Contoh-contoh Karangan 1

download Contoh-contoh Karangan 1

of 10

Transcript of Contoh-contoh Karangan 1

Karangan 1 LANGKAH-LANGKAH MEMPERKUKUHKAN DAYA TAHAN EKONOMI NEGARA Sejak krisis kewangan global yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin ketara dan telah memberi impak negatif kepada ekonomi benar di peringkat global, termasuk juga Malaysia. Perkembangan ini sudah pasti akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa. Namun, pelbagai langkah telah, sedang dan akan terus diambil oleh kerajaan demi untuk memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia terpelihara dan terus dilindungi. Dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global yang mencabar ini, kerajaan telah mengambil langkah "tindak-balas polisi" bagi menangani krisis kewangan global ini. Ke arah ini, dasar pengembangan fiskal dilakukan memandangkan Negara mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek serta program berimpak tinggi berikutan daripada penjimatan subsidi minyak akibat penurunan harga minyak di peringkat global. Melalui penjimatan yang dijangkakan ini, pelbagai inisiatif melibatkan suntikan peruntukan sebanyak RM7 billion akan dilaksanakan bagi memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri serta meransang aktiviti sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat. Disamping itu kemajuan ekonomi hendaklah menuju ke arah wujudnya sebuah masyarakat yang berperadaban. Kekuatan ekonomi yang diperolehi hendaklah dari sumbangan kekuatan penghayatan nilai kemanusiaan yang jelas dan utuh. Penyusunan dan pembangunan yang tidak berteras nilai kemanusiaan yang dituntut oleh agama akan menghasilkan ketidakadilan dan keharmonian hidup masyarakat. Memahami hakikat ini, segala projek dan program yang dilaksanakan ini adalah selari dengan teras Misi Nasional dan juga selaras dengan strategi khusus kerajan dalam usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi Negara yang mapan dan menjamin kesejahteraan rakyat. Semua ini memerlukan komitmen daripada kita semua rakyat Malaysia, bak kata pepatah: Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Berpegang kepada prinsip pro-aktif ini, kerajaan sentiasa mengambil tindakan awalan merancang dan mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan pergolakan suasana ekonomi serantau dan diperingkat sejagat. Seperti kata pepatah: kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, ketekunan dan kepakaran kerajaan dalam memelihara kedudukan ekonomi kita akan terus menjadi faktor utama dalam menjamin masa depan yang teguh untuk semua lapisan rakyat Malaysia. Dengan memahami pergolakan ekonomi diperingkat serantau dan sejagat, kita mampu mengatur langkah yang sesuai dan berkesan dalam memajukan lagi ekonomi Malaysia. Kecekapan mentadbir ekonomi negara akan terus memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan kita semua. Karangan 2

CONTOH KARANGAN CEMERLANG - Bahagian A

BUATAN MALAYSIA: PROTON TUAH

Berdasarkan gambar yang diberi, huraikan pendapat anda tentang kebaikan membeli barangan buatan tempatan.

Sejajar dengan landaan gelombang globasasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigma ke arah mengapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagungangungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak kata peribahasa, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan dan faedah bagai menyelam minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia. Persoalannya, apakah kemasalahan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan? Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import. Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa bertanding di pameran kasut Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari segi kualiti barangan. Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia ke puncak jagat sekaligus meningkatkan imej negara. Di samping itu, dengan harga yang lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan semasa membeli barangan buatan Malaysia. Tidak ketinggalan juga, sesuatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat patriotisme yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakat sekiranya sikap sering mengagungangungkan barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk dalam kalangan anak watan Malaysia. Mengapakah dikatakan demikian? Pada zaman serba moden yang penuh dan sarat dengan ranjau, onak dan duri ini, rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mempunyai semangat cinta akan negara yang tipis bagai kulit bawang lantaran itu mereka tidak mengambil berat tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan ibu pertiwi. Malahan terlalu banyak barangan import telah

membanjiri pasaran tempatan saban tahun. Oleh hal yang demikian, dengan menggalakkan angkatan muda membeli barangan buatan temptan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa sebenarnya Malaysia Boleh yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita bukanlah sesuatu yang siasia sahaja persis kata-kata mutiara kalau masih rebung,mudah dipatahkan, kalau sudah betung, tidak terpatah lagi. Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Doktor Mahathir Mohammad, membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri. Kata-kata hikmat tersebut jelas menunjukkan bahawa sememangnya industri tempatan negara kita dapat berkembang maju dengan menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan Malaysia. Walaupun pelbagai barangan import yang terkenal di seantera dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang daripadanya. Hal ini dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan barangan import. Peningkatan dalam pembelian barang buatan dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Deduksinya,kita dapat memajukan industri tempatan supaya mencapai hasrat negara menjadi negara industri. Sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh strata masyarakat bak kata pepribahasa bagai serampang dua mata dan bagai makan menanak nasi. Oleh hal yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama-lama ini. Wahai, anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!

Karangan 3

Tindak Balas Semula Jadi: Kesan Gempa Bumi Kepada Alam Sejagat.

Pada Mac 11 2011, satu gempa bumi kuat yang berukuran 9.0 skala Richter telah berlaku di utara Jepun yang mungkin telah memendekkan jangka panjang hari Bumi dan telah juga merubah sedikit paksi bumi. Saintis Professor Dr. Richard Gross dari NASA Jet Propulsion Laboratory Pasadena California yang telah menggunakan kaedah perkiraan komputer di US Geological Survey menganggarkan bahawa akibat daripada kekuatan gegaran gempa bumi Jepun tersebut, jangka waktu siang bumi telah tercepat sebanyak 1.8 mikrodetik (satu mikrodetik adalah sepersejuta saat) akibat paksi bumi yang telah juga berubah sebanyak 17 centimeter (6.5 inci) kearah 133 timur! Gegaran yang terhasil daripada gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter berkenaan telah menyebabkan posisi aci-bumi bergetar sedikit berbeza di atas paksi putaran bumi mengelilingi matahari dan walaupun ini memeranjatkan kita semua, namun oleh kerana saiz bumi yang besar dan jumlah air yang terkandung dalam semua lautan yang akan bertindak sebagai zon-serapan kesan gegaran ini, maka fenomena itu tidak akan membawa sebarang kesan yang ketara kepada manusia sejagat. Jika dilihat, setiap kali berlakunya gempa bumi yang kuat sebegini maka akan bergerak juga serba sedikit paksi pusingannya. Perhitungan beliau telah juga menunjukkan bahawa semasa berlakunya gempa bumi di Chile yang berukuran 8.8 skala Richter pada tahun lalu, juga telah menyebabkan paksi bumi tergelincir sebanyak 8 centimeter (3 inci) kearah timur yang telah membawa kepada penyingkatan masa siang bumi sebanyak 1.26 mikrodetik dan sekali lagi juga semasa berlakunya gempa bumi berukuran 9.1 skala Richter di dasar laut Australia yang telah mengakibatkan tsunami yang telah melanda Aceh pada tahun 2004, bumi telah mengalami singkatan sebanyak 1.8 mikrodetik waktu siangnya disamping juga tergelincir sebanyak 7 centimeter (2.76 inci). Buat masa ini manusia tidak perlu risau dengan apa-apa jua kesan terus daripada fenomena ini kerana masih lagi terhad kepada hanya kitaran angin, kitaran arus laut dan juga barangkali hidupan marin.

Namun jika fenomena ini berterusan maka umat manusia sewajarnya mula memberikan perhatian yang serius tentang perkara ini. (Penulis: Muhamad Suffian Ibrahim) Karangan 4 Amalan membaca bukan sekadar hobi tetapi perlu dijadikan sebagai budaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia

Bincangkan faedah membaca kepada anda dan kemudian tulis sebuah karangan mengenainya berpandukan nota dibawah.

Pendahuluan. Negara Malaysia sedang berusaha untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negaranegara maju yang lain.

Oleh itu, Negara kita amat memerlukan rakyat yang berilmu pengetahuan untuk memacu kemajuan Negara.

Cadangan Isi

Faedah membaca:

Dapat meluaskan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang: Mengikut minat seperti dalam bidang sains, telekomunikasi digital yang begerak dengan pantas sekali.

Dapat mengukuhkan penguasaan bahasa melalui pembacaan: Melalui pembacaan kita boleh menemui pelbagai kosa kata dan frasa yang menarik. Hal ini akan dapat membantu para pelajar menghasilkan karangan yang lebih menarik dan berkualiti.

Keyakinan diri akan bertambah: Kerana dengan membaca kita dapat meningkatkan kemahiran intrapersonal. Dapat mengetahui isu-isu semasa dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung: Bagi seorang pelajar, pengetahuan yang luas tentang isu-isu semasa dan adalah amat penting dan berguna dalam pembelajaran mereka.

Membaca dapat menjadikan kita insan yang celik maklumat: Dalam dunia tanpa sempadan ini maklumat sentiasa berubah dengan cepat oleh itu dengan sentiasa membaca ilmu pengetahuan kita juga akan senantiasa bertambah dan terkini.

Penutup Jelaslah bahawa amalan membaca merupakan elemen penting yang dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berdaya saing pada era globalisasi ini.

Gaya Hidup Mewah Punca Anak Muda Muflis.

Sesiapa pun akan tersentak apabila membaca laporan berhubung tunggakan kad kredit rakyat Malaysia sehingga Disember 2006 yang mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kes muflis membabitkan anak muda akibat tabiat berbelanja menggunakan kad kredit melebihi kemampuan. Sikap rakyat Malaysia suka berhutang bukan sesuatu yang baru dan menghairankan. Saya tidak mahu pergi jauh dalam memperkatakan sikap suka berhutang cukup sekadar melihat senario mengapa orang suka berhutang dan implikasinya di depan mata. Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Dengan usaha, pengetahuan dan tuah badan, kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban.Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.

Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan):

Gaji: RM2,000 sebulan

Perbelanjaan: Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan) Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya) Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain) Makan dan minum RM500 Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi) Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai) Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik) Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit) Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak) Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji) Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini sengaja buat lupa tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang memaksa diri bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal? Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak.

Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga. Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup.

Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap muka subsidi akan menjadikan kad kredit sebagai abang long mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang. Mengapa eksekutif muda ini berhutang? Persoalan ini bukannya susah untuk difahami tetapi tidak mudah dicari penyelesaiannya. Jawapannya terletak kepada 5 P:

Karangan 5 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAGA KESIHATAN ANDA. Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan kita semua. ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang terbaik. Justeru, sikap mengambil berat tahap kesihatan perlu diamalkan agar kehidupan kita sejahtera. Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan, dan sebagainya akan dapat menjamin kesihatan yang baik. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi kandungan gulanya seharusnya dihindari kerana ini mendedahkan seseorang kepada risiko menghidapi penyakit jantung,kencing manis dan darah tinggi. Selain itu, kita perlu juga mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti beriadah dan melakukan senaman dan bersukan terutama jika kita tidak melakukan kerja berat. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi serta bersukan, maka semua otot kit akan bergerak dan hal ini membolehkannya berfungsi dengan baik. Malah dengan melakukan aktiviti tersebut kita akan dapat mengurangkan ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di sekolah. Seperti yang disiarkan oleh televisyen dan radio, tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman. Akhirnya ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan masa tidur yang cukup. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. Orang yang tidak memperolehi rehat yang cukup tidak dapat melakukan kerja-kerja mereka dengan terbaik kemampuan mereka, malah mereka mudah berasa letih dan mudah jatuh sakit. Oleh itu sebaik-baiknya kita disarankan agar memperuntukkan sebanyak 8 jam sehari untuk berehat dan tidur. Sebagai rumusan, seperti cogan kata mencegah adalah lebih baik daripada merawat, setiap daripada kita perlu menjaga kesihatan sendiri dengan terbaik mampu demi masa depan kita dan juga keluarga. Karangan 6 Tajuk:

Penggunaan

Telefon

Bimbit.

Penggunaan telefon bimbit semakin popular dalam kalangan remaja. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan boleh mengganggu kehidupan manusia dan remaja itu sendiri. Sila berikan pendapat anda tentang peranan yang patut dimainkan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja kini. Tugasan: Menjelaskan peranan yang patut dimainkan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja supaya penggunaannya tidak akan mengganggu kehidupan remaja dan orang lain seperti dari segi rutin, pergaulan, pelajaran dan kesihatan. Jenis Format: Isi: i) Mendidik remaja agar menggunakan telefon ii) Menetapkan tempoh masa maksimum yang boleh iii) Membeli telefon yang agak sederhana sahaja Soalan: Pendapat. Tiada

bimbit dengan digunakan oleh nilainya untuk

betul. remaja. remaja.

Contoh

Karangan

Penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu trend dalam kalangan remaja. Meskipun telefon bimbit bukanlah alat keperluan mereka, mereka masih ingin memilikinya kerana pemilikan telefon bimbit akan melambangkan status. Oleh sebab remaja masih belum matang fikirannya, penggunaan telefon bimbit kadangkala mungkin menjejaskan kehidupan remaja itu sendiri kerana leka dengan hantaran khidmat pesanan ringkas (SMS), permainan internet yang dapat dimuaturunkan kedalam telefon bimbit dan berborak-borak dengan kawan. Pernah beberapa kali berlaku bil telefon bimbit remaja yang masih bersekolah telah mencecah ribuan ringgit. Selari dengan risiko penggunaan telefon bimbit, tindakan yang bijak perlu diambil untuk menangani penyakit ini sebelum remaja menjadi hamba kepada telefon bimbit ini. Pada pandangan saya, ibu bapa perlu menggalas kewajipan untuk mendidik remaja supaya menggunakan telefon bimbit dengan betul. Telefon bimbit tidak boleh dibawa oleh remaja ke sekolah atau ke pusat tuisyen. Selain mengehadkan tempat penggunaan telefon bimbit, status pemilikannya perlu juga dibataskan, umpamanya ibu bapa berkongsi sebuah telefon bimbit dengan remaja. Dengan usaha ini, ibu bapa dapat memantau penggunaan telefon bimbit tersebut dengan melihat rekod panggilannya. Tujuan penggunaan telefon bimbit juga perlu dijelaskan kepada remaja. Penerimaan SMS atau membuat panggilan telefon di tempat yang tiada kemudahan telefon awam sahaja dibenarkan penggunaannya. Usaha ini perlu diambil kerana remaja suka menggunakan telefon bimbit untuk bercerita dan berborak-borak dengan rakan. Keseronokan bersembang menerusi telefon bimbit dan bersahabat dengan kawan yang tidak pernah ditemui akan menjejaskan tumpuan remaja terhadap pelajaran dan rutin kehidupan. Begitu juga dengan kesibukan meladen SMS yang dihantar oleh kawan. Dengan kata lain, ibu bapa hendaklah mendidik remaja tentang kesesuaian penggunaan telefon bimbit supaya telefon bimbit tidak disalahgunakan oleh remaja. Ternyata semua telefon bimbit mengandungi gelombang radioaktif. Bercakap terlalu lama di telefon bimbit adalah tidak baik kepada kesihatan. Gelombang radioaktif daripada telefon bimbit akan memasuki sel otak semasa percakapan. Lantaran itu ibu bapa mestilah mengambil tindakan yang wajar demi untuk "mencegah sebelum parah". Untuk menangani masalah penggunaan telefon bimbit yang terlampau kerap, ibu bapa perlu bijak dan berhati-hati seperti "menarik rambut di dalam tepung". Sikap

ini wajar diambil agar tidak menimbulkan sebarang konflik antara remaja dengan ibu bapa. Nasihat yang lemah lembut dan penerangan tentang mudarat telefon bimbit ke atas kesihatan perlu dilakukan dengan baik sebelum ibu bapa membelikan remaja telefon bimbit. Melainkan dalam keadaan terdesak dan terpaksa, remaja tidak boleh di benarkan membuat panggilan telefon melebihi tempoh masa atau bilangan kali sehari yang telah ditetapkan oleh ibu bapa. Disebabkan keghairahan dan keseronokan memiliki telefon bimbit, remaja akan mencuba segala kemudahan yang disediakan di dalam telefon tersebut. Semakin mahal telefon bimbit, semakin canggih teknologi dan jumlah fungsi yang dapat digunakannya. Langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh ibu bapa sebelum membeli telefon bimbit untuk remaja. Elakkan membeli telefon yang mengandungi fungsi GPRS yang membolehkan permainan komputer di internet dimuaturunkan ke dalam telefon bimbit. Jika tidak remaja akan asyik dengan permainan tersebut sehingga pelajaran di sekolah turut diabaikan. Mereka akan bermain sehingga ke larut malam dan mengantuk pada siang hari sedangkan ibu bapa membentak kerana terpaksa menanggung bil yang mahal. Oleh hal yang demikian, pendirian ibu bapa hendaklah teguh dalam penentuan jenis telefon bimbit dan juga kenis perkhidmatan yang boleh dimiliki oleh remaja. Sebagai rumusannya, ibu bapalah yang perlu menyelamatkan remaja daripada ketagih kepada telefon bimbit. Memandangkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja lebih mengarah kepada status dan bukannya satu keperluan, ibu bapa berhak mengawal penggunaan telefon bimbit. Jika tidak, pelbagai masalah yang tidak diingini akan wujud sebaik sahaja remaja mula menggunakan telefon bimbitnya. Kita sebagai manusia sepatutnya menjadi tuan kepada alat teknologi dan bukanlah sebaliknya. Karangan 7 TEMA: KELEBIHAN MEMPELAJARI BAHASA ASING

SOALAN: ANDA SEDANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN. BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA, ANDA MENYEDARI BAHAWA SESEORANG PERLU MENGUASAI LEBIH DARIPADA SESUATU BAHASA. SEBAGAI ABANG YANG BERTANGGUNGJAWAB, ANDA INGIN MENASIHATI ADIK ANDA YANG MASIH BELAJAR SUPAYA BERUSAHA MENGUASAI PELBAGAI BAHASA. TULIS SEPUCUK SURAT KEPADA ADIK ANDA UNTUK MENCERITAKAN KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA.

Rangka Soalan Format: Surat Kiriman Tidak Rasmi Pendahuluan: - Berasa terasing kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris - Mengelakkan diri daripada bercampur gaul dengan pelajar lain yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Dinasihati rakan-rakan agar menggunakan bahasa tersebut dalam perbualan seharian. Isi 1: Memudahkan berinteraksi dan berkomunikasi.. Isi 2: Meneroka pelbagai maklumat Isi 3: Memupuk semangat perpaduan Isi 4: Mudah mendapat pekerjaan Isi 5: Mengisi masa lapang Kesimpulan: - Ilmu penyuluh kehidupan - Sambil menyelam minum air.

Afiq

Bin

Abu

Bakar,

No Kolej Universiti Gombak, Selangor

2 Islam Darul

Blok

C, Pertama, Antarabangsa, Ehsan.

Ke hadapan adinda Adib yang berada di Taiping semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Apa khabar adinda dan keluarga di kampung? Kekanda berharap agar adinda dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kekanda di sini berada dalam keadaan sihat dan gembira. Adinda, Bagaimanakah keputusan peperiksaan adinda yang lalu? Kekanda berharap agar adinda mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya dan dapat mengikut jejak langkah kakanda di menara gading ini. Adinda yang dikasihi,

Kakanda mempunyai ramai kenalan baru di sini. Kebanyakan mereka berasal dari luar negara. Sebagai contoh, negara Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Mereka menggunakan bahasa Inggeris apabila berbual. Dalam hal ini, penguasaan bahasa asing amat penting untuk memudahkan berinteraksi dan berkomunikasi. Oleh itu, adinda perlu menguasai bahasa asing agar membantu adinda untuk berkomunikasi. Mempelajari bahasa asing dapat membantu kita meneroka maklumat dalam pelbagai bidang. Oleh itu, dengan menguasai pelbagai bahasa, adinda akan dapat mengumpul maklumat yang ditulis dalam semua bahasa yang adinda kuasai. Sebagai contoh, maklumat yang terkandung dalam buku, jurnal, akhbar dan internet. Maklumat ini menggunakan bahasa lain di dunia seperti bahasa Inggeris, Jepun, Perancis dan Arab. Jelaslah bahawa, adinda mempelajari bahasa asing dapat membantu adinda untuk menimba ilmu pengetahuan. Adindaku, Bahasa asing juga dapat memupuk semangat perpaduan yang tinggi. Sekiranya bahasa kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan di luar negara dapat dipelajari dan difahami, sudah tentu kita dapat mengenali budaya dan adat resam kaum tersebut. Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Kadazan atau bahasa Iban, lebih mudah perpaduan dapat dipupuk. Konklusinya, bahasa dapat memupuk semangat perpaduan sesuai dengan peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Adinda, Untuk pengetahuan adinda , kelebihan seseorang yang menguasai lebih daripada satu bahasa adalah lebih mudah mendapat pekerjaan. Hal ini adalah kerana pada hari ini persaingan untuk mendapat pekerjaan semakin sengit. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kelulusan yang baik, ketrampilan yang menarik dan kebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa yang akan dapat menjawat sesuatu pekerjaan dengan mudah . Hal ini bermakna, adinda perlu menguasai lebih daripada satu bahasa .

Selain itu, menguasai bahasa asing dapat mengisi masa lapang. Sesungguhnya, mempelajari bahasa asing bukanlah sesuatu yang sukar. Adinda boleh mempelajarinya pada waktu terluang. Sebagai contoh, menghadiri kelas bahasa asing seperti bahasa Cina,bahasa Jepun, bahasa Arab, dan bahasa Perancis.

Selain itu, kemahiran tersebut boleh mendatangkan nilai komersial bak kata pepatah sambil menyelam, minum air. Jelaslah bahawa bahasa asing mudah untuk dipelajari dan dikuasai. Adinda yang dikasihi,

Jika diikutkan hati, memang kakanda ingin menulis dengan lebih panjang. Namun memikirkan kakanda akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan kakanda terpaksa menutup bicara pada kali ini. Pesanan kakanda yang terakhir, pelajari dan kuasai bahasa asing kerana ilmu penyuluh kehidupan. Akhir kata, sampaikanlah salam kakanda kepada semua ahli keluarga di kampung. Sekian, terima kasih.

Kakandamu. Karangan 8 CONTOH MODEL KARANGAN GALUS SPM TEMA: MEMBACA. TAJUK KARANGAN: AMALAN MEMBACA

( PERANAN IBU BAPA)

BUKU SEBAGAI HADIAH MENGUNJUNGI PAMERAN BUKU DAN KEDAI BUKU BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN WUJUDKAN PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH BERI GALAKAN ROLE MODEL

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK.

Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca

sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. (38)

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. (64)

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anakanak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan bukubuku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.(69)

Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahanbahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. (73)

Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anakanak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anakanak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. (73)

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh itu,anakanak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang. (33 )

Karangan 9

MODEL KARANGAN GALUS SPM: USAHA-USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

PERANAN PIHAK SEKOLAH - Melalui aktiviti kokurikulum - Contohnya penubuhan kelab permainan tradisional - Menganjurkan pertandingan tradisional - dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan - dapat menarik minat pelajar PERANAN MEDIA MASSA - menghebahkan permainan tradisional melalui surat khabar, televisyen, majalah, radio dan internet. - Menganjurkan pertandingan melalui program jom heboh atau mytv3. - Contohnya layang-layang tercantik, teng-teng, congkak dan sebagainya PERANAN INDIVIDU - Setiap individu mestilah mempelajari permainan tradisional - Setiap individu juga mestilah mengambil bahagian didalam pertandingan - Contohnya pihak sekolah mengadakan pertandingan congkak, dam , batu seremban, gasing, layanglayang dan sebagainya. PERANAN PIHAK KERAJAAN - Mengadakan pesta permainan tradisional - Contohnya Festival Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor. - Setiap negeri mestilah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut PERANAN MASYARAKAT - memberikan sokongan dengan menubuhkan kelab permainan tradisional di tempat tinggal.

- Menganjurkan pertandingan di peringkat kampung atau kawasan perumahan - Contohnya permainan gasing dan layang-layang PERANAN IBU BAPA - ibu bapa memperkenalkan permainan tradisional sejak kecil lagi - ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-masa anak-anak untuk bermain permainan ini. - Contohnya bermain congkak pada masa lapang

KARANGAN Pada hari permainan permainan permainan

LENGKAP

ini, permainan tradisional mula dilupakan. Antara permainan tradisional tersebut ialah gasing, layang-layang, congkak dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh banyaknya video dan permainan komputer di pasaran. Sebagai contoh play station, game boy dan internet. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini.

Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui pihak sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional. Pihak sekolah perlu menubuhkan Kelab Permainan Tradisional. Usaha ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah pertandingan congkak, sepak raga, gasing dan sebagainya. Aktiviti ini boleh memberikan tubuh badan yang sihat. Jelaslah bahawa usaha ini dapat mempopularkan permainan tradisional. Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak . Ibu bapa perlu memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak dengan bermain permainan tradisional seperti bermain congkak. Ibu bapa juga boleh membelikan permainan tradisional seperti gasing, congkak dan layanglayang. Jelaslah bahawa peranan ibu bapa penting dalam mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak. Usaha seterusnya ialah peranan masyarakat. Masyarakat boleh memberikan sokongan dengan menubuhkan persatuan atau kelab permainan tradisional di tempat tinggal mereka. Mereka boleh bermain pada masa lapang. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau antara kampung. Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga. Pertandingan ini dapat memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan tradisional. Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam usaha mempopularkan permainan tradisional. Individu juga berperanan dalam usaha mempopularkan permainan tradisional. Mereka hendaklah menanamkan sikap suka dan ingin tahu tentang permainan tradisional. Dengan mempelajari dan mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional setiap individu dapat mengurangkan diri mereka daripada terlibat dengan permainan moden seperti permainan elektronik. Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan masyarakat dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan tradisional. Oleh yang demikian, peranan individu amat penting dalam mempopularkan permainan tradisional. Pihak media massa perlu menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada masyarakat. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan internet. Contohnya, TV3 melalui program Jom Heboh boleh mengadakan pertandingan permainan tradisional seperti permainan gasing, congkak dan sebagainya. Sesungguhnya, media massa mampu memperkenalkan permainan tradisioanl

kepada

masyarakat

khususnya

generasi

muda.

Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan pesta permainan tradisional pada setiap tahun. Setiap negeri mestilah mengambil bahagian untuk memeriahkan pesta tersebut. Contohnya, Festival Layang-layang di Pasir Gudang, Johor bukan sahaja disertai oleh rakyat tempatan malahan masyarakat antarabangsa. Tegasnya, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan dan memastikan permainan tradisional diminati oleh rakyat. Kesimpulannya, terdapat banyak usaha untuk mempopularkan permainan tradisional. Ringkasnya, semua pihak memainkan peranan penting dalam mempopularkan permainan tradisional. Hal ini demikian agar permainan ini tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Karangan 10 PUNCA-PUNCA BANJIR KILAT:

SIKAP MANUSIA

SISTEM PERPARITAN TIDAK SEMPURNA

FAKTOR IKLIM

FAKTOR PENGUATKUASAAN

SIKAP

PEMAJU

PERUMAHAN

Karangan contoh

Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan

kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.

Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai. Sampah yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam longkang, parit dan sungai akan tersekat. Contohnya seperti yang berlaku di Jalan Skudai dan Jalan Air Molek di Johor Bahru. Oleh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.

Di samping itu juga, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca banjir kilat. Hal ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak memantau kawasan pembuangan sampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan sampah menakung air dan banjir kilat berlaku. Contoh peniaga pasar malam sesuka hati membuang sampah berhampiran parit atau longkang tanpa dikenakan hukuman. Oleh itu, jelaslah bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakan punca terjadinya banjir kilat.

Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. Parit dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca banjir kilat.

Faktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. Iklim yang tidak menentu iaitu kadang-kadang hujan dan kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. Keadaan ini semakin buruk dengan fenomena El-Nino yang menyebabkan hujan lebat berterusan. Dengan ini, jelaslah bahawa faktor iklim menjadi punca kepada banjir kilat.

Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan. Syarikat perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya.

Kesimpulannya, terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan.

Karangan 11

KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA ASINGMasa: November 1992. Tempat: Chiba Japan. Aduh habislah aku! Sesat habis dah!, saya berkata kepada diri sendiri sambil berdiri di tengah-tengah kesibukan pagi kawasan pasar Tsukiji Chiba. Hanya 48 jam sebelum itu saya masih lagi berada di kampung halaman di damai permai Kedah dan kini saya sesat seorang diri dalam lautan kesibukan manusia yang seorang pun tak faham apa saya cakap dan saya juga tak faham apa mereka cakap! Bayangkan jika anda yang berada di tempat saya ketika itu, baru berumur 23 tahun dan sedang menggalas beg buku berat, tak cukup tidur akibat jam yang cepat dua jam ke hadapan, dengan bekalan kewangan yang sangat terhad dan kesejukan dengan kasut nipis yang dibeli di Jalan Tuanku Abdul Rahman KL dan sudah dua hari tak dapat makan nasi dengan sambal tumis. Mak!... Nak menangis pun ada juga sikit (sikit sahaja).

Pasar Tsukiji di Jepun Saya perlu ke University Tokyo di Bunkyo dan akibat sesat saya sendiri tidak tahu macam mana saya telah lepas masuk ke kawasan pasar ini, dan saya juga dah tak tahu macam mana nak keluar dari kawasan pasar Tsukiji Chiba yang sangat besar ini ke jalan raya supaya paling tidak pun saya boleh tahan teksi untuk ke sana. Saya melihat seorang wanita pertengahan umur yang menjual makanan di warung berdekatan memandang saya dengan rasa simpati. Saya berasa lega dan bergegas kepadanya seolah terjumpa semula dengan seorang makcik yang dah lama tak berjumpa. Sambil memicit kepala saya sendiri, saya kemudian bertanya kepada beliau Excuse me Auntie, tasukete please, please I need go to Bunkyo - Tokyo daigaku, where can get taxi, taxi, T-A-X-I. Wanita tadi tersenyum sambil berkata Hait dozo! Chyotto matte taksi san. Beliau hilang selama beberapa minit sebelum muncul semula dengan segelas air suam dan sebiji ubat Tylenol untuk pening kepala. Astagfirullahnakazim, habislah macam ni. Saya ambil ubat dan telan saja dengan air suam tadi tanpa banyak cakap lagi. Inilah akibat tidak memberi perhatian semasa belajar di dalam kelas bahasa Jepun sewaktu di Kuala Lumpur sebelum kami berlepas ke Jepun.

Kira tiga bulan kemudian setelah siang dan malam saya berhempas pulas mempelajari Nihonggo dan Katakana, saya fasih bertutur dan menulis dalam bahasa mereka sehingga ke hari ini. Apabila saya sudah fasih berbahasa Jepun, saya dapat memberikan tumpuan yang lebih mendalam ketika di dalam waktu kuliah. Saya juga dapat menyertai kumpulan belajar study group apabila di ambang peperiksaan dan hasilnya keputusan saya bertambah baik. Saya berupaya menterjemahkan dengan jelas dan efektif segala konsep dan idea daripada minda saya ke saluran pertuturan dan penulisan saya dengan lebih cepat, setara dengan orang Jepun sendiri. Selepas tamat belajar dengan keputusan saya yang boleh dikira agak cemerlang saya mendapat tawaran untuk bertugas dengan sebuah syarikat broker kewangan di Tokyo. Sewaktu bertugas saya fasih berfikir, bertutur dan berkomunikasi sepenuhnya dengan menggunakan bahasa Jepun. Hasil daripada ini Ketua Jabatan saya telah memberikan penghormatan dan kepercayaan yang tinggi kepada saya untuk melaksanakan tanggungjawab syarikat. Di sini saya telah mengaplikasikan apa yang saya pelajari ketika bersekolah di desa dahulu, iaitu sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh, pamerkan kegigihan dan keikhlasan ketika melakukan kerja. Hasilnya saya telah mendapat kenaikan pangkat dalam masa setahun berbanding dengan dua tahun dalam situasi biasa. Setelah hampir lima tahun berkhidmat dengan mereka, syarikat tersebut telah membuka cawangan di Kuala Lumpur dan saya telah dihantar balik untuk memulakan operasi mereka bagi rantau ini. Minat saya untuk mempelajari bahasa asing juga tidak saya persiakan. Hari ini saya juga telah mempelajari bahasa Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa Inggeris serta saya sedang mengambil kelas hujung minggu untuk mempelajari bahasa Korea. Kini saya boleh melawati banyak laman sesawang dalam banyak jenis bahasa tanpa perlu menggunakan fungsi alih-bahasa di komputer saya. Minat ini juga saya terapkan kepada anak-anak saya semenjak dari kecil lagi. Jika kita berjaya menguasai bahasa asing, hasilnya kita akan boleh meluaskan minda pengetahuan kita dan kita juga boleh membaca dalam bahasa asing, memahami dengan pantas dan juga kita akan mampu membentangkan fakta serta pemikiran minda kita dengan lebih jelas lagi. Dari segi peribadi pula, kita akan mempunyai jaringan persahabatan yang lebih luas dan berpengetahuan lagi. Oleh itu, pelajari daripada hari ini bahasa asing demi untuk kebaikan anda semua. Mempelajari bahasa asing sebenarnya tidak akan melemahkan kita, akan tetapi sebaliknya kita akan mendapat 1001 kekuatan baru daripadanya. Kita jadi lebih istimewa, unik dan menonjol jika dibandingkan dengan orang yang tidak tahu berbahasa asing. Peluang pekerjaan kita juga jauh lebih tinggi daripada calon biasa yang hanya boleh bertutur dalam dua bahasa sahaja. Melalui laman sesawang SPM Bahasa Melayu MSAB (EC) rakan lama saya ini, saya berharap saya telah dapat serba sedikit membuka minda dan memberikan keyakinan kepada anak-anak semua untuk mempelajari bahasa asing dengan tekun sehingga mencapai tahap penguasaan fasih membaca, menulis dan pembentangan fakta. Bak kata pepatah Arab lama: Man jadda wa jadda - Sesiapa yang berusaha pasti berjaya. Karangan 11

USAHA-USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA.

LATIHAN: Isikan ruangan-ruangan kosong dengan perkataan yang sesuai

Tak kenal maka tak cinta. Peribahasa tersebut jelas menyatakan bahawa untuk mencintai atau menyayangi haruslah mengenali terlebih dahulu. Sejauhmanakah perkenalan tersebut perlu dalam menyemarakkan perasaan cinta dan hati seseorang? Pastikanlah perkenalan tersebut disusuli dengan pertemuan dan pelbagai usaha akan dilakukan agar lebih.dan menyayangi. Begitulah analogi yang dapat digambarkan tentang sektor pelancongan di Malaysia. Kebanyakan pelancong tidak mengenali dan mengetahui akan keistimewaan negara kita dari aspek industri pelancongan. Oleh yang demikian, bagi melrealisasikan hasrat Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pilihan, pelbagai usaha perlulah dilakukan untuk memajukan sektor tersebut. Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh dikomersilkan. Antaranya termasuklah destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan, Industri Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat menarik, Sukan dan Agrotourism. Klasifikasi ini penting kerana pelancong mempunyai minat yang bebeza dan memudahkan mereka membuat pilihan untuk .ke tempat-tempat tersebut. Kebiasaannya, tempat tersebut wujud melalui identiti dan keistimewaan ... Sebagai contoh, destinasi pelancongan berasaskan Tempat-tempat Menarik seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara. Selain itu, destinasi pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui penganjuran Sukan Antarabangsa seperti Formula 1 di Sepang dan Le Tour de Langkawi yang menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi. Jelasnya, sektor pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri dapat .......................... pelancong.

Kekangan yang seing wujud dalam menarik pelancong mengunjungi destinasi tetentu di Malaysia ialah dari segi prasarana yang kurang. ini amat perlu kepada para pengunjung tandas awam yang bersih, telefon yang berfungsi, pengangkutan awam yang selamat dan menepati masa serta pelbagai lagi. Selain itu, kerajaan perlu memperbanyak tempat penginapan seperti hotel, chalet, dan sebagainya. Kerajaan juga perlu ................................... pusat-pusat informasi pelancongan dan juga kawasan tampat letak kereta yang luas dan selamat. Prasarana tersebut perlu untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelancong. .. contoh, kemudahan rumah rehat yang baru dibuka untuk pemandu-pemandu di kawasan Rawat dan Rehat Ayer Keroh Melaka. Jelasnya, kerajaan perlu mengenalpasti keperluan di setiap tempat dan menyediakan mengikut kemahuan pelancong. Kemudahan ini perlu diwujudkan secara meluas dan mencukupi. Promosi merupakan satu cara untuk memperkenalkan dan menarik minat seseorang terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Oleh yang demikian, promosi destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia merupakan satu usaha yang perlu demi memperkenalkan sektor tersebut pada mata umum. Promosi ini dapat dilakukan melalui iklan-iklan di media cetak dan media .. termasuklah di laman-laman web, pameran di tempat-tempat awam seperti pasaraya, pertandingan-pertandingan dan pesta jualan. Sebagai contoh, pertandingan memancing Joran anjuran Berita Harian yang diadakan saban tahun secara tidak langsung turut mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Tasik Kenyir, dan Empangan Temenggor. Ringkasnya, promosi perlulah giat dilakukan dalam usaha memperkenalkan destinasi di Malaysia. Pemantauan merupakan satu kawalan yang dilakukan untuk mengetahui .. terhadap sesuatu perkara. Pemantauan ini merupakan aspek yang sangat penting dalam usaha memastikan mutu sesuatu produk atau perkhidmatan itu sentiasa mencapai ke aras yang terbaik. Pemantauan untuk industri pelancongan ini boleh dilakukan melalui penubuhan badan tertentu dan memperbanyakkan pejabat awam di dalam dan di luar negara. Selain itu, kakitangan profesional perlu . dengan lebih ramai lagi. Sebagai contoh, badan yang telah diwujudkan ialah Badan Penggalakan Pelancong. Jelasnya, pemantauan secara berkala perlu dilakukan agar masalah dan halangan yang . dalam usaha memajukan sektor ini dapat dikesan segera dan diatasi dengan sebaiknya. Ketika musim cuti umum dan perayaan, kebanyakan keluarga akan mengambil kesempatan untuk bercuti. Pelbagai destinasi menjadi pilihan kemampuan masing-masing. Oleh yang demikian, kerjasama agensi pelancongan sangat diharapkan dalam . perkembangan sektor pelancongan di negara kita. Agensi-agensi pelancongan haruslah bekerjasama dalam menyediakan pakej istimewa yang berpatutan dari segi kos dan kesesuaian aktiviti. Pakej seperti ini sangat perlu dalam usaha menarik minat .. golongan terutama yang berpendapatan sederhana untuk mnyahut seruan kerajaan iaitu Cuti-cuti Malaysia. Usaha ini dapat direalisasikan melalui kerjasama antara kerajaan dan agensi pelancongan. Misalnya, seperti yang telah dilakukan oleh First World Hotel. Agensi tersebut telah menyediakan pakej yang murah serendah RM88.00 untuk satu malam meliputi penginapan, makan malam, sarapan, makan tengah hari dan lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej istimewa tersebut, sudah pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk ........................ sektor pelancongan di negara kita. Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala . yang dirancang dan direncana .. bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan ...... utama seluruh penduduk dunia untuk merehatkan minda.