Contoh Ayat keterangan
-
Upload
faizol-subhi -
Category
Documents
-
view
299 -
download
0
Transcript of Contoh Ayat keterangan
Keterangan musabab
Kerana,lantaran, oleh sebab
Tugas profesional ini tidak berkembang kerana faktor yang melingkari dunia penerbitan.
Keterangan akibat
Hingga, Sehingga
Doktor menyuruh kami tunggu diluar sehingga keadaan ayah makin pulih.
Keterangan syarat
Sekiranya, Kalau, Jikalau, Andai kata, Jika
Jika kita mahu tradisi membaca ini hidup serta kukuh dalam masyarakat,kita harus bermula dari peringkat kanak-kanak dan kesannya akan dapat dilihat dalam tempoh 10-20 tahun yang akan datang.
Keterangan waktu
Sementara,Ketika,Setelah,Tatkala,Semasa,Sewaktu,Apabila,Sebelum,Selepas
Selepas kejadian yang menimpa dirinya dia mula insaf dan berubah.
Keterangan pertentangan
Walaupun,Sungguhpun,Kendatipun,Meskipun,Biarpun,Sekalipun
Sekalipun anda bergelar artis,anda pasti akan lebih dihormati andai diri dibekali ilmu pada tahap yang membanggakan.
Keterangan harapan Semua pihak haruslah menggembleng tenaga bersama-sama menyahut kempen yang dilancarkan agar amalan berbudi.
Keterangan cara
Dengan
Industri buku di negara membangun pula dibelenggu dengan pelbagai hambatan.
Keterangan tujuan
Agar,Supaya,Untuk
Pokok pegaga boleh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit.
Keterangan perbandingan
Seolah-oleh,Seperti
Izuan asyik diberi perhatian seolah-olah dia seorang artis.