Contoh dokumentasi
Click here to load reader
-
Upload
suhaila-omar -
Category
Education
-
view
573 -
download
14
Transcript of Contoh dokumentasi
sk seri tasik, bdr sri permaisuri, kuala lumpur
Dokumentasi
Kem Anakku Masa depan Di Tangan Mu IV @ 2011
Isi Kandungan 1.0 PENGENALAN
Tarikh : 30/9-2/10/2011
Tempat : Masjid Negara, Kula Lumpur
Masa : 3 hari 2 Malam
Anjuran
Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah
Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Bersama
Masjid Negara, Kuala Lumpur
2.0 RASIONAL3.0 MATLAMAT4.0 OBJEKTIF5.0 BUTIRAN PROGRAM6.0 KUMPULAN SASARAN7.0 LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN8.0 PERBELANJAAN PENGURUSAN
8.1 SUMBER KEWANGAN9.0 JURULATIH / FASILITATOR
9.1 KATEGORI JURULATIH / FASILITATOR9.2 BILANGAN9.3 KATEGORI JANTINA9.4 KOMPOSIS KAUM
10.0 LAPORAN11.0 PENUTUP12.0 JAWATAN KUASA KERJA13.0 TENTATIF PROGRAM14.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALANAhli Jawatankuasa Badan Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kauseling Sekolah Kebangsaan Seri Tasik , Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Negara, WP Kuala Lumpur telah berjaya mengadakan satu program jati diri di mana ianya
telah disertai oleh golongan murid – murid Melayu amnya dan Islam khasnya, yang disasarkan berhadapan dengan masalah disiplin di sekolah. Masalah ini akan bermula apabila murid – murid tidak dapat menguasai bidang akademik dan disiplin diri mereka dengan baik. Justeru itu, mereka akan cuba mencari jalan keluar yang mudah dengan melanggar undang – undang yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah supaya mereka juga boleh dikenali di kalangan rakan – rakan yang lain.Program seumpama ini telah diperkenalkan sejak tiga tahun ( berturut – turut ) yang lalu dan ianya telah berjaya disambung kembali melalui dua fasa dan ianya dapat membendung masalah disiplin serta mengeratkan tali silaturahim antara satu bangsa dengan bangsa yang lain terdapat di negara ini dan seterusnya dapat menerapkan sikap ingin belajar dan cuba menjadi murid yang baiki di kalangan yang terbaik.
2.0 RASIONALSetiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik. Jika masalah disiplin di setiap sekolah dapat
dikurangkan , pihak sekolah sudah semestinya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang kurikulum dan kokurikulum .
3.0 MATLAMATMelahirkan murid –murid berbilang bangsa yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing – masing.
4.0 OBJEKTIF1.Mengeratkan tali persahabatan dan siaturahim
antara Muslim dengan membuat kerja – kerja yang berfaedah dan bermanfaat
2.Memberi peluang kepada murid – murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
3.Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
4.Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup.
5.Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap cintakan agama dan ilmu pengetahuan.
5.0 BUTIRAN PROGRAM
TARIKH : 30 SEPTEMBER , 1 & 2 OKTOBER 2011TEMPOH : 3 HARI 2 MALAMTEMPAT : MASJID NEGARA WP KUALA LUMPUR
6.0 KUMPULAN SASARAN 6.1 KATEGORI PESERTA: MURID SK SERI TASIK, KL
TAHUN 3 : 3 ORANGTAHUN 4 : 15 ORANGTAHUN 5 : 29 ORANG
BILANGAN KESELURUHAN: 47 ORANG MURID
6.2 KATEGORI JANTINA : 36 ORANG MURID LELAKI
: 11 ORANG MURID PEREMPUAN
6.3 KOMPOSISI KAUM : MELAYU : 40
7.0 LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN7.1 Mengambil butiran murid
- Alamat Tempat Tinggal
- No. Telefon ibu bapa- Masalah Kesihatan
7.2 Memastikan murid sentiasa berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan
7.3 Pusingan guru – guru berjaga malam7.4 Memastikan guru sentiasa berada bersama
– sama peserta tidak kira aktiviti.
7.5 Guru – guru sentiasa bersedia sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
8.0 PERBELANJAAN MENGURUS KEWANGAN
Pendapatan PerbelanjaanPeruntukan Sekolah RM 3000.00Sumbangan Pibg RM 500.00Sumbangan Murid RM 450.00Sumbangan Perorangan
RM 66.10
Makanan( L0 ) RM 1340.00 No. Invois :1081Bayaran Ceramah RM 500.00Ustaz Nor Muhammad Nur Farhan Ustaz Azizul b Hj. Idris RM 400.00Bayaran Fasilitator
En. Mohd. Izuddin Hilmi RM 500.00Bayaran TahfizEn. Khairul Aizat b Rahmat RM 200.00Barangan Cenderahati RM 75.00Bayaran Pengangkutan ( Bas) RM 300.00Cetakan Baju RM 239.50Alatan Permainan RM 21.60Cenderahati RM 250.00Cenderahati Murid RM 190.00
Jumlah RM 4016.10
Jumlah RM 4016.10
9.0 JURULATIH / FASILITATOR9.1 KATEGORI JURULATIH / FASILITATOR
AJK Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah SK Seri Tasik Kuala Lumpur
AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Tasik, Kuala LumpurAgensi Luar.1. Pelajar Tahun Akhir Jurusan
kaunseling UM dan UKM2. Penceramah Agama Bebas3. Akademi Tahfiz Manbaul Huffaz
9.2 Bilangan Fasilitator 20 orang guru SK Seri Tasik
16 orang fasilitator6 orang murid tahfiz
9.3 Kategori Jantina Guru Lelaki : 26 orang Guru Perempuan : 16 orang
9.4 Komposisi Kaum Melayu
10.0 LAPORAN KEM ANAKKU MASA DEPAN
DI TANGANMU IV@ 2011
Kem Anakku Masa Depan DiTangan Mu IV @ 2011
merupakan salah program yang telah dirancang
oleh Jawatankuasa HEM amnya dan Jawatankuasa
Badan Disiplin dan Pengwas Sekolah khasnya.
Program julung – julung kali diadakan di Masjid
Negara, Kuala Lumpur merupakan program
pengisian rohani yang disertai oleh serami 47
orang murid-murid dri peringkat usia 9-12 tahun
yang terlibat dengan beberapa jenis msalah
disiplin berat di sekolah. Program ini juga
merupakan program yang pertama kali dianjurkan
oleh Masjid Negara, Kuala Lumpur bagi peringkat
rendah.
Program ini telah disertai oleh 20 orang guru
pengiring, 16 orang fasilitator, 6 orang pelajar
tahfiz, dan 47 orang peserta iaiatu sramai 11 orang
perempuan dan 36 orang lelaki. Kem ini diketua
oleh En. Zulkifli b Mohamad Nor selaku Pengerusi
Program dan En. Mohd. Syahrizan b Zakaria selaku
Kem Komanden.
JUMAAT, 30 SEPTEMBER 2011
Perjalanan kem bermula dengan sesi
pendaftaran para peserta dan guru pengiring yang
dikendalikan oleh Pn. Fadhilah dan Ustazah Wan
Nor Farihin dalam keadaan hujan yang agak lebat
bermula kira-kira jam 1430H di Dewan Terbuka SK
Seri Tasik. Sewaktu pendaftaran , para peserta
menerima telekung (perempuan) dan sejadah dan
kopiah (lelaki) besertaoutdoor sling bag yang
berisi keperluan asas menulis dan sebagainya.
Tepat jam 1530 seramai dua orang guru
pengiring , iaitu Ustazah Noor Aizah bt Ilias dan
Ustazah Wan Nur Farihan bersama-sama para
peserta bertolak ke Masjid Negara dengan menaiki
sebuah bas sekolah dari perkarangan kawasan
meletak kereta sekolah . Manakala guru-guru
pengiring yang lain berkongsi kenderaan bertolak
ke Masjid Negara pada masa yang sama.
Semua peserta kelihatan sangat gembira dan
bersemangat untuk mengikuti program yang telah
dirancangkan. Semasa perjalanan ke Masjid
Negara , para peserta telah diberi gambaran awal
tentang program-program yang akan diikuti oleh
mereka sepanjang tiga hari dan dua malam di sana
oleh Ustazah Noor Aizah binti Ilias.
Tepat jam 1550H, para peserta sampai di
Masjid Negara dan telah disambut oleh Ustaz Latif
selaku wakil bagi pihak Masjid Negara yang
mengalu-alukan ketibaan para peserta kem ini.
Para peserta dikumpulkan di dataran ( berdekatan
Makam Pahlawan ) oleh
Kem Komanden , En. Mohd. Syahrizan b Zakaria .
Seterusnya Ustaz Latif memberikan sedikit
taklimat ringkas kepada para peserta tentang
peraturan-peraturan masjid yang perlu diikuti oleh
para peserta. Setelah itu, semua peserta
mengangkat beg dan barang-barang seterusnya
menyiapkan diri untuk solat Asar di Masjid Negara
dengan diiringi oleh Encik Mohd. Syahrizan.
Tepat jam 1730H , para peserta kem
dikumpulkan oleh Kem Komandan (En. Mohd.
Syahrizan) di tapak perkhemahan . Di sini, para
peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan
kecil dan seterusnya bekerjasama mendirikan
khemah kumpulan masing-masing dan dibantu
oleh pihak Maintanance Masjid Negara. Manakala
murid perempuan bergotong-royong
membersihkan bilik kuliah 1 dan 2 untuk
penginapan dan bilik kuliah.
Tepat jam 1830H semua peserta menguruskan
diri untuk makan malam dan solat Maghrib
berjemaah. Pada jam 1900H, Pn. Suhaila selaku
Pengurus Projek memberi keterangan ringkas
kepada sebilangan besar fasilitator yang telah tiba
tentang perjalanan program dan keadaan diri para
peserta yang mengikuti program. Tepat jam
1930H, semua guru, fasilitator dan peserta solat
Maghrib berjemaah.
Tepat jam 2000H semua peserta makan malam
bersama-sama dengan guru dan fasilitator. Pada
jam 2100H, peserta kem telah diberi taklimat dan
pembahagian kumpulan bersama fasilitator.
Manakala pada jam 2115H, semua peserta kem
bersama fasilitator masing-masing untuk program
ice-breaking. Para peserta telah bersama-sama
abang dan
kakak fasilitator memberi pendapat tentang soalan
tentang diri mereka masing-masing. Banyak
pengalaman yang diperolehi dengan mendapat
kerjasama dari semua peserta.
Tepat jam 2315H, semua peserta lelaki
dibenarkan kembali ke khemah masing-masing
manakala peserta perempuan ke bilik untuk tidur.
SABTU 1 OKTOBER 2011
Pada pagi ini pada jam 0330H semua
murid dikejutkan untuk program qiamullail, yang
diimamkan oleh Pengetua Tahfiz Manbaul Huffaz,
ustaz Asmaui. Dalam program qiamullail ini juga
kami dialunkan dengan alunan zikir dari salah
seorang pelajar daripada Pusat Tahfiz Manbaul
Huffaz, yang berusia 10 tahun. Kemudian para
peserta bersama-sama jemaah lain menunaikan
solat subuh berjemaah di dewan besar Masjid
Negara.
Selepas solat subuh, pada jam 0700H agenda
diteruskan dengan melakukan senaman pagi.
Senaman pada pagi ini diketuai oleh salah seorang
daripada fasilitator yang terlibat dalam kem ini.
Para peserta berasa sangat bersemangat selepas
melakukan aktiviti riadah pada pagi ini.
Selepas aktiviti riadah, para peserta
dibenarkan untuk membersihkan diri. dan
bersarapan pagi kira-kira jam 0815H. Para peserta
dan fasilitator duduk di dalam kumpulan masing-
masing sambil diajar cara tertib makan mengikut
ajaran Islam.
Tanpa membuang masa, pada jam 0900H
emua peserta bersedia untuk aktiviti yang
seterusnya iaitu Ceramah 1 yang disampaikan oleh
Ustaz Ustaz Farhan selaku penceramah jemputan
yang sedang berkhidmat di CSO Training
Consultancy. Ceramah yang disampaikan tersebut
mengisarkan tentang sebuah kisah kehidupan
yang bertajuk “ Islam Itu Indah Sayang “ yang
menggambarkan sebuah kisah tentang kehidupan
seseorang individu yang bermula dengan peringkat
umur yang awal iaitu dari peringkat bayi hinggalah
ke peringkat dewasa. Gambaran ini jelas
menunjukkan Islam adalah satu agama yang
syumul dan lengkap yang mana ianya memberi
laluan yang benar kepada semua orang islam yang
tunduk dan patuh pada ajaran Allah Taala. Selepas
selesai mendengar ceramah tersebut, kami
disajikan dengan kudapan tengahari iaitu roti dan
air teh.
Tepat jam 1100H para peserta diberikan
kudapan dan bersiap sedia untuk untuk aktiviti
yang seterusnya iaitu lawatan ke Muzium Polis dan
Taman Burung. Para peserta dan guru pengiring
memulakan perjalanan dari Masjid Negara ke
destinasi hanya dengan berjalan kaki dengan
tujuan member pendedahan kepada para peserta
cara bagaimana untuk semua umat manusia
menyayangi alam semulajadi dan menikmati
keindahan alam yang terdapat di sekitar
Bandaraya Kuala Lumpur.
Para peserta sampai di Muzium Polis pada kira
– kira jam 1145H. Sesampainya di Muzium Polis
semua peserta bersama semua guru pengiring dan
fasilitator bergambar kenangan bersama-sama.
Pada jam 1215H semua peserta masuk ke dalam
muzium tersebut
para peserta di bawa untuk melihat bahan – bahan
sejarah oleh semua fasilitator kumpulan masing-
masing dan diambil bahan untuk dijadikan bahan
rujukan untuk menjawab kuiz. Para peserta
seterusnya disajikan dengan tayangan video.
Semasa tayangan video para peserta memperoleh
banyak maklumat merangkumi tatacara kehidupan
anngota polis. Antaranya ialah mengisahkan
tentang penubuhan pasukan polis, pakaian
seragam, pusat latihan polis dan lain-lain lagi.
Tayangan video yang kedua pula menyajikan
bagaimana pasukan polis negara menangani
peperangan menentang musuh antaranya pihak
Komunis. Banyak perkara yang berfaedah yang
diperolehi daripada tayangan video di Muzium Polis
tersebut. Pada jam 1315H, para peserta bergilir-
gilir menunaikan solat Zohor dan makan tengahari
di surau dan kantin yang terdapat di Muzium Polis
tersebut..
Lebih kurang pada jam 1430H para peserta
dan guru iringan dan fasilitator meneruskan
perjalanan ke Taman Burung Kuala Lumpur.
Seramai 55 orang murid dan 30 orang guru
bersama – sama menjalani aktivirti pada kali ini.
situ kami melihat beraneka jenis burung yang
terdapat di situ antaranya burung Di sana para
peserta dapat melihat pelbagai jenis spesis burung
antaranya, kakak tua, merak dan banyak lagi. Para
peserta tidak melepaskan peluang untuk
menyaksikan hiburan “ Bird Show”. Perasaan
berasa geli hati timbul setelah melihat aksi burung-
burung yang telah dilatih untuk menghiburkan hati
para penonton yang ada di situ.
Pada jam 1800H para peserta dan sampai di
perkarangan Masjid Negara kira-kira pada jam
1830H. Kemudian para pesert dihidangkan dengan
minum petang. Beberapa minit kemudian, para
peserta diminta untuk membuat persiapan diri dan
bersiap sedia bersiap sedia untuk menunaikan
solat maghrib secara berjemaah.
Sebelah malamnya para peserta dijamu
dengan makan malam pada jam 1945H. Pada jam
2100H aktivii seterusnya ceramah 2 diadakan dan
semua para pesrta dan ibu bapa yang sama –
sama hadir dalam member sokongan buat anak-
anak mereka dikumpulkan di Bilik Kuliah 1.
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azizul b
Asri dari BMQ Consultant yang bertajuk “ Anakku
Jagalah Dirimu Sayang”. Ceramah yang
disampaikan sangat menyentuh perasaan tentang
cara bagaimana untuk menginsafi diri dengan
kesalahan – kesalahan lalu dan ia telah banyak
merubah cara kehidupan dan pembawakan diri
para peserta.
Setelah selesai semua hadirin disajikan dengan
makanan ringan yang dibawa khas oleh salah
seorang ibu bagi sama-sama meraikan sambutan
hari lahir anaknya yang ke 11. Sebelum menjau
selera Para peserta dan ibu bapa menyelesaikan
solat Isyak dan seterusnya Solat Sunat Hajat dan
diimami sendiri oleh Ustaz Azizul di kawasan
Dewan Kuliah sahaja. Setelah selesai, pada jam
2300H para fasilitator berjumpa dengan adik
masing-masing bagi bersoal jawab dengan
kehidupan mereka pada hari itu dan ternyata ada
perubahan sudah dapat dilihat. Para peserta
masuk tidur pada jam 2345H di bilik dan khemah
masing-masing.
Ahad , 2 OKTOBER 2011
Jam 0300H, semua peserta dikejutkan oleh
guru-guru sentries untuk persiapan diri sebelum
qiamullail dimulakan. Pada jam 0400H, para
peserta berkumpul di dewan kuliah 2 untuk
menunaikan solat sunat hajat dan bermunajat
bersama mudir dan murid-murid dari Maahad
Tahfiz Manbaul Huffaz dan seterusnya menunaikan
solat fardhu Subuh secara berjemaah yang mana
diimamkan oleh imam Negara.
Tepat jam 0700H, semua peserta berkumpul
untuk mengikuti program senaman pagi yang
diketuai oleh fasilitator-fasilitator jemputan
sekolah. Setelah selesai aktiviti senaman pagi,
para peserta bergerak ke dewan makan untuk
menikmati sarapan pagi.
Pada jam 0900H, para peserta diberi arahan
oleh Kem Komanden untuk membersihkan
kawasan tapak perkhemahan bersama guru-guru
pengiring dan fasilitator-fasilitator. Peserta-peserta
diberi taklimat tentang cara untuk melipat khemah
dan seterusnya membersihkan semua kawasan
perkhemahan.
Peserta-peserta berkumpul semula di dewan
kuliah 2 untuk bersama-sama membuat refleksi
dan juga persiapan untuk majlis penutup pada jam
1100H.
Majlis Perasmian Penutupan serta
penyampaian cenderahati dan sijil penyertaan
kepada peserta-peserta dan fasilitator-fasilitator
Kem Anakku Masa Depan di Tanganmu telah
disempurnakan dengan jayanya oleh Ustaz Zaki
bin Mohd Ibrahim ( Penolong Pengarah Unit
Pengajian Dewasa Masjid Negara , Kuala Lumpur )
pada jam 1115H. Antara tetamu yang hadir pada
majlis tersebut, Pn. Sehah bt Abd Ghani, Pegawai
Khas Hem PPD Pudu Bangsar, Tn. Hj. Misman b
Mostam, Penasihat Program, Pn. Normila bt Musa ,
GPK Tadbir dan Kurikulum SK Seri Tasik, Kuala
Lumpur dan suami, Ustaz Abdul Latif bin Pirasa ,
Pegawai Khas dari Masjid Negara, Pemantau
Aktiviti, para fasilitator dan tahfiz, guru – guru dan
para peserta.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi
penggambaran sebagai tanda kenang-kenangan
dan makan tengahari bersama tetamu-tetamu
jemputan, pentadbir-pentadbir Sekolah
Kebangsaan Seri Tasik pada kira-kira jam 1245H.
Tepat jam 1315H, ketibaan bas untuk
mengambil para peserta pulang dari tapak
perkhemahan ke SK Seri Tasik. Semua peserta
selamat tiba di kawasan letak kereta sekolah pada
jam 1400H.
Diharapkan program seumpama ini akan terus
mendapat sokongan dari semua pihak
terutamanya dari luar bagi membantu pihak
sekolah amnya dan Badan Induk Disiplin dan
Pengawas Sekolah Kebangsaan Seri Tasik , Kuala
Lumpur khasnya dalam melahirkan murid – murid
yang sifar salah laku disiplinnya.
Pihak pengelola mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Badan
Pengurusan Masjid Negara, Kuala Lumpur di bawah
pemerhatian Tan Sri Shaikh Ismail b Hj Mohamad,
para fasilitator, mahasiswa tahun akhir jurusan
Kaunseling UM dan UKM, Badan Pengurusan
Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz, barisan Pihak
Pentadbiran SK Seri Tasik, AJK Perkhemahan
Anakku Masa depan Di TananMu IV @ 2011, guru-
guru yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung serta para peserta yang telah sama –
sama menjayakan program kali ini.
Laporan disediakan oleh,
Laporan disemak oleh,
Pn. Adijah bt Mat Nawi Pn.
Suhaila bt Hj. Omar
Cik Nor Fadhilah bt Mohamed ( SU
Perkhemahan Anakku
Cik Nor aizah bt Illyas Masa
Depan Di TanganMu
Pn. Nor Hafizah bt Jamali IV @
2011 )
11.0 PenutupKerjasama dan komitmen semua pihak telah menjayakan program kali inidan berharap agar program pada masa hadapan akan tercapai sebagaimana disasarkan demi
kebaikan murid dan sekolah dan sekali gus melancarkan misi JPWP , Kuala Lumpur Sifar Salah Laku.
SK SERI TASIK @ 2011JAWATAN KUASA PENGELOLA INDUK
KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGANMU IV @ 2011
Penasihat : Tn. Hj. Misman b. Mostam ( Guru Besar , SKST KL )
Pengerusi : En. Zulkifli b. Mohamad Noor ( GPK Hal Ehwal Murid, SKST KL )
Naib Pengerusi
: En. Rozaidi b. Ismail ( GPK Penyelia Petang) Pn. Normila bt. Musa ( GPK Tadbir dan Kurikulum, SKST KL) En. Suhaimi Bin Abdul Halim ( GPK Kokurikulum SKST KL)
Setiausaha : Pn. Suhaila binti Hj. Omar ( Setiausaha Induk Badan Disiplin Sekolah, SKST KL )
Naib Setiausaha
Pn. Adijah bt Mat Nawi ( Naib Setiausaha Induk Badan Disiplin Sekolah , SKST )
Bendahari Pn. Sirohmaini @ Suhaila bt Sidik (Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling, SKST, KL )
JAWATAN KUASA KECIL
Kem KomanderEn. Mohd. Syahrizan b. Zakaria
Pendaftaran, Hadiah , Sijil dan CenderahatiPn Fadhilah Binti Shaharudin
Pengangkutan, Keselamatan, Kecemasan dan KebajikanEn. Mohd. Rasyidi b Abdullah
PenceramahPn. Salasiah bt Zakaria
SponsorPn. Suhaila bt Hj. Omar
DokumentasiPn. Suhaila bt Hj. Omar
Makanan dan MinumanPn. Rhohenzee bt Long Chek
Perasmian PenutupanPn. Raja Zanariah bt. Raja Hussein
Fotografi Cik Nur Hazira Binti Ibrahim
PA SistemEn. Norazman b Ariffin
Kecerdasan dan LawatanEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria
SK SERI TASIK @ 2011SENARAI JAWATANKUASA KERJA
KEM ANAKKU MASA DEPAN DITANGANMU IV @ 2011 ( FASA 2 )
Penasihat : Tn. Hj. Misman b. Mostam (Guru Besar , SKST, KL)
Pengerusi : En. Zulkifli b. Mohamad Noor (GPK HEM , SKST, KL)
Naib Pengerusi
: En. Rozaidi b. Ismail (GPK Penyelia Petang, SKST,KL) Pn. Normila bt. Musa (GPK Tadbir dan Kurikulum , SKST, KL) En. Suhaimi bin Abd. Halim ( GPK Kokurikulum, SKST, KL )
Setiausaha : Pn. Suhaila binti Hj. Omar
(Setiausaha Induk Badan Disiplin SKST, KL)
Naib Setiausaha
Pn. Adijah bt. Mat Nawi (Naib Setiausaha Induk Badan Disiplin SKST, KL)
Bendahari Pn. Sirohmaini @ Suhaila binti Sidik ( SU Unit Bimbingan dan Kaunseling SKST, KL )
JAWATAN KUASA KECIL.
Kem KomanderEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria Kecerdasan dan LawatanEn. Khairuddin b RusleeEn. Nazaruddin b Che Ali
Pendaftaran, Hadiah , Sijil dan CenderahatiPn Fadhilah Binti ShaharudinPn. Marlini bt Yusoff Cik Nur Aizah bt Illias
Pengangkutan, Keselamatan, Kecemasan dan Kebajikan
Makanan dan Minuman
Pn. Rhohenzee bt Long Chek
En. Mohd. Rasyidi b AbdullahEn. Abdullah b Mohd. NoorCik Wan Farihan bt Mohd. FauziCik Nor Fadzilah bt Mohamed
Pn. Jasimah bt JumaatPn. Rohaniza bt MamatEn. Mohd. Yatim b Abdullah
PenceramahPn. Salasiah bt ZakariaPn. Suhaila bt Hj. OmarPn. Adijah bt Mat Nawi
Perasmian / MajlisPn. Raja Zanariah bt. Raja DaudCik Nor Fadzillah bt Mohamed
SponsorPn. Suhaila bt Hj. OmarPn. Adijah bt Mat NawiEn. Zulkifli b Mohamad Noor
DokumentasiPn Suhaila bt Hj. Omar En. Mohd. Rasyidi b Abdullah
Fotografi Cik Nur Hazira Binti IbrahimEn. Rasyidi b Abdullah
PA SistemEn. Norazman b Ariffin En. Mohd. Syahrizan b Zakaria
SK SERI TASIK KUALA LUMPUR.BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH
KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGANMU IV @ 2011
TENTATIF PROGRAM
TARIKH : 30 SEPTEMBER , 1 & 2 OKTOBER 2011TEMPOH : 3 HARI 2 MALAMTEMPAT : Masjid Negara, Kuala Lumpur
JUMAAT, 30 SEPTEMBER 2011
Masa Aktiviti
2.15 ptg
Pendaftaran Dewan Terbuka Pn. Fadhilah bt Shaharudin
3.00 ptg
Bertolak ke Masjid NegaraEn. Mohd. Rasyidi b Abdullah
3.45 ptg
Sampai di Masjid Negara/Taklimat Kem Komander / Pembahagian KumpulanEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria
4.00 ptg
Mendirikan Khemah / Solat AsarEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria Bahagian Maintainence Masjid Negara
5.30 ptg
Minum PetangPn. Jasimah bt Jumaat
5.45 ptg
Lawatan Sekitar MasjidEn. Nor Azman b Ariffin
6.30 ptg
Menguruskan Diri / Makan MalamEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria
Pn. Rhohenzee bt Long Chek
7.30 ptg
Solat Maghrib / Penisian RohaniEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria ( lelaki )Ustazah Nur Aizah bt Illias ( perempuan )( Solat Jemaah bersama Imam Masjid Negara )
8.15 mlm
Ice Breaking Mengenal Diri Ku
- Fasilitator
10.30 mlm
Solat IsyakEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria
11.00 mlm
Tidur
SABTU, 1OKTOBER 2011
Masa Aktiviti
3.00 pg
Bangun Tidur / Mengurskan DiriEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria ( lelaki )Ustazah Wan Farihan bt Mohd. Fauzi ( Perempuan )Fasilitator UKM
3.30 Qiyamulai / Solat Subuh / Pengisian
pg RohaniEn. Mohd. Syahrizan b ZakariaUstazah Nor Fadhilah bt MohamedFasilitator UKMTahfiz
6.45 pg
Taklimat Kem KomendenEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria
7.00 pg
Sarapan PagiPn. Rhohenzee bt Long ChekFasilitator UKM
7.45 pg
Senaman Pagi / Pembersihan Kawasan MasjidEn. Mohd. Syahrizan b ZakariaFasilitator UKM
8.30 pg
Persiapan DiriEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria
9.00 pg
Ceramah 2Islam Itu Indah Sayang Ustaz Nurul Azhar b Abdul Rahim.Fasilitator UKM
11.00 pg
KudapanPn. Rohaniza bt MamatFasilitator UKM
11.00 pg
Aktiviti LuarLawatan ke Muzium Polis
En. Mohd. Syahrizan b ZakariaLawatan Ke Taman BurungEn. Nor Azman b AriffinMakan Tengah HariPn. Rhohenzee bt Long ChekSolat ZohorUstaz Nazaruddin b Che Ali( Mengikut kesesuaian masa )Fasilitator UKMSolat AsarUstaz Abdullah b Mohd. NoorFasilitator
6.00 ptg
Bertolak pulang ke Masjid NegaraEn. Mohd. Syahrizan b ZakariaFasilitator
6.30 ptg
Minum PetangPn. Rhohenzee bt Long ChekFasilitator UKM
7.30 ptg
Makan MalamPn. Rhohenzee bt Long ChekFasilitator UKM
7.30 ptg
Solat Maghrib / Pengisian RohaniUstaz Nurul Azhar b Abd Rahim( Solat Bersama Imam Masjid Negara )Fasilitator UKM
9.00 mlm
Ceramah 3Anakku, Jagalah Diri Mu SayangBMQ ConsultantEn. Hafizuddin b Yahaya ( Fasilitator )
11.00 mlm
Solat Isyak/ Solat Sunat Hajat /KudapanEn. Mohd. Rasyidi b Abdullah Pn. Marlini bt MohamedFasilitator UKM
11.30 mlm
Tidur
Ahad, 2 Oktober 2011
Masa Aktiviti
3.00 pg
Bangun Tidur / Mengurskan DiriEn. Mohd Syahrizan b Zakaria ( Lelaki )Ustazah Nor Fazdillah bt Mohamed ( Perempuan )
3.30 pg
Qiyamulai / Solat Subuh / Pengisian RohaniEn. Khairul Anuar b KamarudenUstazah Nur Aizah bt IlliasFasilitator UKMTahfiz
6.45 pg
Taklimat Kem KomandenEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria
7.00 Sarapan Pagi
pg Pn. Rhohenzee bt Long ChekFasilitator UKM
7.45 pg
Kemaskan Barang / Gotong Royong ( Bersihkan Kawasan Masjid) / Persiapan Diri En. En. Mohd. Syahrizan b ZakariaEn. Norazman b AriffinFasilitator UKM
9.00 pg
Refleksi / Soal Selidik / KudapanEn. Mohd. Syahrizan b ZakariaPn. Jasimah bt JumaatFasilitator UKM
11.00 pg
Perasmian PenutupUstaz Zaki bin Mohd Ibrahim(Penolong Pengarah Unit Pengajian Dewasa Masjid Negara , Kuala Lumpur ) YM Raja Zanariah bt Raja HusseinCik Wan Nur Farihan bt Mohd FauziPenyampaian HadianPerorangan BerkumpulanCik Nur Aizah bt IlliasPn. Marlini bt Mohd YusofPn. Sirohmaini @ Suhaila bt Sidik
12.00 tgh
Bertolak PulangEn. Mohd. Syahrizan b Zakaria
12.45 tgh
Sampai di SekolahEn. Khairul anuar b Kamaruden