Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta- Masa Itu Ibarat Emas

1
Fakta: Masa Itu Ibarat Emas Masa itu ibarat emas. Oleh itu, kita mestilah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dengan tidak melakukan aktiviti yang boleh merugikan. Gunakanlah masa lapang kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah. Pada masa cuti sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Kita boleh membantu mereka dengan mengemas rumah, menyiram pokok bunga, menolong ibu memasak dan lain-lain lagi. Ini dapat meringankan tugas ibu bapa dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kita. Selain itu, masa lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau mengulang kaji pelajaran. Aktiviti ini boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Kita juga akan dapat membaiki kelemahan dalam pelajaran. Ini akan membantu kita lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, jika ada kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga. Dengan berkelah, kita dapat merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah penat berlajar. Apatah lagi berkelah juga dapat mengeratkan tali persaudaran kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain, makan dan sebagainya bersama keluarga Masa lapang terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita gunakan untuk berkunjung ke rumah saudara-mara. Ini dapat mengeratkan persaudaraan antara saudara mara, di samping dapat melancong dan menikmati keindahan alam. Kesimpulannya, masa amat berharga. Justeru, hargailah masa demi kehidupan yang lebih sempurna. Masa cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang tidak sia-sia apabila kita menghargai masa.

description

fakta - masa itu ibarat emas

Transcript of Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta- Masa Itu Ibarat Emas

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1

    Fakta: Masa Itu Ibarat EmasMasa itu ibarat emas. Oleh itu, kita mestilah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dengan tidak

    melakukan aktiviti yang boleh merugikan. Gunakanlah masa lapang kepada perkara-perkara yang lebih

    berfaedah.

    Pada masa cuti sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk melakukan pelbagai aktiviti yang

    berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Kita boleh membantu mereka dengan mengemas rumah,

    menyiram pokok bunga, menolong ibu memasak dan lain-lain lagi. Ini dapat meringankan tugas ibu bapa

    dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.

    Selain itu, masa lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau mengulang kaji pelajaran. Aktiviti ini

    boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Kita juga akan dapat

    membaiki kelemahan dalam pelajaran. Ini akan membantu kita lulus dengan cemerlang dalam

    peperiksaan.

    Selain itu, jika ada kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga. Dengan berkelah, kita dapat

    merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah penat berlajar. Apatah lagi berkelah juga dapat

    mengeratkan tali persaudaran kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti

    bermain, makan dan sebagainya bersama keluarga

    Masa lapang terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita gunakan untuk berkunjung ke rumah

    saudara-mara. Ini dapat mengeratkan persaudaraan antara saudara mara, di samping dapat melancong

    dan menikmati keindahan alam.

    Kesimpulannya, masa amat berharga. Justeru, hargailah masa demi kehidupan yang lebih sempurna.

    Masa cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang tidak sia-sia apabila kita

    menghargai masa.