citra mampu januari

8
Sebagai peneraju transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU perlu sentiasa berada di hadapan dan memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam sentiasa ditambah baik selari dengan agenda transformasi negara untuk memberikan perkhidmatan yang efektif, efisien, integriti dan responsif. Justeru, bagi memastikan MAMPU kekal relevan, MAMPU perlu mempergiatkan promosi produk dan perkhidmatan MAMPU agar dapat disebarluaskan kepada semua rakyat. MAMPU perlu meningkatkan usaha dan menyertai pertandingan di peringkat nasional dan antarabangsa supaya produk-produk MAMPU dapat dikenali dan imej MAMPU dapat ditingkatkan. Sebagai tulang belakang kepada transformasi perhidmatan awam, adalah penting untuk MAMPU menghebahkan aktiviti dan program yang dianjurkannya supaya setiap inisiatif produk dan perkhidmatan MAMPU sampai kepada golongan sasar. Ini termasuk mempergiatkan promosi terhadap projek/ produk ICT MAMPU supaya perkembangan ICT dan maklumat ICT dapat dikongsikan dengan semua agensi sektor awam, selaras dengan peranan MAMPU sebagai perancang dan peneraju dalam pembangunan ICT sektor awam. Saya percaya dengan adanya penerbitan seumpama ini, segala aktiviti/ program dan projek/ produk MAMPU secara tidak langsung dapat diwar-warkan kepada semua agensi sektor awam sekali gus mengangkat kredibiliti dan imej MAMPU sebagai penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam. Akhir kalam, saya menyeru agar semua warga MAMPU bersama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan MAMPU agar dapat dikongsikan dengan semua pihak. Saya juga berharap semua warga MAMPU mengambil langkah proaktif dan bersama-sama melaksanakan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam supaya MAMPU sentiasa relevan dalam memodenkan pentadbiran perkhidmatan awam negara. BINGKISAN KETUA PENGARAH MAMPU Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Kegemilangan Salam 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Salam Sehati Sejiwa Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, terhasil penerbitan sulung Newsletter MAMPU yang berjudul Citra MAMPU. Sekalung tahniah CITRA MAMPU EDISI 01 JANUARI 2016 dan terima kasih diucapkan kepada Sidang Redaksi MAMPU yang berjaya merealisasikan penerbitan ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada warga MAMPU. Semoga tahun 2016 ini penuh dengan keazaman untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman Ketua Pengarah MAMPU 1

Transcript of citra mampu januari

Page 1: citra mampu januari

Sebagai peneraju transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU perlu sentiasa berada di hadapan dan memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam sentiasa ditambah baik selari dengan agenda transformasi negara untuk memberikan perkhidmatan yang efektif, efisien, integriti dan responsif. Justeru, bagi memastikan MAMPU kekal relevan, MAMPU perlu mempergiatkan promosi produk dan perkhidmatan MAMPU agar dapat disebarluaskan kepada semua rakyat. MAMPU perlu meningkatkan usaha dan menyertai pertandingan di peringkat nasional dan antarabangsa supaya produk-produk MAMPU dapat dikenali dan imej MAMPU dapat ditingkatkan.

Sebagai tulang belakang kepada transformasi perhidmatan awam, adalah penting untuk MAMPU menghebahkan aktiviti dan program yang dianjurkannya supaya setiap inisiatif produk dan perkhidmatan MAMPU sampai kepada golongan sasar. Ini termasuk mempergiatkan promosi terhadap projek/ produk ICT MAMPU supaya perkembangan ICT dan maklumat ICT dapat dikongsikan dengan semua agensi sektor awam, selaras dengan peranan MAMPU sebagai perancang dan peneraju dalam pembangunan ICT sektor awam.

Saya percaya dengan adanya penerbitan seumpama ini, segala aktiviti/ program dan projek/ produk MAMPU secara tidak langsung dapat diwar-warkan kepada semua agensi sektor awam sekali gus mengangkat kredibiliti dan imej MAMPU sebagai penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam.

Akhir kalam, saya menyeru agar semua warga MAMPU bersama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan MAMPU agar dapat dikongsikan dengan semua pihak. Saya juga berharap semua warga MAMPU mengambil langkah proaktif dan bersama-sama melaksanakan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam supaya MAMPU sentiasa relevan dalam memodenkan pentadbiran perkhidmatan awam negara.

BINGKISAN KETUA PENGARAH MAMPU

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam KegemilanganSalam 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiutamakanSalam Sehati Sejiwa

Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, terhasil penerbitan sulung Newsletter MAMPU yang berjudul Citra MAMPU. Sekalung tahniah

CITRA MAMPU EDISI 01 JANUARI 2016

dan terima kasih diucapkan kepada Sidang Redaksi MAMPU yang berjaya merealisasikan penerbitan ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada warga MAMPU. Semoga tahun 2016 ini penuh dengan keazaman untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Dato’ Sri Zainal Rahim bin SemanKetua Pengarah MAMPU

1

Page 2: citra mampu januari

MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KECIL MAMPU KE-33

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU telah diadakan pada 26 Januari 2016 (Selasa) jam 2.30 petang di Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU. YBhg. Datin Sri Nik Hasmah binti Nik Hassan dalam ucapan alu-aluannya merakamkan penghargaan kepada semua warga MAMPU yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU sepanjang tahun 2015 seperti Malam Gala MAMPU, Gotong Royong Penyediaan Bubur Lambuk, Senamrobik bersama Astro Awani, Lawatanke Hari Kraftangan Kebangsaan, Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar MAMPU.

YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah MAMPU dalam ucapan perasmian, telah mengiktiraf peranan PUSPANITA sebagai pemangkin kejayaan agenda transformasi nasional. PUSPANITA juga merupakan rakan Perkhidmatan Awam yang membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat terhadapdasar-dasar, program dan projek bantuan kerajaan di peringkat akar umbi.

Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU kemudiannya disambung pada jam 4.00 petang untuk memberi laluan kepada Bicara Eksekutif Integriti bertajuk “Tadbir Urus Manusia Yang Baik”.

Oleh : Suliana Sirajuddin

Suasana Bicara Eksekutif ‘Tadbir Urus Manusia Yang Baik’ oleh YBrs. Prof. Arfah Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Putra Business School

2

Page 3: citra mampu januari

PERHIMPUNAN BULANAN MAMPU BULAN JANUARI 2016

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah berjaya menganjurkan perhimpunan bulanan yang pertama dalam tahun 2016 pada 22 Januari 2016 bertempat di Auditorium JPM, Blok B1. Pada kali ini, Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK) telah diberi mandat untuk menjadi penganjur perhimpunan dan memilih tema “Sentuhan Inovasi Pencetus Transformasi”. Antara pengisian Perhimpunan Bulanan MAMPU Bulan Januari 2016 ialah Amanat Tahun Baharu 2016 oleh Ketua Pengarah MAMPU, penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan Bulan Inovasi, Bulan Bahasa dan Bulan Integriti yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah MAMPU. Perhimpunan Bulanan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan Majlis Pelancaran Buletin Intelektual Muda MAMPU oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah MAMPU serta sambutan ulang tahun pertama YBhg. Dato’ Sri sebagai Ketua Pengarah MAMPU.

BICARA EKSEKUTIF INTEGRITI “TADBIR URUS MANUSIA YANG BAIK”

Perbincangan mengenai tadbir urus manusia bukan satu perkara baharu dan kepentingannya dalam sesebuah organisasi tidak dapat disangkal lagi. Modal insan atau manusia merupakan entiti sumber yang paling penting dalam sesebuah organisasi berbanding dengan lain-lain sumber yang melibatkan peralatan, material, wang mahupun prosedur kerja memandangkan modal insan yang berminda kelas pertama adalah penggerak utama organisasi dan penentu berjaya atau gagalnya setiap visi, misi mahupun segala objektif yang disasarkan.

Bagi memberi pemahaman mengenai tadbir urus manusia yang baik, Unit Integriti telah menganjurkan program Bicara Eksekutif Integriti yang bertajuk “Tadbir Urus Manusia Yang Baik” pada 26 Januari 2016. YBrs. Prof. Arfah Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Putra Business School telah berkongsi pengalaman beliau dalam tadbir urus manusia yang baik. Beliau telah memberi perspektif baharu dalam urus tadbir manusia kepada warga MAMPU. Jika sebelum ini manusia dipandang sebagai satu sumber, namun bicara eksekutif pada hari ini menerangkan manusia bukanlah suatu sumber tetapi manusia merupakan khalifah yang bertanggungjawab untuk mentadbir sumber dengan penuh amanah dan pandangan alam yang pincang menjadikan sesuatu model tidak relevan. Antara intipati perkongsian program ini adalah seperti berikut:a) Pentingnya pandangan alam yang betulb) Pengenalan kepada definisi insan;c) Peranan Qalbu sebagai hati yang mempunyai deria rasa; dan d) Definisi integriti dan ihsan.

Oleh : Suliana Sirajuddin

Oleh : Noor Asmah Mohd Sharaffudin

3

Page 4: citra mampu januari

PROGRAM KESEDARAN DASAR DAN GARIS PANDUAN ICT SEKTOR AWAM

Program Kesedaran Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam telah diadakan pada 12 Januari 2016 (Selasa) dari jam 8.30 pagi hingga 4.15 petang di Auditorium, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Sebanyak 88 agensi kerajaan yang terdiri daripada kementerian dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri termasuk MAMPU serta agensi barisan hadapan dengan sejumlah 273 orang pegawai telah dijemput untuk menghadiri program ini yang bertujuan memberi kesedaran dan pemahaman kepada peserta terhadap Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam dan menerangkan kaedah dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh agensi dalam pelaksanaan projek ICT berdasarkan Garis Panduan ICT Sektor Awam. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memberi cadangan penambahbaikan terhadap dasar dan garis panduan ICT Sektor Awam.

Agenda utama program ialah penyampaian taklimat oleh pegawai-pegawai ICT MAMPU. Sebanyak tujuhtaklimat telah disampaikan iaitu taklimat mengenai : i. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 2015: Garis Panduan Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam ;ii. Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam;iii. Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam;iv. Pekeliling Am (PA) Bilangan 1 Tahun 2015: Garis Panduan Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam;v. Dasar Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (GPKI);vi. Surat Arahan KP MAMPU: Pelaksanaan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Menggunakan MyRAM App. 2.0 di Agensi Sektor Awam; danvii. Garis Panduan Pelaksanaan Data Raya Sektor Awam (DRSA) Versi Beta.

Oleh : Muamillah Hj. Anuar

4

Page 5: citra mampu januari

MAJLIS PENUTUP PROGRAM 3R

Program Kursus Pensijilan dan Latihan (3R) merupakan salah satu inisiatif yang telah dikenal pasti di bawah kedua-dua NKEA yang diterajui oleh MAMPU iaitu NKEA Business Services EPP2-1 Government Shared Services dan NKEA CCI EPP E-Kerajaan di bawah peruntukan program Penandaarasan dan Program Pensijilan atau Latihan Teknikal.

Program 3R dirancang dengan tujuan melahirkan tenaga kerja teknikal yang mahir, profesional, kompeten dan mendapat pengiktirafan dalam pengurusan, pelaksanaan dan pengoperasian projek terutamanya projek ICT. Dengan menawarkan pelbagai jenis kursus pengurusan dan teknikal ICT, kompetensi baharu dapat dilatih dan kompetensi pegawai sedia ada dapat ditingkatkan secara terurus, sistematik dan berstruktur.

Program 3R tahun 2015 telah berlangsung bermula 1 September 2015 sehingga 11 Disember 2015 dengan sebanyak 8 latihan dan 20 kursus pensijilan telah dijalankan. Seramai 133 orang peserta dari 28 buah agensi sektor awam iaitu 85 orang pegawai MAMPU dan 48 orang pegawai agensi lain telah mengikuti latihan dan kursus bagi meningkatkan kompetensi dalam bidang masing-masing.

Oleh : Rusilawati Othman

PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT TAHUN BAHARU YB DATUK JOSEPH ENTULU BELAUN

Satu Majlis Penutup Program Kursus Pensijilan dan Latihan Reskill, Redeploy and Replacement (3R) telah diadakan pada 20 Januari 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Perunding ICT dan Perunding ICT, Pengarah Bahagian MAMPU dan para peserta program 3R. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang menghadiri dan mejayakan Program 3R.

Oleh : Razlin Raazali

Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2016 telah diadakan pada 21 Januari 2016 bertempat di Auditorium Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini merupakan kolaborasi antara tiga agensi di bawah portfolio YB Datuk Joseph Entulu Belaun iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sebagai tuan rumah, dengan dibantu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPA) dan MAMPU.

Antara intipati amanat YB Datuk Joseph Entulu Belaun yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Haili bin Dolhan, Pengerusi SPP selaku penganjur utama majlis ini adalah seperti berikut:

a. Penjawat awam perlu mengamalkan nilai dan etika yang baik dalam pentadbiran agar menjadi “role model”, selari dengan konsep “Kepimpinan Melalui Teladan”;

b. Penjawat awam perlu mengamalkan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menitikberatkan pemikiran kreatif dan gerak kerja inovatif, dalam memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu kepada rakyat. NBOS menggalakkan setiap penggerak inisiatif untuk mengikis pemikiran atau pendekatan kerja secara “silo”, dan berpegang kepada prinsip kos rendah, berimpak tinggi dengan pelaksanaan yang pantas dan memastikan usaha berterusan dalam menerokai peluang dan alternatif baharu, untuk memperkasakan pengurusan modal insan sektor awam supaya lebih realistik;

5

Page 6: citra mampu januari

c. Menerapkan prinsip “camaraderie” atau kekitaan, dalam diri masing-masing. Sebagai penjawat awam kita perlu menyatukan usaha dan tenaga, serta mengatur langkah sehaluan menuju ke hadapan dalam mencapai aspirasi negara. Perbezaan generasi, etnik, budaya dan kepercayaan, tidak seharusnya dijadikan penghalang tetapi sumber kekuatan dalam menerajui perkhidmatan awam.; dan

d. Penjawat awam perlu turut sama memainkan peranan ke arah mengurangkan perbelanjaan awam, dengan melaksanakan langkah-langkah perbelanjaan berhemat.

Dalam majlis ini juga, buku Nilai Unggul Perkhidmatan Awam, iaitu penerbitan MAMPU yang terkini dilancarkan. Objektif penerbitan buku ini adalah untuk meneruskan momentum inisiatif pemerkasaan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam melalui wahana penulisan buku. Ini sejajar dengan usaha membentuk peribadi penjawat awam yang unggul bagi menyokong agenda transformasi negara. Buku Nilai Unggul Perkhidmatan Awam berkonsepkan kompilasi beberapa dasar utama yang mempelopori nilai murni yang diilhamkan oleh para pemimpin negara dan perkhidmatan awam berlandaskan Rukun Negara.

Pada 29 Januari 2016, MAMPU telah menerima lawatan 15 orang delegasi daripada Kerajaan Khartoum State, Republik Sudan. Lawatan ini juga merupakan satu program pertukaran pelajar antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Razak School, Kuala Lumpur dan Kerajaan Repubik Sudan. Sebelum mesyuarat berlangsung, wakil delegasi iaitu Puan Rasha Abdelmoneim Mohamed Abdalla, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia, Republik Sudan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Seri Ketua Pengarah MAMPU.

Tujuan lawatan adalah untuk mengenali MAMPU dengan lebih dekat di samping mempelajari pelaksanaan perancangan strategik MAMPU. Selain itu, mereka juga berminat untuk mengetahui berkenaan amalan baik tadbir urus sektor awam yang diaplikasikan oleh MAMPU. Melalui lawatan ini, wakil daripada Kerajaan Republik Sudan telah menyatakan hasrat untuk mempelajari cara penyediaan pelan strategik MAMPU dan juga langkah-langkah memantau pencapaian prestasi untuk diaplikasikan oleh Kerajaan Republik Sudan dalam sistem pentadbiran awam kerajaan tersebut.

LAWATAN DELEGASI ANTARABANGSA KE MAMPUOleh : Jonathan Lim Jiun Yenn

6

Page 7: citra mampu januari

Sepanjang bulan Januari 2016, MAMPU telah menerima dua lawatan delegasi dalam negara dan satu lawatan delegasi antarabangsa. Pada 13 Januari MAMPU telah menerima lawatan 8 orang pegawai dari FELCRA Berhad. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan pendedahan tentang perkhidmatan dan produk IT yang dibangunkan dan diguna pakai oleh MAMPU. MAMPU telah memberikan taklimat berkenaan MyGSOC, PDSA, DRSA, GCERT, dan 1Gov*Net. Selain itu, YBrs. Dr. Suhazimah Dzazali, TKP (ICT) MAMPU turut berkongsi mengenai inisiatif projek-projek sektor awam MAMPU yang terkini dan yang akan dilaksanakan seperti projek pembangunan Enterprise Architecture sektor awam, pengubahsuaian portal-portal dalam talian kerajaan, perluasan pusat data iaitu Big Data dan Open Data, dan aplikasi Galeri Mudah Alih Kerajaan (GAMMA). Dalam sesi tersebut, FELCRA Berhad juga mengenal pasti prospek kolaborasi dengan MAMPU iaitu, cloud/outsourcing/managed services; Business Continuity Management; Disaster Recovery; Mobile Architecture; IT Security; on job training; Training/Seminar/Workshop dan Online Resources.

LAWATAN DELEGASI DALAM NEGARA KE MAMPU

9 orang pegawai dari Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman telah melawat MAMPU pada 20 Januari. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari tentang pengurusan rekod dan pengurusan aplikasi\sistem Digital Document Management System (DDMS) yang dilaksanakan oleh MAMPU. Menerusi lawatan ini pihak PDRM berminat untuk turut serta menggunakan DDMS dalam urusan rekod Jabatan. Perancangan selanjutnya adalah mengemukakan jemputan taklimat kepada Pengurusan Tertinggi PDRM dan lawatan susulan pada masa hadapan.

Oleh : Farha Nesyita Agos Lokman

7

Page 8: citra mampu januari

Rekaan Grafik : Nurul Nabilah Zainal Foto : Syaiful Farizal Mohd Nor Azmi 8

Perkongsian MAMPU

Kurik Kundi Merah Saga

perlaksanaan

pelaksanaan

Hasil daripada melaksanakansesuatu tugas

Perihal, perbuatan atau prosesmelaksanakan tugas

Contoh :Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan perlaksanaan projek CSR MAMPU

Contoh:Pelaksanaan Kajian Kepuasan Bekerja Warga MAMPU 2015sedang dijalankan oleh BKP

SALAH BETUL

di dalam usaha dalam usaha

tertumpu kepada tertumpu pada

demi untuk negara demi negara

maklumbalas maklum balas

di alaf pada alaf

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul

vs

Encik Rosli bin Mahruf

Tajuk idea:Repositori Maklumat dan Rekod Pendaftaran Murid/Melajar SekolahUlasan : Dicadangkan idea ini untuk dilaksanakan dengan persetujuan Kementerian Pendidikan Malaysia dan diroll-out ke seluruh negara secara serentak tanpa mengenepikan Negeri-negeri di Sabah dan Sarawak.

Puan Asnida Akmal Noor binti Che Ahmad

Tajuk idea :Membangunkan Sistem Jemputan Bersepadu untuk memudahkan urusan jemputan bagimajlis atau program yang dianjurkan oleh MAMPUUlasan : Menjimatkan masa dan sumber tenaga bagi mencari serta mendapatkan maklumat terkini agensi dan jemputan setiap kali mengadakan majlis atau program. : Menjimatkan masa dan memudahkan pengenalpastian susunan mengikut protokol bagi urusan susun atur dalam majlis dan sebagainya.

Walls Of Ideas