Ciri Kawan Baik

7
Ciri-ciri rakan/ kawan yang baik Setiap orang mempunyai impian untuk mempunyai seorang rakan yang baik kerana mereka dapat membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan. Antara ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah mereka berupaya membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan. Rakan yang baik akan sentiasa memberikan sokongan kepada kita dengan memberikan nasihat kepada kita agar menjadi seorang yang tabah. Rakan yang baik akan sentiasa bersama dengan kita ketika senang atau susah dengan memberikan dorongan untuk menghadapi cabaran hidup. Selain itu, ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah rakan yang sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia untuk dijadikan teladan kita. Rakan yang baik akan selalu menasihati kita jangan melakukan kesalahan. Rakan yang baik juga boleh dijadikan tempat meluahkan masalah supaya beban masalah yang ditanggung akan berkurangan. Di samping itu, rakan yang baik juga akan sentiasa menghormati orang terutama sekali orang tua, ibu bapa dan guru-guru. Rakan yang baik juga akan sentiasa menjaga kebajikan orang dan prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain. Ciri-ciri rakan yang baik juga ialah jenis rakan yang tidak angkuh dan sombong, malah akan mudah mesra apabila berkawan dengan sesiapa. Rakan yang baik juga tidak mudah cepat panas darah apabila diusik. Kesimpulannya, setiap orang harus bijak memilih ciri-ciri seorang rakan yang baik agar kita tidak susah pada masa kelak. Karangan Keperihalan/Gambaran : Cara Menggunakan Wang Soalan : Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dalam pertandingan lukisan. Ceritakan cara-cara kamu menggunakan wang tersebut. Saya berasa amat gembira dan bangga kerana telah memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 pada pertandingan lukisan sempena Hari Kemerdekaan. Saya telah menggunakan wang itu dengan pelbagai cara. Saya meraikan kejayaan saya dengan membelanja keluarga saya makan di KFC. Restoran KFC merupakan restoran ayam goreng kegemaran keluarga kami. Kami sekeluarga meluangkan masa selama lebih kurang 2 jam menikmati ayam goreng dan pelbagai hidangan lain. 1

description

ckb

Transcript of Ciri Kawan Baik

Page 1: Ciri Kawan Baik

Ciri-ciri rakan/ kawan yang baik

Setiap orang mempunyai impian untuk mempunyai seorang rakan yang baik kerana mereka dapat membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan.

Antara ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah mereka berupaya membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan. Rakan yang baik akan sentiasa memberikan sokongan kepada kita dengan memberikan nasihat kepada kita agar menjadi seorang yang tabah. Rakan yang baik akan sentiasa bersama dengan kita ketika senang atau susah dengan memberikan dorongan untuk menghadapi cabaran hidup.

Selain itu, ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah rakan yang sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia untuk dijadikan teladan kita. Rakan yang baik akan selalu menasihati kita jangan melakukan kesalahan. Rakan yang baik juga boleh dijadikan tempat meluahkan masalah supaya beban masalah yang ditanggung akan berkurangan.

Di samping itu, rakan yang baik juga akan sentiasa menghormati orang terutama sekali orang tua, ibu bapa dan guru-guru. Rakan yang baik juga akan sentiasa menjaga kebajikan orang dan prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.

Ciri-ciri rakan yang baik juga ialah jenis rakan yang tidak angkuh dan sombong, malah akan mudah mesra apabila berkawan dengan sesiapa. Rakan yang baik juga tidak mudah cepat panas darah apabila diusik.

Kesimpulannya, setiap orang harus bijak memilih ciri-ciri seorang rakan yang baik agar kita tidak susah pada masa kelak.

Karangan Keperihalan/Gambaran : Cara Menggunakan Wang

Soalan : Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dalam pertandingan lukisan. Ceritakan cara-cara kamu menggunakan wang tersebut.

Saya berasa amat gembira dan bangga kerana telah memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 pada pertandingan lukisan sempena Hari Kemerdekaan. Saya telah menggunakan wang itu dengan pelbagai cara.

Saya meraikan kejayaan saya dengan membelanja keluarga saya makan di KFC. Restoran KFC merupakan restoran ayam goreng kegemaran keluarga kami. Kami sekeluarga meluangkan masa selama lebih kurang 2 jam menikmati ayam goreng dan pelbagai hidangan lain.

Saya telah membeli alat keperluan melukis yang baharu. Alat keperluan melukis yang sedia ada sudah lama dipakai. Alatan yang baru akan menaikkan lagi semangat saya untuk melukis. Saya akan dapat melukis dengan gembira.

Saya juga membeli beg sekolah yang baharu. Beg yang sedia ada sudah terkoyak di bahagian hadapan dan sudah tidak sesuai digunakan lagi. Saya membeli beg yang lebih berkualiti dan tidak mudah terkoyak..

Saya menyimpan baki wang yang masih ada di dalam bank. Saya boleh menggunakannya pada masa saya susah. Ia juga boleh digunakan ketika saya masuk universiti.

Kemenangan kali ini memberi semangat untuk saya menyertai lebih banyak pertandingan melukis. Saya harap akan memenangi pertandingan lukisan pada masa akan datang dan dapat menyimpan lebih banyak wang untuk masa depan saya.

1

Page 2: Ciri Kawan Baik

Surat Rasmi : Memohon cuti kerana demam

Soalan : Kamu tidak hadir ke sekolah kerana demam. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memohon cuti.

Tan Xiao Qi378 Tiram Buruk,45500 Tanjong Karang,Selangor._________________________________________________________________________________________

Guru KelasSJKC Ming Tee45500 Tanjong Karang,Selangor. 7 JULAI 2015.

Tuan,

Memohon Cuti Kerana Demam

Dengan segala dimaklumkan bahawa saya, Tan Xiao Qi tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari mulai esok 8 Julai 2015.

2.            Saya telah demam kerana meredah hujan ketika balik dari sekolah. Doktor menasihatkan saya agar berehat di rumah.

3.            Saya akan kembali semula ke sekolah pada 10 Julai. Rakan sekelas saya, iaitu Ali akan memaklumkan kepada saya semua kerja sekolah yang mesti dibuat.

4.            Diharap permohonan saya ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada cikgu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

-----------------(Tan Xiao Qi)

2

Page 3: Ciri Kawan Baik

Balas surat kepada rakan anda untuk memberitahunya tentang persediaan anda menghadapi peperiksaan akhir tahun.

No.228, Jalan Cheras 12, Taman Cheras Utama,

45600, Cheras, Selangor.

29 September 2009.

Menemui sahabatku Ahmad yang kini berada di Pulau Pinang, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,

Surat yang saudara kirimkan itu telah saya terima pada minggu lalu. Saya berasa amat kagum akan persediaan yang telah saudara ambil khas untuk mengharungi peperiksaan akhir tahun pada bulan Oktober nanti. Sememangnya saudara berfikiran jauh.

Untuk makluman saudara, saya juga sudah mula membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Tindakan awal saya ialah dengan membuat jadual belajar di rumah. Semua masa yang telah ditetapkan dalam jadual itu sudah saya patuhi agar proses ulang kaji saya lebih berkualiti dan konsisten.

Pada masa yang sama, saya juga mengikuti kelas tambahan yang disediakan oleh pihak sekolah saya. Kelas ini diadakan setiap hari Isnin bermula jam 4 petang hingga 6 petang. Kelas tambahan ini saya gunakan untuk mengukuhkan lagi kemahiran saya untuk menjawab soalan peperiksaan kelak.

Selain itu, saya juga telah menubuhkan satu kumpulan belajar. Kumpulan ini terdiri daripada empat pelajar sekelas saya dan kami bertemu dua kali seminggu yakni pada hari jumaat dan sabtu setiap jam 8 malam hingga 10 malam di rumah saya. Kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat supaya mampu menambahkan pengetahuan bersama.

Saya amat yakin jika saya berusaha lebih gigih, saya boleh memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun kelak lalu memberi sedikit harapan kepada ibu bapa saya.

Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih.

Yang benar, Ali

3

Page 4: Ciri Kawan Baik

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR

Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

No. 74, Tiram Buruk,45500Tanjung Karang, Selangor.

26 Januari 2011.

Menemui sahabatku Ali yang kini berada di Ipoh, semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Saudara,

Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

Semasa belajar di kelas , saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.

Selain itu, ibu bapa saya juga menghantar saya ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah untuk meminjam buku-buku rujukan. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Setakat ini sahaja yang dapat saya tuliskan. Akhir sekali, sambutlah salam mesra saya untuk saudara serta keluarga.

Sahabatmu,

.............................

4

Page 5: Ciri Kawan Baik

Aku sebuah Komputer Riba

Aku sebuah komputer riba yang berjenama Acer. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di Johor Bahru. Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam.

Selepas siap dibuat, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah kedai komputer dengan lori yang besar. Aku dipamerkan di dalam almari kaca. Aku diletakkan tanda harga RM 2499. Di sana,aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang berjenama lain.Kami mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan.

Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut.Dia ingin membeli komputer untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Selepas mendengar penerangan penjual komputer ,dia tertarik oleh kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku.Aku dibeli dan dibawa pulang ke rumah.Kehadiran aku disambut oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka.

Tuan aku bernama Bin Quan.Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab.Tuan aku menggunakan aku untuk melayari internet,mambuat projek sekolah,bermain permainan komputer atas talian dan sebagainya.Aku berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira bersama tuan aku.

Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Setiap kali selepas menggunakan aku,dia akan menutup aku dengan penutup plastik.Tuan aku mengelap aku pada setiap hujung minggu.Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.

Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku. Aku berjanji akan terus berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.

5