Cerucuk

17
CERUCUK TUJUAN: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja penggalian, cerucuk, memasang penahan tanah, penyemburan racun anti serangga dan kerja-kerja kepala cerucuk dengan menggunakan perkakas dan pealatan suapaya hasil kerja menepati dan spesifikasi yang ditetapkan. PENERANGAN Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dn keupayaan tanggungnya tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Alah satu daripada caranya ialah menggunakn cerocok. Cerocok digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya alas tiang ataupun rakit. Cerocok ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: 1.Cerocok Tanggung (Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oelh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok Dan bahan yang digunakan. 2.Cerocok Geseran (Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerocok ini ditnggung oleh daya gesean diantar atanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerocok.Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza. Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan kepada : i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile. ii.Cerucuk anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile, Pipe Pile, Concrete spun pile dan lain-lain lagi iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile ) Contohnya Reinforcement Concrete pile.

Transcript of Cerucuk

Page 1: Cerucuk

CERUCUK

TUJUAN:

Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja penggalian, cerucuk,

memasang penahan tanah, penyemburan racun anti serangga dan kerja-kerja kepala cerucuk dengan

menggunakan perkakas dan pealatan suapaya hasil kerja menepati dan spesifikasi yang ditetapkan.

PENERANGAN

Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dn keupayaan tanggungnya tidak mencukupi,

tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Alah satu daripada caranya ialah

menggunakn cerocok. Cerocok digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya alas tiang

ataupun rakit. Cerocok ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

1.Cerocok Tanggung (Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oelh lapisan

tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras

atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang

yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban

bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya. Jarak dia antara

cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok Dan bahan yang digunakan.

2.Cerocok Geseran (Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh

geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerocok ini ditnggung

oleh daya gesean diantar atanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan

untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok

hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerocok.Oleh kerana banyak faktor-faktor

yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka

kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam

kadar yang berbeza-beza.

Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di

bahagikan kepada :

i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile.

ii.Cerucuk anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile, Pipe Pile, Concrete

spun pile dan lain-lain lagi

iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile )

Contohnya Reinforcement Concrete pile.

Page 2: Cerucuk

Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :

i.Cerucuk Bakau

Saiz 3” atau 5” bulat

Beban yang dibenarkan 3/2 – 1 tan

Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.

ii.Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timebr Pile )

Saiz 5” x 5”, 6” x 6”

Jenis kayu : kempas & keruing

Beban yang dibenarkan 8-15 tan

iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile )

Saiz 12” x 12”, 14” x 14”, 15” x 15”

Beban yang dibenarkan 42– 65 tan

iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu

Saiz 10” x 10”, 12” x 12”, 14” x 14”, 16” x 16”

Beban yang dibenarkan 45 –110

v.Cerucuk keluli H

Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12” x 12”

Beban yang dibenarkan 50 – 150

vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile )

Saiz 18” – 160” bulat

Beban 60 – 1000 tan.

Page 3: Cerucuk

Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut:

•Kayu – kayu bakaru atau kayu lain yang terawet

•Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang)

Tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya)

•Rencam (composite) – kayu atau keluli (bahagian atas)

Konkrit (bahagian atas)

•Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan

2.Kerja Cerucuk Di Tapakbina

Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek.

Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar

dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya

kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didrikan.

Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu

projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman

cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya

dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja

nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapakbina sebelum ini, hanya cerucuk R.C.

keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama

3.Cerucuk Kayu

Kayu bakau Dan kayu dari jenis kempas yang telah diawet adalah diantara bahan yang digunakan

dalam kerja-keja asas cerucuk. Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil Dan

tidak mempunyai bebanan yang tinggi. Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya

berukiuran 75mm hingga 125mm..

4.Cerucuk Konkrit bertetulang

Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang terlalu lembut

dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai ukuran 200 x 200 hingga 400 x 400 mm.

5.Cerucuk Keluli

Page 4: Cerucuk

Terdiri dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk kepingan. Bagi

kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya bagi

menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki.

Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang

digunakan kerana haga yang mahal. Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x

350mm.

6.Kumpulan Cerucuk

Penentuan kepupayaan cerucuk menanggug Dan menyebar bebanan dari superstruktur banyak

begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan permukaannya Dan

semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin kesetabilan yang

sempurna, cerucuk-cerucuk digunakan secara berkelompok atau berkumpulan Dan ia begitu berkait

rapat dengan bebanan yang dikenakan ke atasnya. Untuk itu, pada permukaan atas cerucuk, dibina

pula tetopi cerucuk berulang Dan memindahkan bebanan tiang ke kepala cerucuk.

1.Bar Splicing / Butt Welding - Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30 kali saiz besi

tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan. Besi tetulang yang baru kemudian disambung

kepada yang lama dengan splicing, links yang baru dipasang balik dengan jaraknya separuh dari jarak

links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula dan dikonkritkan dengan konkrit bancuhan

yang sama. Jika besi baru hendak disambung dengan ‘butt welding’, jarak konkrit yang perlu

dipecahkan adalah 12”. Di dalam kaedah ini, ketegakan besi perlu diperhatikan.

2.Dowel berjoint / Plate Welding - Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan disediakan dengan dowel

bar yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada di cerucuk permulaan. Kepingan besi lembut dari

kedua-dua cerucuk kemudian dilekatkan dengan fillet di sekeliling.

3.Kepala cerucuk - Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di dalam JKR adalah :

i)Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut

ii)Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan keras

iii)Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu

Page 5: Cerucuk

Asas Cerucuk

PENGENALAN

Sejenis asas dimana beban dari bangunan dibawah dan disebarkan kearas yang sesuai di dalam tanah

melalui tiang yang dinamakan cerucuk

Asas ini diadakan khusus untuk bangunan bertingkat dan mempunyai sifat tanah yang tidak stabil.

Jenis - jenis cerucuk yang digunakan adalah bergantung kepada kesesuaian tanah,keadaan muka

bumi dan struktur bangunan itu sendiri.

Asas cerucuk digunakan apabila tanah bawah tidak sesuai menanggung beban disebabkan ;-

Keupayaan galas tanah yang rendah

Keadaan aras air bawah tanah yang tidak menentu

Beban mengufuk

Mendapan yang berlebihan

REKABENTUK ASAS CERUCUK

Asas cerucuk merupakan satu elemen struktur yang panjang berbentuk sebuah tiang yang dipasak ke

dalam tanah untuk mengagihkan beban bangunan dan disebarkan ke aras atau lapisanyang sesuai di

dalam tanah melalui struktur tiang tersebut.

Cerucuk boleh dikategorikan kepada beberapa cara, salah satu caranya adalah berdasarkan kepada

cara cerucuk memindahkan beban yang bertindak keatasnya ke tanah di persekitaran .

Asas cerucuk mempunyai tiga kategori iaitu:-

cerucuk galas hujung

Rajah 1: Cerucuk Galas Hujung

cerucuk geseran

Rajah 2 : Cerucuk geseran

Page 6: Cerucuk

cerucuk gabungan

Rajah 3 : Cerucuk Gabungan

JENIS CERUCUK

CERUCUK KONKRIT

•Saiz diantara 150mm x 150mm hingga 400mm x 400mm.

•Panjang cerucuk 3m,6m,9m dan 12m.

•Beban galas struktur maksima sehingga 1450 kN (145 tan)

•Kelas 1 (konkrit Gred 40) untuk tanah keras. Kelas 2 (konkrit Gred 25) untuk tanah yang lembut.

•Tidak sesuai untuk kawasan batu kapur dan kawasan lembut dan mempunyai lapisan -lapisan pasir.

Rajah 4 : Cerucuk Konkrit

CERUCUK KONKRIT SPUN

• Sesuai untuk semua jenis tapak.

• Panjang cerucuk 6m,9m, dan12m kebiasaannya.

• Gred konkrit yang lebih tinggi (Gred 60 hingga 80).

• Grout simen dimasukkan kedalam kelonsong dan dibiarkan mengeras.

• Saiz diantara 250mm dia. Hingga 1000mm dia.

• Beban galas struktur yang lebih tinggi 400 kN hingga 4000 kN.

Rajah 5 : Cerucuk Konkrit Spun

CERUCUK KELULI H

Page 7: Cerucuk

• Digunakan apabila panjang cerucuk yang diperlukan terlalu besar .

• Satu sambungan sahaja yang dibenarkan.

• Panjang cerucuk 6m dan 12m.

• Sangat sesuai di kawasan batu kapur untuk menggalas beban .

• Saiz 200mm x 200mm hingga 350mm x 350mm.

• Keupayaan galas struktur dari 510 kN – 1650 kN

Rajah 6 : Cerucuk Keluli H

CERUCUK MIKRO

• Berbentuk bulat dan mempunyai diameter kurang daripada 300mm iaitu sekitar 100mm – 250mm.

• Panjang maksimum sehingga 60 meter .

• Galas beban antara 200 kN-2000 kN.

• Panjangnya berpandukan keadaan subpermukaan tanah, kekerasan batu dan kapasiti beban yang

ditanggung oleh cerucuk.

Rajah 7 : Cerucuk Mikro

CERUCUK BAKAU

• Biasanya bersaiz 75mm hingga 100mm diameter bulat.

• Keupayaan galas antara 5kN – 10 kN (0.5 hingga 1 tan).

• Tidak digunakan lagi dalam projek JKR

Rajah 8 : Cerucuk Bakau

CERUCUK KAYU TERUBAT

• Digunakan apabila cerucuk bakau tidak sesuai.

• Satu sambungan dibenarkan.

• Sebagai cerucuk tanggung hujung atau geseran badan.

Page 8: Cerucuk

• Saiz 125mm x 125mm dan 150mm x 150mm.

• Beban galas maksima diantara 120 kN hingga 150 kN. (12 tan – 15 tan).

CERUCUK

Asas cerucuk seperti tiang yang diletakkan di dalam tanah untuk membawa dan menyebarkan

beban bangunan ke dalam tanah.Cara pembinaanya senang dan cepat menyebabkan asas cerucuk

sangat popular dari segi penggunaannya.Masalah utama ialah dari segi proses pembinaan ketika

perlantakan iaitu apabila cerucuk ditanam di dalam tanah.Ini kerana sangat susah untuk mengetahui

keadaan cerucuk tersebut.

Masalah seperti patah,serong,pecah atau terkena batu terlalu sukar hendak ditentukan.Secara

amnya bahan untuk cerucuk boleh diperbuat daripada kayu,besi,konkrit atau komposit.Apabila

cerucuk diperbuat daripada konkrit,ia boleh dibina secara tuang dahulu (precast) atau tuang diditu

(in situ cast).

KLASIFIKASI JENIS CERUCUK

Cerucuk terbahagi kepada 3 jenis utama iaitu ;-

1) ‘DISPLACEMENT PILES’

2) ‘REPLACEMENT PILES’

3) ‘SHEET PILES’

1) Displacemet piles

-Merupakan salah satu daripada jenis-jenis cerucuk yang akan dilantak ke dalam tanah.Kebanyakkan

cerucuk adalah daripada jenis cerucuk tuang dulu(precast) samada daripada konkrit ,besi atau

Page 9: Cerucuk

kayu.Cerucuk jenis ini selalunya digunakan untuk pembinaan bangunan tinggi dan boleh didapati

dengan mudah di pasaran serta senang digunakan.

Masalah utama ialah pengankutan kerana saiz cerucuk yang besar serta panjang.

selain itu,sukar untuk mengetahui samaada cerucuk tersebut rosak atau sebaliknya

setekah ia dibenamkan.

Terdapat juga cerucuk daripada jenis tuang disitu(insitu cast) yang diperbuat

daripada konkrit yang dikalsifikasi sebagai “dispalcemen piles”.jenis ini dibina.

2)”Replacement Piles”

-Cerucuk jenis ini diperbuat dengan mengorek keluar tanah dan mencurah konkrit ke

dalam lubang yang telah dikorek tadi.Cerucuk akan dibentuk di dalam tanah

apabila konkrit telah matang.

Perbezaan jelas untuk “replacement pile”ialah tanah perlu dikorek keluar dan digantikan dengan

konkrit atau bahan lain.Tiada sebarang kerja perlantakan dibuat

manakala untuk “displacement” cerucuk perlu dilantak ke dalam tanah tanpa sebarang pengorekan.

3)”DISPALCEMENT PILES”

-Terdapat beratus-ratus jenis “displacement piles”yang digunakan di dalam berbagai

bentuk keratan.bentuk yang biasa digunakan.

JENIS JENIS JENTERA PELANTAK YANG DIGUNAKAN UNTUK PELANTAK YANG DIGUNAKAN UNTUK

MELANTAK CERUCUK

‘Drop Hammer’

Page 10: Cerucuk

-Ia adalah pelantak yang mempunyai beban yang diperbuat daripada cast iron atau keluli.Ia dibina

dengan berat di antara 1000 kg-8000kg.Pelantak ini diangkat dengan menggunakan ‘winch’ dan

dengan menggunakan daya graviti,ia dilepaskan pada ketinggian yang telah ditentukan.

2) ‘Single Acting Hammer’

-Pelantak ini menggunakan kuasa tekanan udara (compress air) daripada pam tekanan udara

(compresser) yang digunakan untuk mengangkat pelantak dan melepaskannya dengan daya

graviti.Cara ini lebih cepat daripada drop hammer.Walaubagaimanapun cara ini jarang digunakan

pada masa sekarang.

Page 11: Cerucuk

3)DOUBLE ACTING HAMMERS

-SEPERTI “SINGLE ACTING HAMMERR’S IA MENGGUNAKKAN KUASA TEKAN UDARA DI

MANA”DOUBLE ACTING “BERMAKSUD HENTAKAN PADA CERUCUK YANG LEBIH CEPAT DAN

BERULANG KERANA TEKANAN UDARA DIHENTAKAN DI BAHAGIAN ATAS DAN BAWAH PELANTAK

TERSEBUT:

4)”DIESEL HAMMER”

-MESIN PELANTAK JENIS INI PALING LUMRAH DIGUNAKAN DIMANA DIESEL AKAN MENOLAK

HAMMER KE ATAS DAN MENJATUHKAN SEMULA DENGAN MELETUPKAN MINYAK DIESEL DI

BAHAGIAN ATAS PELANTAK. DIESEL HAMMER INI BERTINDAK SEBAGAI PELANTAK HENTAKAN

BERULANG2 KALI BERLAKU DI ANTARA 46-52 LANTAKAN PER MINIT .

Asas Pengenalan Piling.

Piling adalah salah satu cara untuk memindahkan beban (Load) sesebuah bangunan ke bawah tanah.

Piling perlu dibina menggunaka bahan yang tahan sebagai contoh, RC Pile menggunakan konkrit Gred

45 minimum supaya ianya tahan dan tidak mudah retak atau pecah jika ditanam di dalam tanah.

Selain itu, Besi tetulang juga diperlukan supaya binaan piling menjadi lebih kukuh.

Rajah dibawah menunjukkan keratan tipikal bagi Pile.

Page 12: Cerucuk

Keratan Tipikal Pile

Pile Head & Pile Shoe

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis Piling yang biasa digunakan iaitu

1) Timber Pile

2) RC Pile

3) Bore Pile

4) Spun Pile

5) Prestressed Concrete Pile

6) Sheet Pile

7) Steel Pile

1) Timber Pile

Piling ini merupakan piling yang paling jimat kerana digunakan untuk struktur binaan yang ringan

atau load yang struktur yang ringan seperti rumah satu tingkat. antara jenis kayu yang digunakan

adalah Bakau. Ini kerana Bakau adalah kayu yang tahan dengan air. Akan tetapi, Timber Pile kini tidak

sesuai lagi digunakan di Industri pembinaan di Malaysia.

Page 13: Cerucuk

Antara mesin yang digunakan untuk melantak Bakau Pile

2) RC Pile

Reinforced Concrete Pile

RC Pile adalah singkatan kepada Reinforced Concrete Pile yang kebanyakan industri pembinaan di

Malaysia digunakan. Ini kerana ianya murah dan mudah didapati. Ini kerana struktur tanah

kebanyakan di Malaysia yang sederhana menyebabkan kebolehan menggunakan Cara piling ini.

Terdapat beberapa saiz standard yang biasa digunakan dalam Industri pembinaan iaitu:-

a) 150mm x 150mm

b) 200mm x 200mm

c) 250mm x x250mm

d) 275mm x 275mm

e) 300mm x 300mm

Page 14: Cerucuk

Panjang yang biasanya ada dipasaran adalah sepanjang 3m, 6m, 9m dan 12m. Pile ini dimasukkan

didalam tanah dengan menggunakan beberapa mesin iaitu Pile Hammer dan juga Vibrator (jika di

kawasan bandar)

Pile ditanam dengan menggunakan Hammer

Pile yang telah siap ditanam

3) Bore Pile

Piling jenis ini merupakan antara Piling yang popular di Malaysia kerana harganya yang mahal. Cara

pembinaannya juga sukar. Piling ini biasa digunakan jika ditempat yang mempunyai struktur tanah

yang keras dan berbatu.

Cara - Cara Asas Pembinaan Bore Pile

4) Spun Pile

Page 15: Cerucuk

Spun Pile

Piling jenis ini adalah seperti RC Pile akan tetapi ianya berbentuk Silinder. Cara menanam piling ini

adalah melalui hentakan menggunakan Hammer dan juga menggunakan bore. Terdapat beberapa

saiz standard yang biasanya digunakan di Malaysia iaitu:-

a) 450mm Diameter

b) 500mm Diameter

c) 600mm Diameter

Kaedah melantak Spun Pile (Raked)

Panjang yang biasanya ada dipasaran adalah sepanjang 3m, 6m, 9m dan 12m. Piling ini dikatakan

lebih tahan berbanding RC Pile berdasarkan strukturnya yang kosong ditengah.

Image Detail

Keratan Bagi Spun Pile

5) Prestressed Concrete Pile

Page 16: Cerucuk

Piling Jenis ini pula masih lagi kurang diaplikasikan di Malaysia. Piling jenis ini merupakan antara

Piling yang paling mahal berdasarkan cara pembuatannya sama ada dari kilang, mahupun di tapak.

Biasanya, mereka yang bergelar 'Specialist' dan mempunyai lesen sahaja yang boleh menggunakan

piling jenis ini. Biasanya, Spun Pile adalah dari Jenis Pile ini.

6) Sheet Pile

Sheet Pile

Piling jenis ini biasanya digunakan untk menahan tanah dan juga air. Ianya juga digelar 'Retaining

Wall' berdasarkan bentuk rupanya. Sheet pile bole digunakan secara sementara mahupun kekal.

Sheet Pile sangat mahal tetapi sangat tahan dan berkesan dalam menahan tanah mahupun air. Cara

pembinaan Piling ini juga melalui cara Hentakan menggunakan Hammer ataupun Vibrator. Ianya

sangat sesuai dalam pembinaan Basement dan juga dinding penahan Ombak.

Image Detail

Temporary Sheet Pile

Permanent Sheet Pile

7) Steel Pile

Page 17: Cerucuk

Antara Piling yang paling jarang digunakan kerana mahal dan tidak ekonomikal. Cara pembinaannya

sama seperti RC Pile.