CITY CANDIDATE - Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras...Asia Pasifik. Pada tahun 2023, kami akan...

2
mardigras.org.au WorldPride adalah pesta yang mempromosikan isu-isu “Pride” lesbian, gay, biseksual dan transgender di peringkat antarabangsa melalui perarakan, perayaan , perhimpunan dan acara kebudayaan dan aktiviti lain. Diadakan setiap dua tahun, WorldPride dilesenkan oleh InterPride , persatuan antarabangsa penganjur Pride. WorldPride yang julung kali diadakan adalah di Rome pada tahun 2000. Bandar tuan rumah untuk setiap WorldPride dipilih oleh ahli-ahli InterPride di mesyuarat agung tahunan. Tuan rumah untuk WorldPride 2023 akan dipilih semasa InterPride AGM, Athens pada Oktober 2019. Keahlian InterPride boleh didapati untuk mana-mana organisasi LGBTIA + yang menghasilkan perarakan, perayaan, perhimpunan dan acara kebudayaan dan aktiviti lain untuk komuniti LGBTIA +. Untuk maklumat lanjut mengenai menjadi ahli InterPride: http://www.interpride.org/membership.html Bida kami untuk menjadi tuan rumah WorldPride 2023 adalah lebih daripada Sydney dan Australia sahaja. Ini adalah berkenaan dengan Asia-Pasifik, salah satu kawasan yang paling pelbagai di InterPride yang merangkumi 60% penduduk dunia , namun terlalu sering diabaikan dan kurang terwakili. Kebanyakan komuniti LGBTQI di rantau ini tidak diberikan hak asasi manusia yang asa. Sydney WorldPride 2023 akan menjadi pesta global yang menyatukan komuniti LGBTIQ + dan “Prides” dari seluruh dunia dan membawa mereka ke Asia WARISAN SYDNEY WORLDPRIDE 2023 Pasifik. WorldPride di Sydney akan menjadi peluang untuk meraikan kepelbagaian budaya dan identiti di rantau yang unik ini, dan memberi peluang kepada kami untuk membentangkan pelanggaran hak asasi manusia yang dihadapi oleh jiran serantau kami. Bersama-sama, kami akan mendengar dan belajar daripada komuniti-komuniti LGBTIQ + yang terpencil di dunia, meraikan bersama dan menunjukkan kepimpinan tegas sebagai aktivis komtemporari - dan kami akan melakukannya dengan keberanian! UNDI SYDNEY UNTUK WORLDPRIDE 2023! gaymardigras sydneymardigras SGLMG WORLDPRIDE BID IS PROUDLY SUPPORTED BY CITY CANDIDATE

Transcript of CITY CANDIDATE - Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras...Asia Pasifik. Pada tahun 2023, kami akan...

Page 1: CITY CANDIDATE - Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras...Asia Pasifik. Pada tahun 2023, kami akan meraikan Ulang Tahun ke-50 Minggu Pride Gay Australia dan juga Ulang Tahun ke-45 pertubuhan

mardigras.org.au

WorldPride adalah pesta yang mempromosikan isu-isu “Pride” lesbian, gay, biseksual dan transgender di peringkat antarabangsa melalui perarakan, perayaan , perhimpunan dan acara kebudayaan dan aktiviti lain. Diadakan setiap dua tahun, WorldPride dilesenkan oleh InterPride , persatuan antarabangsa penganjur Pride.

WorldPride yang julung kali diadakan adalah di Rome pada tahun 2000. Bandar tuan rumah untuk setiap WorldPride dipilih oleh ahli-ahli InterPride di mesyuarat agung tahunan. Tuan rumah untuk WorldPride 2023 akan dipilih semasa InterPride AGM, Athens pada Oktober 2019. Keahlian InterPride boleh didapati untuk mana-mana organisasi LGBTIA + yang menghasilkan perarakan, perayaan, perhimpunan dan acara kebudayaan dan aktiviti lain untuk komuniti LGBTIA +.

Untuk maklumat lanjut mengenai menjadi ahli InterPride: http://www.interpride.org/membership.html

Bida kami untuk menjadi tuan rumah WorldPride 2023 adalah lebih daripada Sydney dan Australia sahaja. Ini adalah berkenaan dengan Asia-Pasifik, salah satu kawasan yang paling pelbagai di InterPride yang merangkumi 60% penduduk dunia , namun terlalu sering diabaikan dan kurang terwakili. Kebanyakan komuniti LGBTQI di rantau ini tidak diberikan hak asasi manusia yang asa.

Sydney WorldPride 2023 akan menjadi pesta global yang menyatukan komuniti LGBTIQ + dan “Prides” dari seluruh dunia dan membawa mereka ke Asia

WARISAN SYDNEY WORLDPRIDE 2023 Pasifik. WorldPride di Sydney akan menjadi peluang untuk meraikan kepelbagaian budaya dan identiti di rantau yang unik ini, dan memberi peluang kepada kami untuk membentangkan pelanggaran hak asasi manusia yang dihadapi oleh jiran serantau kami.

Bersama-sama, kami akan mendengar dan belajar daripada komuniti-komuniti LGBTIQ + yang terpencil di dunia, meraikan bersama dan menunjukkan kepimpinan tegas sebagai aktivis komtemporari - dan kami akan melakukannya dengan keberanian!

UNDI SYDNEYUNTUK WORLDPRIDE 2023! gaymardigras sydneymardigras

SGLMG WORLDPRIDE BID IS PROUDLY SUPPORTED BY

C I T Y C A N D I D A T E

Page 2: CITY CANDIDATE - Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras...Asia Pasifik. Pada tahun 2023, kami akan meraikan Ulang Tahun ke-50 Minggu Pride Gay Australia dan juga Ulang Tahun ke-45 pertubuhan

TUAN RUMAN TANPA GETAR! SYDNEY MARDI GRAS!

Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras (Sydney Mardi Gras) bangga kerana telah menghantar bida kami untuk menjadi tuan rumah WorldPride tahun 2023 - WorldPride pertama di hemisfera selatan. WorldPride akan diadakan dalam musim panas Sydney di bulan Februari dan Mac, musim sejuk di hemisfera utara.

Sydney Mardi Gras mempunyai latar belakang aktivisme hak asasi manusia yang cergas dan menyeluruh dan sejarah yang menunjukkan bahawa kami meraikan kepelbagaian masyarakat kami. Kami adalah salah satu daripada “Prides” tertua di dunia dan juga Festival Pride terbesar di rantau Asia Pasifik. Pada tahun 2023, kami akan meraikan Ulang Tahun ke-50 Minggu Pride Gay Australia dan juga Ulang Tahun ke-45 pertubuhan Sydney Mardi Gras.

Sydney Mardi Gras bermula pada tahun 1978 apabila sekumpulan aktivis telah diserang dan ditahan oleh Polis. Kami menentang ; dan sejak itu Festival Pride tahunan kami telah berkembang menjadi pesta kesenian, budaya dan hak asasi ternama di peringkat antarabangsa; menarik perhatian komuniti LGBTQI serta sekutu-sekutunya dari seluruh dunia.

SELAMAT DATANG KE SYDNEY. SELAMAT DATANG KE ASIA-PASIFIK.

Dari pantai Bondi yang berpasir keemasan ke layaran yang berkilauan diatas Opera House yang ikonik kami, ke hutan semerbak eucalyptus di Blue Mountains , dan pelangi ikonik yang menjajarkan Oxford Street, landskap Sydney mencerminkan kepelbagaian masyarakat yang hidup di dalamnya. Sydney adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling berbilang budaya dan mesra LGBTQI di dunia. Untuk menjadi sebahagian daripada mozek bandar Sydney, walaupun hanya untuk seminggu, adalah kesempatan untuk menikmati dan berkenalan dengan bukan sahaja satu, tetapi ramai identiti bangsa-bangsa yang berlainan.

Tarikan utama Sydney WorldPride 2023 adalah Persidangan Hak Asasi Manusia dan Kesihatan LGBTIQ yang akan berlangsung selama tiga hari, yang juga merupakan persidangan pertama yang melibatkan wakil dari negara-negara Asia Pasifik. Bersama-sama kami akan:

• memperkukuhkan hubungan di antara komuniti-komuniti “Pride” hemisfera utara dan selatan• memajukan gerakan hak asasi manusia dengan penyambungan hubungan baru diantara komuniti “Pride” Asia Pasifik dan dunia.• menyediakan pentas untuk gerakan-gerakan Asia Pasifik untuk dikenali dan diraikan di pentas dunia untuk kali yang pertama

WORLDPRIDE YANG LAIN DARIPADA YANG LAIN

Selama 20 tahun, WorldPride telah mengumpulkan “Prides” dari seluruh dunia untuk bertemu di destinasi-destinasi melintasi hemisfera utara - Rome, Jerusalem, London, Toronto, Madrid, New York, dan akan datang, Copenhagen.

Bida untuk Sydney WorldPride 2023 adalah lain daripada yang lain. Peluang ini memberikan cabaran unik kepada gerakan WorldPride, yang akan digalakkan untuk menikmati dan meraikan pelbagai ekspresi dan seksualiti yang istimewa dari Oceania dan Asia , pada skala megah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Dari Orang Aborigin Australia dan Torres Strait Islander “Sista Girls” dan “Brotha Boys”, kepada “Fa’afafine” dan “Fa’afatama” dari Samoa,”Fakaleiti” dari Tonga, “Kathoey” dari Thailand, dan “Hijra” dari India . WorldPride di Sydney akan menjadi yang pertama di dunia untuk menyediakan peluang unik untuk “Prides” antarabangsa bertemu dengan masyarakat yang pelbagai ini dan untuk mereka akan dilihati, didengari dan dilibatkan.

WORLDPRIDE TANPA GETAR 2023

Sydney Mardi Gras Festival sentiasa gagah dan berani dalam pendekatannya terhadap isu-isu keadilan sosial komuniti LGBTIQ melalui penggalakkan penyertaan politik dan ungkapan melalui program kesenian dan kebudayaannya. Acara-acara seperti Koori Gras dan Sissy Ball memperkasa orang bumiputera Australia dan menyediakan ruang yang selamat untuk ekspresi diri, manakala forum hak asasi manusia tahunan kami, “Queer Thinking”, memberi pengetahuan tentang perjuangan individu-individu masyarakat kita yang telah diketepikan.

Akhirnya, ikon kami, “Sydney Mardi Gras Parade”, yang disaksikan oleh lebih 300,000 penonton dan berjuta-juta lagi atas talian (“online”), mengundang hadirin dari semua lapisan masyarakat untuk berkumpul dan berkongsi mesej cinta dan protes mereka melalui penunjukan kreatif dan inklusif yang gah dan unik kepada Mardi Gras!

Sebagai tuan rumah WorldPride 2023, Sydney Mardi Gras akan menggunakan pengalamannya, pencapaiannya, kegairahannya dan hubungannya untuk mengadakan WorldPride yang akan diintegrasikan dengan Ulang Tahun ke-45 Sydney Mardi Gras.

Tahun 2023 di Sydney menawarkan peluang unik untuk menjadi sebahagian sejarah Pride: WorldPride pertama di hemisfera selatan dan Ulangtahun ke-50 Minggu Pride Gay Australia.