Contoh Format Artikel Prosidingan

11
TAJUK : HURUF BESAR /BOLD/FONT SAIZ: MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP MURID TAHUN EMPAT BAGI TAJUK PERNAFASAN MANUSIA DENGAN MENGGUNAKAN PETA MINDA BERWARNA Intan Solehah Binti Nasarruddin [email protected] Puan Rusmawati Binti Othman [email protected] Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan konsep murid tahun empat bagi tajuk Pernafasan Manusia dengan menggunakan peta minda berwarna. Kajian ini juga digunakan untuk menilai amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Peta minda berwarna ini boleh diguna pakai bagi semua murid yang mempelajari tajuk Pernafasan Manusia. Walaubagaimapun bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah memberi fokus kepada penggunaan peta minda berwarna kepada murid yang lemah bagi tajuk Pernafasan Manusia. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4 sekolah A (nama samaran) yang mempunyai masalah dalam menguasai konsepPernafasan Manusia. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis. Hasil analisis data mendapati bahawa semua responden iaitu seramai 5 orang menunjukkan ada peningkatan markah yang ketara dalam ujian bertulis. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta minda berwarna dapat membantu murid menguasai konsep Pernafasan Manusia dengan lebih jelas. Kata kunci: konsep pernafasan manusia, peta minda berwarna. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Merenung kembali pengalaman mengajar, saya sentiasa mengamalkan pembelajaran sambil bermain kepada murid – murid untuk memastikan mereka mudah untuk menguasai konsep Pernafasan Manusia. Maka setiap kali proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya akan menyelitkan unsur permainan kepada murid – murid. Sebagai contoh saya membuat aktiviti kotak beracun bersama murid – murid tentang topik Pernafasan Manusia .Mereka dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam kotak beracun tersebut secara individu. Antara soalan – soalan yang terdapat dalam kotak beracun tersebut ialah mengenai organ pernafasan manusia, proses menarik dan menghembus nafas, maksud kadar pernafasan manusia dan laluan udara ketika menarik dan menghembus nafas. Menurut Nurul Amirah dan Zaidatun (2009) dalam kajiannya terhadap sekumpulan kanak-kanak prasekolah telah membuktikan bahawa penggunaan pendekatan bermain yang telah digunakan dapat membantu kanak-kanak tersebut dalam memahami kemahiran matematik prasekolah. Walau bagaimanapun, perkara yang saya harapkan terjadi sebaliknya. Segelintir murid tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan melalui pemerhatian, murid cuba untuk meneka jawapan dan tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Antara ayat yang mereka ungkapkan ‘saya rasa jawapannya 1 Bold/Font: 10 Capitaliza Italic/Font:9 Italic/Font:10/ Capitaliza Each Word Bold/Font: 10/HURUF BESAR SEMUA SUB- TAJUK: BOLD/HURUF BESAR/Font:10

description

Format Artikel Prosidingan

Transcript of Contoh Format Artikel Prosidingan

Page 1: Contoh Format Artikel Prosidingan

TAJUK : HURUF BESAR /BOLD/FONT SAIZ:

MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP MURID TAHUN EMPAT BAGI TAJUK PERNAFASAN MANUSIA DENGAN MENGGUNAKAN PETA MINDA BERWARNA

Intan Solehah Binti [email protected]

Puan Rusmawati Binti [email protected]

Jabatan SainsInstitut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan konsep murid tahun empat bagi tajuk Pernafasan Manusia dengan menggunakan peta minda berwarna. Kajian ini juga digunakan untuk menilai amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Peta minda berwarna ini boleh diguna pakai bagi semua murid yang mempelajari tajuk Pernafasan Manusia. Walaubagaimapun bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah memberi fokus kepada penggunaan peta minda berwarna kepada murid yang lemah bagi tajuk Pernafasan Manusia. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4 sekolah A (nama samaran) yang mempunyai masalah dalam menguasai konsepPernafasan Manusia. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis. Hasil analisis data mendapati bahawa semua responden iaitu seramai 5 orang menunjukkan ada peningkatan markah yang ketara dalam ujian bertulis. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta minda berwarna dapat membantu murid menguasai konsep Pernafasan Manusia dengan lebih jelas.

Kata kunci: konsep pernafasan manusia, peta minda berwarna.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Merenung kembali pengalaman mengajar, saya sentiasa mengamalkan pembelajaran sambil bermain kepada murid – murid untuk memastikan mereka mudah untuk menguasai konsep Pernafasan Manusia. Maka setiap kali proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya akan menyelitkan unsur permainan kepada murid – murid. Sebagai contoh saya membuat aktiviti kotak beracun bersama murid – murid tentang topik Pernafasan Manusia .Mereka dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam kotak beracun tersebut secara individu. Antara soalan – soalan yang terdapat dalam kotak beracun tersebut ialah mengenai organ pernafasan manusia, proses menarik dan menghembus nafas, maksud kadar pernafasan manusia dan laluan udara ketika menarik dan menghembus nafas. Menurut Nurul Amirah dan Zaidatun (2009) dalam kajiannya terhadap sekumpulan kanak-kanak prasekolah telah membuktikan bahawa penggunaan pendekatan bermain yang telah digunakan dapat membantu kanak-kanak tersebut dalam memahami kemahiran matematik prasekolah.

Walau bagaimanapun, perkara yang saya harapkan terjadi sebaliknya. Segelintir murid tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan melalui pemerhatian, murid cuba untuk meneka jawapan dan tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Antara ayat yang mereka ungkapkan ‘saya rasa jawapannya ialah’, ‘mungkin jawapannya ialah’ dan kebanyakan murid – murid dengan berani menyatakan ‘ saya tak ingat la , cikgu’ . Ini menyebabkan wujudnya jurang antara amalan dan nilai kepercayaan saya . Merenung sejenak ke dalam diri saya sendiri , saya tertanya – tanya adakah pendekatan yang saya jalankan ini tidak memberangsang pemikiran murid sehingga murid - murid masih tidak mampu untuk menguasai konsep Pernafasan Manusia yang telah diajar ? Mengapa saya masih belum berjaya mencapai objektif pembelajaran walaupun telah menjalankan kaedah pembelajaran sambil bermain ?

Lantaran daripada kesilapan diri saya sendiri, maka saya telah mengubah teknik penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran saya dengan menggunakan teknik peta minda kerana saya percaya dengan menggunakan peta minda sebagai medium pengajaran, murid-murid dapat lebih jelas melihat keseluruhan konsep pernafasan manusia dan lantas dapat menguasainya dengan cepat. Menurut Ab Fatah (1994), penggunaan peta minda membantu mencapai beberapa matlamat antaranya mengorganisasikan maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat

1

Bold/Font: 10Capitaliza Each Word

Italic/Font:9

Italic/Font:10/ Capitaliza Each Word

Bold/Font: 10/HURUF BESAR

SEMUA SUB-TAJUK:BOLD/HURUF BESAR/Font:10

Page 2: Contoh Format Artikel Prosidingan

perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baharu, memperjelaskan dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Ini disokong oleh Bletsas (2011) bahawa mengingat informasi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat. Saya dapat melihat bahawa mereka menyukai peta minda dan dapat dilihat bahawa penggunaan peta minda dapat meningkatkan usaha mereka untuk cuba menguasai konsep Pernafasan Manusia dengan bersungguh – sungguh.

Namun begitu , walaupun mereka cuba untuk menguasai konsep Pernafasan Manusia itu , saya mendapati masih terdapat ramai murid yang masih tidak dapat mencapai penguasaan konsep Pernafasan Manusia secara total . Jelas di sini dapat dilihat bahawa terdapat jurang antara nilai dan kepercayaan saya . Saya berasa ingin terus bangkit dan meneruskan penggunaan peta minda dalam pembelajaran untuk meningkatkan amalan saya sebagai seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Justeru, pada praktikum kali ini, sebagai penambahbaikan saya telah menerapkan pembelajaran dengan membuat peta minda berwarna dalam intervensi bagi membolehkan murid– murid berjaya menguasai konsep Pernafasan Manusia.

2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan data awal yang telah dikumpul, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai konsep Pernafasan Manusia. Buktinya adalah apabila disoal mengenai kadar pernafasan, laluan udara, proses menarik dan menghembus nafas dan organ pernafasan, terdapat murid – murid yang menyatakan bahawa ‘saya tak pasti cikgu’ , ‘saya tak ingat cikgu’ dan ‘tajuk ni susah la cikgu’ .

Melalui maklumat yang diperoleh, sebagai seorang guru saya berasa bahawa masalah ini adalah berpunca daripada amalan pengajaran dan pembelajaran saya sendiri yang percaya bahawa dengan menerapkan kaedah bermain ketika proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Pernafasan Manusia, murid dapat menguasai konsep tajuk ini dengan mudah. Ini adalah disebabkan bermain merupakan satu kaedah yang dapat mewujudkan perasaan gembira di kalangan murid-murid .Oleh itu mereka akan mudah untuk menguasai sesuatu konsep sekiranya mereka berminat dengan pengajaran guru . Namun, hakikatnya terdapat ramai murid yang masih tidak dapat menguasai konsep Pernafasan Manusia dengan menggunakan kaedah bermain.

Pernafasan Manusia merupakan satu topik yang memerlukan satu rangsangan visual yang penuh di mana murid dapat melihat keseluruhan proses pernafasan manusia dengan jelas bagi setiap langkah. Rangsangan visual dipercayai dapat memperkembangkan kognitif murid lantas dapat memberikan penguasaan konsep yang lebih kepada murid kerana mereka dapat melihat keseluruhan konsep Pernafasan Manusia dengan lebih jelas dan tersusun. Menurut Mohammad Nasir dan Ibrahim (2003) menyatakan bahawa melalui seni visual kita dapat menggambarkan proses, membuat hubung kait dan membayangkan prinsip-prinsip teori yang tidak dipertimbangkan ataupun dialami sebelum ini.

Lantaran itu, saya telah memfokuskan kajian saya kepada meningkatkan penguasaan konsep dalam tajuk Pernafasan Manusia dengan menggunakan peta minda berwarna bagi murid Tahun Empat. Penguasaan konsep bermaksud berkemampuan dalam menangkap makna-makna seperti menyatakan suatu isi penting mengenai konsep yang telah dipelajari serta boleh mengaplikasikannya(Rustaman,2005) .

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan penguasaan konsep murid Tahun 4 terhadap topik Pernafasan Manusia dengan menggunakan teknik peta minda berwarna.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Dapatan kajian ini akan menjawab persoalan berikut:

2

Page 3: Contoh Format Artikel Prosidingan

Adakah teknik peta minda berwarna dapat meningkatkan penguasaan konsep murid Tahun 4 terhadap topik Pernafasan Manusia ?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Murid – murid ini tidak memegang sebarang jawatan di sekolah. Mereka dijadikan sebagai kumpulan sasaran kerana prestasi pencapaian yang rendah dalam ujian bertulis yang dijalankan sewaktu pengumpulan data awal. Saya telah menentukan bahawa murid yang mendapat 50% ke bawah dikategorikan sebagai murid yang lemah dalam penguasaan konsep dan sekaligus menjadikan mereka sebagai kumpulan sasaran.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Terdapat lima langkah tindakan yang dilaksanakan. Langkah – langkah tindakan tersebut adalah seperti berikut :

6.1 Langkah Pertama : Mengenali Peta Minda .

Murid diperjelaskan bahawa tajuk atau tema ditulis di bahagian tengah kertas, kemudian diikuti dengan garisan seperti ranting – ranting pokok yang menunjukkan isi – isi penting. Kemudian, di setiap hujung garisan isi penting terdapat lagi garisan – garisan seperti ranting pokok kecil yang menerangkan tentang huraian atau contoh.Rasionalnya langkah ini adalah untuk memberi gambaran jelas kepada murid bagaimana konsep sebenar pembinaan peta minda.

6.2 Langkah Kedua : Mengaplikasi Peta Minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran .

Guru mengajar topik Pernafasan Manusia menggunakan peta minda berwarna. Warna yang berlainan digunakan untuk setiap ranting. Guru menerangkan segala isi penting dalam tajuk Manusia Bernafas dengan menggunakan peta minda. Bahan – bahan yang digunakan adalah pen marker, dua helai kertas mahjung, pensil warna dan crayon. Rasionalnya langkah ini adalah untuk mengajar murid tentang tajuk Pernafasan Manusia menggunakan peta minda berwarna agar mereka lebih jelas dengan struktur penyusunan peta minda. Warna berlainan bagi setiap isi penting adalah bertujuan untuk menunjukkan perbezaan yang lebih jelas kepada murid-murid tentang setiap isi penting.

6.3 Langkah Ketiga : Membentuk Peta Minda

Murid membentuk peta minda di atas helaian kertas A3 yang diberikan oleh guru . Setelah membina peta minda mereka dikehendaki untuk mewarnakan peta minda tersebut . Penerapan warna adalah digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid terhadap sesuatu tajuk yag dibina di dalam sesebuah peta minda .Murid perlu mewarnakan ranting – ranting peta minda dengan menggunakan warna yang berbeza. Rasionalnya langkah ini adalah untuk melihat tahap penguasaan murid dalam tajuk ini selepas pengaplikasian peta minda berwarna

6.4 Langkah Keempat : Pemurnian Peta Minda

Peta minda murid akan ditampal di hadapan kelas . Guru dan murid akan membuat perbincangan pada setiap peta minda . Rasional langkah ini adalah untuk memberi peluang kepada murid sendiri kesilapan yang dibuat oleh mereka. Ini dapat meningkatkan lagi dan mengukuhkan penguasaan konsep Pernafasan Manusia. Aspek –aspek yang dilihat ialah adakah terdapat isi penting yang tidak ditulis atau adakah warna yang digunakan adalah sama serta adakah isi penting yang ditulis adalah salah.

6.5 Langkah Kelima : Pembinaan Semula Peta Minda

Murid yang terdapat beberapa kesalahan pada peta minda yang dibina oleh mereka sendiri, perlu membina semula peta minda mengikut semakan yang telah dibuat sewaktu perbincangan. Rasional langkah ini adalah untuk mengukuhkan lagi konsep tersebut Pernafasan Manusia. Kemudian peta minda yang telah dihasilkan dengan sempurna perlu ditampal di dalam buku latihan Sains sebagai rujukan kepada murid – murid dalam mengulangkaji pelajaran .

3

Page 4: Contoh Format Artikel Prosidingan

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Data Pemerhatian

Instrumen pertama yang digunakan adalah pemerhatian. Pemerhatian ini dijalankan sepanjang sesi pengajaan dan pembelajaran berlangsung. Hasil dapatan yang diperoleh adalah seperti jadual 1 :

Jadual 1 Data Pemerhatian

Bil Perkara PencapaianCatatanA B C D E

1 Respon ketika menjawab soalan mengenai proses menarik nafas.

Murid A,B,C,D,E

Murid lancar dan yakin menjawab soalan

2 Respon ketika menjawab soalan mengenai proses menghembus nafas.

Murid A,B,C,E

Murid D

Murid D memejamkan mata kemudian menyambung jawapan.

3 Menunjukkan respon yang baik ketika memberi penerangan mengenai kadar pernafasan.

Murid A,C,E,D

Murid B

Murid B terdiam seketika ketika memberi penerangan

4 Respon ketika menyatakan organ pernafasan manusia .

Murid A,B,C,D,E

Murid lancar dan yakin menjawab soalan

5 Memberi penerangan mengenai laluan udara ketika menarik nafas dan menghembus nafas.

Murid A,B,C,D,E

Murid lancar dan yakin menjawab soalan

Petunjuk

Pencapaian Kategori Penerangan

A Cemerlang Memberi jawapan yang betul, yakin dan lancar ketika menjawab soalan.

B Baik Memberi jawapan yang betul tetapi kelihatan ragu – ragu ketika menjawab soalan.

C Sederhana Memberi jawapan yang betul setelah dibantu oleh guru.D Lemah Memberi jawapan yang betul tetapi kelihatan ragu – ragu

walaupun telah dibantu oleh guru .E Sangat

lemahMemberi jawapan yang salah setelah dibantu oleh guru dan tidak memberi respon yang baik apabila disoal.

Jadual 1 menunjukkan hasil dapatan senarai semak pemerhatian. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, didapati bahawa kesemua responden iaitu seramai lima orang responden telah menguasai tajuk pernafasan manusia . Murid A, B, C, D dan E menunjukkan reaksi yang positif apabila disoal mengenai proses menarik dan menghembus nafas. Mereka mengangkat tangan dengan pantas apabila soalan diajukan.

Walau bagaimanapun, guru mengenalpasti murid D mengalami sedikit keraguan apabila menjawab soalan. Sewaktu murid D membuat penerangan, responden tersebut tiba – tiba memejamkan mata kemudian menyambung kembali penerangan. Guru beranggapan bahawa murid D cuba mengingat

4

SEMAK FORMAT TAJUK JADUAL

Page 5: Contoh Format Artikel Prosidingan

jawapan yang betul. Usaha Murid D mengingat berjaya kerana walaupun beliau memejam mata untuk cuba mengingat jawapan, hasilnya adalah jawapan yang diberikan tepat dengan penggunaan istilah yang betul.

Selain itu, kesemua responden dapat menjawab soalan mengenai kadar pernafasan dengan betul lancar dan yakin kecuali Murid B yang dilihat agak ragu – ragu ketika menyuarakan jawapan. Murid B terdiam seketika ketika ingin memberi penerangan mengenai maksud kadar pernafasan. Saya berpendapat murid terlupa dan cuba mengimaginasikan maksud kadar pernafasan berdasarkan peta minda berwarna yang telah diajarkan oleh guru. Guru memberi ruang dan masa untuk Murid B mengingat maksud tersebut dan tidak sampai beberapa saat , Murid B dapat menyatakan maksud kadar pernafasan dengan betul . Kesemua responden juga berlumba – lumba mengangkat tangan untuk memberi contoh aktiviti- aktiviti yang mengakibatkan kadar pernafasan menjadi tinggi dan rendah . Ini menunjukkan Murid A,B,C,D dan E berjaya mengingati konsep pernafasan dengan baik .

Di samping itu, kesemua responden A, B, C, D dan E dengan pantas mengangkat tangan secara serentak untuk memberi jawapan kepada soalan mengenai organ pernafasan manusia dan laluan udara ketika proses menarik nafas dan menghembus nafas berlaku. Ini menunjukkan bahawa mereka sangat yakin dan pasti tentang jawapan yang akan diajukan .

Kesimpulannya, berdasarkan analisis yang dibuat melalui dapatan pemerhatian ini , dapatlah disimpulkan bahawa kesemua responden dapat menguasai konsep pernafasan dengan baik namun intervensi yang dijalankan perlu penambahbaikan pada kitaran yang seterusnya agar tidak terdapat responden yang ragu – ragu ketika memberi jawapan.

7.2 Dapatan Temu Bual

Bagi mengukuhkan lagi data yang diperoleh dalam pemerhatian, saya telah menjalankan temu bual kepada lima orang responden. Temu bual yang dijalankan mempunyai lima soalan. Soalan yang pertama adalah mengenai organ pernafasan manusia. Hasil dapatan analisis temu bual menunjukkan bahawa kesemua responden berjaya menjawab soalan yang diajukan dengan betul iaitu paru-paru sebagai organ pernafasan manusia. Kelima-lima orang responden dapat menjawab soalan dengan lancar dan yakin.

Soalan temu bual yang kedua, setiap responden disoal mengenai prose-proses yang terjadi sewaktu proses menarik nafas. Kesemua responden dapat menjawab dengan tepat dan lengkap. Namun terdapat seorang responden iaitu responden D yang perlu diberi petunjuk oleh guru terlebih dahulu kemudian responden tersebut menyambung jawapan yang diberikan oleh guru.

Selain itu, bagi soalan temu bual yang ketiga murid disoal mengenai proses yang terlibat ketika menghembus nafas. Respon dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh responden positif iaitu mereka dapat menjawab dengan menggunakan istilah yang betul dan jawapan yang diberikan adalah lengkap. Soalan temu bual yang keempat adalah mengenai laluan udara ketika menarik dan menghembus nafas. Responden A, B, C, D dan E berjaya menjawab soalan dengan yakin dan kesemua responden tidak terkeliru dan tidak menukar laluan udara ketika menarik dan menghembus nafas. Responden tidak lagi keliru dengan penggunaan dada dan paru-paru.

Soalan temu bual yang terakhir adalah mengenai maksud kadar pernafasan dan kemudian responden dikehendaki untuk menyatakan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan kadar pernafasan manusia menjadi tinggi atau rendah .Melalui hasil dapatan temu bual empat orang responden dapat menyatakan maksud kadar pernafasan dengan baik iaitu bilangan pergerakan dada pada sesuatu masa. Walau bagaimanapun, Responden B ketika disoal beliau terdiam dan kemudian guru memberikan petunjuk iaitu perkataan ‘bilangan’. Setelah diberi petunjuk oleh guru, Responden B kelihatan kembali berkeyakinan dan menyatakan maksud kadar pernafasan dengan lancar.

Kesemua responden dapat memberi contoh yang banyak bagi aktiviti yang menyebabkan kadar pernafasan berubah walaupun dalam soalan temu bual setiap responden hanya dikehendaki menyatakan satu contoh aktiviti sahaja.

7.3 Data Ujian Bertulis

5

Page 6: Contoh Format Artikel Prosidingan

Ujian bertulis yang dijalankan adalah ujian sebelum perlaksanaan intervensi dan ujian selepas perlaksanaan intervensi . Soalan yang diajukan adalah mengenai keseluruhan konsep Pernafasan Manusia. Keputusan ujian bertulis adalah seperti Rajah 1 :

Respo

nden

A

Respo

nden

B

Respo

nden

C

Respo

nden

D

Respo

nden

E

0

20

40

60

80

100

Ujian Sebelum

Ujian Selepas

Rajah 1. Keputusan ujian bertulis

Berdasarkan Rajah 1, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan markah kelima-lima orang responden antara ujian sebelum perlaksanaan intevensi dan ujian selepas perlaksanaan intervensi. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan peta minda berwarna dapat meningkatkan penguasaan konsep murid Tahun empat dalam tajuk Pernafasan Manusia.

8.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Berdasarkan data kajian yang telah dianalisis melalui instrumen pengumpulan data pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis didapati bahawa teknik peta minda berwarna berjaya meningkatkan penguasaan konsep murid tahun 4 terhadap tajuk Pernafasan Manusia.

Berdasarkan analisis deskriptif senarai semak, saya mendapati bahawa murid menunjukkkan respon positif ketika menjawab soalan pertama yang berkaitan dengan proses menarik nafas. Kelima-lima orang responden mendapat pencapaian yang berada pada kategori yang cemerlang di mana mereka dapat memberi jawapan yang betul, yakin dan lancar ketika menjawab soalan. Data pemerhatian ini disokong oleh dapatan data analisis temu bual bagi soalan yang kedua di mana dapat dilihat bahawa empat orang responden menjawab soalan temubual dengan penggunaan istilah yang tepat.

Aspek kedua yang diperhatikan dalam senarai semak adalah mengenai proses menghembus nafas. Berdasarkan rumusan senarai semak dapat dilihat bahawa kesemua responden berjaya menjawab soalan yang kedua pada tahap yang cemerlang di mana responden dapat memberi jawapan tentang kesemua proses yang berlaku ketika menghembus nafas dengan jawapan yang betul, yakin dan lancar ketika menjawab soalan. Ini disokong oleh dapatan analisis temu bual yang menunjukkan semua responden dapat memberi jawapan yang tepat tentang proses menghembus nafas dengan penggunaan istilah yang betul.

Aspek ketiga yang dilihat daripada senarai semak pemerhatian adalah respon murid ketika memberi penerangan mengenai kadar pernafasan. Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh dapat dilihat bahawa kesemua responden dapat memberikan maksud kadar pernafasan dengan betul iaitu bilangan pergerakan dada pada sesuatu masa , namun terdapat seorang responden iaitu Responden B yang terdiam seketika sewaktu memberi penerangan.

Berdasarkan aspek ke empat senarai semak pemerhatian, dapat dilihat bahawa semua responden dapat memberi respon yang positif ketika menjawab soalan mengenai organ pernafasan manusia. Respon positif yang dimaksudkan adalah mereka dapat memberi jawapan yang betul, yakin dan lancar ketika menjawab soalan . Kesemua murid menjawab paru-paru sebagai organ pernafasan manusia. Hasil dapatan pemerhatian ini disokong oleh hasil dapatan temubual di mana kesemua

6

SEMAK FORMAT TAJUK RAJAH

Page 7: Contoh Format Artikel Prosidingan

responden dapat menjawab soalan dengan lancar tanpa teragak-agak ketika disoal mengenai organ pernafasan.

Aspek kelima yang diperhatikan dalam senarai semak adalah mengenai laluan udara ketika menarik dan menghembus nafas. Kesemua responden berjaya memperoleh pencapaian yang cemerlang di mana mereka dapat menjawab dengan betul, yakin dan lancar. Ini disokong oleh dapatan data temubual yang membuktikan bahawa responden tidak keliru antara laluan udara ketika menarik nafas dan menghembus nafas.

Kedua-dua data temubual dan senarai semak pemerhatian di atas di sokong oleh hasil dapatan yang ketiga iaitu ujian bertulis. Ujian ini merangkumi keseluruhan tajuk Manusia Bernafas iaitu mengenai proses menarik dan menghembus nafas, kadar pernafasan, laluan udara dan organ pernafasan manusia.

Berdasarkan dapatan yang diperoleh, kelima-lima orang murid berjaya mendapat keputusan yang amat cemerlang iaitu mereka memperoleh Gred A bagi ujian bertulis selepas intervensi dijalankan . Selain itu , mereka mengalami peningkatan yang ketara apabila perbandingan dibuat antara ujian bertulis sebelum intervensi dijalankan dan ujian bertulis selepas intervensi dijalankan. Peningkatan tersebut lebih dapat dilihat dengan perbezaan min iaitu sebanyak 33% .

Antara kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam kajian ini adalah pendedahan awal peta minda yang diberikan kepada murid. Kekuatan yang kedua adalah saya mendapat sokongan yang padu serta bimbingan yang baik daripada pensyarah pembimbing dan juga guru-guru sekolah berkenaan.

Salah satu kelemahan yang saya dapat kenal pasti daripada kajian ini adalah dari aspek warna. Berdasarkan peta minda yang telah dihasilkan oleh murid-murid, dapat dilihat bahawa pemilihan warna yang mereka gunakan tidak menarik. Contohnya terdapat beberapa orang responden yang menggunakan warna sejuk dalam mewarna peta minda seperti warna hijau dan biru. Hunchendorf (2007) menyatakan bahawa penggunaan warna sejuk akan mengakibatkan seseorang berasa tidak bersemangat dan kurang berminat. Ini merupakan salah satu sebab penguasaan konsep mereka masih terdapat kekurangan kerana terdapat sesetengah isi penting tentang Pernafasan Manusia tidak mereka jawab secara baik dalam ujian bertulis.

Oleh itu, sebagai cadangan penambahbaikan, pada kajian yang akan datang, saya akan menetapkan syarat bahawa mereka hanya boleh menggunakan warna panas sahaja dalam mewarna peta minda kerana dalam penggunaan warna panas saya percaya bahawa ianya dapat memberi tarikan yang lebih kepada murid-murid dan lantas dapat meningkatkan daya ingatan mereka. Ini disokong oleh Hunchendorf (2007), menyatakan bahawa warna panas seperti merah dan kuning berjaya meningkatkan perasaan teruja murid. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi penguasaan konsep murid terhadap tajuk Pernafasan Manusia.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan data-data kajian yang telah dianalisis mendapati bahawa penggunaan teknik peta minda berwarna ini berjaya dalam meningkatkan penguasaan konsep murid terhadap tajuk Pernafasan Manusia. Ini sekaligus dapat mencapai objektif pembelajaran dengan cemerlang.

Oleh itu, pada kajian yang seterusnya saya ingin menerapkan pula elemen peta minda berwarna ini kepada tajuk-tajuk yang seterusnya iaitu Manusia Berkumuh dan Menyahtinja dan Sistem Suria. Ini kerana saya ingin murid-murid berjaya menguasai keseluruhan konsep Sains dengan menggunakan bantuan daripada teknik peta minda berwarna.

Selain itu, saya juga berhasrat untuk mengajar murid menggunakan peta minda pada subjek lain seperti subjek Bahasa Melayu agar mereka bukan sahaja dapat berjaya dalam matapelajaran Sains malah murid juga dapat memperoleh manfaat daripada penggunaan peta minda ini kepada subjek yang lain juga.

7

Page 8: Contoh Format Artikel Prosidingan

RUJUKAN

Ab. Fatah Hassan. (1994). Penggunaan konsep yang optimum dalam pembelajaran. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Bletsas, F.(2011). The importance of mind maps. Diperoleh Mac 5,2013 dari http://my-mind-maps.com/

Buzan, T.(2005).The ultimate book of mind maps.London:Happer Collins Publishers

Limited.

Buzan, T & Buzan, B.(2006).The Mind Maps Book. London:BBC Worldwide Limited.

Homel, J. (2012). School Completion: Data Appendix. Support Document. National Centre for Vocational Education Research (NCVER). 15 pp.

Hunchendorf, L. (2007). The effects of color on memory. Tesis tidak diterbitkan. Diperolehi Februari 13,2013 dari http://www.uwlax.edu/urc/jur-online/PDF/2007/huchendorf.pdf .

Ismail Zain (2010).Kaedah belajar secara kumpulan. Diperoleh Mac 8,2013 dari http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0427&pub=DuniaPendidikan&sse=Motivasi&pg=mo_01.htm

Jailani b. Mad Yunus (2010). Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah.Diperoleh Februari 27, 2013 darihttp://eprints.uthm.edu.my/609/1/ Jailani_% 28ICE_2010%29.pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat ,2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kiong, T.T (2010). Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah.Diperoleh Februari 26, 2013 dari http://eprints.uthm.edu.my/609/1/ Jailani_% 28ICE_2010%29.pdf

Lewis, R. (1972). Participant Observation: A Research Technique for Studying Teachers and Classrooms. Research Report Number 7313.

Merriem S.B.(1998).Qualitative research and case study application in education. San Francisco:Jossey-Bass

Mohamad Nasarruddin Ahmad (2012). Cemerlang sains dengan peta minda. Diperoleh Mac 4, 2013 dari http://www.petaminda.com/

Mohammad Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni untuk maktab dan universiti. Pahang Darul Makmur: PTS Publications.

Moyles J.(2005). The excellence of play. New York : Open Press University.

Nurul Amirah Mohd Razali & Zaidatun Tasir (2009). Rekabentuk sistem pembelajaran konsep nombor berasaskan pendekatan permainan yang menerapkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak. Diperoleh Mei 29,2013 dari http://eprints.utm.my/7988/1/EDUPRES_%28F3%29_8.pdf

Rickard, N. (2010). Benefits of a Classroom Based Instrumental Music Program on Verbal Memory of Primary School Children: A Longitudinal Study. Australian Journal of Music Education, n1 p36-47 2010. 12 pp.

Shaharudddin & Halimatun Saadiah (2008). Pembangunan modul pembelajaran kendiri keelektromagnetan, fizik tingkatan lima berasaskan pendekatan konseptual melalui visual. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu, Malaysia.

8