Cipher Transposisi

12
Cipher Transposisi Cipher Transposisi ialah sejenis Cipher yang menggunakan manipulasi huruf, nombor atau simbol dengan mengaplikasikan bentuk atau pola yang tertentu. Contoh Cipher Transposisi adalah Route Cipher, Latin Square, Railfence Cipher dan Columnar Ciphar. Cipher Penggantian pula boleh menggunakan sama ada huruf atau nombor untuk menterjemahkan kod manakala Cipher Pigpen menggunakan gabungan huruf dan tanda simetri untuk dipecahkan. Bagi tugasan pada kali ini, saya akan mencipta suatu Kod Cipher yang berasaskan Cipher Transposisi yang melibatkan dimensi yang telah ditetapkan disusun semula dengan menggunakan kekunci yang tertentu yang mengikut arah dan lawan putaran jam. Sehubungan dengan itu, suatu bentuk uji kaji juga akan diberikan kepada pasangan saya dalam menyiapkan tugasan ini. Pasangan saya iaitu Norosmaria Binti Osman untuk menterjemahkan kod dalam kategori Route Cipher ini. Sama ada beliau berjaya mahupun sebaliknya, sama-sama kita saksikan laporan di akhir penyediaan tugasan saya pada kali ini. Cipher ciptaan saya : Berbalik kepada Kod Cipher yang telah saya cipta, berikut adalah syarat serta maklumat lengkap beserta contoh yang boleh kita lihat bersama-sama. Terlebih dahulu perlu kita lihat contoh kata kunci berbentuk pergerakan transposisi huruf yang telah dipersetujui oleh pengirim dan penerima:

description

Tugasan

Transcript of Cipher Transposisi

Page 1: Cipher Transposisi

Cipher Transposisi

Cipher Transposisi ialah sejenis Cipher yang menggunakan manipulasi huruf,

nombor atau simbol dengan mengaplikasikan bentuk atau pola yang tertentu. Contoh Cipher

Transposisi adalah Route Cipher, Latin Square, Railfence Cipher dan Columnar Ciphar.

Cipher Penggantian pula boleh menggunakan sama ada huruf atau nombor untuk

menterjemahkan kod manakala Cipher Pigpen menggunakan gabungan huruf dan tanda

simetri untuk dipecahkan.

Bagi tugasan pada kali ini, saya akan mencipta suatu Kod Cipher yang berasaskan

Cipher Transposisi yang melibatkan dimensi yang telah ditetapkan disusun semula dengan

menggunakan kekunci yang tertentu yang mengikut arah dan lawan putaran jam.

Sehubungan dengan itu, suatu bentuk uji kaji juga akan diberikan kepada pasangan saya

dalam menyiapkan tugasan ini. Pasangan saya iaitu Norosmaria Binti Osman untuk

menterjemahkan kod dalam kategori Route Cipher ini. Sama ada beliau berjaya mahupun

sebaliknya, sama-sama kita saksikan laporan di akhir penyediaan tugasan saya pada kali

ini.

Cipher ciptaan saya :

Berbalik kepada Kod Cipher yang telah saya cipta, berikut adalah syarat serta

maklumat lengkap beserta contoh yang boleh kita lihat bersama-sama. Terlebih dahulu perlu

kita lihat contoh kata kunci berbentuk pergerakan transposisi huruf yang telah dipersetujui

oleh pengirim dan penerima:

“T O L O N G L A H T E R A N G K A N

C A R A N Y A ”

1. Perkataan “ TOLONGLAH ” sendiri mesti dikira terlebih dahulu iaitu mempunyai

sebanyak 9 huruf maka pengirim akan menggunakan transposisi huruf dengan

menanda nombor pada perkataan terlebih dahulu dengan menggunakan pola

pergerakan arah lawan jam dari huruf yang berada di luar sehinggalah kepada huruf

yang berada di dalam. Angka 9 akan ditandakan pada huruf bahagian kanan paling

Page 2: Cipher Transposisi

luar dan angka 8 ditanda pada huruf bahagian kiri paling luar. Kemudian, angka 7

pada bahagian kanan yang kedua paling keluar dan angka 6 ditanda pada huruf

bahagian kiri kedua paling luar dan begitulah seterusnya. Berikut ialah contoh

susunan dalam proses membentuk Cipher.

T O L O N G L A H

2. Disini, kata kunci yang akan dipersetujui bersama oleh pengirim dan penerima ialah

huruf yang ditandakan dengan angka yang paling besar iaitu 9 akan dinyatakan

terlebih dahulu di bahagian sebelah kiri sekali diikuti huruf yang bertanda 8, 7, 6, 5

dan seterusnya. Berikut ialah Cipher yang terhasil daripada perkataan

“TOLONGLAH”.

H T A O L L G O N

3. Maka “TERANGKAN CARA MENGGUNAKANNYA” jika menurut Cipher yang telah

saya cipta akan dipaparkan seperti yang berikut :

8 956 734 12

9 8 7 6 5 4 3 2 1

Page 3: Cipher Transposisi

H T A O L L G O N N T A E K R G A N

A C Y A N R A

4. Seterusnya, si penerima pula akan menterjemahkan kod Cipher saya dengan

pertamanya, mengambil huruf H pertama pada perkataan “HTAOLLGON” dan

diletakkan pada hujung kanan perkataan terlebih dahulu. Kemudian, huruf T

diletakkan pada hujung sebelah kiri.....

T_ _ _ _ _ _ _ _ H

5. Huruf ketiga pada perkataan “HTAOLLGON” iaitu A diletakkan di bahagian kanan

kedua paling luar dan huruf keempat O diletakkan di bahagian kiri kedua paling luar

dan akan menjadikan proses penterjemahan seperti berikut :

TO _ _ _ _ _ _ AH

6. Huruf kelima L dan huruf keenam L pada perkataan kod “HTAOLLGON”

diteruskan prosesnya seperti pada langkah 5 (dimasukkan secara selang seli

bahagian ketiga paling luar kanan dan kiri) dan akan diterjemahkan seperti berikut :

TOL _ _ _ LAH

Page 4: Cipher Transposisi

7. Proses diulangi sehinggalah terhasilnya terjemahan berikut :

TOLONGLAH

Proses pemecahan kod diulang semula pada Cipher NTAEKRGAN ACYANRA

8. yang mana akan menghasilkan keseluruhan terjemahan semula “TOLONGLAH

TUNJUKKAN CARANYA”.

Situasi penggunaan Kod Cipher yang dicipta.

Suatu hari, saya dapati rakan serumah saya iaitu Norosmaria Binti Osman telah

tertinggal kuncinya di dalam rumah. Saya pula terpaksa keluar untuk melaksanakan satu

tugasan. Saya perlu mengunci rumah dan khuatir sekiranya rakan saya pulang sebelum

saya. Saya tidak dapat menghubunginya melalui telefon bimbit kerana telefon saya

mengalami kerosakan. Oleh itu saya perlu meninggalkan mesej kepada rakan serumah saya

untuk memaklumkan kunci rumahnya telah saya letakkan di tempat tersembunyi di luar

rumah. Mesej tersebut telah saya tinggalkan di peti surat rumah kami. Mesej tersebut

adalah seperti yang kami persetujui sebelum ini. Mesej nya adalah seperti berikut:

“IKCUN HRAUM ID MDAAL TKUAS MHAIT”

Semoga awak dapat menterjemahkan Kod Cipher yang telah saya cipta dan diharap

dapat bertenang dan bijak bertindak sehinggalah ketibaan saya nanti.

Terjemahan Kod Transposisi

Page 5: Cipher Transposisi

Saya Norosmaria Binti Osman telah menemui mesej yang ditinggalkan oleh

Noor Liza Binti Akuan yang diletakkan di dalam peti surat rumah kami. Berdasarkan mesej

yang diberi merupakan satu kod rahsia iaitu kod cipher transposisi yang telah kami

persetujui bagi menghantar mesej tanpa diketahui dan difahami oleh orang lain. Mesej yang

telah saya terima ialah seperti berikut

“IKCUN HRAUM ID MDAAL TKUAS MHAIT”

Apabila melihat kod cipher ini, maka saya mengetahui ia merupakan satu mesej

rahsia yang ingin disampaikan oleh Noor Liza binti Akuan kepada saya. Oleh yang demikian

saya perlukan beberapa langkah untuk saya terjemahakan kod tersebut. Berikut langkah-

langkah yang telah saya jalankan.

Langkah 1

Langkah ini, saya perlu membuat pembahagian bagi setiap perkataan kod yang diberi.

“IKCUN HRAUM ID MDAAL TKUAS MHAIT”

Langkah 2

Setelah membahagikan kod tesebut seperti diatas, langkah seterusnya saya perlu

meletakkan nombor pada setiap kod tersebut mengikut bilangan abjad dengan susunan

menurun. Langkah tersebut telah saya asingkan seperti seperti dibawah.

5 4 3 2 1

Page 6: Cipher Transposisi

I K C U N5 4 3 2 1

H R A U M2 1

I D5 4 3 2 1

M D A A L5 4 3 2 1

T K U A S5 4 3 2 1

M H A I T

5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

I K C U N H R A U M I D M D A A L T K U A S M H A I T

Langkah 3

Untuk langkah seterusnya, saya perlu menyusun kedudukan setiap abjad kepada

kedudukan yang telah kami persetujui. Kedudukan tersebut perlu disusun bermula dengan

nombor yang lebih besar diletakkan disebelah kanan. Contohnya jika ruangan pertama ada

5 digit bermakna nombor 5 berada di sebelah kanan, manakalan nombor 4 di sebelah kiri

dan akhirnya nombor satu berada di tengah. Untuk susunan nombor dapat dilihat seperti di

bawah;

4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 2 1 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5

Page 7: Cipher Transposisi

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Langkah 4

Setelah nombor telah disusun seperti susunan dalam langkah 3, langkah seterusnya saya

perlu menyusun nombor dalam langkah 2 ke dalam langkah 3

5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1

I K C U N H R A U M I D M D A A L T K U A S M H A I T

4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 2 1 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Saya bermula pada ruangan pertama dengan meletakkan abjad nombor satu ke dalam

ruangan pertama dalam kedudukan bernombor 5 iaitu “I’ kerana perlu bermula dengan

nombor yang lebih besar terlebih dahulu, seterusnya meletakkan kedudukan abjad

bernombor 2 iaitu “K” dan meletakkan abjad kedudukan 1 iaitu “K”

4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 2 1 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5

K U N C I _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Setelah selesai, saya meneruskan pengisian abjad dalam ruangan kedua, iaitu dengan

meletakkan “H” dalam bernombor 5, “R” pada bernombor 4 dan “A” pada bernombor 3

dan seterusnya.

4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 2 1 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5

Page 8: Cipher Transposisi

K U N C I R U M A H _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Berikut adalah susunan mesej yang hendak disampaikan kepada saya oleh Noor Liza Binti

Akuan melalui kod cipher yang telah kami persetujui

4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 2 1 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5 4 2 1 3 5

K U N C I R U M A H D I D A L A M K A S U T H I T A M

Saya dapat menyelesaikan kod cipher ini dan mendapat mesej iaitu “KUNCI RUMAH DI

DALAM KASUT HITAM”. Dengan itu, saya mengetahui kad kunci saya berada di bawah

dalam kasut hitam yang telah ditinggalkan oleh rakan serumah saya.

Kelebihan Kod Cipher yang dicipta

Page 9: Cipher Transposisi

Melalui perbincangan yang telah saya jalankan bersama Noor Liza Binti Akuan,

didapati beberapa kelebihan Kod Cipher yang dicipta telah ditunjukkan. Di antaranya ialah:

1. Mudah untuk diterjemahkan kerana tidak melibatkan simbol atau pengantian abjad.

2. Penyusunan atau pergerakkan abjad dalam transposisi memberikan kekeliruan

terhadap si pemintas.

3. Tidak mengambil masa yang begitu lama untuk diterjemahkan oleh penterjemah

apabila dalam keadaan

4. Penterjemah tidak perlu mengambil langkah-langkah yang rumit untuk

menyelesaikan. Hanya perlu memahami konsep penyusunan abjad.

Kelemahan Kod Cipher yang dicipta

1. Terlalu mudah untuk difahami jika pihak si pemintas kerap menjumpai kod ini.

2. Jika mesej yang hendak disampaikan terlalu panjang untuk kod ini disusun dan

berkemungkinan memberi kekeliruan terhadap penterjemah.

3. Kod cipher bermula dengan nombor yang lebih besar terlebih dahulu dan berada

dikedudukan kanan sekali, dan nombor seterusnya secara menurun berada di

sebelah kiri dan akhir sekali kedudukan nombor 1 berada ditengah-tengah. Jika

permulaan dilihat nombor 1 akan dipilih untuk berada ditengah-tengah dan disusun

kedudukan secara menaik. Ini memberikan kesilapan kepada penterjemah terhadap

susunan kedudukan abjad.