Cmsd percuma updated

37

Transcript of Cmsd percuma updated

mudahsimpanduit.blogspot.com

______________________________________________________

CARA MUDAH SIMPAN DUIT BUDAK SEKOLAH RENDAH PUN BOLEH BUAT

______________________________________________________

PANDUAN PRAKTIKAL MUSNAHKAN MASALAH

SUKAR HENDAK MEMBUAT SIMPANAN

Ditulis oleh: RFS

notarfs.blogspot.com

Copyright © 2014 by RFS

Hakcipta terpelihara. Sesiapa pun tidak dibenarkan mengeluar ulang mana­mana

bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan

dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau

cara lain untuk tujuan komersil sebelum mendapat izin daripada pihak penulis.

_____

Ebook ini adalah ebook berbayar. Sekiranya anda mendapatkannya secara percuma

daripada individu­invidu yang tidak bertanggungjawab, sila baca dan praktikkan.

Kemudian saya harap sebahagian wang yang berjaya anda simpan menggunakan

panduan ini dapat sampai ke akaun bank saya.

Atau anda boleh sedekahkan sahaja wang sejumlah harga panduan ini di mana­mana

yang anda suka bagi pihak saya. Boleh begitu? ;)

Terima kasih.

ISI KANDUNGAN

Pembuka Bicara

Salam Perkenalan

Pendahuluan

Bahagian 1:

7 Langkah Urus Wang

Matlamat Kewangan

Kisah Teksi

1. Pendapatan

2. Perbelanjaan

3. Simpanan

4. Perlindungan

5. Pelaburan

6. Penyucian

7. Pembahagian

Bahagian 2:

Jadi Tuan, Bukannya Hamba Wang

Simpanan: Hamba Kepada Tuannya

Simpanan: Asas Pengurusan kewangan

Bahagian 3:

3 Cara Membuat Simpanan

1. Cara Biasa

2. Cara Berkesan

3. Cara Mudah

Penutup

PEMBUKA BICARA

Bismillah…

Assalamu ‘alaikum dan salam sejahtera kepada tuan dan puan bakal

jutawan.

Saya doakan anda sekeluarga dalam keadaan sihat, bahagia dan

sejahtera sentiasa.

Tujuan saya menulis ebook ini adalah bagi membantu kita semua agar

tahu, mahu dan mampu membuat simpanan wang. Sebagaimana kita

sedia maklum, membuat simpanan adalah salah satu tabiat kewangan

yang paling sukar diamalkan. Saya berkongsi 3 cara mudah namun

berkesan dalam membuat simpanan. Begitu mudahnya sehingga, budak

sekolah rendah pun boleh buat.

Namun begitu, simpanan sekadar satu daripada beberapa aspek

pengurusan kewangan. Jadi di samping membahas tentang simpanan,

saya juga turut memperkenalkan secara ringkas 7 Langkah Urus Wang

yang perlu diambilkira bagi mencapai matlamat kewangan.

Saya bukanlah seorang perancang kewangan bertauliah. Namun saya

memiliki minat yang mendalam terhadap kewangan, bisnes dan

pelaburan sejak di bangku sekolah lagi. Sehingga kini saya masih terus

belajar. Saya cuba mendapatkan apa sahaja bahan pembelajaran sama

ada dalam bentuk buku, ebook, DVD, blog, seminar, bengkel, kursus dan

berkawan dengan beberapa orang pakar dalam bidangnya.

Saya berharap perkongsian ini dapat membantu pengurusan kewangan

anda. Saya yakin dan percaya bahawa dengan izin Allah SWT sesiapa

sahaja mampu mencapai matlamat kewangan sekiranya mempunyai ilmu

yang betul dan disiplin yang tinggi.

saya mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada

anda kerana sudi melaburkan sejumlah wang bagi memperoleh

perkongsian ilmu dan pengalaman daripada ebook ini. Semoga dengan

perkongsian ini, tuan dan puan dapat membuat simpanan dan akhirnya

mencapai matlamat kewangan yang anda idam­idamkan.

Selamat membaca.

RFS

Komputer riba Lenovo S100

Desa Anggerik, Nilai

Negeri Sembilan

SALAM PERKENALAN

Nama penuh saya Raisul Fadhla Bin Safiruddin. Saya biasa dipanggil

dengan nama Rais. Kecuali bagi beberapa kes, adik beradik dan

kawan­kawan rapat saya memanggil saya dengan panggilan yang lebih

mesra dan manja.

Saya berasal dari sebuah negeri di hujung utara Pulau Sumatera

bernama Aceh (Darul Tsunami). Kewarganegaraan saya masih lagi

Indonesia Raya.

Apa yang pasti, saya bukan anak Sultan dari Selatan (walaupun ada

sedikit iras­iras, kata orang). Saya adalah anak ke­7 daripada 10 orang

adik­beradik (7 orang lelaki, 3 orang perempuan). Saya ada 3 orang

abang, 3 orang kakak dan 3 orang adik lelaki.

Untuk makluman, saya hampir 10 tahun menetap di Malaysia. (Oh, 1/3

umur saya rupanya dihabiskan di Malaya). Dan alhamdulillah saya sudah

pernah menjejakkan kaki di semua negeri di Malaysia.

Dalam bidang pendidikan, saya memegang sijil Diploma Tahfiz dan

Dakwah daripada Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor serta

Ijazah Sarjana Muda Dakwah daripada IAIN STS Jambi, Indonesia.

Namun begitu saya lebih banyak berkongsi tentang kewangan, bisnes

(termasuk perniagaan internet) serta pelaburan terutama pelaburan

hartanah.

Saya agak pemalu orangnya. Saya juga sukar mengecam orang (ini

kelemahan saya) tapi orang senang mengenali saya (ini kelebihan

janggut saya). Sekiranya ternampak saya di luar dunia maya, jangan

segan­segan tegur saya. Saya akan berasa sangat gembira.

Setakat ini sahaja dulu perkenalan ringkas namun padat tentang diri saya.

Sekiranya sudi berkenalan lebih jauh dan berkawan dengan saya, boleh

add saya ­­­> https://www.facebook.com/raissafir di Facebook.

Terima kasih sudi berkenalan dan berkawan dengan saya.

PENDAHULUAN

Bismillah...

[1] Nabi Yusuf A.S. berkata, “Hendaklah kamu menanam

bersungguh­sungguh tujuh tahun berturut­turut, kemudian apa yang kamu

tuai biarkanlah dia pada tangkai­tangkainya; kecuali sedikit daripada

bahagian yang kamu jadikan untuk makan.”

[2] “Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang

besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya;

kecuali sedikit daripada apa yang kamu simpan.”

[3] Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang

ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil

anggur, zaitun dan sebagainya).”

[Surah Yusuf, ayat 47, 48 dan 49]

Daripada ayat­ayat di atas digambarkan bahawa dalam kehidupan kita

ada [1] masa untuk membuat persediaan dengan menyimpan dengan

penuh komitmen serta disiplin kerana [2] masa susah pasti akan datang

sama ada boleh dijangka ataupun tidak. Hanya mereka yang memiliki

simpanan yang cukup sahaja dapat mengharungi masa kesusahan itu

dengan baik.

Kemudian [3] ketika masa susah berlalu, mereka yang berjaya melaluinya

dengan baik dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Mereka yang

sebelumnya tidak membuat persediaan perlu belajar daripada

pengalaman yang lalu dan perlu bermula membuat persediaan bagi masa

susah yang boleh kembali datang bila­bila sahaja.

Ini adalah pengajaran yang disampaikan oleh Tuhan kepada sekalian

manusia melalui utusan­Nya sejak ribuan tahun yang lalu. Beruntunglah

sesiapa yang faham dan mengambil pengajaran serta bertindak

berdasarkan kalam Tuhan yang tiada sebarang percanggahan dan

keraguan di dalamnya.

Orang tua­tua kita juga sering berpesan,

“Berakit­rakit ke hulu, berenang­renang di tepian.

Bersakit­sakit dahulu, bersenang­senang kemudian.”

Bermakna biarlah bersusah­payah dahulu bersenang lenang kemudian,

bukannya biar hidup papa asal bergaya akhirnya jatuh ditimpa tanga dan

terantuk baru tengadah. Wa al­’iyadzu billah.

_____

Perbincangan tentang membuat simpanan adalah satu perkara yang

agak membosankan bagi sesetengah orang. Ini kerana otak kita telah

sekian lama dihidangkan dengan pelbagai iklan yang memukau agar

sentiasa mengeluarkan sejumlah wang daripada poket tanpa kita sedari

adakah ia sememangnya suatu keperluan mendesak ataupun hanya

sekadar nafsu kehendak.

Oleh itu, saya cuba memulakan perkongsian ini dengan 3 perkara yang

menarik.

#1

Ada sebuah kajian yang dikongsikan oleh Marshall Sylver dalam buku

beliau Passion, Profit & Power.

1. 50% wang yang tersebar/beredar di dalam

dunia ini dikuasai oleh hanya 1% orang.

2. Manakala 90% wang yang

tersebar/beredar di dalam dunia ini dikuasai

oleh hanya 5% orang. Bermakna, 10% baki

wang lagi diperebutkan oleh 95% populasi

manusia.

3. Sekiranya semua wang yang wujud dalam

dunia ini dibahagikan sama rata, maka setiap

seorang akan memperoleh USD2,4 juta.

4. Namun begitu, dalam masa 5 tahun sejak setiap seorang mendapat

bahagian masing­masing, peratus pemilikan wang akan kembali

seperti keadaan asal. 5% orang menguasai 90%. Manakala 95%

orang lagi perlu memperebutkan 10% wang yang berbaki.

Kenapa boleh begitu? Apa yang membezakan 5% orang yang menguasai

90% wang dengan 95% orang yang lain?

Jawapannya adalah ilmu dan Kebijaksanaan Kewangan (Financial

Quotient).

_____

#2

Dalam buku Lahirnya Seorang Jutawan pula Tuan Azizi Ali ada

berkongsikan sesuatu yang menarik.

Ada satu kajian yang dilakukan ke atas 1000

orang pemenang loteri di Amerika Syarikat.

Selepas kira­kira 5 tahun, kesemuanya kecuali

50 orang (5%) telah kehilangan semua wang

yang dimenangi. Mereka kembali kepada

keadaan asal seperti sebelum mereka

memenangi loteri. Sesetengahnya pula

berhutang dengan pihak tertentu.

Apa yang menarik, kajian tersebut mendapati bahawa 50 orang yang

kekal jutawan tadi akan tetap menjadi jutawan walaupun tidak

memenangi loteri itu.

Ini kerana mereka memiliki tabiat menguruskan kewangan dengan baik.

Menang loteri hanya sebuah kebetulan yang kemudian mempercepat

proses mereka menjadi jutawan.

______

#3

Pada tahun 1992, Shaquille O’Neal

menyertai Orlando Magic, salah sebuah

kelab bola keranjang NBA. Beliau

menghabiskan USD1 juta pertama yang

beliau dapat daripada kontrak

profesionalnya hanya dalam masa 30

minit sahaja.

Mujur 2 perkara berlaku pada keesokan harinya.

1. Pegawai bank segera menghubungi beliau dan memberi nasihat.

Pegawai bank itu memperingatkan bahawa beliau akan berakhir

dengan menyertai senarai para atlet yang jatuh ke dalam lembah

bankrap dan berkubang dengan lumpur hutang jika meneruskan

tabiat seperti itu.

2. Shaq mendengar dan menuruti nasihat pegawai bank itu.

Walaupun bermain bola keranjang, beliau memutuskan untuk tetap

meneruskan pengajian sehingga berjaya memperoleh gelar Sarjana

Muda pada tahun 2000.

Selepas itu, Shaq memutuskan untuk mempertajam pendidikan dalam

bidang perniagaan dan kewangan. Beliau berjaya mendapatkan sijil MBA

daripada University of Phoenix pada tahun 2005.

Pada penghujung karirnya, beliau mengusahakan projek Ed.D dalam

bidang Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Barry yang

membolehkan beliau mendapat gelaran yang setaraf dengan Doktor

Falsafah. Ya, beliau sekerang adalah Shaquille Rashaun O'Neal, Ed.D

Hari ini, Shaq adalah pemilik bersama 155 Restoran Five Guys Burgers,

17 Restoran Auntie Annie’s Pretzel, 150 kedai mencuci kereta, 40 pusat

kecergasan, pusat membeli belah, pawagam, dan beberapa kelab malam

di Las Vegas.

Selain daripada perniagaannya itu, Shaq juga menerima USD 22 juta

setiap tahun (kira­kira USD423 ribu seminggu) daripada kerjaya beliau

sebagai bintang iklan dan personaliti tv.

Beliau pernah berkata, "Ia bukan tentang berapa banyak wang yang anda

hasilkan. Persoalannya adalah apakah anda cukup berpendidikan untuk

menjaganya."

"It is not about how much money you make. The question is are you

educated enough to keep it."

=======================

Daripada 3 perkongsian di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa.

#1 Perkara pertama yang menentukan kejayaan kita dalam kewangan

adalah ilmu dan kebijaksanaan kewangan (FQ) dan bukannya jumlah

wang yang kita terima.

#2 Proses ke arah menjadi seorang jutawan adalah sebuah perjalanan.

Tabiat kita dalam menguruskan kewangan sepanjang perjalanan

menentukan apakah kita boleh sampai ke sana ataupun tidak.

#3 Khabar baiknya ilmu bagi meningkatkan kebijaksanaan kewangan

boleh dicari. Tabiat kewangan untuk menjadi seorang jutawan juga boleh

dilatih. Shaq telah membuktikannya. Dan anda adalah orang berikutnya.

BAHAGIAN SATU ______________________________________________________

Dalam bahagian ini saya bekongsi tentang matlamat kewangan dan

kenapa kita perlu menentukan matlamat kewangan.

Saya juga berkongsi 7 Langkah Urus Wang yang perlu dilakukan

bagi mencapai matlamat kewangan semasa hidup dan ketika nanti

mati.

______________________________________________________

7 LANGKAH URUS WANG

Matlamat Kewangan

Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang 7 Langkah Urus Wang, kita

terlebih dahulu perlu menetapkan matlamat kewangan.

…..

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menjadi matlamat

kewangan.

­ Mempersiapkan dana rizab (tabung kecemasan).

­ Memiliki kediaman sendiri yang selesa.

­ Mempunyi kenderaan yang baik bagi memudahkan pergerakan.

­ Menikmati percutian yang menyeronokkan.

­ Menyediakan pendidikan yang sempurna bagi anak­anak.

­ Menjalani masa persaraan dengan dana yang cukup.

­ Mendapat kemudahan kesihatan dan perubatan terbaik apabila

diperlukan.

­ Melaksanakan ibadah sebagai persediaan bekalan bagi kehidupan

akhirat

­ Dan sebagainya.

Kisah Teksi

…..

…..

1. Pendapatan

…..

2. Perbelanjaan

…..

3. Simpanan

Ini adalah tonggak utama dalam pengurusan kewangan. Jika kita tidak

tahu, tidak mahu dan tidak mampu membuat simpanan, maka langkah

seterusnya tidak dapat diteruskan.

Tujuan utama ebook ini ditulis adalah agar kita tahu, mahu dan akhirnya

mampu membuat simpanan. Dengan begitu diharapkan kita dapat

melangkah ke peringkat seterusnya.

RM1 yang berjaya disimpan bersamaan RM1 yang diperolehi.

4. Perlindungan

…..

Daripada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saad Bin Abi Waqas

R.A. dinyatakan bahawa meninggalkan keluarga dalam keadaan

berkecukupan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam

keadaan miskin dan meminta­minta daripada orang lain. (Direkodkan oleh

Imam Bukhari dan Imam Muslim)

5. Pelaburan

…..

6. Penyucian

…..

Untuk nisab zakat semasa, slia rujuk link ini ­­­>

http://www.zakatpahang.my/v2/NisabZakat.aspx.

Ini pula kalkulator bagi pengiraan zakat ­­­>

http://www.zakatpahang.my/v2/KalkulatorZakat.aspx

7. Pembahagian

Kesemua harta yang kita miliki semasa masih hidup akan menjadi pusaka

yang akan dibahagikan kepada ahli waris dan juga pihak­pihak yang

berkenaan.

Kita perlu merancang pembahagian harta ini ketika masih hidup agar

kelak apabila ajal menjemput, proses pembahagian (sama ada mengikut

faraidh ataupun tidak) dapat diurus dengan lancar. Antara perancangan

tersebut adalah hibah dan wasiat.

BAHAGIAN DUA ______________________________________________________

Bahagian ini ditulis supaya jika sebelum ini kita agak liat membuat

simpanan, selepas ini perkara pertama yang kita ingat apabila

mendapat wang adalah membuat simpanan.

______________________________________________________

JADI TUAN, BUKANNYA HAMBA WANG

Simpanan: Hamba Kepada Tuannya

Wang simpanan ibarat hamba kepada tuannya. Menjadi tuan kepada

wang bermaksud kita menentukan arah tuju wang kita. Kita yang

membuat keputusan bila bagaimana serta berapa jumlah untuk disimpan,

dilaburkan dan dibelanjakan.

Jika kita mampu mengawal dan mengawasinya dengan baik, ia akan

bekerja keras untuk kita 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ia tidak

memerlukan waktu rehat, tidak sakit dan tidak mengambil cuti.

Bahkan jika kita mengahwinkannya (melalui proses pelaburan yang

betul), ia juga boleh melahirkan lebih banyak hamba lagi bagi kita

tuannya. Kemudian hamba yang baru lahir tadi juga akan melahirkan

hamba yang lain lagi, lagi dan lagi.

Mereka semua bekerja siang malam tanpa henti dan akan terus dan

menerus melahirkan hamba baru.

…..

Simpanan: Asas Pengurusan Kewangan

Membuat simpanan adalah perkara asas dan kritikal dalam

pengurusan kewangan. Ia perkara mudah untuk disebut, tapi sukar

untuk dilaksanakan.

Oleh kerana ianya sukar, ramai yang tidak tahu, tidak mahu atau tidak

mampu menyimpan wang. Malah lebih teruk daripada itu, tidak sedikit

orang yang berbelanja melebihi pendapatan yang diterima.

…..

P/S: Sekiranya hendak tahu sekukuh mana asas pengurusan kewangan

anda, cuba ambil cuti tanpa gaji selama 3­6 bulan. Sekiranya anda

mampu melaluinya dengan selesa, saya ucapkan syabas dan tahniah.

BAHAGIAN TIGA ______________________________________________________

Dalam bahagian ini saya berkongsi 3 cara mudah membuat

simpanan. Begitu mudahnya cara ini, budak sekolah rendah pun

boleh buat.

______________________________________________________

3 CARA MEMBUAT SIMPANAN

Pesan orang­orang tua,

“Sediakan payung sebelum hujan.”

Bermaksud kita perlu membuat persediaan sebelum berlaku sesuatu

yang buruk yang tidak dijangka. Kita sering mendengar nasihat ini sejak

di bangku sekolah lagi. Bagi menghadapi masa depan yang lebih baik,

kita perlu membuat simpanan. Namun tidak ramai yang memberi

panduan bagaimana cara mahu membuat simpanan.

Dalam bahagian ini kita akan didedahkan dengan 3 cara membuat

simpanan.

1. Cara Biasa

Apa yang kebanyakan orang akan buat adalah begitu dapat gaji, wang itu

akan dibelanjakan untuk bayar rumah, kereta, kad kredit, pembiayaaan

peribadi, bil utiliti dan sebagainya. Kemudian mereka memperuntukkan

sebahagian wang untuk perbelanjaan makan minum, belanja dapur dan

keperluan keluarga.

Pendapatan ­ Perbelanjaan = Simpanan (Jika ada)

Sekiranya ada baki, barulah disimpan. Jika banyak yang berbaki, maka

banyaklah yang boleh disimpan. Jika baki hanya ada sedikit, maka

sedikitlah yang boleh disimpan. Namun pada kebanyakan kes, tiada

langsung baki yang boleh dijadikan simpanan. Semua habis dibelanjakan.

Ada yang lebih teruk lagi sehingga terpaksa berhutang bagi menyara

hidup sebelum gaji berikutnya dikreditkan ke dalam akaun bank oleh

majikan.

Inilah selalunya cara yang digunakan oleh kebanyakan orang di seluruh

dunia. Inilah juga sebabnya kenapa ramai orang tidak pernah berjaya

membuat simpanan.

Cara biasa ini sememangnya telah terbukti gagal dan tidak berkesan.

Sebagai buktinya, tiada seorangpun menjadi orang kaya dengan

mengamalkan cara ini. Selepas membaca ini, terus padam cara ini

daripada memori anda serta merta.

2. Cara Berkesan

…..

P/S: Kaedah ini diperkenalkan oleh George Samuel Clason dalam buku

beliau yang diterbitkan pada tahun 1926 (oh, kita belumpun lahir ketika

itu) bertajuk The Richest Man in Babylon. Buku ini sangat popular di

seluruh dunia dan menjadi bacaan wajib bagi sesiapa sahaja yang

bercita­cita menjadi seorang yang kaya harta.

3. Cara Mudah

Mengamalkan cara berkesan adalah kaedah terbaik dan terbukti

berkesan dapat membuat simpanan.

Dengan mengamalkan cara berkesan, anda perlu membuat urusan ini

(mengikut pilihan anda) sekurang­kurangnya sebulan sekali ataupun 12

kali sahaja selama setahun.

Menurut kajian, otak akan menghantar isyarat negatif terhadap apa jua

perkara yang tidak pernah atau jarang­jarang dilakukan oleh seseorang.

Jika anda biasa menulis dengan tangan kanan, anda akan berasa sangat

sukar menulis dengan tangan kiri. Begitu pula sebaliknya.

…..

Kekurangan cara berkesan bagi sesetengah orang adalah otak akan

sentiasa menghantar isyarat kesusahan, kepayahan, membebankan dan

membosankan.

…..

Kita perlu membuat aktiviti menyimpan yang menyeronokkan dilakukan

setiap hari atau setiap minggu, dan dilakukan secara berterusan

sepanjang tahun.

Berikut ini adalah aktiviti mudah dan menyeronokkan dalam membuat

simpanan setiap hari.

3.1. Cara Pertama

Saya memperkenalkan kaedah ini kali pertama kepada masyarakat

melalui laman Facebook saya pada tahun 2012. Alhamdulillah, ramai

yang mendapat manfaat memgamalkan cara ini.

Bagaimana bertindak?

…..

Tuliskan [1] matlamat, [2] tarikh mula, [3] sasaran dan [4] rancangan

tarikh akhir anda membuat simpanan di atas kertas. Kemudian tampalkan

pada tabung tersebut.

…..

3. 2. Cara Kedua

…..

Bagaimana bertindak?

…..

Libatkan pasangan dan ajak ahli keluarga melakukan aktiviti ini

bersama­sama.

Dalam masa setahun boleh mencapai RM720. Ini satu jumlah yang cukup

membanggakan.

P/S: cara ini sungguh mudah. Saya percaya budak sekolah rendah pun

boleh lakukan aktiviti ini.. Saya sendiri telah mengamalkan aktiviti ini sejak

belajar sehingga ke hari ini.

3.3. Cara Ketiga

Ini adalah taraf paling rendah bagi sesiapa sahaja yang mahu membuat

simpanan. Cara ini sungguh mudah sehingga budak tadika pun boleh

buat. Tiada alasan lagi untuk tidak menyimpan wang.

…..

Bagaimana bertindak?

…..

Duit yang masuk ke dalam tabung ini tidak boleh dikeluarkan untuk apa

apa tujuan sekalipun sehingga diberitahu kelak (di dalam group).

PENUTUP

Alhamdulillah, kita sudahpun sampai ke penghujung. Syabas dan tahniah

saya ucapkan kepada anda kerana telah membaca sampai di sini.

Apa yang perlu dilakukan selepas ini?

…..

Sebaik sahaja anda membaca perkataan terakhir dalam ebook ini, saya

yakin dan percaya anda telah membuat keputusan yang paling tepat

dalam hidup anda. Saya mendoakan kejayaan anda.

Kita akan berjumpa kembali di dalam group.

TAMAT EBOOK PERCUMA

Ebook versi percuma ini mengandungi hanya sebahagian daripada

kandungan ebook versi penuh. Hanya sehingga muka surat 17 versi ini

ahaja yang sepenuhnya sama dengan versi penuh.

Namun begitu saya percaya sedikit sebanyak anda mendapat manfaat

daripada sedikit perkongsian dalam ebook versi percuma ini

Sebahagian Kandungan Ebook Bonus

(Teknik ini saya kongsikan dalam group tertutup pembaca versi penuh

ebook Cara mudah Simpan Duit)

Teknik Bola Salji

Ini adalah salah satu daripada 2 teknik yang akan saya kongsikan dalam

ebook bunus. Saya sasarkan ebook ini keluar pada hujung bulan Januari

2015 atau awal bulan Februari 2015.

Memandangkan ini sudah minggu awal bulan Januari 2015, saya nak

terus kongsikan teknik ini sekarang agar kita semua dapat gunakan

momentum tahun baru untuk mula simpan duit mengikut kaedah ini.

Simpan Setiap Minggu

Simpan RM mengikut bilangan minggu. Dalam setahun ada 52 minggu.

Contoh:

Minggu ini simpan RM1.

Minggu depan simpan RM2.

Minggu seterusnya RM3.

Dan seterusnya, dan seterusnya sehingga hujung tahun.

Sila rujuk jadual pada gambar.

Simpan Setiap 2 Minggu

Maknanya setiap 2 minggu sekali, rompak duit dari dompet sendiri dan

masukkan dalam tabung/akaun simpanan khas. Jumlah yang perlu

dirompak ikut jadual.

Hujung tahun nanti, duit simpanan mencecah RM1400.

Teknik ini bukan sekadar teknik simpan duit. Lebih daripada itu, teknik ini

adalah cara untuk melatih diri supaya disiplin, sekali gus bina tabiat

kewangan yang baik dalam diri.

#UrusWang

RFS