Ciri-ciri Perkembangan Fizikal Prenatal,Bayi,Kanak-kanak & Awal Remaja

38
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN TEORI-TEORI PERKEMBANGAN DISEDIAKAN OLEH: GOH PEI SHAN KRISHNAVENI VALLI

description

note

Transcript of Ciri-ciri Perkembangan Fizikal Prenatal,Bayi,Kanak-kanak & Awal Remaja

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

DAN TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

DISEDIAKAN OLEH: GOH PEI SHAN KRISHNAVENI

VALLI

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

• Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.

• Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa.

• Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

• Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin(2009) dalam buku bertajuk Psikologi Perkembangan, perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks.

• Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat.

• Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain.

• Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

• Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long (1980).

• Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.

• Paul Eggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

• Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.

• Misalnya, perkembangan dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepala dahulu sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengah ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi anggota badan (tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan bergerak).

Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun ke atas.

• Perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan.

• Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

• Mengikut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.

• Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

• Mengikut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.

• Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks

• Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran.

• Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain.

• Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini.

• Selain itu juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

• Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan hinggalah keperingkat remaja.

• Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik.

• Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.

• Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun semakin berkembang.

• Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik.

• Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran dalam penulisan juga semakin berkembang.

• Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih awal.

• Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks.

• Bagi remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki.

• Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan.

• Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.

TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

• Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya.

• Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanak-kanak.

• Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongkannya mengulangi tugas tersebut.

• Manakala kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu.

• Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat.

• R. Havighurst menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak (6-12 tahun).

• Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk permainan.

• Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif.

• Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak.

• Selain itu,kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat.

• Hal ini kerana badan yang aktif akan menjadikan tubah badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas.

• Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menguasai konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran hidup.

• Selain itu, kanak-kanak yang mula berkomunikasi bersama-sama rakan-rakan baru sudah mula membentuk kemahiran sosial dan mula membentuk kebebasan peribadinya.

• Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di sekolah.

• Pelbagai kebolehan yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari seperti mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar ibu bapa, mahu membeli barang-barang mereka sendiri dan sebagainya.

• Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar membezakan peranan lelaki dan perempuan.

• Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-kanak lebih yakin dalam menhadapi dunia sebenar.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL PRENATAL,BAYI,KANAK-

KANAK & AWAL REMAJA

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL

• Peringkat Prenatal (9 bulan dalam kandung)• Peringkat Bayi(Masa lahir – umur 2 tahun)• Peringkat Kanak-Kanak(Umur 3-11 tahun)• Peringkat Awal Remaja (Umur 11-18 tahun)

CIRI- CIRI PERKEMBANGN

FIZIKAL PRENATAL

Peringkat Prenatal

Trimester Pertama

(1-12 minggu)

Trimester Kedua(13-24

minggu)

Trimester Ketiga(25-38

minggu)

Trimester Minggu Peringkat Saiz & Berat Peringkat Perkembangan

Pertama 1-2 zigot - Sel zigot membiak dengan cepat dan membentuk blastocyst yang menamatkan badanya pada dinding uterin.

3-4 Embrio 6mm Otak primitif dan tulang belakang mula muncul. Jantung,otok,tulang rusuk,saluran pencernaan mula bertumbuh.

5-8 Embrio Saiz 2.5 cmBerat 40g

Saiz mula bertambah cepat.Sistem saraf,organ dan otot dikaitkan untuk bergerak seperti menyentuh,menyepak. Jantina Fetus mula dihayati apabila organ gential bertumbuh.

Trimester Minggu Peringkat Saiz & Berat

Peringkat Perkembangan

Kedua 13-24 Fetus Saiz 30 cmBerat 820g

Fetus terus bertumbuh besar dengan cepat.Dalam minggu ke- 18 pergerakan boleh dirasakan oleh ibu. Menjelang minggu ke-24 banyak neuron otak bertumbuh.Mata mula menjadi sensitif kepada cahaya serta boleh respons kepada bunyi.

Ketiga 25-38 Fetus Saiz 50cm3400g

Saiznya bertambah dan peparu menjadi matang. Perkembangan otak dengan cepat meningkatakan potensi sensori dan pergerakan fizikal.Dalam minggu ke-32,lapisan lemak ditambah di kulit bawah. Antibodi ibu disalurkan kepada fetus untuk melindunginya daripada infeksi virus atau penyakit. Kebanyakan fetus dalam kelahiran normal biasanya berputar badan degan kedudukan kepala terbalik untuk kesediaan kelahiran.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

FIZIKAL BAYI

Umur Perkembangan Fizikal (Sensori Motor)

Masa lahir - 6 bulan

Tinggi dan berat ditambah dengan kadar cepat. Refleks yang berkurang. Angkat kepala, berputar badan dan cengkam objek.Respons perlaziman klasik dan operan.Perkembangan pendengaran dan peka kepada bunyi bahasa diriPeka pada pergerakanMengenal pasti objek melalui persepsi muka manusia, khasnya pengasuh.

7 – 12 bulan

Merangkak dan duduk sendiriMenunjukkan kemahiran cengkaman dengan 2 jari.Mengorganisasi ,pelbagai rangsangan auditori dan visualPeka kepada gambarMembezakan objek-objek daripada persekitaran berdasarkan bentuk warna dan tekstual

13-18 bulan

Tinggi dan berat bertambah dengan kadar cepat tetapi bukan cepat seperti tahun pertama.Berjalan dengan koordinasi lebih baikManipulasi objek kecil dengan koordinasi yang ditambah baik.

19-24 bulan BerjalanBerlariLompatPanjatManipulasi objek dengan koordinasi yang baik

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL

Umur2 tahun-Awal kanak-kanak3tahun

Menambah berat dan tingginya dengan kadar lebih perlahan dari umur 1-2 tahun.Koordinasi berjalan ditambah baik.Perkembangan kemahiran berlari,melompat,melontar dan menangkap. Boleh memakai dan menanggal baju yang longgar .Boleh gunakan sudu dengan berkesan.

3- 4 tahun Tiada lagi tidur siang .Koordinasi berlari,melompat,dan menangkap lebih berkesan.Melompat dengan satu kaki.Boleh menunggang basikal beroda tiga.Boleh membezakan penulisan dengan bukan penulisan.

5-6 tahun(Pra sekolah)

Tubuh badan bertambah tinggi,anggota mengikut nisbah seperti dewasa.Gigi tumbuh pertama reput ,kemahiran motor kasar bertambah dengan laju dan kewujudan kemahiran melonjak.Menunjuk pola melontar dan menangkap.Boleh membezakan huruf dengan angka.Memakai kasut

6-8 tahun(Pertengahan kanak-kanak)

Menambah tinggi dan berat dengan perlahan hingga peringkat awal remaja.Gigi beransur- ansur diganti dengan gigi kekal.Penulisan menjadi lebih kecil dan lebih baik.Lukisan diorganisasi secara terperinci.Permainan mengikut peraturan ditambah dengan aktiviti yang lebih kasar.

9-11 tahun(Peringkat akhir kanak-kanak)

Kemahiran motor dalam berlari , melompat , melontar ,menyepak,menangkap,menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan koordinasi.Masa tindak balas ditambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor.Perkembangan perwakilan mendalam dalam lukisan.Permulaan pertumbuhan peringkat remaja , 2 tahun lebih awal untuk perempuan.

CIRI-CIRI PERKEMBANGA

N AWAL REMAJA

PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL

11-14 tahun(awal remaja)

Untuk perempuan- Ditambah dengan lebih lemak daripada otot,bermula haid,mencapai puncak pancutan pertumbuhan,prestasi kemahiran motor berkurang .Untuk lelaki- Bermula pancutan pertumbuhan,bermula memancut sperma,kesedaran orientasi seksual.

14-16(Peringkat Pertengahan remaja)

Untuk perempuan- Kesempurnaan puncak pancutan pertumbuhan.Untuk lelaki- Mencapai puncak pancutan pertumbuhan-Suara menjadi lebih kasar -Lemak berkurang , otot menjadi lebih kuat-Prestasi kemahiran motor bertambah secara dramatik.

16-18Tahun ( Akhir remaja)

Untuk lelaki- Pertambahan kemahiran motor diteruskan

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL

Apakah Perkembangan ?

Perkembangan ialah aspek perubahan yang dihadapi oleh individu dan bersifat kualitatif – berubah menurut peredaran masa, contohnya kemahiran melukis.

TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL

Baka sebagai faktor utama, mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu, kalau baik bakanya, baiklah individu yang akan terhasil…

Kelancaran proses perkembangan individu dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya.

Beliau menghasilkan jadual perkembangan tingkah laku (1925).

Peringkat Ciri-ciri perkembangan

Pertama( Sejak lahir – 1 tahun )

. 1 bulan – tangisan yang berbeza untuk kehendak berlainan.

. 4 bulan – pergerakan mata mengikut objek

. 6 bulan – boleh menggenggam objek

. 7 bulan – duduk dan merangkak

. 1 tahun – berdiri dengan berpaut pada kerusi

Kedua( 1-2 tahun )

. Jalan bertatih

. Faham istilah “jangan”

. Boleh berjalan ( 2 tahun )

Ketiga( 2-3 tahun)

. Boleh makan sendiri dan boleh berlari bercakap dengan ayat yang mudah

Keempat( 3-4 tahun )

. Menunggang basikal beroda tiga menuruti arahan yang mudah daripada Ibu bapa.

Kelima( 4-5 tahun )

. Mula bergaul, banyak bertanya, dan bersedia ke kelas prasekolah