Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta- Kebaikan Hobi Saya

1
Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1) Setiap orang mempunyai hobi. Tulis kebaikan hobi yang kamu gemari. _________________________________________________________________________ Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh-contoh hobi ialah memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Saya juga mempunyai hobi iaitu bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap petang kecuali jika ada urusan lain yang lebih penting. Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang mendalam terhadap permainan ini. Oleh sebab itulah saya selalu menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen. Selain itu, saya juga pernah pergi ke studium Bukit Jalil dengan keluarga saya untuk menonton suatu perlawanan akhir bola sepak . Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya. Antara kebaikan tersebut ialah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyihatkan badan, menjadikan saya cergas serta cerdas dan menambahkan kenalan. Pada waktu lapang seperti pada waktu petang, saya dapat mengisi masa lapang ini dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada terjebak dalam kegiatan yang merugikan seperti melepak dan sebagainya. Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini menyebabkan badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan melangsingkan badan saya. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti demam dan sebagainya. Saya juga tidak risau tentang masalah kegemukan yang boleh mendatangkan penyakit yang merbahaya seperti darah tinggi, kecing manis dan lain-lain lagi. Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas. Saya perlu melakukan tindakan-tindakan yang tangkas serta lasak dalam permainan ini. Hasilnya otot-otot badan saya menjadi kuat dan pergerakan saya lebih pantas. Selain itu, saya juga tidak mudah berasa lesu atau penat. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di sekolah atau semasa mengulang kaji pelajaran di rumah. Badan saya yang sihat dan bertenaga juga membolehkan saya mudah memahami sesuatu pelajaran. Oleh sebab itu, saya sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Di samping itu, saya memperoleh ramai kenalan melalui hobi ini. Permainan bola sepak memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang menambahkan kenalan terutama apabila melibatkan pertandingan dengan pasukan bola sepak dari luar. Kesimpulannya setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Kita bebas memilih hobi yang kita gemari, bak kata pepatah "Tepuk dada, tanya selera". Namun, perlu kita ingat hobi tersebut tidak seharusnya merugikan kita. Sesuatu hobi yang baik dan sesuai sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita

description

fakta - kebaikan hobi saya

Transcript of Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta- Kebaikan Hobi Saya

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1

    Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1)Setiap orang mempunyai hobi. Tulis kebaikan hobi yang kamu gemari.

    _________________________________________________________________________

    Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh-contoh hobi ialah memancing,

    mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Saya juga mempunyai hobi iaitu bermain bola

    sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap petang kecuali jika ada urusan lain yang lebih penting.

    Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang mendalam terhadap permainan

    ini. Oleh sebab itulah saya selalu menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di kaca

    televisyen. Selain itu, saya juga pernah pergi ke studium Bukit Jalil dengan keluarga saya untuk menonton

    suatu perlawanan akhir bola sepak .

    Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya. Antara kebaikan tersebut ialah mengisi masa lapang

    dengan aktiviti yang berfaedah, menyihatkan badan, menjadikan saya cergas serta cerdas

    dan menambahkan kenalan. Pada waktu lapang seperti pada waktu petang, saya dapat mengisi masa

    lapang ini dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada terjebak dalam

    kegiatan yang merugikan seperti melepak dan sebagainya.

    Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini menyebabkan badan saya

    berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan melangsingkan badan saya. Oleh sebab itulah saya

    jarang terkena penyakit seperti demam dan sebagainya. Saya juga tidak risau tentang masalah

    kegemukan yang boleh mendatangkan penyakit yang merbahaya seperti darah tinggi, kecing manis dan

    lain-lain lagi.

    Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas. Saya perlu

    melakukan tindakan-tindakan yang tangkas serta lasak dalam permainan ini. Hasilnya otot-otot badan

    saya menjadi kuat dan pergerakan saya lebih pantas. Selain itu, saya juga tidak mudah berasa lesu atau

    penat. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di sekolah atau semasa mengulang kaji

    pelajaran di rumah. Badan saya yang sihat dan bertenaga juga membolehkan saya mudah memahami

    sesuatu pelajaran. Oleh sebab itu, saya sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.

    Di samping itu, saya memperoleh ramai kenalan melalui hobi ini. Permainan bola sepak memerlukan

    pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang menambahkan kenalan terutama apabila melibatkan

    pertandingan dengan pasukan bola sepak dari luar.

    Kesimpulannya setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Kita bebas memilih hobi yang kita gemari, bak

    kata pepatah "Tepuk dada, tanya selera". Namun, perlu kita ingat hobi tersebut tidak seharusnya

    merugikan kita. Sesuatu hobi yang baik dan sesuai sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita