Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT

26
1 ISI KANDUNGAN M/S 1. Penghargaan 2 2. Objektif 3 3. Definisi penyakit dan penyakit berjangkit 4 4. Jenis-jenis penyakit berjangkit 5 5. Influenza A ( H1N1) 6 6. Batuk Kering ( TIBI ) 8 7. Leptospirosis (kencing tikus ) 10 8. Cacar Air 16 9. Denggi 21 10. Penutup 26

Transcript of Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT

1

ISI KANDUNGAN M/S

1. Penghargaan 2

2. Objektif 3

3. Definisi penyakit dan penyakit berjangkit 4

4. Jenis-jenis penyakit berjangkit 5

5. Influenza A ( H1N1) 6

6. Batuk Kering ( TIBI ) 8

7. Leptospirosis (kencing tikus ) 10

8. Cacar Air 16

9. Denggi 21

10. Penutup 26

2

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat ALLAH kerana

telah dapat menyiapkan Buku Skrap bagi Kelab Doktor Muda ini dalam

jangkamasa yang ditetapkan. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat Kelab Doktor Muda SK

Batu Kapor yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan

kepada saya dalam menghasilkan buku skrap ini.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang

banyak membantu dan memberikan idea-idea yang berguna. Penghargaan

ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana memberikan dorongan

dan galakan kepada saya dalam menyiapkan buku ini.

Sekian , terima kasih.

3

OBJEKTIF

Objektif bagi Buku Informasi Kesihatan ini adalah :

1. Menerangkan mengenai cara-cara penjagaan gigi yang betul.

2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya kesihatan pergigian

3. Memberi pendedahan kepada guru tentang penjagaan kesihatan

pergigian

4. Mempromosikan aktiviti pencegahan kepada kanak-kanak dan guru-

guru.

4

DEFINISI PENYAKIT

Apa itu penyakit? Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang

menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi , atau tekanan /stres kepada orang yang

terbabit atau berhubung rapat dengannya. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang

mengancam manusia seperti penyakit berjangkit, penyakit genetic, penyakit

autoimun, penyakit toksik, penyakit kekurangan(zat), penyakit endokrin dan

sebagainya. Penyakit ini boleh disebabkan kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan

organ berfungsi, dan juga penyakit baka/keturunan.

Leptospirosis Denggi

Tibi Cacar air

5

PENYAKIT BERJANGKIT

Berikut merupakan senarai penyakit berjangkit terkini yang telah diwartakan

di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) :

1. Batuk Kokol

2. Campak

3. Chancroid

4. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah

5. Demam Kuning

6. Difteria

7. Disenteri (Semua Jenis)

7A. Ebola

8. Jangkitan Gonococcal (Semua Jenis)

8A. Laptospirosis

9. Keracunan Makanan

10. Kolera

11. Kusta

12. Malaria

12A. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

13. Plague

14. Pollomielitis (Akut)

15. Rabies

16. Relapsing Fever

17. Sifilis (Semua Jenis)

18. Tetanus (Semua Jenis)

19. Tifoid dan Salmonoloses lain

20. Tifus dan Ricketsioses lain

21. Tuberkulosis (Semua Jenis)

22. Viral Ensefalitis

23. Viral Hepatitis

24. Apa-apa jangkitan mikrobial lain yang mengancam nyawa

6

INFLUENZA A (H1N1)

INFLUENZA A (H1N1)

Salah satu penyakit berjangkit yang terkenal dan masih dikira sebagai

penyakit yang baru ialah Influenza A (H1N1). Swine Flu yang disebarkan oleh

manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruhan dunia terutamanya

di Mexico dan Amerika Syarikat. Sehingga 6 Mei 2009. Wabak ini telah

mengorbankan 29 orang di Mexico dan 2 orang di Amerika Syarikat. Di

Malaysia pula wabak Swine Flu bermula pada Mei-Jun 2009.

Apa itu penyakit Influenza A (H1N1).

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran

pernafasan yang disebabkan oleh Virus Influenza A (H1N1). Virus Influenza

ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada ressorment iaitu

percampuran genetik virus influenza babi, burung dan manusia. Pada mulanya,

semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan tersebut. Vaksin bagi

melindungi jangkitan ini juga belum ada.

Terdapat beberapa tanda amaran yang menunjukkan seseorang itu menghidap

penyakit jangkitan Influenza A (H1N1). Antaranya adalah masalah penafasan.

Batuk berdarah atau kahak berdarah. Sakit dada berterusan. Cirit-birit atau

muntah yang kerap, Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam

berulang selepas hari pulih. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang resposif

7

kepada rangsangan atau sawan. Rasa pening apabila berdiri dan kurang

kencing.

Jika seseorang itu ada salah satu tanda di atas semasa waktu penyebaran

virus Influenza A (H1N1), maka orang itu disahkan menjangkiti Influenza

A(H1N1). Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang

berumur kurang daripada 5 tahun. Individu yang berusia 65 tahun dan ke atas,

kanak-kanak dan remaja yang kurang daripada 18 tahun yang menggunakan

terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang. Wanita mengandung, dewasa

dan kanak-kanak dengan asma. Penyakit pernafasan kronik,

obstruktif,kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal,

neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seprerti Diabetes Mellitus.

Orang yang mengalami daya ketahanan yang rendah(immunosuppressant) dan

individu yang mengidap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.

Semua golongan di atas perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati

diri-sendiri dijangkiti Influenza A (H1N1). Jika tidak, penyakit ini boleh

membawa maut. Untuk mengelakkan daripada menjangkiti Influenza A (H1N1),

langah –langkah tersebut perlu diambil oleh semua orang. Antaranya adalah

mengamalkan amalan kebersihan diri dan adab batuk yang betul,

tutup/lindungi mulut dan hidung dengan tisu sewaktu bersin atau batuk.

Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakan. Basuh

tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau

selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan. Pesakit

dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakan berhubung rapat dengan ahli

keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari

menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

Kita masih perlu mengamalkan amalan kebersihan diri dan gaya hidup yang

sihat bagi mengelakkan dijangkiti Influenza A (H1N1) atau penyakit lain.

8

BATUK KERING (TIBI)

BATUK KERING (TIBI)

Penyakit batuk kering ataupun (Tuberkolosis) merupakan satu penyakit yang

amat bahaya.Ia jaga dikenali sebagai TIBI. Penyakit ini jangkitan bakterium

(Mycobacterium tuberculosis). Bakteria in biasanya menyerang paru-paru.

Selain itu, ia juga dapat menyerang sistem-sistem badan lain. Sistem-sistem

ini seperti menyerang sistem saraf tujung, sistem peredaran, sistem limfatik,

tulang, sendi dan lain-lain.

Tanda-tanda peyakit yang dijangkit akan batuk berdarah atau berkahak.

Iaitu meraka yang berjangkit adalah sangat susah untuk menhentikan batuk

dia, dan dia mungkin akan batuk berterusan sehingga 2 minggu sampai

berdarah. Selain itu, peyakit juga mempunyai tanda lemah dan keletihan.

Mereka akan sentiasa tiada ada sebarang semangat dan berasa letih.

Seterusnya, berat badan mereka akan susut. Ia akan susut hingga kita tidak

dapat mengenali siapa dia. Mereka akan berasa sakit di bahagian dada.

Ini disebabkan paru-paru mereka telah diserang oleh bakteria

(Mycobacterium tuberculosis), dan menyebabkan dada mereka berasa sakit

sangat.

9

Penyakit akan sentiasa mengalami kesakitan dada semasa menarik nafas

panjang dan juga batuk. Tanda-tanda seperti menggigil, deman dan berpeluh

di sebelah petang dan malam juga sebagai tanda-tanda pesakit TIBI.

Pemeriksaan dengan penggunaan alat-alat pengesanan, penyakit ini adalah

lebih senang dapat dikesan dan dapat mendapat rawatan dengan segera. Cara

lain yang kita dapat mengesan penyakit TIBI ialah melakukan pemeriksaan

kahak untuk mengenal pastinya.

Penggunaan pemeriksaan X-ray dada juga dapat mengesan penyakit TIBI.

Dengan dapat dikesan dengan secepat mungkin, kita dapat mendapat rawatan

sebelum penyakit TIBI menjadi serius.

Biasanya, penyakit TIBI ini akan mengambil 6 bulan di bawah penyeliaan

anggota-anggota kesihatan yang dilantikan supaya dapat memberi rawatan

yang segera dalam keadaan yang menjadi teruk. Penyakit ini tidak

kirakan kaum, umur, atau bangsa terutamanya pesakit AIDS. Iaitu pesakit

yang dijangkit oleh virus HIV.

Bagi mencegah penyakit ini, setiap bayi yang baru dilahirkan mestilah

diberikan suntikan BCG, dan dapatkan suntikan dos kedua pada umur 12 tahun.

Dengan ini kita dapt mengurangkan risiko ancaman penyakit TIBI. Penyakit

TIBI merupakan satu penyakit yang amat bahaya dan boleh mengancamkan

kita semua. Oleh itu, kita harus sama-sama mengatasikan penyakit TIBI ini.

10

PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)

TIKUS

Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang

disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akhbar-akhbar

tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan

bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia.

Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia,

tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.

Apakah itu Leptospirosis?

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus

Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung

daripada haiwan kepada manusia.

11

Leptospirosis di Malaysia?

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527

kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat

peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu

akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru,

sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota

bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan

angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria

ini?

Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi

reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah

dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui

air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama

berbulan-bulan.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak

langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut.

Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka,

kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan

mulut.

12

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti.

Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair

badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah

yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga

mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui

sentuhan luka pada kulit.

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?

Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah,

cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh

pesakit-pesakit Leptospirosis.

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang

beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda.

Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh

berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama

berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit

biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada

kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas,

selesema atau petanda biasa yang lain.

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil,

yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput

13

lendir.Me ningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga

boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.

Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?

Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit

Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama

berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala

yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam

mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius

dan kronik.

Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?

Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar

dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan

yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang

bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko

tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh

urin haiwan yang telah dijangkiti.

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko

pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa

seperti tikus, anjing atau khinzir. Ada juga kajian dari Australia yang

mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis

berbanding wanita.

14

Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?

Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit

yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan

pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah

yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospirosis.

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu

diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria

Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak

dan air kencing.

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?

Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah

penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria

Leptospirosis.

Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda

memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang

berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini .Pakai pakaian pelindung

seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila

bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi

untuk dijangkiti dengan Leptospirosis, terutamanya apabila anda berpotensi

untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun.

Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan

haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di

15

kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah

dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang

berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan.Kawal kehadiran tikus di tempat

anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah

sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus

Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda

membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan

dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan

pembawa Leptospira ketika di dalam stor.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau

penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh

menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan

rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan

Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk

Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

16

PENYAKIT CACAR AIR

Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan

oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus

sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang

berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang

dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Ianya merebak:

Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami

batuk atau bersin.

Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat

pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .

Apakah tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada

seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum

ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering.

Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun

jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari

setahun boleh menjadi lebih serius.

Gejala:

Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

17

Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada

semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang,

kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister),

kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).

Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa

dua minggu untuk hilang.

Cacar Air

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau

bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap

(shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan

kebanyakannya akan pulih.

18

Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang

teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai

sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

Jangkitan kuman pada kulit.

Jangkitan pada darah (blood stream infection).

Radang paru-paru.

Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga

ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam).

Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan

dari naik kapal terbang pada masa ini.

Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.

Minum banyak air masak.

Ambil makanan yang seimbang.

Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

Sapu losen kalamine di tempat ruam.

Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.

19

Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang

teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan

selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat

jangkitan yang teruk, iaitu:

Berumur 12 tahun ke atas.

Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.

Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate”

seperti aspirin.

Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau

berkala (dalam bentuk sedut).

Segolongan ibu-ibu mengandung.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada

di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada

sektor swasta. Minta nasihat doktor.

Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan

tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering

dan berkerak.

Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti

penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk

20

mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa

doktor untuk mendapatkan nasihat.

Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru

lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita

mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air,

mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi

perlindungan segera.

21

Demam Denggi

Pengenalan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui

gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN

1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus

jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka

boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur

Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat

belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di

antara 4 hingga 7 hari.

Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala

yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan

sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan

selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan

dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-

22

tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai

"breakbone fever".

Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya

demam.

Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan

oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di

dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat

awal/demam.

Rawatan

Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk

merawat demam denggi.

Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil

untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.

Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Mandi jerlum.

Antibiotik tidak diperlukan.

23

Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan

menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang

biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi

padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan

(shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu

dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh

mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan

diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa

kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan

renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang

Intravena:

Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika

menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.

24

Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh

menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.

Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan

penularan berlaku dengan cepat.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau

bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin

tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

Gunakan ubat nyamuk.

Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.

Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan

5.30 petang-8.00 malam).

Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar

daripada rumah.

Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan

semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya

di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh

dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.

25

Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit

luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

Muntah berlarutan/berpanjangan.

Sakit perut.

Kurang bermaya/sawan.

Sesak nafas.

Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.

Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan

tanda-tanda merah pada kulit.

26

PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk

memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Pepatah

Melayu mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati.

Dalam hal ini semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur

dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan.

Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk

kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia

yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.

SE KIA N