Ciast Cisco Networking Academy - Rodzidah

6
1 CIAST CISCO NETWORKING ACADEMY oleh Rodzidah Mohd Rodzi disediakan untuk Laporan Tahunan CIAST 2010 Tahun 2010 melakar satu sejarah buat CIAST apabila telah menjadi sebuah akademi yang melaksanakan program latihan persijilan Cisco di bawah program Cisco Networking Academy. Ia bertujuan untuk mewujudkan pool of expertsdi kalangan pengajar dalam bidang ICT disamping meningkatkan tahap kemahiran tenaga pengajar agar seiring dengan teknologi ICT semasa yang berada di pasaran. Tenaga pengajar berpeluang melengkapkan diri dengan Sijil Profesional di peringkat antarabangsa supaya mendapat pengiktirafan di peringkat yang lebih tinggi. Ini dapat memastikan tenaga pengajar kemahiran berupaya menghasilkan keluaran institut yang kompeten, berdaya saing dan sentiasa memenuhi kehendak pasaran dalam bidang ICT.

Transcript of Ciast Cisco Networking Academy - Rodzidah

Page 1: Ciast Cisco Networking Academy - Rodzidah

1

CIAST CISCO NETWORKING ACADEMY

oleh Rodzidah Mohd Rodzi disediakan untuk Laporan Tahunan CIAST 2010

Tahun 2010 melakar satu sejarah buat CIAST apabila telah menjadi sebuah akademi

yang melaksanakan program latihan persijilan Cisco di bawah program ‘Cisco Networking

Academy’. Ia bertujuan untuk mewujudkan ‘pool of experts’ di kalangan pengajar dalam bidang

ICT disamping meningkatkan tahap kemahiran tenaga pengajar agar seiring dengan teknologi

ICT semasa yang berada di pasaran. Tenaga pengajar berpeluang melengkapkan diri dengan

Sijil Profesional di peringkat antarabangsa supaya mendapat pengiktirafan di peringkat yang

lebih tinggi. Ini dapat memastikan tenaga pengajar kemahiran berupaya menghasilkan keluaran

institut yang kompeten, berdaya saing dan sentiasa memenuhi kehendak pasaran dalam bidang

ICT.

Page 2: Ciast Cisco Networking Academy - Rodzidah

2

Antara pelajar Batch Pertama Cisco, CIAST Local Academy

CIAST menawarkan kursus CCNA (Cisco Certified Network Associate) Discovery, Modul

1 sehingga 4 yang mengambil masa selama 1 bulan bagi setiap modul. Kursus ini bakal

menyediakan peserta kursus dengan asas dalam rangkaian komputer selaras dengan

perkembangan mendadak dunia IT dan keperluan tenaga kerja mahir yang kompetitif dalam

pasaran global. Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini layak untuk menduduki

peperiksaan persijilan CCNA. Kursus CCNA ini menyediakan peserta kursus ke arah persijilan

Cisco yang lebih tinggi seperti Cisco Certified Network Associate Security , Cisco Certified

Network Profesional (CCNP), Cisco Firewall Specialist dan Cisco Wireless LAN Support

Specialist.

Page 3: Ciast Cisco Networking Academy - Rodzidah

3

Pelajar CIAST sedang mengikuti Cisco Training di Makmal Cisco, CIAST

Training Peralatan Cisco di Makmal Cisco, CIAST Shah Alam

Page 4: Ciast Cisco Networking Academy - Rodzidah

4

Kurikulum latihan persijilan Cisco dibangunkan oleh profesional dari sektor industri dan

pendidikan yang bakal menyediakan pelajar dengan keperluan bidang teknologi maklumat

semasa. Kurikulum program persijilan Cisco dibangunkan secara menyeluruh dalam pelbagai

pilihan bahasa dan mendedahkan pelajar kepada teknik pembelajaran secara ’web based’,

persembahan multimedia, peperiksaan dan penilaian secara online dan latihan secara ’hands

on’.

Terdapat lebih 11,000 Cisco Networking Academy di seluruh dunia dan dianggarkan

hampir 1.6 juta pelajar telah mengikutinya dengan jaya dalam pelbagai kursus Cisco yang

ditawarkan. Di Malaysia, Cisco Networking Academy telah dilancarkan pada tahun 2001.

Sehingga kini terdapat hampir 10,000 pelajar dan lebih 4,000 graduan dalam program CCNA.

Melalui pendekatan pembelajaran secara e-learning, pelajar lebih didedahkan dengan teknik

pembelajaran kendiri, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan penguasaan dalam latihan

amali. Ini memberi ruang kepada pelajar- pelajar kemahiran untuk memperolehi Sijil

Profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi memasuki pasaran pekerjaan

tempatan dan antarabangsa. Secara tidak langsung, ianya membuka peluang pekerjaan yang

‘Hands on Cisco Training’ kepada pelajar CIAST

Page 5: Ciast Cisco Networking Academy - Rodzidah

5

Cisco Model – Train The Trainer (Fasa 1) di Makmal Cisco Uitm, Shah Alam

(En. Sudirman, En. Muhammad, Pn. Rodzidah, En. Ropi, Cik Shadni dan Pn. Rosmaidah)

lebih luas kepada mereka dan sekaligus membantu mengurangkan jurang perbezaan tahap

kemahiran ICT dalam pasaran di Malaysia.

Bagi persediaan pelaksanaan program ini, satu kursus Cisco Model – Train The Trainer

(fasa 1) yang melibatkan seramai 9 orang tenaga pengajar dari CIAST telah diadakan selama

16 hari di UiTM Shah Alam dan UniKL, Kuala Lumpur mulai 29hb Oktober 2010 sehingga 9hb

Disember 2010 yang bertujuan menyediakan tenaga pengajar yang bakal mengendalikan

program latihan tersebut dengan kurikulum terkini serta kaedah pengajaran.

Kursus bagi fasa 2 pula akan dijalankan pada April sehingga Jun 2011. Dengan

wujudnya makmal latihan dan tenaga pengajar yang kompeten, usaha CIAST mencapai misi

iaitu membangunkan pengajar bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan

responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi. Disamping itu, dalam usaha untuk

memperkasakan tenaga pengajar dan mengarusperdanakan latihan kemahiran yang

merupakan salah satu agenda negara untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10),

Page 6: Ciast Cisco Networking Academy - Rodzidah

6

pelaksanaan program latihan Persijilan Cisco System iaitu Cisco Certified Academy Instructors

(CCAI) dilihat dapat memberi impak yang besar terhadap usaha tersebut.

Disediakan oleh,

Rodzidah binti Mohd Rodzi

Program Pentauliahan Tenaga Pengajar

Pusat Latihan Pengajar dan Latihan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia.

Disemak oleh,

Saiful Amir bin Omar

Disunting oleh,

Hamimah binti Mamat & Rozita binti Ismail

Penyelaras & AJK Penerbitan CIAST

Disahkan oleh,

Tn. Hj. Ghazlan bin Ghazali

Pengarah CIAST

Cisco Tools Hands-on Training dilatih oleh Prof. Ruhani Ab Rahman,

di Makmal Cisco, Fakulti Kejuruteraan, Uitm Shah Alam