Ciri Kaedah Mengalami

download Ciri Kaedah Mengalami

of 1

Transcript of Ciri Kaedah Mengalami

  • 7/27/2019 Ciri Kaedah Mengalami

    1/1

    Ciri Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam Sastera

    Ciri-ciri Kaedah Mengalami Menghayati

    Setiap individu ada pengalaman tersendiri hasil daripada pengalaman lalu dan

    nilai warisan. Pengalaman dan penghayatan pelajar diutamakan.

    Guru membimbing pelajar dan mendapatkan emosi dan pengalaman daripada

    karya.

    Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan penghayatan.

    Analisis pengalaman pelajar sangat penting. BBM dan teknik menyoal akan

    membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran.

    Pelajar perlu diberikan peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu

    dalam masa tertentu untuk memperoleh kesan keseluruhan penghayatan.

    Elemen-elemen struktur akan disentuh secara tidak langsung dalam

    perbincangan tentang keindahan karya.

    Para pelajar juga dilatih menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif. Ini

    dicapai melalui teknik menyoal yang sistematik soalan mencungkil pandangan,

    pendapat, pertimbangan dan penilaian para pelajar. Jawapan guna daya kreatif

    dan imaginasi masing-masing.

    Aktiviti-aktiviti pelajar bersama-sama bimbingan guru amat dipentingkan.Para pelajar digalakkan melakonkan episod-episod sendiri dan membincangkan

    persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran masing- masing tanpa

    ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini teknik

    perbengkelan amat sesuai digunakan. Ini akan menentukan penglibatan para

    pelajar secara menyeluruh.

    BBM amat penting dalam mewujudkan penikmatan dan penghayatan. Antara

    alat-alat yang sesuai ialah pita rakaman, gambar-gambar, kostum serta objek

    sebenar tentang sesuatu perkara.

    Pendekatan ini membantu guru mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan

    hidup. Para pelajar juga dapat membina kemahiran menganalisis melalui aktiviti-

    aktiviti yang dijalankan.