Contoh Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

download Contoh Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

If you can't read please download the document

Transcript of Contoh Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran merupakan aktiviti atau pross yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Proses ini meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Beliau berpendapat, di dalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha untuk menukarkan tingkah laku pelajar, manakala teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Maka proses pengajaran meliputi aktiviti-aktiviti latihan, pelaziman, tunjuk ajar atau indoktrinasi yang akan menukarkan tingkah laku dan kelakuan, disamping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada para pelajar. Bagi memudahkan proses pengajaran yang lebih berkesan berkenaan tajuk pembelajaran, Teori Konstruktivisme telah digunapakai dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar di dalam kelas. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan cara pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme ini telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Selain itu, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep. Rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, iaitu ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. Manakala, John Dewey telah menguatkan lagi teori ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Secara ringkasnya dan untuk memudahkan kefahaman, Teori konstruktivisme ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu: Pelajaran Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan dimana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk Guru bertanggungjawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang mereka pelajari. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dibina sendiri. Guru Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira sruktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Pelajar Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing.

ilmu pengetahuan dapat dibina. Guru tidak boleh belajar untuk murid tetapi murid yang membina kefahaman sendiri. Murid bukan hanya dibekalkan dengan faktafakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. Selepas satu sesi perbincangan, murid akan bersama-sama menentukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini, murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saintis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi. Murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segala-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah Murid diterima sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dimana setiap

individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Murid diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara2 yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Tarikh : Pengajian Am 2 : 12 Ogos 2010

Masa Bilangan Pelajar Tajuk Objektif

: 10.00 Am-11.20 Am (80 minit) : 30 Orang : Memindah dan membina media teks bukan linear kepada linear. : Pada akhir pengajaran pelajar dapat: 1) Kognitif i.ii.

Memahami dan menyatakan kehendak soalan. Menganalisis pola data yang diberi. Membandingbezakan jumlah data berdasarkan tahun Menghubungkaitkan fakta. Melakukan perhitungan melalui perbincangan ahli kumpulan. Membuat huraian yang jelas.

2) Afektif i. ii.

3) Psikomotor i. ii.

Aktiviti Pengajaran & Pembelajarani.

Set induksi Aktiviti Penutup

: Papan putih, pen marker, teknik Zakasi. : Perbincangan serta menyelesaikan soalan dalam kumpulan : Merumuskan isi kandungan pengajaran

ii. iii.

Refleksi: Modul inkuiri yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat sesuai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk ini. Pelajar mudah memahami cara pengajaran serta penerangan guru. Komunikasi dua hala juga berlaku di antara guru dengan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar.

PELAKSANAAN RANCANGAN PENGAJARAN Aktiviti Motivasi (2 minit) Set Induksi (10 minit) Aktiviti 1 Menerangkan teknik menjawab soalan dan edaran soalan latihan (10 minit) Aktiviti 2 Soalan pengukuhan diberi (20 minit) Aktiviti 3 Perbincangan dalam kumpulan (15 minit) Objektif Bersedia memulakan proses pembelajaran. Menarik perhatian pelajar agar lebih bersedia mengikuti proses P&P 1. Membentuk kumpulan 2. Menguasai teknik menjawab Aktiviti Guru Mengarah pelajar membaca doa Aktiviti Pelajar Membaca dan mengaminkan doa Kemahiran Catatan Nilai: Keberkatan

Menunjukkan teknik mengira Memerhati dengan teliti menggunakan Matematik Zakasi mengenai teknik yang diajar1. Guru mengarah pelajar 1. Pelajar membentuk 5

Menghubungkaitkan ABM: Papan teknik dengan tajuk putih, marker pelajaran Menggunakan formula dengan tepat ABM: Kalkulator, papan putih, marker.

membentuk 5 kumpulan. 2. Menerangkan formula dan kaedah menjawab soalan

Menilai kefahaman pelajar terhadap penggunaan formula yang telah diajar Murid dapat menyelesaikan soalan dengan tepat

1. Guru memaparkan contoh 2.

1.

2. 3.

soalan pada slide Guru menentukan soalan bagi setiap kumpulan untuk diselesaikan Guru meminta pelajar membandingkan jumlah data berdasarkan tahun Guru meminta pelajar menghubungkaitkan fakta. Guru meminta pelajar membuat huraian tentang sebab berlakunya perubahan pola.

kumpulan. 2. Pelajar mendengar arahan guru 3. Murid membuat latihan menjawab menggunakan formula yang dijelaskan. 1. Pelajar perlu memahami dan menganalisis kehendak soalan 1. Pelajar dapat membandingkan jumlah data berdasarkan tahun 2. Pelajar dapat Menghubungkaitkan fakta. 3. Pelajar membuat huraian tantang sebab perubahan pola. Pelajar menerangkan dan

Perbincangan dalam kumpulan, percambahan idea.

Nilai: Mematuhi arahan. kerjasama ABM: LCD 1. Menghubungkait Nilai: dan membezakan Kerjasama, data mengikut KBKK tahun. ABM:Papan 2. Membuat putih, LCD, karangan pendek marker berlandaskan fakta data Nilai: Tulus,

Aktiviti 4

Mendapatkan

Guru mengarahkan 1 wakil

1. Menerangkan

Pembentangan kumpulan (15 minit) Penutup (5 minit)

jawapan yang tepat

kumpulan membentangkan jawapan hasil perbincangan 1. Merumuskan tajuk yang telah diajar 2. Melevelkan tahap pemahaman pelajar

Pelajar memahami pelajaran berkenaan topik

menulis jawapan di papan putih dan menyatakan sebab berlakunya perubahan pola. Pelajar menunjukkan tahap kefahaman melalui rumusan guru

jawapan 2. Komunikasi dua hala Refleksi

keberanian. ABM: Papan putih, marker ABM: LCD