contoh esei didik hibur 2014

10
SK Palong Sembilan(F) merupakan sebuah sekolah rendah harian biasa yang terletak di luar bandar FELDA di Negeri Sembilan. Walaupun SK Palong Sembilan(F) pada masa sekarang masih lagi menggunakan pendekatan berpusatkan guru, kebanyakkan bekas anak muridnya telah berjaya menjawat jawatan bergaji besar dan ramai juga yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Beberapa orang lagi berjaya menghabiskan pengajian Sarjana di universiti-universiti tempatan. Pada tahun 90-an dimana SK Palong Sembilan(F) masih lagi ketinggalan dari segi kemudahan prasarana dan infrastruktur, mengakibatkan guru sekolah ini mengamalkan konsep pengajaran berpusatkan guru dengan niat untuk menyampaikan maklumat kepada murid dimana pada zaman itu masa segala-galanya adalah amat terhad. Konsep berpusatkan guru menuntut guru mengutamakan kematangan dan juga kemahiran individu bagi mencurahkan ilmu dan fakta yang tulus kepada anak murid FELDA. Pengetahuan sedia ada dan latarbelakang anak murid FELDA sebagai masyarakat kampung menoreh getah yang berbau lanton tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang low class . Komitmen dan komunikasi guru lebih kepada sehala dan keadaan kawalan kelas lebih berbentuk mengikut aturan dan urutan. Pengajaran berpusatkan guru di SK Palong Sembilan(F) selama ini dilihat terus subur dengan niat yang murni yang secara langsung terus tanpa iklan atau tajaan menyalurkan maklumat, ilmu dan nilai terpuji tanpa henti terus kepada anak murid FELDA. Pendekatan ini dipandang ketinggalan kerana terdapat beberapa pendekatan baru yang lebih dikatakan menyeronokkan dan mengembirakan murid. Bakat anugerah tuhan yang ada pada beberapa orang guru yang boleh berlakon, bersyair, berhujah, bercerita dan berlawak jenaka mula diketepikan sedangkan kemahiran individu ini tidak dapat dijual beli. Kesempatan guru-guru di SK Palong Sembilan(F) mengamalkan pendekatan pengajaran berpusatkan murid pada masa sekarang selalunya dengan niat untuk membantu murid merubah pandangan murid tentang konsep dan tanggapan berkaitan ilmu yang mereka pelajari pada masa sekarang. Murid perlu membina pengetahuan mereka sendiri dan guru juga akan tumpukan lebih perhatian terhadap tingkahlaku, peranan dan sumbangan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sini guru menyedari guru tidak dapat menyajikan maklumat dan menyuap terus nilai dan konsep baru kepada muridnya. Alangkah baiknya jika pendekatan pengajaran berpusatkan guru di SK Palong Sembilan(F) selama ini, yang telah banyak membuktikan kejayaan akademik dan kemantapan disiplin yang membentuk sahsiah anak murid

description

didik hibur

Transcript of contoh esei didik hibur 2014

SK Palong Sembilan(F) merupakan sebuah sekolah rendah harian biasa yang terletak di luar bandar FELDA di Negeri Sembilan. Walaupun SK Palong Sembilan(F) pada masa sekarang masih lagi menggunakan pendekatan berpusatkan guru, kebanyakkan bekas anak muridnya telah berjaya menjawat jawatan bergaji besar dan ramai juga yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Beberapa orang lagi berjaya menghabiskan pengajian Sarjana di universiti-universiti tempatan. Pada tahun 90-an dimana SK Palong Sembilan(F) masih lagi ketinggalan dari segi kemudahan prasarana dan infrastruktur, mengakibatkan guru sekolah ini mengamalkan konsep pengajaran berpusatkan guru dengan niat untuk menyampaikan maklumat kepada murid dimana pada zaman itu masa segala-galanya adalah amat terhad. Konsep berpusatkan guru menuntut guru mengutamakan kematangan dan juga kemahiran individu bagi mencurahkan ilmu dan fakta yang tulus kepada anak murid FELDA. Pengetahuan sedia ada dan latarbelakang anak murid FELDA sebagai masyarakat kampung menoreh getah yang berbau lanton tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang low class. Komitmen dan komunikasi guru lebih kepada sehala dan keadaan kawalan kelas lebih berbentuk mengikut aturan dan urutan. Pengajaran berpusatkan guru di SK Palong Sembilan(F) selama ini dilihat terus subur dengan niat yang murni yang secara langsung terus tanpa iklan atau tajaan menyalurkan maklumat, ilmu dan nilai terpuji tanpa henti terus kepada anak murid FELDA. Pendekatan ini dipandang ketinggalan kerana terdapat beberapa pendekatan baru yang lebih dikatakan menyeronokkan dan mengembirakan murid. Bakat anugerah tuhan yang ada pada beberapa orang guru yang boleh berlakon, bersyair, berhujah, bercerita dan berlawak jenaka mula diketepikan sedangkan kemahiran individu ini tidak dapat dijual beli. Kesempatan guru-guru di SK Palong Sembilan(F) mengamalkan pendekatan pengajaran berpusatkan murid pada masa sekarang selalunya dengan niat untuk membantu murid merubah pandangan murid tentang konsep dan tanggapan berkaitan ilmu yang mereka pelajari pada masa sekarang. Murid perlu membina pengetahuan mereka sendiri dan guru juga akan tumpukan lebih perhatian terhadaptingkahlaku, peranan dan sumbangan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sini guru menyedari guru tidak dapat menyajikan maklumat dan menyuap terus nilai dan konsep baru kepada muridnya. Alangkah baiknya jika pendekatan pengajaran berpusatkan guru di SK Palong Sembilan(F) selama ini, yang telah banyak membuktikan kejayaan akademik dan kemantapan disiplin yang membentuk sahsiah anak murid FELDA dapat sama-sama kita sebagai warga guru untuk mengekalkan dan memakmurkannya. Kesimpulannya disini, pengajaran berpusatkan guru masih lagi relevan dan seratus peratus amat diperlukan untuk pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid di sekolah SK Palong Sembilan(F).Sasaran bagi menjadikan objektif matapelajaran tercapai menyebabkan guru berusaha mengajar berpusatkan guru atau murid. Pilihan akan dibuat secara matang setelah guru menilai elemen pengetahuan sedia ada iaitu murid dan kemudahan yang disediakan. Kedua-dua aktiviti pelajaran ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Kebijaksanaan guru itu sendiri dalam menguruskan situasi perkembangan ilmu akan membuahkan pencapaian objektif yang diharapkan. Pembelajaran berpusatkan guru merupakan pembelajaran yang lebih bercorak sehala. Terdapat berlakunya lambakan ilmu dan murid perlu berdikari mengutip dan mengaplikasikannya. Sementara pembelajaran berpusatkan murid lebih menuntut murid berdikari melakukan penyelidikan dan kajian. Guru hanya pengawal dan pemudah cara. 70% pencambahan ilmu yang terhasil adalah dari dapatan dan sumbangan murid itu sendiri. Sebahagian besar pengendalian pembelajaran ini menuntut murid lebih giat dan dapat menyesuaikankan sasaran dengan kemudahan pada masa yang amat terhad. bahan pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua alatan atau bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tujuannya adalah untuk menolong, memudah dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Bahan bantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu bahan pengajaran dan pembelajaran am, contohnya papan hitam, papan putih dan buku teks bercetak. Keduanya ialah alat pandang dengar contohnya seperti objek, lukisan kartun, radio dan televisyen dan yang terakhir ialah alat ciptaan baru yang menggunakan perisian dan program contohnya komputer dan simulasi. Daripada semua bahan media diatas kita boleh bahagikan kepada dua kategori pula iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan pula adalah suatu konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan peluang interaksi, pelbagai tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang pembelajaran. Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak kumpulan dan secara lisan. Suatu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk jika guru memastikan suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan mewujudkan suatu persekitaran yang merangsang penglibatan pelajar. Tambahan pula, persekitaran sosioemosi bilik darjah dipengaruhi suara dan intonasi guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan tidak tegang dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Ini akan menggalakkan pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru. Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Contohnya guru yang demokratik akan menerima idea pelajar secara terbuka, menggalakkan pelajar untuk menyoal dan memberi mereka pujian yang berpatutan. Hal ini mewujudkan suasana emosi yang menyenangkan dan tenang. Manakala, kepimpinan autokratik akan menyebabkan pelajar berada dalam keadaan tertekan kerana tidak ada tolak ansur daripada pihak guru, sentiasa dimarahi atau dikritik dan pelajar kurang peluang untuk memberi pendapat. Guru yang berkepimpinan laissez faire pula memberi kebebasan kepada pelajar untuk melakukan apa sahaja tanpa batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang tidak selesa dan tidak terkawal. Oleh itu, guru perlu berkeyakinan, riang, dan mempunyai unsur kecindan untuk mewujudkan suatu suasana yang merangsangkan pembelajaran murid. Keadaan sebegini tidak memberi tekanan kepada murid hingga menjejaskan prestasi mereka. Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan dalam kalangan individu. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan. Gabungan antara media berkesan dan guru yang demokratik akan menjadikan murid terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.

Ada beberapa cara guru-guru di SK Palong Sembilan(F) sentiasa gunakan dalam menarik minat murid di dalam kelas mereka, contohnya, Bahan-bahan media yang digunakan di kelas haruslah menarik minat murid, haruslah mampu memberikan motivasi kepada murid, memuat ilutrasi yang menarik bagi dimanfaatkan oleh murid, bahan yang memberi keutamaan aspek-aspek linguistik sehingga sesuai dengan kemampuan murid, bahan juga haruslah dapat dan membentuk sahsiah pelajar dengan akhlak dan gaya hidup yang mengamalkan nilai murni, bahan media harus mempunyai fakta dan maklumat tepat dan jelas serta tiada unsur kekeliruan. Bahan media yang digunakan juga haruslah mempunyai sudut pandang atau point of view yang jelas dan tegasyang dapat dipercayai keesahannya. Bahan media tersebut mestilah mampu memberi penekanan pada nilai-nilai kehidupan sebenar manusia dari usia kanak-kanak hinggalah dewasa. Media juga mestilah dapat menyokong penggunaanpara penggunanya. Pada masa sekarang terdapat satu lagi penilaian yang dipanggil Penilaian alternatif. Penilaian alternatif merupakan penambahbaikan bagi penilaian sumatif dan formatif, Penilaian alternatif lebih sempurna bagi menilai kemajuan seseorang murid kerana skop ujian yang dilakukan lebih luas. Ia dapat memberikan lebih peluang dan ruang yang lebih bersesuaian kepada murid dalam mengukur keberhasilan pembelajarannya selama ini. Penilaian alternatif juga dapat membuka ruang agar kemahiran-kemahiran murid yang tertentu dapat diberi keutamaan. Maka murid dapat dijuruskan ke bidang yang lebih sesuai dengan kemahirannya. Justeru itu keperluan psikologi dan fisiologi murid dapat dipenuhi dan diberi keutamaan.Akan lahir suatu warganegara yang berketerampilan dan produktif kerana sejak awal lagi murid telah mengikuti hala tuju yang sesuai dengan kemahiran fizikal dan bakat yang dianugerahkan kepadanya. Galakan serta dorongan keluarga merupakan faktor penting melahirkan murid yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan murid. Jika seseorang murid mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, minda serta pemakanan anak-anak mereka. Kejayaan yang dikecapi seseorang pelajar itu pastinya hanya dapat diraih sekiranya pelajar tersebut berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Kejayaaan murid juga bergantung kepada kejayaannyamengatasi tekanan hidup. Antara tekanan hidup yang utama dikalangan murid adalah rasa marah. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah atau sekolah. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan. Guru merupakan antara sebahagian elemen pelengkap kejayaan murid dengan memberikan ruang dan cara mengurangkan kemungkinan untuk murid stres. Antara langkahnya adalah Latih muridberfikir secara positif, minta murid supayajangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan, minta murid belajarmenyukai diri sendiri, latih murid untuksentiasa bertenang, adakanhobi menarikuntuknya, buatkan jadual untuk muridluangkan masa untuk keluarga,sekolah dan hobi, nasihati murid supaya dapatkantidur yang cukup, dapatkan ahli keluarga/guru untuk meluahkan masalah, latih murid sentiasa rasional dan wujudkanmatlamat realistikuntuk murid mencapai impiannya. Konsep secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai terlalu meluas jika hendak dihuraikan, sebenarnya tiga unsur penting iaitu kasih sayang keluarga, hormat guru dan orang tua dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjadi kunci utama kejayaan seorang murid itu.

Didik hibur merupakan satu pembaharuan pengajaran yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia juga merupakan satu alternatif bagi menarik minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu dijalankan. Tujuannya ialah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek atau topik itu menjadi seronok untuk diikuti oleh murid-murid sekolah terutamanya murid sekolah rendah. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah. Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rangkuman perkataan didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

Beberapa ciri-ciri dikenalpasti menunjukkan pengajaran dan pembelajaran yang di jalankan merupakan didik hibur. Pertamanya ialah sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana terdapat unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Keduanya ialah murid mengingatkan guru supaya berada dalam kelas pada masa yang ditetapkan. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu -tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. Ketiganya ialah sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarikpenglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah menarik dan berkesan. Keempat aktiviti ini cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa. Kelima murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. Keenam aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa badan. Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam menunjukkan sesuatu aktiviti sama ada positif ataupun negatif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa. Kesimpulannya didik hibur bahasa badan merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti.

Beberapa perkara penting mestilah dipatuhi oleh guru supaya penyampaian didik hibur berjaya mencapai objektif yang dikehendaki iaitu Pertamanya, perwatakan guru mestilah menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid-murid. Keduanya bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap murid, guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di kalangan rakan-rakan murid, guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik, sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti, guru boleh membuat pelbagai suara, guru memberi arahan dengan tepat dan menarik, guru seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian, guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak dan akhir sekali guru mestilah seorang fasilitator yang fleksibel. Kejayan didik hibur secara berkesan adalah bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur didalam bilik darjah iaitu pertamanya ialah aktiviti yang dijalankan perlulah sesuai dengan tahap murid yang hendak diajar. Keduanya guru hendaklah mengenalpasti tempoh perlaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel. Ketiganya aktiviti yang dijalankan mestilah tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid dan akhir sekali aktiviti yang dirancang perlu memberi kepuasan kepada mereka yang menyertainya.

Pentaksiran didik hibur oleh guru boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Pra Persediaan, Penyampaian dan Penutup. Guru perlu menyediakan borang dan mencatatkan setiap langkah yang perlu djalankan oleh pelajar adalah berjaya, kurang berjaya atau tidak berjaya. Ini bererti guru boleh mendapatkan refleksi/ pencapaian objektif pelajaran tadi tercapai atau sebaliknya berdasarkan kebolehan murid tadi. Contohnya didik hibur (nyanyian), Pada tahap pertama guru haruslah bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Tentukan tahap kesusahan, panjang dan pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu guru kena mengubahsuai atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut kesesuaian. Pada tahap kedua pula guru boleh menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-murid mancari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya, guru mengedarkan senikata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenalpasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama guru boleh memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Buat latihan dari baris ke baris sehingga seluruh perenggan diingat. Guru perlu memastikan sebutan lirik disebut dengan betul. gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan. Pada tahap yang terakhir guru boleh menyanyikan lagu bersama-sama murid, uji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya. Uji murid menghasilkan dialog, cerita pendek menggunakan kreativiti sendiri dan melukiskan gambar di atas sehelai kertas menggunakan pensil biasa yang tidak berwarna.

Kesimpulannya, Penaksiran berkonsepkan didik hibur yang paling seronok ialah sekiranya murid yang hendak diajar terdiri daripada murid kelas lemah yang pasif telah menunjukkan sifat aktif dan teruja, situasi ini akan membuatkan seorang guru itu mencapai tahap kepuasaan yang tidak dapat digambarkan. Selain itu, guru juga dapat menaksir murid dan memberi markah murid dengan mudah. Dalam konteks ini, aktiviti didik hibur dilihat menjadi penyelamat bagi aktiviti berpusatkan guru dan berpusatkan murid yang kurang berjaya

Terdapat banyak isu-isu berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. Pertamanya ialah guru tidak melibatkan semua murid dalam aktiviti yang dijalankan. Ini bermakna hampir semua pembelajaran menjadi pasif dan membosankan disebabkan oleh guru tidak meminta respon daripada murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Hampir semua murid juga tidak berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala dan ini menjadikan semua murid tidak dapat menumpukan kepada pelajaran yang disampaikan guru pada waktu pembelajaran. Keduanya murid tidak dapat menguasai pembelajaran, ini boleh dibuktikan daripada respon pelajar yang tidak tepat terhadap arahan ataupun soalan guru. Murid juga tidak berupaya untuk menjalankan akses kendiri menjadikan hampir keseluruhan objektif pembelajaran tidak tercapai. Ketiganya Hasil Kerja yang tidak memuaskan. Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan tidak kemas serta tidak mematuhi prosedur format. Semua murid tidak menyiapkan tugasan atau latihan, serta adakalanya tugasan atau latihan yang dibuat tidak sesuai dengan keupayaan murid.

Keempat pula, Perancangan dan persediaan guru tidak dikemaskini disebabkan oleh tumpuan guru diganggu oleh kerja-kerja perkeranian. Adakalanya guru menjadi jemu dengan tugasan yang terlalu banyak dan memeningkan kepala, maklumat yang diperlukan oleh pihak berkenaan merupakan benda yang sama setiap hari, bulan dan tahun. Kelimanya ialah penyampaian pengajaran yang tidak menarik minat murid akan membuatkan pelajar cepat rasa jemu dan tidak berminat. Guru mestilah mewujudkan kesediaan kepada murid untuk belajar. Guru mestilah mengajar mengikut kesesuaian dan keupayaan murid. Guru juga mestilah mengajar bermula daripada mudah kepada yang lebih kompleks. sang Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga mestilah merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai murni ke dalam diri murid-murid. Guru yang berkesan ialah guru yang menyampaikan pelajaran dengan fleksibel dan mengikut situasi. Keenam ialah guru tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Guru hendaklah berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan mudah difahami, sebutan yang jelas dan nada suara yang sesuai. Selain itu guru juga perlu mempunyai kemahiran mendengar dan memberimaklum balas yang relevan scara lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Seorang guru yang berjaya ialah guru yang boleh memotivasikan murid dengan memberikan galakan dan pujian. Ketujuh ialah penggunaan sumber pendidikan yang terlalu optimum. Guru perlu memilih dan menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid. Penggunaan sumber pendidikan juga akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran. Guru juga perlu memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam pengunaan sumber pendidikan yang berkaitan. Kelapan guru hendaklah selalu membuat penilaian bagi mengukur perkembangan pembelajaran muridnya. Melalui cara ini guru akan dapat mengesan kemajuan murid serta memastikan objektif pembelajaran telah tercapai. Melalui penilaian formatif pula guru akan dapat membentuk tindakan pembetulan atau penambahbaikan segera dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya apabila semua isu ini dikaji secara halus terdapat dua faktor utama pencapaian objektif tidak berjaya. Faktor itu ialah kebanyakkan penerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-guru gagal mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, manakala faktor kedua pula ialah penggunaan bahan dan sumber pengajaran yang sama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan menyebabkan murid cepat berasa bosan dan keinginan untuk mengetahui ilmu pengetahuan yang baru akan terhalang.