CITRA BM TAHUN5.doc

32
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 SJK DAERAH JOHOR BAHRU MODUL 1 TAJUK : ANAK EMAS BESTARI KAMUS : Anak tunggal Taman bunga Menghormati Hadir Menyayangi Berekreasi Kemahuan Sombong Menyambut Memuji KARANGAN: Ramu ialah anak tunggal kepada pasangan Encik Raju dan Puan Kumari. Encik Raju dan Puan Kumari sangat menyayangi Ramu. Segala kemahuan anak kesayangan mereka itu akan dituruti. Pada minggu lepas, Ramu menyambut hari lahirnya yang kesembilan di rumahnya. Ramai rakannya hadir di majlis itu. Rosni berasa gembira kerana mendapat hadiah daripada rakan- rakannya. Di sekolah, Rosni tidak pernah bersikap sombong dan berkasar dengan rakan-rakannya. Dia sentiasa menghormati kawan-kawan dan guru-gurunya. Gurunya selalu memuji sikap Ramu. Setiap hujung minggu, mereka sekeluarga bersama-sama pergi ke taman bunga yang berhampiran rumah mereka untuk berekreasi. 1

Transcript of CITRA BM TAHUN5.doc

MODUL 1

CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 SJK DAERAH JOHOR BAHRU

MODUL 1

TAJUK : ANAK EMAS BESTARI KAMUS :Anak tunggalTaman bunga

MenghormatiHadir

MenyayangiBerekreasi

KemahuanSombong

MenyambutMemuji

KARANGAN:

Ramu ialah anak tunggal kepada pasangan Encik Raju dan Puan Kumari. Encik Raju dan Puan Kumari sangat menyayangi Ramu. Segala kemahuan anak kesayangan mereka itu akan dituruti.

Pada minggu lepas, Ramu menyambut hari lahirnya yang kesembilan di rumahnya. Ramai rakannya hadir di majlis itu. Rosni berasa gembira kerana mendapat hadiah daripada rakan-rakannya.

Di sekolah, Rosni tidak pernah bersikap sombong dan berkasar dengan rakan-rakannya. Dia sentiasa menghormati kawan-kawan dan guru-gurunya. Gurunya selalu memuji sikap Ramu.

Setiap hujung minggu, mereka sekeluarga bersama-sama pergi ke taman bunga yang berhampiran rumah mereka untuk berekreasi.

MODUL 2

TAJUK : BEKAS PENSELBESTARI KAMUS :BahagianAlat tulis

BekasMemotong

Botol airTampalkan

Kertas warnaIkat

RebenMeletakkan

KARANGAN :

Saya ingin membuat sebuah bekas letak pensel yang cantik. Bahan-bahan yang saya perlukan :

Sebuah botol air plastik

Sekeping kad manila

Sehelai kertas warna Reben

Sebilah gunting Sebotol gam

Mula-mula , saya memotong bekas botol air plastik kepada dua bahagian dan ambil bahagian bawahnya. Selepas itu, gunting sehelai kertas warna mengikut saiz botol yang telah dipotong. Sapukan gam pada bahagian botol tersebut. Kemudian , tampalkan kertas warna.

Selepas itu, kad manila dipotong bulat mengikut saiz bahagian bawah botol. Sapukan gam di atas kad manila tadi dan lekatkan pada bahagian botol yang telah dibalut dengan kertas warna. Kemudian, saya ikat reben pada bekas pensel yang telah siap. Setelah siap, saya meletakkan bekas pensel tersebut di atas meja tulis. Saya memasukkan alat-alat tulis saya ke dalam bekas tersebut.

MODUL 3TAJUK : GOTONG-ROYONGBESTARI KAMUS :

Gotong-royongBulu ayam

DiamalkanTurun-temurun

MasyarakatMengeratkan

MembersihkanHarmonis

Menjimatkan masaMulia

KARANGAN:

Aktiviti gotong-royong ialah amalan yang mulia. Gotong-royong diamalkan turun-temurun dalam masyarakat sejak dahulu lagi.

Pada setiap bulan, kami bergotong-royong membersihkan bilik darjah. Aktiviti bergotong-royong bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malahan dapat menjimatkan tenaga.

Alatan yang kami gunakan semasa bergotong-royong seperti beberapa batang penyapu, bulu ayam, baldi, kain dan air. Kami berasa seronok apabila bekerja bersama-sama. Kami melakukan kerja dengan tekun.

Amalan bergotong-royong mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, amalan ini harus diamalkan sepanjang tahun.

Di samping dapat mengeratkan persahabatan, amalan bergotong-

royong juga dapat mewujudkan masyarakat harmonis.

MODUL 4

TAJUK : KOMPUTERBESTARI KAMUS :

LaporanPengerusi

MesyuaratSetiausaha

Makmal komputerBendahari

DipengerusikanMahir

DilantikTamat

KARANGAN:

Laporan Penubuhan Kelab Komputer Sekolah

Pada minggu lepas, murid-murid Tahap Dua telah mengadakan satu mesyuarat di makmal komputer. Tujuannya untuk menubuhkan sebuah kelab komputer di sekolah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Chong. Beliau ialah guru kelas Tahun 5 Wawasan. Semua murid Tahap Dua telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Setelah berbincang, Lim Yi Ren telah dilantik sebagai pengerusi. May May sebagai setiausaha dan Jia Shin sebagai bendahari. Manakala Jessica dan Jia Li sebagai ahli jawatankuasa.

Sehubungan dengan itu, kelab ini juga telah bersetuju untuk mengadakan kelas komputer. Cikgu Chong berharap agar ahli-ahli kelab ini akan menjadi seorang yang mahir mengendalikan dan menggunakan komputer.

Mesyuarat tamat pada pukul 12:00 tengah hari.

Disediakan oleh,

20 JULAI 2008

__________________

( MAY MAY )

Setiausaha,

Kelab Komputer,

SJK(C) Chuang Ho.

MODUL 5 TAJUK : OLAHRAGAWANBESTARI KAMUS :PesertaMemecahkan

OlahragawanKejayaan

DwitahunanDorongan

Anak sulungJurulatih

MeraihSijil penghargaan

KARANGAN :

KUANTAN, 14 Julai Seorang peserta dari Rumah Kuning muncul sebagai olahragawan sekolah sempena Sukan Dwitahunan Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Tanjung Lumpur.

Olahragawan tersebut ialah Low Chu Kun. Dia dari kelas 6 Adil dan merupakan anak sulung dalam keluarganya. Ah Kun meraih lima pingat emas dalam acara sukan yang disertainya. Dia juga memecahkan rekod acara pecut 100 meter dan 200 meter.

Menurut Ah Kun, kejayaan ini kerana usahanya yang gigih serta sokongan jurulatih yang berterusan. Di samping itu, dia juga mendapat dorongan daripada ibu bapa dan guru-guru.

Pada akhir temasya sukan tersebut, Ah Kun menerima sebuah piala pusingan, medal serta sijil penghargaan daripada Guru Besar.

MODUL 6

TAJUK : PASAR MALAMBESTARI KAMUS :

BerhampiranSuasana

DisinariBerhasrat

Berduyun-duyunRiuh-rendah

Keperluan dapurSibuk

Cahaya neonTerang-benderang

KARANGAN : Pada malam Sabtu yang lalu, saya pergi ke pasar malam bersama-sama keluarga. Pasar malam terletak berhampiran dengan rumah saya. Jaraknya dari rumah saya, kira-kira 100 meter sahaja.

Saya melihat orang berduyun-duyun ke pasar malam. Pelbagai barang dijual di pasar malam. Antaranya ialah makanan, pakaian, keperluan dapur dan barang mainan. Saya dan emak membeli barang makanan dan barang keperluan dapur sahaja. Sementara itu, kakak dan ayah pergi ke gerai kuih-muih.

Suasana di pasar malam itu sungguh sibuk dan riuh-rendah. Keadaan di pasar malam terang-benderang disinari dengan cahaya neon yang berwarna-warni.

Walaupun keletihan, kami pulang dengan perasaan riang dan berhasrat akan datang lagi pada minggu hadapan.

MODUL 7TAJUK : PERKHEMAHAN

BESTARI KAMUS :

BerkelahPemandangan

BerkhemahIndah

Air terjunBerselera

BertolakMenggigil

MenaikiBerkemas

KARANGAN : Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. Ketika itu cuti pertengahan penggal. Saya ke Air Terjun Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bersama-sama keluarga. Saya berasa amat gembira.

Kami bertolak dari rumah kira-kira pada pukul 11:00 pagi. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta Naza Ria yang baru dibeli. Kami sampai di tapak perkhemahan , kira-kira pukul 2:00 petang. Pemandangan di situ sangat indah. Saya menolong ayah mendirikan khemah manakala kakak menolong emak menyediakan makanan tengah hari yang telah dimasak di rumah. Bunyi air yang menghempas ke batu membuatkan kami tidak sabar untuk pergi bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya, sehinggakan badan saya menggigil.

Selepas bermandi-manda, kami pun menikmati makanan yang disediakan ibu dengan berselera sekali. Sebelum tidur kami mendengar cerita pengalaman ayah semasa kecil. Saya terus tertidur kerana keletihan.

Keesokannya, selepas berkemas, kami pun pulang dengan perasaan seronok.

MODUL 8

TAJUK : SEHARI DALAM HARI PERSEKOLAHANBESTARI KAMUS :

MengejutkanKetua darjah

MenyambungLoceng

BunyiUcap selamat

Pelajaran Sarapan

Ulat bukuDibunyikan

KARANGAN :

6:15 pagi

Bunyi jam mengejutkan aku daripada tidur. Aku bangun daripada tidur lalu terus berkemas. Aku sarapan sekeping roti. Selepas itu, aku menaiki bas ke sekolah. Aku membaca buku pelajaran semasa di dalam bas. Aku juga digelar ulat buku oleh kawan-kawan.

7:45 pagi

Apabila loceng berbunyi, aku beratur sebelum masuk ke kelas. Ucap selamat diberi oleh ketua darjah sebelum masuk ke kelas. Aku mula belajar di kelas. Aku berasa seronok belajar.

10:15 pagi

Pada waktu rehat, aku pergi ke kantin untuk membeli air minuman.

10:45 pagi

Aku terus menyambung belajar semula.

12:00 tengah hari

Apabila loceng dibunyikan, aku pulang menaiki sebuah bas sekolah.

MODUL 9TAJUK : TABUNGBESTARI KAMUS :

GemarBahan-bahan

MenabungTampal

MenyimpanTebuk

Seruas buluhMelintang

BelanjaMenarik

KARANGAN :

Saya berminat dan gemar menabung sejak kecil. Setiap hari, saya menyimpan wang lebihan belanja sekolah di dalam tabung.

Hari ini, saya hendak menunjukkan cara yang mudah untuk membuat sebuah tabung. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tabung ialah seruas buluh, sebilah pisau, gam, sehelai kertas warna dan sebilah gunting.

Mula-mula, ambil seruas buluh dan tebuk pada bahagian atas secara melintang. Gunting kertas warna dan sapukan gam pada kertas warna tersebut. Selepas itu, tampal pada buluh dengan cermat.

Sekarang, tabung buluh sudah boleh digunakan. Tabung ini cantik dan menarik sekali.

MODUL 10TAJUK : UCAPAN PERPISAHAN

BESTARI KAMUS :

UcapkanBaik hati

HibaBertanggungjawab

BerpisahAmbil hati

PendidikAnak-anak

Minggu hadapanTugas

KARANGAN :

Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Abdullah bin Harun, guru yang diraikan, Cikgu Kamal, guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Saya dan rakan-rakan sedarjah berasa amat hiba kerana terpaksa berpisah dengan seorang guru yang kami sayangi iaitu Cikgu Kamal.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Cikgu Kamal akan menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah baharunya di Sabah mulai minggu hadapan. Kami suka akan sikap Cikgu Kamal kerana beliau seorang yang baik hati dan bertanggungjawab.

Di samping itu, beliau pandai ambil hati murid-murid di kelasnya. Saya berharap, semoga cikgu akan selamat menjalankan tugas baharu. Jangan lupakan kami, anak-anak didik cikgu.

Sekian, terima kasih.

MODUL 11

TAJUK : SEHARI DI PASAR BORONG

BESTARI KAMUS :

Pasar borongMemilih

PusatPekikan

Sayur-sayuranTangkapan

PeniagaPelanggan

PeruncitKemudahan

KARANGAN:

Pasar borong ialah sebuah pusat menjual hasil tangkapan laut dan sayur-sayuran secara borong kepada peniaga-peniaga.

Di pasar borong , kita dapat melihat para peniaga makanan dan peruncit begitu memerlukan khidmat para pemborong. Para peniaga kelihatan sibuk sekali memilih barang-barang keperluan untuk diperniagakan.

Keadaan di situ begitu riuh-rendah dengan pekikan orang ramai. Para pemborong pula bertungkus-lumus menyediakan barang-barang keperluan untuk memenuhi kehendak para pelanggan yang berbagai-bagai ragam itu.

Pasar borong ialah satu pusat pengumpulan segala hasil tangkapan laut dan sayur-sayuran secara setempat bagi memberi kemudahan kepada para peniaga untuk mendapatkan bahan bekalan.

MODUL 12

TAJUK : HARI KANTIN

BESTARI KAMUS :

MengadakanBekerjasama

DijemputGerai

PekaranganDidirikan

WargaGemuruh

MengeratkanBertuah

KARANGAN :

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Semua ibu bapa dijemput hadir pada hari tersebut. Hari Kantin diadakan di pekarangan sekolah. Tujuan mengadakan aktiviti tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga sekolah dengan ibu bapa di samping mengutip derma untuk tabung kebajikan.

Terdapat pelbagai jenis gerai didirikan di padang sekolah seperti gerai burger, gerai nasi lemak, gerai aiskrim dan lain-lain lagi.Terdapat juga gerai permainan seperti nyanyian, meniup belon, bola jaring dan sebagainya. Selain itu, ada juga acara cabutan bertuah.

Kami menyambut Hari Kantin dengan gembira dan mesra. Selepas itu, guru besar memberi hadiah kepada pemenang. Guru-guru dan ibu bapa memberi tepukan gemuruh kepada murid yang menang.

Guru-guru bekerjasama mengendalikan majlis ini supaya majlis berjalan dengan lancar. Kami pulang dengan perasaan gembira.

MODUL 13TAJUK : MAJLIS HARI LAHIR SAYABESTARI KAMUS :

MenyambutMajlis

MenyediakanMemotong

MeniupMengagihkan

BercadangMengucapkan

MenghiasiMeriah

KARANGAN :

Saya akan menyambut hari lahir yang ke-11 pada hujung minggu ini. Ibu bercadang hendak mengadakan satu majlis untuk saya.

Saya dan abang menghiasi ruang tamu dengan belon-belon dan reben-reben yang berwarna-warni. Emak pula menyediakan makanan dan minuman.

Pada hari itu, banyak kawan yang hadir ke majlis hari lahir saya. Mereka mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya sambil memberi hadiah.

Mereka menyanyikan lagu hari lahir. Setelah itu, saya meniup lilin lalu memotong kek. Saya mengagihkan kek itu kepada mereka.

Seterusnya, kami bermain-main sambil menyanyi. Suasana pada ketika itu sungguh meriah. Saya berasa gembira kerana dapat meraikan hari lahir saya bersama-sama dengan kawan-kawan saya.

MODUL 14TAJUK : MALAYSIA PADA TAHUN 2020BESTARI KAMUS :

MenjelangKegiatan

PesatMakmur

MajuMewah

RakyatMenghormati

MenikmatiMampu

KARANGAN :

Negara Malaysia kini sedang membangun dengan pesat. Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Dengan kerjasama semua rakyat, tentulah usaha kerajaan itu akan berjaya. Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Banyak perusahaan didirikan di negara Malaysia. Malaysia sudah mampu mengeluarkan kapal terbang, komputer, robot dan lain-lain lagi. Semuanya direka oleh rakyat tempatan yang mahir dalam pelbagai bidang.

Rakyat Malaysia hidup makmur dan mewah. Penduduk di kawasan kampung menikmati kemudahan yang sama seperti penduduk bandar. Petani-petani pula menjalankan kegiatan pertanian secara moden sepenuhnya.

Malaysia pada tahun 2020 ialah negara yang maju dan makmur. Negara-negara besar sangat menghormati Malaysia.

MODUL 15TAJUK : BERKELAH DI PANTAI MORIBBESTARI KAMUS :

MembawaMenghidangkan

BerkelahBerehat

BertolakBerkemas

MembentangkanEnak

MemanggilKenyang

KARANGAN :

Pada cuti sekolah yang lepas, ayah membawa kami sekeluarga berkelah di Pantai Morib. Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak dari rumah. Setelah tiba di Pantai Morib, emak membentangkan tikar. Emak menghidangkan makanan dan minuman . Ayah pula berehat di bawah pokok sambil membaca surat khabar.

Saya dan adik mandi bersama-sama. Selepas itu, emak memanggil kami untuk makan. Masakan emak sungguh enak. Setelah kenyang, saya dan adik mandi lagi.

Hari sudah petang. Kami berkemas untuk pulang. Pada minggu hadapan kami akan berkelah di tempat lain pula.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 5

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Senaraikan ayat majmuk dan baca

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin peranggan 1 dan 2.

Hari Kedua: Baca dan salin perenggan 3 dan 4.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Senaraikan perkataan berimbuhan Me- ..dan Ber- .. .

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin ayat tunggal.

Hari Kedua: Baca dan salin ayat majmuk.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 2

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Senaraikan penjodoh bilangan dan bina ayat daripada

penjodoh bilangan tersebut.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin perenggan 1 dan 2.

Hari Kedua: Baca dan salin perenggan 3 dan 4.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 3

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca karangan dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Senaraikan perkataan yang berimbuhan apitan dan

tulis kata dasar.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin karangan.

Hari Kedua: Mengambil imlak perenggan 4 dan 5.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 4

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

MINGGU 3

Hari Pertama: Salin semula ayat yang mengandungi imbuhan Ber-...

Hari Kedua: Baca dan salin karangan.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 6

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Salin semula ayat yang mengandungi kata ganda .

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin perenggan 1 dan 2.

Hari Kedua: Baca dan salin perenggan 3 dan 4.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 7

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca karangan dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

MINGGU 3

Hari Pertama: Senaraikan kata adjektif dan salin ayat yang

mengandungi kata adjektif..

Hari Kedua: Baca dan salin ayat yang mengandungi imbuhan Ber-..

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 8

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Senaraikan perkataan imbuhan awalan dan tulis kata

dasar.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin karangan.

Hari Kedua: Baca dan mengambil imlak perenggan 1.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 9

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan mengambil imlak perenggan 1.

Hari Kedua: Baca dan mengambil imlak perenggan 2.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 10

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Baca dan fahami karangan yang diberikanl.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin peranggan 1 dan 2.

Hari Kedua: Baca dan salin perenggan 3 dan 4.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 11

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama:. Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Senaraikan kata ganda dan bina ayat.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin ayat yang mengandungi imbuhan Pe-..

Hari Kedua: Baca dan salin ayat yang mengandungi kata ganda.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 12

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca perenggan 1 dan 2 serta fahami karangan yang

diberikan.

Hari kedua: Baca perenggan 3 dan 4 serta fahami karangan yang

diberikan.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin perenggan 1 dan 2.

Hari Kedua: Baca dan salin perenggan 3 dan 4.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 13

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Baca dan salin ayat tunggal.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan mengambil imlak perenggan 2.

Hari Kedua: Baca dan mengambil imlak perenggan 5.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 14

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama:. Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Senaraikan perkataan berimbuhan meN... dan tulis

kata dasar.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin ayat tunggal.

Hari Kedua: Baca dan salin ayat yang mengandungi kata sendi.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 15

MINGGU 1

Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.

Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.

MINGGU 2

Hari pertama: Baca dan fahami karangan yang diberikan.

Hari kedua: Senaraikan kata hubung dan bina ayat daripada kata

hubung tersebut.

MINGGU 3

Hari Pertama: Baca dan salin perenggan 1 dan 2.

Hari Kedua: Baca dan salin perenggan 3 dan 4.

PAGE 3