ciri pidato

7
PANDUAN BERPIDATO Oleh Azlee Ashraf Bin Ruslee Universiti Keio, Tokyo 1.0 2.0 KONSEP PIDATO Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai yang dipanggil pemidato , mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup. 3.0 TUJUAN PIDATO Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato. Pemidato mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih dahulu. Beza Istilah Kita sering terkeliru dengan istilah pidato , ucapan , dan syarahan . Persamaan kesemua ini ialah, disampaikan oleh seorang penyampai kepada khalayak. Ini berbeza dengan bahas atau debat yang disampaikan secara berkumpulan bertujuan mengalahkan pihak lawan. Pada hemat saya, pada asasnya pidato dan syarahan sama. Tidak banyak perbezaan antara kedua- duanya kecuali konteks yang dilihat oleh masyarakat. Syarahan boleh dilihat daripada beberapa konteks. Yang pertama ialah konteks syariah dan akidah. Seringkali penyampaian yang berkisar akidah, syariah, sirah dan fiqah disebut syarahan. Pertandingan bercakap sempena Maal Hijrah juga disebut Pertandingan Syarahan . Yang kedua ialah penyampaian panjang lebar oleh tokoh-tokoh, khususnya ahli akademik berkenaan sesuatu. Ini juga dipanggil syarahan. Sebab itulah pendidik di universiti digelar pensyarah. Yang ketiga, seperti yang pertama tadi, tetapi tidak menyebut hal-hal kerukunan Islam dan iman, tidak menyebut sirah nabi dan lain-lain, juga disebut syarahan.

Transcript of ciri pidato

Page 1: ciri pidato

PANDUAN BERPIDATO

Oleh Azlee Ashraf Bin Ruslee

Universiti Keio, Tokyo

1.0

2.0 KONSEP PIDATO

Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh

seorang penyampai yang dipanggil “pemidato”, mengandungi pendahuluan, isi, dan

penutup.

3.0 TUJUAN PIDATO

Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam

masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato.

Pemidato mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih dahulu.

Beza Istilah

Kita sering terkeliru dengan istilah “pidato”, “ucapan”, dan “syarahan”. Persamaan

kesemua ini ialah, disampaikan oleh seorang penyampai kepada khalayak. Ini berbeza

dengan bahas atau debat yang disampaikan secara berkumpulan bertujuan

mengalahkan pihak lawan. Pada hemat saya, pada asasnya pidato dan syarahan

sama. Tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya kecuali konteks yang dilihat oleh

masyarakat. Syarahan boleh dilihat daripada beberapa konteks. Yang pertama ialah

konteks syariah dan akidah. Seringkali penyampaian yang berkisar akidah, syariah,

sirah dan fiqah disebut syarahan. Pertandingan bercakap sempena Maal Hijrah juga

disebut “Pertandingan Syarahan”. Yang kedua ialah penyampaian panjang lebar oleh

tokoh-tokoh, khususnya ahli akademik berkenaan sesuatu. Ini juga dipanggil syarahan.

Sebab itulah pendidik di universiti digelar pensyarah. Yang ketiga, seperti yang pertama

Page 2: ciri pidato

tadi, tetapi tidak menyebut hal-hal kerukunan Islam dan iman, tidak menyebut sirah nabi

dan lain-lain, juga disebut syarahan.

Yang disebut pidato ialah syarahan, tetapi dalam konteks yang pertama dan ketiga.

Konteks kedua tidaklah dipanggil pidato kerana ia merupakan persembahan yang

menggunakan teks dan bahan rujukan yang banyak semasa menyampaikan.

Sementara ucapan pula membawa maksud yang berbeza. Ucapan biasanya berkaitan

dengan sesuatu majlis atau upacara, dibuat semasa awal atau akhir majlis tersebut

berlangsung. Ucapan biasanya boleh menyentuh hal-hal lain selain topik yang

diberikan, atau juga boleh menyentuh dua tiga perkara sekali gus, tidak seperti pidato

yang hanya bertumpu kepada satu topik sahaja. Memilih dan Memahami Tajuk

Sekiranya tajuk boleh dipilih, kita hendaklah memilih tajuk yang mana kita

berpengalaman atau berpengetahuan luas tentangnya. Hal ini demikian supaya kita

yakin dengan apa yang disampaikan. Bermula dengan keyakinan diri sendirilah kita

dapat meyakinkan hadirin. Walau bagaimanapun, sekiranya tajuk tidak diberi pilihan,

kita hendaklah memahami dahulu tajuk yang diberi, seterusnyua membuat kajian dan

bacaan yang mendalam tentangnya. Konsep sesuatu tajuk itu perlu difahami terlebih

dahulu. Misalnya, jika diberi tajuk “Negara Kita Tanggungjawab Kita”, apakah yang

dikehendaki oleh tajuk tersebut? Sekali lalu memang sukar untuk memikirkan apa yang

boleh kita cakapkan tentang tajuk tersebut. Tetapi kita boleh analisis. Adakah tajuk itu

mahukan “kesan”, “faktor”, “peranan” ataupun ia mahu dilihat daripada pelbagai

“konteks”. Dalam memahami tajuk yang bersifat umum seperti ini, terpulang kepada kita

bagaimana membawanya. Sekiranya kita ingin menganggapnya sebagai “kesan”, maka

kita boleh bawa tajuk itu sebagai “Apakah kesan sekiranya rakyat bertanggungjawab

terhadap negara”, tetapi sekiranya peranan, maka kita boleh membawanya “Apakah

peranan kita sebagai warga Malaysia” dan sebagainya. Sekiranya kita mahu melihatnya

daripada pelbagai “konteks”, maka kita boleh melihat tanggungjawab kita dalam

konteks ekonomi, sosial dan sebagainya. Sekiranya tajuk yang lebih spesifik diberi

seperti “Peranan Pelajar Dalam Arus Globalisasi”, maka lebih mudah. Tak perlu pening-

pening memikirkan apa yang dikehendaki tajuk. Sudah tentu peranan yang

dikehendaki. Cuma jangan lupa kaitkan dengan arus globalisasi.

Page 3: ciri pidato

Lain dengan Bahas (Debat)!

Dalam memahami tajuk juga, pidato sedikit berbeza dengan bahas. Dalam bahas,

konsep sesebuah tajuk (usul dalam istilah bahas) itu perlu difahami dengan teliti supaya

dapat menyerang lawan dengan berkesan dan dapat melindungi diri di sebaliknya.

Dalam bahas, kita harus berhati-hati dengan perkataan-perkataan seperti “mampu”,

“berupaya”, “asas”, “pemangkin”, “penggerak” dan beberapa perkataan lagi.

Sebagai contoh, “Akhbar Utusan Mampu Membentuk Akhlak Masyarakat”. Kenyataan

ini boleh difahami dengan dua cara. Yang pertama, “ada atau tidak” kemampuan

akhbar Utusan membentuk akhlak masyarakat. Sekiranya faktor yang membentuk

akhlak itu ada, walaupun satu peratus, maka dikira akhbar utusan mampu! Misalnya,

akhbar Utusan mempunyai pembaca yang ramai dan penulis yang berpengaruh dan

berpengalaman. Maka ini menjamin akhbar tersebut berkemampuan membentuk akhlak

masyarakat. Soal masyarakat sekarang rosak akhlaknya atau tidak, tidak timbul sama

sekali, kerana kita hanya membicarakan kemampuan akhbar itu sahaja, bukan

kesannya.

Cara kedua memahaminya ialah, akhbar Utusan itu “mampu”, sekiranya ia terbukti

berjaya mendidik masyarakat. Sekiranya orang yang membaca Utusan mengubah

tingkahlakunya, daripada jahat kepada baik, daripada tak suka tolong orang kepada

suka menderma, maka akhbar Utusan dikira mampu membentuk akhlak masyarakat.

Faktor-faktor kebolehan penulis Utusan, dan bilangan pembaca yang ramai tidak dilihat,

kerana kesan akhirnya, adakah masyarakat itu terbentuk akhlaknya atau tidak jauh

lebih penting. Kedua-duanya logik! Maka sebab itulah bahas memerlukan pemahaman

konsep sesuatu usul itu dengan jelas. Dalam kes Utusan ini, pihak kerajaan

(pencadang) akan menggunakan pemahaman cara pertama sementara pembangkang

pula cara kedua. Peluang untuk menang adalah 50-50 untuk kedua-dua pasukan, cuma

cara pembawaan yang meyakinkanakan menentukan kemenangan. Cukup cerita

bahas. Dalam pidato, pemahaman konsep yang begitu teliti sebegini adalah tidak perlu,

kerana kita bukan bertikam lidah ketika berpidato. Tiada siapa untuk dilawan. Ingat

tujuan asal pidato, menyampai dan meyakinkan. Maka jika diberi tajuk “Akhbar Utusan

Mampu Membentuk Akhlak Masyarakat”, seperti yang telah dibincangkan tadi, analisis

Page 4: ciri pidato

tajuk ini, dan fikirkan isi-isi yang meyakinkan. Yang lebih penting daripada isi ialah cara

pembawaan!

Sangat-sangat penting : Masa

Masa sangat-sangat penting. Sangat-sangat! Pidato mesti dirancang dengan baik

supaya tamat tepat pada masanya. Tak ada gunanya bagi isi yang bernas mana

sekalipun, setelah loceng penamat diberikan. Selain tiada markah diberikan, kredibiliti

seorang pemidato akan jatuh apabila terlebih masa. Masa yang diberi berbeza-beza

mengikut pertandingan (sekiranya ia pertandingan). Pidato Piala Diraja memberi 7 minit

kepada setiap peserta. Pendahuluan dan penutup ialah syarat wajib. Antara kedua-

duanya, rancanglah isi. Untuk pidato 7 minit seperti Piala Diraja, berilah empat isi.

Tetapi terdapat juga pidato yang agak pelik seperti Pidato Kepenggunaan yang

mengharapkan semakin banyak isi semakin baik. Untuk pidato seperti ini, berilah 7-8

isi. Terpaksa kurangkan huraian dan contoh. Berlatih banyak kali dengan mengset

masa, sekiranya terlebih, potong mana-mana bahagian yang kurang penting.

Bagaimanapun, sekiranya pada hari pertandingan masa kita terlebih daripada apa yang

dijangka, ingatlah, mengakhiri lebih baik daripada tergantung. Biasanya loceng akan

dibunyikan seminit yang terakhir. Sekiranya kita belum masuk bahagian penutup

apabila loceng ini dibunyikan, dan banyak lagi yang perlu dipidatokan, lupakan sahaja.

Cepat-cepat habiskan isi yang sekarang, dan terus masuk ke penutup. Yang penting,

sebelum loceng tamat dibunyikan, penutup berjaya dihabiskan.

Kalau terlebih setakat 5 saat, masih boleh dimaafkan. Walaupun kita rasa kecewa

kerana banyak isi tidak dapat disampaikan, tetapi jangan lupa, tiada siapa yang tahu

kecuali diri kita sendiri. Untung-untung hakim tak sedar. Yang lebih penting ialah, kita

berjaya berpidato dengan lancar dan profesional.

Pendahuluan, Isi dan Penutup

Cara memulakan pidato bergantung. Ada yang memulakan dengan petikan kata-kata,

pernyataan dan sebagainya. Yang penting pendengar dapat gambaran sedikit

sebanyak tentang apa yang bakal disampaikan nanti.

Page 5: ciri pidato

Isi yang baik pula haruslah mengandungi huraian dan contoh, seperti mana cikgu

darjah 3 anda telah ajar. Namun terdapat keadaan di mana contoh sukar diberi. Dalam

keadaan ini, statistik, keadaan semasa, kata-kata bidalan atau kata-kata orang ternama

dapat menyelamatkan keadaan.

Pada penutup pula eloklah diulang semula isi yang telah kita sampaikan. Kemudian,

nasihat dan ajakan amat sesuai semasa mengakhiri bicara.

Gaya dan Penampilan

Mata dan Kepala

Mata hendaklah memandang muka hadirin dengan adil, kiri, kanan, depan, belakang,

dan tengah, bukan memandang lantai atau siling. Pandangan yang tajam akan

menampakkan keyakinan.

Tangan

Kadangkala sukar mengawal pergerakan tangan kita. Maka cara terbaik ialah…biarkan

tangan anda bergerak sesuka hatinya.

Mulut

Cuba senyum selalu

Intonasi

Jangan bercakap menjerit-jerit atau terlalu perlahan. Gunakan nada semulajadi dan

kawal supaya kelihatan profesional.

Humor

Selitkan unsur-unsur humor. Jangan terlampau banyak.

Emosi

Emosi harus dikawal supaya tidak keterlaluan. Jauhkan daripada mengkritik pihak-pihak

tertentu atau menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan.

Page 6: ciri pidato

Pakaian

Untuk lelaki, pakailah suit kemas bertali leher dan berkasut kulit. Atau sebagai

alternative, pakailah baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Ingat, pakaian

lengkap sangat penting. Jangan sekali-kali berkasut sukan Adidas atau Converse,

walaupun mahal dan baru. Pakailah kasut kulit. Juga jangan berbaju Melayu tidak

bersampin, bersongkok atau berbutang. Jaga kredibiliti dan profesionalisme anda

(dengan kata lain, kemachoan anda).

Bagi perempuan, saya tidak begitu arif, tetapi suit nampak paling sesuai. Kemaskan

tudung atau uruskan rambut dengan rapi.

Bersedia, Bersedia, Bersedia

Yang paling penting ialah bersedia. Kalau anda boleh ulang teks sebanyak 100 kali,

ulanglah. Sampai hafal. Adanya teks di tangan menunjukkan anda tidak cukup bersedia

ketika berpidato. Kalau dibenarkan melihat point-point sekalipun, serlahkan kemachoan

anda dengan tidak membawa apa-apa di tangan. Yang penting, bersedialah, sehingga

ke saat terakhir. Yang membentuk kesempurnaan anda ialah kesediaan anda.

Ambil Perhatian

Pidato Konvensional dan Pidato Gaya Baru Penyampaian pidato telah banyak berubah,

tapi sayang, ramai yang tidak menyedarinya. Pidato Gaya Lama ialah pidato pada

tahun-tahun 70-an, 80-an dan awal 90-an. Pada akhir 1990-an, gaya pidato telah

berbah. Kami menggelar pidato gaya lama ini sebagai Pidato Konvensional. Yang

dimaksudkan Pidato Konvensional ini ialah, pidato dengan ayat yang berbunga-bunga,

analogi yang panjang, dan pidato yang berirama mendayu. Diberikan di sini beberapa

unsur konvensional;

_ “Pada hari yang berbahagia ini, …”

_ “Berdirinya saya di sini ialah untuk …”

_ Pantun, syair, gurindam yang tidak berkaitan dengan isi

dan lain-lain. Dalam pidato konvensional juga, lentok bahasanya ada satu fesyen

tertentu, tetapi sukar saya ekspresikan dalam tulisan ini. Mungkin bila kita berjumpa

boleh saya ajukkan.

Page 7: ciri pidato

Pidato Gaya Baru pula lebih ringkas dan padat, tetapi mudah difahami. Bukan

maksudnya pidato gaya baru ini bosan, sebaliknya humor yang diselitkan juga lebih

berkualiti. Oleh itu nasihat saya, elakkanlah Pidato Konvensional di zaman moden ini.

Ada sesetengah orang boleh geli telinga mendengarnya. Pidato kini lebih berpijak di

bumi nyata, hampir menyerupai ucapan ahli-ahli politik yang meyakinkan sekalian

jelata. Sekali lagi, Pidato dan Bahas Berbeza!

Ramai yang gagal membezakan keduanya. Berikut saya senaraikan beberapa

kesilapan semasa berpidato kerana menggunakan gaya bahas;

• Definisi

Dalam bahas, definisi amat penting. Dalam contoh akhbar Utusan tadi sebagai contoh,

perkataan “mampu” mesti didefinisikan setepat-tepatnya supaya pihak lawan tiada

ruang untuk menyerang. Bagaimanapun, dalam pidato, tiada siapa untuk dilawan. Yang

penting ialah menyampai dan meyakinkan hadirin. Maka pendefinisian tidak perlu sama

sekali. Mungkin pendefinisian ada dalam format Pidato Konvensional (saya pun tak

tau). Tapi jangan sama sekali lakukannya dalam pidato zaman moden ini.

• Hujah dan katakunci

Ramai yang suka memberi pengenalan hujah, sebagai contoh “Hujah saya yang

pertama ialah…melalui kata kunci…”. Yang pertamanya istilah hujah tiada dalam

bidang pidato. Begitu juga dengan kata kunci. Yang keduanya, dalam pidato tidak perlu

memperkenalkan isi yang akan kita bicarakan. Teruskan sahaja dengan isi. Perjalanan

pengucapan hendaklah lancer tanpa ada “isi pertama”, “isi kedua” dan sebagainya.

Cukup dengan menyebutnya semasa penutup sahaja.

Kesimpulan Beberapa Perkara Penting

• Tujuan pidato ialah menyampai dan meyakinkan

• Pemilihan dan penghayatan tajuk sangatlah penting

• Format pendahuluan, isi dan penutup hendaklah difahami betul-betul

• Berhati-hati dengan perbezaan-perbezaan pidato dan bahas

• Gunalah Pidato Gaya Baru, tinggalkan Pidato Konvensional

• Rancang penggunaan masa dengan baik

• Menghabiskan pidato lebih baik daripada menyampaikan semua isi walaupun masa

tak cukup

Page 8: ciri pidato

• Kawal penampilan diri, gaya dan pandangan mata

• Bersedia, bersedia, bersedia

Saya ucapkan selamat berjaya kepada anda. Sila hubungi saya untuk sebarang

pertanyaan atau teguran tentang tulisan ini.

Sekian.

Azlee Ashraf Bin Ruslee

http://merdeka.msaj.net

[email protected]