Ciri Pelajar Cemerlang

2
APLIKASI KAEDAH CSL PMR KARANGAN BAHAN RANGSANGAN Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang. Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Tugasan : ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang Tema : pelajar yang cemerlang Kata kunci : ciri-ciri PENDAHULUAN Ayat 1: TEMA Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.............................................................( sebutkan tema) saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Ayat 2 : TUGASAN Persoalannya, apakah...........................(salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?) Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan pelajar yang cemerlang saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang ? ISI PERTAMA (ISI) Pada pendapat saya, KATA KUNCInya + ialah + ISI 1 Ayat 1 Pada pendapat saya, salah satu cirinya ialah tekun. (HURAIAN + CONTOH Hal ini dikatakan demikian kerana + Contoh + Impak Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang rajin dan sentiasa mengulangkaji pelajaran akan mencapai kejayaan dalam akademik. ISI KEDUA (ISI + CONTOH) PENANDA WACANA + ISI + CONTOH + juga merupakan + TUGASAN Ayat 1 Selain itu, pelajar yang berbudi bahasa seperti menghormati guru-guru juga merupakan ciri pelajar yang cemerlang. (HURAIAN) Dengan ini + HURAIAN Ayat 2 Dengan ini, mereka akan disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan. ISI KETIGA (ISI + HURAIAN) KATA KUNCI + yang berikutnya ialah + ISI + HURAIAN Ayat 1 Ciri yang berikutnya ialah pelajar yang menghargai masa kerana masa lapang akan diisi dengan aktiviti yang mendatangkan faedah. (CONTOH) Sebagai contoh, + CONTOH Ayat 2 Sebagai contoh, mereka mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan. CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG Tekun Berbudi bahasa Menghargai masa

Transcript of Ciri Pelajar Cemerlang

Page 1: Ciri Pelajar Cemerlang

APLIKASI KAEDAH CSL PMR

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang. Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Tugasan : ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang Tema : pelajar yang cemerlang Kata kunci : ciri-ciri PENDAHULUAN

Ayat 1: TEMA

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.............................................................(sebutkan tema) saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita.

Ayat 2 : TUGASAN

Persoalannya, apakah...........................(salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?)

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan pelajar yang cemerlang saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang?

ISI PERTAMA

(ISI) Pada pendapat saya, KATA KUNCInya + ialah + ISI 1

Ayat 1 Pada pendapat saya, salah satu cirinya ialah tekun.

(HURAIAN + CONTOH Hal ini dikatakan demikian kerana + Contoh + Impak

Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang rajin dan sentiasa mengulangkaji pelajaran akan mencapai kejayaan dalam akademik.

ISI KEDUA

(ISI + CONTOH) PENANDA WACANA + ISI + CONTOH + juga merupakan + TUGASAN

Ayat 1 Selain itu, pelajar yang berbudi bahasa seperti menghormati guru-guru juga merupakan ciri pelajar yang cemerlang.

(HURAIAN) Dengan ini + HURAIAN

Ayat 2 Dengan ini, mereka akan disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan.

ISI KETIGA

(ISI + HURAIAN) KATA KUNCI + yang berikutnya ialah + ISI + HURAIAN

Ayat 1 Ciri yang berikutnya ialah pelajar yang menghargai masa kerana masa lapang akan diisi dengan aktiviti yang mendatangkan faedah.

(CONTOH) Sebagai contoh, + CONTOH

Ayat 2 Sebagai contoh, mereka mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Tekun Berbudi bahasa Menghargai masa

Page 2: Ciri Pelajar Cemerlang

KESIMPULAN

Saranan + Harapan

Rumus Kesimpulannya, + sasaran + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + agar + Harapan + Peribahasa

Ayat 1 Kesimpulannya, setiap pelajar mestilah berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang agar mereka berjaya dalam hidup kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Karangan Lengkap:

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan pelajar yang cemerlang saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang?

Pada pendapat saya, salah satu cirinya ialah tekun. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang rajin dan sentiasa mengulangkaji pelajaran akan mencapai kejayaan dalam akademik.

Selain itu, pelajar yang berbudi bahasa seperti menghormati guru-guru juga merupakan ciri pelajar yang cemerlang. Dengan ini, mereka akan disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan.

Ciri yang berikutnya ialah pelajar yang menghargai masa kerana masa lapang akan diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Sebagai contoh, mereka mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan.

Kesimpulannya, setiap pelajar mestilah berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang agar mereka berjaya dalam hidup kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!