collegian of the year - sahc.edu.mysahc.edu.my/kenali kami/sejarah/biodata...

4
www.sahc.edu.my ~ SAHC: Collegian of the Year ~ COLLEGIAN OF THE YEAR 2016 Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK.,PSM.,DSDK.,PAT.,BCK., KPK. Tunku Temenggong Kedah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman. YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942 dan seterusnya dibesarkan di Istana Anak Bukit, Alor Setar. YTM Tunku Temenggong Kedah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah sehingga Darjah 4 dan kemudiannya meneruskan pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) daripada tahun 1953 sehingga tahun 1961. Pengalaman di KSAH, telah memberi pendedahan kepada YTM Tunku Temenggong sepertimana kekanda-kekanda baginda, untuk bergaul dengan pelajar-pelajar dari berbilang kaum dan kedudukan. Di sinilah baginda bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti, antaranya ragbi, bola sepak, dan Persatuan Perbahasan. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang tempoh pembelajaran baginda adalah, pada tahun 1958 baginda melibatkan diri dalam aktiviti berakit buluh dari Sungai Sik ke Sungai Kuala Muda yang memakan masa selama 4 hari. Kerjaya Setelah menamatkan pelajaran di peringkat Senior Cambridge, baginda mencari pengalaman dengan menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar pada tahun 1962. Demi menyahut saranan daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan paduka kekanda serta minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan, baginda telah memilih untuk menjalani latihan kadet dan telah dihantar ke India untuk menjalani kursus ketenteraan di Indian Military Academy di Dehra Dun bermula dari 23 Julai 1962 sehingga 30 Jun 1963. Setelah kembali ke tanah air, baginda telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada 12 Februari 1964 dan ditempatkan di Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sepanjang perkhidmatan, baginda telah terlibat dalam pelbagai operasi di sempadan Thailand/Kelantan, Kedah dan Perak. Kemuncak operasi adalah semasa konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia. Baginda bersama batalion mengambil alih tugas di Kalabakan dan di sempadan Indonesia/Malaysia seperti di Kampong Mentadah, Simpang Tiga, Apas Balong dan sebagainya. Batalion Ke-2 RAMD kemudiannya telah dipindahkan ke Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun 1965 dan seterusnya ke Kem Sungai Besi pada tahun 1966. baginda juga pernah dilantik sebagai Pegawai Latih di National Service Training Centre. Pada tahun 1967, batalion baginda telah ditukarkan ke Sarawak untuk menjalankan operasi di kawasan sempadan Indonesia/Malaysia sehingga tahun 1968. Pada tahun 1969, batalion YTM

Transcript of collegian of the year - sahc.edu.mysahc.edu.my/kenali kami/sejarah/biodata...

Page 1: collegian of the year - sahc.edu.mysahc.edu.my/kenali kami/sejarah/biodata collegian/collegian2016.pdf · Temenggong Kedah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah diputerakan

www.sahc.edu.my

~ SAHC: Collegian of the Year ~

COLLEGIAN OF THE YEAR 2016

Yang Teramat Mulia

Dato’ Seri Diraja Tan Sri

Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah,

SHMS., SSDK.,PSM.,DSDK.,PAT.,BCK., KPK.

Tunku Temenggong Kedah

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman.

YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942 dan seterusnya dibesarkan di Istana Anak Bukit, Alor Setar. YTM Tunku Temenggong Kedah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah sehingga Darjah 4 dan kemudiannya meneruskan pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) daripada tahun 1953 sehingga tahun 1961.

Pengalaman di KSAH, telah memberi pendedahan kepada YTM Tunku Temenggong sepertimana kekanda-kekanda baginda, untuk bergaul dengan pelajar-pelajar dari berbilang kaum dan kedudukan. Di sinilah baginda bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti, antaranya ragbi, bola sepak, dan Persatuan Perbahasan. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang tempoh pembelajaran baginda adalah, pada tahun 1958 baginda melibatkan diri dalam aktiviti berakit buluh dari Sungai Sik ke Sungai Kuala Muda yang memakan masa selama 4 hari.

Kerjaya

Setelah menamatkan pelajaran di peringkat Senior Cambridge, baginda mencari pengalaman dengan menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar pada tahun 1962. Demi menyahut saranan daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan paduka kekanda serta minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan, baginda telah memilih untuk menjalani latihan kadet dan telah dihantar ke India untuk menjalani kursus ketenteraan di Indian Military Academy di Dehra Dun bermula dari 23 Julai 1962 sehingga 30 Jun 1963.

Setelah kembali ke tanah air, baginda telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada 12 Februari 1964 dan ditempatkan di Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sepanjang perkhidmatan, baginda telah terlibat dalam pelbagai operasi di sempadan Thailand/Kelantan, Kedah dan Perak.

Kemuncak operasi adalah semasa konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia. Baginda bersama batalion mengambil alih tugas di Kalabakan dan di sempadan Indonesia/Malaysia seperti di Kampong Mentadah, Simpang Tiga, Apas Balong dan sebagainya. Batalion Ke-2 RAMD kemudiannya telah dipindahkan ke Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun 1965 dan seterusnya ke Kem Sungai Besi pada tahun 1966. baginda juga pernah dilantik sebagai Pegawai Latih di National Service Training Centre.

Pada tahun 1967, batalion baginda telah ditukarkan ke Sarawak untuk menjalankan operasi di kawasan sempadan Indonesia/Malaysia sehingga tahun 1968. Pada tahun 1969, batalion YTM

Page 2: collegian of the year - sahc.edu.mysahc.edu.my/kenali kami/sejarah/biodata collegian/collegian2016.pdf · Temenggong Kedah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah diputerakan

www.sahc.edu.my

~ SAHC: Collegian of the Year ~

Tunku Temenggong telah diarahkan bertukar ke Kem Tok Jalai di Kedah. Selain daripada operasi di sempadan, batalion YTM Tunku Temenggong turut menjalankan operasi di Sandakan, Sabah. Semasa peristiwa Mei 1969, batalion baginda beroperasi di Pulau Pinang.

YTM Tunku Temenggong bersara dari Perkhidmatan Angkatan Tentera pada tanggal 14 Februari 1974 dengan berpangkat Kapten. Semasa dalam tempoh percutian persaraan tersebut, baginda telah menjalani latihan di Suruhanjaya Serbia (NPC) dan Malaysian Institute of Management (MIM). Pada pertengahan tahun 1974, baginda mula bertugas di Syarikat K.S. Associates. Syarikat, sebuah syarikat yang menjalankan operasi projek perumahan di Gua Musang, Kelantan. Baginda kemudiannya bertugas di Syarikat Pembangunan Hartanah. Syarikat ini menjalankan aktiviti pengeluaran penyepit kayu bagi membina kem-kem di pelbagai tempat, antaranya di Johor dan Sabah. YTM Tunku Temenggong juga pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa syarikat swasta. Antaranya ialah Syarikat Light & Power Construction Sdn. Bhd.

Pada bulan Mei 1997, YTM Tunku Temenggong mengikuti Kursus Complete Operation and Maintenance of Engineer System/Net Barrier Aircraft Arrow Space Gear di Amerika Syarikat.

Pada 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berikutan pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada tanggal 21 Mei 2014 kekanda yang dikasihi, Almarhum YTM Dato’ Seri Utama Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah mangkat dan YTM Tunku Temenggong Kedah telah dilantik mengambil alih jawatan selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Pada 7 Disember 2014, YTM Tunku Temenggong dilantik sebagai Royal Patron of Binary Global Scholarship Fund. Seterusnya pada 23 Disember 2014, baginda telah dimasyhurkan sebagai Tunku Canselor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). Pada 7 Mac 2015, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pro Canselor 1, Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Keluarga

Baginda telah bertemu jodoh dengan YTM Datin Seri DiRaja Puan Sri Dato’ Seri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Tunku Puan Temenggong yang merupakan ahli kerabat DiRaja Negeri Kelantan. Pertemuan ini berlaku semasa YTM Tunku Temenggong bertugas di Kelantan bersama Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD).

YTM Tunku berdua telah melangsungkan perkahwinan pada tanggal 26 November 1965. Hasil dari perkahwinan tersebut, pasangan DiRaja ini telah dikurniakan 2 orang putera iaitu YTM Dato’ Tunku Sarafudin Badlishah yang diputerakan pada 2 Mac 1967 dan YTM Dato’ Tunku Shazuddin Ariff yang diputerakan pada 27 April 1970. Kedua-dua putera baginda sekarang ini telah berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing.

YTM Dato’ Tunku Sarafudin Badlishah telah mendirikan rumahtangga dengan Y.Bhg. Datin Zaheeda Banu binti Mohamad Ariff dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, terdiri daripada seorang puteri dan seorang putera.

Anugerah Bintang dan Darjah Kebesaran

1970 - Dianugerahkan Bintang Cemerlang Negeri Kedah (BCK) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

1974 - Menerima Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) daripada Kerajaan Persekutuan atas perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Page 3: collegian of the year - sahc.edu.mysahc.edu.my/kenali kami/sejarah/biodata collegian/collegian2016.pdf · Temenggong Kedah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah diputerakan

www.sahc.edu.my

~ SAHC: Collegian of the Year ~

1982 - Dianugerahkan Darjah Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran “Dato” oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

1982 - Dianugerahkan gelaran TUNKU LAKSAMANA KEDAH oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

1987 - Dianugerahkan Darjah Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

1996 - Dianugerahkan gelaran TUNKU TEMENGGONG KEDAH oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

2000 - Menerima limpah perkenan Pengurniaan Darjah Kebesaran Khas sebagai ORANG BESAR EMPAT daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

2008 - Dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (SHMS) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

2010 - Dianugerahkan Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran “Tan Sri” oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

2012 - Dianugerahkan Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kegiatan/Kegemaran

Baginda seorang yang mempunyai perwatakan yang lemah lembut namun tegas dalam membuat keputusan dan sangat mementingkan penampilan diri. Latihan dan pengalaman ketenteraan yang dilalui telah mewarnai watak dan keperibadian sangat mementingkan masa. Berdasarkan kriteria tersebut, baginda telah dilantik sebagai Kolonel Kehormat dalam Askar Wataniah Negeri Kedah (JAKPAW). Pada tahun 2007, YTM Tunku Temenggong telah diberi penghormatan menjawat jawatan sebagai Brigedier Jeneral seterusnya menjadi Penasihat kepada Rejimen Askar Melayu DiRaja.

YTM Tunku Temenggong amat berminat dan bergiat aktif dalam bidang sukan dan gemar beriadah seperti bermain golf. Baginda juga mengikut jejak Almarhum ayahanda baginda yang gemar memelihara binatang dengan membela pelbagai spesies kucing yang dipelihara sendiri oleh baginda. Pada masa lapang, baginda gemar bersiar-siar dan melancong bersama anakanda dan cucunda.

Penglibatan Dalam Institusi, Pertubuhan, Persatuan dan Syarikat

Antaranya adalah seperti berikut:-

• Yang di-Pertua, Majlis Agama Negeri Kedah Darul Aman.

• Presiden, Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah Darul Aman.

• Canselor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS)

• Pro Canselor 1, Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

• Royal Patron of Binary Global Scholarship Fund.

• Penasihat II, Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA).

• Penaung Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim.

Page 4: collegian of the year - sahc.edu.mysahc.edu.my/kenali kami/sejarah/biodata collegian/collegian2016.pdf · Temenggong Kedah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah diputerakan

www.sahc.edu.my

~ SAHC: Collegian of the Year ~

• Penaung Pusat Pengajian Islam Darussolihin Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

• Penasihat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Malaysia (JAKPAW) Negeri Kedah Darul Aman.

• Ahli Kehormat Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Negeri Kedah Darul Aman.

• Pengerusi Syarikat Seri Libana (M) Sdn. Bhd.

Sumber: Dipetik & diubahsuai daripada Buku Cenderamata

Majlis Anugerah Cemerlang 2016