Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta- Kebaikan Menyimpan Wang Di Banl

2
Fakta: Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank Ceritakan tentang kebaikan-kebaikan menyimpan wang di bank. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. * * * * * Rangka Karangan : Pendahuluan -digalakkan simpan wang di bank kerana banyak kebaikannya -buka akaun bank sebelum boleh menyimpan wang -banyak pilihan bank Perenggan ke-2 -simpanan dijamin selamat -kehilangan atau kecurian, tanggungjawab bank -bencana alam, tangungjawab bank Perenggan ke-3 -menjamin masa hadapan -contoh; membiayai pengajian -perlu menyimpan secara tetap Perenggan ke-4 -cermat berbelanja -pandai menguruskan wang sendiri -lepas daripada masalah kewangan Penutup -amalan menyimpan wang perlu diamalkan -kehidupan akan lebih terjamin ** ** ** ** ** Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana banyak kebaikannya. Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah membuka akaun bank di mana-mana bank seperti Bank Simpanan Nasional, MayBank, Tabung Haji dan lain-lain bagi.

description

fakta - kebaikan menyimpan wang di bank

Transcript of Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta- Kebaikan Menyimpan Wang Di Banl

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/2

    Fakta: Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang diBankCeritakan tentang kebaikan-kebaikan menyimpan wang di bank. Panjang karangan kamu mestilah tidak

    kurang daripada 80 patah perkataan.

    * * * * *

    Rangka Karangan :

    Pendahuluan

    -digalakkan simpan wang di bank kerana banyak kebaikannya

    -buka akaun bank sebelum boleh menyimpan wang

    -banyak pilihan bank

    Perenggan ke-2

    -simpanan dijamin selamat

    -kehilangan atau kecurian, tanggungjawab bank

    -bencana alam, tangungjawab bank

    Perenggan ke-3

    -menjamin masa hadapan

    -contoh; membiayai pengajian

    -perlu menyimpan secara tetap

    Perenggan ke-4

    -cermat berbelanja

    -pandai menguruskan wang sendiri

    -lepas daripada masalah kewangan

    Penutup

    -amalan menyimpan wang perlu diamalkan

    -kehidupan akan lebih terjamin

    ** ** ** ** **

    Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank

    Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana banyak kebaikannya. Bagi membolehkan

    kita menyimpan wang di bank, kita perlulah membuka akaun bank di mana-mana bank seperti Bank

    Simpanan Nasional, MayBank, Tabung Haji dan lain-lain bagi.

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 2/2

    Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin selamat. Kita tidak perlu risau

    tentang keselamatan wang simpanan kita daripada kecurian dan kehilangan kerana semua itu akan

    ditanggung oleh pihak bank. Begitu juga jika sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran dan banjir,

    wang kita dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak bank.

    Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya, kita boleh membiayai

    perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti daripada wang simpanan tersebut. Oleh itu, kita

    mestilah menyimpan wang secara tetap supaya boleh digunakan pada masa yang memerlukan.

    Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila menyimpan wang di bank. Kita tidak akan boros berbelanja

    kerana sebahagian wang akan disimpan di bank. Ini akan melatih kita menjadi seorang yang pandai

    menguruskan wang perbelanjaan. Amalan perbelanjaan yang baik akan mengelakkan seseorang itu

    terjebak dalam masalah hutang dan sebagainya.

    Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan kerana cara ini amat banyak

    kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk menyimpan wang di bank demi kehidupan yang lebih

    terjamin.