Cetak rompak kertas keja

43
PENGAJIAN AM PENSYARAH : TUAN HAJI SUHARDI BIN SAMIDI Disediakan oleh : SMK PENGIRAN OMAR

Transcript of Cetak rompak kertas keja

Page 1: Cetak rompak kertas keja

PENGAJIAN AMPENSYARAH : TUAN HAJI SUHARDI BIN SAMIDI

Disediakan oleh :

NICHOLSON RECHELLY MAJIANI NEECSON

KAYLLY LOURDES JULIUS

SMK PENGIRAN OMAR

SIPITANG

Page 2: Cetak rompak kertas keja

PUNCA BERLAKUNYA KEGIATAN CETAK ROMPAK

1) Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri Negara.

i. Penjualan hasil cetak rompak berleluasa di pasar malam atau pusat membeli belah secara terang- terangan.

ii. Karya-karya cetak rompak boleh diperoleh dengan lebih mudah,cepat dan murah berbanding dengan karya yang asli.

iii. Sikap atau mentality masyarakat kita yang suka akan barangan murah menyebabkan cetak rompak berkembang luas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

2)Sifat tamak haloba pengusaha haram

i. Penjualan cetak rompak dapat mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda.

ii. Pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulennya dari segi publisiti dan iklan.

iii. Perlu membayar royalty kepada pihak pereka atau pencipta asal.

Page 3: Cetak rompak kertas keja

iv. Mereka menikmati keuntungan yang besar walaupun mutu dan prestij barang sebenarnya sudah diketahui umum.

3) Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang

i. Terdapat kelonggaran dalam Pentadbiran bagi akta reka bentuk dan cipta.

ii. Akta hak intelek juga tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya bagi menangani masalah cetak rompak.

iii. iii)Bentuk hukuman yang dijatuhkan ringan dan langsung tidak menakutkan pengusaha haram.

iv. Serbuan jarang dijalankan kerana kekurangan kakitangan untuk membantu membanteras masalah cetak rompak.

Page 4: Cetak rompak kertas keja

v. Pembicaraan di mahkamah pula lazimnya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

4) Permintaan yang tinggi terhadap barang cetak rompak

i. Harga barang cetak rompak lebih murah menyebabkan pengguna lebih gemar membeli barangan cetak rompak.

ii. Hal ini kerana barang cetak rompak dapat memenuhi cita rasa pengguna yang kurang mampu.

iii. Anggapan pengguna bahawa produk perisian komputer sangat mahal harganya di pasaran dunia mengakibatkan pengguna lebih suka membeli barangan tiruan atau cetak rompak.

5) Kecanggihan teknologi juga menjadi pendorong

Page 5: Cetak rompak kertas keja

i. Alatan berteknologi canggih membolehkan barang tiruan dihasilkan.

ii. Melalui alatan yang canggih inilah yang menyebabkan barang cetak rompak dan tiruan sukar dibezakan daripada barang asal.

iii. Alat perakam yang canggih juga meningkatkan produktiviti cetak rompak.

iv. Teknologi kini juga membolehkan bukti cetak rompak dimusnahkan dengan mudah.

KESAN BERLAKUNYA KEGIATAN CETAK ROMPAK

1) Merugikan pihak oengeluar yang sahi. Impak negatif yang ketara dalam

masalah ini ialah pereka dan pencipta yang sah.

ii. Usaha dan titik peluh mereka tidak mendatangkan keuntungan disebabkan adanya cetak rompak.

iii. Pereka dan pencipta tidak dapat menikmati hasil mereka selepas

Page 6: Cetak rompak kertas keja

bersusah payah menyediakan yang original.

iv. Syarikat-syarikat yang memasarkan barangan original juga mengalami kerugian.

2) Iklim pelaburan Malaysia terjejasi. Pengusaha teknologi maklumat tidak

mahu melabur di Malaysia sekiranya masalah ini semakin berleluasa.

ii. Kos pelaburan tinggi tetapi pulangan tidak meyakinkan.

iii. Kemungkinan para saintis juga tidak begitu giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia.

iv. Mereka takut hasil usaha mereka akan dicetak rompak dengan mudah.

3) Mutu perfileman terjejasi. Mutu sektor yang berkatan dengan

cetak rompak akan terjejas apabila masalah cetak rompak semakin berleluasa.

Page 7: Cetak rompak kertas keja

ii. Masalah daripada barang cetak rompak akan menyebabkan barangan original akan menerima tempias yang sama apabila barangan cetak rompak mengalami kerosakan.

iii. Lebih teruk lagi jika negara luar yang melihat keadaan ini berlaku di Malaysia.

iv. Ini akan menyebabkan mereka tidak mengiktiraf filem yang dihasilkan oleh negara kita.

4) Ekonomi Negara terjejas dan memalukan Negara Malaysia

i. Masyarakat membeli barangan cetak rompak disebabkan harganya yang murah.

ii. Negara kita mengalami kekurangan dalam pendapatan disebabkan perbuatan pengusaha haram yang mementingkan diri sendiri.

iii. Ekonomi negara menjadi tidak konsisten dan semakin merosot

Page 8: Cetak rompak kertas keja

sekiranya masalah cetak rompak berterusan.

iv. Cetak rompak juga adalah satu rekod buruk kepada sesebuah negara.

v. Syarikat-syarikat gergasi tidak berminat untuk mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang mempunyai rekod yang buruk.

5) Malaysia kehilangan tenaga pakari. Tenaga pakar datang daripada mereka

yang mempunyai pengalaman dan ianya diperlukan dalam perkembangan IT.

ii. Cetak rompak mencuri bakal pakar yang kita ada

iii. Menghentikan segala usaha yang diusahakan.

iv. Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang baru belajar dalam bidang penulisan atau perekaan daripada meneruskan usaha mereka.

v. Tenaga pakar sukar dihasilkan melainkan mereka yang menghasilkan penulisan secara percuma atau terbuka.

Page 9: Cetak rompak kertas keja

CARA MENGATASI KEGIATAN CETAK ROMPAK

1) Penguatkuasaan undang-undangi. Usaha menghalang kegiatan cetak

rompak boleh dilakukan menerusi penguatkuasaan undang-undang.

ii. Serbuan dan tangkapan yang lebih kerap dan konsisten perlu dilakukan tanpa mengira musim.

iii. Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 1972 perlu dipinda agar hukuman yang lebih berat boleh dikenakan kepada penjenayah profesional.

iv. Dengan cara ini,mereka akan menjadi gentar untuk memulakan kegiatan ini.

v. Mereka yang ditangkap pasti berasa serik dan takut.

2) Perubahan sikap manusiai. Wujud kesedaran di kalangan anggota

penguatkuasa dapat menyekat gejala cetak rompak dengan lebih berkesan.

Page 10: Cetak rompak kertas keja

ii. Mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan amanah ini tidak mudah tewas dengan suapan atau pujuk rayu.

iii. Dengan pendirian yang tegas dan berdisiplin,para pengusaha cetak rompak akan bertemu ‘buku dengan ruas’.

iv. Kursus kesedaran dan disiplin perlu sentiasa dianjurkan untuk penguatkuasa.

v. Mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan dan perlu dibanteras.

3) Melaksanakan hukuman penjara mendatorii. Kementerian perdagangan dalam negeri

dan hal ehwal pengguna akan melaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap mana-mana pengedar dan penjual cakera padat(vcd)`dan cakera video digital(dvd) cetak rompak dan lain-lain barangan cetak rompak.

ii. Salah satu alasan kegiatan ini berterusan adalah kerana mereka tidak

Page 11: Cetak rompak kertas keja

takut kepada pihak penguatkuasa atau undang-undang.

iii. Syarikat yang terbabit mencetak dan mengedar barangan cetak rompak terutamanya cekera padat dan DVD hanya akan dikenakan denda maksimum RM250 000 berbanding dengan keuntungan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit.

iv. Hukuman yang terlalu ringan adalah faktor utama kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa.

4) Membina pusat percetakan di Malaysiai. Mencetak di dalam negara akan

menurunkan harga barangan tulen.ii. Harga yang berpatutan akan

menggalakkan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan.

iii. Kos yang tidak membebankan akan menyatakan mereka akan mengalami kerugian.

iv. Harga yang rendah tidak dapat memberikan keuntungan yang setimpal dengan pelaburan mereka.

Page 12: Cetak rompak kertas keja

v. Hal ini kerana jumlah penjualan akan meningkat dan keuntungan akan meningkat juga.

5) Menjalankan harga kawalan maksimai. Harga kawalan maksima yang

dimaksudkan ialah penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu bagi menetapkan sesuatu barangan asli seperti VCD dan DVD dan barangan lain yang difikirkan berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna.

ii. Harga yang ditetapkan tersebut mestilah mengambil kira kualiti barangan tersebut kerana salah satu faktor yang menyebabkan pembelian barangan cetak rompak ini ialah harganya yang murah.

iii. Penetapan harga kawalan maksima terhadap barangan asli ini penting agar tidak menjadi beban terhadap para pengguna untuk memilikinya.

iv. Walaupun penetapan harga barangan asli tidaklah semurah harga barangan cetak rompak, pengguna perlulah sedar bahawa kualiti barangan asli adalah lebih baik dan bermutu berbanding barangan cetak rompak.

Page 13: Cetak rompak kertas keja

CONTOH ESEI: CETAK ROMPAK

CETAK ROMPAK MERUPAKAN SATU KEGIATAN YANG SANGAT BERLELUASA PADA MASA INI.HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGIATAN INI SUSAH DIBENDUNG SERTA LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYEKAT GEJALA INI TERUS BERLELUASA.

Cetak rompak ialah aktiviti yang menggunakan ciptaan hasil karya orang lain sebagai kepunyaan sendiri. Pengusaha hasil cetak rompak ini adalah untuk mendapatkan keuntungan yang maximum atau dikatakan keuntungan yang lumayan. Namun apakah faktor yang menggalakkan cetak rompak ini berlaku? Dan apakah langkah yang dapat dilakukan untuk membendung aktiviti ini?

Faktor yang menggalakkan cetak rompak ini berlaku ialah sifat tamak haloba pengusaha haram. Bagi pengusaha haram, kegiatan penjualan cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada mereka. Ini kerana barangan cetak rompak boleh diperoleh dengan mudah. Tambahan pula, mereka juga tidak perlu membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal. Dengan ini, mereka dapat mengeluarkan barang secara besar-besaran dan menjualnya dengan harga yang rendah. Oleh itu, mereka dapat menikmati keuntungan yang lebih besar berbanding dengan syarikat-syarikat besar.

Kelonggaran dan penguatkuasaan undang-undang juga merupakan salah satu faktornya. Bentuk hukuman yang dijatuhkan terlalu ringan seperti mendenda wang dan penjara beberapa bulan. Ini tidak dapat menakutkan pengusaha haram ini. Kerana wang yang didenda itu hanya jumlah sedikit sahaja Pihak polis sememangnya perlu menjalankan serbuan untuk membanteraskan masalah ini.tetapi kakitangan, malah serbuan sukar dijalankan. Selain itu, ada sesetengah pihak penguatkuasa kadangkala terlibat dalam rasuah. Ini menyebabkan aktiviti cetak rompak semakin berleluasa.

Bagi menyelesaikan masalah ini, manusia perlu mengubahkan sikap diri sendiri. Janganlah kita membeli cetak rompak daripada mereka. Ini kerana jika tiada permintaan daripada masyarakat, maka

Page 14: Cetak rompak kertas keja

tiadalah pengusaha haram. Usaha menyekat gejala rompakan ini akan menjadi lebih berkesan jika kesedaran di kalangan anggota penguatkuasa dapat dipupuk. Mereka akan bertanggungjawab dan berusaha menjalankan tugas serta kewajipan, tidak akan memakan suap maka akan menangkap mereka yang didapati bersalah.

Hukuman penjara mandatori juga boleh dijalankan untuk menangani masalah cetak rompak. Kementerian boleh melaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti cetak haram termasuklah pengedar dan penjual cakera padat(VCD) atau cakera video digital(DVD). Dendaan wang yang lebih tinggi dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalah supaya dapat menakutkan mereka. Jika dendaan dan hukuman diberikan terlalu rendah dan ringan, mereka akan pandang rendah terhadap kementerien dan undang-undang negara dan teruskan aktiviti .Ini adalah faktor mengapa kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa hari ini kerana pihak kuasa yang hati lembut.

Kesimpulannya, kegiatan yang semakin berleluasa ini perlu dibendung dengan tindakan tegas agar lanun-lanun ini tidak terus bermaharajalela. Ini kerana cetak rompak boleh menjejaskan ekonomi negara kita dan pelaburan negara kita juga akan terjejas. Jadi kita perlulah berusaha menyekat masalah ini dan menyokong barang yang tulen.

http://pengajianam900.wikispaces.com/ESEI+2-CETAK+ROMPAK

Kesan Cetak Rompak

1) Ia akan melemahkan semangat mereka yang menulis karya.Bayangkan penat lelah anda, setelah bersengkang mata siang dan malam, pening kepala, sakit mata dan pelbagai lagi usaha. Dengan mudah orang lain menyalinnya, menyatakan itu usaha mereka atau mengambil keuntungan daripadanya tanpa kebenaran anda. Akan timbul rasa sakit hati, akan timbul rasa putus asa untuk menulis lagi.Tiada siapa nanti yang mahu mencari rezeki dengan menulis buku. Kerugian kepada kita.

2) Malaysia kehilangan tenaga pakar. Perkembangan IT memerlukan tenaga pakar. Tenaga pakar datang daripada mereka yang mempunyai pengalaman. Pengalaman hanya didapati jika sering menghasilkan sesuatu hasil karya seperti buku. Cetak rompak menghentikan semua usaha ini. Cetak rompak, mencuri bakal pakar kita.Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang baru belajar dalam bidang penulisan daripada meneruskan usaha mereka. Akibatnya, tenaga pakar sukar dihasilkan melainkanmereka yang menghasilkan penulisan secara percuma atau terbuka.

3) Pembaziran kos.Dengan hanya beberapa ringgit kos buku cetak rompak, buku2 tiruan tersebut menjadikan kos yang dibelanjakan penulis satu usaha yang sia-sia. Nilai kos pembangunan tidak berganti dan ini adalah satu pembaziran yang nyata. Satu usaha yang sia-sia. Mereka yang menulis buku mengalami kerugian.

Page 15: Cetak rompak kertas keja

4) Cetak rompak memalukan kita dan Malaysia. Cetak rompak adalah satu rekod buruk kepada sesebuah negara. Syarikat-syarikat gergasi tidak berminat untuk mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang mempunyai rekod yang buruk.

5) Tiada pemindahan teknologi. Dengan rekod buruk disebabkan cetak rompak, sukar mana-mana syarikat mahu mendirikan pusat penyelidikan di MSC Malaysia dan membolehkan pemindahan teknologi. Kerugian bagi kita untuk mempelajari teknologi terkini dan belajar membangunkan teknologi kita sendiri.

6) Membeli barangan atau hasil cetak rompak menunjukkan bahawa anda menyokong satu usaha jenayah. Usaha jenayah yang memang tertakluk dalam undang-undang. Anda boleh dihukum.

7) Cetak rompak juga ada didalangi oleh kumpulan-kumpulan jenayah.Anda umpama menyokong usaha jenayah mereka dengan memberikan keuntungan kepada mereka. Sudah tentunya dengan keuntungan itu mereka akan teruskan jenayah mereka malah mereka boleh merancang pelbagai kegiatan jenayah lain.

http://vendy-studyworld.blogspot.com/2010/11/kesan-cetak-rompak.html

ISU CETAK ROMPAK : KESAN DAN LANGKAH

Beberapa tahun kebelakangan ini, masalah cetak rompak menjadi semakin serius dan gawat melanda negara kita. Masalah ini seperti ‘duri dalam daging’. Pelbagai pihak seharusnya berganding bahu dalam membanteras masalah ini daripada terus menular di negara kita. Masalah cetak rompak ini mengundang kepada pelbagai kesan yang begitu ketara terhadap syarikat rakaman dan industri muzik negara kita. Masalah ini jika tidak dibendung, sudah tentu membawa kepada perkara yang lebih serius. Dengan kata lain, masalah ini akan mendatangkan pelbagai kesan kepada industri muzik dan negara. Persoalannya,apakah cara- cara yang efektif dan drastik yang haruslah dilakukan untuk menangani masalah cetak rompak ini.

Antara kesan yang dibawa oleh masalah cetak rompak kepada syarikat rakaman dan industri muzik ialah merugikan syarikat rakaman. Hal ini demikian kerana lanun-lanun cetak rompak lebih banyak mengaut keuntungan daripada hasil cakera padat yang ditiru dengan harga jualan yang lebih rendah berbanding dengan harga cakera padat asli yang lebih mahal harganya. Apabila lanun-lanun cetak rompak menjual cakera padat dengan harga yang murah, maka cakera padat yang asli tidak akan laku di pasaran seterusnya syarikat rakaman tidak mendapat pulangan modal yang telah digunakan. Hal ini tidak ubah seperti ‘lintah darat’ yang mengaut keuntungan daripada orang lain yang menghasilkannya. Kesan ini menjelaskan betapa banyak kerugian yang ditanggung oleh syarikat rakaman dan industri muzik dalam berhadapan dengan masalah cetak rompak.

Page 16: Cetak rompak kertas keja

Selain itu, syarikat rakaman dan industri muzik di negara ini turut terjejas publisitinya di mata dunia. Hal ini demikian kerana industri muzik kita tidak mempunyai kualiti untuk dikembangkan ke seluruh dunia ekoran masalah cetak rompak. Masalah cetak rompak yang semakin menular telah banyak mendedahkan masyarakat dalam negara ini dengan cakera padat yang tidak berkualiti. Perkara ini membawa kepada masalah kesukaran untuk mengembangkan muzik kita ke luar negara sedangkan masyarakat kita sendiri tidak mahu menyokong industri muzik, apatah lagi negara luar. Perkara ini menjelaskan bahawa kualiti industri muzik kita terjejas dengan adanya masalah cetak rompak di negara kita.

Tiada penyakit yang tiada penawarnya. Begitu juga dengan masalah cetak rompak, setiap masalah dapat diselesaikan dengan pelbagai langkah yang pragmatik. Salah satu langkah atau cara untuk mengatasi masalah cetak rompak ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang berkaitan cetak rompak. Hal ini demikian kerana jika wujudnya undang-undang yang kuat, maka wujudlah hukuman yang berat, secara tidak langsung akan dapat menakutkan pesalah-pesalah. Perkara ini dapat membataskan kegiatan lanun cetak rompak kerana mereka takut akan undang-undang yang ketat dan dikuatkuasakan. Dengan terbatasnya kegiatan lanun cetak rompak, sudah tentu sesiapa yang ingin melakukan kegiatan ini akan berasa takut untuk melakukannya kerana terikat dengan undang-undang dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah cetak rompak. Dengan ini, jelaslah bahawa penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu cara untuk menangani gejala cetak rompak di negara kita.

Cara seterusnya adalah melalui kerjasama pihak syarikat rakaman agar menurunkan harga bagi seunit cakera padat atau kaset kepada harga yang berpatutan. Hal ini demikian kerana tidak semua masyarakat mampu untuk membeli cakera padat terutamanya bagi harga yang berpuluhan ringgit seunit. Sekiranya syarikat rakaman menetapkan harga yang lebih rendah, tidak mustahil orang ramai akan memilih untuk membeli cakera padat yang asli.dengan penurunan harga cakera padat atau kaset. Saya percaya bahawa masyarakat akan membeli cakera padat atau kaset yang asli, seterusnya industri muzik di negara kita akan beroleh pulangan modal dan keuntungan yang sepatutnya. Jelaslah bahawa, dengan menurunkan harga seunit cakera padat atau kaset mampu sedikit sebanyak dalam membantu membendung masalah cetak rompak.

Di samping itu, peranan masyarakat juga merupakan peranan yang terpenting dalam ‘melumpuhkan’ masalah cetak rompak. Hal ini demikian kerana masyarakat merupakan incividu yang menjadi punca wujudnya penjualan cakera padat bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mendengar muzik dengan lebih puas selain mendengar muzik melalui media-media elektronik. Oleh itu, masyarakat seharusnya menyokong untuk membeli cakera padat atau kaset yang asli dan bukannya membeli cakera padat setak rompak. Sesungguhnya, tanpa peranan masyarakat, sudah tentu apa-apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan syarikat rakaman tidak akan tercapai. Masyarakat janganlah menjadi ‘mata kotak’ yang tidak

Page 17: Cetak rompak kertas keja

tahu membezakan yang buruk atau baik. Oleh itu, masyarakat disarankan supaya tidak menyokong untuk membeli cakera padat cetak rompak.

Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa masalah cetak rompak seharusnya jangan kita inginkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ kerana masalah ini dapat mengundang kepada pelbagai perkara yang tidak baik malah menjadi ‘barah’ dalam industri muzik tanah air. Pelbagai pihak janganlah hanya mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah cetak rompak ini, tetapi hendaklah melakukannya dengan sebaik yang mungkin. Usaha daripada semua pihak amatlah diperlukan bukan sahaja untuk mengatasi masalah cetak rompak, malah untuk menjadikannya ‘sifar’ cetak rompak. Semua pihak adalah diharapkan agar bersama-sama atau bagai aur dengan tebing dalam usaha membanteras masalah cetak rompak yang semakin menular di negara kita. Oleh yang demikian, saya berharap agar semua pihak menyedari bahawa masalah cetak rompak ini akan terus melanda negara kita sekiranya tidak terus ditangani dari akar umbi. Jadikanlah industri muzik kita sebagai industri muzik yang ‘bersih’ daripada masalah cetak rompak. ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.

http://forum.engkabang.net/index.php?topic=9735.0

Jenayah Cetak Rompak: Punca, Kesan, Dan Cara Mengatasinya.

PENGENALANJenayah cetak rompak sering kali kita dengar dan lihat melalui media massa

mahupun media cetak. Tidak kira golongan mana yang acap kali terlibat dengan jenayah ini hakikatnya masyarakat kita pada masa kini secara tidak langsung telah terperangkap dengan jenayah cetak rompak. Hampir saban hari kita disajikan dengan berita-berita yang berkaitan dengan cetak rompak. Cetak rompak didefinisikan sebagai perbuatan menggunakan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hakcipta tanpa kebenaran. Perbuatan seperti itu diklasifikasikan sebagai satu tindakan yang mencabul salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli.

Cetak rompak juga dikenali sebagai perbuatan menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya asli individu lain. Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada bentuk PDF. Selain itu, cara menyalin kandungan dan menjual semula karya tersebut dengan tajuk lain yang berbeza juga dikenali sebagai cetak rompak. Dalam erti kata lain, cetak rompak bermaksud mengambil atau menggunakan hasil kerja orang lain dan menjadikannya sebagai hak milik sendiri. Kejadian seperti ini memang selalu terjadi tidak kira di peringkat bawahan, amatur

Page 18: Cetak rompak kertas keja

malahan di peringkat professional pun kadangkala terjadi. Kesemua tindak seperti ini adalah dikategorikan sebagai perbuatan meniru atau mencetak rompak hakcipta pihak lain.

Kegiatan cetak rompak memang sukar untuk dihalang atau dielakkan kerana tidak ada lagi cara yang berkesan. Perbuatan mencetak laman web sebagai contoh adalah satu tindakan yang boleh memalukan diri sekiranya meniru atau merompak laman web yang yang sudah terkenal. Hakikatnya orang ramai sudah semestinya pandai menilai yang mana satu tulisan dan sebaliknya. Jika mengambil idea serba sedikit dan mengolahkanya untuk dijadikan hasil kerja sendiri adalah tidak mengapa, tetapi yang menjadi kesalahan ialah apabila idea itu diambil seratus peratus.

PUNCA BERLAKU JENAYAH CETAK ROMPAKDari perspektif undang-undang, cetak rompak juga membawa maksud

aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hakcipta bagi harta intelek tersebut. Dalam erti kata lain individu tersebut telah menyalin semula hasil karya asli individu lain. Kegiatan cetak rompak adalah merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987. Harta intelek bemaksud sebarang produk dan hasil dan hasil karya yang didaftarkan hakciptanya seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian komputer serta reka bentuk industri. Secara keseluruhannya harta intelek dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.

Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai punca berlakunya jenayah cetak rompak dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Antara faktor yang menyebabkan menularnya jenayah ini adalah kurangnya kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai harta intelek. Masyarakat pengguna tidak menyedari akan kesan buruk yang bakal berlaku ekoran daripada perbuatan mencetak rompak. Dalam keghairahan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral itu, terdapat individu lain mengalami penderitaan yang tidak terkira pedihnya. Individu yang dimaksudkan ialah pengkarya asli yang ditiru hasil karya mereka oleh individu tidak bertanggungjawab.

Selain itu, sikap tamak haloba dalam kalangan masyarakat khususnya pengusaha produk cetak rompak haram. Bagi pengusaha haram, kegiatan penjualan cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada mereka. Tambahan pula pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulennya dari segi publisiti dan iklan. Mereka juga dikecualikan untuk membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal. Oleh itu, mereka menikmati keuntungan yang besar walaupun mutu dan prestij barang sebenarnya sudah diketahui umum.

Page 19: Cetak rompak kertas keja

Di samping itu juga, kelonggaran penguatkuasaan undang-undang juga dikenali sebagai penyumbang kepada menularnya jenayah cetak rompak dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Bukan sahaja kelonggaran sistem undang-undang sedia ada punca masalah ini malah ianya sedikit sebanyak berlaku akibat sikap masyarakat yang tidak mengambil peduli kesan buruk perbuatan mencetak rompak kepada individu lain. Walaupun beberapa dasar serta undang-undang telah digubal bagi membanteras masalah cetak rompak, namun terdapat segelintir masyarakat yang tidak memperdulikan larangan tersebut. Masih ramai individu yang tanpa segan silunya melakukan perbuatan keji itu walaupun menyedari akan kewujudan undang-undang keras daripada kerajaan.

Selain itu, cetak rompak juga berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap barangan cetak rompak. Walaupun para pengguna menyedari bahawa barangan cetak rompak tidak tulen, namun pengguna gemar untuk membeli ekoran daripada harganya yang murah berbanding dengan barangan yang asli. Di samping itu, hal ini dapat memenuhi cita rasa pengguna yang kurang mampu untuk membeli atau mendapatkan barangan asli. Bagi pihak pengguna sebagai contoh mereka lebih suka menggunakan barangan perisian komputer. Hal ini kerana barangan tersebut adalah sangat mahal di pasaran. Oleh yang demikian para pengguna lebih suka mendapatkan barangan tiruan atau cetak rompak kerana ianya lebih murah dan senang untuk didapatkan.

Kecanggihan sains dan teknologi juga merupakan punca mendorong berlakunya jenayah cetak rompak. Zaman moden ini, alatan berteknologi canggih membolehkan barangan tulen dihasilkan. Melalui peralatan yang canggih ini tanpa kita sedari peralatan tiruan dapat dihasilkan pada masa yang sama. Oleh itu, kita sukar untuk membezakan barangan yang tulen dengan barangan tiruan. Malah bukti barangan cetak rompak atau tiruan boleh dimusnahkan dengan wujudnya kecanggihan teknologi masa kini.

Selain itu, jenayah cetak rompak juga berlaku akibat daripada sikap masyarakat khususnya pengguna yang sentiasa menginginkan barangan yang murah tanpa mengambil kira barangan tersebut tulen atau palsu. Yang penting kepuasan kerana mampu memiliki barangan yang seakan-akan barang tulen. Di samping itu juga masyarakat pada masa kini lebih cenderung untuk tidak mengutamakan kualiti barangan yang dibeli. Yang penting kepuasan bersarang di minda mereka adalah sangat memadai. Hal ini menyebabkan berlakunya penularan jenayah cetak rompak kerana sikap serta tindakan masyarakat yeng sedemikian rupa menjadi pembakar semangat untuk para pengusaha cetak rompak meluaskan lagi aktiviti mereka. Peluang tersebut juga diaplikasikan oleh mereka untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Namun di sebalik keuntungan dan kesenangan yang diraih, tanpa mereka sedari ramai dalam kalangan individu lain yang tertindas akibat perbuatan tamak sesetengah pengusaha.

Page 20: Cetak rompak kertas keja

IMPAK/KESAN KEGIATAN CETAK ROMPAKKegiatan cetak rompak akan merugikan pihak pengeluar yang sah. Dalam erti

kata lain pihak yang memiliki karya asli yang sah akan mengalami kerugian akibat daripada perbuatan tamak para pengusaha cetak rompak yang tidak pernah puas. Impak atau kesan negatif yang paling ketara dalam masalah ini ialah syarikat rakaman video dan lagu kaset yang sah. Segala usaha dan penat lelah mereka adalah sangat tidak berbaloi atau sia-sia. Segala usaha dan titik peluh mereka tidak mendatangkan sebarang keuntungan akibat daripada wujudnya jenayah cetak rompak. Di samping itu, sebagai contoh artis seni suara dan seni lakon tidak dapat menikmati hasil penat lelah mereka setelah bekerja keras untuk menghasilkan sebuah karya yang original atau tulen. Jika dilihat secara menyeluruh dari pelbagai aspek mahupun beberapa sudut pandangan, bukan pengeluar sahaja yang mengalami kerugian ekoran daripada cetak rompak malah pakar perisian komputer juga turut mengalami kerugian yang sama.

Selain itu, kesan negatif yang bakal dialami ekoran daripada cetak rompak ialah aktiviti atau iklim pelaburan negara kita akan terjejas. Apabila masalah ini semakin berleluasa, para pengusaha teknologi maklumat tidak mahu melabur di negara kita lagi. Hal ini berlaku kerana kos pelaburan adalah sangat tinggi tetapi pulangan tidak meyakinkan. Lebih malang lagi kemungkinan para saintis juga tidak begitu giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan di negara kita amnya. Kebimbangan juga menghantui fikiran mereka berhubung karya atau hasil usaha mereka akan dicetak rompak dengan mudah.

Kesan negatif yang mungkin berlaku akibat daripada penularan jenayah cetak rompak di negara kita ialah mutu perfileman negara akan terjejas. Apabila perbuatan cetak rompak semakin berleluasa, maka mutu sektor yang berkaitan dengan cetak rompak akan turut tejejas. Hal ini kerana masalah daripada barangan cetak rompak akan menyebabkan barangan yang original akan menerima tempias yang sama apabila barangan cetak rompak mengalami kerosakan.

Turut menerima kesan yang sama ialah ekonomi negara akan terjejas ekoran daripada berlakunya jenayah cetak rompak. Hal ini dapat kerana masyarakat akan mengalihkan perhatian mereka untuk membeli barangan tiruan atau cetak rompak. Akibatnya barangan original tidak akan dipandang. Tuntasnya berlaku kerugian yang amat besar kepada ekonomi negara. Barangan cetak rompak pada amnya menyebabkan masyarakat di negara kita akan membeli barangan tersebut lantaran harganya yang murah. Hal ini menyebabkan negara kita mengalami kurangnya pendapatan ekoran daripada sikap pengusaha cetak rompak dan haram ini yang hanya mementingkan diri sendiri. Perbuatan tersebut juga akan turut menyebabkan kestabilan ekonomi negara tidak konsisten.

Page 21: Cetak rompak kertas keja

CARA MENGATASIWalau bagaimanapun, terdapat beberapa cara drastik yang boleh diambil

bagi menangani maslaha ini. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang. Usaha menangani cetak rompak juga boleh dilakukan dengan cara penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan. Serbuan serta tangkapan yang kerap sebagai contohnya boleh dilakukan tanpa mengira musim. Jika kita lihat dari segi akta, akta Hak cipta 1987 dan akta perihal dagangan 1972 perlu dipinda agar penjenayah profesional ini menerima hukuman yang setimpal. Dengan cara sedemikian, mereka akan gentar untuk memulakan kegiatan ini. Mereka yang ditangkapa juga akan wujud sinar keinsafan di hati mereka.

Perubahan sikap masyarakat juga membantu dalam menangani masalah tersebut. Usaha menyekat gejala cetak rompak ini akan menjadi lebih berkesan seandainya wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat sejagat khususnya anggota penguatkuasa. Mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan amanah ini tidak akan mudah tewas dengan sebarang bentuk suapan atau rasuah serta pujuk rayu. Bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran dan kualiti kerja anggota penguatkuasa maka sebarang bentuk kempen kesedaran wajar diadakan. Melalui kempen kesedaran seperti itu, penularan jenayah cetak rompak dalam kalangan masyarakat negara kita akan dapat dikurangkan.

Membina pusat cetak rompak dalam ngara kita juga dilihat suatu langkah yang paling wajar bagi membendung berleluasanya jenayah berkaitan cetak rompak yang dilihat semakin meruncing. Mencetak di dalam negara sendiri akan mengurangkan harga barangan tulen dan asli. Harga yang berpatutan akan menggalakan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan. Kos yang tidak membebankan akan menyatakan mereka akan mengalami kerugian kerana harga yang rendah tidak mampu member keuntungan yang setimpal dengan pelaburan mereka. Tetapi dalam jangka masa yang panjang, langkah seperti ini tetap tidak akan merugikan. Hal ini demikian kerana jumlah penjualan akan meningkat dan pada masa yang sama keuntungan akan turut meningkat.

Melaksanakan hukuman penjara mandatori, mungkin ramai dalam kalangan masyarakat negara kita yang tidak bersetuju dengan cadangan hukuman tersebut. Namun hakikatnya langkah serta tindakan seperti ini adalah merupakan satu langkah yang paling sesuai bagi membendung penularan jenayah cetak rompak yang semakin menjadi-jadi dan merugikan banyak pihak. Langkah yang tegas ini adalah untuk membanteras gejala cetak rompak. Mana-mana individu yang ditangkap dan didakwa melakukan perbuatan tersebut akan dikenakan tindakan tersebut. Hal ini juga dilihat mampu membantu pihak kerajaan untuk menangani jenayah cetak rompak.

PENUTUP

Page 22: Cetak rompak kertas keja

Jenayah cetak rompak adalah sejenis perbuatan yang merugikan banyak pihak khususnya pihak yang memiliki hasil karya asal. Oleh yang demikian, semua pihak harus perlu terlibat sama dalam menangani jenayah cetak rompak daripada terus berleluasa dan parah saban hari. Jika masyarakat sejagat hanya mampu berpeluk tubuh dan tidak mengambil sebarang langkah maka perkembangan seni tanah air mahupun industri lain akan malap serta mengalami kerugian yang besar. Justeru, harapan kepada mereka yang melakukan dan terlibat dengan kegiatan cetak rompak agar berubah dan segera insaf akan kesalahan yang dilakukan kerana perbuatan serta tindakan seperti itu hanya merugikan pelbagai pihak dan negara khususnya. Sesungguhnya melakukan perbuatan mencetak rompak adalah satu tindakan yang amat keji dan dipandang hina oleh masyarakat.

http://avanzasilver.blogspot.com/2011/01/jenayah-cetak-rompak-punca-kesan-dan.html

RENCANA UTAMA

Memerangi cetak rompakOleh SUBASHINI [email protected]

Serbuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam membanteras masalah perisian cetak rompak di semua peringkat.

Page 23: Cetak rompak kertas keja

CAKERA padat yang dirampas dalam serbuan ini terdiri daripada sistem pengoperasian Microsoft yang dicetak rompak.

ISU cetak rompak perisian komputer seolah-olah sukar dibendung dan masih berleluasa sehingga hari ini. Banyak cara telah dilakukan untuk membanterasnya, namun segala usaha tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Justeru itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa mengadakan serbuan dari semasa ke semasa bagi mengesan dan menahan para peniaga degil yang menjual komputer baru tetapi menggunakan perisian cetak rompak di seluruh negara.

Terbaru, satu serbuan telah diadakan ke atas pengedar-pengedar barangan komputer di Pulau Pinang. Dalam tempoh beberapa bulan yang lalu, KPDNKK telah melakukan serbuan mengejut di pusat bandar raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Hasil daripadanya, perisian komputer cetak rompak dan komputer bernilai lebih daripada RM100,000 telah dirampas termasuk penahanan wakil pengedar yang tidak bertanggungjawab.

Pada pertengahan bulan lalu, empat buah komputer dirampas daripada sebuah kedai di Pulau Pinang kerana pemiliknya dipercayai menjual salinan perisian komputer Microsoft cetak rompak. Ketika pegawai-pegawai KPDNKK menyelongkar premis tersebut, turut ditemui adalah CD-Rom yang dipercayai digunakan untuk memuat turun perisian cetak rompak ke dalam komputer pelanggan.

Jumlah keseluruhan perisian palsu yang digunakan itu mencecah harga RM13,500 manakala RM5,000 lagi melibatkan perkakas komputer. Ketua Pengarah KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, serbuan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam membanteras masalah perisian cetak rompak di semua peringkat.

"Melihat kepesatan pembangunan sektor teknologi maklumat dan pengaruhnya kepada pembangunan ekonomi negara, kami melipatgandakan usaha demi melihat aktiviti yang salah di sisi undang-undang ini dihentikan sama sekali," jelasnya.

Page 24: Cetak rompak kertas keja

ANTARA pekerja yang ditahan dalam rampasan DVD cetak rompak oleh anggota polis di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Beliau menambah: "Apabila pengedar terlibat memasukkan perisian komputer cetak rompak ke dalam komputer baru yang kemudiannya dijual kepada pelanggan, mereka secara tidak langsung akan mendedahkan pengguna tersebut kepada risiko yang tidak diketahui."

"Bukan sahaja perisian cetak rompak melanggar peraturan tetapi data penting dan keselamatan maklumat pengguna turut digadai secara membuta tuli. Pada masa yang sama, kami mengiktiraf dan menghargai pengedar tulen yang turut serta dalam memerangi kumpulan pengedar yang menipu pelanggan dengan menjual komputer 'murah' menggunakan perisian cetak rompak."

Kementerian itu juga mendedahkan bahawa cakera padat (CD) dan cakera keras yang dirampas dalam serbuan itu terdiri daripada sistem pengoperasian Microsoft yang dicetak rompak termasuk Windows 95 dan Windows Vista serta pelbagai versi program Microsoft Office yang lain.

Di bawah Akta Hak Cipta 1987, sesiapa yang didapati bersalah di mahkamah boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 sehingga RM20,000 bagi setiap kesalahan penyalinan perisian cetak rompak dan/atau dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

NASIONAL

Page 25: Cetak rompak kertas keja

Ahli perniagaan didenda RM13j kes cetak rompak05:19:25 AM Oleh Hardi Effendi Yaacob Cetak Emel Kawan

Dituduh miliki 6,500 VCD, DVD karaoke di kediaman 

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan didenda RM13 juta oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini, pada 23 Disember lalu selepas didapati bersalah memiliki 6,500 video cakera padat (VCD) dan cakera video digital (DVD) karaoke cetak rompak membabitkan koleksi lagu artis popular tempatan dan antarabangsa, pada 23 Disember lalu. Ia sekali gus menjadi jumlah denda tertinggi pernah dikenakan ke atas pesalah cetak rompak sejak Akta Hak Cipta diluluskan Parlimen, seterusnya dikuatkuasakan 23 tahun lalu. 

Ahli perniagaan, Tee Min Hock, 35, turut berdepan hukuman dua tahun penjara jika gagal membayar denda berkenaan selepas disabitkan kesalahan itu mengikut Seksyen 41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987. 

Mengikut keterangan fakta kes, VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu ditemui disembunyikan di rumah ahli perniagaan terbabit dalam serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) pada 27 September 2007. 

Difahamkan, serbuan dilakukan berdasarkan laporan yang dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), dengan VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu dipercayai mahu digunakan untuk tujuan komersial. 

Timbalan Ketua Pengarah KPDNKK, Iskandar Halim Sulaiman, berkata tindakan itu adalah pengajaran terbaik kepada semua pihak yang tidak menghormati hak cipta, selain cuba mengaut keuntungan dari kegiatan cetak rompak. “Walaupun sudah banyak kali kerajaan mengeluarkan amaran berhubung kegiatan haram ini, masih ada pihak tidak mengendahkannya dan cuba mengambil kesempatan. 

“Hukuman dikenakan ke atas ahli perniagaan terbabit dianggap setimpal dengan kesalahan pelanggaran hak cipta dilakukannya, sekali gus menjadi pengajaran kepada mereka yang masih berdegil dan tidak menghormati undang-undang,” katanya. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Anti Cetak Rompak (APAC), berkata mahkamah memandang serius kegiatan pelanggaran hak

Page 26: Cetak rompak kertas keja

cipta oleh ahli perniagaan terbabit dengan menetapkan denda minimum RM2,000 bagi setiap salinan lagu. 

“Mengikut Akta Hak Cipta 1987, denda maksimum yang dibenarkan boleh mencecah RM20,000 bagi setiap lagu dan penjara lima tahun jika disabitkan kesalahan. 

“Kita akan bekerjasama dengan RIM dan organisasi lain yang berkaitan dalam usaha memerangi kegiatan cetak rompak ini melalui tindakan serbuan dan pemeriksaan lebih kerap,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Tan Ngiap Foo, berkata usaha perlu diteruskan bagi membersihkan negara daripada menjadi sarang cetak rompak. 

“Sejak 2001, kerajaan mengharamkan penjualan cakera optik, terutama VCD dan DVD di pasar malam di seluruh negara, namun usaha itu tidak menampakkan kesannya. 

“Ia dikesan semakin berleluasa di Kuala Lumpur, dengan setiap pasar malam dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 30 gerai menjual karya muzik dan filem cetak rompak. Walaupun sudah banyak kali perkara ini diadukan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiada tindakan diambil,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AhliperniagaandidendaRM13jkescetakrompak/Article

Page 27: Cetak rompak kertas keja

THURSDAY, 3 MARCH 2011

PENJUALAN VCD/DVD CETAK ROMPAKLebih kurang 10 tahun yang lalu, saya pernah ditanya oleh pemberita dari stesen tv swasta TV3 berkenaan penjualan vcd/dvd cetak rompak yang berleluasa.  Cuma dua soalan sahaja yang dilontarkan kepada saya dan saya juga menjawab dengan ringkas tetapi jawapan yang saya berikan adalah yang jujur dan bukan dibuat-buat atau ditapis.

Soalan pertamaWartawan : Adakah anda tahu penjualan vcd/dvd cetak rompak yang berleluasa dimasa kini?

Jawapan Saya : Ya, saya tahu.

Soalan KeduaWartawan : Pada pendapat anda, adakah pihak berkuasa dapat menghapuskan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini.

Jawapan Saya : Tidak, sebab pihak berkuasa asyik menyerbu penjual vcd/dvd cetak rompak sedangkan pihak yang menghasilkan atau mencetak vcd/dvd cetak rompak ini tidak pula diserbu atau diambil tindakan. Pihak berkuasa sendiri tidak ikhlas dalam tindakan mereka.

Itu adalah dua soalan yang diutarakan kepada saya dan dua jawapan yang telah saya berikan kepada pemberita terbabit.  Pada malam hari, saya dan keluarga menonton Berita TV3 iaitu Buletin Utama dan wajah saya terpampang dikaca television bersama jawapan yang telah saya berikan.  Saya masih ingat lagi skrip berita yang dibaca oleh penyampai berita pada waktu itu.  "Apabila ditanya kepada orang ramai berkenaan pendapat mereka tentang masa depan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini...adakah akan terus bertahan atau dapat dihapuskan oleh pihak berkuasa?..ini jawapan yang kami terima"...lepas skrip itu dibaca, terpampanglah muka saya diwawancara oleh pemberita.

Saya terkejut sebab saya memang tidak pernah menyangka jawapan yang seolah-olah memerli pihak berkuasa yang tidak telus dalam mengambil tindakan, disiarkan pula oleh stesen terkemuka pada slot Buletin Utama. Keesokannya adalah beberapa kawan-kawan saya dan kawan-kawan kepada isteri saya menyapa dan memberitahu yang mereka nampak saya dislot Buletin Utama.

Apa yang saya nak ketengahkan pada hari ini, bukan kemunculan saya, bukan tentang Buletin Utama, bukan tentang TV3, tetapi tentang kebenaran dalam kata-kata yang saya ucapkan 10 tahun yang lepas.

Hari ini anda semua boleh melihat betapa banyak premis yang menjual VCD/DVD cetak rompak.  10 tahun yang lepas vcd/dvd cetak rompak ini dijual berleluasa ditepi-tepi jalan ataupun di kawasan kaki lima kedai.  Tujuannya mudah, bila diserbu oleh pihak berkuasa, senanglah untuk melarikan diri.  Juga dengan premis mudah alih sebegitu, perniagaan/penjualan vcd/dvd cetak rompak ini boleh dipindahkan ketempat lain mengikut kesesuaian dan permintaan.

Tetapi apa yang terjadi pada masa kini? Premis yang mudah alih telah bertukar menjadi premis yang kekal. Penjualan tepi jalan dan dikaki lima telah menjadi penjualan dalam kompleks membeli belah dan kedai. Penjual pula kelihatan lebih yakin dan lebih berani mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyewa kedai/lot untuk dijadikan pusat penjualan vcd/dvd cetak rompak. Walau berapa kali diserbu sekalipun,

Page 28: Cetak rompak kertas keja

kedai yang sama muncul kembali selepas beberapa waktu dan perniagaan vcd/dvd cetak rompak ini diteruskan seolah-olah stok yang dirampas telah dipulangkan oleh pihak berkuasa.

Bila kita bercakap tentang penjualan vcd/dvd cetak rompak ini, kita sering kaitkan dengan aktiviti samseng atau kogsi gelap yang mungkin menjadi pelindung atau penaja kepada perniagaan ini.  Tetapi, adakah benar cuma samseng atau kongsi gelap yang melindungi dan menaja perniagaan ini atau pun ada pihak lain yang kita tak sebutkan juga terlibat?  Yang paling mudah untuk menidakkan penglibatan mereka ialah pihak berkuasa.  Bila sahaja kita tahu ada aktiviti tidak sihat disesuatu kawasan dan aktiviti itu dilakukan secara terang-terangan dan tanpa selindung, siapa yang akan kita hubungi? Pihak berkuasa atau pihak berwajib, merekalah yang akan kita hubungi.

Maka, kenapa aktiviti tidak baik ini masih berleluasa dan semakin dilakukan secara terang-terangan?  Jawapan yang telah saya berikan 10 tahun yang lalu, saya akan ulangi "kerana pihak berkuasa tidak ikhlas".

Keikhlasan seseorang atau satu-satu pihak akan dapat dilihat dari segi perlakuan dan tindakan mereka.  Meraka yang tidak ikhlas kekadang boleh berdrama mengalahkan pelakon drama popular.  Tetapi segala ketidak ikhlasan mereka akan terserlah juga melalui tindakan dan perlakuan mereka.  Apa yang berlaku di Miri baru-baru ini, dimana premis yang digunakan untuk menjual vcd/dvd cetak rompak hanya diserbu oleh pihak KPDNKK selepas diambil gambar oleh Mazidul Akmal dan diadu oleh pembaca blog, memang amat memalukan.  Bagi si penjual, dia memang muka tak tahu malu, sebab tu dia menjual vcd/dvd cetak rompak.  Tetapi yang benar-benar memalukan ialah penguatkuasa yang duduk dibandar yang sama, iaitu Miri, tetapi menutup mata selama ini tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk merampas atau menangkap mereka yang terbabit dalam penjualan vcd/dvd cetak rompak ini.

Sepatutnya pihak Mazidul Akmal mengambil gambar ketua KPDNKK Miri dan juga gambar mana-mana ketua jabatan dikawasan atau daerah-daerah lain yang sama alpa dan tidak efektif dalam menunaikan tanggungjawab mereka dalam memastikan penguatkuasaan yang tegas dan amanah. Dengan adanya gambar mereka disiarkan, dapatlah kita, masyarakat Malaysia mengetahui siapa yang membuat kerja dengan baik dan amanah dan siapa tidak. Mungkin ada pihak yang kurang setuju dengan pendekatan ini. Tetapi, bukankah pihak berkuasa telah diberikan masa yang cukup, kuasa yang cukup dan peruntukan yang cukup untuk menunaikan tanggungjawab mereka?  Kenapa tidak dijalankan dengan sebaiknya?

Ada juga pihak yang akan menyatakan, pihak pengguna yang bersalah kerana membeli vcd/dvd cetak rompak.  Pihak pengguna atau masyarakat yang bersalah dan menggalakkan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini.  Saya setuju dengan pendapat ini, tidak boleh ditolak bulat-bulat.  Tetapi seperti mana soalan yang lazim kita dengar "Mana satu datang dulu? Ayam atau Telur Ayam?". Persoalan ini mungkin sukar dijawab. Tetapi bagi saya mudah sahaja. Ayamlah datang dulu. Sebab kalau ayam tidak dijadikan terlebih dahulu, macam mana nak hasilkan telur ayam.  Bagi manusia pula, Adam dan Hawa datang dulu, kemudian barulah berlaku kelahiran dibumi Allah ini.

Jadi tak perlulah pihak berkuasa menunding jari terhadap masyarakat yang membeli vcd/dvd cetak rompak ini.  Masyarakat telah banyak berubah jika dibandingkan dengan situasi mereka 10 tahun yang lalu. 10 tahun yang lalu tidak wujud banyak filem-filem box office, kerana masyarakat asyik menunggu vcd/dvd cetak rompak untuk menonton wayang yang mereka gemari, tetapi kini berbelas filem box-office terhasil.  Bukankah masyarakat yang menyokong dan mengeluarkan duit untuk menonton dipawagam-pawagam, bukankah masyarakat menunjukkan sokongan yang jitu terhadap pengeluar filem tempatan mahupun antarabangsa.  Jadi apa pula masih nak tunding jari kepada masyarakat?  Segelintir masih

Page 29: Cetak rompak kertas keja

membeli vcd/dvd cetak rompak kerana vcd/dvd cetak rompak ini masih terdapat dipasaran.  Siapa yang bertanggungjawab menghapuskan penghasilan dan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini?  Adakah ini juga tanggungjawab masyarakat? Kalau ini pun tanggungjawab masyarakat, apa pula tugas "penguatkuasa" yang seolah-olah tak tahu buat kerja?

Kini masyarakat sudah mula menunjukkan sokongan kepada pihak pengeluar filem dan seharusnya pihak pengeluar filem bertanya kepada pihak berkuasa "kenapa masih tak dapat hapuskan pengeluar vcd/dvd cetak rompak".  Malaysia memang maju dari segi teknologi, siapa kata tidak....diesel yang dijual distesen minyak boleh dibezakan dengan diesel bersubsidi. Bukankah itu menunjukkan pihak berkuasa diMalaysia mempunyai kemampuan untuk menggunapakai kaedah dan teknologi terkini untuk membenteras aktiviti yang terlarang.  Justeru kenapa tiada kaedah saintifik, forensik ataupun berteknologi digunakan untuk mengesan pusat penghasilan vcd/dvd cetak rompak melalui vcd/dvd yang dirampas?   Umum mengetahui mesin-mesin mahupun peralatan yang digunakan untuk menghasilkan vcd/dvd samada yang tulen atau yang dicetak rompak adalah hampir sama.  Cuma sekarang banyak vcd/dvd cetak rompak dihasilkan melalui cetakan atau salinan melalui komputer.  Tetapi sebilangan dari filem-filem yang dicetak rompak masih menggunakan "mastercopy" untuk diulang salin.  Pihak berkuasa pula mempunyai kemampuan untuk melakukan siasatan dari berbilang sudut.  Makmal forensik kini lebih canggih dengan terdapatnya unit forensik alam maya dan sebagainya.  Setiap muat turun atau pembelian wayang melalui internet boleh dikenal pasti dengan mudah oleh pihak berkuasa.  Muat turun dengan jumlah yang dianggap "out of ordinary" boleh disiasat. Terdapat berbagai cara dan kaedah untuk menghapuskan penghasilan vcd/dvd cetak rompak.  Jika pihak bekuasa menyatakan sukar membendung aktiviti ini kerana dilakukan secara kecil-kecilan dan terlindung, maka soalan saya kepada mereka ialah....adakah ini bermakna penjenayah lebih bijak dari anda? 

Adakah pihak berkuasa benar-benar ikhlas??????  Jawapan ada diminda anda sekarang ini.

http://tahirnisa.blogspot.com/2011/03/penjualan-vcddvd-cetak-rompak.html

Page 30: Cetak rompak kertas keja

RENCANA UMUM 13: PERANGI CETAK ROMPAK

Statistik 15 tahun lalu menunjukkan pendapatan daripada industri rakaman album tempatan mencatatkan perolehan berjumlah lebih RM200 juta. Tetapi sayangnya, pada tahun lalu perolehan itu menyusut dengan begitu ketara sekali apabila industri tersebut hanya mampu mengaut pendapatan sekitar RM70 juta sahaja. Fenomena tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dan keresahan pihak terbabit. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah itu antaranya ada yang berpendapat kerana faktor kelembapan ekonomi global, persaingan, kurangnya daya tarikan dalam sesebuah album, dan tidak kurangnya kerana isu kegiatan cetak rompak yang berleluasa. Akibatnya, banyak syarikat rakaman termasuklah yang besar dan kecil tidak berani untuk menerbitkan album-album baru kerana mereka enggan berdepan dengan risiko kerugian.Kegiatan penjualan cakera padat (CD), cakera video digital (DVD), cakera padat video (VCD), dan perisian cetak rompak tiruan sememangnya amat sukar untuk dibendung oleh pihak berkuasa dari dulu sampai sekarang. Pelbagai tangkapan dibuat serta dikenakan tindakan mahkamah, namun aktiviti tersebut tetap muncul di sana sini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi mereka yang tidak peduli kedaulatan undang-undang serta memikirkan keuntungan semata-mata, aktiviti penjualan cakera, dan perisian tiruan itu memang menjadi profesion mereka. Kegiatan tersebut bukan sahaja dijalankan di pasar-pasar malam atau di kaki lima, malah ada yang semakin berani untuk menjualnya secara terbuka di premis perniagaan dan kompleks beli-belah. Malah, 'keberanian' peniaga terbabit yang seolah-olah tidak mempedulikan undang-undang itu tentu sekali mengundang pertanyaan dalam kalangan orang ramai, terutama para pengunjung kompleks beli-belah berkenaan.

Dicatat oleh: Guru Cemerlang BM at 12:55 PTGLabel RENCANA UMUM

http://munsyibm.blogspot.com/2009/10/rencana-umum-13-perangi-cetak-rompak.html

Page 31: Cetak rompak kertas keja

SEHINGGA hari ini, boleh dikatakan masih ramai tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan ciplak atau nama lainnya barangan cetak rompak yang kini semakin banyak disalin secara tidak sah.

Walaupun ada halaman buku yang ingin disalin cetak tertulis perkataan ‘Hakcipta Terpelihara’ serta ‘Tidak Dibenar Ulang Cetak’, masih ramai tidak mengendahkannya dan terus membuat salinan, khususnya membabitkan salinan fotostat.

Kita lihat hari ini, perkara ini terlalu biasa dalam kehidupan seharian umat Islam. Sehingga ada yang menjadikan cara ini sebagai modal perniagaan mereka.

Terutama pada musim harga minyak dan barangan semakin meningkat, semua perkara yang dikira mampu menjimatkan kos akan menjadi pilihan ramai hingga kerap melupakan pandangan Islam atau hukumnya.

Bagaimanakah sebenarnya pendirian Islam dalam hal ini? Adakah terus mengharamkannya tanpa bicara?

Sampai kepada saya satu soalan seperti berikut: “Ustaz, saya menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan di sebuah universiti awam. Masalahnya, saya menggunakan perisian Windows dan Microsoft Office yang cetak rompak. Saya tahu tindakan saya salah, tetapi harga tulen terlalu mahal.

“Saya harap dapat ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.”

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila orang yang bertanya itu sendiri mengerti bahawa ia salah. Ini kerana, harta intelek diiktiraf Islam sebagaimana difatwakan ulama sedunia sebagai harta persendirian yang terpelihara.

Justeru, kita tidak boleh mengambil dan menggunakan produk cetak rompak, khususnya apabila perisian itu digunakan untuk diniagakan, sebagai contoh dibuat salinan demi salinan dan dijual pada harga rendah.

Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai tulang belakang perniagaannya, perniagaan itu adalah haram, hasilnya juga haram.

Page 32: Cetak rompak kertas keja

Ia sangat jelas berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menjalankan perniagaan sesuatu yang haram kerana hasilnya juga menjadi haram, iaitu yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram).” (Ar-Rawdu Al-Murabba’, Riwayat Ibn Hibban)

Rasulullah SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain yang haram bagi umat Islam, mereka (Yahudi) membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya.

Apabila Rasulullah SAW mendapat tahu, baginda terus berkata: “Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini, apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya.” (Riwayat Al-Bukhari) Hasil daripada kumpulan hadis ini, bentuk tindakan dilakukan yang ingin saya tekankan adalah, ia sama seperti cetak rompak kerana haram daripada sudut hukum Islam.

Ia berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia (Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi.

Mungkin ada yang berhujah bahawa perisian Windows itu adalah milik seorang kafir yang merujuk kepada Bill Gates dan tiada masalah untuk menggunakan yang cetak rompak selain ada juga yang menyatakan beliau terlalu kaya, oleh itu penggunaan bahan berkenaan tidak memberi apa juga kesan pada kekayaannya.

Sebenarnya, hujah ini meleset dan tertolak dalam fiqh Islam kerana Muslim tidak dibenarkan mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika di Iraq).

Dalam keadaan tiada peperangan fizikal yang jelas, perisian Windows harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu diiktiraf oleh syariah dan diharamkan untuk sesiapa saja dicerobohi sesuka hati.

Dalilnya terlalu banyak, iaitu paling mudah apabila Rasulullah SAW dan sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta kafir Musyrik. Semua itu menunjukkan umat Islam tidak dibenarkan mencerobohi dan mesti membelinya dengan cara halal.

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, jika pelajar ingin menggunakan perisian untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan, terutama jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang tulen.

Sedangkan dia memerlukan komputer dan sesuatu perisian khas untuk tujuan pembelajarannya, tatkala itu, ada ulama mengharuskan atas asas:

Page 33: Cetak rompak kertas keja

‘Hajat Mendesak’ dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh: Ertinya: “Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak, sama ada ia berbentuk umum atau khusus.” (Al-Ashbah Wa An-Nazair)

Hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan komersial

Bertempoh. Ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, dia perlu membeli yang tulen

Demikian juga halnya keadaan pelajar di universiti. Sebagai contoh, ada pensyarah menjadikan buku tertentu sebagai ‘silibus’ dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga lima atau enam buku digunakan.

Sudah tentu pelajar tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli buku yang mungkin tebal dengan harga tinggi.

Lalu tatkala itu, pelajar dibenarkan membuat salinan fotostat halaman tertentu yang berkait dengan pembelajarannya. Maka, pada waktu itu ia diharuskan.

Kembali kepada keadaan seperti dinyatakan, jika benar seseorang itu menghadapi kesukaran wang (hanya beliau dan Allah yang tahu) untuk membeli perisian tulen yang mahal harganya berbanding kemampuannya, maka ada keringanan untuk beliau menggunakan produk tiruan itu dulu buat sementara waktu.

Ketika perniagaan seseorang itu sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil serta tiada lagi keperluan mendesak, tatkala itu wajib untuk bertukar dan membeli yang tulen.

http://www.hmetro.com.my/articles/Haramcetakrompakjadimodalperniagaan/Article/artikelMA

Page 34: Cetak rompak kertas keja

ISI KANDUNGAN