Ciri Dan Kualiti Guru Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

6
CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru- guru kini ternyata amat berat. Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam. Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala , globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah “dunia tanpa sempadan”. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan. Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikanCabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara ‘glokal’ yang

Transcript of Ciri Dan Kualiti Guru Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

Page 1: Ciri Dan Kualiti Guru Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI

CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI

Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan

tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat.

Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil

dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat

dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun

manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam.

Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala ,

globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang

sering kita dengar kini adalah “dunia tanpa sempadan”. Fenomena globalisasi ini

berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai

aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.

Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan

sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam

tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling

berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan

dunia pendidikanCabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik

dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara ‘glokal’ yang bertindak bijak

menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau

tempatan.

Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara

Page 2: Ciri Dan Kualiti Guru Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini

masih kabur dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang.

Ini dapat dilihat pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring

dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang

bersepadu dalam kehidupan masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita

materialistik dan duniawi yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan

perlaksanaan FPN dalam sistem pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan

bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral sebenarnya tidak dianggap

suatu yang utama. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama dan moral hanya suatu

teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada

proses kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai

komersil untuk masa depan pelajar.

Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru

itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses

globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan,

khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha

meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan

penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya

ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung

kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan

penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang

sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai

objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta

kebolehan murid-murid. Selain itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya

menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang

digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-

murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran

ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Page 3: Ciri Dan Kualiti Guru Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus

sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai

wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini.

Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu

menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-

pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi

mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat

dilakukan oleh para pendidik.

Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan

kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah

sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan

internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru

mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin

canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai

melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah

bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan

negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus

memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini

masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian

sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan

SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima

mungkin.

Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak.

Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan

ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu

semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang

berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.

Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu

menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum

pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam

pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga

yang berguna kepada bangsa dan negara.

Page 4: Ciri Dan Kualiti Guru Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah

serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka

bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,

penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing

pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab

terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap

adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti

mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial

dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak

mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari

menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama

dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti

mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang

menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

Kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal

insan cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting

untuk melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang

maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar