CHAPTER 1...sn f3

5
CHAPTER 1 : RESPIRATION ( RESPIRASI ) 1.1 - The Human Breathing Mechanism ( Mekanisma Pernafasan Manusia ) Struktur Sistem Respirasi Manusia Mekanisma pernafasan manusia. Bahagian sistem respirasi Fungsi Tulang rusuk Tulang yang membentuk sankar rusuk untuk Melindungi peparu Otot interkosta Menaik dan menurunkan tulang rusuk semasa pernafasan (otot antara tulang rusuk) Diafragma Mengubah tekanan udara dalam rongga toraks dengan menambah atau mengurangkan isipadu toraks (mengaingkan toraks dan abdomen) Alveolus Tempat pertukaran gas-gas ( oksigen dan karbon dioksida ) Kapilari darah Membawa darah beroksigen dari alveolus dan darah terdeoksigen ke alveolus

description

FREE

Transcript of CHAPTER 1...sn f3

CHAPTER 1 : RESPIRATION

CHAPTER 1 : RESPIRATION ( RESPIRASI ) 1.1 - The Human Breathing Mechanism ( Mekanisma Pernafasan Manusia ) Bahagian sistem respirasiFungsi

Tulang rusukTulang yang membentuk sankar rusuk untuk Melindungi peparu

Otot interkostaMenaik dan menurunkan tulang rusuk semasa pernafasan(otot antara tulang rusuk)

DiafragmaMengubah tekanan udara dalam rongga toraks dengan menambah atau mengurangkan isipadu toraks(mengaingkan toraks dan abdomen)

AlveolusTempat pertukaran gas-gas ( oksigen dan karbon dioksida )

Kapilari darahMembawa darah beroksigen dari alveolus dan darah terdeoksigen ke alveolus

Struktur Sistem Respirasi Manusia

Mekanisma pernafasan manusia.

Penarikan nafas Penghembusan nafas

Penarikan nafasPenghembusan nafas

1. Sangkar tulang rusuk bergerak naik ke atas dan ke luar

1. Sangkar tulang rusuk bergerak turun ke bawah dan ke dalam

2. Diafragma mengecut dan menjadi rata

2. Diafragma mengendur dan melengkung ke atas

3. Isipadu rongga toraks bertambah. Tekanan udara di dalamnya lebih rendah daripada tekanan udara di luar3. Isipadu toraks berkurang. Tekanan udara di dalamnya lebih tinggi daripada tekanan udara di luar.

4. Udara dari luar masuk ke dalam peparu4. Udara di dalam peparu dipaksa keluar.

Laluan udara semasa penarikan nafas Lubang hidung rongga hidung trakea bronkus bronkiol alveolus Laluan udara semasa penghembusan nafas Alveolus bronkiol bronkus trakea rongga hidung lubang hidung Model Sistem Respirasi Manusia Penarikan nafas Penghembusan nafas

Analogi bahagian dalam model respirasi dengan bahagian dalam sistem respirasi Bahagian dalam modelBahagian dalam sistem respirasi

Salur kacaTrakea

Salur kaca bentuk YBronkus

BelonPeparu

Kepingan getahDiafragma

Serkup kacaRongga toraks

AktivitiProsesPemerhatian

Kepingan getah ditarik ke bawah

Penarikan nafasBelon mengembang

Kepingan getah ditolak ke atas

Penghembusan nafasBelon mengecut

1.2 The Transport of oxygen in the Human Body( Pengangkutan oksigen di dalam badan manusia ) Peresapan oksigen dari alveolus ke dalam kapilari darah Oksigen dengan kepekatan yang tinggi dalam udara sedutan akan bergerak masuk ke dalam kapilari darah yang mempunyai kepekatan oksigen yang rendah secara resapan. . Ciri-ciri alveolus yang meningkatkan keberkesanan dalam resapan gas-gas : 1. Dinding alveolus adalah setebal satu sel sahaja ( sangat nipis )1. Alveolus dikelilingi oleh kapilari yang banyak.1. Alveolus mempunyai luas permukaan yang besar.1. Dinding alveolus sentiasa berada dalam keadaan lembap. Pengangkutan oksigen di dalam badan manusia * Oksigen yang meresap masuk ke dalam darah akan berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin. * Darah beroksigen akan diangkut dari peparu ke jantung dan kemudian dipam ke seluruh bahagian badan. Peresapan oksigen dari kapilari darah ke dalam sel-sel badan Apabila darah beroksigen sampai ke sel-sel badan, oksihemoglobin terurai kepada oksigen dan hemoglobin. Oksigen dengan kepekatan yang tinggi di dalam kapilari darah akan masuk ke dalam sel-sel badan yang mempunyai kepekatan oksigen yang rendah secara resapan. Karbon dioksida dari sel-sel badan pula akan meresap ke kapilari darah dan di bawa oleh hemoglobin balik ke alveolus. 1.3 The Importance of a healthy Respiratory System( Kepentingan Sistem Respirasi yang sihat ) Bahan-bahan yang berbahaya kepada Sistem Respirasi BahanKesan

Nikotina( asap rokok )

Menyebabkan ketagihan merokok

Tar(asap rokok )Melekat pada dinding alveolus dan menyebabkan oksigen sukar untuk meresap ke dalam kapilari darah

Karbon monoksida( dalam asap kenderaan )Karbon monoksida lebih senang bergabung dengan hemoglobin berbanding oksigen.Mengurangkan bekalan oksigen ke sel-sel badan

Sulfur dioksida( pembakaran bahan api fosil )

Membentuk larutan berasid yang mengakis tisu trakea dan alveolus

Jerebu( zarah-zarah asap )Menyekat laluan respirasi menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan merosakkan peparu.

Kesan merokok kepada peparu

BahanPemerhatian

TermometerBacaan termometer meningkat

Kapas Warna kapas putih berubah menjadi kuning keperangan

Penunjuk hidrogen karbonatWarna penunjuk hidrogen karbonat berubah daripada merah kepada kuning

* Asap rokok mengandungi haba, tar dan gas-gas berasid yang merosakkan peparu.

Penyakit- penyakit yang memberi kesan terhadap Sistem Respirasi Penyakit

Punca

Bronkitis

pencemaran udara

Asma

pencemaran udara

Emfisema

pencemaran udara

Pneumonia

jangkitan bakteria atau virus

Influenza

jangkitan virus

Tuberkulosis

jangkitan bakteria

Kanser paru-paru

asap rokok dan pencemaran udara