contoh jenis pendahuluan

2
Contoh- contoh pendahuluan karangan 1. definisi Kemasukan pendatang tanpa izin telah memberi kesan kepada ekonomi dan sosial negara ini. Huraikan Pendatang tanpa izin didefinisikan sebagai warganegara asing yang memasuki sebuah negara lain tanpa dokumen perjalanan yang sah, iaitu tanpa menjalani pemeriksaan imigresen. Kebanyakan pendatang tanpa izin ialah dari negara Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh dll. 2. keadaan atau situasi semasa Penciptaan senjata nuklear semakin meluas dikuasai oleh barat. Penciptaannya mampu menjadi agen pemusnah yang berkesan dalam peperangan. Dalam pada itu ia turut mendatangkan bahaya kepada alam sekitar. Bincangkan. Pada zaman yang serba canggih ini, penggunaan senjata nuklear semakin berleluasa . Senjata nuclear dicipta dan digunakan oleh mana- mana pihak untuk mendapat kemenangan dalam peperangan. Namun begitu penggunaannya mendatangkan kesan buruk ke atas manusia dan alam sekitar. 3. latar belakang sejarah Malaysia sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1994 ekoran kejayaan daripada kejayaan Tahun Melawat Malaysia tahun 1990, dengan harapan dapat menarik ramai pelancong. Huraikan bagaimana Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong ke negara ini. Tidak dinafikan bahawa sektor pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan Negara yang penting dan telah mendapat perhatian kerajaan untuk memajukannya. Ini terbukti apabila kerajaan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 dan 1994 yang dapat menarik perhatian beribu-ribu orang pelancong untuk datang ke negara ini. 4. Kata –kata tokoh Manusia harus mempelajari daripada sejarah kealpaan manusia menyebabkan banyak angkara dan kemusnahan berlaku. Huraikan

Transcript of contoh jenis pendahuluan

Page 1: contoh jenis pendahuluan

Contoh- contoh pendahuluan karangan

1. definisi Kemasukan pendatang tanpa izin telah memberi kesan kepada ekonomi dan sosial negara ini. Huraikan Pendatang tanpa izin didefinisikan sebagai warganegara asing yang memasuki sebuah negara lain tanpa dokumen perjalanan yang sah, iaitu tanpa menjalani pemeriksaan imigresen. Kebanyakan pendatang tanpa izin ialah dari negara Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh dll.

2. keadaanatau situasi semasa

Penciptaan senjata nuklear semakin meluas dikuasai oleh barat. Penciptaannya mampu menjadi agen pemusnah yang berkesan dalam peperangan. Dalam pada itu ia turut mendatangkan bahaya kepada alam sekitar. Bincangkan. Pada zaman yang serba canggih ini, penggunaan senjata nuklear semakin berleluasa . Senjata nuclear dicipta dan digunakan oleh mana-mana pihak untuk mendapat kemenangan dalam peperangan. Namun begitu penggunaannya mendatangkan kesan buruk ke atas manusia dan alam sekitar.

3. latar belakang sejarah

Malaysia sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1994 ekoran kejayaan daripada kejayaan Tahun Melawat Malaysia tahun 1990, dengan harapan dapat menarik ramai pelancong.Huraikan bagaimana Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong ke negara ini. Tidak dinafikan bahawa sektor pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan Negara yang penting dan telah mendapat perhatian kerajaan untuk memajukannya. Ini terbukti apabila kerajaan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 dan 1994 yang dapat menarik perhatian beribu-ribu orang pelancong untuk datang ke negara ini.

4. Kata –kata tokoh

Manusia harus mempelajari daripada sejarah kealpaan manusia menyebabkan banyak angkara dan kemusnahan berlaku. Huraikan kepentingan sejarah dalam kehidupan manusia.“………….Hari Kebangsaan adalah satu hari kita mengenang kembali sejarah kita menuntut kemerdekaan Negara. Generasi muda sepatutnya mengetahui sejarah perjuangan supaya tidak lupa akan pentingnya memelihara dan menghargai

Page 2: contoh jenis pendahuluan

kemerdekaan Negara Malaysia……..”. Demikianlah ungkapan kata-kata Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam perutusan beliau sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke- 36 tahun pada tahun 1993.

5.peribahasa, kata-kata hikmat atau cogankata

Dalam sebuah Negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, memerlukan proses intergrasi nasional supaya dapat mempertingkatkan lagi perpaduan dan kemajuan Negara. Berikan pandangan anda tentang langkah-langkah mempercepatkan proses intergrasi nasional.

i