Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Syarahan_ Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

1
Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita". Hadirin sekalian, Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan mematuhi peraturan- peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan. Hadirin sekalian, Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak menyumbang kepada kemalangan. Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan. Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau mencemaskan. Hadirin yang dihormati sekalian, Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan selamat". Sekian, terima kasih.

description

syarahan - cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya

Transcript of Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Syarahan_ Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1

    Syarahan: Cara-cara Mengurangkan KadarKemalangan Jalan RayaYang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan

    sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan

    Raya di Negara Kita".

    Hadirin sekalian,

    Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan mematuhi peraturan-

    peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu,

    mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga

    keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri.

    Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh

    menyebabkan kemalangan jalan raya.

    Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang mesti diperiksa ialah

    tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa

    dalam pemanduan.

    Hadirin sekalian,

    Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan struktur jalan raya. Ini

    kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak menyumbang kepada kemalangan.

    Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan. Memandu kenderaaan

    dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak

    disangka atau mencemaskan.

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah berwaspada semasa

    memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan selamat".

    Sekian, terima kasih.