Chapter 3 ctu151
-
Upload
zainulsyafiq-ank-en-din -
Category
Documents
-
view
242 -
download
0
Transcript of Chapter 3 ctu151
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
1/23
CTU 101PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
BAB 3
SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
2/23
Firman Allah SWT:
Pada keseluruhannya Kami jadikan engkau(wahai Muhammad SAW dan utuskan engkau)menjalankan satu jalan yang cukup lengkap darihukum-hukum agama, maka turutlah akan jalan itu
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)
(Al-Jathiah: 18)
PENDAHULUAN
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
3/23
Bahasa: Jalan yang lurus, sumber air.
Istilah: Perkara yang merangkumi hukum-hukum Allahterhadap seluruh perbuatan manusia, sama ada berbentukhalal atau haram, makruh atau sunat. Ia disampaikan oleh
rasulNya yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadithserta dalil-dalil pecahan daripadanya seperti al-qiyasserta dalil-dalil lain (Al-Qardhawi).
PENGERTIAN
Syariah
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
4/23
Arahan tuhan (khitab Allah) yang berkait denganperbuatan mukallaf yang diperolehi terus daripada nas-
nas al-Quran atau al-Sunnah.
Ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami prosesijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badanperundangan negara Islam sebagai satu undang-undang
yang dilaksanakan di negara berkenaan.
Hukum
Undang-Undang Islam
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
5/23
Bahasa: Kefahaman, memahami tujuan atau maksudpercakapan seseorang.
Istilah: Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariahIslam berbentuk praktikal menerusi dalil-dalilnya yangterperinci.
Hukum praktikal yang diistinbatkan oleh ulama mujtahiddaripada dalil-dalil yangjuzi atau pecahan, terhadap sifatperbuatan manusia iaitu wajib, haram, sunat, harus danmakruh.
Fiqh
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
6/23
Pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripadasyariat Islam dalam keseluruhan atau sebahagian besarproses pensyariatannya.
Merupakan objektif yang ditentukan oleh syariat supaya
dicapai bagi kepentingan manusia. Elemen-elemennya spt:
Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama.
Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan
manusia. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal.
Menjamin kehormatan dan maruah diri.
Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta.
MAQASID SYARIAH
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
7/23
Memelihara Kesucian dan Kepercayaan Beragama
Manusia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbinganal-Quran dan al-Sunnah kerana akal fikiran manusia yang
terbatas.
Hal ini adalah untuk mempertahankan agama, maruah diridan menyebarkan dakwah bagi memelihara hak kebebasanberibadat dan beragama.
Contohnya: Hukuman bunuh terhadap orang murtad sertakewajipan berjihad terhadap golongan kafir harbi yangmenceroboh.
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
8/23
Menjamin Kehormatan dan Maruah Diri
Allah SWT telah memperundangkan cara yang terbaikuntuk memelihara pembentukan keluarga yang sempurna.
Keingkaran manusia kepada syarak telah mengakibatkankelahiran anak luar nikah, pembunuhan dan pengguguranbayi yang merosakkan kehormatan dan keturunan.
Contohnya: Pengharaman Zina, liwat, lesbian, homoseksualdll.
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
9/23
Menjamin Keselamatan Nyawa dan Anggota TubuhBadan Manusia
Nyawa manusia adalah milik mutlak Allah. Sebarang
tindakan membunuh, sama ada diri sendiri atau orang lainadalah berdosa besar dan haram sama sekali.
Sebarang tindakan yang dapat mencederakan fizikal jugaadalah ditegah.
Contohnya: Hukuman Qisas terhadap pembunuhan sengajaatau mencederakan anggota orang lain.
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
10/23
Menjamin Kemurnian Fikiran dan Kewarasan Akal
Akal menentukan hakikat kemanusiaan. Allah mengiktirafakal manusia dalam ibadat dan hal-hal lain bergantung
kepada kemampuan akal manusia.
Jenayah akan disabitkan oleh Syarak jika ia dilakukandalam keadaan sedar dan waras akal fikirannya.
Contohnya: Pengharaman arak kerana ia boleh merosakkankewarasan akal fikiran manusia.
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
11/23
Menjamin Usaha Pemilikan dan Penguasaan Harta
Harta merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupanmanusia. Mencari rezeki yang halal wajib hukumnya sama
ada untuk diri sendiri atau nafkah bagi keluarga.
Islam melarang pencerobohan hak harta orang lain, apatahlagi jika disertai dengan kekerasan, penggunaan senjatadan mencederakan mangsa.
Contohnya: Pengharaman mencuri dan merompak.
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
12/23
1) Hubungan Manusia dengan Allah
Ketaatan manusia kepada perintah dan larangan Allah.
Beribadat kepada Allah dan menegakkan syariat Allah
dalam semua aspek.
2) Hubungan Manusia dengan Manusia
Merangkumi perhubungan dan interaksi yang luas.
Meliputi bidang sosial, ekonomi, politik, perkahwinan,pendidikan, perniagaan, pengurusan dll.
SKOP SYARIAH
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
13/23
3) Hubungan Manusia dengan Alam
Alam dunia adalah alat atau medan ibadat, bukanmatlamat pencapaian manusia.
Alam diamanahkan oleh Allah kepada manusia untukmembina tamadun dan memakmurkannya.
Alam perlu diurus secara amanah, tanggungjawab dansyukur.
Alam merupakan bukti kewujudan dan keagunganAllah.
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
14/23
Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu sertaharus dilaksanakan peringkat individu iaitu perintahkhusus dalam konteks hubungan manusia dengan Allahseperti solat, puasa dll.
Pelaksanaan dalam bentuk kolektif atau secaraberjemaah seperti melakukan dakwah, jihad, amarmakruf & nahi mungkar dll.
Pelaksanaan yang menjadi kewajipan kepadapemerintah seperti melaksanakan hudud, qisas dantakzir.
PELAKSANAAN SYARIAH
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
15/23
Dikuatkuasakan oleh agensi-agensi penguatkuasaanundang-undang seperti polis, mahkamah dan penjara.
Kesedaran umat Islam tentang kewujudan Allah dan sifatAllah yang Maha Melihat dan keyakinan bahawa setiapperlakuan manusia direkodkan oleh malaikat yangmengiringinya.
Keyakinan dan kesedaran ini yang akan menjauhkan diriseseorang itu daripada melakukan perkara mungkar danmaksiat.
PENGUATKUASAAN SYARIAH
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
16/23
TAUHID Meyakini bahawa Allah hanya Tuhan yang wajib disembahdan dipatuhi segala suruhan dan laranganNya.
RUBUBIYAHAllah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbirmanusia dan alam seluruhnya.
KHILAFAHManusia sebagai pemegang amanah Allah dalam bidangpolitik, ekonomi, akhlak juga prinsip-prinsip pengaturanmasyarakat.
TAZKIYAH Pertumbuhan dan perkembangan ke arah kesempurnaanmelalui penyucian sikap dan hubungan.
AL-FALAHPembangunan yang dilakukan memenuhi maksud al-falah(kejayaan) di dunia dan di akhirat.
PENDEKATAN PEMBANGUNAN MENURUT ISLAM
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
17/23
PEMBANGUNAN UMMAH
INDIVIDU
MASYARAKAT
NEGARA
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
18/23
FIZIKAL
Pembangunanyg diperlukanoleh jasadmanusiamerangkumikediaman,kesihatan,
komunikasi,pengangkutandll.
PEMBANGUNAN INDIVIDU
KOGNITIF
Pengisianpelbagai
jenis ilmuspt ilmuagama(tauhid,feqah dll)dan ilmusosial (sains,geografi dll)
EMOSI
Kesihatanruhiyyah
merujukkepadakestabilanemosi,perwatakanserta nilaidan konsepdiri.
SPIRITUAL
Pengisianjiwa insan
denganperasaancintakanAllah danRasulmelahirkan
jiwa yangbertaqwa.
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
19/23
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Islam menuntut keadilan dan prinsip persamaan bagi semuamanusia. Ia menyeru ke arah kebajikan, kejiranan yang baik,kejujuran, pembelaan terhadap golongan miskin dan anak-anakyatim dll.
PEMBANGUNAN NEGARA
Hak-hak manusia dilindungi dengan adil oleh undang-undangtanpa mengira bangsa dan fahaman agama. Model pentadbirandan pemerintahan negara berdasarkan al-Quran dan praktikRasulullah SAW.
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
20/23
MENDIDIKMANUSIA
Menanamkan nilai-nilai Islam dalam diri serta mencarikeredhaan Allah SWT dan menyematkan kebencianterhadap perlakuan keji dan mungkar.
MEMELIHARA5 ASAS
Memelihara kesucian agama, pemikiran manusia (akal),
maruah dan kehormatan manusia, keselamatan tubuhbadan manusia dan harta benda.
MENEGAKKANKEADILAN
1) Perundangan Islam ialah sesuatu yang dapatdilaksanakan oleh manusia dan tidak menyusahkanmereka.
2) Pengharaman sesuatu yang boleh merosakkanakidah, syara, akhlak, akal, tubuh badan,keturunan dan harta benda.
3) Pelaksanaan syariah Islam dilakukan secaraberansur-ansur.
4) Wujud persamaan dalam mentaklifkan fardhu ain.
SYARIAT ISLAM SEBAGAI PEMACU PEMBANGUNANUMMAH
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
21/23
Syariah memelihara hak-hak manusia secara sah danmenegakkan keadilan di kalangan manusia serta pemilikan.
Syariah menetapkan peraturan-peraturan berkaitan
ibadah, munakahah, muamalah dan jinayah.
Syariah menetapkan kewajipan berjihad untukmempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Syariah Islam merupakan satu cara kehidupan yanglengkap dan menyeluruh.
Syariah sebagai panduan dan pembimbing manusia ke jalanyang benar.
KEPERLUAN MANUSIA KEPADA SYARIAH
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
22/23
PENGABAIANSYARIAT
ALLAH
-
7/29/2019 Chapter 3 ctu151
23/23
DISEDIAKANOLEH:
USTAZ MOHAMAD
ZAKI RAZALY