Ciri-ciri Penting Kad Perniagaan Yang Baik Dan Efektif

2

Click here to load reader

description

kad perniagaan

Transcript of Ciri-ciri Penting Kad Perniagaan Yang Baik Dan Efektif

Ciri-ciri penting kad bisnes yang baik dan efektif

Tuan buat bisnes apa ye?, tanya saya kepada Encik Adam (bukan nama sebenar).. Padahal ketika itu tangan saya sedang memegang kad bisnes Tuan Adam.. Kenapa senario tersebut terjadi? Ini adalah kerana kad bisnes Tuan Adam tidak memiliki ciri-ciri penting kad bisnes yang baik dan efektif.. Jom kita tengok bagaimana ciri-ciri penting kad bisnes yang baik dan efektif ni..1. LogoBisnes anda ada logo ke tak? Kalau tiada, sila buat.. Logo bisnes akan diletakkan di kad bisnes sebagai suatu penjenamaan.. Pastikan reka bentuk logo bisnes itu bersesuaian juga untuk digunakan pada kepala surat (letterhead), sampul surat, inbois, resit dan segala cetakan lain..2. Selogan atau taglineMacam KFC selogan mereka ialah Finger Lickin Good.. Itu dulu.. Sekarang dah tukar ke So good.. Jadi selogan atau tagline bisnes anda kena diletak ke dalam kad bisnes supaya ia memberi gambaran awal tentang bisnes yang dijalankan..3. FontSaiz font harus tidak kurang dari 8.. Sebab jika kurang daripada tu, takut-takut sesetengah orang tak dapat baca.. Kena pula kalau pelanggan kita tu rabun dekat.. Kesian dia terkebil-kebil tengok kad bisnes kita..4. WarnaWarna latar dan font pastikan kontra.. Kalau warna dah dekat sama, menyusahkan orang nak baca.. Orang yang tak rabun warna pon boleh ambil masa sejam nak faham apa kita tulis.. Kuantiti warna dalam kad bisnes sebaiknya tidak melebihi 5..5. MaterialGunakan material yang berkualiti.. Jangan gunakan kad lembut yang mudah koyak atau terlipat di hujung.. Material baik yang paling popular adalah art card 260 gsm.. Material ni tak tebal tapi keras..6. Offset vs Digital printingDari segi kualiti warna, offset memang lebih cantik daripada digital printing.. Kosnya pon lebih murah.. Material kad pon pelbagai.. Nak matt laminate boleh.. Spot UV boleh.. UV varnish boleh.. Eh semua boleh lah! Jadi buat jelah kad tu dengan offset printing..7. MaklumatAnda tak perlu letakkan status anda yang sudah berkahwin atau bujang di dalam kad bisnes.. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, nombor telefon, emel, alamat, laman web, laman sosial, servis dan produk yang ditawarkan.. Itu antara yang penting..7 poin di atas merupakan sebahagian ciri-ciri penting kad bisnes yang baik dan efektif.. Pastikan anda semua memiliki ciri-ciri tersebut pada kad bisnes masing-masing.. Jika tiada, sila lah buat yang baru ye? Bukan mahal pon buat kad bisnes ni..