Contoh Jawapan Komsas (Pulau Pinang & Perak & Kedah)

4

Click here to load reader

Transcript of Contoh Jawapan Komsas (Pulau Pinang & Perak & Kedah)

Page 1: Contoh Jawapan Komsas (Pulau Pinang & Perak & Kedah)

Novel Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari

Pilih satu watak sampingan dalam novel yang anda kaji, kemudian huraikan tiga sifat positif yang ada pada watak tersebut.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan dua ialah novel Kapten Hassan Wira Bangsa yang dikarya oleh Harun Johari. Penghulu Ismail merupakan watak sampingan dalam novel ini.

Penghulu Ismail merupakan seorang yang mempunyai sifat bertanggungjawab, mementingkan ilmu dan rajin. Sebagai seorang datuk yang bertanggungjawab, beliau telah mengambil Hassan daripada jagaan ayahnya kerana ayahnya tidak dapat menjaga Hassan dengan baik setelah kematian ibunya. Penghulu Ismail telah menjaga Hassan dengan penuh kasih sayang.

Walaupun beliau tidak membenarkan Hassan belajar di sekolah Inggeris, beliau tetap mengutamakan ilmu. Hassan dihantar belajar di sebuah sekolah pondok untuk mempelajari ilmu agama. Hassan juga digalakkan belajar ilmu mempertahankan diri.

Pengulu Ismail mengamalkan sikap rajin dan berbudi kepada tanah. Beliau begitu rajin bercucuk tanah di atas tanah pemberian pihak Jepun, iaitu dengan menanam padi, ubi, keladi dan sebagainya.

___________________________________________________________________________

Berdasarkan satu daripada novel di atas, huraikan tiga persoalan serta contoh yang sesuai daripada novel tersebut.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan dua ialah novel Kapten Hassan Wira Bangsa yang dikarya oleh Harun Johari. Persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah tanggungjawab mempertahankan negara, kepentingan menuntut ilmu dan kekejaman pasukan Bintang Tiga.

Persoalan tanggungjawab mempertahankan negara dapat dibukti apabila Hassan sanggup menyertai pasukan tentera kerana ingin membela agama dan bangsa daripada dijajah oleh bangsa asing.

Persoalan kedua dalam novel ini ialah kepentingan menuntut ilmu. Contohnya, Hassan tekun belajar sehingga darjah lima dan ingin menyambung pelajaran di sekolah Inggeris. Walaupun hasratnya tidak kesampaian, namun dia tetap meneruskan pelajarannya dalam jurusan agama demi mempertingkatkan ilmu dalam dirinya.

Persoalan kekejaman pasukan Bintang Tiga dapat dibukti apabila pasukan Bintang Tiga bertindak ganas terhadap orang-orang kampung. Ramai orang yang tidak bersalah telah dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada mereka. Isteri Hassan, ibu mentua dan anak saudara isterinya telah dibunuh dengan kejam oleh Kumpulan Bintang Tiga semata-mata kerana mereka tidak mahu menyerahkan barang-barang yang dikehendaki oleh mereka.

Page 2: Contoh Jawapan Komsas (Pulau Pinang & Perak & Kedah)

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan dua contoh sifat berani yang ditunjukkan oleh watak dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan dua ialah Kapten Hassan Wira Bangsa yang dikarya oleh Harun Johari. Hassan merupakan seorang yang bersifat berani untuk melakukan sesuatu perkara demi melaksanakan sesuatu tugas.

Hassan bertindak berani untuk membebaskan datuknya, Penghulu Ismail yang telah ditangkap oleh Kumpulan Bintang Tiga. Hassan ditemani oleh bapa saudaranya serta penduduk kampung berbasikal ke Pekan Pantai untuk menyiasat kejadian yang menimpa datuknya. Apabila sampai ke tempat tersebut, Hassan telah meluru ke kereta tempat datuknya diikat, tetapi berjaya dihalang oleh orang ramai. Walaupun Hassan tidak berjaya membebaskan datuknya, dia bertekad untuk menegakkan keadilan.

Hassan dan rakan-rakannya yang bertugas dalam Platun 12 diarahkan melakukan serbuan terhadap segerombolan komunis di kawasan Sungai Temenggur. Hassan dan anggota Platun 12 dengan beraninya telah merentasi Sungai Temenggur dengan pantas walaupun dihujani tembakan pengganas komunis sehinggalah mereka sampai di tebing sungai.

___________________________________________________________________________

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan dua ialah Kapten Hassan Wira Bangsa yang dikarya oleh Harun Johari. Latar masa dalam novel ini ialah pada awal tahun 1942, 14 Ogos 1945 dan 16 November 1953.

Pada awal tahun 1942 merupakan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Jepun telah mengarahkan belia-belia Melayu untuk menyertai perkhidmatan tentera Jepun yang dinamakan pasukan aiho dan oabang. Mereka juga dikehendaki menyertai pasukan polis Jepun yang dikenali sebagai kabotai. Jepun berbuat demikian untuk membantu menjaga keselamatan dan keamanan Tanah Melayu.

Pada 14 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah tanpa syarat kepada Tentera Berikat. Tempoh 14 hari sebelum kedatangan Inggeris telah digunakan oleh Kumpulan Bintang Tiga untuk mentadbir beberapa buah bandar di Tanah Melayu dengan penuh kekejaman.

Pada 16 November 1953, pasukan yang diketuai oleh Sarjan Hassan telah membuat serang hendap ke atas kawasan perkhemahan sementera pasukan komunis di hutan Pahang. Dalam serangan itu, pasukan Sarjan Hassan berjaya membunuh empat prang pengganas komunis.

Kita hendaklah berani melakukan sesuatu perkara demi melaksanakan sesuatu tugas.

Page 3: Contoh Jawapan Komsas (Pulau Pinang & Perak & Kedah)

Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusuf

Berdasarkan novel yang anda kaji, nyadakan tiga pengajaran dan contoh peristiwa bagi menjelaskan setiap pengajaran tersebut.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan satu ialah Aku Anak Timur yang dikarya oleh Siti Aminah Hj. Yusuf. Pengajaran merupakan perkara-perkara yang boleh menjadi didikan atau teladan kepada pembaca.

Pengajaran pertama dalam novel ini ialah kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Contohnya, tindakan Zarina yang keluar dengan Niek tanpa memberitahu orang tuanya membuatkan dia hampir-hampir diperkosa sewaktu menghadiri majlis hari jadi kawan Niek.

Pengajaran kedua dalam novel ini ialah kita mestilah berusaha mempertahankan maruah diri. Contohnya, tindakan Zarina yang melarikan diri dari majlis hari jadi kawan Niek apabila dia menyedari sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas dirinya.

Pengajaran ketiga dalam novel ini ialah kita hendaklah berhati-hati apabila mengenali seorang kawan baru. Zarina terlalu cepat mempercayai Niek yang baru dikenali dan mudah mengikut Niek ke beberapa tempat termasuklah ke majlis hari jadi kawan Niek.

___________________________________________________________________________

Huraikan dua persamaan perwatakan bagi watak utama dalam novel yang anda kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 3.

Tingkatan NovelWatak Utama

SatuAku Anak Timur

Karya Siti Aminah Haji YusofZARINA

TigaMerdeka! Merdeka!

Karya A. Rahman HanafiahKUDIN

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan satu ialah Aku Anak Timur yang dikarya oleh Siti Aminah Haji Yusof dan Tingkatan tiga iaitu Merdeka! Merdeka! yang dikarya oleh A. Rahman Hanafiah. Watak utama dalam novel kedua-dua tersebut ialah Zarina dan Kudin.

PENGAJARAN

Pengajaran ialah perkara-perkara yang boleh menjadi didikan atau teladan kepada pembaca.

Page 4: Contoh Jawapan Komsas (Pulau Pinang & Perak & Kedah)

Persamaan antara Zarina dan Kudin ialah kedua-dua daripada mereka bertanggungjawab dan rajin. Zarina bertanggungjawab untuk mempertahankan maruah dirinya sebagai anak timur daripada hanyut dalam pergaulan babas masyarakat barat. Dia lantas mengambil keputusan untuk melarikan diri semasa menghadiri hari jadi rakan Niek Van Hoeve setelah menyedari bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa dirinya. Bagi Kudin, dia telah bersama-sama dengan pejuang-pejuang bangsa yang lain telah berusaha untuk menghalang pihak Inggeris daripada melaksanakan gagasan Malayan Union di negara ini. Atas perasaan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara, dia tidak henti-henti berjuang sehinggalah usaha mereka mendatangkan hasil apabila rancangan penubuhan Malayan Union gagal dilaksanakan.

Sikap rajin juga merupakan persamaan antara Zarina dan Kudin. Zarina tetap membawa buku dan dia rajin mengulang kaji pelajaran walaupun dia bercuti di Belanda kerana dia sedar bahawa dia akan mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Bagi Kudin pula, sebagai anak muda kampung, Kudin begitu rajin membantu ayah dan ibunya menoreh getah dan turun ke sawah pada waktu petang kerana itulah mata pencarian penduduk kampung.