contoh Folio Geografi tingkatan 3

25
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic, Lahad Datu, Sabah . Pencemaran Alam Sekitar di Pasar ikan Lahad Datu . Nama : Oretha Patrick Balinu . Tingkatan : 3 Dedikasi

description

...

Transcript of contoh Folio Geografi tingkatan 3

Sekolah Menengah Kebangsaan

St. Dominic,

Lahad Datu, Sabah .

Pencemaran Alam Sekitar di Pasar ikan Lahad Datu .

Nama : Oretha Patrick Balinu .

Tingkatan : 3 Dedikasi

Nama Guru Penilai : Cikgu Lau Pau Tak

Senarai Kandungan

- Senarai kandungan

- Penghargaan

- Pendahuluan

- Objektif kajian

- Kawasan kajian

- Kaedah kajian

- Dapatan kajian

- Bahan grafik

- Rumusan

- Lampiran

- Rujukan

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru geografi saya iaitu Cikgu Lau Pau Tak atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Tidak lupa juga kepada pihak sekolah khususnya pengetua sekolah saya iaitu Encik Ganasan a/L Ramasamy kerana membenarkan kami menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa saya iaitu Patrick Balinu dan Gillin Sulukan . Mereka telah memberi dorongan dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar semasa saya menjalankan kajian ini. Terima kasih diucapkan juga kepada pihak-pihak yang terlibat dalam kajian ini seperti orang sumber yang berada di tempat kajian tersebut atas kerjasama yang diberikan.

Akhir sekali , ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan sekumpulan dalam kajian ini iaitu Wafaa Iznie Syairah Binti Mohd Wahab, Nuraqiena Mazlan, Nur Arisa Binti Mohd Azim Khan dan Dayang Safra Farzana atas kerjasama dan bantuan semua sehinggalah saya dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

Pendahuluan

Saya Oretha Patrick Balinu , merupakan pelajar Tingkatan 3 Dedikasi, Sekolah Menengah St.Dominic, Lahad Datu. Bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, kami diwajibkan membuat satu kajian luar iaitu Kajian Geografi Tempatan (KGT). Kami diberikan tajuk Pencemaran Alam Sekitar. Saya telah memilih satu kawasan iaitu Pasar Ikan Lahad Datu .

Saya memilih tajuk kajian ini kerana ia lebih senang bagi saya untuk mencari maklumat di tempat kajian tersebut dan tempat kawasan kajian ini juga tidak jauh dari rumah saya dan ia juga berdekatan dengan Bandar Lahad Datu.

Saya telah menjalan kan tugas saya membuat kajian ini selama 2 bulan ketika pada bulan 2 sehingga kini.

Objektif Kajian

Yang berikut adalah objektif-objektif kajian yang saya jalankan.

- Jenis pencemaran kawasan kajian.Pasar ikan di kawasan ini terdapat pencemaran air kerana pasar ikan ini berdekatan dengan laut yang tercemar disebabkan pembuangan sampah-sarap ke dalam laut .

- Kesan pencemaran alam sekitar.Peniaga di pasar iakn ini dan peniaga yang berdekatan membuang sampah ke dalam laut.

- Cadangan dan nilai patriosmePihak kerajaan harus mengambil tindakan untuk membersihkan kawasan tersebut dan membuat kempen untuk bekerjasama berdisiplin membersihkan kawasan tersebut.

Kawasan Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sekitar Jalan pantai , Pekan Lahad Datu, Sabah. Lokasi kawasan ini terletak kira-kira 1 km dari Pekan Lahad Datu, Sabah. Kebanyakkan pembeli yang berada di kawasan ini biasanya mereka menaiki bas tambang atau teksi kerana mempunyai tempat perhentian bas tambang dan juga teksi .

Pandang darat fizikal di kawasan kajian ini berdekatan dengan laut dan bersebelahan dengan pusat membeli-belah dan manakala di sebelah kiri pula terdapat kedai-kedai runcit dan juga pelabuhan.

Pada masa dahulu,pasar ikan Lahad Datu tidak tersusun dan peniaga hanya menjual ikan di atas jalan raya, di tepi kedai runcit dan berada di merata-rata tempat yang lain.

Pasar ikan Lahad Datu berdekatan dengan Bandar utama Lahad Datu , ia hanya 2 km jauh dari Bandar. Ia bersebelahan dengan pasar rakyat dan juga ko-nelayan. Di hadapan pasar ikan tersebut mempunyai pasar ayam.

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian kerana sesuai dengan keadaan persekitaran Bandar Lahad Datu, Sabah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah saya gunakan :

- Pemerhatian :Kami telah menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis pencemaran dan punca pencemaran berlaku di kawasan kajian kami.

- Soal selidik :Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada di tempat kawasan kajian tersebut.

- Rujukan :Saya juga telah mencari maklumat tentang pasar ikan tersebut sebagai rujukan saya untuk melakukan kajian ini.

Dapatan kajian

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemahiran kehidupan. Takrifan pencemran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat sivik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan , mengeluarkan atau meletakakn buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah , yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya kepada kesihatan , keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam.

a) Pencemaran airb) Pencemaran udarac) Pencemaran baud) Pencemaran bunyi

Daripada pemerhatian saya jalankan bersama rakan-rakan saya berhasil daripada jenis-jenis pencemaran di kawasan kajian tersebut. Selain itu, kami dapati sampah sarap yang dibuang di belakang bangunan pasar menutupi hampir setengah permukaan jalanraya. Hal ini sangat merungsingkan kerana terjadinya pencemaran udara yang darsyat.

a) Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian mempunyai 4 jenis iaitu pencemaran air , pencemaran udara , pencemaran bunyi , dan pencemaran bau.

Pencemaran air disebabkan longgokkan sampah telah dibuang ke dalam longakng hingga ke kawasan laut. Air laut akan terjejas dan membuat kawasan tersebut menjadi kotor dan juga boleh menyebabkan ikan-ikan di dalam laut akan mati. Ia juga boleh menyebabkan penyakit terhadap manusia.

Kedua , pencemaran udara. Di kawasan pasar ikan terdapat kilang yang berdekatan dan setiap hari ia akan mengeluarkan asap. Asap kilang boleh menjejaskan persekitaran udara di pasar ikan. Bukan itu sahaja , oleh kerana pasar ikan tersebut berdekatan dengan pusat membeli-belah maka banyak kenderaan yang lalu dan mengeluarkan asap-asap.

Seterusnya iaitu pencemaran bunyi. Di pasar ikan tentulah ramai penjual menjerit-jerit dan ini akan menjejaskan ketengan orang lain. Ia juga akan

mendatangkan penyakit gegendang telinga dan menyebabkan telinga boleh jadi pekak.

Di kawasan pasar ikan tersebut juga mempunyai pencemaran bau. Jelas sekali kita lihat bahawa kawasan tersebut tterdapat longgokkan sampah yang terbiar dan ini boleh mengeluarkan bau-bau yang tidak menyelesakan kita di kawasan tersebut.

b) Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

Pencemaran-pencemaran di pasar ikan Lahad Datu terdapat pencemaran bau , pencemaran air, pencemaran bunyi dan pencemaran bunyi.

Punca pencemaran bau di pasar ikan Lahad Datu ialah peniaga di pasar ikan tersebut membuang sisa-sisa makanan merata-rata tempat dan menyebabkan sisa-sisa tersebut telah lama terbiar dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Seterusnya, punca pencemaran air ialah peniaga membuang sampah sarap ke dalam laut sehingga air laut tercemar lalu peniaga-peniaga menggunakan air laut berdekatan dengan sampah-sampah di dalam laut untuk mencuci ikan yang telah ditangkap untuk dijual.

Situasi di dalam pasar ikan mempunyai ramai penjual ikan yang berseru-seru memanggil pembeli untuk membeli jualan mereka. Di pasar tersebut juga mengalami kesesakan jalan raya dan pemandu selalu menghonkan kereta .

Pasar ikan Lahad Datu terletak berdekatan dengan kilang, kilang tersebut akan mengeluarkan asap yang banyak setiap hari . Maka udara di sekitar pasar iakn tersebut tercemar.ia juga memberi kesan yang buruk

terhadap ikan-ikan yang dijual kerana ia akan menjejaskan kesegaran ikan tersebut.

c) Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di pasar ikan Lahad Datu ialah jerebu, mendapat penyakit , air tercemar, hidupan akuatik terancam dan mengeluarkan bau busuk.

Di pasar ikan Lahad Datu berdekatan dengan kilang yang selalu mengeluarkn asap setiap hari, kesan perbuatan ini akan berlakunya jerebu. Jerebu ini sangat berbahaya kerana ia juga akan menjejaskan nyawa kita.

Pencemaran-pencemaran yang terdapat pada pasar ikan tersebut sangat merbahaya kepada manusia kerana ia akan memberi penyakit yang boleh meragut nyawa manusia seperti penyakit H1N1, penyakit selesema dan banyak lagi.

Kesan daripada perbuatan orang-orang yang berada di pasar tersebut telah membuang sampah sarap ke dalam laut lalu air tercemar dan tidak bersih.

Akibat air tercemar,maka hidupan akuatik di dalam laut tersebut terancam. Kita haruslah menjaga hidupan akuatik dengan baik agar laut kita sentiasa bersih.

Kita tahu bahawa orang-orang yang berada di sana kebanyakkannya membuang sampah merata-rata tempat

dan kesan daripada perbuatan ini terhadap tempat mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan.

Bahan Grafik

- JADUAL -

Bil Nama Jenis pencemaran L/P Umur1 Codyiea Simpisono Bau L 232 Saad Bin Meenitd Bau L 473 Aamir Khan Bin

Shahruk KhanBunyi L 32

4 Justieneiah Bin Biebah Udara L 215 Ramlah Bin Adam Air L 396 Abdul Hakim Bin

SamuriBau L 46

7 Muslimin Bin Fadzli Bunyi L 478 Tan Boon Kim Udara P 359 Ganakumaran

SubramanianAir L 32

10 Sariza Bin MD Salleh Bau P 5111 Domo Kun Bunyi P 3112 Jaahm Bin Haari Udara L 4313 Awanino Binti

LangitamoUdara P 29

14 Clarke Max Bautista Bau L 1815 Hanafi Napi Haho Bau L 1816 Bantalino Bin

SelimutitoAir L 40

17 Talittha Shqaaf Bau P 2018 Beruneow Maraskh Bunyi L 2519 Mohd. Adha Quew

Kay ShahAir L 38

20 Lindsina Lohanae Bunyi P 31

- GRAF -

Bau Udara Air Bunyi0

1

2

3

4

5

6

7

8

- CARTA PAI -

Bau35%

Bunyi25%

Udara20%

Air20%

Jadual 2: peratus bagi setiap pencemaran di kawasan kajian

Jadual 2 menunjukkan pencemaran bau ada yang terbanyak dan pencemaran udara dan pencemaran air adalah sama nilai peratus iaitu 20 peratus sebanyak 4 orang. Manakala bagi pencemaran bunyi pula adalah sebanyak 25 peratus.

d) Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Cadangan saya untuk mengurangkan kesan pencemaran ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang di pasar ikan tersebut agar kurang pencemaran timbul.

Pihak kerajaan juga haruslah melakukan kempen ‘Cintai Alam Sekitar’ agar peniaga-peniaga di pasar tersebut mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar dan mengubah sikap lama mereka yang suka menimbulkan pencemaran tersebut.

Kita juga haruslah kaitkan dengan pendidikan alam sekitar dan menceritakan tentang keadaan bumi kita pada masa kini kepada peniaga di pasar tersebut supaya peniaga lebih bersemangat untuk menjaga alam sekitar.

Untuk membersihkan air-air yang telah kotor , kita boleh menggunakan rawatan air kumbahan supaya air tidak lagi kotor seperti sebelum itu.

Oleh kerana pasar ikan Lahad Datu berdekatan dengan kilang yang setiap hari mengeluarkan asap, maka kita boleh menggunakan penapis asap supaya udara di pasar ikan tersebut tidak lagi tercemar dengan udara yang kotor.

Rumusan

Kami bersyukur kerana walaupun wujudnya pasar ikan ini dengan kebersihan yang tidak memuaskan kerana pihak kerajaan juga dapat menyelesaikan masalah-masalah di pasar ikan ini daripada pencemaran-pencemaran yang ada di kawasan kajian tersebut.

Di kawasan pasar ikan tersebut juga berdekatan dengan pasar-pasar yang lain seperti pasar ayam, pasar rakyat , ko-nelayan dan banyak lagi. Pasar ikan ini juga berdekatan dengan laut , ini juga memudahkan peniaga untuk menangkap ikan untuk dijual.

Untuk meneruskan kebersihan di pasar ikan berlaku , kita perlu menyahut baik kempen “Kepentingan Kebersihan Pasar Ikan” yang dianjurkan oleh kerajaan untuk menjaga kebersihan pasar ikan. Peniaga perlu menjaga kebersihan pasar ikan agar dapt mengurangkan pencemaran di pasar ikan tersebut.

Lampiran .. (:

Rujukan

Semasa saya menjalankan kajian ini, saya telah merujuk kepada beberapa perkara iaitu..

a) Peta- Peta pekan bandar Lahad Datu, dan peta pasar ikan

Lahad Datu.

b) Orang sumber- Cikgu Lau Pau Tak, guru mata pelajaran Geografi- Peniaga –peniaga di pasar ikan Lahad Datu

c) Buku rujukan - Buku teks Geografi tingkatan 3 .