Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

13
30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3 data:text/html;charset=utf8,%3Ch2%20class%3D%22dateheader%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 1/13 Wednesday, July 02, 2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3 Nota Penting: Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan panduan Geografi PT3 2014 yang tertera dibawah. Sila huraikan isi penting dibawah dengan menggunakan ayat anda sendiri. Contoh Laporan Kajian Kes Geografi boleh dilihat di link di bawah: http://www.andrewchoo.edu.my/wp‐content/uploads/2014/06/TUGASAN‐GEOGRAFI‐Pencemaran‐Alam‐Sekitar‐ Udara‐Air‐Tanah‐Bau‐panduan‐pelajar.pdf Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugas anda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir http://geografipbs.blogspot.com/2014/06/pt3‐geografi.html contoh soal selidik contoh borang soal selidik lain

description

..

Transcript of Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

Page 1: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 1/13

W e d n e s d a y , J u l y 0 2 , 2 0 1 4

Con t oh J awapan Tuga s an Geog r a f i PT3 2 0 1 4 T i n gka t an3

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

Nota Penting: Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan panduan Geografi PT3 2014yang tertera dibawah. Sila huraikan isi penting dibawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Contoh Laporan Kajian Kes Geografi boleh dilihat di link di bawah:http://www.andrewchoo.edu.my/wp‐content/uploads/2014/06/TUGASAN‐GEOGRAFI‐Pencemaran‐Alam‐Sekitar‐Udara‐Air‐Tanah‐Bau‐panduan‐pelajar.pdf

Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugasanda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir

http://geografipbs.blogspot.com/2014/06/pt3‐geografi.html

contoh soal selidik

contoh borang soal selidik lain

Page 2: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 2/13

Format laporan tugasan Geografi

Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur (anda boleh pilih sama ada udara, air, tanih)

Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di bandaraya KualaLumpur (kes kajian mesti di tempat anda sendiri)

contoh:a) Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air atau tanih)b) Mengkaji faktor atau punca pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpurc) Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpurd) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya Kuala Lumpur

Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual

1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji (pilih mengikut tajuk yang anda pilih sama ada pencemaran udara, air atau tanih)

Pencemaran Udara : Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yangterkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan‐bahan tersebut terampai di udaradan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalahmelalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya.

Pencemaran Air :Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa‐apa perubahan langsung atau tidaklangsung kepada sifat‐sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana‐mana bahagian alam sekitar yangmelepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatukeadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepadahidupan lain termasuk hidupan akuatik.

Pencemaran Tanih :Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadipertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal.Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkanpencemaran tanah berlaku.

Pencemaran Bau:satu perbuatan yang boleh mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehinggamemberikan kesan negative kepada haiwan dan manusia

2. Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut(huraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. anda perlumenghuraikan mengikut kajian kes di tempat anda sendiri. dan huraikan juga mengikut ayat anda sendiri)

Faktor dan Punca Pencemaran UdaraAntara penyebab utama pencemaran udara adalah:

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.

Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.

Page 3: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 3/13

Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasajuga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.

Penyemburan racun makhluk perosak

Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk

Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibattiupan angin.

Letusan gunung berapi

Pelepasan asap kenderaan

Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

Faktor dan Punca Pencemaran AirAntara penyebab utama pencemaran air adalah:

1. Limpahan Minyak Ke Dalam LautCari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air. Penggerudian perigi‐perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini.Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar. Tumbahan minyak akan mengapungmenutupi permukaan air, lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisantersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang. Selainitu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burunglaut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,t idak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempatlain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan. Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyakdi Teluk Mexico. Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.

2. Sisa Buangan Dari KilangKilang‐kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan‐bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalamsungai‐sungai. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungibahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yangmengakibatkan sungai tercemar. Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupanakuatik. Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupanakuatik.

3. Bahan Buangan Domestik Dan OrganikBahan‐bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungaiseperti sampah, minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila bahan buangan domestik inidibuang dalam sungai, maka air sungai akan menjadi keruh, berkeladak dan kotor, ini akan menyebabkan organismaaquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh, padahnya maut. Bahan organik adalah seperti baja.

4. PertanianPertanian juga punca pencemaran air. Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur‐sayuran dan padimenghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai‐sungai. Pestisid dan insektisid atau dikenaliracun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliransisa‐sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan. Air sungai yang mengandungi sisa‐sisa racun ini akanmemudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.

Faktor dan Punca Pencemaran BauAntara penyebab utama pencemaran bau adalah:

1. dari kawasan pelupusan sampah.

Page 4: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 4/13

Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah seringmenimbulkan bau busuk.Ini mengganggu keselesaan warga sekolah.

2. dari kawasan penternakan ayam.

Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan wargasekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi.

3. dari kawasan perniagaan kedai‐kedai makanan.

Pembuangan sisa‐sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat.Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

4. dari aliran parit yang tersumbat.

Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau,apabila parit ini dipenuhi sampah‐sarap yang menyebabnya tersumbat.

5. pelepasan habuk yang tersebar melalui udara.Contohnya ada sebahagian masyarakat yang melakukan aktiviti seharian mereka dengan melakukan aktiviti seharianmereka dengan melakukan pembakaran sisa kayu bagi membersihkan kawasan mereka tanpa mengambil kira kesanterhadap alam sekitar. Bagi aktiviti pertanian iaitu penanaman padi,mereka akan melakukan proses sekam padiselepas menuai padi. Mereka tidak sedar bahawa habuk daripada aktiviti tersebut akan tersebar melalui udara.

faktor lain yang boleh dihuraikan:

sistem pembentungan yang tidak dibaikpulih

sikap segelintir masyarakat

pencemaran sungai/air

3. Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian(huraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadianyang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian kes anda)

Kesan Pencemaran UdaraKesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan, haiwan, penipisan lapisan ozon,hujan asid, pemanasan global.Kesan terhadap Kesihatan Manusia

menjejaskan sistem pernafasan.

Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan‐bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskanmatamanusia.

Page 5: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 5/13

Kesan Terhadap Tumbuh‐tumbuhan

Tumbuh‐tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis(Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.

Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon diudara.

Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripadapendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan

Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan‐haiwan terancam dan terbunuh.

Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedahkepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara.

Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepadahaiwan.

Kesan Terhadap Bahan

Bahan‐bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian,dan juga benda‐benda lain.

Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira‐kira 0.3mikrometer.

Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalamudara.

Bahan cemar juga menyebabkan fabrik‐fabrik mudah rosak.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi inidaripada sinaran terus matahari.

Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat‐alat penyembur, alat penyamanudara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.

Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahayakepada manusia dan juga hidupan lain.

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalahkesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas‐gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumimeningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Kesan Pencemaran BauPencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan‐kesannya ialah :

1. Bau busukLonggokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotordan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.

2. Udara tercemarLonggokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana dan ini juga bolehmendatangkan bau yang amat busuk.

Page 6: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 6/13

3. Pembiakan lalatLonggokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakanlalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan wargasekolah.

4.PenyakitPersekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna,mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentuberbahaya kepada warga sekolah. 5.Air TercemarParit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuktetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancamhidupan air seperti ikan.

Kesan Pencemaran Air

(a) Kesan Kepada ManusiaKesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang mengandungi bakteria, virus, parasit danbahan kimia yang lain. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksikkepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Yang menjadi mangsa adalah penduduk asli yang kini tinggal di tepisungai apabila mereka menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

(b) Kesan Kepada Organisma AkuatikPencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut, sungai, tasik dan air dari tanah. Air yang tercemar olehpembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dari kilang‐kilang, dan minyak mentah dari kapal‐kapal tangki yangbocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati. Jika pencemaran sungaitersebut berlarutan, bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atauunggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu, organisma akuatik akanmengalami kepupusan. Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenis‐jenis organisma akuatik.

4. Mencadangkan langkah‐langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.(huraikan langkah‐langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan pencemaran yang anda pilih dengan jelas danteratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian sertacontoh di kawasan kajian kes anda. langkah‐langkah di bawah juga buleh digunapakai untuk pencemaran‐pencemaranyang lain mengikut kesesuaian)

Langkah mengurangkan pencemaran udaraAntara langkah untuk mengurangkan pencemaran udara adalah:

Menghijaukan kawasan

Penggunaan petrol tanpa plumbum

Program kitar semula

Kempen

Tindakan Undang‐undang

Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

(a) Menghijaukan kawasan

Page 7: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 7/13

Penanaman pokok seperti pokok buah‐buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalahpeningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkankandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

(b) Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkanmasalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

(c) Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasidengan menggalakkan mereka menjual barang‐barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai.Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang‐barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

(d) Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kitaterpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untukgenerasi akan datang.

(e) Penukar bermangkin

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter. Penguranganini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industripembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two‐way Catalytic Converters) boleh mengurangkanhingga 98% unsur‐unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada KarbonDioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three‐way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida‐ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaanbermotor.

(f) Tindakan Undang‐undang

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individuatau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang‐undang yang sedia ada untuk menghukum pihak‐pihakyang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.

Page 8: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 8/13

(g) Memperkenalkan Pendidikan Alam SekitarSelain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid‐murid sekolah. Pendidikanalam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yangkhusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata‐mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaransecara lebih berkesan.

Langkah mengurangkan pencemaran bauAntara langkah untuk mengurangkan pencemaran bau adalah:(huraikan mengikut ayat anda sendiri)

penguatkuasaan undang‐undang

pemerkasakan sistem‐sistem yang berkaitan

rancangan pembangunan

kempen berterusan dan praktikal

kepimpinan melalui teladan

penerapan dalam sistem pendidikan

Anugerah kualiti alam sekitar diperluaskan

gotong royong

contoh huraian:

(a) Gotong RoyongSelain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong‐royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadiaktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakankawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilaicintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah.

(b) Penguatkuasaan Undang‐undangPihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana‐mana konsortium atau badan swasta yangdipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah.Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambiltindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkansehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah.

Langkah‐langkah Mengatasi Pencemaran AirLangkah‐langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah seperti berikut:

(i) Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling‐ dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisa‐sisa kumbahan daripada industri dan loji‐loji perludirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Kemudian, KerajaanTempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makananuntuk menghalang sisa makanan, minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.

(ii) Melaksanakan program ‘Peningkatan Kualiti Air Sungai’‐ mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.

(iii) Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti‐aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid‐murid dan orang ramai harus

Page 9: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20bo… 9/13

dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai. Pada masa yang sama, pihak‐pihak yangmelakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar, jika disabit kesalahan terus dikenakan hukumandenda atau penjara atau kedua‐duanya sekali.

5. Kesimpulan/ RumusanKesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Walaupunhal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalahpencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasi‐generasi yang akan dating memerlukan alam sekitaryang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta olehtuhan.

6. Sumber/ RujukanSenaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.(lihat contoh penulisan sumber pada tugasan sejarah)

sumber baru:saya memberikan anda satu folio/kajian lengkap mengenai Pencemaran Alam sekitar yang merangkumi pencemaranair, tanah, udara:

Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Setiawangsa ,Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur

Folio Geografi Tingkatan 3 2011 Pencemaran Alam Sekitar

Kajian Geografi Tempatan (Pencemaran Alam Sekitar)

*****

Konsep Urbanisasi

Pembandaran atau Urbanisasi adalah satu fenomena yang lazim berlaku khususnya di negara yang sedang membangun.Secara umumnya istilah Urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar.Urbanisasi sering berlaku apabila penempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleksseperti dari bandar yang kecil menjadi bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.

Konsep Urbanisasi seringkali dikait kan dengan :

i) Pertambahan dan peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Di Malaysia sesebuah penempatan itudikelaskan sebagai bandar jika jumlah penduduk di sekitar kawasan tersebut telah melebihi 10000 orang.

ii) Perluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang niaga kawasan penempatan, peningkatan sistemjaringan pengangkutan dan pertambahan fungsi bandar.

iii) Urbanisasi juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk di sesebuah kawasandari ekonomi tradisional kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan,perdagangan, dan lain‐lain lagi.

iv) Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden.

Konsep Urbanisasi : PEMBANDARAN

Page 10: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20b… 10/13

1.0. MAKSUD PEMBANDARAN/URBANISASI: Pembandaran/urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaranjuga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya sepertidari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya

2.0. ASPEK‐ASPEK PROSES PEMBANDARANi. pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal di kawasan bandar–bandar lebih 10 000 orangii. perluasan saiz bandar, pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistempengangkutan, pertambahan fungsi bandar dlliii. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk dari kawasan ekonomi tradisional/pertanian kepada eknomimoden seperti perkilanagan, perkhidmatan, perniagaan, perdagagan dlliv. Perubahan cara hidup dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden

3.0. TAHAP PERKEMBANGAN PEMBANDARAN DI MALAYSIA

A. PEMBANDARAN AWAL (ABAD KE 15)i. melaka‐pusat bandar yang luas di rantau ini‐pusat pentadbiran, perdagangan, penyebaran agama, petempatan dllii. sebab‐kedudukan strategik, dasar kolonialisme‐tidak membenarkan bandar lain wujud

B. ZAMAN PENJAJAHANi. pusat‐pusat petempatan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran bahan mentahii. tarikan utama‐bijih timah ‐ taiping, larut, ipoh, kuala kumpur

C. PEMBANDARAN SELEPAS MERDEKAi. berlaku migrasi besar‐besaran ke kawasan bandar‐urbanusasi semakin pesatii. migrasi untuk mencari pekerjaan dan juga melanjutkan pelajaran di bandar‐bandariii. contohnya bandar kuala lumpur, johor bharu, ipoh dlliv. bandar‐bandar utama terus berkembang sedangkan kawasan lain terus ketinggalan‐mewujudkan dualisme ekonomi.

D. PEMBANDARAN ERA 1990‐an DAN ABAD KE 21i. penyebaran urbanisasi ke pinggir bandar‐dimajukan dan dibangunkan sebagai bandar satelit‐bandar baru yanglengkap dan modenii. bandar‐bandar sekitar kuala lumpur‐selayang, bandar baru nilai, setapak, cheras, snawangiii. bandar‐bandar baru berteraskan industri di desa‐kerteh‐petroleum, MEC city kuantan‐elektronik.iv. Abad ke 21‐era it‐jaringan internet,e‐mel, sistem jaringan telekomunikasi yang canggih‐MSC, CYBERJAYA

FENOMENA PEMBANDARAN

7.1. REBAKAN BANDARProses perluasan saiz bandar dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke pinggir bandar. Berkembang sejajardengan perkembangan sistem jaringan pengangkutan

7.2. SUBBANDARMurujuk kepada kawasan pinggir bandarKawasan pinggir bandar berperanan sebagai penyokong kepada pusat bandarBerkait rapat dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandarFungsi yang biasa seperti petempatan dan perindustrianSubbandar kan membentuk bandar baru

7.3. METROPOLISSesebuah bandaraya akan digelas metropolis apabila mempunyai penduduk melebihi sejuta orangMempunyai hairarki yang lebih tinggi

Page 11: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20b… 11/13

Lingkungan pengaruh yang lebih luas dari bandar rayaMempunyai kepelbagaian fungsi‐pusat pentadbiran, perkhidmatan, pengangkutan, perdagangan, kewangan,pendidikan, perniagaan

7.4. MEGALOPOLISPercantuman metropolis‐metropolis membentuk saiz yang lebih luas dan besar‐megalopolisPenduduk melebihi 10 juta orangContoh‐ megalopolis boston‐ penduduk 40 juta orang‐ keluasan 700 kilometerMegalopolis tokaido‐ menacntumkan tokyo, yokohama

7.5. KONURBASIProses penggabungan dan percantuman antara pinggir bandar dengan pinggir bandar yang lainDua buah bandar bercantum‐ zon konurbasiContoh shah alam dan petaling jaya

7.6. BANDAR SATELITBandar yang dibina dan diwujudkan tidak jauh dari bandar indukFungsi‐ kawasan kediaman dan perindustrianBandar sateli dengan bandar utama masih berhubung dari segi pentadbiran, kewangan, peniagaan dan perkhidmtanHubungan diteruskan dengan rangkaian pengangkutan

7.7. BANDAR BARUKawasan petempatan bercirikan bandarDirancang dan dibangunkan di kawasan yang tidak ada bandar khususnya di luar bandarBerkembang tanpa perlu bergantung dengan bandar lain. Contoh‐ bandar baru Bangi/ Nilai dll

MASALAH PEMBANDARAN

8.1. MASALAH DI KAWASAN BANDARi. masalah pengangguran dan kemiskinan bandar‐penduduk ramai, kerja kurang, kurang pendidikan dan tidak dapatbersaingii. masalah perumahan dan fenomena persetingganan‐tidak mampu memiliki rumahiii. masalah persekitaran fizikal bandar‐ pencemaran udara, air, tanah, bau, bunyiiv. Masalah persekitaran sosial bandar‐ kadar jenayah, pelacuran, pengedaran dadah , kesihatan dllv. Masalah ke atas sumber‐sumber alam di bandar‐ tekanan terhadap sumber tanah, kepupusan hutan, kerosakansumber‐tanah menjadi mahal

Masalah Penduduk Lebihan1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa.2. Kemiskinan semakin meningkat‐ akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak mencukupi, tanah pertanianyang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang ramai.3. Pertambahan tanggungan / beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas – pendidikan, kesihatan bagimenampung keperluan penduduk muda.4. Kekurangan peluang pekerjaan – penduduk ramai pekerjaan terhas berlakunya pengangguran.5. Kepadatan penduduk Bandar tinggi‐ berlaku kesesakan seperti setinggan dan masalah sosial.6. taraf hidup rendah‐ negara tidak maju.7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan‐ kadar buta huruf tinggi.8. Kekurangan makanan‐ kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat menampung jumlah penduduk.9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi.10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.

Tempoh Pelaksanaan

Page 12: Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

30/11/2014 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

data:text/html;charset=utf­8,%3Ch2%20class%3D%22date­header%22%20style%3D%22margin%3A%200.5em%3B%20position%3A%20relative%3B%20b… 12/13

Related Posts : PBS, Pendidikan, PT3

Perkenalkan Semula Hukuman Merotan di Sekolah

UPSR Bocor: 2 Guru Mengaku Tidak Bersalah

Tips Menjawab Peperiksaan SPM 2014

Takwim Persekolahan Tahun 2015

PT3 menggantikan PMR

Guru Takut Penurunan Prestasi yang Besar dalam PT3

Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014

Tangguhkan PBS!

Keputusan UPSR 2014 Menurun

Related Posts Widget[?]

1 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014

Sumber: melvister.com , cikguhailmi.comDiolah dan Diedit oleh saya sendiri!

untuk info lanjut, sila download panduan guru dan panduan murid bagi tugasan kajian kes Geografi ‐‐> klik sini

lihat juga:Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3

dah dapat jawapan? jom komen PT3 pulak. tinggalkan komen di:Jom Komen Beramai‐ramai