Contoh Format Laporan Reflektif

5
LAPORAN REFLEKTIF Nama : Bairavi Govinda Raju Kumpulan Akademik : T2MT1 Angka Giliran : 2013272340021 ----------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------- Saya Bairavi Govinda Raju pelajar guru PISMP ambilan Jun 2013, Tahun 2 Semester 1 kelas Matematik 1, telah berjaya mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III. Bagi Program BIG kali ini kami diberi tugasan untuk menganjurkan sebuah majlis rasmi sebagai tugasan BIG Fasa 3. Jadi, kami telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah pada 25 Julai 2014 dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi berlokasi di Gelenggara, Institusi Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Majlis perhimpunan ini bermula pada tepat 8.00 pagi dengan ketibaan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang, Tn.Hj.Khalid bin Ahmad. Seterusnya, hadirin majlis telah diminta membangun untuk menyanyikan lagu Negara-Ku dan diikuti dengan lagu Negeri Kita. Sebagai pembuka tirai acara, bacaan doa diadakan. Pada pukul 8.20 pagi majlis telah diteruskan dengan agenda penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar guru di bawah Unit Pengajian Tamil yang telah mengikuti Piala Bharathi Peringkat Kebangsaan Kali Ke- 2, Pertandingan Drama Klasik Siswa/Siswi IPTA/IPTS peringkat kebangsaan dan Pertandingan Perbahasan Tamil IPTA/IPTS Terbuka Malaysia 2014. Sebaik sahaja penyampaian hadiah tamat, YDP Ahmad Syazwan Bin Khair Johari telah menaiki pentas dan memberi ucapan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan khas oleh Yang Berusaha Tuan Haji Khalid Bin Haji Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan. Majlis telah berakhir dengan sesi bermaafan.

description

Mengenai laporan reflektif

Transcript of Contoh Format Laporan Reflektif

Page 1: Contoh Format Laporan Reflektif

LAPORAN REFLEKTIF

Nama : Bairavi Govinda Raju

Kumpulan Akademik : T2MT1

Angka Giliran : 2013272340021

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Bairavi Govinda Raju pelajar guru PISMP ambilan Jun 2013, Tahun 2

Semester 1 kelas Matematik 1, telah berjaya mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG)

Fasa III. Bagi Program BIG kali ini kami diberi tugasan untuk menganjurkan sebuah

majlis rasmi sebagai tugasan BIG Fasa 3. Jadi, kami telah menganjurkan ‘Perhimpunan

Bulanan Bersama Pengarah’ pada 25 Julai 2014 dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

berlokasi di Gelenggara, Institusi Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP).

Majlis perhimpunan ini bermula pada tepat 8.00 pagi dengan ketibaan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang, Tn.Hj.Khalid bin Ahmad. Seterusnya, hadirin majlis telah diminta

membangun untuk menyanyikan lagu Negara-Ku dan diikuti dengan lagu Negeri Kita. Sebagai

pembuka tirai acara, bacaan doa diadakan. Pada pukul 8.20 pagi majlis telah diteruskan dengan

agenda penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar guru di bawah Unit Pengajian Tamil yang telah

mengikuti Piala Bharathi Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2, Pertandingan Drama Klasik

Siswa/Siswi IPTA/IPTS peringkat kebangsaan dan Pertandingan Perbahasan Tamil IPTA/IPTS

Terbuka Malaysia 2014. Sebaik sahaja penyampaian hadiah tamat, YDP Ahmad Syazwan Bin

Khair Johari telah menaiki pentas dan memberi ucapan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan

ucapan khas oleh Yang Berusaha Tuan Haji Khalid Bin Haji Ahmad, Pengarah IPG Kampus

Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan. Majlis telah berakhir dengan sesi bermaafan.

Saya mendapati bahawa terdapat banyak kekuatan dan kelemahan dalam majlis

rasmi yang kami menganjurkan. Antara kekuatan-kekuatan yang terdapat adalah seperti

dibincangkan di bawah. Kekuatan yang sangat mengagumkan saya adalah nilai-nilai

murni yang terdapat dalam diri setiap rakan sekelas saya seperti kerjasama, tolong

menolong dan juga keikhlasan. Kesemua nilai murni ini jelas terpamer dan kelihatan

sepanjang tugasan ini. Setelah menerima soalan tugasan kami telah menubuhkan

jawatankuasa dan mengagihkan tugasan kami. Walaupun setiap orang diagihkan dengan

tugasan masing-masing, tetapi kami tetap bekerjasama dari awal hingga akhir. Sebagai

Page 2: Contoh Format Laporan Reflektif

contohnya, walaupun perhiasan tapak perhimpunan merupakan tugasan beberapa rakan

sekelas saya, tetapi kami semua bekerjasama dan menghiaskan tapak perhimpunan dan

membuat semua persiapan bersama-sama. Selain daripada itu, kami juga membantu

pengerusi majlis dalam praktis mereka. Oleh itu, nilai-nilai murni yang ada pada diri setiap

pelajar guru sekelas saya merupakan kekuatan bagi kami semua.

Perkara yang saya menganggap sebagai suatu kekuatan dalam menjayakan

majlis rasmi ini adalah, tanggungjawab mentor-mentor dan tanggungjawab ahli-ahli

tertinggi jawatankuasa yang ditubuhkan khas bagi majlis rasmi perhimpunan. Tanpa sifat

tanggungjawab mereka, pastinya majlis rasmi perhimpunan ini tidak dapat dijalankan

dengan lancar. Kedua-dua mentor telah memastikan pergerakan kerja dari masa ke

semasa. Mereka turut membantu kami dalam penyediaan kertas kerja dan persiapan.

Selain daripada mereka, Ketua program ini turut memikul tanggungjawab yang besar.

Bukan sekadar memastikan kami semua menjalankan tugas masing-masing, tetapi dia

juga menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya.

Kekuatan yang seterusnya adalah, program ini telah mewujudkan perhubungan

erat dan dinamis di antara rakan-rakan sekelas saya. Contohnya, kami dapat berinteraksi

antara satu sama lain danra satu sama lain dengan lebih mendalami. Kami juga sentiasa

berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi idea dan pendapat. Hal ini

membolehkan kami mempelajari kemahiran berkomunikasi.

Seterusnya, program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan

empat komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Maka,

semua pelajar guru mendapat peluang untuk lebih mengenali kelemahan dan kekuatan

diri mereka sendiri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya berasa bahawa

ini merupakan satu kekuatan yang kukuh dalam program ini.

Seterusnya, saya merasakan bahawa jangka masa adalah kelemahan yang

didapati. Hal ini demikian kerana, kami hanya menerima soalan tugasan 4 hari sebelum

program ini dijalankan. Kesuntukan masa yang amat singkat ini telah memberi beberapa

masalah kecil. Sebagai contohnya, dalam persediaan kertas kerja kami telah melalui

sedikit masalah. Setelah menyiapkan kertas kerja dan ketika mendapatkan tandatangan

daripada pihak atasan, baru kami menyedari bahawa format yang kami gunakan adalah

format lama. Jadi kami terpaksa membuat kertas kerja sekali lagi dan mendapatkan

Page 3: Contoh Format Laporan Reflektif

lulusan. Oleh itu, saya berasa ia jangka masa yang pendek ini merupakan suatu

kelemahan.

Kelemahan seterusnya adalah, kekurangan kerusi. Sewaktu persediaan

Gelenggara, kami telah diberitahu oleh ahli JPP untuk menyediakan hanya 4 barisan

kerusi bagi pensyarah-pensyarah duduk. Oleh kerana, kami menganjurkan majlis rasmi

ini buat pertama kali, jadi kami tidak merealisasi bahawa kerusi-kerusi yang disusunkan

itu tidak mencukupi. Pada hari perhimpunan, mendapati beberapa pensyarah tidak dapat

tempat duduk. Pada masa itu, kami terpaksa mengangkat kerusi dan menyusunkan. Ia

menjadi suatu gangguan majlis.

Peluang yang perolehi melalui penganjuran perhimpunan rasmi ini saya dapat

meningkatkan kemahiran-kemahiran yang terpendam dalam diri saya. Walaupun

sebelum ini saya pernah bekerja sebagai guru sandaran, tetapi saya tidak menerima

peluang sebegini untuk menganjurkan satu program. Melalui penganjuran perhimpunan

rasmi ini, saya mendapat tahu proses-proses yang harus dilakukan dalam menganjurkan

sebuah program. Pastinya, ini akan memberi pendedahan yang amat berguna kepada

saya dan membantu saya ketika menjalankan majlis rasmi ketika saya bertugas di

sekolah nanti.

Saya mempunyai beberapa cara penambahbaikan. Antaranya adalah, soalan

tugasan program BIG harus diberi lebih awal kepada pelajar guru. Dengan ini, dapat

mengelakkan daripada kesuntukan masa dan pastinya tugasan akan dijalankan dengan

lebih lancar. Pelajar-pelajar guru juga perlu diberi penerangan tentang apa yang

sepatutnya mereka harus melakukan dalam menganjurkan majlis rasmi.

Cadangan saya yang seterusnya adalah, pelajar-pelajar guru yang

berpengalaman harus membantu pelajar-pelajar guru yang menganjurkan program rasmi

sebegini. Sebagai contohnya, ahli-ahli JPP mempunyai pengalam yang lebih berbanding

daripada yang lain. Jadi mereka boleh berganding bahu dan tunjuk ajar cara

mengendalikan majlis rasmi dengan lebih lancar. Dengan ini pastinya, majlis rasmi yang

dianjurkan dalam program BIG Fasa III akan berjaya.

Kesimpulannya, program Bina Insan Guru Fasa III telah banyak memberi manfaat

kepada saya. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam program ini, tetapi saya

lebih berfokus kepada kekuatan-kekuatan yang terdapat dan mengambilnya sebagai

suatu pembelajaran kepada saya.