Chicken chop with mushroom

3

Click here to load reader

Transcript of Chicken chop with mushroom

Page 1: Chicken chop with mushroom

CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM-BLACKPEPPER SAUCE

CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM-BLACKPEPPER SAUCE:

Bahan:

1 ekor ayam (saya suka guna whole leg yg dibuang tulang/ debone)

Tepung jagung utk menyalut ayam

2 biji telur, utk celup ayam

Serbuk roti/bread crump (optional)

Bahan perap:

2 sudu besar rempah kari

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar cili kisar

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu besar minyak masak

Sos Lea & Pearin (optional)

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.

2. Golekkan ayam ke dalam tepung jagung.

3. Kemudian celupkan ke dlm telur yg telah dipukul

4. Golekkan ayam ke dlm bread crump.

5. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.

** saya tadi perap ayam.. pastu masak sosnya.. sesudah siap sos, saya terus golekkan ayam ke dlm tepung..

takyah tunggu 3 jam. Tapi kalau ada masa, perap lagi lama lagi sedap.

** Kalau tak guna bread crump, ayam perap tu celup dlm telur baru golekkan ke dlm tepung dan goreng.

SOS MUSHROOM-BLACKPEPPER

1 bawang besar, dicincang halus

3 bwg putih, dicincang halus

1 tin cendawan butang AYAM BRAND – separuh dipotong nipis dan separuh lagi di blend dgn air rebusan

daging.

4 – 5 sudu besar serbuk lada hitam (boleh adjust ikut kepedasan)

2 sudu besar sos tomato

3 sudu besar kicap

3 cawan air rebusan daging (tadi saya guna stok ayam pekat maggi – ¾ cwn + 2 ¼ cwn air)

2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air

1 ½ camca teh garam – rasa dulu sosnya sebelum letak garam

1 sudu besar gula

Minyak utk menumis

Cara-cara

1. Tumis bwg besar dan bwg putih hingga layu dan wangi

2. Masukkan air rebusan daging

Page 2: Chicken chop with mushroom

3. Masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung. Kacau sebati.

4. Masukkan garam dan gula. Adjust rasanya ikut selera.

CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE

CHICKEN

BAHAN2: 1 keping daging ayam bahagian peha (debone) klik sini utk proses debone [here] 100g tepung gandum 100g serbuk roti 1 biji telur 1 cubit garam 1 cubit lada sulah LANGKAH2:

1. Perapkan ayam dengan garam dan lada sulah.

2. Kemudian lakukan standard breading procedure iaitu mulakan dengan salut

ayam dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali dengan sebuk

roti.

3. Sedia untuk digoreng sehingga masak (atau kekuningan).

MUSHROOM SAUCE BAHAN2: 1 sudu demi glaze (segera) 1 cawan air 5 biji cendawan butang 1 ulas bawang putih 1 sudu minyak masak LANGKAH2:

1. Campurkan demi glaze dengan sedikit air, kacau sehingga sebati

2. Didihkan air selebihnya dan masak sehingga pekat. (sekirnya terlalu pekat

boleh tambah air)

3. Tumis bawang putih (cincang halus) sehingga naik wangi.

4. Masukkan cendawan butang yang telah dipotong nipis.

5. Apabila sudah garing, masukkan demi glaze tadi dan masak sehingga

mendidih.

Page 3: Chicken chop with mushroom