tidak mampu ialah

A. Dia tidak dapat menyimpan rambut panjang lagi.B. Dia tidak dapat menjaga rambutnya daripada yang gugur.C. Dia tidak berupaya untuk membuat aku gembira semula.D. Dia tidak dapat menolong aku untuk menggunting rambut lagi.... inikah usia rambut panjangmu?

3.

Frasa di atas merupakan gaya bahasa .

A. simileB. hiperbolaC. personifikasiD. repetisi

4. Subuh itu, Manis menghembus nafasnya yang terakhir di ribaanku. Anak-anak lelakiku menangis sama. Itulah kali pertama aku melihat mereka bertiga berpelukan sesama sendiri.

A. Kekesalan oleh sebab tidak dapat menyelamatkan nyawa seseorang.B. Kasih-sayang sesama adik-beradik.C. Hubungan yang erat dalam sebuah keluarga.D. Kesedihan yang dirasakan apabila kehilangan ahli keluarga.

5. Yang berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen Anak Penggunting Rambut, kecuali..

A. Masyarakat yang mementingkan ikatan kasih sayang.B. Masyarakat yang tinggal di tanah rancangan.C. Masyarakat muda yang menghargai peranan ibu bapa.D. Masyarakat di kampung yang tidak berpelajaran.

Cerpen : Capa Rengat

Baca petika cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Budak perempuan itu bergaun merah jambu yang sudah luntur warnanya. Wajahnya kecil dengan matayang jernih berbulu lentik. Hidungnya agak mancung dan senyumannya yang melebar menampakkan giginya yang berbaris cantik. Dia berkulit hitam manis dan kelihatan mesra sekali.

Tak apalah. Aku cuba pastikan suaraku tidak gugup dan tidak pula begitu sombong. Eeiii takut pada air, ya? Tidak! Kalau tidak mengapa tak mahu ?Apabila mendengarkan itu, aku melangkah perlahan-lahan ke arah mereka. Keadaan ini mungkin didorong oleh naluri bawah sedarku yang tidak rela dikatakan takut pada air. Mereka tersenyum-senyum menyambut aku datang.

Main apa? tanyaku.Macam-macam, jawab budak perempuan itu.

Ketika aku masih terpinga-pinga, tanganku ditariknya. Kami pun mula bermain. Mula-mula aku berasa agak kekok juga, tetapi, oleh sebab pandainya anak-anak kampong itu melayan dan bermesra, segala kekekokan itu cepat hilang. Tidak lama kemudian, aku sudah berasa sebagai salah seorang daripada mereka. Kubiarkan kaki dan seluarku dipenuhi lumpur dan lumut. Bajuku sudah basah. Terasa suatu macam kenikmatan menyerap masuk ke dalam perasaan dan urat-urat darahku. Kawan-kawanku, anak-anak kampung itu, baik-baik tetapi bercakap bebas lampas belaka. Diam-diam aku mula membezakan mereka daripada kawan-kawan yang sombong-sombong dan terkongkong di kota. Kalau bermain serupa itu, akan menjeritlah ibu. Nanti lukalah, atau kalau bermain jauh-jauh takut dilanggar kereta. Alangkah terkongkong dan sempitnya tinggal di kota, dan betapa pula bebasnya hidup di sini.

Kami terus bermain. Macam-macam yang kami main. Kadang-kadang kami main kejar-kejar dan acah-mengacah. Kadang-kadang kami terjun ke dalam paya sambil simbah-menyimbah air ke muka sesame sendiri. Apabila sudah letih begitu, kami mencari kulit kijing paya untuk dikumpulkan. Pada akhirnya, dengan ghairah kami membina rumah-rumah katak dengan menggunakan kaki di pasir yang bercampur lumpur itu di tepi paya.(Antologi Gema Sepi Gadis Genius,Halaman 78 79)

1. Yang berikut merupakan gambaran tentang budak perempuan bergaun merah jambu itu, kecualiA. Mempunyai wajah yang kecil.B. Hidungnya agak mancung.C. Berkulit kuning langsat.D. Berbulu mata lentik.

2. Mengapakah aku sudah merasakan bahawa dirinya adalah salah seorang daripada kanak-kanak itu?A. Kerana mereka tidak pernah memarahi aku.B. Kerana meteka mahu mengajak aku bermain bersama-sama dengan mereka.C. Kerana mereka menganggap aku sebagai sebahagian daripada mereka walaupun aku tinggal di bandar.D. Kerana mereka melayan aku dengan ramah dan mesra.

3. Teknik plot yang paling banyak digunakan dalam petikan di atas ialah..A. PemerianB. DialogC. MonologD. Imbas kembali

4. Yang berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini, kecualiA. Masyarakat melayu di kampung yang baik dan mesra.B. Masyarakat anak-anak kampung yang gembira. C. Masyarakat ibu bapa yang terlalu sayang akan anak.D. Masyarakat bandar yang tidak selesa ketika berada di kampung.

5. Apakah tema cerpen Capa Rengat?A. Pengalaman ketika berada di kampung.B. Hubungan kekeluargaan yang renggang.C. Perbezaan kehidupan di kampung.D. Keindahan suasana di kampung.

Cerpen : Dendam

Baca petika cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan suara jeritan yang diselang-seli dengan tangisan. Aku amati suara itu. Angah! Bunyi sebatan tali pinggang jelas kedengaran. Aku terpaku. Beginikah caranya ayah menjalankan hukuman? Kejamkah aku sebagai kakak? Aku menutup telinga. Tak sanggup aku mendengar tangisan Angah yang berlagu-lagu itu.

Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal Angah. Kelibat tubuh kecil yang manja itu entah ke mana menghilang. Ayah dan ibu mengasingkan diri tanpa sepatah kata pun. Masing-masing membawa hal sendiri. Rumah ini seperti tongkang pecah yang baru saja dilanda ribut taufan yang maha dasyat.

Aku cuba memikirkan hal Angah. Bagaimana agaknya Angah sekarang? Tentu tubuh kecil itu lebam apabila dihinggapi tali pinggang kulit kepunyaan ayah.Kasihan Angah!

Entah mengapa ayat ini yang terkeluar daripada bibirku. Aku tidak menyangka perkataan yang terkeluar daripada bibirku. Aku tidak menyangka dendamku yang membara ini mengakibatkan Angah disebat ayah. Setahu aku, ayah tidak merotan anak-anaknya apatah lagi mahu menampar atau mencubit.

Masih kuingat, sewaktu usiaku sebaya Angah, ayah tidak merotanku atau menyakiti tubuh ini. Sehinggalah aku dewasa dan aku mendapat seorang adik, aku tidak pernah merasai keazaban dirotan oleh ayah. Oh, Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?

Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang lena di atas katil. Perasaan simpati menguasai diriku. Aku menyelak baju kurungnya hingga ke paras paha. Oh, Tuhan! Garis-garis merah dan biru jelas kelihatan. Entah mengapa, sebak di dada ini membuak-buak tanpa kuundang kehadirannya. Aku memeluk tubuh Angah dengan penuh kesal. Dendam aku membuat Angah menderita. Angah mengeliat. Ada rengekan kedengaran. Hatiku semakin dihambat sayu.

( Antologi Gema Sepi Gadis Genius,Halaman 94 95 .)

1. Mengapakah Angah menjerit-jerit sambil menangis?A. Kerana mahu menarik perhatian ayah.B. Kerana sedang dirotan oleh ayah.C. Kerana dia terlalu nakal.D. Kerana dia sering menyakiti kakaknya.2. Berapakah jumlah adik-beradik aku?A. B. SeorangC. Dua orangD. Tiga orangE. Empat orang

3. Tentunya tubuh kecil itu lebam apabila dihinggapi tali pinggang kulit kepunyaan ayah.Teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam petikan di atas ialahA. MonologB. DialogC. Imbas mukaD. Imbas kembali

4. Semua yang berikut ialah perwatakan Angah, kecualiA. Nakal.B. ManjaC. PenyayangD. Pendendam

5. Cerpen Dendam karya Shariza A Rahman ini bermula dengan peristiwaA. Buku latihan Fizik yang baru aku beli telah diconteng dan terkoyak.B. Angah mengoyak-ngoyakkan majalah kesayangan aku.C. Ayah memarahi aku kerana membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan.D. Ibu bising-bising apabila rantai mutiara pusaka keluarganya putus.

Cerpen : Maaf Ku Pinta

Baca petika cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nenek Sapiah yang sedang memasak air di dapur terus berjalan ke luar untuk melihat orang yang datang ke rumahnya pada pagi hari itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat cucunya berada di atas tangga.Eh, Fauzi! Kamu dari mana pagi-pagi begini? Nenek Sepiah menyoal apabila melihat cucunya.Fauzi tidak menjawab, sebaliknya dia terus naik ke rumah.Mengapa? Apa yang sudah berlaku? Tanya Nenek Sepiah. Dia berasa hairan melihat telatah Fauzi itu.Aaayah tiri Fauzi itu, kata-katanya terhenti di situ.Apa yang dilakukan oleh ayah tiri kamu ? Nenek Sepiah semakin resah. Dia dia pegang tangan Fauzi. Selepas itu dia tolak Fauzi ke tiang. Lihat kepala Fauzi ini, Fauzi bercerita sambil menunjukkan benjol di dahinya.

Eh, takkan sampai begitu sekali perlakuan ayah tiri kamu! kata Nenek Sepiah antara percaya dengan tidak. Mengapakah dia memarahi kamu? Nenek Sepiah bertanya lagi sambil meneliti benjol di kepala cucunya.

Petang semalam Fauzi hendak ke rumah kawan. Fauzi hendak menonton televisyen di rumahnya. Ketika itulah ayah melihat Fauzi, lalu dia memegang tangan Fauzi, Fauzi bercerita dengan wajah sedih.

Hmm, sudahlah. Marilah kita sarapan. Tentu kamu belum makan apa-apa lagi pagi ini, kata Nenek Sepiah sambil berjalan masuk ke dapur. Fauzi mengikutnya.

Kamu tidak bersekolah hari ini? Nenek Sapiah bertanya sewaktu menghidangkan nasi goring sebagai sarapan kepada cucunya.Fauzi tidak menjawab.( Antologi Gema Sepi Gadis Genius,Halaman 99 100.)

1. Mengapakah dahi Fauzi benjol?A. Kerana ditumbuk oleh ayah tirinya.B. Kerana ayah tirinya memegang tangannya.C. Kerana terhantuk pada tiang.D. Kerana terjatuh di anak tangga rumahnya.

2. Eh, takkan sampai begitu sekali perlakuan ayah tiri kamu!

Nenek Sapiah berpendapat demikian mungkin sekali kerana..A. Dia menganggap Fauzi mereka-reka cerita.B. Dia percaya bulat-bulat akan dakwaan Fauzi.C. Ayah Fauzi langsung tiada pertalian darah dengannya.D. Dia tidak menyangka bahawa ibu kandung Fauzi tergamak membiarkan Fauzi dihukum.

3. Latar tempat dalam petikan di atas ialah.A. Di rumah Fauzi.B. Di rumah Nenek Sapiah.C. Di rumah kawan Fauzi.D. Di sekolah Fauzi.

4. Berdasarkan cerpen Maaf Kupinta, sifat yang tidak terdapat pada ayah tiri Fauzi ialahA. Pendendam.B. PenyayangC. TegasD. Bertanggungjawab.

5. Apakah kesudahan cerpen ini?A. Cikgu Zainuddin berusaha mendapatkan tempat untuk Fauzi di sekolah berasrama.B. Syahir bercerita tentang keluarganya kepada Fauzi.C. Fauzi berbaik-baik dengan ayah tirinya semula.D. Fauzi berasa bosan kerana berasakan bahawa dirinya dikongkong.

Cerpen : Gema Sepi Ganis Genius.Baca petika cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Itulah pengalaman pada detik pertama, hari pertamanya bertugas di situ, empat bulan yang lalu. Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tingginya dengan menduduki kerusi di makmal swasta itu. Kerusi sebagai salah seorang daripada tiga timbalan pengurus makmal system computer Makmal Perdana. Bagaimanapun, dia tidak menyangka akan diperlakukan seperti budak-budak sahaja.

Yalah, itu pun kalau awak memang benar-benar genius, sampuk timbalan pengurus yang seorang lagi. Lelaki itu kelihatan seusia dengan pengurusnya, tetapi berwajah pucat cengkung, macam sudah lama tidak disinari cahaya matahari. Lelaki itu menyeringai sinis.

Basirah mengerut kening, agak tergugat dengan seringaian lelaki itu. Entah mengapa, secara mendadak pula, dia terkenang akan busut lain, busut yang ada kaitan dengan arwah ibunya. Kalau hendak ikutkan hati mahu sahaja dia meratap pilu, pada saat itu, tetapi tidak dilakukannya. Tambahan pula, dia sendiri tidak suka dirinya terlalu menurut rasa sensetifnya, dia tidak akan belajar apa-apa, dia tidak akan ke mana-mana dan tidak akan berasa apa-apa!

Seperti lazimnya, sepantas itu dia memilih untuk berasa tercabar dengan masalah busut yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya itu. Ternyata, memang terdapat paparan data yang mencurigakan pada monitor makmalnya; terlalu rumit ditafsirkan. Tetapi, hal itu tidak bermakna dia harus mengaku kalah sebelum apa-apa. Malah, tidak bijak. Perlu sentiasa optimis. Berusaha untuk tahu lebih banyak secara amali bagaimana proses perakaunan itu dijalankan dan bukan secara teori sahaja, seperti di pusat-pusat pengajian tingginya dulu.

Biar apa-apa pun, dia terus berusaha bersungguh-sungguh. Ditelitinya laporan-laporan hasil cetakan atau di layar computer itu sendiri, terus-terusan. Macam meneliti raut wajah para pengguna system computer di makmal itu. Wajah-wajah yang mempunyai nombor akauan tersendiri. Dalam sekelip mata, pada setiap saat, computer itu dengan sendirinya akan mencatat setiap penggunaan masanya. Setiap penggunaan masa computer tentunya dikenakan bayaran.

Tanpa berlengah lagi, dituliskajikannya beberapa ujian program computer makmal itu. Ujian untuk memastikan sebarang kesilapan telah berlaku dalam rekod-rekod computer. Diperiksanya senarai invois untuk memastikan kalau ada sesiapa yang mencuri pakai masa computer secara sah dan ternyata ada!

(Antologo Gema Sepi Gadis Genius,Halaman 107 108)

1. Apakah jawatan Basirah di Makmal Perdana ?A. PengurusB. PensyarahC. Pengatur caraD. Timbalan pengurus.

2. Berdasarkan petikan, apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Basirah?A. Diperlekehkan oleh timbalan pengurus di makmal computer.B. Perasaannya yang tiba-tiba menjadi sensetif.C. busut yang menyebabkan ibunya meninggal dunia.D. Menafsirkan paparan data yang mencurigakan pada monitor makmalnya.

3. Pucat cengkung, macam sudah lama tidak disinari cahaya matahari.

Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas ialah.A. SimileB. MetaforaC. PeribahasaD. Personifikasi

4. Apakah latar masyarakat yang dapat digambarkan berdasarkan petikan cerpen tersebut?A. Masyarakat yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.B. Masyarakat yang terdiri daripada golongan pelajar yang sangat pandai.C. Masyarakat yang mempunyai gaya hidup yang membosankan.D. Masyarakat yang sentiasa bersikap optimis.

5. Yang manakah bukan pengajaran yang terdapat dalam cerpen Gema Sepi Gadis Genius?A. Kita hendaklah berbangga akan kelebihan akal fikiran yang ada pada kita.B. Janganlah kita cemburu akan kejayaan orang lain.C. Janganlah kita mudah mengaku kalah terhadap cabaran yang dihadapi.D. Kita hendaklah menerima kekurangan dan kelemahan diri kita.

Cerpen : Warkah daripada Ibu.Baca petika cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ketika kami sampai di kampung, hari sudah beransur senja. Datuk dan nenek sedang bersiap-siap untuk ke masjid. Melihat kami tidur, mereka tergesa-gesa menyambut kami dengan gembira sekali. Memang datuk mahupun nenek mengharapkan kami pulang tinggal dengan mereka. Sebenarnya ibuku ialah satu-satunya anak mereka. Dialah intan. Dialah paying bagi datuk dan nenek. Sebagai anak tunggal, ibu cukup menjaga hati dan perasaan mereka. Ayah pula ialah menantu yang cukup mengasihani mentuanya. Ayah tidak pernah membantah apa-apa jua kehendak datuk dan nenek. Ternyata kepulangan kami membuatkan mereka begitu gembira hingga nenek kelam-kabut sekali menyipkan masakan yang istimewa untuk kami. Pada malamnya, kami anak-beranak tidur berderetan di ruang tamu walaupun nenek menyiapkan bilik untuk kami. Aku tidak mahu berenggang langsung dengan ibu. Aku tidur berhimpitan dengan ibu, dan memeluk ibu dengan erat sekali. Ibu menepuk-nepuk belakangku hingga aku tertidur. Aidil dan Manja pula berpelukan seselimut dengan ayah. Mereka tidur dengan nyenyak sekali, maklumla kerana kepenatan seharian dalam perjalanan.Aku pula macam tidur-tidur ayam sahaja. Sekejap lena sekejap lagi tersedar. Apabila aku tersedar, aku akan meraba-raba disebelahku. Kalau aku dapati ibu ada di sisi, aku akan cuba memejamkan mataku semula.Ternyata tidurku tidak selena tidur adik-adikku.Keesokan harinya apabila ibu dan ayahku berangkat pulang, aku berdiri jauh dengan linangan air mata. Mira sayang, ibu dan ayah balik dulu. Kalau ada apa-apa yang Mira dan adik-adik perlukan, telefonla ibu di pejabat atau di rumah, O.K. sayang, jaga diri baik-baik dan belajar rajin-rajin. Ibu cuba menyembunyikan sebak dalam dadanya dengan senyuman yang ternyata di buat-buat. Sayu dan hiba membuatkan aku hanya mendiamkan diri dan mencium mereka dengan penuh kesedihan. Walaupun kereta yang ayah pandu beredar dan hilang daripada pandangan, aku masih berdiri di situ. Terasa jalan kehidupanku mula kesunyian dan kosong sekali. Adik-adikku membonceng basikal datuk untuk melihat-lihat suasana kampung. Mereka kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada mereka.( Antalogi Gema Sepi Gadis Genius,Halaman 119 120.)

1. Berapa orangkah anggota keluarga aku ?A. Tiga orangB. Empat orangC. Lima orangD. Enam orang2. Berdasarkan petikan, apakah punca-punca yang menyebabkan aku bersedih?A. Ditinggalkan bersendirian di kampung.B. Hidup yang sunyi tanpa ayah dan ibu.A. Terpaksa tinggal dengan nenek di kampung.B. Terpaksa berpisah dengan ibu dan ayah buat selama-lamanya.

3. Aku pula macam tidur-tidur ayam saja.

Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas ialah.A. MetaforaB. HiperbolaC. PribahasaD. Personifikasi

4. Berdasarkan petikan, pilih pernyataan yang tidak benar tentang aku.A. Tidak mempunyai adik-beradik.B. Menantu yang amat dikasihi.C. Sangat menyayangi anak-anaknya.D. Pandai menjaga perasaan ibu bapanya.

5. Nyatakan tema cerpen Warkah daripada Ibu karya Rohani Deraman.A. Kasih sayang dalam keluarga.B. Kepentingan pendidikan agama.C. Peranan ibu bapa dan keluarga dalam proses pendidikan anak-anak.D. Konflik seorang anak yang ketandusan kasih sayang ibu bapa.

SKEMA JAWAPAN.(SET 2 )Cerpen : Anak Penggungting Rambut 1. D2. B3. C4. A5. D

Cerpen : Capa Rengat1. C2. D3. A4. C5. A

Cerpen : Dendam1. B2. B3. C4. D5. A

Cerpen : Maaf Kupinta.1. C2. A3. B4. A5. C

Cerpen : Gema Sepi Gadis Genius.1. D2. D3. A4. A5. A

Cerpen : Warkah daripada Ibu.1. C2. C3. C4. B5. C