Ciri2 Pengucapan Yang Baik Dan Berkesan

6
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL (JPM BM3311D1) Pengucapan dan penyampaian yang berkesan umpama sebuah percintaan. Sebuah percintaan adalah ideal apabila berlakunya perkongsian perasaan yang difahami oleh kedua-dua individu yang sedang bercinta. Kejayaannya adalah apabila dipraktikkan dengan kesungguhan dan komitmen daripada kedua-dua belah pihak. Seni pengucapan awam sama ada pidato, debat perbahasan, pembentangan, forum atau syarahan merupakan satu seni unik yang bukan semua orang berbakat menguasainya.Pengucapan awam dari segi definisi bermaksud pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).Pengucapan awam ini walaupun sukar dikuasai namun terdapat teknik tertentu bagi melatih dan memberi keyakinan kepada mereka yang ingin membabitkan diri dalam pertandingan pidato, debat atau syarahan.Apa yang penting setiap mereka yang ingin menguasai seni pengucapan awam yang baik perlu melakukan latihan yang konsisten selain memberi komitmen yang tinggi untuk membolehkan mereka menghilangkan rasa gugup dan tidak yakin . Latihan yang kerap seperti berlatih di hadapan cermin juga dapat membantu menghilangkan rasa gugup selain membolehkan kita mengesan sebarang kesalahan dan mengenalpasti bahasa tubuh yang sesuai. Masalah yang sering dialami pembahas ialah gemuruh kerana terpaksa berdepan dengan khalayak namun ini dapat diatasi sekiranya persediaan rapi dibuat. Pemidato yang baik akan dapat menyesuaikan ucapan dan teknik penyampaiannya bergantung kepada siapa

description

Ciri2 Pengucapan Yang Baik Dan Berkesan

Transcript of Ciri2 Pengucapan Yang Baik Dan Berkesan

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL (JPM BM3311D1)

Pengucapan dan penyampaian yang berkesan umpama sebuah percintaan. Sebuah percintaan adalah ideal apabila berlakunya perkongsian perasaan yang difahami oleh kedua-dua individu yang sedang bercinta. Kejayaannya adalah apabila dipraktikkan dengan kesungguhan dan komitmen daripada kedua-dua belah pihak. Seni pengucapan awam sama ada pidato, debat perbahasan, pembentangan, forum atau syarahan merupakan satu seni unik yang bukan semua orang berbakat menguasainya.Pengucapan awam dari segi definisi bermaksud pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).Pengucapan awam ini walaupun sukar dikuasai namun terdapat teknik tertentu bagi melatih dan memberi keyakinan kepada mereka yang ingin membabitkan diri dalam pertandingan pidato, debat atau syarahan.Apa yang penting setiap mereka yang ingin menguasai seni pengucapan awam yang baik perlu melakukan latihan yang konsisten selain memberi komitmen yang tinggi untuk membolehkan mereka menghilangkan rasa gugup dan tidak yakin .

Latihan yang kerap seperti berlatih di hadapan cermin juga dapat membantu menghilangkan rasa gugup selain membolehkan kita mengesan sebarang kesalahan dan mengenalpasti bahasa tubuh yang sesuai. Masalah yang sering dialami pembahas ialah gemuruh kerana terpaksa berdepan dengan khalayak namun ini dapat diatasi sekiranya persediaan rapi dibuat. Pemidato yang baik akan dapat menyesuaikan ucapan dan teknik penyampaiannya bergantung kepada siapa yang akan mendengar ucapan terbabit bagi memastikan pendengar dapat menerima mesej dengan jelas. Komunikasi yang bermaksud untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Aristotle telah menyenaraikan lima unsur penting untuk pembentukan sesuatu pengucapan umum, iaitu idea pokok yang diperkatakan dalam ucapan, gaya atau bahasa yang digunakan oleh penyampai, pengolahan idea penyampai ucapan dan kebolehan penyampai memberikan ucapan berdasarkan ingatannya .CIRI-CIRI PENGUCAPAN

Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan umum.. Contohnya jika berlaku di tempat awam. Pengucapan umum berlaku di tempat awam seperti di dalam kelas, bilik, dewan kuliah, atau ditempat-tempat orang ramai boleh berhimpun dan melibatkan bilangan sasaran yang ramai. Dalam pengucapan, penceramah ialah sumber penyampai dan audien yang mendengar ceramah ialah penerima maklumat yang ingin disampaikan. Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah.Pengucapan terjadi secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu. Penceramah tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi antara individu kerana faktor jarak dan jumlah orang yang lebih ramai. Pengisian ceramahnya telah dirancang lebih awal berdasarkan siapakah yang akan hadir untuk mendengar ucapan itu. Begitu juga dengan suasana penyampaian ceramah memang telah distrukturkan dengan agenda-agenda tertentu. Contohnya, siapakah yang akan memperkenalkan penceramah, bilakah penceramah akan memulakan ceramahnya dan bilakah masa orang ramai boleh mengemukakan soalah kepada penceramah.PENGUCAPAN YANG BERKESAN

Pengucapan boleh menghasilkan hubungan mesra antara audien dan penyampai. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menghasilkan ucapan yang berkesan. Penyampai mestilah pandai menyesuaikan ucapannya dengan keperluan khalayak. Melalui maklum balas, penyampai perlulah tahu mengawasi maklumat dan kesanmesejnya ke atas khalayak. Untuk menilainya, si perucap perlu memberi perhatian kepada khalayak. Memberi perhatian kepada maklum balas khalayak. Maklum balas yang diterima daripada khalayaklah yang memberitahu penyampai sama ada analisis khalayak itu telah berjaya ataupun penyampaian berjaya difahami oleh khalayak. Ia boleh terjadi dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Hal ini berlaku sebaik sahaja penyampai melihat khalayaknya.

Kefasihan berucap merupakan satu faktor yang penting kepada seorang yang ingin ingin menyampaikan sesuatu ucapan. Sudah menjadi sesuatu yang normal apabila dikaitkan dengan seorang pemidato, maka biasanya ia dikaitkan dengan kebolehan berucap di khalayak ramai. Kita biasa memberikan reaksi yang negatif apabila mendengar ucapan yang tergagap-gagap, tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap. Justeru itu kita dapati pengacara, juruhebah, pemidato malah penjual ubat di kaki-kaki lima yang begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita. Kemahiran berucap atau kefasihan bercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Walau bagaimanapun kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Situasi ini boleh didapati di intitusi pendidikan menengah,tinggi seperti pidato, bersyarah, berbahas dan lain-lain. Sekiranya kurang latihan, meskipun berilmu pengetahuan tinggi mereka tidak boleh bercakap dengan fasih tetapi ramai orang yang kurang ilmu boleh bercakap dengan fasih dan cemerlang.

Berbalik kepada cara penyampaian terdapat satu kaedah yang dipanggil pengucapan berinformasi. Ini bermaksud berucap untuk menyebarkan pengetahuan dan kefahaman bagi memajukan sesuatu isu atau permasalahan yang dibawa. Di sini penceramah amat perlu mengadaptasikan pengetahuannya ke suatu tahap sejajar dengan pendengarnya dan perkara ini amat kritikal difahami kerana ragam pendengar sukar diramalkan. Untuk memaksimumkan pembelajaran pula, mengaplikasikan informasi pengucapan anda memungkinkan hasil yang jauh lebih baik.

Bagi meningkatkan lagi asas pengucapan, kita perlu menguasai pengetahuan, informasi dan kefahaman supaya pengucapan anda nampak hebat; khususnya bahagian-bahagian seperti pengenalan, badan pengucapan dan rumusan yang mantap seperti mana yang banyak ditulis untuk dicontohi.Pengucapan yang mempunyai struktur yang jelas dan mempunyai hubung kaitnya antara satu sama lain akan memudahkan penyampaian mesej dan seterusnya memudahkan penerimaan mesej oleh pendengar.

Pandangan pertama pendengar kepada penceramah amat penting dari aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua khalayak anda. Kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi pendengar yang hadir perlu diutamakan.Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan khalayak anda supaya dapt diwujudkan keserasian antara penceramah dengan pendengar. Audien menilai perucap termasuk cara berpakaian, berjalan ke tempat ucapan, gerak-geri fizikal dan lain lain.sekiranya penceramah tidak menjaga peribadi dan perwatakan,sudah semestinya pendengar akan memandang rendah kepada penyampai dan seterusnya tumpuan kepada isi penyampaian tidak akan sampai kepada pendengar.

Kepercayaan diri juga harus dimiliki oleh penyampai. Dengan adanya rasa percaya diri pada penyampai akan membuat penyampai tersebut merasa yakin dalam menyampaikan informasi kepada para pendengar. Kepercayaan diri tersebut dapat diperoleh melalui berbagai cara. Cara-cara yang perlu dilakukan sebelum menyampaikan informasi tersebut di antaranya iaitu, seorang penyampai mahupun penceramah mestilah mampu menguasai hal-hal informasi yang ingin disampaikan kepada pendengar dengan baik. Jadi sebaiknya para penyampai terlebih dahulu mempelajari dengan lebih mendalam tentang apa yang akan disampaikannya. Agar penyampai tersebut mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai persiapan yang kukuh dan tidak gentar dalam menyampaikan sesuatu pengucapan.

Kesimpulannya, dengan memahami struktur penyampaian dan pengucapan ini dalam menimbulkan minat kepada pendengar dan satu proses interaksi yang positif dapat diwujudkan. Perucap yang cemerlang merupakan perucap yang sentiasa berupaya dalam menyampaikan setiap ucapannya dengan baik dan berkesan tanpa mengira audiens, suasana, dan saluran berucap.