Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

11
DDC3013 /3473 BAB 1 Chapter 1: Information Systems in Global Business Today Bab 1: Sistem Maklumat Dalam Dunia Perniagaan Global 1. SISTEM MAKLUMAT DALAM DUNIA GLOBAL Cloud computing- o Perniagaan atas talian melalui internet terutama sekali melalui rangkaian sosial. o Perniagaan muzik atas talian menggantikan cara lama seperti penggunaan cakera padat o E-perniagaan (e-commerce) o pendapatan amazon meningkat sebanyak 39% berbanding offline business lain yang hanya meningkat sebanyak 5% Perubahan dari segi teknik pemasaran dan industri pengiklanan Facebook, Youtube, Twitter menjual perkhidmatan yang mana merupakan kaedah baru e-commerce dalam abad 21. Web, wikis dan blog menjadi peralatan penting dunia korporat bagi tujuan komunikasi, kerjasama dan perkongsian maklumat. 1.1. PERANAN SISTEM MAKLUMAT DALAM PERNIAGAAN Pada tahun 2010, Organisasi pernigaan di Amerika Syarikat membelanjakan lebih USD 562 billion untuk perisian, perkakasan dan peralatan telekomunikasi bagi kegunaan Sistem Maklumat. Selain itu Amerika Syarikat juga membelanjakan sebanyak 800billion pada perundingan perniagaan, pengurusan dan perkhidmatan yang meliputi perbelanjaan untuk merekabentuk semula operasi perniagaan agar organisasi perniagaan boleh memperolehi kelebihan dari teknologi baru ini. 1.1.1. Bagaimana Sistem Maklumat Mengubah Organisasi Perniagaan Hari ini 133 juta rakyat Amerika membeli-belah secara online dan setiap hari 41 juta rakyat Amerika melakukan pantauan secara atas talian bagi produk dan perkhidmatan. 2010 89 juta pengguna di US menggunakan peranti mudah alih bagi capaian internet - hampir separuh dari bilangan pengguna internet. Terdapat hampir 285 juta pelanggan telefon bimbit di Amerika Syarikat dan hampir 5billion diseluruh dunia. June 2010 – 99 juta organisasi perniagaan mempunyai dot-com laman web berdaftar. 2009- FedEx telah menghantar lebih 3.4 juta pakej setiap hari di USA. HSH Page 1

Transcript of Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

Page 1: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

Chapter 1: Information Systems in Global Business TodayBab 1: Sistem Maklumat Dalam Dunia Perniagaan Global

1. SISTEM MAKLUMAT DALAM DUNIA GLOBAL

• Cloud computing-

o Perniagaan atas talian melalui internet terutama sekali melalui rangkaian sosial.

o Perniagaan muzik atas talian menggantikan cara lama seperti penggunaan cakera

padato E-perniagaan (e-commerce)

o pendapatan amazon meningkat sebanyak 39% berbanding offline business lain

yang hanya meningkat sebanyak 5%

• Perubahan dari segi teknik pemasaran dan industri pengiklanan

• Facebook, Youtube, Twitter menjual perkhidmatan yang mana merupakan kaedah baru

e-commerce dalam abad 21.

• Web, wikis dan blog menjadi peralatan penting dunia korporat bagi tujuan komunikasi,

kerjasama dan perkongsian maklumat.

1.1. PERANAN SISTEM MAKLUMAT DALAM PERNIAGAAN

• Pada tahun 2010, Organisasi pernigaan di Amerika Syarikat membelanjakan lebih USD

562 billion untuk perisian, perkakasan dan peralatan telekomunikasi bagi kegunaan Sistem Maklumat. Selain itu Amerika Syarikat juga membelanjakan sebanyak 800billion pada perundingan perniagaan, pengurusan dan perkhidmatan yang meliputi perbelanjaan untuk merekabentuk semula operasi perniagaan agar organisasi perniagaan boleh memperolehi kelebihan dari teknologi baru ini.

1.1.1. Bagaimana Sistem Maklumat Mengubah Organisasi Perniagaan

Hari ini

• 133 juta rakyat Amerika membeli-belah secara online dan setiap hari 41 juta

rakyat Amerika melakukan pantauan secara atas talian bagi produk dan perkhidmatan.

2010

• 89 juta pengguna di US menggunakan peranti mudah alih bagi capaian

internet - hampir separuh dari bilangan pengguna internet. Terdapat hampir 285 juta pelanggan telefon bimbit di Amerika Syarikat dan hampir 5billion diseluruh dunia.

• June 2010 – 99 juta organisasi perniagaan mempunyai dot-com laman web

berdaftar.

2009-

• FedEx telah menghantar lebih 3.4 juta pakej setiap hari di USA.

HSH Page 1

Page 2: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

UOS (United Parcel Service) telah menghantar lebih 15 juta pakej setiap hari ke seluruh dunia.

Setiap hari pada tahun 2010

• 75 juta membaca surat khabar secara atas talian.

• 39 juta menonton video atas talian.

• 66 juta membaca blog

• 16 juta menulis blog

• Facebook berjaya menarik 134 juta pengguna setiap bulan di US dan 500 juta

di seluruh dunia.

1.1.2. Perkara baru dalam Pengurusan Sistem Maklumat

• 3 perubahan yang bersaling-kait.

a. Kewujudan platform digital mudah-alihb. Perkembangan perisian atas talian c. Perkembangan “coud computing” di mana lebih banyak perisian

perniagaan boleh didapati di internet.

a) Perkakasano iPhone iPads, Blackberry, tablet, Samsung dan netbook bagi

pelayaran web bukan sahaja merupakan gajet atau pusat hiburan, tetapi juga mewakili kelahiran baru platform komputer.

o Lebih banyak business computing beralih dari PCs dan desktop

kepada peranti mudah alih.

b) Pengurusano Pengurusan selalunya menggunakan teknologi “Web 2.0” seperti

rangkaian sosial dan wikis bagi membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik dan lebih cepat.

o Untuk menyelaraskan pembekal dan penghantar, memuaskan

keperluan pelanggan dan menguruskan pekerja mereka.

1.1.3. Cabaran dan peluang dalam globalisasi

• Pada tahun 2010, lebih dari 33% ekonomi di Amerika Syarikat diperolehi daripada

perdagangan asing, iaitu import dan eksport.

• Di Eropah dan Asia, bilangannya bertambah sehingga 50%

• Lebih kurang 500 syarikat-syarikat AS mendapat separuh pendapatan mereka

daripada operasi asing.

• Lebih dari separuh pendapatan Intel pada tahun 2010 datangnya daripada jualan

Microprocessor di luar negara.

• 80% alat mainan yang dijual di Amerika Syarikat dihasilkan di China

• 90% daripada komputer peribadi yang dihasilkan di China menggunakan cip Intel

atau AMD yang dihasilkan di Amerika Syarikat

• 90% of the PC’s manufactured in China use American made Intel or AMD chips.

HSH Page 2

Page 3: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

1.1.4. MIS dalam poket anda

• Perniagaan dijalankan menggunakan peranti mudah alih.

• Smartphone kini dipanggil ““Swiss Army Knife of the Digital Age”.”

• Smartphone ini boleh ditukarkan menjadi pelayar web, telefon, kamera, pemain

video atau pemain muzik, mesin menjawab e-mail dan laluan bagi memasuki sistem korporat.

• Perisian dan aplikasi baru bagi rangkaian sosial dan pengurusan jualan (CRM) menjadikan peralatan ini alat perniagaan yang serba boleh.

• Balckberry seprti contoh, boleh digunakan secara optima bagi penghantaran dan penerimaan email dan mesej kerana mempunyai kawalan keselamatan yang baik.

Contoh 1 : iPhone example Doylestown Hospital

• Seramai 360 ahli fizikal merawat beribu-ribu pesakit.

• Ahli fizikal ini menggunakan iPhone 3G untuk sentiasa berhubung antara kakitangan hospital, rakan sekerja dan juga bagi mendapatkan maklumat pesakit.

• Doktor juga dilengkapi dengan capaian peranti mudah alih dengan sistem

rekod perubatan elektronik yang menyimpan rekod pesakit.

Contoh 2: D.W Morgan

• Bertindak sebagai perunding rantaian bekalan dan pengangkutan, dan

pembekal perkhidmatan logistik kepada syarikat-syarikat seperti AT&T, komputer Apple

• Dulu bergantung pada panggilan telefon dan cara-cara manual lain untuk mengesan penghantaran produk kepada pelanggan mereka.

• Sekarang, menggunakan aplikasi yang dipanggil “ Chainling Mobile” untuk digunakan oleh 30 orang pemandu/penghantar mengemaskinikan status penghantaran produk, mengumpul tandatangan dan GPS serta mengesan setiap penghantaran.

• Amerika Syarikat mencipta lebih 3.5 juta peluang pekerjaan baru dalam Sistem maklumat dan perkhidmatan lain yang berkaitan turut berkembang serta menjadikan gaji pekerja terlibat lebih stabil.

HSH Page 3

Page 4: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

1.1.5. Pengembangan Firma Digital

• Firma Digital adalah organisasi yang mana hampir kesemua hubungan dengan pelanggan , pembekal dan pekerja dilakukan dan diselesaikan secara digital.

• Proses Perniagaan (Business Process) adalah satu set tugas-tugas yang berkaitan yang dibangunkan oleh sesuatu organisasi dalam satu jangkamasa untuk menghasilkan satu hasil perniagaan serta gaya yang unik sebagaimana aktiviti-aktiviti ini disusun dan diselaraskan.

• Contoh : bangunkan produk, mencipta perancangan pemasaran, melantik pekerja

• Harta intelek, tugas teras, kewangan dan buruh diuruskan secara digital.

• Eg: CISCO systems, 3M & IBM- adalah contoh organisasi yang hampir menyamai konsep digital firm.

1.1.6. Objektif Perniagaan Yang Strategik Dalam Sistem Maklumat.

• Pada hari ini, Sistem maklumat merupakan keperluan penting bagi mejalankan

perniagaan harian di Amerika Syarikat serta negara membangun yang lain. Sistem maklumat juga digunakan bagi mencapai objektif strategik perniagaan.

• Telefon, kabinet fail merupakan asas kepada perniagaan di abad ke 20, dan kini di abad ke 21, Teknologi maklumat telah menjadi salah satu asas kepada perniagaan.

• Organisasi perniagaan telah membuat banyak pelaburan dalam Sistem maklumat

bagi mencapai 6 Objektif strategik perniagaan:

a. Kecemerlangan Pengoperasian

• Sistem maklumat dan teknologi adalah antara peralatan terpenting

untuk digunakan oleh pengurus bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam operasi perniagaan, terutamanya apabila berhadapan dengan perubahan dalam operasi perniagaan dan juga tingkahlaku pengurusan.

• Contoh : Wallmart

o Dalam tahun 2010, Wallmart memperolehi $408 juta dalam

perniagaannya iaitu hampir 1/10 dari hasil jualan di Amerika Syarikat.

b. Produk, Perkhidmatan Dan Model Perniagaan Baru.

• Model perniagaan – bagaimana organisasi menghasilkan, mengedar dan

menjual produk atau perkhidmatan bagi menghasilkan keuntungan.

HSH Page 4

Page 5: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

• Apple Ins- menukarkan cara pengedaran muzik kepada atas talian, model pengedaran yang sah berdasarkan teknologi iPod.

c. Hubungan Rapat Pelanggan Dan Pembekal

• Apabila organisasi perniagaan mengenali pelanggan mereka dan

memberi perkhidmatan dengan baik, pelanggan akan kembali membuat belian dengan organisasi tersebut.

• Apabila sesuatu organisasi perniagaan itu berhubung baik dengan pembekal, pembekal akan memberikan maklumat penting.

• Contoh 1: Hotel Mandarin Oriental di Manhanttan, simpan semua maklumat mengenai pelanggan dari suhu bilik, channel TV, minuman apa yang banyak dipesan. Apabila pelanggan yang sama menginap masuk, pihak hotel menyediakan bilik dengan suhu bilik yang disukai pelanggan, rangkaian tv yang dipilih sebelum ini menjadi rangkain utama dan disediakan dengan minuman pilihan.

• Contoh 2: Jc Penny, pembekal TAL Apparel Ltd.

• Setiap jualan di Jc Paney, TAL(pembekal) akan dapat mengesan rekod jualan. Maka, TAL akan tahu produk mana yang mana cepat habis, maka TAL akan sediakan dan hantar stok baru tanpa perlu menunggu JC Penny membuat pesanan.

d. Meningkatkan Keupayaan Dalam Pembuatan Keputusan

• Tanpa maklumat yang tepat, pengurus akan menggunakan ‘forecast’, tekaan yang terbaik serta tuah dalam membuat keputusan.

• Ini akan menyebabkan terlebih atau terkurang hasil produk atau perkhidmatan yang akan menyebabkan penyalahgunaan sumber serta masa tindakbalas yang lemah.

• Gagal untuk dapatkan maklumat yang tepat pada masa yang tepat akan

membuatkan sesuatu organisasi perniagaan membuat keputusan yang salah.

• Keputusan yang salah akan membuatkan peningkatan kos dan hilang pelanggan.

• Contoh : Syarikat Verizon menggunakan dashboard digital berasakan laman web untuk sediakan pengurusan dengan maklumat terbaru tentang rungutan pelanggan.

e. Kelebihan daya saing.

• Apabila sesebuah firma berjaya mencapai satu atau lebih dari objektif

perniagaannya; kecemerlangan operasi, produk baru, model perkhidmatan dan produk, keintiman pelanggan/pembekal dan meningkatkan pembuatan keputusan, bermaksud organisasi telah berjaya mencapai kelebihan daya-daing.

HSH Page 5

Page 6: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

f. Survival-

• Firma pernigaan juga melabur dalam sistem maklumat dan teknologi kerana ianya merupkan keperluan bagi menjalankan perniagaan. Sebagai contoh pada tahun 1977 di Amerika, Citybank telah memperkenalkan mesin ATM yang pertama. Selepas itu bank-bank lain juga memperkenalkan mesin ATM supaya organisasi mereka boleh terus bertahan.

1.2. PERSPEKTIF DALAM SISTEM MAKLUMAT1.2.1. Apa itu sistem maklumat?

• Sistem maklumat secara teknikalnya boleh ditakrifkan sebagai satu set komponen

yang berhubung-kait yang mengumpul (atau capai), proses, simpan dan mengedarkan maklumat untuk menyokong pembuatan keputusan dan kawalan di dalam organisasi.

• Juga membantu pengurus an pekerja menganalisa masalah, menggambarkan

subjek yang kompleks dan mencipta produk baru.

• Data- fakta mentah, yang mewakili peristiwa yang berlaku di organisasi atau

persekitaran fizikal.

• Maklumat (Information) – data yang telah dibentukkan ke dalam bentuk yang

bermakna dan boleh digunakan oleh manusia.

• Contoh: Di supermarket bila beli barang, di kaunter akan mengimbas bar code. Di

hujung operasi, supermarket akan memeriksa inventori untuk periksa produk apa yg sudah dijual, jenama apa supaya supermarket boleh guna maklumat tersebut untuk kegunaan masa depan.

• 3 aktiviti terlibat dalam sistem maklumat adalah:-

a. Input- mengumpul data mentah dari organisasi atau dari persekitaranb. Pemprosesan- menukarkan input mentah kepada bentuk yang lebih

bermakna.c. Output-memindahkan maklumat yang telah diproses kepada pengguna yang

akan menggunakannya.

• Feedback- hasil yang dipulangkan kepada pekerja organisasi yang sepatutnya

bagi membantu mereka menilai atau membuat pembetulan di peringkat input.

• Contoh : tiket online

i. Input : nama penjual, alamat, nombor kad kredit, bilangan tiket yang ditempah, tarikh perlawanan

ii. Proses : mengira stok tempahan, mengesan belian tiket dan menghantar permintaan untuk pembayaran oleh syarikat kredit card.

HSH Page 6

Page 7: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

iii. Output : Tiket untuk di cetak, resit dan laporan bagi jualan tiket secara online bagi perlawanan tertentu, jumlah bilangan tiket yang dijual setiap tahun dan pelanggan tetap.

1.2.2. Dimensi Dalam Sistem Maklumat

• Celik komputer/Computer Literacy- Pengetahuan dalam teknologi maklumat

• Celik Sistem Maklumat/Information System Literacy

o Pemahaman yang luas mengenai sistem maklumat, dan memahami

pengurusan dan dimensi organisasi sistem serta memahami dimensi teknikal sistem.

o Pengurusan sistem maklumat (MIS) berurusan dengan isu tikahlaku serta isu

teknikal yang menyelubungi penggunaan pembangunan dan kesan terhadap sistem maklumat yang digunakan oleh pengurus dan pekerja di dalam organisasi.

Menggunakan sistem maklumat secara berkesan memerlukan pemahaman mengenai organisasi, pengurusan dan teknologi maklumat.

a. Organisasi

• Elemen utama organisasi adalah manusia, struktur perniagaan, proses, politik

dan budaya.

• Organisasi mempunyai struktur yang terdiri daripada tahap dan kepakaran yang

berbeza.

• Strukturnya menunjukkan secara jelas pembahagian kerja, kuasa dan

tanggungjawab; dianjurkan hierarki struktur piramid.

HSH Page 7

Page 8: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

Business Functions/Fungsian Perniagaan

• Tugas tertentu yang dilakukan oleh organisasi perniagaan yang merangkumi penjualan, pemasaran, pembuatan dan pengeluaran, kewangan dan perakaunan, sumber manusia.

• Proses Perniagaan – merangkumi peraturan formal bagi menyempurnakan

tugas.

• Peraturan formal ini membimbing pekerja dalam pelbagai prosedur, dari

menulis invois sehingga bertindakbalas terhadap aduan pelanggan.

• Ada yang ditulis dan sesetengah lagi melalui amalan secara formal.

• Budaya – satu set andaian, nilai dan cara kerja yang telah diterima oleh

semua ahli

b. Pengurusan

• Tugas pengurusan adalah untuk mengatasi pelbagai situasi yang dialami oleh organisasi, buat keputusan dan merangka pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah organisasi.

• Tetapkan strategi organisasi, memperuntukkan sumber manusia dan kewangan

HSH Page 8

o Pengurusan atasan – Profesional dan teknikal.

Pengurus senior – melakukan strategi jangka panjang mengenai produk dan perkhidmatan serta memantau prestasi kewangan syarikat.

o Pengurusan pertengahan – melaksanakan

perancangan dan program oleh pengurus senior.

Pekerja berpengetahuan – seperti contoh jurutera, saintis atau arkitek; merekabentuk produk dan perkhidmatan serta mencipta pengetahuan baru untuk organisasi.

o Pengurusan operasi – memantau aktiviti harian

perniagaan

Pengurusan bawahan terdiri daripada kakitangan operasi.

Data workers-membantu dari penjadualan dan komunikasi di semua peringkat.

Pengeluaran dan perkhidmatan –menghasilkan produk dan menyampaikan perkhidmatan.

Page 9: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

• Menghasilkan produk dan perkhidmatan baru serta mewujudkan semula organisasi dari masa ke masa.

c. Teknologi Maklumat

• Perkakasan komputer

• Perisian komputer

• Teknologi pengurusan data

• Teknologi rangkaian dan telekomunikasi

• Internet, rangkaian, intranets, extranets

• Word Wide Web

• Infrastruktur IT

1.2.3. Perspektif Perniagaan dan Sistem Maklumat

• Sistem Maklumat merupakan instrumen penting untuk mewujudkan nilai bagi firma itu

• Membolehkan organisasi untuk meningkatkan pendapatan atau mengurangkan kos dengan menyediakan maklumat bagi membantu pengurusan membuat keputusan yang kebih baik.

• Juga merupakan satu siri aktiviti tambah nilai bagi mendapatkan, mengubah dan

mengedarkan maklumat yang boleh digunakan oleh pengurus untuk meningkatkan pembuatan keputusan, meningkatkan prestasi organisasi dan akhirnya, meningkatkan keuntungan firma.

• Modal Organisasi dan Model Perniagaan Hak

• Pelaburan terhadap teknologi maklumat sahaja tidak mampu menjadikan

organisasi dan pengurus lebih efektif melainkan mereka di disertai oleh nilai-nilai, struktur dan corak tingkah laku di dalam organisasi serta aset pelengkap yang lain.

• Sesetengah syarikat rakaman enggan tukarkan cara pengedaran muzik kepada

pengedaran secara atas talian. Akibatnya, penjualan muzik atas talian bukan didominasi oleh mana-mana syarikat rakaman, sebaliknya oleh Apple Computer.

HSH Page 9

Page 10: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

1.3. Contemporary Approaches To Information System/ Pendekatan Moden Terhadap Sistem Maklumat

• Pembelajaran bagi sistem maklumat adalah dari pelbagai bidang. Tiada teori atau perspektif tunggal yang mendominasi. Secara general, bidang ini boleh dibahagikan kepada pendekatan teknikal dan pendekatan tingkahlaku.

• Sistem maklumat merupakan sistem sosio-teknikal; yang terdiri daripada mesin-meesin,

peranti-peranti, serta teknologi fizikal keras, juga memerlukan sosial, organisasi dan pelaburan kebijaksanaan bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.

a. Pendekatan Teknikal

• Pendekatan teknikal terhadap sistem maklumat menekankan model berasaskan matematik bagi mempelajari sistem maklumat, juga teknologi fizikal dan keupayaan formal sistem-sistem ini. Bidang yang menyumbangkan kepada pendekatan teknikal adalah sains komputer, pengurusan sains dan kajian operasi.

• Sains komputer berkaitan dengan membangunkan teori-teori komputer, kaedah

pengiraan, computation, serta kaedah bagi penyimpanan dan capaian data yang lebih efisyen.

• Sains pengurusan menekankan kepada pembangunan model bagi pembuatan keputusan dan amalan pengurusan.

• Kajian operasi fokus kepada teknik matematik bagi mengoptimakan parameter terpilih organisasi, seperti pengangkutan, kawalan inventori dan kos transaksi.

b. Pendekatan Tiingkahlaku

• Bahagian terpenting dalam bidang sistem maklumat adalah berkaitan isu-isu tingkahlaku yang wujud dalam pembangunan dan penyelenggaraan jangka-panjang sistem maklumat.

• Isu seperti integrasi perniagaan strategik, rekabentuk, implementasi,dan

pengurusan tidak boleh di gunakan dengan model yang digunakan bagi pendekatan teknikal.

• Seperti contoh, sosiologi mempelajari sistem maklumat dengan memerhatikan bagaimana kumpulan-kumpulan dan organisasi membentuk pembangunan sistem dan bagaimana sistem memberi kesan kepada individu, kumpulan dan organisasi.

• Ahli psikologi mempelajari sistem maklumat dengan memahahami bagaimana pembuat keputusan menerima dan menggunakan maklumat formal.

HSH Page 10

Page 11: Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS

DDC3013 /3473 BAB 1

• Ahli ekonomi mempelajari bagaimana sistem maklumat memahami pembuatan barangan digital, dinamik pasaran digital, dan bagaimana sistem maklumat baru menukarkan kawalan dan struktur kos di dalam syarikat.

HSH Page 11