contoh esaimen

34
BIL M/S 1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT 1.1 Sejarah 1.2 Aktiviti Utama 1 2 2 2.0 ANALISIS 2.1 Industri 2.2 Pesaing Semasa 2.3 Pengeluaran Semasa Situasi Pengurusan Operasi Syarikat 3 7 11 3.0 ANALISIS STRATEGI 3.1 Strategi Semasa Yang Digunakan 3.2 Strategi Yang Paling Sesuai 3.3 Mengenal Pasti Stretegi Yang Paling Sesuai 18 22 24 4.0 CADANGAN 4.1 Pelaksanaan Strategi Yang Dicadangkan 4.2 Mengenalpasti Aliran Dan Langkah-Langkah Stretegi 4.3 Pencapaian Selepas Pelaksanaan 25 26 27 5.0 RUJUKAN 26 6.0 APPENDIK 27 1 | Page TABLE CONTENT

description

POM

Transcript of contoh esaimen

Page 1: contoh esaimen

BIL M/S

1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.1 Sejarah

1.2 Aktiviti Utama

1

2

2

2.0 ANALISIS

2.1 Industri

2.2 Pesaing Semasa

2.3 Pengeluaran Semasa Situasi Pengurusan Operasi Syarikat

3

7

11

3.0 ANALISIS STRATEGI

3.1 Strategi Semasa Yang Digunakan

3.2 Strategi Yang Paling Sesuai

3.3 Mengenal Pasti Stretegi Yang Paling Sesuai

18

22

24

4.0 CADANGAN

4.1 Pelaksanaan Strategi Yang Dicadangkan

4.2 Mengenalpasti Aliran Dan Langkah-Langkah Stretegi

4.3 Pencapaian Selepas Pelaksanaan

25

26

27

5.0 RUJUKAN 26

6.0 APPENDIK 27

1 | P a g e

TABLE CONTENT

Page 2: contoh esaimen

CORN & WAFFLE CORNER

1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama syarikat : Nafa Northern Enterprise

Nama kiosk : Corn & Waffle Corner

Alamat : Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia, 06100 Sintok,

Kedah Darul Aman.

No. Telefon : 012-4902621

Email : [email protected]

Jenis bisnes : Enterprise

Bilangan pekerja : 10 orang pekerja

Tarikh daftar bisnes : Julai 2008

Modal permulaan : RM 30 000

2 | P a g e

Page 3: contoh esaimen

1.1 Sejarah Corn & Waffle Corner

Corn & Waffle Corner merupakan cawangan di bawah Syarikat Nafa Northern

Enterprise yang terletak di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia Kedah Sintok. Kiosk ini

dimiliki oleh Puan Rohamizah Bt Saidin atau lebih mesra dengan panggilan ‘kak Miza’.beliau

juga merupakan isteri kepada salah seorang pensyarah keusahawanan Universiti Utara

Malaysia iaitu Encik Mohamad Yusop Bin Mohd Jani. Kak Miza merupakan lulusan Universiti

Teknologi Mara(UITM) Shah Alam dalam jurusan Food Technology. Bermodalkan RM 30

000, beliau telah membuka kiosk Corn & Waffle Corner pada Julai 2008 yang terletak di

Varsity Mall UUM. Pada mulanya perniagaan ini hanya tertumpu kepada Jagung Manis dan

Wafer sahaja, tetapi setelah mendapat sambutan yang baik daripada target pasaran iaitu

pelajar dan pekerja Universiti Utara Malaysia (UUM), Corn & Waffle Corner telah

mengembangkan lagi perniagaan dengan membuat penambahan produk seperti aiskrim,

aiskrim wafer, dan aiskrim goreng. Corn & Waffle Corner juga menggunakan pembekal dari

Alor Star dan Kuala Lumpur.

1.2 Aktiviti Utama Corn & Waffle Corner

Corn & Waffle Corner merupakan satu perniagaan yang berasaskan ‘Food &

Beverage’ Iaitu menyediakan makanan segera yang berasaskan roti, jagung dan aiskrim.

Jagung Manis(sweet corn) di sediakan melalui proses pengukusan dan menggunakan

pengukus khas untuk mengukus jagung iaitu menggunakan Corn Steamer Machine 2Hand .

Manakala, Wafer disediakan melalui proses pembakaran yang menggunakan Waffle Machine

2Hand.

3 | P a g e

Page 4: contoh esaimen

2.0 ANALISIS

2.1 Industri

2.1.1 Defini industri Corn &Waffle Corner

Waffle adalah sejenis cake yang dipanggang khusus yang berpola sehingga

menghasilkan bentuk tertentu. Ada yang bulat, bentuk hati dan kotak. Yang paling

khas dari makanan yang konon berasal dari Belgia ini adalah pola kotak-kotak yang

tercipta. Waffle biasanya diperbuat dari adunan cake yang biasa. Di Varsity Mall,

UUM mempunyai sebuah kiosk iaitu ‘Corn & Waffle Corner’ yang cukup terkenal

dengan waffle yang cukup sedap. Waffle yang dijual mempunyai tiga perasa iaitu

straberry, coklat dan blueberry dengan tambahan ‘topping’ istimewa seperti peanut

butter dan seri kaya.

Waffle Corner ini adalah menu lain dari waffle yang lain kerana ia boleh

menjana pendapatan jika ia dijalankan secara konsisten. Waffle Corner ini lebih

menyerupai dengan waffle lain tetapi rasanya yang unit dan sedap yang membezakan

dengan waffle lain. Selain itu, sajian pantas dan mengenyangkan ini menjadi pilihan

masyarakat yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian, boleh dijadikan sebagai menu

sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

2.1.2 Peralatan yang digunakan dalam Corn & Waffle Corner

Peralatan atau mesin yang digunakan ialah:

Waffle Machine 2Hand (RM1000.00)

4 | P a g e

Page 5: contoh esaimen

Corn Steamer Machine 2Hand (RM 450)

Kuali untuk goreng aiskrim goreng

5 | P a g e

Page 6: contoh esaimen

Cake Mixer

Bahan-bahan mentah yang digunakan ialah:

Jagung Manis (Sweet Corn)

6 | P a g e

Page 7: contoh esaimen

Sweet Jagung (2kg) –RM14.00 (1)

Susu Pekat

Gula

Garam

Mentega

Wafer: untuk satu bekas adunan (20 biji)

3 jenis jem (straberi, coklat, dan blueberry), kaya dan peanut butter.

Jem (2kg) –RM15.00 (1), kaya dan peanut butter (1CTN 1kg) –Rm6.50

(1)

2.1.3 Kunci utama Corn & Waffle Corner

‘Corn Waffle Corner’ ini cukup terkenal dengan kedudukan lokasi yang

strategik iaitu di Varcity Mall, Universiti Utara Malaysia. Wafflenya mempunyai rasa

yang cukup sedap dan tidak terlalu manis sangat jika dipadukan dengan perasa jem.

Selain itu, ramai pelanggan menggemari Waffle Corner ini adalah kerana

kelembutannya dan keranggupannya yang begitu mengasyikan apabila dimakan.

Setiap hari, Corn & Waffle Corner menjual sekurang-kurangnya 150 keping

waffle atau 200 keping pada masa tertentu pada harga RM2.50 setiap satu. Waffle

Corner mempunyai pelbagai cita rasa seperti coklat, kaya, strawberi, blueberi dan

peanut butter. Pelanggan boleh memilih untuk menggabungkan dua perisa pada satu

7 | P a g e

Tepung (khas

untuk wafer)

4 biji telur

150 minyak

Air 1000 ml

Page 8: contoh esaimen

waffle dan menambah perisa lain seeperti kacang badam atau bijirin coklat. Ada juga

sesetengah pelanggan yang mahu menggabungkan lebih daripada dua perisa.

Kebanyakan pelangga gemar dengan gabungan perisa coklat dan mentega kacang yang

klasik.

Di samping itu, jagung kukus bersama mentega yang enak dimakan ketika

masih panas. Ia juga tidak terlalu manis dan masin jika dipadukan dengan susu dan

garam. Menu terbaru di ‘Corn & Waffle Corner ialah aiskrim goreng. Rasanya amat

sedap dan unit kerana ia perlu digoreng dengan minyak. Ramai pelanggan yang

mencuba aiskrim goreng ini dan ia sangat melariskan.

2.2 Pesaing Semasa

2.2.1 Latar Belakang Pesaing

Pesaing bagi kiosk corn & waffle corner terdiri dari seluruh Malaysia

terutamanya dikawasan Kedah. Kiosk corn & waffle corner telah mengenalpasti kiosk-

kiosk yang bergiat aktif di kawasan kedah. Senarai nama kiosk Sumo’s and Sokmo’s

Snack Food, Fun Hut Food & Beverage dan banyak lagi. Salah satu kiosk waffle yang

paling terkenal di Kedah ialah Fun Hut Food & Beverage. Fun Hut Food & Beverage

salah satu syarikat di Malaysia yang berada di kedah. Pemilik kiosk Fun Hut F & B

ialah Mr Bong Shaw Loun yang mengambil alih perniagaan apabila terdapat dua

8 | P a g e

Page 9: contoh esaimen

outlet kedai pada tahun 1996. Pemilik yang dilantik sememangnya mempunyai

kepakaran dan pengalaman mengurus serta mengorganisasi perniagaan. Faktor ini

memberikan satu kelebihan kepada perniagaan yang bakal diusahakan.

Tapak projek perniagaan adalah di negeri Kedah. Lokasi ini adalah strategik

kerana beberapa faktor seperti kemudahan tanah tapak projek tersedia ada iaitu milik

keluarga ahli kongsi, kemudahan infrastruktur, kemudahan bekalan bahan mentah

serta juga disebabkan pekongsi-pekongsi aktif adalah semuanya berasal dari negeri

yang sama.

Industri makanan yang berasaskan makanan ruji ini dikembangkan melalui

pengaplikasian sumber teknologi terkini seperti blog,facebook dan website-website.

Perniagaan kiosk Fun Hut Food & Beverage merupakan pesaing bagi kiosk corn &

waffle corner yang paling berpengaruh di kawasan Kedah terutamanya bagi

mahasiswa dan mahasiswi yang suka makan waffle.

2.2.2 Penawaran Oleh Pesaing

Pesaing kiosk corn & waffle corner iaitu kiosk fun hut food & beverage telah

menawarkan tiga jenis makanan iaitu fun food, fun drink,takoyaki, sweet corn, kaya

ball, waffle cake, waffle stick, waffle biscuit dan pop corn. Bagi fun food ada lima

jenis makanan yang disediakan iaitu fun hut sweet corn, fun hut waffle cone, fun hut

waffle stick, fun hut kaya ball dan fun hut crispy waffle cake. Selain itu juga,minuman

juga ada lima jenis perisa iaitu green tea series, ice blended series, milk shake series,

hongkong milk tea dan topping-jelly series. Kiosk corn & waffle corner menawarkan

waffle pelbagai perisa iaitu (peanut batter, chocolate, strawberry, blueberry, dan kaya),

askrim (perisa chocolate, strawberry, vanilla, dan keladi), askrim goring, sweet corn

(perisa susu dan gula), dan askrim waffle. Kekurangan pada kiosk fun hut food &

beverage dibandingkan dengan kiosk corn & waffle corner ialah di kiosk corn &

waffle corner menawarkan aiskrim goreng dan askrim waffle.

2.2.3 Strategi Pesaing

9 | P a g e

Page 10: contoh esaimen

Bagi melancarkan perjalanan perniagaan pesaing iaitu kiosk fun hut food &

berevage telah menggunakan peralatan dan mesin-mesin yang canggih. Antara mesin

yang digunakan bagi melancarkan perjalanan perniagaan tersebut ialah mesin fun hut

kaya ball, mesin fun hut waffle cake, fun hut corn steamer, mesin fun hut takoyaki,

mesin fun hut cone/biscuit.

Sesebuah perniagaan yang sedang berjalan itu memiliki sumber daya dan

kemampuan yang unggul dibandingkan dengan pesaing, maka sepanjang perniagaan

itu menggunakan strategi yang mampu memanfaatkan sumber daya dan kemampuan

secara efektif, maka perniagaan itu akan mempunyai keunggulan untuk bersaing.

Strategi ataupun kunci yang digunakan oleh kiosk fun hut food & beverage ialah

menggunakan pendekatan yang didorong oleh penyelesaian kearah pembangunan

produk makanan dan minuman, pemprosesan, pembukusan, perancangan perniagaan

dan sistem francais. Selain itu juga, kiosk fun hut food & beverage menekankan

pelbagai sajian makanan yang berkualiti jus buah-buahan dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, kiosk corn & waffle corner lebih memfokuskan strategi dalam

iaitu pembangunan produk makanan dan minuman yang berkualiti, suasana keadaan

kiosk dan layan yang diberikan oleh penjual kepada pembeli.

Komitmen akan harga yang rendah dan dengan kualiti yang tinggi bertujuan

untuk menawarkan suatu kombinasi antara harga dan mutu yang mencerminkan

bahawa nilai wang merupakan kriteria yang dominan bagi kepuasan pengguna. Harga

yang ditawarkan bagi kiosk corn & waffle corner ialah sanggat berpatutan sesuai

dengan taraf hidup mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Antara harga yang

ditawarkan di kiosk corn & waffle corner ialah waffle RM2.50 bagi perisa peanut

butter, chocolate, strawberry, blueberry, kaya dan untuk yang campur harga yang

dijualnya ialah RM3.00 untuk dicampur dengan pelbagai perisa, askrim goreng

RM2.50, askrim waffle RM3.00, sweet corn susu RM1.50 dan sweet corn biasa

RM1.20. Bagi kiosk fun hut food & beverage harga yang ditawarkan ialah untuk fun

food ialah fun hut corn RM3.00, fun hut waffle cone mix RM1.00, fun hut waffle stick

RM1.50, fun hut kaya ball RM4.00, fun hut crispy waffle mix RM2.00-RM3.00.

Perbandingan harga di kiosk corn & waffle corner dengan kiosk fun hut food &

beverage ialah di kiosk corn & waffle lebih murah dan berpatutan berbanding kiosk

fun hut food & beverage.

10 | P a g e

Page 11: contoh esaimen

Penyederhaan operasi, memiliki falsafah pengurusan organisasi yang mampu

membantu net-working, menyusun rencana tindakan untuk penjimatan pembiayaan.

Peningkatan mutu produk dan layanan kepada pelanggan. Dimana ada perniagaan,

disitu ada pesaingan antara misi bagi kiosk fun hut food & beverage adalah untuk

menyediakan produk yang professional tahu bagaimana dan professional

perkhidmatan pelanggan supaya mereka boleh mempunyai pulangan yang paling

menguntungkan dan menikmati tanpa gangguan operasi perniagaan mereka pada

setiap masa.

2.2.4 Strategi Dan Matlamat Pesaing Di Masa Hadapan

Sebelum perniagaan kiosk corn & waffle corner diwujudkan di Varsity UUM,

mereka telah menjalankan satu kajian terperinci mengenai peluang-peluang serta

ancaman-ancaman yang bakal dihadapi selepas perniagaan ini ditubuhkan. Kajian

tersebut dilaksanakan dengan menggunakan kaedah ananlisis SWOT. Analisis ini

secara keseluruhan mengkaji peluang, ancaman, kekuatan dan kelemahan perniagaan

yang akan diwujudkan nanti.setelah meneliti hasil kajian yang dibuat, perniagaaan

kiosk corn & waffle corner yakin dapat merebut peluang yang ada serta bersaing

dengan kiosk-kiosk yang lain terutamanya kiosk fun hut food & beverage yang

menjalankan perniagaan yang sama dalam perniagaan waffle di negeri Kedah. Antara

kekuatan yang ada pada kiosk fun hut food & beverage ialah pemiliknya sendiri

menjadi bos, jenamanya diiktiraf, persekitaran kerja yang menarik, keperluan

pelaburan permulaan yang mampu dimiliki, mengembangkan potensi, program latihan

yang banyak, sokongan operasi yang berterusan, latihan dan kemas kini korporat dan

pemasaran bantuan inovatif.

Kesimpulannya, seseorang yang ingin mencebur dalam dunia perniagaan perlu

tahu risiko dan pesaing. Identiti pesaing maksudnya sejauh mana perusahaan mampu

meletakkan dan mengenal secara detail, pesaing yang sudah ada. Strategi pesaing

maksudnya bagaimana trik atau taktik yang dilakukan pesaing dalam merebut pasar

yang ada sehingga perusahaan mampu mengantisipasi dengan trik dan taktik yang

mampu bersaing dengan pesaing. Kelemahan dan kekuatan pesaing maksudnya sejauh

man analisis kelemahan dan kekuatan pesaing sehingga nantinya mampu membaca

pesaing dan mampu mangungulinya. Selain itu juga, pola dan reaksi pesaing

11 | P a g e

Page 12: contoh esaimen

maksudnya bagaimana pola dan strategik pesaing dalam merebut segmen pasar yang

ada, dan bagaimana perusahaan mampu melebarkan sayap perniagaannya.

2.3 Pengeluaran Semasa Dan Situasi Pengurusan Operasi Syarikat

SWOT Analysis

12 | P a g e

Page 13: contoh esaimen

Analisis situasi juga boleh membantu pengurus menentukan keperluan untuk

perubahan strategik. Satu analisis situasi, juga dikenali sebagai analisis SWOT untuk

kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman, adalah satu taksiran kekuatan dan

kelemahan dalam persekitaran dalaman organisasi dan peluang-peluang dan ancaman

dalam persekitaran luar. Analisis SWOT membantu syarikat menentukan bagaimana

untuk meningkatkan kekuatan dalaman dan mengurangkan kelemahan dalaman

manakala memaksimumkan peluang-peluang luaran dan mengurangkan ancaman luar.

SWOT boleh digunakan untuk menilai syarikat-syarikat seluruh atau operasi individu

dalam sesebuah organisasi.

KEKUATAN

1) Mempunyai pekerja yang berdedikasi dan

profesional.

2) Menyediakan pelbagai asas pelanggan.

3) harga Stabil untuk produk.

KELEMAHAN

1) Kekurangan promosi dan produk baru

yang menarik.

2) Kekurangan pekerja untuk berkhidmat

kepada pelanggan-pelanggan.

13 | P a g e

Strengths Weaknesses

Opportunity

Threats

SWOTAnalysis

Page 14: contoh esaimen

4) tempat yang Strategik. 3) tempat yang terhad untuk menguruskan

perniagaan.

4) Pelanggan begitu sesak.

5) Tiada kerusi untuk pelanggan-pelanggan

yang menunggu untuk pesanan.

PELUANG

1) pasaran persekitaran yang sihat.

2) Tidak terdapat banyak pesaing.

3) Pengembangan pasaran sasaran.

4) Lokasi tumpuan pelajar.

ANCAMAN

1) Orang mungkin bosan dengan

makanan.

2) Terikat dengan jadual waktu pelajar.

Eg; Pelajar cuti.

2.3.1 Analisis Dalaman Kekuatan Dan Kelemahan Syarikat

Analisis Persekitaran Dalaman (Kekuatan dan Kelemahan) satu perkara untuk

mencari peluang-peluang yang menarik, dan yang lain dapat mengambil kesempatan

daripada mereka. Setiap perniagaan perlu untuk menilai kekuatan dan kelemahan

dalaman. Antara Kekuatan syarikat itu ialah mempunyai pekerja yang berdedikasi

dan profesional. Pekerja tersebut melakukan pekerjaan mereka dengan cepat dan

cekap, jadi pelanggan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu

mendapatkan makanan. Kecekapan dalam melakukan pekerjaan boleh memberi

kepuasan yang tinggi kepada pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan mereka.

Selain itu, mereka juga mempunyai kekuatan dalam harga makanan mereka iaitu

menyediakan produk pada harga yang rendah. Harga yang berpatutan dengan keadaan

persekitaran menyebabKan kiosk itu menjadi tumpuan kepada pelanggan(pelajar

UUM). Corn & Waffle juga menyediakan pelbagai jenis makanan dan ia bukan sahaja

tertumpu kepada dua produk sahaja iaitu jagung manis dan wafer. Antara produk

tambahan yang di sediakan ialah aiskrim dalam pelbagai perisa, aiskrim goreng, dan

wafer aiskrim. Jadi pelanggan mempunyai banyak pilihan apabila berkunjung ke kiosk

tersebut.

RINGKASAN ANALISIS FAKTOR-FAKTOR DALAMAN (Internal Factors Analysis

Summary ( IFAS ) MATRIX.)

14 | P a g e

Page 15: contoh esaimen

Faktor Strategi Dalaman Berat Penilaian Skor Berat Keputusan

KEKUATAN

1) Mempunyai pekerja

yang berdedikasi dan

profesional

2) Menyediakan pelbagai

jenis produk.

3) Kestabilan Harga

4) Tempat yang trategik.

0.18

0.07

0.15

0.15

4.5

4.0

4.5

5.0

0.72

0.21

0.42

0.39

Persiapan yang baik

dan cepat.

Pelanggan berpuas

hati.

Harga yang murah

(berpatutan).

Tempat yang strategik

untuk perniagaan.

KELEMAHAN

1) Kurang promosi dan

tidak menyediakan

produk baru yang

menarik.

2) Kekurangan pekerja

3) Tempat berniaga yang

terhad.

4) Pelanggan yang sesak

0.10

0.15

0.05

0.10

0.05

3.0

3.5

4.0

3.0

0.10

0.10

0.15

0.30

0.27

0.20

Kurang

keberkesanan

product

Mengambil masa

yang lama untuk

memenuhi

kehendak

pelanggan.

Pengurusan yang

tidak berkesan.

Perkhidmatan

15 | P a g e

Page 16: contoh esaimen

5) Tidak terdapat

tempat menunggu.

yang tiddak

sempurna

Jumlah skor 1.00 3.01

2.3.2 Perbandingan Kekuatan Dan Kelemahan Pesaing

Perniagaan adalah sangat penting untuk mendapatkan lebih banyak

pendapatan. Walaupun apa-apa perniagaan yang kita lakukan akan mempunyai

kelebihan dan kekurangan. Ia adalah kerana kita tidak mudah untuk berurusan dengan

pelanggan-pelanggan hanya untuk memberikan mereka kepuasan. Untuk memuaskan

hati pelanggan-pelanggan, Corn & Waffle Corner perlu melakukan banyak perkara

seperti menjual pada harga yang lebih rendah, lebih bertimbang rasa kepada pelanggan

dan menawarkan pelbagai pilihan makanan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun,

perkara penting yang menjadi kebimbangan adalah berkaitan dengan perkhidmatan

yang disediakan. Biasanya, pelanggan-pelanggan yang berkenaan mengenai

perkhidmatan itu kerana mereka kira-kira untuk menjadi perkhidmatan yang baik

untuk kemudahan mereka untuk membeli sesuatu seperti makanan. Harga yang lebih

murah dari tempat lain akan menjadikan ia kelebihan baginya. Layanan yang baik dan

ramah akan membuatkan pelanggan lebih selesa semasa berurusan.

Walau bagaimanapun, mereka juga mempunyai kelemahan tersendiri, Corn &

Waffle Corner merupakan kiosk yang kecil, jadi pekerja agak sukar bergerak untuk

melakukan tugas mereka dan ia juga memberi kesan kepada pelanggan semasa

berurusan. Di samping itu, mereka juga tidak mempunyai ramai pekerja, saiz kiosk

yang di sediakan membataskan bilangan pekerja. Permintaan daripada pelanggan

melebihi dari kemampuan pihak pekerja. Jadi, ia akan menjadi masalah semasa

memberi perkhidmatan dan sekaligus mengurangkan kepuasan kepada pelanggan

terhadap produk-produk yang di sediakan. Oleh itu, untuk meningkatkan jualan

mereka dan kepuasan pelanggan, mereka mesti mengambil lebih ramai pekerja untuk

membuat perniagaan mereka berjalan dengan cekap.

16 | P a g e

Page 17: contoh esaimen

2.3.3 Pengeluaran Semasa Dan Operasi.

Kami memilih perniagaan yang berasaskan kiosk, menjual wafel, ais krim

pelbagai perisa dan jagung manis (sweet corn). Pengeluaran semasa dan operasi

berdasarkan makanan dan ia seolah-olah seperti insentif. Setiap hari, mereka

mempunyai pelanggan yang ramai di tempat mereka, terutamanya pelajar, pensyarah,

dan kakitangan. Membuka operasi mereka pada awal pagi di sekitar 8.30 pagi hingga

11.00 malam. Walau bagaimanapun, mereka juga mempunyai masalah-masalah di

kalangan pembekal. Mereka kadang-kadang tidak berpuas hati dengan bahan-bahan

mentah mereka. Tetapi mereka tidak mempunyai banyak masalah kerana mereka

mendapatkan bahan mentah daripada pembekal pada harga yang rendah. Biasanya

mereka akan mendapat daripada pembekal yang tinggal di Changlun tetapi jika

pembekal mereka tidak mempunyai stok yang mencukupi, mereka akan membeli

daripada pasar raya dikelilingi di Changlun dan Jitra.

2.3.4 Kenal pasti Masalah

1) Kekurangan promosi dan produk baru yang menarik.

Corn & Waffle Corner perlu melakukan promosi dengan lebih kerap. Ini adalah

untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan yang sedia ada dan menarik pelanggan-

pelanggan lain. Mereka perlu juga untuk menggalakkan berdasarkan musim. Sebagai

contoh, konvokesyen dan acara certains.

2) Kekurangan pekerja untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan.

Mereka hanya mempunyai dua pekerja(sepenuh masa), dua pekerja yang menerima

perintah itu dan ini adalah Memberi pesanan pelanggan. Pemilik kedai perlu untuk

meningkatkan bilangan pekerja yang sedia ada. Pemiliknya juga perlu mengupah

lebih ramai pekerja kerana Corn&Wafle Corner adalah perniagaan yang sangat baik

dan mereka mungkin lebih cepat untuk menyediakan pesanan daripada pelanggan.

3) Tempat yang terhad untuk menguruskan perniagaan.

Corn & Wffle mempunyai tempat yang sangat terhad, ia hanya boleh

mengehadkan bagi mereka untuk melakukan pekerjaan di situ dan mereka tidak

17 | P a g e

Page 18: contoh esaimen

boleh meletakkan perkara-perkara lain seperti bahan-bahan mentah yang banyak.

Jika mereka boleh mendapatkan ruang yang besar bagi mereka, mereka boleh

mengeluarkan perintah itu dalam kuantiti yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka boleh

mendapatkan lebih ramai pelanggan untuk perniagaan mereka.

3.0 ANALISIS STRATEGI

3.1 Strategi semasa yang digunakan oleh firma.

Merujuk kepada Quinn (1980), perkataan strategi telah didefinisikan sebagai corak

atau rancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi

18 | P a g e

Page 19: contoh esaimen

organisasi secara keseluruhanya. Bagi memastikan produk mampu bersaing di pasaran

bersama-sama dengan produk lain, perniaga perlu bijak untuk mengatur pelbagai strategi

untuk menarik pelanggan datang membeli produk mereka. Seiring dengan misi Kiosk Corn &

Waffle Corner iaitu Memastikan produk yang dijual mengikut standard kualiti yang

ditetapkan, diterima oleh orang ramai dan dijual dengan harga yang berpatutan. Antara

strategi –strategi yang digunakan oleh kedai corn and waffer dalam pengurusan perniagaan

mereka adalah :

3.1.1 Strategi Pemasaran Dan Jualan

Pemasaran terdiri daripada aktiviti promosi, merupakan satu aktiviti yang

banyak mendapat persaingan. Perancangan strategi pemasaran diperlukan bagi

memastikan persaingan ini tidak menjadi penghalang kepada pemasaran sesuatu

produk. Setiap peniaga yang menjalankan perniagaan yang sama mahupun berbeza

mempunyai strategi pemasaran tersendiri. Persaingan dalam pasaran merupakan faktor

penting yang perlu diambil kira untuk menentukan kejayaan sesuatu organisasi bagi

mencapai matlamat yang dikehendaki.

Harga yang ditawarkan adalah amat kompetitif. Sebagai contoh, harga bagi

waffer adalah RM2.50, lebih berdaya saing berbanding produk lain yang sama di

pasaran. Harga merupakan faktor utama bagi kedai corn and waffer. Mereka

meletakkan harga setiap produk lebih rendah berbanding pesaing kerana perlu

bersaing supaya pelanggan bersedia untuk membeli produk mereka. Jika mereka

tersilap dalam penentuan harga, pelanggan tidak akan membeli produk kerana mereka

berfikir bahawa agak mahal. Mereka lebih suka pergi ke tempat lain yang menawarkan

harga yang lebih murah berbanding harga yang lebih mahal.

Senarai Harga Kiost Corn And Waffer Corner

menu harga

Waffer Rm2.50

19 | P a g e

Page 20: contoh esaimen

Waffer aiskrim Rm3.50

Jagung manis Rm 2.50

Ais krim Rm 2.50

Ais krim goreng RM 2.50

Botol air Rm 9.90

3.1.2 Lokasi Yang Strategik

Seperti yang kita tahu, kiost corn and waffer terletak berhampiaran dengan

varsiti mall. Pusat utama adalah kawasan yang ramai orang pergi ke sana. Lebih ramai

orang dalam satu premis perniagaan, lebih tinggi peratusan pelanggan yang berpotensi.

Orang yang mahu pergi ke pusat membeli-belah akan melalui di hadapan kiost

mereka. Peluang melimpah ruah untuk premis ini untuk mempromosikan perniagaan

mereka kepada bakal pelanggan. Mereka harus menggunakan peluang yang sebaik

mungkin.

Oleh itu, strategi pemasaran yang berkesan merupakan suatu kaedah yang

penting bagi menangani masalah ini. Jadi apakah yang di lakukan oleh pemilik Kiosk

Corn & Waffle Corner adalah dengan menggunakan strategi pemasaran untuk

memperkenalkan produk- produk mereka, elemen-elemen strategi pemasaran dan

faktor-faktor yang menentukan kejayaan sesebuah perniagaan dalam melaksanakan

strategi pemasaran tersebut. Dalam hal ini strategi promosi memainkan peranan paling

penting pada masa sekarang.

3.1.3 Strategi Promosi

Promosi memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan jualan

sesebuah perniagaan. Jika sesebuah perniagaan tidak menjalankan strategi promosi, ia

20 | P a g e

Page 21: contoh esaimen

tidak dapat menarik pelanggan dan tidak dapat meningkatkan jualan serta keuntungan

perniagaan. ( Brovee dan Arens, 1994 ).

Puan Miza memutuskan tidak melakukan apa-apa promosi untuk perniagaan

itu tetapi dia masih mendapat banyak pelanggan dan ia meningkat hari demi hari.

Beliau menjelaskan keadaan ini kepada kami, kerana pelanggan-pelanggan beliau akan

memberitahu kepada rakan - rakan mereka mengenai kualiti produk itu dan ini

membuat Puan Miza mendapatkan lebih ramai pelanggan walaupun dia tidak membuat

apa-apa promosi untuk perniagaan itu. Promosi yang paling berkesan untuk mendapat

kepercayaan dari pelanggan hanya menggunakan promosi "mulut ke mulut”.

Terdapat pelbagai jenis produk dalam perniagaan kiost corn and waffer ini.

produk utama mereka ialah waffer , waffer ais krim,ais krim, ais krim goreng, jagung

manis, dan di samping itu terdapat juga pelbagai bentuk botol air jenama tapper ware.

Antara promosi yang dilakukan oleh mereka untuk menarik pelanggan datang

membeli ialah memberi potongan harga kepada pelanggan yang membeli dalam

kuailiti yang banyak. Contohnya ais krim goreng.

Promosi Aiskrim Goreng

3.1.4 Persekitaran Premis

Persekitaran bersih adalah persekitaran yang bebas daripada perkara-perkara

yang membahayakan kesihatan. Ini juga merupakan salah satu strategi penting kepada

kiost corn and waffer menarik pelanggan. Bagi kiost corn and waffer mereka

mementingkan persekitaran yang bersih semasa menjalankan urusan perniagaan.

Mereka sentiasa memastikan peralatan yang digunakan untuk setiap hari adalah dalam

keadaan baik dan bersih. Sebelum menjalankan perniagaan pekerja-pekerjanaya akan

memeriksa terlebih dahulu semua peralatan untuk memastikan ia masih selamat

digunakan ataupun tidak. Jika semuanya selamat digunakan maka Pengguna dapat

21 | P a g e

Page 22: contoh esaimen

menikmati makanan dalam suasana yang selesa dan lebih terjamin dari segi

keselamatan makanan.

Selain itu, menjaga kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan

adalah perkara yang paling penting dalam sesebuah perniagaan kerana ia

melambangkan imej premis itu sendiri. Pelaggan dapat menilai sendiri aspek

kebersihan sesebuah premis dengan melihat persekitaran premis yang sentiasa

mementingkan kebersihan persekitaran mahupun tidak. Jika ia sentiasa berkeadaan

bersih ia dapat meningkatkan imej premis dan kepuasan pelaggan. Selain itu,

mendapat keuntungan yang lebih kerana dapat menarik lebih ramai pelanggan serta

mengelakkan pelanggan daripada menghidap penyakit. Tambahan pula menjaga

kebersiahan dapat menghindar pembiakan lalat, lipas dan tikus daripada membiak di

premis kita.

3.1.5 Kemahiran komunikasi

kemahiran komunikasi adalah penting dalam perniagaan kerana ia adalah salah

satu strategi syarikat untuk menarik pelanggan. kemahiranyang digunakan untuk

membuat promosi perniagaan yang ditubuhkan. Berkomunikasi dengan orang lain

adalah satu kemahiran yang penting dalam urusan perniagaan, dan hubungan dengan

seseorang. Selain itu, komunikasi adalah satu operasi dua hala yang melibatkan

menghantar dan menerima isyarat. Diberi kuasa penyampai belajar untukmenerima

isyarat supaya mereka boleh proaktif dan bukannya reaktif kepada apa yang mereka

menghantar. Apabila berkomunikasi, langkah ke dalam kasut orang lain. Komunikasi

adalah pertukaran idea,pendapat dan maklumat tmelalui kata-kata yang bertulis atau

bercakap, simbol atau tindakan.

Selain itu, beliau sentiasa memberikan komitmen kepada pelanggan-pelanggan

yang datang ke kedai dan berkomunikasi dengan berkenaan. Menurut Puan Miza, dia

memberi isyarat apabila bercakap dengan seseorang, kerana perkataan yang kita

bercakap kadang-kadang akan membuat orang yang salah faham. Jadi, dia sentiasa

berhati-hati dalam perbualan sehari-hari dalam perniagaan. Di samping itu,

komunikasi perlu kita gunakan untuk menarik pelanggan, dan pekerja pelanggan,

kerana cara perbualan kita akan menentukan kelakuan kita.

22 | P a g e

Page 23: contoh esaimen

3.2 Strategi Yang Paling Sesuai

3.2.1 Analisis Pretasi Pekerja

Analisis pretasi pekerja memberi tumpuan pada pekerja itu sendiri. Melalui

analisa ini dapat ditentukan ahli-ahli organisasi yang memerlukan latihan dan jenis

latihan yang diperlukan. Langkah pertama analisa ini ialah penilaian prestasi.

Sekiranya hasil penilaian ini menunjukkan prestasi seseorang pekerja itu memuaskan,

maka tindakan yang selanjutnya tidak diperlukan. Sebaliknya jikalau prestasi pekerja

itu didapati lemah, maka satu diagnosis untuk menentukan kelemahan dan

kelebihannya perlu dilakukan. Maklumat diagnosis ini boleh digunakan untuk

menentukan kandungan latihan, iaitu jenis latihan kemahiran dan pengetahuan yang

perlu diajar agar prestasi kerja pekerja dapat diperbaiki.

Prestasi pekerja boleh dinilai berdasarkan berbagai-bagai ukuran. Salah satu

daripadanya ialah ukuran tingkah laku. Penggunaan ukuran ini melibatkan

pemerhatian terhadap tingkah laku kerja seseorang itu. Prestasi kerja juga boleh diukur

berdasarkan ukuran ekonomi seperti jumlah unit yang dikeluarkan, jumlah jualan,

produktiviti dan kadar kemalangan. Walau bagaimanapun, ukuran ekonomi lebih

sesuai untuk menilai prestasi pekerja bawahan dan kurang sesuai untuk peringkat

pengurusan. Akhir sekali, ujian kecekapan seperti ujian bertulis dan sampel kerja juga

boleh digunakan untuk penilaian prestasi pekerja.

Pada masa ini terdapat banyak kaedah latihan yang boleh digunakan dan setiap

kaedah mempunyai kesannya yang tersendiri samada buruk dan baik. Apa yang

menjadi perkara pokok adalah peranan organisasi dalam menimbang bentuk latihan

yang perlu dan kaedah latihan yang dilaksanakan. Dengan perkataan sebelum sesuatu

latihan itu di jalankan, pihak yang bertanggungjawab dalam organisasi tersebut

mestilah terlebih dahulu mengenalpasti kaedah latihan agar keberkesanannya akan

mencapai tahap yang paling maksima.

3.2.2 Kepelbagaian Produk

Terdapat banyak jenis produk dalam perniagaan corn and waffer ini.

Contohnya produk utama mereka ialah waffer , ais krim, ais krim goreng, jagung

23 | P a g e

Page 24: contoh esaimen

manis, dan di samping itu terdapat juga pelbagai bentuk botol air jenama tapper ware.

Antara produk mereka adalah dengan pelbagai rasa, pelbagai warna, bentuk dan

sebagainya. Pelbagai produk yang ditawarkan boleh menarik minat pelanggan untuk

datang ke kedai mereka. Jika mereka tidak suka beberapa makanan lain, mereka boleh

memilih untuk membeli makanan yang lain kerana ia mempunyai banyak jenis

makanan. Rasa pelanggan adalah berbeza, Tetapi dengan pelbagai jenis makanan, kita

rasa ia boleh memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Selain itu, kak Miza boleh menambahkan lagi produk-produk yang lain

berasakan makanan mahupun minuman. Makanan yang dijual buat masa sekarang

adalah dalam kualiliti yang agak sedikit dan tidak pelbagai. Makanan yang ringkas dan

cepat disediakan memudahkan lagi perniaga menjual kerana pelanggan tidak perlu

menunggu atau mengambil masa yang lama untuk mendapatkan makanan. Tambahan

pula sasaran pasaran utama mereka adalah pelajar uum dan juga pekerja-perja di uum

adalah dari golongan yang sibuk dan sentiasa mengejar masa.

3.2.3 Tambah Cawangan Baru

Sama seperti persekitaran dalaman, terdapat dua aspek yang kita menganalisis.

Peluang untuk corn and waffer untuk mengembangkan perniagaan, banyak orang dan

permintaan yang tinggi. Terdapat peluang yang besar untuk mengembangkan

perniagaan mereka. Selain menambah premis, mereka boleh membesarkan premis

semasa mereka. Premis mereka semakin berkembang maju. Serasi ini, mereka harus

membesarkan selari premis mereka kepada pertumbuhan perniagaan. Premis yang

lebih besar boleh meningkatkan pengeluaran produk mereka.

3.3 Mengenal Pasti Strategi yang Paling Sesuai

3.3.1 Pengkhususan Dan Analisis Prestasi Pekerja

24 | P a g e

Page 25: contoh esaimen

Terdapat banyak stretegi yang bersesuaian dengan pengurusan Corn & Waffle

Corner. Antaranya ialah mnggunakan analisis prestasi pekerja iaitu proses-proses

menilai prestasi pekerja tersebut. Selain itu, pengkhususan juga perlu dilakukan

kepada pekerja-pekerja sebelum atau selepas pekerja itu memasuki sesebuah syarikat.

Pengkhususan ini dapat menilai sejauh mana prestasi seseorang pekerja atau bakal di

ambil sebagai pekerja. Ia juga dapat melahirkan ramai pelapis usahawan yang

berkaliber, cekap, dan berwawasan dalam melakukan pekerjaan.

3.3.2 Mempelbagaikan Produk Dan Membuka Cawangan Baru

Selain itu, Corn & Waffle juga boleh mengembangkan lagi perniagaan mereka

dengan stretegi mempelbagaikan produk. Contohnya menambahkan lagi produk,

samaada mempelbagaikan sesuatu produk yang sedia ada atau mencipta produk yang

baru di pasaran. Selepas produk-produk mereka mendapat sambutan oleh masyarakat

sekeliling, Corn & Waffle Corner boleh lah membuka cawangan baru di beberapa

tempat. Ini dapat mengembangkan lagi nama perniagaan mereka dan sekaligus ia akan

mendapat tempat di dalam pasaran iaitu tersenarai sebagai perniagaan yang paling

cepat membangun.

4.0 CADANGAN

4.1 Bagaimana Stretegi Yang Di Cadangkan Di Laksanakan

25 | P a g e

Page 26: contoh esaimen

Pada permulaan, kami cadangkan Corn & Waffle Corner membesarkan saiz kiosk

mereka. Ini kerana, daripada pemerhatian yang telah kami buat, kiosk tersebut mempunyai

saiz yang kecil dan pekerja agak terhad dalam melakukan aktiviti mereka seperti mengukus

jagung, membuat adunan wafer,menggoreng aiskrim dan menguruskan jual beli di antara

pelanggan. Pembesaran kiosk dapat memberi keselesaan kepada pekerja sekaligus memberi

kesan kepada kepada prestasi pekerja.

Selain itu, kami juga mencadangkan agar Corn & Waffle Corner mempelbagaikan

produk mereka. Stretegi ini dapat menarik perhatian ramai lagi pelanggan khususnya pelajar

dan pekerja Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana mereka dapat membuat pelbagai

pilihan. Contohnya pelbagai jenis minuman, makanan segera seperti kentang goreng, kentang

putar, kek, naget, berger dan pelbagai lagi. Kepelbagaian ini sesuai dengan target pasaran,

iaitu bukan sahaja sesuai dengan orang dewasa malah akan menjadi pilihan pelanggan kanak-

kanak.

Kami juga mencadangkan agar Corn & Waffle Corner mengadakan lebih banyak

promosi. contohnya promosi istimewa untuk akhir tahun, promosi bagi perayaan-perayaan

yang terdapat di malaysia dan banyak lagi. Dengan adanya promosi ini, pelanggan dapat

memiliki pilihan mereka dengan harga yang rendah pada waktu-waktu yang istimewa. Selain

itu, kami juga mencadangkan agar pihak Corn & Waffle Corner mengadakan beberapa

peraduan. Contohnya, cabutan bertuah diatas pembelian yang di tetapkan dan mengadakan

pertandingan-pertandingan bagi pelanggan kanak-kanak.

4.2 Mengenal Pasti Aliran Atau Langkah-Langkah Pelaksanaan.

Pada permulaan pihak Corn & Waffle Corner perlu mengenalpasti masalah yang terdapat

dalam pengurusan mereka. Apabila masalah dapat di kenal pasti, kelemahan Corn & Waffle Corner

dapat dikenal pasti. Bagi mempelbagai produk makanan mereka, pemerhatian perlu di lakukan dengan

membuat tinjauan dan membuat perbandingan diantara produk mereka dengan produk pesaing-pesaing

yang lain. Kajian yang di buat mestilah menyeluruh dan tidak terhad. Tidak terhad disini bermaksud,

kajian tersebut tidak tertumpu di dalam skop yang sama. Kajian boleh juga di buat ke atas produk-

produk yang di sediakan oleh syarikat luar daripada Malaysia. Setelah mengenal pasti produk-produk

yang bersesuaian dan kemungkinan akan mendapat tempat di hati pelanggan, pihak Corn & Waffle

Corner perlu membuat percubaan di dalam pasaran yang dihadkan terlebih dahulu untuk mendapatkan

tindak balas daripada pelanggan. Selepas menerima tinda balas daripada pelanggan barula pihak Corn

& Waffle Corner melakukan proses seterusnya, samada memasarkan produk tersebut atau perlu

mencari produk yang baru.

26 | P a g e

Page 27: contoh esaimen

Bagi stretegi promosi pula, pihak Corn & Waffle Corner perlu membuat stretegi dengan

bijak, di mana promosi yang di lakukan tidak merugikan mereka dalam masa yang sama dapat

menarik lebih ramai pelanggan. Promosi yang akan di adakan perlulah di umumkan dengan lebih awal

agar pelanggan tidak terlepas peluang yang istimewa. Bagi peraduan-peraduan pula, pihak Corn &

Waffle Corner perlu senaraikan syarat-syarat yang jelas agar tidak mengelirukan pelanggan.

4.3 Pencapaian Selepas Pelaksanaan Stretegi

Stretegi-stretegi adalah amat penting dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat.

Seiring dengan misi Corn & Waffle Corner iaitu ‘memastikan produk yang dijual mengikut

standard kualiti yang ditetapkan, diterima oleh orang ramai dan dijual dengan harga yang

berpatutan’. Pelaksanaan beberapa stretegi yang di cadangkan, pihak Corn & Waffle Corner

dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka. Iaitu dengan mempelbagaikan produk

makanan mereka agar target pasaran dapat membuat pelbagai pilihan. Selain itu, Corn &

Waffle Corner dapat memperbetulkan kelemahan mereka sekaligus dapat membentuk satu

pasukan yang lebih cekap. Pelaksanaan stretegi mempelbagaikan produk adalah sangat

bersesuaian dengan Corn & Waffle Corner iaitu menyediakan produk-produk yang

berasaskan makanan. Ini dapat mengembangkan lagi nama Corn & Waffle Corner di kalangan

masyarakat. Dengan pengembangan yang di buat, kemungkinan besar Corn & Waffle Corner

dapat membuka cawangan-cawangan lain di beberapa tempat.

5.0 RUJUKAN

27 | P a g e

Page 28: contoh esaimen

Kotler,P., & Keller, K. L. (2009). Marketing Management (13th ed.). PEARSON: Prentice

Hall

Williams, C. R. (2009). Principles of Management (5th ed.). USA: South-Western Cengage

Learning

6.0 APPENDIXES

28 | P a g e

Page 29: contoh esaimen

gambar 1: ahli kumpulan di kiosk

gambar 2: pekerja Corn & Waffle Corner

gambar 3: jagung manis (sweet corn) gambar 4: aiskrim goreng

29 | P a g e

Page 30: contoh esaimen

Gambar 5: wafer gambar 6: bahagian sisi Corn & Waffle Corner

URL: www.yumyummarvellous.blogspot.com

Video Corn & Waffle Corner

30 | P a g e