Ciri Seleweng Akidah Batiniah

6
Ciri-ciri Penyelewengan Akidah Batiniah Apabila kita kaji dan teliti terhadap latar belakang dan asas pembawa atau juga tokoh yang mempelopori ajaran dan fahaman Batiniah itu, jelas kepada kita bahawa ajaran dan fahaman yang mereka bawa itu menyeleweng daripada akidah Islam yang benar. Untuk itu, sesiapa yang turut serta mengikuti jaran itu juga dikira sebagai menyeleweng. Fahaman Batiniah adalah menyeleweng daripada landasan Islam. Antara fahaman dan asas bertentangan dengan Islam dan akidah Islam dalam Batiniah ialah: Segala pengajaran dan ilmu yang benar bagi mereka ialah ilmu yang mereka terima yang dibawa oleh imam yang maksum sahaja, sedangkan daripada selain daripada imam yang maksum itu tidak diterima oleh mereka dan mereka menolaknya. Hal ini bertetengan dalam Islam, kerana Islam mengajak semua orang menyeru kea rah kebenaran dan mencegah kebatilan. Fahaman tersebut juga salah kerana tiada sesiapa pun yang maksum atau semua manusia melakukan kesalahan, kecuali nabi dan rasul sahaja. Menurut fahaman Batiniah, akal manusia sama sekali tidak dapat menyampaikan kepada kebenaran. Dimana melalui imam sahaja manusia dapat mencapai kebenaran dan hakikat dan dapat mendampingi dan mengenal Allah serta untuk menyelami rahsia syarak. Ini juga bertentagan dengan ajaran Islam,dimana Islam menerima akal sebagai wasilah untuk mencapai kebenaran, Cuma akal tidak boleh mencapai hakikat

description

Ciri Seleweng Akidah Batiniah

Transcript of Ciri Seleweng Akidah Batiniah

Page 1: Ciri Seleweng Akidah Batiniah

Ciri-ciri Penyelewengan Akidah Batiniah

Apabila kita kaji dan teliti terhadap latar belakang dan asas pembawa atau juga tokoh yang

mempelopori ajaran dan fahaman Batiniah itu, jelas kepada kita bahawa ajaran dan fahaman

yang mereka bawa itu menyeleweng daripada akidah Islam yang benar. Untuk itu, sesiapa yang

turut serta mengikuti jaran itu juga dikira sebagai menyeleweng. Fahaman Batiniah adalah

menyeleweng daripada landasan Islam. Antara fahaman dan asas bertentangan dengan Islam

dan akidah Islam dalam Batiniah ialah:

Segala pengajaran dan ilmu yang benar bagi mereka ialah ilmu yang mereka terima yang

dibawa oleh imam yang maksum sahaja, sedangkan daripada selain daripada imam yang

maksum itu tidak diterima oleh mereka dan mereka menolaknya. Hal ini bertetengan

dalam Islam, kerana Islam mengajak semua orang menyeru kea rah kebenaran dan

mencegah kebatilan. Fahaman tersebut juga salah kerana tiada sesiapa pun yang

maksum atau semua manusia melakukan kesalahan, kecuali nabi dan rasul sahaja.

Menurut fahaman Batiniah, akal manusia sama sekali tidak dapat menyampaikan

kepada kebenaran. Dimana melalui imam sahaja manusia dapat mencapai kebenaran

dan hakikat dan dapat mendampingi dan mengenal Allah serta untuk menyelami rahsia

syarak. Ini juga bertentagan dengan ajaran Islam,dimana Islam menerima akal sebagai

wasilah untuk mencapai kebenaran, Cuma akal tidak boleh mencapai hakikat kebenaran

sepenuhnya. Kerana akal itu terbatas untuk menyelami yang ghaib. Untuk itu,akal

hendaklah dibantu oleh pancaindera dan wahyu daripada Allah serta ajaran yang

dibawa oleh Rasul. Al-Quran banyak mengajak manusia menggunakan akal supaya

memikirkan kejadian dan untuk pengukuhan akidah.

Antara lain, fahaman Batiniah mengatakan Imam sahaja yang dapat menyelesaikan

semua masalah dan membuktikan kebenaran. Ini salah, kerana Allah sahaja yang dapat

menyelesaikan masalah. Antara lain juga, Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad

sebagai rasul terakhir yang membawa al-Quran dan hadis. Kedua-duanya sahaja yang

mesti dituruti dan sudah lengkap.

Page 2: Ciri Seleweng Akidah Batiniah

Fahaman Batiniah juga mengatakan dan berpendapat pada setiap zaman itu mesti

muncul dan akan lahir imam maksum yang menjadi ikutan dan pemimpin dan

menunjukkan ke arah kebenaran.

Matlamat Batiniah

Matlamat batiniah membuat takwilan dalam zahir syarak dan membuat tafsiran batin dan

takwilan sesuka hati ialah:-

Untuk menolak kerasulan Nabi Muhammad, kerana ia hanya membawa taklif zahir,

manakala batinnya hanya Allah yang tahu.

Tujuan mereka berbuat begitu untuk merosakkan anjaran Islam.

Tujuan mereka untuk membatalkan hukum Fekah, di samping menghina dan mencaci

Nabi Muhammad.

Hukum dan Bahaya Batiniah

Untuk menilai dan menjelaskan berkaitan dengan bahaya Batiniah ini, di sini dibentangkan

beberapa pendapat ulama,antaranya ialah:-

Al-Baghdadi, iaitu Imam Abdul Qahar al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq Baina al-Firaq

Wa Bayan al-Firqah al-Najiyah Minhum berkata: Dimana bahaya terhadap umat Islam

sebenarnya lebih bahaya daripada pengaruh atau musuh Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Menurut al-Baghdadi lagi, Batiniah itu malahan lebih bahaya daripada Dajjal. Alasan

beliau berkata demikian, kerana orang yang sesat disebabkan ajaran Batiniah itu

semenjak daripada awal kemunculannya hingga sekarang lebih ramai berbanding

mereka yang akan disesatkan oleh Dajjal apabila ia muncul kelak. Antara lain juga, alas

an beliau ialah kerana masa berlaku fitnah Dajjal itu tidak lebih daripada 40 hari sahaja,

Page 3: Ciri Seleweng Akidah Batiniah

namun bahaya dan fitnah Batiniah ini lebih banyak daripada bilangan pasir dan titisan

hujan.

Menurut pendapat dan fatwa yang dikeluarkan oleh al-‘Allamah Abu Muhammad

Uthman bin Abdullah bin al-Hassan al-‘Iraqi al-Hanafi dalam kitabnya: al-Firq al-

Muftariqah Baina Ahl al-Zaigh Wa al-Zandiqah beliau berkata: Batiniah menyangka

bahawa yang zahir itu adalah kulit dan yang batin itu adalah isi atau biji, maka tidak syak

lagi bahawa biji atau isi itulah yang lebih baik daripada kulit. Mereka juga menyangka

bahawa yang batin itu adalah erti, maka tidak syak lagi bahawa tujuan yang sebenarnya

ialah ertinya, bukan lafaz atau symbol itu.

Pegangan dan tuntutan mereka seperti itu ialah supaya sampai kepada al-Khul’

atau perlepasan. Maka apabila telah sampai kepada peringkat perlepasan atau

perlucutan, mereka meninggalkan segala amalan zahir syarak. Justeru itulah mereka

berkata: Apabila benarlah yang zahir itu, jadi tanda Tanya kepada erti yang batin dan

erti itulah yang dimaksudkan dan bukannya lafaz. Untuk itu maka benarlah segala

amalan yang zahir itu tidak wajib.

Lantaran itu, apabila seseorang itu telah sampai ke peringkat tersebut, iaitu

mengingkarkan syariat atau ketetapan wajib bererti ia telah terkeluar daripada landasan

Islam dan menyeleweng daripada akidah Islam dan dikira kafir.

Begitu juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh al-Baghdadi, di mana beliau telah

menyatakan terdapat sebanyak 72 puak yang telah menurut pengaruh hawa nafsu, yang

mana mereka mengakui atau dikatakan masih berbaur dengan Islam.

Walaubagaimanapun, di kalangan 72 puak yang dijelaskan itu tidak termasuk Batiniah.

Ini menggambarkan kepada kita bahawa Batiniah itu adalah sesat dan kafir. Hal itu

kerana Batiniah itu tidak lagi berpegang dengan Usul agama atau akidah atau furu’nya.

Antara lain, mereka ini menurut al-Baghdadi adalah penyebar ajaran Majusi yang mana

mereka telah mentakwilkan syariat Islam yang boleh membawa kepada ajaran Majusi.

Imam al-Ghazali berpendapat, Batiniah ini secara jelas dan terang-terang memusuhi

Islam dan umat Islam. Akidah dan amalan mereka adalah menyalahi Islam sama sekali.

Pada zahirnya nampak mereka Islam, tetapi sebenarnya mereka itu kufur. Imam al-

Page 4: Ciri Seleweng Akidah Batiniah

Ghazali menambah lagi, bagi Batiniah, semua pengetahuan itu boleh dicapai dan boleh

didapati daripada Imam maksum. Akal sama sekali tidak dapat mencapai kebenaran.

Imam atau guru itu sahaja yang dapat mendampingi tuhan untuk menyelami rahsia

syarak. Imam itulah yang menetukan kebenaran dn menyelesaikan segala

permasalahan. Pada setiap zaman mesti ada Imam yang maksum yang menjadi tempat

tumpuan dalam urusan dan perkara agama.

Sebagai rumusannya, ulama tidak sepakat mengenai hukum terhadap Batiniah dan

pengikut mereka, iaitu:

Ada pendapat mengatakan hukum terhadap mereka ialah sebagaimana hukum

terhadap Majusi. Iaitu harus dikenakan Jizyah, haram makan binatang

sembelihan mereka dan haram menghawini permpuan mereka.

Ada pendapat lain mengatakan bahawa hukuj ke atas mereka adalah

sebagaimana orang murtad, mereka mestilah bertaubat jikalau tidak, mereka

mestilah dibunuh.

Ada pendapat lain lagi mengatakan, iaitu pendapat Imam Malik berkata: taubat

penganut Batiniah dan Zindiq adalah tidak diterima, sekiranya ia sudah tahu itu

adalah ajaran Batiniah dan Zindiq. Namun taubat mereka boleh diterima

sebelum mereka mengetahuinya.