Contoh K1 Sejarah SET 1

27
SULIT NO KAD PENGENALAN : ANGKA GILIRAN : MODUL SPM 2013 TINGKATAN 4 1249/1 SEJARAH Kertas 1 JULAI / OGOS 1 jam Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan , iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 1 JABATAN PELAJARAN PERAK

description

Soalan Sejarah

Transcript of Contoh K1 Sejarah SET 1

Page 1: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

NO KAD PENGENALAN :

ANGKA GILIRAN :

MODUL SPM 2013 TINGKATAN 4 1249/1 SEJARAHKertas 1JULAI / OGOS1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan , iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

1

JABATAN PELAJARAN PERAK

Page 2: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

1 Sesebuah masyarakat itu dianggap sudah bertamadun apabila

A pertambahan penduduk

B mendapat mandat tuhan

C wujud petempatan kekal

D Kekuatan sistem pertahanan

2 Bagaimanakah Undang-undang Hammurabi disampaikan kepada rakyat Mesopotamia?

A Dipahat pada tembok

B Diedarkan ke setiap rumah

C Diajarkan di sekolah

D Dibukukan

3 Siapakah yang membantu rahib dalam urusan pentadbiran tamadun Mesir Purba?

A Tentera

B Pedagang

C Jurutulis

D Artisan

2

Page 3: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

4 Senarai berikut merujuk kepada bandar terancang dalam Tamadun Indus

Mohenjo Daro Harappa

Apakah faktor yang membolehkan bandar tersebut dibina?

A Pertembungan tamadun

B Kecekapan pemerintah

C Kesetiaan penduduk

D Perluasan pengaruh

5 Apakah kesan Perang Kalinga kepada Maharaja Asoka?

A Mengembangkan ajaran Buddha

B Memulakan pentadbiran empayar

C Meluaskan kuasa sehingga ke Asia

D Menggunakan kekerasan dalam perang

6 Maklumat berikut merujuk kepada falsafah perundangan yang diamalkan dalam Tamadun China

3

Page 4: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

Legalisme

Apakah yang ditekankan oleh falsafah tersebut?

A Pengaruh golongan agama dalam masyarakat

B Pelaksanaan undang-undang berbeza mengikut taraf

C Kasih sayang dapat melahirkan masyarakat yang baik

D Undang-undang dapat mengawal tingkah laku manusia

7 Julius Caesar telah menjadi diktator semasa menguasai kerajaan Rom.

Apakah gelaran yang beliau gunakan ketika itu?

A Duke

B Wazir

C Praeotor

D Maharaja

8 Sekiranya anda seorang warganegara lelaki di Athens, anda layak menganggotai

4

Page 5: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

A Dewan Perhimpunan

B Dewan Rakyat

C Dewan Negara

D Dewan Senat

9 Tasik Tonle Sap amat penting bagi kerajaan

A Champa

B Langkasuka

C Srivijaya

D Angkor

10 Gambarajah berikut merujuk kepada perkembangan pelabuhan pembekal apabila menjadi sebuah negeri.

5

Page 6: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

Apakah X?

A Pelabuhan Entrepot

B Pelabuhan Kerajaan

C Pelabuhan Antarabangsa

D Pelabuhan Pembekal

11 Konsep ketaatan rakyat terhadap raja dikenali sebagai

A Tulah

B Daulah

C Daulat

D Derhaka

12 Ukiran yang terdapat pada candi Angkor Wat menggambarkan tentang epik

A Ramayana dan Mahabharata

6

Pelabuhan pembekal

Pelabuhan X

Page 7: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

B Hikayat Seri Rama

C Negarakertagama

D Puranas

13 Senarai berikut merujuk kepada pembahagian masyarakat Arab Jahilliah.

● Hadari

● Badwi

Masyarakat tersebut berbeza dari aspek

A fahaman politik

B tahap pendidikan

C lokasi petempatan

D taraf sosioekonomi

14 Senarai berikut merujuk kepada amalan masyarakat Arab Jahiliah.

● Mementingkan suku kaum

7

Page 8: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

● Mengamalkan sistem berkabilah

Apakah kesan daripada amalan tersebut?

A Kerajaan sering bertukar ganti

B Kelemahan sistem kekeluargaan

C Kemunculan semangat assabiah

D Kegiatan ekonomi tidak berkembang

15 Apakah sifat Nabi Muhammad s.a.w sehingga baginda diberi gelaran al-Amin?

A Penyayang

B Amanah

C Bijaksana

D Bertolak ansur

16 Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. mengambil pendekatan dakwah secara rahsia pada peringkat awal?

A Bilangan pengikut yang sedikit

B Fahaman assabiah yang menebal

8

Page 9: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

C Mengelakkan perbalahan kaum

D Mendapatkan sokongan dari sahabat

17 Apakah kesan Perjanjian Aqabah Kedua yang ditandatangani oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masehi.

A Peluasan kuasa

B Pembukaan kota Makkah

C Penghijrahan umat Islam

D Penentangan puak Quraisy Makkah

18 Maklumat berikut merujuk kepada pendapat orientalis barat.

Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu pelarian

9

Page 10: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

Mengapakah pendapat tersebut disangkal oleh umat Islam?

A Perpindahan tidak dihalang

B Jemputan orang Madinah

C Sokongan orang Quraisy

D Desakan umat Islam

19 Apakah strategi yang digunakan oleh orang Islam Madinah dalam Perang Khandak?

A Perang gerila

B Menggali parit

C Serangan hendap

D Membina kubu

20 Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula Kota Makkah?

A Menonjolkan kehebatan Islam

B Peluang meningkatkan taraf hidup

10

Page 11: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

C Mewujudkan pusat pemerintahan baru

D Puak Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah

21. Apakah pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al Khattab r.a

semasa pemerintahan beliau ?

I Memperkenalkan kalendar Islam

II Mengumpul tulisan Al Quran

III Membina angkatan tentera laut

IV Memisahkan Jabatan Kehakiman

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

22 Apakah kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Umaiyah dalam bidang pertanian?

A Memperkenalkan tanaman bergilir

B Membina sistem saliran

C Menghasilkan benih berkualiti

11

Page 12: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

D Mencipta teknik pembajakan tanah

23 Mengapakah institusi baitulhikmah diperkenalkan semasa zaman Khalifah Harun al -Rasyid?

A Menguruskan harta kerajaan

B Menyelaraskan tugas khalifah

C Menjalankan kegiatan penterjemahan

D Mengendalikan perlantikan pegawai kerajaan

24 Tentera Islam semasa zaman kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai semangat Ghazi.

Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Ghazi ?

A Semangat perpaduan

B Semangat belas kasihan

C Semangat kepahlawanan

D Semangat bertolak ansur

25 Jadual di bawah merujuk kepada teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

12

Page 13: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

Teori Kedatangan Islam Bukti

Dari Semenanjung Tanah Arab

Persamaan hasil kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat

di Semenanjung Tanah Arab

Siapakah tokoh yang mengutarakan pendapat tersebut?

A S.Q. Fatimi

B John Crawford

C Emanuel Gadinho Eredia

D Profesor Syed Muhammad Naquib

26 Apakah jawatan yang dianugerahkan kepada pedagang Islam yang berurus niaga di Asia Tenggara?

A Bendahara

B Laksamana

C Temenggong

D Syahbandar

13

Page 14: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

27 Bagaimanakah kerajaan Acheh menyekat pengaruh agama Kristian di Kepulauan Melayu?

A Memerangi kuasa barat

B Menakluk negeri-negeri tersebut

C Mempergiat kegiatan dakwah Islamiah

D Menandatangani perjanjian dengan kuasa barat

28 Undang-undang syariah tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah Islam di Asia Tenggara kerana

A Masyarakat majmuk

B Pengaruh Hindu-Buddha

C Halangan penjajah barat

D Terikat peraturan adat

29 Senarai berikut merujuk kepada istilah yang diamalkan oleh raja selepas kedatangan Islam.

Zillullah fil-alam Zillullah fil-ardh

Apakah kepentingan istilah tersebut kepada seseorang pemerintah?

14

Page 15: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

A Mengesahkan kewibawaan

B Menerangkan nasab keturunan

C Melicinkan sistem pentadbiran

D Memantapkan kedudukan Islam

30 Apakah ciri parilineal dalam Adat Temenggung?

A Perlantikan ketua adat

B Keturunan bapa diutamakan

C Perempuan mewarisi harta

D Hukuman berbentuk diat

31 Apakah aspek perundangan yang terdapat dalam Hukum Kanun Manu?

A Berlandaskan syariah

B Hukuman berdasarkan kelas

C Pembesar berkuasa menjatuhkan hukuman

D Menerangkan pantang larang dalam masyarakat

32 Antara berikut manakah ciri sistem madrasah yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional?

15

Page 16: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

I Diawasi oleh mudir

II Tiada batasan waktu

III Melahirkan guru agama

IV Berdasarkan sukatan pelajaran

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

33 Apakah faktor yang mendorong kemunculan golongan Baron di Eropah pada Zaman Gelap?

A Kemusnahan kuasa pusat

B Kemunculan petani kecil

C Keperluan bahan mentah

D Kemerosotan perdagangan

34 Bagaimanakah golongan monarki baru mengukuhkan kuasa mereka pada Zaman Renaissance?

A Menubuhkan kerajaan pusat

16

Page 17: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

B Mewujudkan tentera upahan

C Meningkatkan penguasaan gereja

D Memberi tanah kepada bangsawan

35 Senarai berikut merujuk kepada penyelewengan pihak Gereja Katolik di Eropah.

Penjualan sijl Indulgences Mengamalkan gaya hidup pemerintah

Apakah kesan amalan tersebut?

A Kegiatan ekonomi semakin berkembang

B Penentangan terhadap pemerintah

C Pengukuhan pengaruh Katolik

D Kelahiran mazhab Protestant

17

Page 18: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

36

Gold Glory Gospel

Istilah-istilah di atas berkait rapat dengan

A penjelajahan orang Eropah

B kemerosotan ilmu Zaman Gelap

C pencapaian hebat Revolusi Perindustrian

D golongan patron pada Zaman Renaissance

37 Aktiviti ekonomi yang tidak menghasilkan lebihan produk untuk tujuan pemasaran dikenali sebagai

A dwi ekonomi

B tukar barang

C komersial

D sara diri

18

Page 19: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

38 Senarai berikut merujuk kepada syarikat British yang beroperasi di Tanah Melayu.

Guthrie Sime Darby

Apakah kegiatan yang dijalankan oleh syarikat tersebut?

A Perlombongan bijih timah

B Perusahaan pembalakan

C Membuka lading getah

D Kegiatan perikanan

39 Apakah kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20?

A Mendulang

19

Page 20: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

B Pam kerikil

C Kapal korek

D Lombong dedah

40 Mengapakah peranan komprador penting kepada institusi kewangan di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19?

A Penaja kepada peminjam wang di bank

B Pemodal kepada penduduk tempatan

C Penjamin kepada pelabur Eropah

D Penasihat kewangan kerajaan

20

Page 21: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

Jawapan Soalan Objektif

No Soalan Jawapan m.s Catatan

1 C 6

2 A 14

3 C 19

4 A 27

5 A 45

6 D 47

7 D 44

8 A 43

9 D 76

10 B 78

11 C 85

12 A 90

13 C 100

14 C 101

15 B 105

16 A 110

17 C 119

21

Page 22: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

18 B 120

19 B 130

20 D 134

21 B 146

22 B 154

23 C 156

24 C 159

25 D 175

26 D 180

27 B 181

28 D 186

29 A 197

30 B 199

31 B 199

32 B 203

33 A 215

34 D 219

35 D 221

36 A 225

37 D 244

38 C 248

39 C 251

40 A 257

22

Page 23: Contoh K1 Sejarah SET 1

SULIT

23