Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 12

Transcript of Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/12

    4541/3 KIMIA 3

    KIMIA 3 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kimia Kertas 3 (4541/3) adalah dalam dwibahasa. Setiap soalan di kemukakan

    dalam Bahasa Inggeris dan mendahului soalan yang sepadan dalam bahasaMelayu. Calon dibenarkan menjawab keseluruhan atau sebahagian soalan samaada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

    Kertas ini mengandungi tiga soalan dan semuanya mesti dijawab. Soalan 1 dan 2berbentuk struktur manakala soalan 3 berbentuk perancangan satu eksperimen.

    Soalan 1: Soalan ini mengandungi 8 ceraian. Setiap ceraian menguji satu aspekkemahiran proses sains.

    Soalan 2 Soalan ini mengandungi 3 ceraian. Setiap ceraian menguji satu aspek

    kemahiran proses sains.

    Soalan 3: Soalan ini memerlukan perancangan dalam 6 aspek kemahiran prosessains seperti yang disenaraikan.

    Calon diberi masa 1 jam 30 minit untuk menjawab kesemua tiga soalan tersebut.Penskoran setiap aspek dibuat secara analitikal berdasarkan rubrik pada 3 aras.

    Arahan dan maklumat yang jelas diberikan pada muka surat hadapan dan belakang.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Pada keseluruhannya, prestasi calon bagi kertas ini adalah lebih tinggi daripadatahun sudah dengan kebanyakan calon menunjukkan tahap penguasaan kemahiranproses sains yang tinggi. Terdapat sebilangan kecil calon yang memberi jawapanhampir menepati semua kehendak soalan. Namun begitu ada sekumpulan kecilcalon yang lemah dalam penguasaan kemahiran proses sains dengan memberijawapan yang kerap tersasar daripada kehendak soalan.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Calon Dalam Kumpulan Tinggi

    Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab ketiga-tiga soalan dengan cemerlang.Respons calon adalah tepat dan bermutu tinggi seperti mana kehendak soalan.Calon dalam kumpulan ini juga dapat memberi respons tepat dengan tahapkemahiran proses sains yang tinggi. Jawapan calon adalah kemas dan teratur.

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 20102

    Calon Dalam Kumpulan Sederhana

    Calon dapat menguasai sesetengah aspek dalam kemahiran proses sains. Jawapancalon kurang tepat dalam beberapa aspek yang lain. Kadangkala calonmenggunakan istilah yang tidak tepat.

    Calon Dalam Kumpulan Rendah

    Calon tidak dapat menguasai hampir semua aspek dalam kemahiran proses sains.Jawapan calon dalam dalam kebanyakan aspek cuma pada peringkat idea. Adajuga calon yang samada tidak menjawab beberapa soalan atau memberi responsyang tidak relevan kepada tugasan.

    PRESTASI TERPERINCI

    Soalan 1(a) [KK0503 Mengukur dan menggunakan nombor]

    Hampir semua calon memberi jawapan tepat.

    Soalan 1(b) [KK0501 Memerhati]

    Sebahagian calon dapat membandingkan kereaktifan kesemua logam terhadap air.Penggunaan istilah yang kurang tepat kerap ditemui.

    Calon harus sebut fumes, bukan soot.

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 20103

    Tiada api dalam gambar rajah. Jadi burn tidak tepat digunakan.

    Perbandingan dengan tertib kereaktifan yang salah

    Soalan 1(c) [KK0504 Membuat inferens]

    Prestasi calon adalah dalam tahap sederhana. Ramai calon dapat memberi duainferens sahaja.

    Ada dua inferens sahaja

    Ada juga calon yang tidak memberi inferens tetapi menyatakan pemerhatian ataumenerangkan sebab mengapa kalium paling reaktif.

    Menyatakan pemerhatian

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 20104

    Pembolehubah bergerak balas

    Menerangkan kereaktifan

    Soalan 1(d) [KK0511 Membuat hipotesis]

    Sebilangan besar calon dapat memberi hipotesis yang betul. Walaubagaimanapun,masih terdapat sekumpulan calon yang menyebut hipotesis kurang tepat iaitudengan menyatakan pembolehubah bergerak balas terlebih dahulu.Ada juga calon yang merujuk kepada kereaktifan logam terhadap oksigen.

    Merujuk kepada kereaktifan terhadap oksigen

    Hipotesis kurang tepat. Pembolehubah bergerak balas disebut dahulu

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 20105

    Soalan 1(e) [KK0509 Memberi definisi secara operasi]

    Jawapan calon kurang memuaskan. Calon gagal menyatakan maksud kereaktifansecara operasi.

    Menyatakan kereaktifan secara konsep.

    Menyatakan kereaktifan secara operasi

    Soalan 1(f) (i) [KK0506 Berkomunikasi]Sebahagian besar calon dapat menyusun ketiga-tiga logam mengikut tertib yangbetul.

    Soalan 1(f) (ii) [KK0508 Mentafsir]

    Prestasi calon adalah dalam tahap sederhana. Kebanyakan calon dapat memberisatu atau dua fakta sahaja bagi menerangkan tertib kereaktifan.

    Menyatakan dua fakta sahaja. Tarikan nukleus ke atas elektron valens tidak disebut.

    menerangkan kereaktifan

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 20106

    Soalan 1 (g) [KK0505 Meramal]

    Kebanyakan calon dapat meramalkan tiga pemerhatian dengan betul.

    Dua pemerhatian betul

    Soalan 2 (a) [KK0510 Mengawal pembolehubah]

    Tidak ramai calon dapat memberi ketiga-tiga pembolehubah dengan betul.

    Pembolehubah dimanipulasi salah. Sepatutnya Type of solvent

    Tidak menyatakan apa yang diperhatikan.

    Asid etanoik glasial dimalarkan dan bukan kepekatannya.

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 20107

    Soalan 2 (b) [KK0507 Menghubungkan ruang dan masa]

    Sebilangan besar calon dapat memberi lakaran yang tepat. Kesilapan yang biasadijumpa ialah graf garis lurus atau paksi tidak dilabel penuh.

    Memberi graf garis lurus.

    Unit tidak dinyatakan pada yang dilabel.

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 20108

    Soalan 2 (c) [KK0502 Mengelas]

    Tidak begitu ramai calon memberi pengkelasan yang betul. Ramai calon menyenaraidua asid bagi setiap kelas.

    Asid hidroklorik salah dikelaskan.

    Soalan 3 (a) [KK051201 Menyatakan tujuan]

    Prestasi calon sangat baik. Ini menunjukkan hampir kesemua calon dapatmenguasai aspek ini.

    Soalan 3 (b) [KK051202 Menyatakan pembolehubah]

    Keseluruhan prestasi calon adalah baik. Kesilapan calon biasanya disebabkan olehpernyataan pembolehubah dimanipulasi dan dimalarkan yang kurang tepat atausalah.

    Asid sulfurik tidak dimanipulasi

    Pembolehubah dimalarkan kurang tepat. Sepatutnya kepekatan asid sulfurik.

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 20109

    pembolehubah bergerak balas

    Soalan 3 (c) [KK051202 Menyatakan hipotesis]

    Prestasi calon adalah baik. Calon dapat menghubungkan pembolehubahdimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dengan betul. Kesilapan yang biasa

    berlaku adalah calon menyatakan pembolehubah bergerak balas terlebih dahulu.

    Menyatakan pembolehubah bergerak balas terlebih dahulu.

    Menggunakan istilah kurang tepat.

    Soalan 3 (d) [KK051203 Senarai bahan dan radas]

    Prestasi calon adalah sederhana. Kebanyakan calon gagal menyenaraikan kesemuabahan dan radas yang diperlukan.

    Tiada jam randik dan silinder penyukat

    Kepekatan asid tidak dinyatakan

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 201010

    Soalan 3 (e) [KK051203 Prosedur eksperimen]

    Tidak ramai calon dapat memberi kesemua langkah eksperimen yang lengkap.Kelemahan yang kerap ditemui adalah:

    Buret berisi air ditelangkupkan dalam basin berisi air dan bacaan awal buret

    direkodkan tidak dinyatakan.

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 201011

    Isipadu asid dan kuprum (II) sulfat melebihi muatan bekas yang digunakan. Tidakmenyatakan jam randik dimulakan.

    Soalan 3 (f) [KK051203 Penjadualan Data]

    Ramai calon tidak menguasai sepenuhnya dalam aspek ini. Kesilapan biasa adalahtidak menyatakan tajuk iaitu isipadu gas dalam cm3 atau masa dalam saat atauminit.

    Tajuk terlalu umum.

  • 7/27/2019 Chemistry K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/12

    KIMIA 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 201012

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Mempertingkatkan penguasaan pengetahuan kimia.2. Mempertingkatkan teknik menjawab seperti kehendak soalan:

    3. Jawapan hendaklah ringkas tetapi tepat dan memenuhi kehendak soalan.4. Baca soalan dengan teliti serta fahami kata tugas yang terdapat dalamnya

    sebelum menjawab.5. Mempertingkatkan penguasaan bahasa (BM atau BI) supaya penyampaian

    lebih jelas dan teratur.6. Persembahan jawapan hendaklah sistematik7. Amalkan cara membuat laporan amali dengan betul serta banyakkan

    melibatkan diri semasa eksperimen dijalankan.8. Calon perlu memahami maksud definisi secara operasi dan cara membuat

    hipotesis yang betul.9. Calon hendkalah menggunakan terminologi atau istilah kimia dengan tepat.

    10. Calon harus dapat bezakan antara aspek pemerhatian dengan inferens.11. Jawab semua soalan kerana ada markah walaupun idea.

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Dedahkan pelajar kepada teknik menjawab Kertas 3.2. Membimbing pelajar membuat definisi secara operasi bagi sesuatu istilah

    atau pembolehubah dan menyatakan hipotesis dengan betul.3. Memberi penekanan kepada penggunaan istilah kimia yang betul semasa

    menjawab.4. Membimbing pelajar mengenalpasti kata tugas yang terdapat dalam sesuatu

    soalan.5. Membimbing pelajar membuat pemerhatian dan inferens yang relevan.6. Memberi penekanan ke atas konsep asas kimia semasa pengajaran.7. Menekankan kaedah saintifik dan kemahiran proses sains semasa

    menjalankan eksperimen dan membuat pelaporan.8. Memberi peluan kepada pelajar melakukan eksperimen dan jangan biarkan

    mereka menjadi penonton sahaja.9. Mengingati pelajar supaya menjawab semua soalan walaupun soalan itu

    sukar.

    10. Guru harus mencari jalan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajarankimia di bilik darjah serta itizam yang tinggi ke arah kecemerlangan pelajar.