Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Berita - Banjir

1
Berita: Banjir PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah dikebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak- kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung. Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motobot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

description

karangan berita - banjir

Transcript of Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Berita - Banjir

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Berita

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1

    Berita: BanjirPAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian,

    hujan turun mencurah-curah dikebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut

    tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung

    mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

    Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung

    mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-

    kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk

    kampung.

    Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di

    kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motobot dan

    ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

    Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan

    ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes

    kehilangan nyawa dilaporkan.

    Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan

    menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat.

    Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi

    menghadapi situasi banjir.