Cetakan Pertama Disember 2017 -...
-
Upload
duongtuyen -
Category
Documents
-
view
277 -
download
10
Transcript of Cetakan Pertama Disember 2017 -...
-
1
-
2
Cetakan Pertama Disember 2017
ISSN 1511-5925
Hak Cipta Terpelihara, kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan
komersial. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada
dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
-
1
Prakata
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya maka JURNAL BTP 2017 ini
telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penerbitan jurnal ini
merupakan satu karya ilmiah penting ke arah pembangunan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam abad ke 21 ini.
Sesungguhnya usaha menerbitkan jurnal ini bukan sahaja mencakupi bidang penulisan yang
berkualiti malah merupakan platform perkongsian ilmu. Saya berharap JURNAL BTP 2017 ini
dapat dijadikan rujukan ilmiah kepada organisasi di KPM, JPN, PPD, BTPN, PTPB, PKG,
guru-guru dan pelajar-pelajar di IPG mahu pun di universiti.
Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penyumbang artikel, panel dan
Jawatan Kuasa Sidang Editor JURNAL BTP 2017 yang telah berjaya merealisasikan hasrat
Bahagian Teknologi Pendidikan untuk memanfaatkan penulisan ilmiah ini kepada pembaca.
Sekian, terima kasih.
i
-
2
KANDUNGAN
Prakata i
1. Kepuasan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di SJK (C)
Melalui Penggunaan Papan Putih Interaktif.
Azizul Abdul Radzak, Noraini Mohamed Noh 1
2. Penggunaan Makmal Komputer Dalam Membantu Proses Pembelajaran dan
Pengajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Seluruh Daerah Negeri Kelantan.
Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme, BTPN Kelantan 11
3. Pembelajaran Berasaskan Projek Sebagai Satu Kaedah Pentaksiran Dalam
Pembelajaran dan Pengajaran Abad Ke-21.
Haiza Atmareni Harmeni 29
4. Keberkesanan Penggunaan Papan Putih Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa
Malaysia Dalam Kalangan Murid Tahun 3.
Khor Huan Chin, Noraini Mohamed Noh 40
5. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan MBMMBI Bahasa Malaysia di Tiga
Buah Sekolah Rendah Dalam Daerah Klang: Satu Kajian Kualitatif.
Mohd. Lazim Bangi 50
6. Kaedah Latim Sebagai Inovasi Pendidikan Dalam Meningkatkan Penguasaan
Penggunaan Imbuhan Awalan Me(N).
Norhafisya Zabidi 58
7. Guidelines Of Educational Video Production For Malaysian Digital Natives.
Suras Kanagasabai 72
8. Keperluan Peningkatan Pengurusan Sumber Manusia: Input Program Khidmat
Bantu BTP ke Sekolah Integriti Penjara Kajang
Zaidi Yazid, Kamarul Azman Abd Salam (PhD), Amir A. Bakar 88
Jawatankuasa Penerbitan Jurnal BTP 2017 100
-
1
KEPUASAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI
SJK(C) MELALUI PENGGUNAAN PAPAN PUTIH INTERAKTIF
Azizul Abdul Radzak, Noraini Mohamed Noh
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
[email protected], [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan pembelajaran melalui penggunaan papan putih
interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun
3. Kajian ini akan mengkaji persepsi murid dan guru terhadap penggunaan papan putih
interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu . Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam
kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara bertujuan yang melibatkan 15 orang
murid tahun 3 dan dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3.
Lokasi kajian adalah di sebuah SJK(C) di Daerah Pasir Gudang, Johor Baharu. Dua jenis
instrumen kajian digunakan iaitu pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak dan
temu bual separa berstruktur. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan analisis
deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan murid merasa puas terhadap penggunaan papan putih
interaktif dalam proses pengajaran di kelas. Murid berasa gembira dan seronok semasa proses
pengajaran guru menggunakan papan putih interaktif. Dapatan kajian juga menunjukkan guru
turut memberikan responspositif terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tahun 3. Guru bersetuju bahawa murid berasa
gembira dan seronok semasa proses pengajaran menggunakan papan putih interaktif di kelas.
Guru menyatakan bahawa penggunaan teknologi maklumat di tempat kerja akan
meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti. Justeru, penggunaan papan putih interaktif perlu
diperluaskan di semua sekolah dan guru perlu diberi latihan penggunaannya.
Kata kunci: Papan Putih Interaktif (IWB), Kepuasan, Bahasa Melayu, Pengajaran dan
Pembelajaran, SJK(C)
Pengenalan
Teknologi merupakan salah satu elemen penting yang perlu diintegrasikan dalam sistem
pendidikan di negara ini. Ia bertujuan untuk menyediakan murid agar lebih bersedia untuk
menghadapi cabaran dunia luar selari dengan arus digital yang kian pesat berkembang saban
hari. Kemahiran pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
membantu guru melaksanakan tugasnya dengan lebih efektif dan profesional untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Noriati et al,
2012). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membekalkan komputer dan
perantinya, Digital Multimedia Systems, rancangan TV Pendidikan dan perisian pendidikan di
sekolah-sekolah. Selain itu, latihan tentang cara mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran juga diberikan kepada bakal guru dan guru yang sedang berkhidmat.
Murid di SJK(C) kurang pendedahan terhadap penggunaan Bahasa Melayu kerana
bahasa pengantar di SJK(C) ialah Bahasa Cina. Penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan
murid-murid adalah terhad kerana mereka lebih cenderung untuk berkomunikasi dengan rakan-
rakan mereka dalam Bahasa Cina. Pendedahan Bahasa Melayu di SJK(C) juga kurang kerana
kebanyakan mata pelajaran yang lain diajar dalam Bahasa Cina. Lantaran itu, murid di SJK(C)
mendapat masa pengajaran dalam Bahasa Melayu sedikit berbanding dengan Sekolah
Kebangsaan. Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid SJK(C) penting kerana ia
merupakan bahasa interaksi yang sering digunakan dalam masyarakat yang berbilang kaum di
-
2
negara ini. Bahasa Melayu dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dan
selari dengan martabat Bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa rasmi di Malaysia.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
SJK(C) selain dari Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu dalam
kalangan murid SJK(C) perlu ditingkatkan. Usaha yang dilakukan oleh KPM dalam
merealisasikan hasrat ini ialah meningkatkan standard Bahasa Melayu di SJK(C) bermula pada
tahun 2014, iaitu kohort tahun 4 akan menggunakan kurikulum Bahasa Melayu yang sama
dengan Sekolah Kebangsaan (Ministry of Education Malaysia, 2015). Bermula pada tahun
2011, iaitu tahun pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), masa pengajaran
Bahasa Melayu bagi tahap satu di SJK(C) adalah sebanyak 300 minit seminggu. KPM juga
telah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan
memartabatkan lagi Bahasa Melayu. Salah satu transformasi yang dilakukan dalam PPPM ialah
menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan (Ministry of Education Malaysia, 2015).
Transformasi ini mengetengahkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Integrasi teknologi diyakini mampu menarik minat murid untuk
menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran guru. Pengenalan kepada papan putih
interaktif atau lebih dikenali sebagai Interactive Whiteboard sebagai alat bantu mengajar
merupakan salah satu usaha KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Namun
begitu, tidak semua sekolah dilengkapi dengan kemudahan papan putih interaktif. Hanya
beberapa buah sekolah yang terpilih sahaja dilengkapi dengan kemudahan ini.
Kepuasan pembelajaran murid merupakan sesuatu yang penting dan menarik untuk
dikaji. Kepuasan murid terhadap sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran pula merupakan
elemen penting untuk dikenal pasti. Hal ini bertujuan untuk menentukan sama ada penggunaan
teknologi di dalam bilik darjah mampu memberi kesan positif terhadap penguasaan sesuatu
mata pelajaran. Lantaran itu, kajian harus dijalankan untuk mengetahui kepuasan pembelajaran
murid terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam proses pembelajaran sesuatu mata
pelajaran. Penggunaan papan putih interaktif secara berkesan dalam sesuatu pengajaran dapat
memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran. Keberkesanan penggunaan sesuatu alat teknologi atau alat bantu mengajar dalam
pengajaran guru dapat dikenal pasti dengan melihat tahap kepuasan pembelajaran murid
terhadap mata pelajaran yang diajar menggunakan alat teknologi tersebut. Justeru itu, kajian
ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kepuasan pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid
Tahun 3 di sebuah SJK(C) di Daerah Pasir Gudang.
Persoalan Kajian
1. Mengetahui tahap kepuasan murid dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
2. Mengetahui pandangan guru terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
-
3
Kerangka Konseptual
Rajah 1 Kerangka Konsep Kajian
Pembelajaran aktif adalah model pengajaran yang memberi tumpuan tanggungjawab
pembelajaran pada murid. Ia telah dipopularkan pada tahun 1990-an oleh Persatuan Pengajian
Pengajian Tinggi (ASHE) dalam laporan (Bonwell & Eison 1991). Laporan ini menyatakan,
mereka telah membincangkan pelbagai kaedah untuk mempromosikan "pembelajaran aktif".
Mereka memetik kesusasteraan yang menunjukkan bahawa untuk belajar, murid perlu
melakukan lebih daripada sekadar mendengar: Mereka mesti membaca, menulis, berbincang,
atau terlibat dalam menyelesaikan masalah. Pembelajaran aktif melibatkan murid dalam dua
aspek iaitu melakukan perkara-perkara dan berfikir tentang perkara-perkara yang mereka
lakukan (Bonwell & Eison, 1991). Terdapat pelbagai alternatif untuk "pembelajaran aktif"
seperti belajar melalui bermain, pembelajaran berasaskan teknologi, pembelajaran berasaskan
aktiviti, kerja kumpulan, kaedah projek, dan lain-lain faktor adalah beberapa sifat dan ciri-ciri
pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif adalah lebih daripada sekadar mendengar. Penyertaan
aktif bagi setiap murid adalah aspek yang diperlukan dalam pembelajaran aktif. Murid perlu
melakukan perkara-perkara dan pada masa yang sama berfikir tentang kerja yang dilakukan
dan tujuan di sebaliknya supaya mereka boleh meningkatkan keupayaan berfikir aras tinggi
mereka.
Di samping itu juga, pembelajaran aktif merupakan salah satu strategi yang dapat
meningkatkan tahap pencapaian dan penguasaan kandungan pembelajaran. Pembelajaran
berasaskan teknologi pendidikan digunakan untuk membantu guru mengajar dan membantu
murid belajar suatu kandungan mata pelajaran dengan lebih berkesan. Tegasnya, teknologi
pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan
secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam
proses pembelajaran.
Kajian ini penting kepada dunia pendidikan di sekolah kerana ia dapat dijadikan
penanda aras untuk melihat tahap kepuasan pembelajaran murid terhadap sesuatu mata
pelajaran yang diajar menggunakan papan putih interaktif di sekolah. Kajian ini juga dapat
membantu guru-guru di sekolah untuk mengetahui tahap kepuasan pembelajaran murid
terhadap mata pelajaran yang diajar dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan dan
kekurangan pengajaran mereka. Selain itu juga, kajian ini dapat membantu pihak sekolah
mengenal pasti alat bantu mengajar yang bersesuaian. Pemilihan alat bantu mengajar yang tepat
dan bersesuaian seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi agar dapat membantu guru
meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Di samping itu, kajian ini dapat membantu
menyelami aspek-aspek yang menunjukkan kepuasan pembelajaran murid agar guru dapat
lebih memahami keperluan murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan papan putih interaktif
Kepuasan belajar
Pembelajaran Aktif
-
4
Kajian Berkaitan Papan Putih Interaktif
Satu kajian yang bertujuan untuk mengkaji sikap guru Matematik dalam penggunaan papan
putih pintar dalam pengajaran Matematik telah dijalankan oleh Wafa Muhanna dan Khamis
Mousa Nejem (2013). Dapatan kajian mereka telah menunjukkan guru Matematik bersikap
positif dalam penggunaan papan putih pintar dalam pengajaran mereka. Selain itu, satu lagi
kajian telah dijalankan oleh Tufan Aytac. Menurut Tufan Aytac (2013), tujuan utama kajiannya
adalah untuk menyiasat pandangan murid dan masalah yang mereka hadapi semasa
penggunaan Interactive Whiteboard (IWB). Untuk mengenal pasti apa-apa perbezaan yang
ketara dari segi jantina dan tempoh penggunaan IWB untuk pandangan murid, ujian-t dan
sehala ANOVA telah digunakan. Dapatan kajian beliau menunjukkan terdapat perbezaan yang
jelas di antara sekolah rendah dan menengah tentang pandangan murid sekolah mengenai
penggunaan IWB. Dalam kajian ini juga, mendapati bahawa murid mempunyai sikap yang
positif terhadap penggunaan IWB. Murid juga telah mengenal pasti ketidakcekapan guru untuk
menggunakan IWB, masalah teknikal, kekurangan e-bahan dan kesihatan mata sebagai
masalah.
Seterusnya, satu kajian eksperimental tentang integrasi antara teknologi dan model
pembangunan profesional, pencapaian pra algebra dan skor kecekapan guru menggunakan
papan putih pintar telah dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji integrasi antara
teknologi dengan Model Pembangunan Profesional dan memfokuskan penggunaan papan putih
pintar untuk meningkatkan pencapaian pra algebra. Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan
intervensi meningkatkan skor Matematik pelajar dan skor kecekapan guru menggunakan papan
putih pintar antara ujian pra dan ujian pasca.
Selain itu juga, satu kajian telah dijalankan oleh Burcu Turan (2014) tentang
penggunaan papan putih pintar dalam pengajaran Matematik: kesan penggunaan watak kartun
kepada kejayaan murid. Hasil dapatan kajian telah mendapati bahawa kejayaan murid dalam
kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kejayaan murid dalam kumpulan kawalan.
Ibrahim Mohamed (2014) pula telah menjalankan satu kajian tentang kesukaran yang dialami
oleh guru apabila menggunakan papan putih interaktif dalam kelas bahasa Inggeris. Dapatan
kajian beliau telah menunjukkan bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh guru
apabila menggunakan papan putih interaktif. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah guru
kurang mahir menggunakan komputer, ketidakfahaman mengenai matlamat sekolah dan murid
lebih mahir dalam penggunaan teknologi berbanding guru mereka.
Metodologi
Sampel kajian ini ialah melibatkan dua orang guru Bahasa Melayu dan 15 orang murid tahun
tiga di sebuah SJK(C) di dalam Daerah Pasir Gudang, Johor Bahru. Pemilihan sampel dalam
kajian ini dilakukan dengan cara memilih persampelan bertujuan. Seramai 15 orang murid
berbangsa Cina telah dipilih daripada 48 orang murid dan dua orang guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu tahun tiga. Penyertaan guru dan murid dalam kajian ini adalah secara
sukarela.
Sebelum kajian dijalankan, kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diperoleh. Kebenaran turut diperoleh
dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan
sebanyak tiga kali pada minggu, pada hari dan waktu yang berbeza. Perancangan pengajaran
ditetapkan oleh guru yang mengajar. Sebelum proses pengajaran berlangsung, guru perlu
menempah bilik untuk mendapatkan giliran menggunakan kemudahan papan putih interaktif
-
5
di sekolah. Seterusnya, satu perbincangan dengan guru untuk memilih tarikh yang sesuai oleh
guru tersebut untuk menjalankan pengajaran. Sebelum memulakan proses pengajaran pula,
sebuah kamera dipasang untuk merakamkan proses pengajaran guru. Video rakaman dibuat
sepanjang proses pengajaran adalah untuk mengelakkan daripada tercicir atau terlepas pandang
maklumat-maklumat yang penting untuk kajian. Elemen yang difokuskan semasa pemerhatian
ialah murid, guru, aktiviti, interaksi dan papan putih interaktif. Penggunaan video rakaman juga
banyak membantu merekodkan data temu bual yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti
gerak badan, mimik muka dan tingkah laku partisipan yang berkaitan dengan kajian.
Di samping itu juga, catatan dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Senarai semak mengenai tingkah laku guru dan murid yang ingin dilihat
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berlangsung. Setelah selesai
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid-murid yang terdapat di dalam kelas itu
ditemu bual. Instrumen temu bual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini. Soalan-soalan
temu bual yang dibina adalah berdasarkan objektif kajian yang telah dikenal pasti dan juga
pemerhatian yang telah dijalankan terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan
putih interaktif di kelas. Murid-murid dikehendaki memberikan respon terhadap soalan yang
diajukan. Langkah seterusnya yang dijalankan ialah menemubual guru yang menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan putih interaktif. Analisis akan
dilakukan bagi setiap data yang diperoleh dari hasil daripada rakaman, temu bual dan
pemerhatian yang dijalankan. Proses ini akan berulang sebanyak tiga kali. Pengumpulan data
dilakukan dengan menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur menggunakan senarai
semak (mengambil rakaman video sepanjang pemerhatian dijalankan) dan instrumen temu bual
separa berstruktur (mengambil rakaman video semasa temu bual). Data kajian dianalisis
mengikut tema-tema yang telah ditimbulkan. Penganalisisan data melalui beberapa peringkat.
Pada peringkat yang pertama, setiap data diteliti sebelum memulakan proses penganalisisan
data. Bagi instrumen pemerhatian, rakaman video yang telah dilakukan terhadap pengajaran
guru ditonton semula untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Senarai semak
digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan kajian berpandukan daripada rakaman
video tersebut. Data yang diperolehi daripada senarai semak kemudian dipindahkan ke dalam
bentuk jadual. Melalui jadual tersebut, data dapat dilihat dengan lebih teliti dan penganalisisan
data dapat dilakukan dengan lebih tepat dan bersistematik.
Bagi instrumen temu bual separa berstruktur pula, rakaman video yang telah dilakukan
ditonton semula untuk membuat transkripsi bagi setiap sesi temu bual yang telah dijalankan.
Setelah transkripsi bahan-bahan rakaman ditulis, proses menyusun atur dan membuat indeks
ke atas data dilakukan untuk memudahkan proses mencari dan mengenal pasti data. Langkah
seterusnya ialah proses pengekodan untuk pengenalpastian tema-tema daripada temu bual yang
dijalankan. Selepas itu, pengekodan semula dilakukan untuk pembentukan kategori-kategori
awalan. Setelah kategori-kategori awalan dibentuk, perhubungan antara kategori-kategori
tersebut diteroka. Kemudian, penambahbaikan tema dan kategori dilakukan bagi proses
terakhir menganalisis data. Setelah data selesai dianalisis dengan terperinci, proses penulisan
laporan penuh mengenai kajian yang telah dibuat.
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Dapatan kajian daripada pemerhatian dianalisis menggunakan senarai semak dan dapatan
daripada temu bual dianalisis mengikut tema-tema yang telah ditimbulkan. Semua keputusan
yang diperolehi dari pemerhatian dibentangkan dalam bentuk jadual dan petikan daripada
transkripsi temu bual dengan sampel.
-
6
Mengetahui tahap kepuasan muriddalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan
papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Dapatan kajian diperoleh daripada 15 orang murid yang telah mengikuti pembelajaran
menggunakan papan putih interaktif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemerhatian Berstruktur : Senarai Semak
Jadual 1 Senarai Semak Tingkah Laku Murid
NO. PENYATAAN MURID JUMLAH
A B C D E F G H I J K L M N O %
1. Murid bersedia sebelum guru memulakan
pengajaran. / / / / / / / / / / / / / / / 100.0
2. Murid memberi tumpuan terhadap pengajaran
guru. / / / / / / / / / / / / / / / 100.0
3. Murid berinteraksi dengan papan putih interaktif. / X / / / / / X / / / / / / / 86.7
4. Murid tertarik dengan audio yang terdapat pada
papan putih interaktif. / / / / / / / / / / / / / / / 100.0
5. Murid membuat gerakan fizikal (menyentuh papan
putih interaktif). / / / X / / / / / X / / X / / 80.0
6. Murid menulis pada papan putih interaktif. / / X / / / X / / / / X / / / 80.0
7. Murid ketawa semasa aktiviti pengajaran guru
menggunakan papan putih interaktif. / / / / X / / / / / X / / / / 86.7
8. Murid tidak berbuat bising semasa pengajaran. / / / / / / / / / / / / / / / 100.0
9. Murid dapat mengekalkan tumpuan hingga tamat
pembelajaran. / / / / / / / / / / / / / / / 100.0
10. Murid meminta guru melanjutkan masa
pengajaran. / / / / / / / / / / / / / / / 100.0
Berdasarkan Jadual 1, kesemua sepuluh item mempunyai nilai peratusan yang tinggi
iaitu melebihi 80.0%. Dapat dilihat pada item 1 dengan peratusan sebanyak 100.0% bahawa
semua murid telah bersedia sebelum guru memulakan pengajaran. Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, tidak semua murid berpeluang berinteraksi dengan papan putih
interaktif disebabkan kekangan masa guru untuk menghabiskan pengajaran isi pelajaran pada
waktu tersebut.
Terdapat beberapa orang murid tidak berpeluang untuk menyentuh dan menulis pada
papan putih interaktif. Ini dapat dilihat pada item 3, 5 dan 6 masing-masing dengan peratusan
sebanyak 86.7%, 80.0% dan 80.0%. Peratusan bagi item 7 pula ialah sebanyak 86.7% di mana
terdapat dua org murid yang tidak ketawa semasa aktiviti pengajaran guru menggunakan papan
putih interaktif. Walaupun terdapat segelintir murid yang tidak berpeluang untuk berinteraksi
secara terus dengan papan putih interaktif dan beberapa orang murid tidak ketawa dengan
aktiviti yang dirancang oleh guru, ianya tidak menjejaskan daya tumpuan dan tarikan terhadap
pengajaran guru menggunakan papan putih interaktif. Penggunaan papan putih interaktif dalam
pengajaran guru jelas sekali dapat menarik perhatian dan menjadikan murid berasa seronok
untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat pada item 10 dengan
peratusan sebanyak 100.0% di mana murid meminta guru untuk melanjutkan masa pengajaran
apabila loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran Bahasa Melayu telah tamat.
-
7
Temu bual Separa Berstruktur
Hasil daripada temu bual dengan murid, beberapa tema yang timbul daripada transkripsi temu
bual separa berstruktur yang telah dianalisis secara terperinci. Antara tema-tema itu ialah
gembira, menarik, dan unik. Murid berasa gembira dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana mereka dapat menyentuh skrin papan putih interaktif yang bersifat interaktif berbanding
papan putih tradisional. Murid juga berasa gembira apabila dapat mencuba sesuatu yang baru
dalam pembelajaran mereka. Penggunaan papan putih interaktif merupakan sesuatu
pengalaman baharu yang membuatkan murid berasa seronok untuk belajar.
Pengalaman sedia ada murid menggunakan teknologi skrin sentuh seperti komputer
tablet menyebabkan murid begitu berminat untuk terlibat secara aktif dalam proes
pembelajaran. Murid berasa tertarik dengan pengajaran guru kerana terdapatnya pelbagai
elemen multimedia seperti animasi dan audio visual dalam pengajaran guru. Murid lebih
menyukai animasi berbanding gambar kerana ianya melibatkan deria pendengaran dan
penglihatan. Murid menggambarkan bahawa mereka amat tertarik sekiranya pembelajaran
menggunakan papan putih interaktif dijalankan setiap hari.Murid berhasratagar papan putih
interaktif dapat dijadikan sebagai alat yang membantu mereka belajar pada setiap hari. Proses
pembelajaran menggunakan papan putih interaktif unik dan berbeza dengan pendekatan bahan
bantu mengajar tradisional. Ciri-ciri papan putih interaktif yang berbeza ini menjadikan ianya
lebih relevan dan sesuai dalam pembelajaran pada abad ke-21.
Mengetahui pandangan guru terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Dapatan kajian diperoleh daripada 2 orang guru Bahasa Melayu tahun 3 yang menggunakan
papan putih interaktif dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemerhatian Berstruktur : Senarai Semak
Jadual 2 Senarai Semak Terhadap Guru
NO. PENYATAAN YA TIDAK
1. Guru mengambil masa yang singkat untuk memasang papan putih interaktif. /
2. Pengajaran guru bersifat interaktif.
Guru memaparkan beberapa imej yang berkaitan dengan isi pelajaran
Terdapat beberapa audio dan video dimainkan
/
3. Guru memberi peluang murid menggunakan papan putih interaktif. /
4. Bahan pengajaran guru mempunyai audio dan visual. /
5. Guru berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Keadaan kelas yang selesa
Penghawa dingin berfungsi dengan baik
Susun atur perabot yang kemas
Murid dapat melihat alat bantu mengajar dengan jelas
/
6. Kelas tidak bising.
Murid tidak berbual-bual dengan rakan lain
Murid tidak bermain-main semasa guru mengajar
/
7. Papan putih interaktif mudah digunakan oleh guru. /
8. Guru tahu fungsi yang terdapat pada papan putih interaktif. /
9. Bahan pengajaran sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid.
Bahan pengajaran mengikut suakatan pelajaran terkini /
10 Bahan pengajaran guru mampu merangsang deria murid.
Murid memberi tumpuan pada bahan pengajaran /
-
8
Jadual 2 menunjukkan senarai semak yang dijalankan terhadap guru dan proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas yang dikaji. Item 1, 7 dan 8 menunjukkan guru
mempunyai pengetahuan dalam memasang dan menggunakan papan putih interaktif untuk
proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Manakala item 2, dan 3 menunjukkan guru
berupaya mewujudkan suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang aktif dengan
berbantukan papan putih interaktif.
Item 5 menunjukkan guru berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Murid dapat belajar di dalam kelas yang selesa dan berpenghawa dingin. Selain itu, susun atur
perabot adalah kemas dan ini membolehkan murid untuk melihat alat bantu mengajar dengan
jelas. Seterusnya, item 6 menunjukkan guru dapat mengawal kelas dengan lebih baik di mana
murid tidak membuat bising di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Bagi item 4 dan 10 pula telah menunjukkan alat bantu pengajaran guru iaitu papan putih
interaktif mampu menarik perhatian murid semasa proses pengajaran berlangsung. Papan putih
interaktif juga mempunyai elemen audio dan visual yang mampu merangsang deria murid.
Akhir sekali, item 9 menunjukkan guru dapat menggunakan papan putih interaktif mengikut
keperluan dan keupayaan murid. Bahan pengajaran guru adalah sesuai dan mengikut sukatan
pelajaran yang terkini.
Temu Bual Separa Berstruktur
Hasil daripada temu bual dengan dua orang guru, pengkaji telah menemui beberapa tema yang
timbul daripada transkripsi temu bual separa berstruktur yang telah dianalisis secara terperinci.
Tema-tema yang timbul adalah sama dengan tema-tema temu bual yang dijalankan dengan
murid. Tema pertama yang dikenal pasti ialah gembira. Dua orang guru tersebut bersetuju dan
menyokong bahawa papan putih interaktif telah membuatkan murid berasa gembira dan
seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Tema yang
seterusnya ialah menarik. Dua orang guru tersebut telah bersetuju bahawa penggunaan papan
putih interaktif berjaya menarik minat murid untuk belajar.Tema terakhir yang telah di kenal
pasti ialah unik. Dua orang guru yang menjadi sampel berpendapat pengajaran menggunakan
papan putih interaktif sangat unik dan memudahkan proses pengajaran mereka.
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan papan putih interaktif sememangnya dapat
memberikan kepuasan pembelajaran kepada murid. Kepuasan pembelajaran merujuk kepada
perasaan seronok, gembira dan juga perasaan suka murid yang berbangsa Cina untuk belajar
Bahasa Melayu walaupun bukan bahasa ibunda mereka. Dapatan kajian menunjukkan murid
berasa gembira dan seronok semasa proses pengajaran guru menggunakan papan putih
interaktif kerana alat tersebut seakan-akan komputer tablet yang mereka miliki. Dalam temu
bual yang dijalankan dengan murid, murid menyatakan papan putih interaktif tersebut sama
seperti tablet mereka tetapi bersaiz jauh lebih besar dan menarik. Elemen multimedia
terutamanya animasi yang dipaparkan telah menjadikan pembelajaran menggunakan papan
putih interaktif sesuatu yang menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak
pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamalludin, Baharudin &
Zaidatun, 2001; ChanLin, 2000). Penerapan nilai hiburan yang tidak berlebihan dalam
pendidikan sebenarnya akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran asalkan ianya tidak menganggu pembelajaran.
-
9
Selain itu juga, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa guru menyatakan
kepentingan terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu tahun 3. Penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin meningkat dan
berkembang saban hari dan ini menunjukkan bahawa guru dapat menerima perubahan zaman
yang berlaku dalam bidang pendidikan. Menurut Model Penerimaan Teknologi (TAM), ia
menjelaskan bagaimana pengguna menerima dan menggunakan teknologi dengan mengambil
kira faktor tingkah laku pengguna. Terdapat beberapa faktor yang menentukan tahap
penerimaan teknologi oleh pengguna. Dalam konteks kajian ini, guru mempunyai berpendapat
bahawa penggunaan teknologi maklumat di tempat kerja akan meningkatkan kualiti kerja dan
produktiviti. Selain itu, guru juga percaya bahawa teknologi tersebut dapat digunakan dengan
mudah dan bebas dari masalah. Hal ini dapat dilihat pada dapatan kajian (rujuk Jadual 2) di
mana guru hanya mengambil masa yang singkat untuk memasang papan putih interaktif
sebelum kelas bermula. Pengetahuan mengenai fungsi dan cara menggunakan papan putih
interaktif dapat membantu guru untuk menjimatkan masa pemasangan alat tersebut dan masa
pengajaran dapat digunakan secara optimum. Bahan pengajaran yang merangsang lebih
daripada satu deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, penggunaan papan putih interaktif dilihat dapat memberi kepuasan
pembelajaran kepada murid. Penggunaan pelbagai elemen multimedia seperti teks, imej, audio
dan animasi mampu menarik minat murid semasa proses pengajaran berlangsung. Selain itu,
penggunaan papan putih interaktif juga dapat mendorong murid untuk melibatkan diri dengan
lebih aktif dalam aktiviti pembelajaran di kelas. Murid berasa seronok belajar menggunakan
papan putih interaktif kerana ciri-ciri yang menarik dan bersesuaian dengan kehendak murid.
Bagi guru pula, penggunaan papan putih interaktif dapat memudahkan kerja penyediaan bahan
pengajaran. Papan putih interaktif juga dapat membantu guru untuk menyampaikan isi
pelajaran atau sesuatu konsep dengan lebih berkesan dan menarik. Hal ini secara tidak langsung
dapat mengekalkan tumpuan murid sepanjang pengajaran guru di samping dapat membantu
guru mengawal kelas dengan lebih baik.
Rujukan
Aytac, T. (2013). Interactive whiteboard factor in education: Students points of view and
their
problems. Educational Research and Reviews, 8(20), 19071915.
doi:http://dx.doi.org/10.5897/ERR2013.1595.
Bonwell, C & Eison, James. (1991). Active learning: Creating excitement in the classroom.
Information Analyses - ERIC Clearinghouse Products (071). p. 3.
Ibrahim Mohamed Al-Faki. (2014). Difficulties facing teachers in using interactive
whiteboards
in their classes.American International of Social Science. Vol.3(2), 136 158.
Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir. (2001). Pembangunan perisian
multimedia: Satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Khamis Mousa Nejem & Wafa Muhann. (2014). The effect of using smart board on
mathematics achievement and retention of seventh grade students. International
Journal of Education. Vol.6(4), 107-118.
http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED336049.pdf
-
10
Ministry of Education Malaysia. (2015). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia
2013- 2025: Bil.4/2015. Dipaut pada 6 Januari 2016 dari
http://www.padu.edu.my/anjakan
Noriati A. Rashid, Boon Yoon Ping, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan
Hasan. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor Darul Ehsan
: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Turan, B. (2014). Smart board in Mathematics education: The use of cartoon characters
impact on student success. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 143, 809815.
doi:10.1016/j.sbspro.2014.07.481
-
11
PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DALAM MEMBANTU PROSES
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH
SELURUH DAERAH NEGERI KELANTAN
Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan
Abstrak
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk meninjau proses pembelajaran dan pengajaran
menggunakan makmal komputer sekolah dalam kalangan guru sekolah di Negeri Kelantan
dalam. Responden kajian terdiri daripada 100 orang guru yang terdiri daripada 20 orang
pentadbir, 80 orang guru sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh daerah Negeri
Kelantan. Data prima dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan analisis
menggunakan perisian Stastistical pakage Of the Sosial Sciences (SPSS) untuk
mendapatkan statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan,peratusan dan min. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan makmal komputer sekolah adalah pada
tahap sederhana, guru-guru juga mempunyai kemahiran menggunakan perisian komputer
yang paling asas iaitu Microsoft Words dan masalah utama penggunaan makmal komputer
ialah komputer rosak yang lambat diperbaiki atau diselenggara. Dapatan kajian ini penting
kepada pihak pentadbiran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan
kemudahan makmal komputer di sekolah. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi
meningkatkan tahap penggunaan komputer dalam kalangan responden. Antaranya ialah
menyediakan kursus dan latihan komputer yang selaras dengan perkembangan perisian
komputer, menambahkan bilangan dan kemudahan komputer, melantik guru untuk memantau
kerosakkan komputer dan mendapatkan peruntukan kewangan bagi membeli dan membaik pulih
komputer. Pembolehubah-pembolehubah lain yang berkaitan dengan tahap penggunaan
komputer juga dikenal pasti bagi meningkatkan tahap penggunaan dan seterusnya tahap
pengajaran guru.
Kata Kunci : Makmal , komputer, Microsoft Words
Pendahuluan
Sekolah Bestari ditubuhkan dengan tujuan untuk mengintegrasikan penggunaan komputer dan
komunikasi dalam kurikulum sekolah. Mulai tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah membina makmal komputer menerusi program rintis pembestarian. Program
pembestarian sekolah ini melibatkan penyelarasan inisiatif Interactive Computer Technology
(ICT) utama KPM iaitu makmal pengkomputeran, Akses Internet Jalur Lebar SchoolNet dan
Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebanyak 4,931 makmal
komputer sekolah di seluruh negara telah siap dan beroperasi sepenuhnya sehingga September
2005 berbanding 5,435 makmal yang dirancang untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8)
ke arah mencapai matlamat KPM untuk program pengkomputeran sekolah-sekolah di
Malaysia.
Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan pesat dalam teknologi maklumat
menerajui ke arah teknologi siber. Perkembangan ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi
budaya kerja di Malaysia khususnya di kalangan guru. Persoalannya, adakah dengan wujudnya
makmal komputer dan segala kemudahan di sekolah akan menjadi satu bebanan kepada
golongan guru atau pendidik kerana telah menambahkan kerja-kerja mereka atau dilihat dari
satu perkembangan positif dalam era globalisasi. Segala pengurusan dan perkhidmatan dapat
-
12
dilaksanakan dengan lebih pantas dan cekap jika dibandingkan dengan penggunaan teknologi
maklumat.
Pernyataan Masalah
Menurut Zoraini (1997), perkara yang lebih merisaukan kini ialah kurangnya minat guru untuk
mempelajari komputer. Ini kerana mereka merasa fobia dengan komputer. Perkataan fobia di
sini memberikan maksud:
i. Tidak mengambil tahu langsung tentang penggunaan komputer. ii. Bimbang terpaksa melakukan kerja-kerja yang melibatkan komputer.
Masalah-masalah yang dinyatakan di atas, telah memberikan kesan terhadap
perkembangan teknologi melalui sistem pendidikan di Malaysia. Kajian dijalankan di Negeri
Kedah mengenai Penggunaan Media Teknologi di kalangan guru oleh Shafee (1990)
menunjukkan guru yang mempunyai pengalaman tentang penggunaan komputer adalah rendah
berbanding penggunaan Overhead Projektor, Projektor Slaid dan media teknologi lain. Guru
yang menggunakan komputer hanyalah 8.6 peratus sahaja.
Ini menggambarkan bahawa terdapat keperluan untuk meninjau sejauh manakah
penggunaan komputer di makmal komputer sekolah. Perkembangan semasa mengenai
teknologi maklumat seperti wujudnya Sekolah Bestari yang menjalankan pengajaran
berbantukan komputer sepenuhnya melalui pembelajaran dalam makmal komputer perlu
dilihat secara positif. Oleh hal demikian, satu kajian perlu dijalankan bertujuan mengenal pasti
sejauh mana golongan guru menggunakan kemudahan makmal komputer yang disediakan bagi
tujuan pengajaran.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau penggunaan makmal komputer dalam kalangan guru-
guru sekolah menengah dan sekolah rendah di Negeri Kelantan dalam proses pengajaran di
sekolah. Antara objektif kajian termasuklah:
i. Mengenal pasti tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru. ii. Mengenal pasti sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer sekolah.
Kepentingan Kajian
Melalui kajian yang dijalankan ini juga, segala kelemahan dalam perancangan, pembangunan dan
pelaksanaan program pengkomputeran sekolah dapat dikesan. Dapatan kajian ini juga berguna
untuk penyelidikan lanjutan mengenai penggunaan komputer di sekolah dan penggunaan
makmal komputer sekolah untuk pengajaran pembelajaran dan lain-lain kajian yang berkaitan.
Batasan Kajian
Kajian ini hanya bersifat tinjauan kepada guru-guru sekolah bagi daerah Negeri Kelantan.
Kajian ini hanya terbatas kepada penggunaan makmal komputer sekolah sahaja.
Metodologi Kajian
Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif. Soal selidik dijalankan untuk
mendapatkan maklum balas mengenai penggunaan makmal komputer dalam kalangan guru
sekolah daerah Negeri Kelantan dalam pengajaran.
-
13
Sampel Kajian
Jadual 1 : Bilangan guru di sekolah daerah Negeri Kelantan
Nama Daerah Bilangan Guru /Pentadbir
Daerah Kota Bharu 10 orang
Daerah Bachok 10 orang
Daerah Pasir Mas 10 orang
Daerah Tumpat 10 orang
Daerah pasir Putih 10 orang
Daerah Machang 10 orang
Daerah Kuala Krai 10 orang
Daerah Gua Musang 10 orang
Daerah Jeli 10 orang
Daerah Tanah Merah 10 orang
Keseluruhan populasi kajian adalah seramai 100 orang responden yang terdiri daripada 20
orang pentadbir dan 80 orang dalam kalangan guru-guru sekolah daerah Negeri Kelantan.
Instrumen Kajian
Instrumen yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik ini dibina sendiri oleh
kumpulan penyelidik dengan bantuan, seliaan serta pemantauan oleh Ketua Penolong
Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri serta Penolong Pengarah Unit Pembangunan
Kapasiti Profesionalisme, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Borang soal
selidik ini dibina oleh kumpulan penyelidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian
A , bahagian B dan bahagian C.
Dapatan Kajian
Jenis Komputer Yang Digunakan
Melalui instrumen yang diedarkan kepada responden terdapat pelbagai jenis komputer
yang digunakan ketika proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah antaranya
termasuklah komputer milik peribadi, milik teman sekerja, milik pejabat sekolah dan milik
kelab komputer. Jadual 2 menunjukkan bahwa jumlah responden yang menggunakan
komputer milik peribadi merupakan jumlah yang tertinggi seramai 77 orang iaitu 70.0%.
Manakala responden yang menggunakan komputer milik rakan sekerja pula seramai 2
orang iaitu sebanyak 2.0% jika dibandingkan dengan responden yang menggunakan
komputer milik pejabat sekolah seramai 14 orang iaitu peratusan kedua tertinggi sebanyak
14.0% . Seterusnya bagi responden yang menggunakan komputer milik kelab komputer
pula seramai 7 orang iaitu sebanyak 7.0% ketika menjalankan proses pembelajaran dan
pengajaran di sekolah.
-
14
Jadual 2 : Jenis Komputer Yang Digunakan
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Milik Peribadi 77 77.0 77.0 77.0
Milik teman sekerja 2 2.0 2.0 79.0
Milik pejabat sekolah 14 14.0 14.0 93.0
Milik kelab computer 7 7.0 7.0 100.0
Total
100 100.0 100.0
Kekerapan Guna Komputer
Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan secara terperinci bagi responden yang
menggunakan komputer ketika menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran.
Jadual 3: Kekerapan Guna Komputer
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Selalu 74 74.0 74.0 74.0
Kadang-kadang 19 19.0 19.0 93.0
Jarang 7 7.0 7.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Berdasarkan taburan data yang diperolehi melalui item soal selidik yang dijalankan iaitu
bagi responden yang selalu, kadang-kadang dan jarang menggunakan komputer di
sekolah. Bagi responden yang selalu menggunakan komputer ketika menjalankan proses
pembelajaran dan pengajaran seramai 74 orang iaitu sebanyak 74.0%. Manakala bagi
responden yang kadang-kadang menggunakan komputer di makmal seramai 19 orang
iaitu sebanyak 19%. Seterusnya bagi yang jarang menggunakan komputer di makmal
seramai 7 orang iaitu sebanyak 7%. Ini bermakna peratusan Selalu menggunakan
komputer di makmal sekolah adalah lebih tinggi.
Latihan Secara Formal Yang Telah Diterima
Manakala Jadual 4 pula menunjukkan latihan secara formal yang telah diterima dalam
kalangan responden.
-
15
Jadual 4: Latihan Secara Formal Yang Telah Diterima
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 53 53.0 53.0 53.0
Tidak 47 47.0 47.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Berdasarkan taburan data yang diperolehi melalui item soal selidik yang
dijalankan iaitu bagi responden Ya atau Tidak menerima di sekolah. Bagi responden
yang telah menerima latihan secara formal seramai 53 orang iaitu sebanyak 53%.
Manakala bagi responden yang Tidak menerima latihan secara tidak formal seramai 47
orang iaitu sebanyak 47%. Perbezaan di antara kedua-dua item ini sebanyak 6%. Ini
bermakna peratusan penerimaan latihan secara formal adalah lebih tinggi.
Tahap Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru
Jadual 5 menunjukkan taburan kekerapan secara terperinci bagi tahap penggunaan
komputer dalam kalangan guru di sekolah ketika menjalankan proses pembelajaran dan
pengajaran.
Jadual 5: Tahap Penggunaan Komputer dalam kalangan Guru
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Tidak Mahir 4 4.0 4.0 4.0
Biasa 65 65.0 65.0 69.0
Mahir 31 31.0 31.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Bagi Item responden yang menyatakan tidak mahir dalam penggunaan komputer
sebanyak 4 orang responden iaitu sebanyak 4%. Manakala responden yang menyatakan
Biasa sebanyak 65 orang iaitu sebanyak 65%. Seterusnya bagi responden yang
menyatakan mahir menggunakan komputer seramai 31 orang iaitu sebanyak 31%.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa bagi responden yang mahir dalam menggunakan
komputer adalah lebih tinggi.
Prasarana ICT
Sekolah Mempunyai Makmal Komputer
Jadual 6 menunjukkan taburan data secara terperinci bagi sekolah yang mempunyai
makmal komputer di seluruh daerah Negeri Kelantan. Berdasarkan tinjauan yang
dijalankan. Responden telah bersetuju bahawa sekolah mereka telah mempunyai makmal
komputer 100% dengan mengatakan Ya. Secara keseluruhannya, semua sekolah
mempunyai makmal komputer ialah sebanyak 100%.
-
16
Jadual 6 : Sekolah Mempunyai Makmal Komputer
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 100 100.0 100.0 100.0
Makmal Komputer Sekolah Saya Dilengkapi Dengan Kemudahan Komputer Disediakan
Berdasarkan dapatan melalui jadual 7 responden yang menyatakan Ya bahawa makmal
komputer Sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan komputer sebanyak 82 buah sekolah
iaitu 82% jika dibandingkan dengan responden yang menyatakan Tidak bagi makmal
komputer yang tidak mempunyai kemudahan komputer sebanyak 18 buah sekolah iaitu 18%.
Dapatan ini menunjukkan bahawa sekolah yang mempunyai kemudahan komputer
adalah lebih tinggi berbanding yang tidk mempunyai kemudahan komputer di sekolah.
Justeru itu, dapat dilihat bahawa perbezaan di antara itemYa dan Tidak iaitu 64% lebih
kepada sekolah yang mempunyai kelengkapan komputer.
Jadual 7 : Makmal Komputer sekolah saya dilengkapi dengan kemudahan komputer
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 82 82.0 82.0 82.0
Tidak 18 18.0 18.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Makmal Komputer Sekolah Saya Dilengkapi Dengan Jalur Lebar ( Internet )
Seterusnya dapatan kajian melalui jadual 8 menunjukkan bahawa responden yang menyatakan
Ya bahawa makmal komputer Sekolah yang dilengkapi dilengkapi dengan jalur lebar
(Internet) sebanyak 89 buah sekolah iaitu 89% jika dibandingkan dengan responden yang
menyatakan Ya iaitu sebanyak 89 buah sekolah iaitu 89%. Manakala dapatan kajian yang
menyatakan Tidak sebanyak 9 buah sekolah iaitu sebanyak 9% .Manakala responden yang
menyatakan Tidak tahu samada sekolah mereka dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar
(Internet) sebanyak 2 buah sekolah sahaja iaitu sebanyak 2%. Justeru itu, dapat dilihat bahawa
perbezaan di antara item Ya atau Tidak dan Tidak Tahu iaitu 78 % lebih kepada sekolah
yang menyatakan Ya.
Jadual 8: Makmal Komputer sekolah saya dilengkapi dengan jalur lebar (Internet)
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 89 89.0 89.0 89.0
Tidak 9 9.0 9.0 98.0
Tidak Tahu 2 2.0 2.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
-
17
Makmal Komputer Sekolah Saya Dilengkapi Dengan LCD Projektor
Berdasarkan jadual 9 di sebelah menunjukkan bahawa responden yang menyatakan Ya
bahawa makmal komputer sekolah saya dilengkapi dengan LCD Projektor sebanyak 81% jika
dibandingkan dengan responden yang menyatakan Tidak iaitu sebanyak 18% sahaja.
Manakala yang menyatakan Tidak tahu bahawa makmal komputer sekolah saya dilengkapi
dengan LCD Projektor hanya 1% sahaja. Justeru itu, dapat dilihat bahawa perbezaan di antara
item Yaatau Tidak dan Tidak Tahu iaitu 78% lebih kepada sekolah yang menyatakan
Ya.
Jadual 9 : Makmal Komputer sekolah saya dilengkapi dengan LCD Projektor
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 81 81.0 81.0 81.0
Tidak 18 18.0 18.0 99.0
Tidak Tahu 1 1.0 1.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Perabot Di Dalam Makmal Komputer Sekolah Saya (Kerusi & Meja) Mencukupi Untuk
Proses PdP.
Berdasarkan jadual 10 menunjukkan bahawa responden yang menyatakan Ya bahawa
Perabot di dalam makmal komputer sekolah saya (Kerusi & Meja) mencukupi untuk proses
PdP sebanyak 77% jika dibandingkan dengan responden yang menyatakan Tidak iaitu
sebanyak 23% sahaja.
Jadual 10: Perabot di dalam makmal komputer sekolah saya (Kerusi & Meja) mencukupi
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 77 77.0 77.0 77.0
Tidak 23 23.0 23.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Keseluruhan Peralatan Komputer Di Dalam Makmal Komputer Sekolah Saya
Mencukupi
Berdasarkan jadual 11 responden menunjukkan bahawa responden yang menyatakan Ya
bahawa keseluruhan peralatan komputer di dalam makmal komputer sekolah adalah
mencukupi iaitu 57% jika dibandingkan dengan responden yang menyatakan Tidak bagi
keseluruhan peralatan komputer di dalam makmal komputer sekolah adalah mencukupi
sebanyak 41 buah sekolah iaitu 41%.
Jadual 11: Keseluruhan peralatan komputer di dalam makmal komputer sekolah saya
mencukupi
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
57 57.0 57.0 57.0
41 41.0 41.0 98.0
2 2.0 2.0 100.0
100 100.0 100.0
-
18
Dapatan ini menunjukkan bahawa sekolah yang mempunyai keseluruhan peralatan
komputer di dalam makmal komputer sekolah yang mencukupi adalah lebih tinggi berbanding
yang tidak lengkap. Justeru itu, dapat dilihat bahawa perbezaan di antara item Ya dan
Tidak iaitu 43% lebih kepada sekolah yang mempunyai kelengkapan komputer.
Makmal Komputer Sekolah Saya Dilengkapi Dengan Sistem Pembesar Suara.
Berdasarkan dapatan melalui jadual 12 responden yang menyatakan Ya bahawa Makmal
Komputer sekolah yang dilengkapi dengan sistem pembesar suara sebanyak 42 buah sekolah
iaitu 42% jika dibandingkan dengan responden yang menyatakan Tidak bagi Makmal
Komputer sekolah yang dilengkapi dengan sistem pembesar suara sebanyak 52 buah sekolah
iaitu 52%.
Jadual 12: Makmal Komputer sekolah saya dilengkapi dengan sistem pembesar suara
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 42 42.0 42.0 42.0
Tidak 52 52.0 52.0 94.0
Tidak Tahu 6 6.0 6.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Dapatan ini menunjukkan bahawa sekolah yang mempunyai Makmal Komputer
sekolah yang dilengkapi dengan sistem pembesar suara adalah lebih rendah berbanding yang
tidak dilengkapi dengan sistem pembesar suara. Justeru itu, dapat dilihat bahawa perbezaan di
antara item Ya dan Tidak iaitu 58% lebih kepada Makmal Komputer sekolah yang tidak
dilengkapi dengan sistem pembesar suara.
Makmal Komputer Sekolah Saya Berhampiran Dengan Semua Bilik Darjah
Berdasarkan dapatan melalui jadual 13 responden yang menyatakan Ya bahawa makmal
komputer berhampiran dengan semua bilik darjah seramai 51 orang iaitu 51% jika
dibandingkan dengan responden yang menyatakan Tidak seramai 49 orang iaitu 49%.
Peratusan perbezaan diantara dapatan Ya dan Tidak hanyalah 2%.
Jadual 13 : Makmal Komputer sekolah saya berhampiran dengan semua bilik darjah
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 51 51.0 51.0 51.0
Tidak 49 49.0 49.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Dapatan ini menunjukkan bahawa kedudukan makmal komputer di sekolah yang jauh
dari biik darjah hampir menyamai peratus makmal komputer yang hampir dengan semua bilik
darjah. Kedudukan makmal komputer berhampiran bilik darjah memainkan peranan penting
dalam peratus penggunaan makmal.
Makmal Komputer Sekolah Saya Diurus Tadbir Oleh Guru Penyelaras Bestari/ Guru
ICT
Berdasarkan dapatan melalui jadual 14 responden yang menyatakan Ya bahawa makmal
komputer Sekolah diurus tadbir oleh Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT adalah seramai
96 orang iaitu 96% jika dibandingkan dengan responden yang menyatakan Tidak dan
Tidak Tahu adalah seramai 4 orang iaitu 4%.
-
19
Jadual 14: Makmal Komputer sekolah saya diurus tadbir oleh Guru Penyelaras Bestari/
Guru ICT
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 96 96.0 96.0 96.0
Tidak 2 2.0 2.0 98.0
Tidak Tahu 2 2.0 2.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Dapatan ini menunjukkan bahawa makmal komputer sekolah yang diurus tadbir oleh
GPB/ICT adalah lebih tinggi. Justeru itu, dapat dinyatakan pengurusan makmal komputer di
sekolah adalah lebih kemas dan teratur kerana diurus oleh Guru Penyelaras Bestari atau Guru
ICT.
Makmal Komputer Sekolah Saya Selamat Digunakan
Berdasarkan jadual 15 secara keseluruhannya 87% daripada responden menyatakan bahawa
makmal komputer di sekolah selamat digunakan. Sebanyak 11% daripada responden
menyatakan bahawa makmal komputer di sekolah tidak selamat digunakan sementara hanya
2% tidak mengetahui status makmal komputer di sekolah.
Jadual 15 : Makmal Komputer sekolah saya selamat digunakan
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 87 87.0 87.0 87.0
Tidak 11 11.0 11.0 98.0
Tidak Tahu 2 2.0 2.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Peralatan Dalam Makmal Komputer Saya Berfungsi Dengan Baik
Berdasarkan dapatan melalui jadual 16 responden yang menyatakan Ya bahawa peralatan
di dalam makmal komputer sekolah berfungsi dengan baik adalah sebanyak 50 buah sekolah
iaitu 50% sementara responden yang menyatakan Tidak bagi makmal komputer yang
berfungsi dengan baik 45 buah sekolah iaitu 45% sementara responden yang tidak mengetahui
status peralatan dimakmal komputer disekolah mereka adalah sebanyak 5 responden atau
mewakili 5%.
Jadual 16: Peralatan dalam makmal komputer saya berfungsi dengan baik.
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 50 50.0 50.0 50.0
Tidak 45 45.0 45.0 95.0
Tidak Tahu 5 5.0 5.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
-
20
Dapatan ini menunjukkan bahawa sekolah yang mempunyai peralatan komputer yang
berfungsi dengan baik hampir sama dengan sekolah yang mempunyai peralatan didalam
makmal tetapi tidak berfungsi. Justeru itu, dapat dilihat bahawa perbezaan di antara item
Ya dan Tidak hanyalah berbeza sebanyak 5% atau 5 responden sahaja.
Makmal Komputer Sekolah Saya Berada Dalam Keadaan Kondusif
Berdasarkan dapatan melalui jadual 17 responden yang menyatakan Ya lebih tinggi
berbanding dengan mengatakan Tidakdan tidak tahu tentang makmal komputer sekolah
berada dalam keadaan kondusif berpandukan peratus yang diterima iaitu 62% manakala yang
menyatakan Tidak mewakili 35% dan tidak tahu mewakili 3%.
Jadual 17: Makmal komputer sekolah saya berada dalam keadaan kondusif
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 62 62.0 62.0 62.0
Tidak 35 35.0 35.0 97.0
Tidak Tahu 3 3.0 3.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Oleh hal yang demikian, penerimaan sebagai jawapan Ya mendominasi keseluruhan dapatan
dalam kajian membuktikan kesahihan penerimaan tersebut.
Semua Perisian Setiap Komputer Di Dalam Makmal Adalah Terkini
Berdasarkan dapatan melalui jadual 18 responden yang menyatakan Ya lebih tinggi
berbanding dengan mengatakan Tidakdan tidak tahu tentang perisian setiap komputer di
dalam makmal adalah terkini berpandukan peratus yang diterima iaitu 53% . Manakala yang
menyatakan Tidak mewakili 36% dan tidak tahu mewakili 11%. Oleh itu penerimaan
sebagai jawapan Ya mendominasi keseluruhan dapatan dalam kajian membuktikan
kesahihan penerimaan tersebut.
Jadual 18 : Semua perisian setiap komputer di dalam makmal adalah terkini.
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 53 53.0 53.0 53.0
Tidak 36 36.0 36.0 89.0
Tidak Tahu 11 11.0 11.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Semua Perisian Setiap Komputer Di Dalam Makmal Sesuai Digunakan Dalam PdP.
Berdasarkan dapatan melalui jadual 19 responden yang menyatakan Ya lebih tinggi
berbanding dengan mengatakan Tidak dan tidak tahu tentang perisian setiap komputer di
dalam makmal adalah sesuai untuk digunakan dalam PdP berpandukan peratus penerimaan
Ya iaitu 73% manakala yang menyatakan Tidak mewakili 22% dan tidak tahu mewakili
5%.
-
21
Jadual 19 : Semua perisian setiap komputer di dalam makmal sesuai digunakan dalam PdP.
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 73 73.0 73.0 73.0
Tidak 22 22.0 22.0 95.0
Tidak Tahu 5 5.0 5.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Oleh itu penerimaan sebagai jawapan Ya mendominasi keseluruhan dapatan dalam
kajian yang membuktikan responden ikhlas menyatakan perisian yang ada dalam setiap
komputer di dalam makmal sesuai digunkan dalam PdP.
Makmal Komputer Sekolah Saya Mudah Dicari Berpandukan Tunjuk Arah Dalaman
Yang Disediakan.
Berdasarkan dapatan melalui jadual 20 responden yang menyatakan Ya lebih tinggi
berbanding dengan mengatakan Tidak dan tidak tahu tentang makmal komputer sekolah
mudah dicari berpandukan tunjuk arah yang disediakan berdasarkan peratus penerimaan Ya
iaitu 87% manakala yang menyatakan Tidak mewakili 12% dan tidak tahu mewakili 1%.
Jadual 20: Makmal komputer sekolah saya mudah dicari berpandukan tunjuk arah dalaman
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Ya 87 87.0 87.0 87.0
Tidak 12 12.0 12.0 99.0
Tidak Tahu 1 1.0 1.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Oleh itu penerimaan sebagai jawapan Ya mendominasi keseluruhan dapatan dalam
kajian yang membuktikan responden arif tentang kedudukan makmal komputer berpandukan
tunjuk arah yang disediakan.
Mengenal pasti Sikap Guru Terhadap Penggunaan Makmal Komputer Sekolah.
Sikap Guru Terhadap Jawatankuasa Makmal Komputer Diwujudkan
Jadual 21 : Jawatankuasa makmal komputer diwujudkan
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 1 1.0 1.0 1.0
Kurang Setuju 4 4.0 4.0 5.0
Setuju 43 43.0 43.0 48.0
Amat Setuju 52 52.0 52.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Jadual 21 menunjukkan sebanyak 52% responden menyatakan sangat setuju bahawa
Jawatankuasa makmal komputer di sekolah telah diwujudkan. Berbanding dengan 43%
daripada responden menyatakan setuju mengenainya.
Manakala sebanyak 4% daripada responden kurang setuju mengenai perkara ini.
Namun begitu, peratusan bagi responden yang menyatakan sangat tidak bersetuju mengenai
perkara ini adalah terlalu sedikit iaitu sebanyak 1% sahaja.
-
22
Mempunyai Jadual Penggunaan Makmal Komputer.
Jadual 22 pula menunjukkan sebanyak 50% responden Amat Bersetuju bahawa sekolah
mereka mempunyai jadual penggunaan makmal komputer. Manakala sebanyak 42% responden
lain turut Bersetuju. Seterusnya sebanyak 5% responden menyatakan Kurang Setuju
mengenainya, dan baki responden yang lain pula menyatakan Amat Tidak Setuju mengenai
jadual penggunaan makmal komputer yang ada di sekolah iaitu sebanyak 3% sahaja.
Jadual 22 : Mempunyai Jadual Penggunaan Makmal Komputer.
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 3 3.0 3.0 3.0
Kurang Setuju 5 5.0 5.0 8.0
Setuju 42 42.0 42.0 50.0
Amat Bersetuju 50 50.0 50.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Jadual Penggunaan Makmal Komputer Dipamerkan
Jadual 23 menunjukkan bahawa sebanyak 54% daripada responden menyatakan Amat
Bersetuju tentang jadual penggunaan makmal komputer dipamerkan. Seterusnya peratusan
bagi responden yang hanya Setuju mengenai pernyataan ini adalah sebanyak 38%.
Manakala peratusan bagi responden yang Kurang Setuju dan Amat Tidak Setuju
pula adalah sama peratusannya iaitu sebanyak 3% sahaja. Jika dibandingkan dengan responden
yang menyatakan Tidak Setuju mengenai pernyataan ini hanya 2% sahaja.
Jadual 23: Jadual Penggunaan Makmal Komputer Dipamerkan
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 3 3.0 3.0 3.0
Tidak Setuju 2 2.0 2.0 5.0
Kurang Setuju 3 3.0 3.0 8.0
Setuju 38 38.0 38.0 46.0
Amat Bersetuju 54 54.0 54.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Mempunyai Buku / Rekod Penggunaan Makmal Komputer
Jadual 24 pula menunjukkan bahawa peratusan bagi responden yang menyatakan Amat
Bersetuju mengenai pernyataan ini adalah sebanyak 55% iaitu peratusan yang tertinggi jika
dibandingkan dengan responden yang lain.
Seterusnya bagi responden yang hanya Setuju adalah sebanyak 38% Sahaja.
Manakala bagi responden selebihnya pula masing-masing menyatakan Kurang Setuju,
Tidak Setuju dan Amat Tidak Setuju mengenai pernyataan ini. Peratusan yang Tidak
Setuju adalah yang paling kecil jika dibandingkan yang lain iaitu sebanyak 1% sahaja.
-
23
Jadual 24 : Mempunyai buku / rekod penggunaan makmal komputer.
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 4 4.0 4.0 4.0
Tidak Setuju 1 1.0 1.0 5.0
Kurang Setuju 2 2.0 2.0 7.0
Setuju 38 38.0 38.0 45.0
Amat Bersetuju 55 55.0 55.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Analisa Penggunaan Buku / Rekod Penggunaan Makmal Komputer Dilaksanakan
Jadual 25 pula menunjukkan bahawa peratusan bagi responden yang menyatakan Setuju
mengenai pernyataan ini adalah sebanyak 48 iaitu peratusan yang tertinggi jika dibandingkan
dengan responden yang lain. Seterusnya bagi responden yang hanya Amat Setuju adalah
sebanyak 35% Sahaja. Manakala bagi responden selebihnya pula masing-masing menyatakan
Kurang Setuju, Tidak Setuju sebanyak 18% dan Tidak Setuju mengenai pernyataan ini
sebanyak 1% iaitu peratusan yang paling kecil jika dibandingkan yang lain.
Jadual 25: Analisa penggunaan buku/ rekod penggunaan makmal komputer dilaksanakan
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 3 3.0 3.0 3.0
Tidak Setuju 1 1.0 1.0 4.0
Kurang Setuju 13 13.0 13.0 17.0
Setuju 48 48.0 48.0 65.0
Amat Bersetuju 35 35.0 35.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Pihak Pentadbir Memantau Penggunaan Makmal Komputer.
Jadual 26 menunjukkan bahawa peratusan bagi responden yang menyatakan Setuju iaitu
sebanyak 53% bahawa pihakpentadbir meaksanakan pemantauan penggunaan makmal
komputer di sekolah oleh guru-guru. Manakalah 37% responden pula menyatakan Amat
Setuju bagi pernyataan tersebut. Jika dibandingkan dengan responden yang menyatakan
Kurang Setujusebanyak 8% sahaja.
Seterusnya peratusan yang paling rendah ialah bagi responden yang menyatakan
Amat Tidak Setuju bagi pernyataan tersebut iaitu sebanyak 2% sahaja bagi menjawab
pernyataan di atas.
Jadual 26: Pihak pentadbir memantau penggunaan makmal komputer.
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 2 2.0 2.0 2.0
Kurang Setuju 8 8.0 8.0 10.0
Setuju 53 53.0 53.0 63.0
Amat Bersetuju 37 37.0 37.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
-
24
Makmal Komputer Dibuka Untuk Penggunaan Selepas Waktu Sekolah
Berdasarkan dapatan melalui jadual 27 responden yang menyatakan Setuju bahawa
makmal komputer dibuka untuk penggunaan selepas waktu sekolah sebanyak 35% jika
dibandingkan dengan responden yang menyatakan Tidak Setuju iaitu sebanyak 14% sahaja.
Seterusnya responden yang Kurang Setuju sebanyak 23% jika dibandingkan dengan
responden yang menyatakan Amat Bersetuju iaitu sebanyak 22%. Manakala peratusan
responden yang menyatakan Amat Tidak bersetuju bagi pernyataan ini adalah sebanyak
6% sahaja .
Jadual 27 : Makmal Komputer Dibuka Untuk Penggunaan Selepas Waktu Sekolah
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 6 6.0 6.0 6.0
Tidak Setuju 14 14.0 14.0 20.0
Kurang Setuju 23 23.0 23.0 43.0
Setuju 35 35.0 35.0 78.0
Amat Bersetuju 22 22.0 22.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Dapatan ini menunjukkan bahawa sekolah yang mempunyai Makmal Komputer
sekolah yang dibuka selepas waktu sekolah adalah berada pada tahap sederhana.
Saya Mengetahui Setiap Makmal Komputer Mempunyai Peraturan Penggunaannya.
Jadual 28 menunjukkan sebanyak 51% responden menyatakan sangat setuju bahawa
responden mengetahui setiap sekolah mempunyai peraturan makmal komputer. Pernyataan ini
disokong dengan 46% responden menyatakan setuju mengenainya.
Manakala sebanyak 4% daripada responden kurang setuju mengenai perkara ini.
Namun begitu, peratusan bagi responden yang menyatakan sangat tidak bersetuju mengenai
perkara ini adalah terlalu sedikit iaitu sebanyak 1% sahaja. Perkara ini jelas membuktikan
hampir keseluruhan responden mengakui setiap makmal komputer di sekolah mempunyai
peraturan.
Jadual 28: Saya mengetahui setiap makmal komputer mempunyai peraturan penggunaannya
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Tidak Setuju 1 1.0 1.0 1.0
Kurang Setuju 2 2.0 2.0 3.0
Setuju 46 46.0 46.0 49.0
Amat Bersetuju 51 51.0 51.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
-
25
Makmal Komputer Sekolah Saya Banyak Membantu Dalam Menyempurnakan Tugasan
Di Sekolah
Jadual 29 menunjukkan peratus gabungan item setuju dan amat bersetuju sebanyak 67%
memberi respon yang baik terhadap pernyataan yang diutarakan dalam item soal selidik
berbanding dengan 33% daripada responden menyatakan kurang bersetuju mengenainya.
Perkara ini membuktikan kemudahan makmal komputer banyak membantu responden atau
guru di dalam menyempurnakan tugasan di sekolah.
Jadual 29: Makmal Komputer sekolah saya banyak membantu dalam menyempurnakan
tugasan di sekolah
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 2 2.0 2.0 2.0
Tidak Setuju 9 9.0 9.0 11.0
Kurang Setuju 22 22.0 22.0 33.0
Setuju 41 41.0 41.0 74.0
Amat Bersetuju 26 26.0 26.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Saya Diberikan Kursus Mengenai Penggunaan Makmal Komputer
Berdasarkan dapatan melalui jadual 30 responden yang menyatakan Setuju bahawa telah
diberikan kursus mengenai penggunaan makmal komputer adalah sebanyak 47% jika
dibandingkan dengan responden yang menyatakan Kurang Setuju iaitu sebanyak 14%
sahaja. Seterusnya responden yang Tidak Setuju sebanyak 8% sahaja jika dibandingkan
dengan responden yang menyatakan Amat Bersetuju iaitu sebanyak 28%. Manakala
peratusan responden yang menyatakan Amat Tidak Bersetuju bagi pernyataan ini adalah
sebanyak 3% sahaja.
Jadual 30: Saya diberikan kursus mengenai penggunaan makmal komputer
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 3 3.0 3.0 3.0
Tidak Setuju 8 8.0 8.0 11.0
Kurang Setuju 14 14.0 14.0 25.0
Setuju 47 47.0 47.0 72.0
Amat Bersetuju 28 28.0 28.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Saya Berpengetahuan Menggunakan Peralatan ICT Yang Terdapat Di Makmal
Komputer.
Jadual 31 menunjukkan sebanyak 55% responden menyatakan setuju bahawa mereka
berpengetahuan dalam menggunakan peralatan ICT di makmal komputer. Peratusan ini
merupakan kadar peratusan yang tertinggi jika dibandingkan dengan item-item yang lain.
Seterusnya bagi responden yang menyatakan Amat Bersetuju dengan pernyataan ini
sebanyak 29%.
Manakala bagi responden kurang setuju dan Tidak Setuju dengan pernyataan ini
adalah rendah peratusannya iaitu 15% . Bagi item Amat Tidak Setuju hanya 1% bagi item
-
26
tersebut.Hasil dapatan persoalan di atas menggambarkan guru-guru berpengetahuan dan
berkemahiran dalam pengunaan peralatan ICT.
Jadual 31: Saya berpengetahuan menggunakan peralatan ICT yang terdapat
di makmal komputer.
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 1 1.0 1.0 1.0
Tidak Setuju 4 4.0 4.0 5.0
Kurang Setuju 11 11.0 11.0 16.0
Setuju 55 55.0 55.0 71.0
Amat Bersetuju 29 29.0 29.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Pentadbir Menggalakkan Saya Menggunakan Makmal Komputer Bagi Tujuan PdP
Jadual 32 menunjukkan sebanyak 94% responden menyatakan setuju dan Amat Setuju
bahawa pentadbir menggalakkan responden menggunakan makmal komputer bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Peratusan ini merupakan kadar peratusan yang tertinggi jika
dibandingkan dengan item-item yang lain.
Jadual 32: Pentadbir menggalakkan ssaya menggunakan makmal komputer
bagi tujuan PdP
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Amat Tidak Setuju 1 1.0 1.0 1.0
Kurang Setuju 5 5.0 5.0 6.0
Setuju 54 54.0 54.0 60.0
Amat Bersetuju 40 40.0 40.0 100.0
Total 100 100.0 100.0
Seterusnya bagi responden kurang setuju dan Amat Tidak Setuju dengan
pernyataan ini adalah rendah peratusannya iaitu 6%.
Rumusan dan Perbincangan
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan daripada era
masyarakat industri (industrial society) kepada era masyarakat bermaklumat (information
society) menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Beberapa perubahan dalam
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan IT berlaku. Kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seterusnya telah meningkatkan penggunaan
internet, laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan
baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa,
tempat, kaedah dan bahan pembelajaran yang lebih meluas dalam proses pendidikan.
Kajian ini bertepatan dengan kajian Mustafa (1995) yang menyatakan bahawa semua
guru menunjukkan sokongan, keyakinan dan keseronokan yang tinggi terhadap pengunaan
komputer di sekolah. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi sebagaimana menurut Faridah
-
27
(1993), yang menyatakan sikap yang positif dalam kalangan guru terhadap penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih-lebih lagi dengan adanya
kemudahan makmal komputer di setiap sekolah.
Menurut Rahim (2000) teknologi maklumat akan membantu meningkatkan kecekapan
dalam pengurusan organisasi pendidikan. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini,
membuktikan bahawa sikap yang positif dan pengetahuan mengendalikan komputer di
kalangan guru dapat mendorong mereka untuk menggunakan makmal komputer.
Menurut kajian Izham, Jamalul dan Siti (2001), KPM mempertimbangkan lagi
penyediaan program-program latihan peningkatan ilmu dalam bidang teknologi maklumat
kepada guru-guru. Guru-guru perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi
pengetahuan serta memperkukuhkan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma
dalam sistem pendidikan kini. Guru-guru yang celik IT cenderung menggunakan makmal
komputer dalam pengajaran kerana memerlukan kemudahan infra yang ada di sekolah untuk
mengaplikasi ilmu teknologi maklumat mereka.
Cadangan Kajian Lanjutan
Berikut boleh diusulkan beberapa kajian lanjutan yang berkaitan antaranya; mengenal pasti
sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer dan keberkesanan pengajaran penggunaan
makmal komputer sekolah.
Kesimpulan
Walaupun ramai guru bersikap positif terhadap penggunaan makmal komputer, namun ia tidak
dapat dijalankan dalam erti kata yang sebenarnya. Justeru, KPM perlu mencari jalan terbaik
untuk meningkatkan penggunaan optimum makmal komputer agar pelaburan yang dikeluarkan
dapat dimanfaatkan oleh warga guru dan murid.
Rujukan
Abdullah Md. Yatim. (1999). Perkembangan Internet Dan Implikasi Terhadap Suasana
Pengajaran Sekolah. Jurnal Pendidikan Guru, Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Bahru. Bil. 12.
Adenan Husin. (1998). Faktor Yang Mempengaruhi Sikap Guru Terhadap Penggunaan
Komputer. Tesis Sarjana: Universiti Utara Malaysia, Kedah.
Azhar Ahmad. (1998). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Sekolah
Menengah Di Bandaraya Kuching Utara. Tesis Sarjana: Universiti Malaysia Sarawak.
Hamzah Hussain. (1995). Latihan Dalam Perkhidmatan: Satu Kajian Mengenai
Persepsi, Keherkesanan Dan Keperluan Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah
Negeri Pahang Darul Makmur. Tesis Sarjana: Universiti Utara Malaysia, Kedah.
Hong Kian Sam. (1998). Dari Literasi Komputer Ke Kompetensi Teknologi.
Seminar Pendidikan Sempena Jubli Emas Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching.
Hussein Haji Ahmad. (1997). Menangani Pendemokrasian Pendidikan Dalam Era
Globalisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
28
Kasim Abbas. (1993). Teknologi Pendidikan Sebagai Input Untuk Melahirkan
Pendidikan Yang Bermutu. Jurnal Pusat Sebaran Pendidikan. Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jild 1.
Mariatun Mohd Said. (1998). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Kanan
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Segamat: Satu Tinjauan. Tesis Sarjana:
Universiti Malaysia Sarawak.
Mohamad Muda. (1998). Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf
Baru. Seminar Pendidikan Sempena Jubli Emas Maktab Perguruan Batu Lintang,
Kuching.
Muhamed Reduan Ujang. (1998). Penggunaan Komputer Di Sekolah-sekolah. Tesis
Sarjana: Universiti Utara Malaysia, Kedah.
Osman Ghazali. (1996). Penggunaan Komputer Dan Kepuasan Kerja: Kajian Universiti
Utara Malaysia. Tesis Sarjana: Universiti Utara Malaysia, Kedah.
Azam Aziz (2000). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah Kebangsaan
Lubok Merbau, Daerah Padang Terap, Kedah. Universiti Teknologi Malaysia. Projek
Sarjana Muda. Tidak diterbitkan.
Faridah Mohamed (1993). Sikap Dan Persepsi Terhadap Komputer Di kalangan Guru
Pelatih Di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. UTM: Tesis Ph.D
Mustafa Sidi (1995). Penggunaan Komputer dalam Pentadbiran Di Sekolah-Sekolah
Menengah Daerah Kuantan. Kajian Ilmiah Sarjana Pengurusan Teknologi, Kuala
Lumpur :Universiti Teknologi Malaysia.
Nazri Ibrahim (1991). Sistem Pengurusan Maklumat Sekolah Daerah Bangi. Tesis Ph.D,
Kuala.Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shafee Hj. Daud (1990). Satu Tinjauan Pengaruh Kesan Diri dan Pentadbiran Sekolah
Terhadap Penggunaan Media Teknologi di Negeri Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana
Muda Sains Pendidikan U.T.M.
Zoraini Wati Abbas (1997). Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd
-
29
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK SEBAGAI SATU KAEDAH
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
ABAD KE-21
Haiza Atmareni binti Harmeni
Pusat Kegiatan Guru Mambau, Negeri Sembilan
Abstrak.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana hubungan penguasaan guru
mengadaptasi kaedah pembelajaran dan pengajaran berasaskan projek (PBL) dan kesannya
terhadap keberhasilan murid. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi
daripada instrumen penilaian kompetensi amalan pembelajaran dan pengajaran abad ke-21
dan telah dilaksanakan kepada 120 orang guru sekolah-sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru
Mambau, Negeri Sembilan. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package
for the Social Science (SPSS) 20. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penguasaan guru
dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek berada pada tahap tinggi dengan nilai
min = 4.12, sp = 0.644. Begitu juga dengan tahap keberhasilan murid secara keseluruhannya
berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min = 3.90, sp = 0.767. Ujian Korelasi Pearson
yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang kuat di antara dua
pemboleh ubah dengan nilai r = 0.780, n = 120, p < 0.01, di mana semakin tinggi tahap
penguasaan guru dalam melaksanakan PBL, semakin tinggi tahap keberhasilan dalam
kalangan murid. Dapatan kajian ini memberi impak yang penting kepada pihak
berkepentingan khususnya sekolah, PKG, PPD, JPN dan juga BTP. Maka, cadangan
penambahbaikan diberikan untuk memudahkan pihak-pihak terbabit mengambil tindakan yang
sewajarnya.
Kata kunci : pembelajaran berasaskan projek (PBL), pentaksiran
Pengenalan
Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for
International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti
keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira
pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan. Ketika Malaysia mengambil
bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada tahun 1999, skor purata murid mengatasi
purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada
tahun 2007 menunjukkan prestasi murid Malaysia telah menurun bawah E-7 purata
antarabangsa bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, disusuli penurunan dari segi
kedudukan negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai tahap
kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua
hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003. Keputusan
PISA 2009+ (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana
kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara
peserta. Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan
OECD (Ekshibit 3). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal
mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43%
dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata
dalam PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan. Secara perbandingan,
pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, di Korea Selatan, di Hong Kong dan di
-
30
Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid
berumur 15 tahun di Malaysia (Ringkasan Eksekutif PPPM 2013 2025, KPM).
TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi mata
pelajaran Matematik dan Sains di seluruh dunia. Pentaksiran dibuat bagi mengukur prestasi
murid pada Gred 4 (Tahun 4) dan Gred 8 (bersamaan dengan Tingkatan 2) yang merangkum
dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra, dan kemahiran kognitif seperti proses
pemikiran penguasaan pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Ujian pertama kali ditadbir pada
tahun 1995. Pada masa ini, lebih 50 buah negara menyertai pentaksiran ini yang dikendalikan
pada setiap empat tahun. Malaysia telah menyertai TIMSS sejak 1999 dan melibatkan murid
Tingkatan 2 sahaja. PISA yang diselaraskan oleh OECD juga merupakan pentaksiran yang
diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dikendalikan setiap tiga tahun, PISA bertujuan untuk
menilai kecekapan dalam Bacaan, Matematik dan Sains dalam kalangan murid berumur 15
tahun. Tumpuan pentaksiran bukan pada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid
mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Penyertaan juga meliputi negara di luar
keanggotaan OECD dengan pelibatan 74 buah negara pada tahun 2009. Kali pertama Malaysia
menyertai PISA ialah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiran untuk tahun 2009
(Ringkasan Eksekutif PPPM 2013-2025, KPM).
Malaysia dilihat komited untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam melahirkan
generasi yang berkualiti dari sistem pendidikan yang mampu memenuhi keperluan.
Berdasarkan dapatan kajian lampau, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 yang memberi penekanan terhadap
sistem pentaksiran menerusi anjakan pertama. Pelbagai usaha dilaksanakan supaya dapat
memenuhi aspirasi yang dihasratkan. Antaranya, memperkenalkan pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS) dan menekankan pembelajaran dan pengajaran berpusatkan murid yang
diharapkan mampu menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi dan terarah kendiri.
Latar Belakang Kajian
Asas kejayaan sistem persekolahan bergantung kepada apakah yang murid mesti tahu, faham
dan mampu melakukannya. Sejak dahulu lagi, murid Malaysia berkebolehan mengemukakan
semula kandungan mata pelajaran yang diikuti. Walau bagaimanapun, kemahiran ini kurang
kritikal dalam ekonomi yang sentiasa berubah pada masa ini. Sebaliknya, murid perlu ada
keupayaan penaakulan, membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam
suasana yang berlainan. Murid juga memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk bersaing di
peringkat global. Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia
sukar mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian tinjauan ke atas syarikat Malaysia
dan syarikat antarabangsa juga melaporkan bahawa murid Malaysia gagal menguasai
kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan (Ringkasan Eksekutif PPPM 2013-
2025, KPM).
Maka, kurikulum sekolah rendah dan menengah telah disemak semula untuk
mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi,
penyelesaian masalah, dan kepimpinan. Kurikulum ini memberi penekanan pada pengajaran
berpusatkan murid dan mempelbagaikan pengajaran, di samping turut memberi lebih
penekanan kepada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek, memperkemaskan mata
pelajaran atau tema dan melaksanakan pentaksiran formatif. Menjelang tahun 2016, peratusan
soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada
keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada
keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif
-
31
SPM. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal
bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan
latih tubi terhadap topik dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks
keperluan. Penilaian berasaskan sekolah (PBS) juga memberikan tumpuan untuk menguji
kemahiran berfikir aras tinggi (Ringkasan Eksekutif PPPM 2013-2025, KPM).
Namun, sejauh mana guru dapat mengadaptasi perubahan yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mencapai aspirasi negara? Kajian soal selidik
LP yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online)
pada September 2012 mendapati guru kurang memahami mengenai cara melaksanakan
pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran formatif). Hal ini
adalah kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana
masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian
berbentuk kertas dan pensel. Menurut Noorzeliana et al (2014), walaupun guru-guru telah
mengikuti kursus tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalam mentaksir pelajar kerana
kekurangan pengetahuan, kemahiran dan sumber material. Malah sikap campur tangan ibu
bapa dalam mempersoalkan kredibiliti guru menilai anak-anak mereka mengurangkan lagi
keyakinan guru. Guru juga kurang memahami cara pelaksanaan pentaksiran dan mengalami
kesukaran untuk membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk.
Dalam menangani masalah tersebut, pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 telah
diperkenalkan di sekolah dengan memberi penekanan kepada pembelajaran berasa