Contoh Artikel Gelaja Sosial

download Contoh Artikel Gelaja Sosial

of 11

description

contoh shj

Transcript of Contoh Artikel Gelaja Sosial

Masalah sosial salah siapaIbu bapa gagal sebagai role modelGejala keruntuhan moral dan akhlak pelajar kembali diperkatakan. Yang terbaru dan paling menggemparkan ialah isu memuja syaitan dan seks oral. Bagaimana saudara melihat perkembangan ini?

Masalahnya sekarang ialah ibu bapa dan guru tidak lagi dijadikan teladan. Anak-anak kini menjadikan penyanyi terkenal sebagai role model mereka. Pada saya, ini adalah satu kesilapan besar.Dalam isu keruntuhan moral dan gejala sosial, kita tidak boleh menyalahkan anak-anak. Ketika masih kecil atau dalam usia terlalu muda, kanak-kanak dan remaja tidak mempunyai fikiran dan pertimbangan yang waras.Pada peringkat ini, kawalan menjadi sangat penting. Kawalan yang secukupnya di samping bimbingan dan pendidikan moral perlu diberikan kepada mereka oleh ibu bapa dan keluarga.Selain itu, sekolah juga harus memainkan peranan membina dan mencorakkan watak dan moral mereka. Tetapi malangnya aspek-aspek pembinaan insan yang tinggi moralnya ini seperti diabaikan dalam sistem pendidikan kita.Adakah ini bermaksud sistem pendidikan sekarang tidak berfungsi sebagai penghalang keruntuhan moral pelajar?DR. ABD. RAHIM:Tidak, saya bukan bermaksud begitu. Semua sekolah mempunyai kawalan sosial sendiri. Mereka memang mementingkan disiplin yang selalunya dijadikan asas untuk memastikan kesejahteraan sekolah.Bagaimanapun, terdapat faktor lain dalam isu ini. Isu disiplin bukan saja pada kawalannya tetapi dari segi pengukuhan moral, corak pergaulan, pembentukan jati diri, wawasan dan pemikiran pelajar.Yang paling penting, pelajar sepatutnya dibina ke arah mempunyai pandangan dan fikiran yang positif serta konstruktif. Pelajar yang hendak kita bentuk di sekolah-sekolah mestilah sentiasa membenci perkara-perkara buruk.Adakah masalah yang kita hadapi sekarang ada kaitan dengan pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah?DR. ABD. RAHIM:Mata pelajaran itu memang amat diperlukan. Malangnya di Malaysia, cara Pendidikan Moral diajar bukan dengan tujuan utama untuk membentuk personaliti. Ia lebih menekankan kepada aspek-aspek kebudayaan dan moral semata-mata.Sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sendiri baru-baru ini mempersoalkan peranan Pendidikan Moral di sekolah-sekolah. Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Moral itu sendiri tidak sepatutnya terikat dengan buku teks. Ia perlu disesuaikan dengan isu-isu semasa berkaitan moral dan sosial yang berlaku dalam masyarakat.Masih adakah ruang untuk kita memperbetulkan gejala sosial di kalangan generasi muda?DR. ABD. RAHIM:Kita masih belum terlambat. Sebenarnya kes memuja syaitan dan seks oral yang dilaporkan baru-baru ini bukannya berlaku secara meluas. Ia boleh dianggap sebagai kes terpinggir. Tetapi kejadian itu memberi peringatan kepada kita bahawa gejala tersebut sedang bertapak di dalam masyarakat dan ini tidak boleh dibiarkan merebak.Dalam isu Black Metal dan pemujaan syaitan misalnya, ini petanda dan gambaran bahawa pengetahuan dan pegangan agama remaja atau pelajar sekolah yang terlibat begitu longgar dan nipis.Tetapi dalam kes pemujaan syaitan di Kedah, segelintir yang terlibat adalah pelajar dari sekolah agama. Bukankah mereka ada pengetahuan agama?DR. ABD. RAHIM:Tidak semestinya jika mereka ada pengetahuan agama, maka mereka ada penghayatan terhadap agama. Saya berpendapat penghayatan agama mereka ini tidak begitu kuat. Jika benar mereka menghayati agama, sudah tentu mereka dapat membezakan antara perbuatan yang baik dan yang buruk.Bagaimana pula dengan perbuatan seks oral oleh murid sekolah rendah?DR. ABD. RAHIM:Pengaruh unsur-unsur seksual dan lucah memang semakin menular dalam masyarakat. Ia sekali gus merupakan ancaman kepada generasi muda. Saya tidak bermaksud mahu mencadangkan pendidikan seks untuk kanak-kanak yang belum matang tetapi kita wajib menghapuskan pengaruh-pengaruh buruk yang berkaitan seperti cakera padat video (VCD) lucah.Malangnya, ada banyak ibu bapa yang menyimpan VCD sama ada VCD lucah atau yang mengandungi adegan berunsur seks dan ghairah di rumah. Ibu bapa juga tidak mengawal pembelian VCD oleh ahli keluarga. Malah ada ibu bapa mungkin menyimpan video lucah.Kerajaan perlu mengawal keadaan ini termasuk memastikan akhbar, majalah dan televisyen di negara ini tidak menyiarkan gambar-gambar dan adegan lucah.Tahap pendidikan masyarakat di negara ini semakin meningkat tetapi kenapa semakin tinggi pendidikan rakyat semakin banyak masalah sosialnya?DR. ABD. RAHIM:Struktur masyarakat sebenarnya telah banyak berubah. Jika di kampung-kampung dahulu, walaupun pendidikan mereka tidak tinggi tetapi mereka ada banyak nilai murni.Ini termasuklah tanggungjawab sosial, semangat kekitaan, kejiranan dan persaudaraan yang kukuh. Semua orang mengambil tahu apa yang berlaku dalam kelompok mereka.Tetapi keadaan ini tidak berlaku lagi pada masa sekarang terutama di bandar-bandar. Kini orang menutup sebelah mata terhadap apa saja keburukan atau jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.Kesibukan dan semangat kebendaan menyebabkan mereka tiada ruang dan masa untuk berbual dan mengenali antara satu sama lain. Budaya mementingkan diri sendiri juga menjadi amalan kebanyakan masyarakat sekarang. Saya fikir gejala sosial yang kita hadapi sekarang boleh dibanteras jika masyarakat kita kembali kepada nilai-nilai murni seperti di kampung dahulu.Kita sudah tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tugas mengawal anak-anak kepada kerajaan, polis atau sekolah. Masyarakat sendiri kena terlibat.Saya ulangi bahawa walaupun kes-kes terbaru gejala sosial di sekolah adalah kes terpinggir, namun ia merupakan masalah serius.Kemajuan yang dicapai dalam segenap bidang terutama komunikasi menyebabkan kanak-kanak sekarang telah mempunyai kelakuan yang lebih dewasa daripada usia mereka.Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya bagi ibu bapa yang bekerja di bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahumengambil tahutentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk meluangkan masa bagi mendengar masalah anak-anak mereka. Hal ini pasti menyebabkan anak-anak berasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.Selain itu, golongan remaja terjebak dalam gejala negatif juga akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat ditukar ganti dengan wang.Sementara itu, segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka. Contohnya perceraian antara ibu bapa mereka.dan pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah dan mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.Penglibatan golongan remaja dalam kegiatan jenayah ini dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian yang ungugul dalam kalangan para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.Dalam pada itu, guru-guru juga mesti menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan dalam kalaangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Pendidikan Moral dan agama amat perlu dipertingkankan kerana semua agama mendidikr penganutnya supaya berkelakuan baik.FAKTOR GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Berita Harian,12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hinggatahun 1998,kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan.Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.Persoalannya,jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Justeru,senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak termasuklah golongan ibu bapa,guru,masyarakat,dan negara. Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi kemelut ini.Namun begitu,apakah punca kepada kegagalan tersebut?

Kemelut ini sebenarnya bermula daripada diri remaja itu sendiri.Perkataan remaja atau adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu adolescere yang bermaksud membesar atau membesar menjadi matang.Menurut Kamus Dewan,Edisi Ketiga,remaja merupakan seorang yang mulai dewasa,sudah akil baligh,dan sudah cukup umur untuk berkahwin.Dari segi perspektif Islam pula,remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh.Pada peringkat ini,golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.Apabila mengaitkan diri remaja dengan gejala sosial yang semakin berleluasa pada hari ini,kita dapat melihat sikap ingin mencari sesuatu yang baharu atau sikap ingin tahu yang ada dalam diri remaja sebagai satu faktor yang utama.Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja.Lazimnya mereka gemar mencuba sesuatu yang baharu.Setiap perkara yang terlarang,itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Contohnya,fenomena lumba haram yang terjadi akibat keinginan remaja untuk menunjukkan belang mencerap keseronokan bersama rakan sebaya.Selain itu,masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya.Menurut Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,masalah dadah yang merupakan masalah utama,masih merupakan ancaman besar negara.Hal ini membuktikan,betapa seriusnya masalah dadah.Lebih-lebih lagi,gejala ini melibatkan golongan remaja.

Selain itu,remaja kini lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut atau terpengaruh dengan gaya dan cara hidup orang lain.Kita dapat lihat pada hari ini,budaya asing semakin mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan remaja seperti cara pemakaian,makanan mahupun cara pemikiran.Remaja seolah-olah mengagung-agungkan budaya asing.Mereka beranggapan bahawa budaya asing yang diikuti adalah cara hidup moden yang seiring dan sesuai dengan dunia yang kini semakin canggih dan moden.Sebaliknya,mereka menganggap bahawa cara hidup berlandaskan ajaran agama adalah kuno dan tidak lagi boleh diguna pakai pada zaman moden ini.Justeru,hal ini menyebabkan remaja tidak mempunyai pegangan dalam hidup dan bertindak menjalani kehidupan mengikut cara mereka sendiri.Apabila keadaan ini terjadi,remaja akan mudah terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat.Antara contoh yang paling releven ialah budaya black metal dalam kalangan remaja yang lahir sebagai akibat daripada pengaruh budaya asing.

Di samping itu,ibu bapa turut menjadi faktor perdana apabila membincangkan isu yang melibatkan remaja.Hal ini kerana ibu bapa sering dikatakan sebagai individu yang dekat dengan remaja dan banyak mempengaruhi proses pembentukan diri remaja.Namun begitu,ibu bapa kini mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka terhadap anak-anak.Hal ini kerana ibu bapa kini rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka.Keadaan ini menyebabkan remaja membesar tanpa belaian kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu dan bapa.Di sinilah timbulnya perasaan seolah-olah diri remaja tidak dihargai dan terabai.Lebih-lebih lagi,apabila remaja berhadapan dengan masalah keluarga.Menurut Dr. Syed Hasan Ahmad,apabila remaja membuat andaian bahawa ibu bapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku perkara tidak diingini dalam keluarga terbabit,remaja itu akan berasa marah,kecewa,dan memendam perasaan. Justeru,remaja mengambil kesempatan keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan jenayah kerana mereka merasakan kehidupan menjadi kosong sebagai akibat keperluan emosi mereka yang tidak dipenuhi dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa.Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan aset signifikan dalam membentuk diri remaja.

Disuntik nilai tambahnya,kurang didikan agama dan moral turut menjadi punca gejala sosial dalam kalangan remaja.Pendidikan agama dan moral perlu diberi keutamaan sejak anak-anak masih kecil lagi kerana didikan yang cukup dan sempurna menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis segala anasir yang tidak baik seperti merokok,melepak,dan kegiatan lumba haram.Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan peribahasa yang menjelaskan kepadakita betapa pentingnya anak-anak dididik sejak kecil dengan didikan agama dan moral.Akhbar Utusan Malaysia,30 September 2002,menyatakan bahawa sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenalpasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah yang seterusnya mengundang gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Di sini kita dapat melihat peranan didikan agama dan moral dalam diri remaja kerana kita yakin dan percaya bahawa apabila mereka mengetahui hukum-hukum agama,sudah pasti mereka tidak akan menjerumukan diri ke dalam perkara yang ditegah oleh Tuhan.Selain itu,Nabi Muhammmad S.A.W. sendiri mengingatkan kita agar meninggalkan akhlak yang buruk demi melahirkan jiwa yang bersih dan tenang.Izharnya,mereka yang terlibat dengan gejala sosial adalah mereka yang tidak menghayati ajaran agama.Ingatlah agama tanpa ilmu adalah buta,,manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.

Tambahan pula,selain ibu bapa,rakan sebaya turut menjadi punca berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.Hal ini kerana rakan sebaya merupakan individu yang rapat dengan remaja selain ibu bapa.Malah remaja kini lebih banyak meluangkan masa dengan rakan berbanding dengan keluarga.Hal ini menyebabkan remaja terlalu mempercayai rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja bersama-sama tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.Selain itu,remaja takut diri mereka akan dipinggirkan daripada kumpulan rakan-rakan sekiranya tidak mengikut perbuatan mereka.Contohnya,apabila sekumpulan pelajar merokok,pasti remaja dalam kumpulan tersebut akan didesak supaya melakukan perbuatan yang sama.Keadaan ini akan menimbulkan konflikdalam diri remaja yang tidak mahu disisihkan atau dianggap tidak berani mencuba.Akhirnya,remaja akan memilih untuk menyertai rakan dengan mengikut perbuatan mereka itu.Dalam hal ini,remaja perlu sedar bahawa mereka perlu bijak memilih rakan.Hal ini kerana apabila berkawan dengan penjual minyak wangi,harumnya akan melekat pada badan kita,manakala apabila berkawan dengan tukang besi,bahang kepanasan akan turut kita rasai.Jelaslah bahawa rakan sebaya turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan diri remaja.

Di samping itu,pihak sekolah lebih mementingkan prestasi akademik pelajar berbanding pembentukan sahsiah diri pelajar.Berdasarkan makalah yang dipetik daripada Dewan Masyarakat keluaran bulan Mei 2004,terdapat sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang,yang bertindak ganas memukul seorang pelajar lelaki sehingga patah tulang rusuk kanannya.Apabila disiasat,puncanya begitu remeh namun kemelut yang dicetuskan menggemparkan negara berikutan persepsi pelajar sekolah yang cemerlang akademiknya turut terlibat dalam gejala yang tidak sihat seumpama ini.Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa remaja kini hanya diberi penekanan terhadap prestasi akademik dan tidak diberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah diri remaja.Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.

Akhir sekali,banyak faktor yang menyebabkan gejala sosial dalam kalangan remaja.Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dengan sempurna supaya dapat mengelakkan fenomena ini daripada terus berleluasa.Gejala-gejala sosial ini sememangnya boleh ditangani andai terdapat sinergi daripada semua pihak.Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Sesungguhnya,remaja merupakan harapan bangsa.Oleh itu,masalah yang membabitkan golongan remaja tidak wajar dibiarkan begitu sahaja tanpa ada titik noktahnya.

PUNCA-PUNCA BERLAKU GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remajayangterlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa dan pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabitjuga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapatbahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.

Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapatibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak.Sesungguhnya, anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ibu bapabegitu sibuk dengan kerjayabagi menambahkan pendapatansehingga anak-anakterabaidan tidak mendapat kasihsayang yangsecukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidakmendapat perhatian yangsewajarnyalalu mereka melakukan perkara-perkara negatifuntuk mehilangkan kebosanan dantidak kurang juga ada yang melakukannya semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkanfaktorpergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencariketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yangmempunyai perangai negatif. Oleh itu, remajabegitu mudah terikut-ikut dengansikap rakan sebayamereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melepak di pusat membeli-belahdan mendapatkan hiburan di pusat-pusathiburan.

Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadifaktor penyebab.Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik dan tidak mahu'menjaga tepi kain orang'. Bagi pendapat sesetengah masyarakat pula pihak yang perlu mengatasimasalah remaja ialah pihak kerajaan sahaja.Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagihdadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakatkerana mereka berpendapat bahawa, pihak kerajaan sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja.

Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remajacenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remajamempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapibukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya.

How overpopulation causes social problems.How Overpopulation Causes Social Problems Introduction The purpose of this paper is to demonstrate how overpopulation causes social problems. To do so you must take many things into consideration, such as different views of racial problems and conflicting definitions of a social problem. SPremium3006Words13Pages Social problems in amerca1. onservative, liberals, and radicals on the left perceive different social problems different ways. The same is true with social problems that arise involving sexuality. Conservatives today view any type of sex outside of a heterosexual, married couples home as a social problem. They see homoPremium1994Words8Pages Social problems19 Social Problems 19.1 Introduction India is one of the developing nations of the modern world. It has become an independent country, a republic, more than a half century ago. During this period the country has been engaged in efforts to attain development and growth in various areas such as buPremium3091Words13Pages Social problems in thailandSocial Problems in Thailand World around us today are filled with problems, complications, and dilemmas. People faces problems in everyday life, but problems that people living in the same society face commonly are called social problems. Before discussing social problems in our society, we mustPremium2232Words9Pages Current political and social problems of pakistanCurrent Political and social problems of Pakistan!! Introduction Pakistan these days is facing an immense crisis in political, social and economic drawback, recently Pakistan is passing through a series of chronic and painful problems include political, socioeconomic, energy crises, security,uPremium1848Words8Pages Social problems with americaSocial Problems in America Many of Americans today do not take the time to realize that our nation is little by little falling apart. Our leaders are corrupt, our environment is being destroyed, and there are thousands of children being born each day. The three major social problems facingPremium1438Words6Pages Race in social problemsLast semester when I signed up for classes, I thought Sociology 260: Social Problems in the US would be a course where a minimal amount of time would be spent on discussing social problems and a maximum amount of time would be used to discuss public policies to combat such social problems. I wantedPremium2376Words10Pages Social problems in americaSocial Problems In America How are we doing? Is the G.D.P rising? Is the stock market strong? Are businesses prospering? Is inflation low? Is the deficit shrinking? Are exports increasing? These questions are all important economically and socially in the world today. If I knew the answers to alPremium799Words4Pages Social problemsStudent ID No. 10133166 Choose one social problem' and consider society's response to that social problem. In this essay I am going to attempt to define the term social problem' and what it might mean in today's western society. The essay will then provide an overview of what mental illnesPremium2510Words11Pages Social problemsQuality of Life 2 Abstract Work groups are all around us, from committees at work to neighborhood watch groups. How these groups form, grow and accomplish their goals involve multiple stages and multiple difficulties in arriving at the end result. The interrelationship between work and faPremium923Words4Pages Social problemsOn the first day of Social Problems class we were introduced to Charles Dickens phrase, Power in itself is not a bad thing, its how we use that power, whether to help or destroy. Governments and government related jobs hold utmost power when it comes to managing issues that are referred toPremium1975Words8Pages Social problems, prison reformSocial Problems - Prison Reform Is it time to give up on rehabilitating criminals? Nearly one in every one hundred adults in the United States is in jail or prison today. With such a high number of Americans going to prison and eventually trying to re-enter society with a chance of bePremium2353Words10Pages Social problems facing our us veterensThe Growing Social Problems Facing our U.S. Veterans Today There are numerous social problems that plague our world today. These issues can be very detrimental to our society as a whole and can also have very negative impacts on many lives. One major social problem we are facing today is the wPremium1118Words5Pages Social problemsNorms, attitude and values has been taught that each has a legitimate behavior in our society and the first step to change being made would be to start with the various norms, attitudes and values. Our norms and attitudes about when violence is legitimate also need to be changed. The interventiPremium575Words3Pages Teenagers social problemsTeenagers social problems can be related to anything that happens in this society. Teenagers can be affected about anything. They grow in a society that still has many unresolved issues and they are the ones that have to suffer. Social problems can be as simple as listening to loud music in a park.Premium491Words2Pages Society's social problemsKarolin Pierson Sociology 102 Social Problems Page 1 of 4 Describe or discuss the following concepts: The capitalist model The Capitalist Model is a defined economic system that supports the system of private ownership of natural resources, and the production of goods and services. This typePremium1384Words6Pages Social problemsThere are many reasons why mandatory-sentencing laws are ineffective and counterproductive. The first reason is that many people go to jail for very small crimes. Washington and California passed a law in 2004 called the "three strikes law," where if someone is a two time felony offenderPremium829Words4Pages Social problems and social welfareFor many of us when we hear the term Homeless the first image that often springs to mind is a person huddling in a sleeping bag or cardboard box in a doorway of a city street. Whilst media imagery and information released by charities can support this picture the problem of homelessness encompPremium3501Words15Pages The factors influencing social group dynamics1.Abstract The area of research is on the factors that cause and propagate the current social group dynamic trends that are prevalent within the United States International University Nairobi campus ( hereby referred to as USIU). It would be prudent to first define what this paper terms as sociaPremium4610Words19Pages Social psychologyTuesday, Mar. 28, 2000 social psychology Socialization The process by which personality is formed as the result of social influences is called socialization. Early research methods employed case studies of individuals and of ind