Ciri ciri yang membentuk kecerdasan emosi
-
Upload
azyyati-zainudin -
Category
Education
-
view
209 -
download
2
description
Transcript of Ciri ciri yang membentuk kecerdasan emosi
Setiap individu mempunyai kecerdasan emosi yang boleh berubah
Emosi seseorang akan berubah mengikut ‘mood’ mereka pada sesuatu masa.
Kecerdasan emosi bukan statik dan boleh ditingkatkan melalui pembelajaran
•Kecerdasan emosi boleh di tingkatkan kerana emosi seseorang tidak tetap.emosi akan boleh berubah jika seseorang belajar dan pengetahuan mereka akan bertambah dan akan mempengaruhi emosi mereka.
Kecerdasan emosi sesuai digunakan untuk menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial.
Kecerdasan emosi berkait rapat dengan kemahiran belajar
Menurut solovey dan mayer53 mengatakan bahawa kecerdasan emosi mengumpulkan kecerdasan interpersonal dan kecerdasan interpersonal gardner.
Kecerdasan emosi sebagai kemampuan memantau dan mengendalikan perasaan
sendiri dan orang lain, serta menggunakan perasaan2 itu untuk memandu fikiran dan tindakan
Meliputi lima dasar kecekapan emosi dan sosial: (i) kesedaran diri
(ii) pengurusan emosi(iii) motivasi diri(iv) empati(v) mengendalikan hubungan
Kesedaran diri-mengetahui apa yang kita rasakan pada suatu ketika, dan menggunakannya untuk membuat keputusan sendiri, memiliki tolok ukur yang realistik atas kemampuan diri dan kepercayaan diri yang kuat.
Emosi- mengurus perasaan diri supaya meenjadi berpatutan merupakan kebolehan dibina berasaskan kesedaran diri, iaitu kebolehan menenangkan perasaan diri, mengatasi emosi gelisah, sedih, putus asa, marah dan sebagainya..
Motivasi diri- kebolehan mengaturkan emosi kearah objektif yang ditentukan adalah perlu bagi menumpu perhatian motivasi diri dan penguasaan, serta untuk kreativiti. Orang yang mempunyai kemahiran ini akan menjadi lebih produktif dan efektif dalam mana-mana tugas yang mereka usahaakan.
Empati-iaitu kebolehan membayang dan menghayati emosi atau perasaaan orang lain, merupakan kemahiran asas manusia. Orang yang menguasai kemahiran empati dapat membawa harmoni dalam interaksi sosial, iaitu mengambarkan apa yang diperlu atau diingini orang lain. Ini ialah empati yang mencerminkan prinsip bertimbang rasa, mempertimbangkan kebajikan dan kebahagiaan orang lain sebelum dirinya.
Mengendalikan hubungan.-teknik mengurus hubungan, sebahagian besarnya, merupakan kemahiran mengurus emosi orang lain. Kebolehan ini adalah berkait rapat dengan populariti atau kualiti disanjung, kepimpinan, dan kecerdasan interpersonal. Orang yang menguasai dengan baik kemahiran mengurus hubungan akan dapat melaksanakan, apa jua mana aktiviti yang berhubungkait dengan interaksi dengan orang lain. Mereka ini merupakan bintang sosial di kalangan orang ramai.
Kecerdasan linguistik- kecerdasan dlam mengolah kata-kata secara efektif baik bicara
atau menulis.
Kecerdasan matematis-logis- Kecerdasan dalam hal angka dan logika
Kecerdasan visual-spasial- Kecerdasan yang merangkumi berfikir dalam gambar, serta
mampu untuk menyerap, mengubah, dan menciptakan kembali pelbagai aspek visual
Kecerdasan kinestatik-jasmani- Kecerdasan yang mengunakan tubuh atau gerak tubuh untuk
mengapresiasikan gagasan dan perasaan.
Kecerdasan muzikal.- Kecerdasan untuk mengembangkan, mengekpresikan dan
menikmati bentuk muzik dan suara
Kecerdasan interpersonal- Kecerdasan untuk mengerti dan peka terhadap perasaan, intensi,
motivasi, watak dan temperamen orang lain.
Kecerdasan Intrapersonal- Kecerdasan pengetahuan akan diri sendiri dan mampu bertindak
secara adaptif berdasar pengenalan diri.
Kecerdasan Naturalis- Kecerdasan memahami dan menikmati alam dan menggunakanya
secara produktif dan mengembangkam pengetahuan tentang alam.
Kecerdasan Eksistensial- Kecerdasan untuk menjawab persoalan-persoalan terdalam
eksistensi atau keberadaan manusia.