Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 40

Transcript of Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/40

    4541/2 KIMIA 2

    KIMIA 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas Chemistry 2 mengandungi tiga bahagian:

    Bahagian A Mengandungi enam soalan struktur di mana calon dikehendaki

    menjawab semua soalan tersebut.

    Bahagian B Mengandungi dua soalan esei respon tertutup di mana calon

    dikehendaki menjawab satu soalan.

    Bahagian C Mengandungi dua soalan esei respon terbuka di mana calon

    dikehendaki menjawab satu soalan.

    Calon diberi masa dua jam tiga puluh minit untuk menjawab ketiga-tiga bahagian

    tersebut.Kertas soalan merangkumi Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan 5. Item-item yang

    digubal berfokus kepada semua konstruk seperti pengetahuan kimia, pemaham-

    an, aplikasi, analisis, sintesis dan aplikasi praktikal dalam kehidupan seharian.

    Taburan tajuk mengikut soalan 2010 adalah seperti di bawah:

    Bahagian A

    Soalan 1 : Matter and Substances

    Soalan 2 : Salt

    Soalan 3 : Periodic Table

    Soalan 4 : Chemical Bonds and Atomic Structure

    Soalan 5 : Electrochemistry

    Soalan 6 : Acids, Bases & Salts

    Bahagian B

    Soalan 7 : Chemical Formula & Equation, Chemicals for Consumers

    Soalan 8 : Rate of Reaction

    Bahagian C

    Soalan 9 : Electrochemistry, Oxidation and Reduction

    Soalan 10 : Thermochemistry

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/40

    KIMIA 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI KESELURUHAN

    Pencapaian calon pada tahun ini adalah baik berbanding tahun lepas. Ke-

    banyakan calon dapat menjawab soalan dalam Bahagian A dengan betul. Mana-

    kala dalam bahagian B dan C, hanya calon daripada kumpulan pencapaian

    tertinggi atau sederhana dapat menjawab dengan baik. Prestasi keseluruhan pa-

    da tahun ini lebih menyeluruh kesannya di mana calon kumpulan sederhana juga

    menunjukkan peningkatan. Penggunaan bahasa Inggeris dalam menjawab soa-

    lan adalah memuaskan. Kebanyakan calon menggunakan bahasa Inggeris da-

    lam jawapan mereka. Terdapat juga calon yang menjawab dalam bahasa Ingger-

    is masih menggunakan beberapa perkataan dalam bahasa Melayu dalam hura-

    ian/penerangan mereka. Terdapat juga pusat di mana calon-calon menjawab

    dalam bahasa Melayu. Bagaimana pun, secara keseluruhannya kebanyakan

    calon di bandar dapat menjawab dalam bahasa Inggeris dengan baik.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Kumpulan Tinggi

    Calon kumpulan ini dapat menggunakan kemahiran berkomunikasi yang

    berkesan di mana mereka mempersembahkan jawapan mereka menggunakan

    ayat yang jelas dari segi tata bahasa, jadual bagi membandingkan dan

    membezakan sesuatu konsep serta gambar rajah yang berfungsi dan berlabel.

    Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, langkah-langkah pengiraan ditunjukkan

    dengan jelas dan menulis jawapan berserta unit yang betul. Calon juga

    berkeupayaan menulis persamaan kimia dengan betul dan seimbang.

    Kumpulan Sederhana

    Jawapan mereka ada kalanya terlalu panjang dan berulang-ulang tetapi tidak

    memenuhi kehendak tugasan. Dalam soalon esei, calon tidak dapat menyusun

    idea dan isi dengan sempurna dan kebanyakannya memilih untuk menjawab

    soalan 8 dan 9. Calon dalam kumpulan ini menguasai kemahiran dan

    pengetahuan kimia secara sederhana di mana mereka masih dapat melukis

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/40

    KIMIA 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    gambar rajah yang berfungsi tetapi gagal melabel bahagian rajah dengan

    lengkap. Calon juga dapat menunjukkan langkah pengiraan tetapi jawapan yang

    diberikan tidak beserta unit atau menulis unit yang salah. Mereka juga gagal

    memahami tugasan soalan dengan tepat. Sebagai contoh calon menulis formula

    bahan kimia sebagai jawapan bagi soalan yang meminta menamakan bahan.

    Calon dalam kumpulan ini juga masih lagi keliru tentang penggunaan istilah yang

    tepat misalnya tidak dapat membezakan antara atom, molekul dan ion dalam

    huraian jawapan mereka. Persamaan kimia yang diberi dalam jawapan tidak

    seimbang. Terdapat juga kes di mana calon memberi lebih dari satu jawapan

    kerana mereka tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Ini akan

    menyebabkan mereka kehilangan markah disebabkan jawapan yang

    bercanggah.

    Kumpulan Rendah

    Calon dalam kumpulan ini memberi jawapan yang lemah kerana mereka tidak

    memahami kehendak soalan. Kebanyakan calon kumpulan ini tidak menjawab

    soalan esei dengan lengkap atau langsung tidak menjawab soalan Bahagian B

    dan C. Mereka juga tidak dapat menulis persamaan kimia yang seimbang. Calon

    tidak menjawab soalan pada aras aplikasi dan hanya menjawab soalan pada

    aras pengetahuan sahaja. Jawapan yang diberikan oleh calon dalam kumpulan

    ini tidak dinyatakan secara terperinci seperti yang dikehendaki oleh soalan se-

    baliknya menulis apa yang diketahui sahaja yang tidak berkaitan dengan soalan.

    Kebanyakan calon memberi jawapan secara umum tanpa menggunakan istilah

    yang sempurna, kesalahan ejaan, gambarajah yang tidak berfungsi dan berlabel

    serta gagal menjawab soalan yang melibatkan pengiraan malah ada yang hanya

    meninggalkan tempat kosong.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/40

    KIMIA 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI TERPERINCI ( Berdasarkan Item)

    Soalan 1

    Calon kumpulan tinggi dapat menyatakan jenis zarah yang terdapat dalam air

    dengan betul. Calon kumpulan ini juga dapat menyatakan keadaan fizikal pada

    rajah yang berlabel Z serta menamakan proses apabila keadaan X bertukar ke

    Y. Mereka juga dapat menyatakan dengan jelas perubahan tenaga dan

    perubahan daya tarikan antara zarah-zarah dari keadaan fizikal X ke Y. Prestasi

    calon mengaplikasikan teori kinetik jirim dalam menerangkan situasi yang diberi

    dalam pecahan soalan (f) adalah tidak begitu tepat walau pun kebanyakan calon

    dapat menamakan proses resapan (diffusion) berlaku dalam situasi tersebut.

    Contoh jawapan calon yang hampir memenuhi tugasan soalan sepenuhnya

    adalah seperti di bawah.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/40

    KIMIA 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Bagi kumpulan sederhana dan rendah pula, sukar bagi calon menerangkan

    bahawa resapan melibatkan pergerakan zarah bergerak secara rawak (particles

    move randomly) dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan

    rendah (fromhigher concentration region to lower concentration region). Contoh

    jawapan yang tidak memberi respon yang betul kepada soalan (f) adalah seperti

    di bawah.

    Dalam menerangkan mengapa proses resapan (diffusion) berlaku, calon

    seharusnya menerangkan terdapatnya zarah yang bergerak rawak dari kawasan

    ketumpatan tinggi ke rendah.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/40

    KIMIA 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2

    Calon kumpulan tinggi dapat memberi respon yang tepat kepada kebanyakan

    pecahan soalan ini. Mereka dapat menamakan gas yang terhasil dan

    membezakan warna baki selepas pemanasan zink karbonat semasa panas dan

    sejuk. Kebolehan calon kumpulan ini menulis persamaan kimia yang seimbang

    adalah baik. Walau bagaimana pun, terdapat kes-kes di mana calon dalam

    kumpulan sederhana masih tidak dapat membezakan tindak balas yang

    melibatkan penguraian (decomposition) dan pembakaran (combustion) dalam

    menulis persamaan kimia. Mereka melakukan kesalahan dengan meletakkan

    gas oksigen, O2 sebagai bahan tindak balas.

    Calon kumpulan rendah gagal memberi respon yang tepat dalam menulis

    persamaan kimia disebabkan kegagalan mengenal pasti hasil serta menulis

    formula kimia yang betul bagi hasil yang terbentuk.

    Bagi pecahan soalan (d) yang melibatkan penggiraan isipadu gas yang terbebas,

    Calon kumpulan tinggi dapat menunjukkan langkah kerja dengan jelas dan

    memberi nilai isipadu beserta unit yang betul.

    Terdapat calon kumpulan sederhana yang dapat menghitung bilangan mol gas

    yang terbebas dengan betul tetapi gagal menghitung isipadu gas dengan tepat

    disebabkan kesalahan menulis unit bagi isipadu.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/40

    KIMIA 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon kumpulan rendah kebiasaannya masih lemah menggunakan perkaitan

    antara bilangan mol dengan isipadu. Malah terdapat kes di mana mereka tidak

    dapat menghitung bilangan mol (number of mole) apabila jisim sesuatu bahan

    diberikan.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/40

    KIMIA 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Bagi pecahan soalan (e), respon yang diberikan oleh Calon kumpulan tinggi

    adalah baik. Calon kumpulan ini dapat menyatakan bahan X serta menyatakan

    bilangan mol ion-ion (moles of ions) dalam satu mol zink klorida (zinc chloride)

    dengan tepat. Kemampuan mereka memberi respon kepada tugasan yang

    melibatkan mengenalpasti kation(cation) yang hadir dalam larutan zink klorida

    adalah baik. Manakala bagi kumpulan sederhana dan rendah, sebilangan calon

    tidak berupaya menginterpreitasi soalan dengan tepat terutamanya pada

    tugasan (e)(ii). Ada calon yang memberi respon one sebagai jawapannya dan

    ada yang mengaitkannya dengan nombor Avogadro dan menulis jawapan

    sebagai 6.02 X 1023 .

    Soalan 3

    Calon kumpulan tinggi dapat menamakan unsur, menyatakan kumpulan dan ka-

    la, menulis persamaan kimia seimbang dengan betul dan menerangkan unsur

    yang lebih elektronegatif dengan tepat. Namun, penerangan bagi mengapa gas

    argon adalah monoatom tidak menepati kehendak tugasan. Calon kumpulan

    prestasi sederhana dan rendah tidak memberi nama logam sebaliknya memberi

    formula. Kedua-dua kumpulan ini tidak dapat menulis formula hasil tindakbalas

    yang betul. Persamaan kimia bagi bahagian (c)(i) tidak seimbang. Penerangan

    bagi sebab gas argon adalah monoatom tiada kaitan.

    Contoh: Untuk soalan 3(b)(ii), jawapan yang diberikan tidak menepati tugasan.

    Contoh jawapan calon yang tidak memenuhi tugasan 3(b)(ii) ialah seperti di

    bawah:-

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/40

    KIMIA 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Untuk soalan 3(c)(i), menulis persamaan kimia antara natrium dan oksigen untuk

    membentuk natrium oksida, kesalahan umum calon kumpulan prestasi seder-

    hana dan rendah ialah :

    Persamaan kimia tidak seimbang

    Kesalahan menulis formula bahan atau formula hasil tindakbalas dan

    mengimbangkan persamaan kimia

    Bagi soalan 3(d), Calon kumpulan tinggi dapat menerangkan kenapa klorin lebih

    elektronegatif daripada natrium.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/40

    KIMIA 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Ada calon dalam kumpulan prestasi sederhana dan rendah memberi respon

    yang tidak tepat kerana menamakan natrium sebagai logam yang lebih elektro-

    negatif daripada klorin.

    Terdapat juga calon yang menyatakan bahawa klorin lebih mudah menerima el-

    ektron untuk membentuk ion positif; sepatutnya ion negatif.

    Soalan 4

    Untuk soalan 4(a)(i), hampir semua calon dapat menulis susunan elektron atom

    Y dengan tepat tetapi kebanyakan calon daripada ketiga-tiga peringkat tidak

    dapat menulis susunan elektron yang betul bagi ion atom Z.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/40

    KIMIA 2 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Respon kebanyakan calon tidak menepati tugasan. Kehendak soalan ialah

    susunan elektron bagi ion atom Z tetapi calon menulis formula bagi ion atom Z

    iaitu Z-.

    Bagi soalan 4(a)(ii), calon-Calon kumpulan tinggi menulis formula sebatian yang

    terbentuk dengan betul.Terdapat calon daripada kumpulan prestasi sederhana

    dan rendah yang tidak mahir menulis formula sebatian yang terbentuk antara

    unsur Y dan Z dengan betul.

    Terdapat calon yang menulis formula sebatian yang dikehendaki dalam bentuk

    persamaan ion.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/40

    KIMIA 2 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Bagi soalan 4(a)(iii), kebanyakan calon daripada semua peringkat dapat menya-

    takan sifat fizikal bagi sebatian kovalen dengan tepat. Kesalahan umum yang

    dilakukan oleh calon ialah:-

    Respone terhadap tugasan kurang tepat disebabkan terdapat percanggahan

    kepada jawapan-jawapan yang disediakan oleh calon. Hal ini berlaku apabila

    calon memberi lebih daripada dua jawapan.

    Untuk soalan 4(a)(iv), calon-calon dapat melukis gambarajah susunan elektron

    bagi sebatian XZ4 dengan betul.Namun, masih terdapat calon-calon yang mem-

    buat kesilapan seperti berikut:-

    Terdapat calon yang melukis sruktur Lewis bagi sebatian XZ4.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/40

    KIMIA 2 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Lukisan calon tidak menunjukkan perkongsian elektron yang betul antara X dan

    Z.

    Bagi soalan 4(b)(i), hampir semua Calon kumpulan tinggi dapat menyatakan

    keadaan fizikal bagi sebatian U dan V dengan tepat. Sebahagian besar calon da-

    ripada kumpulan sederhana dan rendah tidak mahir menyatakan sifat fizikal se-

    batian U dan V berdasarkan maklumat tentang takat lebur, takat didih dan

    keterlarutan dalam air dan pelarut organik yang melibatkan fahaman dan ana-

    lisis.

    Terdapat calon yang menyatakan keadaan fizikal yang salah kerana tidak mahir

    menganalisis data.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/40

    KIMIA 2 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Ada calon yang menyatakan sifat fizik (physical property) bagi sebatian U dan V

    sebaliknya kehendak soalan ialah keadaan fizik (physical state).

    Bagi soalan 4(b)(ii), sebahagian besar calon daripada semua peringkat dapat

    menyatakan jenis sebatian bagi U dengan betul. Kesilapan umum yang dikesan

    daripada kumpulan prestasi rendah ialah calon memberi ikatan ion (ionic bond)

    sebagai respon sebaliknya kehendak soalan ialah jenis sebatian.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/40

    KIMIA 2 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5

    Calon memerlukan pengetahuan yang baik dan tepat bagi menjawab soalan

    tajuk elektrokimia. Calon perlu membezakan dengan tepat proses yang berlaku

    dalam sel kimia (chemical cell) dan sel elektrokimia (electrolytic cell).

    Soalan 5 (a). Secara keseluruhan calon dapat memberi respon yang tepat bagi

    warna larutan kuprum (II) sulfat. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh larutan

    tersebut di gunakan dalam beberapa eksperimen dalam makmal.

    Soalan 5 (b). Calon dapat menyatakan anion yang tepat. Walaubagaimanapunterdapat calon yang tidak membaca soalan dengan teliti dan menyebabkan calon

    memberikan semua ion (anion dan kation) yang terdapat dalam kuprum (II) sul-

    fat.

    Soalan 5 (c). Respon calon terhadap pecahan soalan ini sangat baik. Jawapan

    yang diberikan sangat tepat.

    Soalan 5 (d). Hanya calon dari prestasi tinggi sahaja yang dapat menuliskan

    setengah persamaan (half equation) dengan betul dan seimbang.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/40

    KIMIA 2 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Antara kesalahan umum yang dilakukan oleh calon dari kumpulan sederhana

    dan rendah dalam tugasan ini ialah

    Tidak dapat menyeimbangkan persamaan

    Tidak dapat menyatakan hasil-hasil yang terbentuk apabila ion hidroksida

    didiscas.

    Tidak dapat mengenalpasti ion yang dipilih untuk di discas semasa el-

    ektrolisis kuprum (II) sulfat.

    Soalan 5 (e)(i). Calon dapat menentukan elektrod anod tetapi tidak dapat men-

    erangkan dengan baik mengapa elektrod adalah anod. Calon tidak dapat men-

    erangkan pengoksidaan berlaku di anod.

    Terdapat calon yang keliru dengan penandaan terminal pada kedua sel P dan Q.

    Soalan 5 (e)(ii). Terdapat calon yang mejawab pemerhatian yang berlaku pada

    elektrod bukannya pada elektrolit. Calon ini tidak membaca soalan dengan te-

    pat.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/40

    KIMIA 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5 (e)(iii). Calon dapat menghuraikan ujian kimia yang digunakan untuk

    mengenalpasti gas yang dihasilkan di katod. Kegagalan calon menyatakan

    kaedah, menamakan reagen yang sesuai dan membuat pemerhatian yang betul

    menyebabkan calon memberi respon yang kurang tepat kepada tugasan yang

    diminta.

    Soalan 6

    Soalan 6 (a)(i). Respon calon kurang tepat disebabkan mereka tidak dapat

    membezakan proses dengan jenis tindak balas..

    Soalan 6 (a)(ii). Calon dapat menuliskan formula bagi bahan tindak balas dan

    hasil tindak balas tetapi gagal mengimbangkannya. Terdapat juga calon menulis

    formula natrium klorida sebagai NaCl2.

    Soalan 6 (a)(iii). Jawapan calon untuk soalan ini adalah memuaskan kerana

    pelajar tahu perubahan warna yang berlaku adalah dari merah jambu kepada

    tidak berwarna.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/40

    KIMIA 2 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 6 (a)(iv). Calon kumpulan tinggi dapat menghitung bilangan bagi larutan

    natrium hidroksida dan seterusnya menghitung kepekatan asid hidroklorik..

    Calon dari kumpulan berprestasi sederhana gagal memberi respon yang tepat

    disebabkan kesilapan kecil seperti perhitungan mol yang salah dan kesalahan

    unit.

    Soalan 6(b). Kumpulan prestasi sederhana dapat mengenalpasti satu asid ada-

    lah monoprotik (monoprotic) dan satu lagi adalah diprotik (diprotic) berdasarkan

    isipadu asid yang diberi. Terdapat juga calon yang tidak dapat membezakan

    kebesan (basicity) asid yang digunakan dan memberi jawapan asid yang

    mempunyai kebesan yang sama seperti HCl dan HNO3.

    Soalan 6(c). Calon dari kumpulan prestasi tinggi dapat memberikan ujian

    pengesahan dengan tepat dengan menyatakan kaedah dan pemerhatian yang

    betul dan menghuraikan ujian pengesahan dengan tepat.

    Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon termasuklah menggunakan isipadu

    yang tidak sesuai (20 cm3 of volume) , alatan yang tidak betul, pemerhatian yang

    salah (tidak menyebut warna), tidak menyebut larutan untuk barium klorida,

    tidak memberi kaedah (add barium chloride solution) dan menggunakan reagen

    yang salah (lead (II) nitrate solution).

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/40

    KIMIA 2 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 7

    Soalan 7(a) dapat dijawab dengan baik oleh hampir keseluruhan Calon

    kumpulan tinggi yang memilih soalan ini. Respon yang diberikan adalah tepat

    kepada tugasan soalan. Kebanyakkan calon menyelesaikan tugasan

    bahagian (a)(i) dengan cara membina jadual serta menunjukkan langkah

    yang jelas pada jadual sehingga kepada jawapan yang akhir.

    Bagi kumpulan sederhana, terdapat segelintir calon yang cuba merumitkan

    kaedah penentuan formula empirik dengan cara menghitung jisim setiap

    unsur berdasarkan peratus komposisi yang diberi. Ini menyebabkan mereka

    tertinggal beberapa langkah yang perlu ditunjukkan. Calon kumpulan rendah

    pula gagal menunjukkan langkah-langkah penentuan yang teratur yang

    menyebabkan formula empirik yang ditentukan tidak tepat. Terdapat juga kes

    daripada kumpulan ini yang tidak dapat membundarkan nisbah teringkas

    (simplest ratio) bilangan mol dengan betul menyebabkan kegagalan menulis

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/40

    KIMIA 2 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    formula empirik yang tepat. Misalnya nisbah teringkas carbon : hidrogen ialah

    1 : 2.5 dibundarkan sebagai 1 : 2 atau 1 : 3 (sepatutnya 2 : 5)

    Bagi tugasan soalan (a)(ii), kebanyakan calon yang berjaya memberi respon

    yang betul kepada formula molekul hidrokarbon X dapat melukis dan

    menamakan isomer bagi hidrokarbon X dengan tepat.

    Terdapat juga calon yang tidak dapat melukis dua formula struktur yang ber-

    beza sebaliknya melukis formula struktur yang sama. Misalnya calon

    beranggapan kedua-dua formula struktur di bawah adalah berbeza.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/40

    KIMIA 2 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Bagi calon kumpulan rendah, kegagalan mereka menentukan formula empirik

    dan formula molekul yang betul bagi hidrokarbon X menyebabkan mereka

    memberi respon yang salah kepada tugasan yang menghendaki mereka

    melukis formula struktur isomer hidrokarbon X . Calon melukis formula

    struktur yang tidak berkait dengan hidrokarbon X atau melukis formula

    struktur dengan ikatan antara C dan H yang tidak lengkap. Calon kumpulan

    ini juga tidak dapat menamakan isomer dengan betul bagi formula struktur

    yang dilukis.

    Bagi tugasan (b), mutu jawapan calon adalah di tahap sederhana sahaja.

    Kebanyakan calon yang menjawab soalan ini gagal menganalisis maklumat

    yang diberikan pada stimulus untuk digunakan semasa menjawab tugasanyang diberikan. Tugasan (b)(i) mengkehendaki calon menamakan dan

    mengenal pasti jenis bahan tambah makanan serta fungsinya berdasarkan

    maklumat pada label bungkusan. Segelintir calon dari kumpulan prestasi

    tinggi dan kebanyakan calon sederhana cenderung untuk menjawab secara

    mengingat kembali (recall) tanpa membuat analisis kepada maklumat yang

    disediakan. Kesannya mereka cenderung memberi pelbagai jawapan

    berdasarkan pengetahuan calon. Calon kumpulan rendah gagal memahami

    tugasan dengan baik yang menyebabkan respon yang diberikan tidak tepat.

    Kebanyakan Calon kumpulan tinggi dan sederhana dapat menyatakan kesan

    pengambilan bahan tambah makanan Q secara berlebihan dalam tempoh

    masa yang lama manakala calon dari kumpulan rendah hanya menyatakan

    kesan yang tidak releven dengan tugasan soalan.

    Contoh jawapan bagi tugasan (b) yang dijawab oleh Calon kumpulan tinggi

    adalah seperti di bawah. Calon telah berjaya memberi respon yang lengkap

    berdasarkan tugasan yang dinyatakan.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/40

    KIMIA 2 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon kumpulan ini dapat menamakan, mengenal pasti serta menyatakan fungsi

    bahan tambah makanan P, Q dan R dengan jelas. Mereka juga dapat

    menyatakan dengan tepat kesan pengambilan bahan tambah makanan Q secara

    berlebihan.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    23/40

    KIMIA 2 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Bagi kumpulan calon sederhana, calon tidak dapat menamakan serta

    mengenal pasti jenis kesemua bahan tambah makanan dengan tepat. Calon

    juga gagal menyatakan kesan pengambilan berlebihan bahan tambah

    makanan Q.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    24/40

    KIMIA 2 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon kumpulan rendah pula hanya memberi respon secara umum dan tidak

    memenuhi kehendak tugasan. Terdapat calon yang meninggalkan ruang kosong

    bagi jawapan yang tidak diketahui. Kesannya terdapat jawapan yang tergantung

    dari struktur ayatnya.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    25/40

    KIMIA 2 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Esei Soalan 8

    Respon yang diberikan oleh calon-calon dalam kumpulan prestasi tinggi agak

    baik. Mereka memahami tugasan ini dan dapat menjawab setiap bahagian

    dengan betul. Walau sebagaimanapun, calon-calon dari kumpulan sederhana

    dan rendah tidak memahami kehendak soalan. Mereka tidak mahir mentafsir

    dan mengolah data daripada jadual. Respon calon daripada kumpulan ini untuk

    soalan yang memerlukan kemahiran menganalisis dan mengaplikasi agak ku-

    rang menyerlah. Antara kelemahan dan kesilapan yang dikesan ialah:-

    Bagi soalan 8(a)(i), ramai calon menyatakan maksud kadar tindakbalas secara

    umum padahal khendak soalan adalah dengan merujuk kepada eksperimen I,IIdan III.

    Terdapat calon yang memberi lebih daripada dua faktor yang mempengaruhi ka-

    dar tindakbalas di mana faktor-faktor tambahan yang salah menyebabkan respon

    terhadap tugasan soalan kurang tepat.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    26/40

    KIMIA 2 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat calon yang memberi faktor yang mempengaruhi kadar tindakbalas

    yang tidak lengkap. Contohnya, kepekatan (concentration); sebaliknya jawapan

    yang lengkap ialah kepekatan ion hidrogen (concentrat ion of hy drogen ions).

    Untuk soalan 8(a)(ii), majoriti calon dapat menulis persamaan kimia yang seim-bang antara zink dan asid hidroklorik dengan betul. Calon-calon yang menjawab

    soalan 8(b) menunjukkan kemahiran menghitung bilangan mol asid hidroklorik

    dengan tepat. Kelalaian calon dalam penghitungan menyebabkan jawapan akhir

    kepada tugasan tidak tepat. Antaranya ialah:-

    Penghitungan mol bagi asid hidroklorik betul tetapi jawapan akhir salah.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    27/40

    KIMIA 2 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Unit bagi isipadu gas yang diberi oleh calon tidak betul.

    Bagi soalan 8(c)(i), calon-calon dalam semua peringkat dapat menyatakan ka-

    dar tindakbalas eksperimen II lebih tinggi daripada eksperimen I tetapi pen-

    erangan yang diberi tidak lengkap dan tidak berdasarkan Teori Perlanggaran.

    Antara kelemahan calon ialah :-

    Menyatakan kepekatan hidrogen; sepatutnya yang betul ialah kepekatan ion hi-

    drogen. Frekuensi perlanggaran antara zarah secara spesifik tidak dinyatakan.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    28/40

    KIMIA 2 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Tidak memberi penerangan yang lengkap berdasarkan Teori Perlanggaran.

    Contoh kesalahan calon: Frekuensi efektif bertambah; sepatutnya frekuensi per-

    langgaran effektif bertambah.

    Bagi soalan 8(c)(ii), cara yang sepatutnya dicadangkan untuk memperoleh

    lengkung III ialah dengan menggunakan mangkin. Ramai calon pula men-

    cadangkan tekanan. Faktor yang tidak berkaitan ini menyebabkan respon ter-

    hadapntugasan yang diberikan kurang tepat.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    29/40

    KIMIA 2 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat calon yang memberi suhu sebagai cadangan caranya padahal dalam

    soalan jelas dinyatakan tanpa mengubah zink, asid atau suhu dalam eksperimen

    II. Kelalaian calon yang tidak menghalusi soalan dengan cermat ini menyebab-

    kan respon yang diberikan kurang tepat..

    Bagi soalan 8(c)(iii), ramai calon dapat menyatakan asid sulfurik sebagai asiddiprotik tetapi penerangan calon bagi mengapa jumlah isipadu gas hidrogen

    adalah dua kali ganda bagi eksperimen II tidak tepat. Jawapan yang betul ialah

    kepekatan ion hidrogen bagi asid sulfurik adalah dua kali ganda. Kesilapan

    umum calon:-

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    30/40

    KIMIA 2 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 9

    Soalan 9(a)(i). Secara keseluruhan calon dapat mecadangkan kation yang betul.

    Walaubagaimanapun terdapat juga calon yang tidak mencadangkan kation Cu2+

    tetapi terus menulis persamaan setengah bagi tindak balas dikatod.

    Soalan 9(a)(ii). Calon juga dapat menyatakan jenis tindak balas yang berlaku di

    katod, iaitu penurunan (reduction) tetapi terdapat juga calon yang memberikan

    jawapan sebagai redoks (redox).

    Soalan 9(b). Calon dapat mencadangkan anion yang betul iaitu OH-, Cl

    -, NO3

    -, I

    -

    , Br dan sebagainya tetapi kombinasi jawapan 9(a)(i) dan 9(a)(ii) akan mem-

    berikan dua kesilapan yang kerap ditemui iaitu,

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    31/40

    KIMIA 2 31 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Sebatian yang terbentuk dari kombinasi akan menghasilkan garam yang

    tak larut dalam air seperti PbCl2, AgBr, PbI2. Garam-garam ini tidak boleh

    membentuk elektrolit semasa elektrolisis.

    Calon yang mencadangkan ion halida (iaitu Cl -,Br - atau I -), dinyatakan

    hasil di anod adalah gas oksigen. Sepatutnya hasil yang terbentuk ialah

    halogen yang sepadan sebab ada dinyatakan dalam soalan kepekatan

    larutan ialah 1.0 mol dm 3 .

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    32/40

    KIMIA 2 32 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 9(c). Secara keseluruhan calon dapat memberi respon yang tepat dalam

    tugasan yang diberikan. Calon dapat menyenaraikan alat radas, bahan kimia,

    kaedah eksperimen dan melukiskan rajah yang berlabel dengan betul.

    Sebilangan calon membuat kesilapan-kesilapan kecil seperti di bawah tetapi ian-

    ya memberikan impak yang besar kepada proses elektrolisis. Contohnya

    Sudu besi dan kepingan argentum disambungkan pada terminal yang sa-

    lah.

    Kesilapan memilih elektrolit yang tidak larut dalam air.

    Tidak menggunakan bateri semasa melakukan penyaduran sudu besi.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    33/40

    KIMIA 2 33 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 10

    Secara keseluruhan, calon yang menjawab soalan ini berupaya memberi respon

    yang betul kepada beberapa pecahan soalan yang terdapat dalam soalan ini.

    Bagi pecahan soalan (a)(i) hampir keseluruhan Calon kumpulan tinggi berupaya

    memberi respon yang tepat dengan memberi contoh asid P dan asid Q yang

    betul. Terdapat calon kumpulan sederhana dan rendah yang gagal memberi

    contoh asid P dan Q yang betul disebabkan tidak dapat menghubung kaitkan

    nilai haba peneutralan dengan kekuatan asid. Terdapat calon yang memberi

    contoh P sebagai asid monoprotik yang kuat misalnya asid hidroklorik dan Q

    sebagai asid diprotik yang kuat misalnya asid sulfurik sedangkan dalam tugasan

    soalan jelas dinyatakan dua asid monoprotik yang berlainan.

    Untuk pecahan soalan (a)(ii), kebanyakan Calon kumpulan tinggi dapat

    menyatakan Q ialah asid kuat dan P ialah asid lemah serta dapat menerangkan

    kenapa terdapat perbezaan pada nilai haba peneutralan. Calon kumpulan

    sederhana dapat menyatakan Q ialah asid kuat dan P ialah asid lemah tetapi

    penerangan mengapa terdapat perbezaan nilai haba peneutralan tidak dapat

    diberi dengan jelas atau tiada penerangan . Manakala calon kumpulan rendah

    kebanyakannya gagal memberi respon yang tepat untuk tugasan ini. Contoh

    jawapan Calon kumpulan tinggi adalah seperti di bawah.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    34/40

    KIMIA 2 34 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Untuk pecahan soalan (b), Calon kumpulan tinggi dapat menghitung perubahan

    suhu dengan tepat beserta unit yang betul. Langkah-langkah pengiraan

    merangkumi bilangan mol, jisim larutan, haba yang dibebaskan semasa

    eksperimen dan perubahan suhu ditunjukkan dengan jelas dan teratur. Bagi

    calon kumpulan sederhana, terdapat beberapa kesalahan pengiraan yangmelibatkan langkah perhitungan jisim larutan dan haba yang terbebas. Ini

    menyebabkan jawapan akhir (perubahan suhu) yang diperoleh tidak tepat.

    Kebanyakan calon kumpulan rendah gagal memberi respon yang tepat untuk

    pecahan soalan ini walaupun terdapat juga calon kumpulan ini yang berjaya

    menghitung bilangan mol larutan bahan tindak balas. Calon kumpulan ini gagal

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    35/40

    KIMIA 2 35 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    memahami langkah yang diperlukan untuk menghitung perubahan suhu yang

    berlaku. Contoh jawapan calon prestasi tinggi adalah seperti di bawah.

    Calon kumpulan tinggi dapat memberi respon kepada pecahan soalan (c)

    dengan baik. Hampir keseluruhan calon mampu menghuraikan prosedur

    eksperimen dan menunjukkan kaedah perhitungan haba peneutralan dengan

    jelas dalam jawapan mereka walaupun terdapat juga calon dalam kumpulan ini

    yang gagal menunjukkan langkah penghitungan yang tepat. Radas yang

    diperlukan untuk menjalankan eksperimen ini dinyatakan dalam huraian. Kuantiti

    larutan natrium hidroksida (sodium hydroxide) dan asid P/Q serta kepekatan

    yang sesuai turut dinyatakan dalam prosedur eksperimen.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    36/40

    KIMIA 2 36 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh jawapan calon kumpulan ini adalah seperti di bawah.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    37/40

    KIMIA 2 37 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Bagi calon kumpulan sederhana dan rendah, terdapat kesalahan umum semasa

    menghuraikan prosedur eksperimen seperti tidak menyatakan isipadu dan

    kepekatan bagi larutan natrium hidroksida (sodium hydroxide) dan asid P/Q.

    Langkah penghitungan yang ditunjukkan kurang kemas di mana terdapat

    kesalahan penghitungan yang melibatkan penentuan haba yang dibebaskan, H

    serta penggunaan unit yang salah.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    38/40

    KIMIA 2 38 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh jawapan calon kumpulan ini adalah seperti di bawah.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    39/40

    KIMIA 2 39 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON :

    1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak tugasan.

    2. Mesti merancang sebelum menulis jawapan untuk memastikan jawapan

    adalah betul, tepat dan persis termasuk penggunaan istilah yang tepat.

    3. Jawapan mestilah mengandungi fakta yang tepat dan persis untuk

    mengelakkan salah faham dan salah tafsir.

    4. Mestilah menguasai semua konsep asas kimia terutamanya konsep mol dan

    Jadual Berkala Unsur.

    5. Selalu membuat latihan berkaitan melukis rajah yang berfungsi dan

    melabelkan dengan lengkap.

    6. Memahami soalan dengan teliti samada jawapan perlu menggunakan

    formula atau nama bahan kimia.

    7. Tuliskan unit yang betul apabila menyelesaikan masalah pengiraan.

    8. Mengingati symbol kimia bagi memudahkan menulis persamaan kimia yang

    seimbang.

    9. Dapat membezakan antara atom , ion dan molekul.

    10. Boleh membezakan antara siri elektrokimia dengan siri kereaktifan.

    11. Menggunakan bahasa, istilah saintifik dan tata bahasa yang betul apabila

    menjawab soalan.

  • 7/27/2019 Chemistry K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    40/40

    SARANAN KEPADA GURU :

    1. Pengajaran dan pembelajaran mesti merangkumi semua tajuk.

    2. Memberi latihan selepas mengajar setiap tajuk untuk meningkatkan

    pembelajaran.

    3. Mengajar dan membimbing pelajar bagaimana melukis rajah yang berfungsi

    dan berlabel; bukannya meminta calon menyalin dari buku teks.

    4. Sentiasa memberi pelajar tugasan yang melibatkan soalan pelbagai aras

    kesukaran.

    5. Bimbing calon untuk memahami tugasan soalan dan bagimana menulis

    jawapan yang baik.

    6. Dedahkan calon kepada teknik menulis jawapan esei yang baik.

    7. Guru perlu memastikan calon dapat memahami penggunaan bahan kimia

    dalam kehidupan seharian kerana ada soalan yang berkaitan penggunaan

    bahan kimia dalam kehidupan seharian.

    8. Gunakan istilah yang betul dan tepat serta maksud sesuatu konsep dengan

    jelas.

    9. Sentiasa menggalakkan pelajar menggunakan bahasa serta tata bahasa

    yang betul.

    10. Pastikan pengajaran dan pembelajaran mencakupi semua bab tingkatan 4dan 5 terutamanya bab 9 (tingkatan 4) dan bab 5 (tingkatan 5)