CONTOH KAJIAN-TINDAKAN-PETA-MINDA-DALAM-MATAPELAJARAN-SAINS.docx

download CONTOH KAJIAN-TINDAKAN-PETA-MINDA-DALAM-MATAPELAJARAN-SAINS.docx

of 64

Transcript of CONTOH KAJIAN-TINDAKAN-PETA-MINDA-DALAM-MATAPELAJARAN-SAINS.docx

30

1

Pn Siti Sara;Terlebih dahulu tahniah kerana anda sedang berusaha untuk memurnikan kajian anda. Teruskan usaha anda dengan fokus kepada komen-komen berikut:SILA BACA DAHULU KOMEN TERSEBUT!1) Abstrak yang ditulis adalah tidak betul! Kenapa ada perkataan akan dalam abstrak tersebut? Mana dapatan yang diperolehi? Apakah rumusannya? Implikasinya? Kenapa tidak disebut dalam bahagian ini? Berapa kali saya harus sebut perkara ini? Sila rujuk komen kali pertama saya! Sila perbetulkannya!

2) Kenapa kerangka konsep tidak dibetulkan? (c) Mengesan sikap saintifik dan nilai murni pelajar melalui strategi peta minda dan pembelajaran tradisional. Anda kaji sikap saintifik dan nilai murni dalam satu soalan? Mana boleh buat macan ini? Ada dua variable!!Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Peningkatan Prestasi, Sikap Positif dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Sains dalam topik Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga Tingkatan satu.Rajah 1.4: Rangka konsep KajianAnda guna perkataan sikap positif! Anda guna perkataan sikap saintifik, adakah kedua dua ini sama? Sila selaraskan! Anda tidak baca komen kali kedua saya ke?Prestasi, sikap positif dan motivasi pelajar setelah menerima kaedah pembelajaran peta minda adalah di antara hasil kajian ini. Mana boleh sebut Diantara? Fokus kepada soalan kajian anda! 3) Obkektif kajian dan soalan kajian No 2 anda adalah salah! Mana boleh ada dua variable dalam satu soalan? Sila betulkannya. Sudah DUA KALI saya sebut perkara ini! Masih tidak faham ke? Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam memupuk nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional Nilai = satu variable, sikap = satu variable!.

4) Hipotesis yang ditulis adalah juga salah! Sila betulkannya semula!

5) Tujuan kajian anda masih lagi tidak jelas! Anda menulis: Maka kajian ini bertujuan untuk menimbang penggunaan peta minda sebagai satu strategi pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Mana boleh menimbang? Ini adalah kajian sila jelaskan dengan fokus kepada tujuan yang sama!

6) Pastikan bahawa semua huruf s dalam perkataan sains ditulis dengan huruf S yang besar seperti Sains

7) Anda menulis: Kajian ini menekankan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa strategi menggunakan peta minda bersaiz poket ini dapat digunakan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran dapat memperbaiki amalan pengajaran guru.Cara penulisan ini adalah tidak betul. Sila nyatakan tujuan kajian anda dengan fokus kepada persoalan kajian yang akan di selidiki!

8) Pernyataan masalah anda harus dibuktikan melalui rujukan..sila nyatakan rujukannya Contoh ia itu menurut Halim, (2009) guru-guru tidak mengajar..

9) Semasa anda menulis tujuan kajian jangan sebut perkataan Ini diharapkan.. Nyatakan terus tujuan kajian anda dengan jelas dan terang!

10) sains adalah satu matapelajaran, oleh itu sila tulis sebagai matapelajaran Sains, anda menulis terhadap sains , belajar sains. Sila pastikan anda memurnikan semua ini dalam seluruh kajian anda!

11) Anda tidak konsisten dengan apa yang sebenarnya anda sedang kaji: Anda menulisKeberkesanan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Peningkatan Comment by User: Disini anda kaji 3 perkara Prestasi, Sikap Positif dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran

dapat meningkatkan pencapaian akademik, pembentukan sikap yang positif di kalangan pelajar , motivasi dan sikap saintifik pelajar dalam proses pengajaranComment by User: Disini anda sedang mengkaji 4 perkara! Selaraskan ikut soalan kajian anda!Sila selaraskan mengikut objektif dan persoalan kajian anda

13) Tajuk kajian anda adalah menggunakan peta minda bersaiz poket, bukannya teknik peta minda.Oleh itu kenapa teknik peta minda disebut dalm persoalan kajian anda? Adakah anda gunakan teknik peta minda, peta minda atau peta minda bersaiz poket? Yang mana satu ini? Sila selaraskan dan jadikannya konsisten!Anda menulis: 1) Untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar.

2) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam memupuk nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional.

3) Untuk melihat perbandingan kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda terhadap peningkatan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional.Anda harus menulis semua objektif tersebut dengan menyebut perkataan peta minda bersaiz poket!

Begitu juga dengan persoalan kajian anda!

14) Anda menulis Kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda diharapkan dapat mengatasi masalah ini dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, berminat dalam menambahkan ilmu pengetahuan, meneroka alam sains, memperkembangkan konsep kendiri dan menanam sikap saintifik dan nilai murni di dalam diri masing-masing. Adakah anda menmggunakan teknik peta minda atau peta minda bersaiz poket? Adakah anda mengkaji konsep kendiri? Sila jelaskan dan perbetulkannya!

15) Dalam bahagian 2.1 anda tidak memberi ulasan mengenai kajian kajian yang telah dijalankan, apa kaitan kajian tersebut dengan kajian anda, kelemahan kajian tersebut berbanding dengan kajian anda? Kenapa anda harus jalankan kajian ini? Anda cuma melaporkan balik apa yang telah dijalankan oleh pengkaji lain!

16) Anda tidak menjelaskan mengenai Rajah 2.2 apakah kandungannya, bagaiman ia beroperasi? Sila jelaskan!

17) Dalam bahagian 2.4 , anda menulis Sekarang huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar. Apa ini? Dari mana anda cut and paste atau dapatkannya? Sila jelaskan? Adakah anda membaca apa yang anda tulis ini?

18) Tulis semula rumusan untu bahagian 2.6 semula, berpandukan kepada komen yang telah diberikan!

19) Sila tulis semula Bab 3, bahagian pengenalan anda !

20 ) Sila jelaskan 15 item yang digunakan dalam borang soal selidik dalam bahagian Soal selidik yang digunakan. Jelaskan item tersebut dalam bentuk JadualContoh:Item noSoalanKategori

1Adakah anda berminat belajar matapelajaran Sains?Minat

21) Pastikan semua Borang Soal selidik, Ujian Pra / Pos , Soalan Temubual / terbuka, Borang Pemerhatian disertakan sebagai Lampiran yang berlabel!

22) Dalam bahagian 3.4, tajuk anda adalah Peta Minda bersaiz Poket, tetapi penerangan yang diberikan adalah mengenai peta minda? Sila selaraskannya!

23) Anda menggunakan item item berbentuk negatif. Anda menulis Item yang bersifat negatif diterbalikkan skala nilainya kepada nilai yang sepadan sebelum ia dianalisis. Sila jelaskan item tersebut dalam bahagian 3.6 dengan terperinci, iaitu item mana yang berbentuk negatif dalam bentuk jadual! Jelaskan juga mengenai item-item yang menguji sikap saintifik dan nilai murni dalam bentuk Jadual!

24) Anda tidak menerangkan mengenai jenis ujian statistik yang anda gunakan dalam bahagian 3.6? Apakah jenis ujian statistik yang anda gunakan? Sila rujuk komen pada bahagian tersebut dan jelaskannya!25) Dalam bahagian 3.6 anda juga tidak menyatakan bagaimana anda akan menganalisa data yang diperolehi , iaitu dengan mengunakan perisian apa? SPSS ke? Versi apa? Sila jelaskannya!

26) Tulis semula Bahagian 4.0 (Pengenalan): nyatakan tujuan kajian anda, nyatakan dengan ringkas apa yang akan dibincangkan dalam bab ini!

26) Untuk bahagian ini: 4.2.2Perbandingan Pembelajaran Menggunakan Peta minda dan Pembelajaran Tradisional Terhadap Sikap dan Nilai Positif PelajarSaya mahu anda focus kepada satu variable sahaja, sila tulis semula bahagian ini! Saya tidak akan membaca selagi anda perbetulkannya!

27) Dalam Bab 4 anda menyebut perkataan peta minda anda tidak menyebut peta minda bersaiz poket Apa sebanarnya yang and kaji ini, anda gunakan peta minda biasa atau peta minda bersaiz poket? Sila jelaskannya dan perbetulkannya!

28) Anda tidak melaporkan dapatan yang diperolehi dari borang pemerhatian seperti yang anda jelaskan anda menggunakannya dalam Bab 3? Mana dapatannya? Kenapa ia tidak dilaporkan dalam Bab 4?

29) SAYA TIDAK MEMBACA BAB 5 ANDA KERANA ANDA ADA BANYAK PEMBETULAN YANG HARUS DILAKUKAN. SILA LAKUKANNYA DAN OLEH SEMULA BAB 5 ANDA MENGIKUT ACUAN BAB 1 , 2 3 DAN 4!

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BELAJAR MENGGUNAKAN PETA MINDA BERSAIZ POKET DALAM MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN SATU

SITI SARA BT ABU BAKAR790915025548001BACHELOR OF EDUCATION ( SCIENCE) WITH HONOUR (BESC)PPW PULAU PINANG019-4734700DR. PARVINDER SINGH

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGIOPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2010

ISI KANDUNGAN

PERKARA Muka surat

PengakuaniPenghargaaniiAbstrakiii

BAB I MASALAH KAJIAN

1.0Pengenalan1.1Latar Belakang Kajian1.2Penyataan Masalah1.3Rangka Konsep1.4Tujuan Kajian1.5Kepentingan Kajian1.6 Batasan kajian1.7Takrifan Istilah1.8RumusanBAB II TINJAUAN LITERATUR

2.0Pengenalan2.1Kajian Berkaitan2.2Teknik Pembelajaran Menggunakan Peta Minda2.3Peta Minda Bersaiz poket ( P-MM)2.4Tatacara Membuat Peta Minda2.5Kepentingan Peta Minda2.6Rumusan

BAB IIIMETODOLOGI KAJIAN

3.0Pengenalan3.1Rekabentuk kajian3.2Populasi dan Sampel Kajian3.3Instrumen kajian3.4Prosedur Pengumpulan Data3.5Prosedur Menganalisis Data3.6Rumusan

BAB IVDAPATAN KAJIAN

4.0Pengenalan4.1Profil Sampel4.2Laporan Dapatan Kajian4.3 RumusanBAB VPERBINCANGAN & KESIMPULAN

5.0Pengenalan5.1Ringkasan Kajian5.2PerbincanganDapatan Kajian5.3Kesimpulan Dapatan kajian5.4Implikasi Dapatan kajian5.5Cadangan Kajian Lanjutan5.6Rumusan

RUJUKANLAMPIRAN

PENGAKUAN

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh: 24 MEI 2010Tandatangan:. Siti Sara Bt Abu Bakar790915025548001

XXX

XXX

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya,dapat saya menyiapkan Kajian Berasaskan Sekolah ini mengikut jadual yang telah ditetapkan sebagai memenuhi syarat bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Dengan Kepujian.Setinggi-tinggi penghargaan kepada tutor kajian bahagian 1, Dr Yeoh Poh Choo kerana telah banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya tanpa mengenal rasa dalam memberi kefahaman untuk menjalankan kajian ini . Tidak lupa juga kepada tutor kajian bahagian ke 2, Dr Parvinder Singh yang juga telah banyak memberi panduan yang berguna. Segala tunjuk ajarnya jasa baiknya tidak akan dilupakan. Terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkanTerima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua, guru penolong kanan, guru pembimbing Puan Noorhayati bt Zakaria serta para pelajar kelas 1PE1 dan 1KP1 di sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang telah banyak membantu dan memberi bimbingan sepanjang kajian dijalankan.Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Open University Malaysia, PPW Pualau Pinang yang telah bekerjasama dengan baik dalam menjana idea dan mencurahkan buah fikiran bagi menghasilkan kajian yang terbaik.Yang paling disayangi ,kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada suami tercinta Mohd Rohaizad b Mustafa kerana telah memberi segala pengorbanan dan semangat serta motivasi dalam menyiapkan kajian ini. Begitu juga dengan anak-anak tersayang, Nurina Izzati, Muhammad Syahmie Fitri dan Muhammmad Sufi Adlie yang setia dan sabar menunggu dengan tugasan yang amat mencabar yang dilakukan ini.

Semoga dengan segala usaha murni ini akan diredhai olehNya.Terima kasih semua.

XXXXComment by User: Namakan dan Masukkan m/surat untuk semua Lampiran yang disertakan

XXXXComment by User: Namakan dan Masukkan m/surat untuk semua Jadual yang disertakan

XXXXXComment by User: Namakan dan Masukkan m/surat untuk semua Rajah yang disertakanKEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BELAJAR MENGGUNAKAN PETA MINDA BERSAIZ POKET DALAM PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN 1

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kaedah pembelajaran mengunakan teknik peta minda bersaiz poket dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dalam tajuk Pelbagai sumber dan Bentuk Tenaga . Kajian ini melibatkan seramai 60 orang pelajar dari sebuah kelas dalam Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar-pelajar pada tahap pencapaian yang pelbagai dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini diharapkan dapat menghasilkan dan menunjukkan peningkatan yang positif dalam kefahaman pelajar yang berbeza cara dan latar belakang pembelajaran. Kajian yang akan dijalankan ini adalah bersifat kuantitatif yang melibatkan ujian pra pada peringkat awal kajian (sebelum pengkaji memulakan aktiviti pembelajaran) dan diikuti oleh ujian pos (selepas aktiviti P&P yang dirancang telah dilaksanakan). Semua data yang dikumpul akan dibuat perbandingan dan dianalisis untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan pendekatan menggunakan kaedah peta minda dalam mata pelajaran Sains di sekolah.

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.0PengenalanSains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan berteraskan masyarakat berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan pengurus alam yang dapat menjamin keharmonian hidup secara optimum dalam membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan berketrampilan dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan bersikap objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Peta minda merupakan suatu lakaran grafik pemikiran individu yang membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat sesuatu persembahan dan sebagainya. Ia adalah alat berkesan yang mendorongkan pemikiran kreatif. Selain itu, bentuk peta minda juga berbagai-bagai bergantung kepada kreativiti seseorang individu tersebut.Tiga elemen di dalam bidang sains iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan sains. Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka konsep bagi menyediakan pelajar memahami keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran sains adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran sains dengan memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai-nilai murni yang diterima di persekitaran budaya Malaysia. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu mereka dalam mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan perkembangan dunia sains dan teknologi. Oleh itu, pelajar harus membina pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka.Comment by User: Huruf besarComment by User: //Comment by User: //Comment by User: Huruf besar1.1 Latar Belakang Kajian

Kaedah pembelajaran tradisional seperti pembelajaran berpusatkan guru, kuliah dan latih tubi secara individu sering digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini, dilihat sebagai satu cara penyampaian ilmu yang berkesan dalam jangka masa yang pendek. Namun peratusan pelajar yang mengikuti pembelajaran sains secara tradisional ini, tidak begitu berkesan. Justeru itu, keputusan peperiksaan di dalam mata pelajaran sains masih kurang memuaskan sama ada di peringkat menengah rendah atau menengah atas. Ini kerana pembelajaran tradisional menjadikan pelajar pasif (Hotler,1994). Kebanyakan guru mengamalkan kaedah pengajaran biasa yang tidak ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna dan berkesan. (Ee Ah Meng, 2004). Comment by User: //Comment by User: Huruf besarKini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur ( Subadrah, 2001). Satu kajian yang dijalankan oleh Osman Affan (2008) , membuktikan kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak dan dengan cara ini, dapat meningkatkan lagi produktiviti dan ingatan memori pelajar. Pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat dilihat sebagai penyumbang ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains yang mempunyai impian untuk melahirkan modal insan yang mempunyai keseimbangan diri terutama dari segi perkongsian idea dalam suasana yang tidak terancam bagi melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan berfikiran positif dalam membentuk suasana yang selesa kepada agama, nusa dan bangsa.Maka kajian ini bertujuan untuk menimbang penggunaan peta minda sebagai satu strategi pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran sains Tingkatan satu dalam topikPelbagai bentu dan sumber tenaga dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep sains yang abstrak. Pembelajaran melalui peta minda akan lebih bermakna kerana ia tidak membosankan dan menggunakan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan yang baru diterimanya bagi menunjukkan perkaitan dan perhubungan diantara konsep sains yang dipelajarinya. Dengan cara ini pemahaman pelajar dapat dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains akan meningkat.Comment by User: Apa sebenarnya tujuan kajian anda, sila focus dengan jelas!Comment by User: //Comment by User: Ejaan!Comment by User: //Comment by User: //Comment by User: //

1.2 Penyataan MasalahComment by User: Buktikan pernyataan masalah anda melalui rujukan/bacan yang dibuat!

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan yang bersesuaian untuk digunakan. Namun, kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar. Ingatan dan kefahaman konsep memainkan peranan yang utama di dalam pendidikan sains bagi meningkatkan prestasi diri pelajar. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak . Oleh itu, kajian yang dijalankan adalah amat penting dalam menentukan tahap keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda bagi subjek sains yang bertajuk Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga dalam Sains Tingkatan 1 KBSM. Kajian ini menekankan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa strategi menggunakan peta minda bersaiz poket ini dapat digunakan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran dapat memperbaiki amalan pengajaran guru.Comment by User: //Comment by User: Nyatakan dalam badasa Malaysia.Comment by User:

1.3 Rangka Konsep

Kajian ini adalah satu cubaan untuk membanding kesan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda bersaiz poket dengan kaedah pembelajaran tradisional terhadap peningkatan prestasi, sikap dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sains untuk pelajar tingkatan satu di dalam topik pelbagai bentuk dan sumber tenaga. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen di mana sampel dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pembelajaran tradisional manakala, kumpulan eksperimen pula diajar dengan kaedah pembelajaran peta minda . Prestasi, sikap positif dan motivasi pelajar setelah menerima kaedah pembelajaran peta minda adalah di antara hasil kajian ini. Comment by User: Sila selaraskan ini mengikut persoalan kajian anda!

InstrumenUjian PraBorang pemerhatianUjian PosSoal selidik Sikap

Analisis Data

Min sisihan piawai Ujian-tSampelKumpulan EksperimenKumpulan Kawalan

Objektifa) Mengenalpasti keberkesanan pembelajaran peta minda berbanding pembelajaran tradisional.b) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap peningkatan prestasi pelajar.c) Mengesan sikap saintifik dan nilai murni pelajar melalui strategi peta minda dan pembelajaran tradisional.

Pembelajaran TradisionalPembelajaran menggunakan Peta minda

Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Peningkatan Comment by User: Disini anda kaji 3 perkara Prestasi, Sikap Positif dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Sains dalam topik Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga Tingkatan satu.Rajah 1.4: Rangka konsep Kajian1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dalam mata pelajaran sains tingkatan satu ke atas tajuk Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga. Ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akademik, pembentukan sikap yang positif di kalangan pelajar , motivasi dan sikap saintifik pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Comment by User: Huruf besarComment by User: Disini anda sedang mengkaji 4 perkara! Selaraskan ikut soalan kajian anda!

1.4.1 Objektif Kajian

Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai tiga objektif iaitu:a)

Untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar.XXXComment by User: Dalam apa?

b)

Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam memupuk nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional.Comment by User: Sila pilih hanya satu variable sahaja!Comment by User: Huruf besar

c)Untuk melihat perbandingan kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda terhadap peningkatan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional.Comment by User: Huruf besar

1.4.2 Persoalan Kajian

a) Adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda lebih berkesan berbanding pembelajaran bercorak tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar?Comment by User: Dalam apa?b) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat memupuk sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?Comment by User: Sila fokus kepada satu variable sahaja!Comment by User: Terhadap Sains atau matapelajaran Sains?c) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?Comment by User: Belajar Sains atau belajar matapelajaran Sains?Comment by User:

1.4.3 Hipotesis Kajian

Hipotesis Nol (HN 1)

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket.Comment by User: Salah ada dua variabel

Hipotesis Alternatif (HA 1)

Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket.Comment by User: Salah ada dua variable!

Hipotesis Nol ( HN 2)

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang bersaiz poket .Comment by User: Sala ada dua variabel

Hipotesis Alternatif (HA 2)

Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang bersaiz poket .Comment by User: Salah ada dua variable!

Hipotesis Nol ( HN 2)

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket.

Hipotesis Alternatif (HA 2)

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket.

1.5 Kepentingan Kajian

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam mata pelajaran sains perlu dipelajari dengan menggunakan kaedah yang berkesan, menarik dan menyeronokkan. Kaedah pembelajaran yang sesuai dapat menjadikan mata pelajaran sains lebih bermakna dan mudah dikuasai oleh pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membawa perubahan yang positif kepada pelajar di dalam menguasai subjek sains sama ada ketika kegiatan amali di dalam makmal mahu pun di dalam kelas. Dengan perubahan sikap yang positif , diharapkan kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda menjadi satu alternatif yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan prestasi pelajar. Kajian ini diharapkan menjadikan pembelajaran lebih berstruktur dan berpusatkan pelajar. Kajian ini juga diharapkan dapat menarik sokongan yang positif daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan pengajaran yang berkualiti dan berkesan.Comment by User: Huruf besar

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:1. Kajian akan menggunakan bilangan pelajar yang terbatas di salah sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang . Oleh itu, kajian ini adalah lebih sesuai untuk pelajar-pelajar di sekolah tersebut.2. Kajian ini melibatkan murid-murid daripada pelbagai kecerdasan dan kebolehan serta pelbagai latar belakang hidup.3. Kajian ini akan mewujudkan kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang memesong dari tujuan kajian seperti maklumat palsu yang diberikan oleh pelajar.

1.7 Takrifan Istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan.

1.7.1 Pembelajaran Teknik Peta Minda bersaiz poketPeta minda merupakan satu alat pengurusan minda yang amat berguna dalam menghasilkan perhubungan dan kesepaduan terutamanya dalam menghubungkaitkan rangka isi sesuatu fakta dan konsep dalam sains. Peta minda membolehkan kita mengumpulkan banyak maklumat dalam satu muka surat dan memerhatikan perhubungan di antara beberapa topik dan subtopik . Suatu keputusan dari maklumat yang banyak telah dipermudahkan. Berbanding dengan cara yang lain, peta minda membolehkan kita menggunakan keseluruhan otak kita kerana teknik ini meliputi tindakan dan fikiran yang datang dari kedua-dua belah otak. Bentuk peta minda berbagai-bagai, iaitu bergantung kepada kreativiti pengguna. Perkara yang penting diberikan pertimbangan ialah mudah, menarik dan bermakna kepada pengguna. (Toh Hon Leong, 2000). Peta minda yang bersaiz poket ini berukuran seperti kertas yang bersaiz A4 yang dilipatkan menjadi 4 bahagian. Dengan saiz yang kecil , peta minda ini dapat dimuatkan ke dalam poket dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

1.7.2 Pembelajaran TradisionalMok Song Sang ( 2004 ) menyatakan bahawa pembelajaran tradisional adalah satu pengajaran yang bersifat sehala dan hanya berpusatkan guru berbanding dengan pembelajaran menggunakan teknik peta minda yang lebih berpusatkan pelajar. Tekniknya, guru membuat penerangan dan pelajar hanya mendengar. Pembelajaran tradisional ini lebih kepada bersifat mengingat dan menghafal. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak berbanding menggunakan teknik yang kreatif seperti menghasilkan nota peta minda bersaiz poket. Idea dan kreativiti pelajar dapat digabungkan untuk menghasilkan peta minda yang bukan sahaja berguna malahan bermakna kepada pelajar itu sendiriPembelajaran tradisional sudah tidak relevan lagi dalam fenomena pendidikan sekarang kerana pelajar menjadi pasif, tidak kreatif dan hanya mengharapkan guru semata-mata. Proses pengajaran menjadi lesu dan tidak bermaya akibat daripada hubungan satu hala guru dengan pelajar. Turutan aktiviti pembelajaran di bawah menunjukkan pembelajaran secara tradisional iaitu; (a) penyampaian kandungan mata pelajaran oleh guru (b) pelajar membuat latihan secara individu(c) kuiz secara individu dan(d) pengiraan skor bagi individu.

1.7.3 SainsSains ialah satu ilmu pengetahuan yang telah dibuktikan kebenaran melalui formula dan bukti-bukti yang dihasilkan. (Kamus Dewan, 1992).

1.7.4 MotivasiMotivasi sebagai satu kuasa dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia. (Woolfolk,1990)

1.7.5 KeberkesananKeberkesanan membawa maksud perubahan di dalam sesuatu tindakan. Berkesannya sesuatu kaedah dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi melalui ujian dan pencapaian. (Kamus Dewan, 2002) .

1.7.6 PembelajaranPembelajaran sebagai satu proses individu mendapatkan informasi tingkah laku atau kebolehan baru untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan pembelajarannya. (Abdul Rahim b. Abd. Rashid , 2000)

1.7.7 Prestasi PelajarPrestasi merupakan kebolehan pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan ditentukan melalui ujian tertentu seperti ujian bulanan. Dalam kajian ini, prestasi pelajar dikesan melalui ujian pra dan ujian pos. ( Mohd Yusof Othman , 2000).

1.7.8 MinatMinat adalah satu kecenderungan atau tarikan terhadap sesuatu perkara. Abd. Rahman Aroff (1997) menyatakan bahawa minat akan wujud apabila sedar tentang kecenderungan terhadap sesuatu objek itu.

1.7.9 Pencapaian SainsPencapaian Sains ialah prestasi seseorang pelajar yang akan dinilai dan diukur daripada keputusan ujian atau peperiksaan bulanan samada memuaskan atau tidak. Dari sudut objektif pembelajaran, pencapaian sains boleh dilihat dari peratus kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar melalui soaljawab atau pemerhatian guru di dalam kelas terhadap pelajarnya . Dengan itu pencapaian sains pelajar dapat diukur melalui markah keputusan peperiksaan bulanan masing-masing. (Ibrahim Deris ,2003).

1.7.10 Ujian Pra dan Ujian PascaUjian pra dijalankan kepada kesemua pelajar di dalam kelas kawalan dan eksperimen sebelum setiap kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah pembelajaran berpusatkan guru dengan kaedah pembelajaran peta minda dijalankan.Ujian pasca pula dijalankan kepada kesemua pelajar dalam kelas kawalan dan eksperimen selepas setiap kaedah pengajaran dan pembelajaran peta minda dan kaedah pengajaran berpusatkan guru dijalankan. ( Zuraidah Mat Hussein, 2002)

1.8. Rumusan

Kajian ini menghuraikan latar belakang, rasional, objektif, tujuan, hipotesis, kepentingan dan batasan kajian. Bab ini juga merumuskan bahawa kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar akan dapat mewujudkan situasi di mana pelajar dapat berinteraksi sesama sendiri dan guru bagi membantu pelajar mengukuhkan kefahaman dan meningkatkan daya ingatan mereka di dalam subjek sains.yang bertajuk pelbagai bentuk dan sumber tenaga bagi pelajar tingkatan satu. Subjek sains sering dilihat sebagai mata pelajaran yang sukar sehingga pelajar kurang bermotivasi untuk menguasainya. Permasalahan ini jika tidak diatasi akan menjejaskan penguasaan ilmu pelajar. Kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda diharapkan dapat mengatasi masalah ini dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, berminat dalam menambahkan ilmu pengetahuan, meneroka alam sains, memperkembangkan konsep kendiri dan menanam sikap saintifik dan nilai murni di dalam diri masing-masing.Comment by User: Sila nyatakan ini adalah menurut siapa? Mana ada buktinya?Comment by User: Adakah anda juga mengkaji ini?

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0Pengenalan

Kajian ini merupakan kajian tentang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik peta minda bersaiz poket terhadap pencapaian pelajar dalam sains. Strategi yang biasa digunakan oleh guru ialah strategi pengajaran tradisional iaitu pengajaran berpusatkan guru. Strategi ini didapati kurang berkesan. Bagi pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi, mereka dapat menerima apa yang diajarkan oleh guru dengan baik. Sebaliknya, pelajar yang kurang berkebolehan tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru dengan baik. Guru perlulah mengubah strategi pengajaran bagi memastikan semua pelajarnya menguasai kemahiran yang diajarComment by User: Sila keluarkan semua ini Ini bukannya bab pengenalan mengenai tajuk ini!Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai literatur yang berkaitan iaitu kajian terdahulu oleh tokoh-tokoh akademik dari dalam dan luar negara tentang memahami bidang kajian, dapatan kajian lepas, kajian berkaitan dan rumusan mengenai pembelajaran menggunakan teknik peta minda yang bersaiz poket.

2.1 Kajian berkaitan

Kajian oleh Cohen dan Morisson (2000) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan menyedari gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu untuk mencapai keputusan cemerlang. Peta minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan pada tahun 1976 adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan. Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah muka surat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images). (Blog- Cikgu ZulPakar , 2007)Comment by User: Mana rujukannya? Tiada rujukan pada bahagian rujukan?Menurut penulis buku Pelajar Cemerlang, Ismail Zain ( 2003 ) ingatan seorang pelajar akan menurun selepas waktu yang tertentu. Oleh yang demikian adalah penting seorang pelajar yang telah mempunyai peta minda mengulangkaji peta mindanya dari masa ke semasa. Adalah dicadangkan seorang pelajar mengulangkaji peta mindanya selepas satu jam sesi pembelajarannya. Ini bertujuan untuk mula memetakan mindanya dengan maklumat yang telah dipelajarinya. Menurut Osman Affan (2008 ), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Menurut Rabe Juhari (2001), Nota yang anda buat sendiri adalah yang terbaik berbanding pelbagai buku rujukan yang terdapat di pasaran.Pembelajaran adalah satu perubahan yang berlaku disebabkan oleh pengalaman individu (Slavin, 1997) . Oleh itu seseorang guru haruslah mengetahui dan memahami strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengendalian pengajaran dan pembelajaran berdasarkan topik yang ingin diajar. Seseorang guru hendaklah mengetahui bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yang berguna (Slavin, 1997). Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif, iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek . ( Mok Song Sang , 2004 ). Mengikut kajian yang dijalankan oleh Lee Smith, (1996 ) otak manusia dibahagikan kepada dua iaitu hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri. Mengikut kajian mereka , ramai pelajar menjalankan aktiviti dengan lebih banyak bertumpu kepada otak kiri berbanding otak kanan . Mengikut seorang penulis , Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk Superbrain, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effortyang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. ( Sumber : Utusan online, 2009 ). Kajian lepas juga menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang ditekankan oleh guru di sekolah. Wan Mohd Zahid Nordin (1999) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka terutamanya mata pelajaran sukar . Oleh itu guru perlu tahu gaya pembelajaran pelajar dengan merancang pengajaran yang memenuhi gaya belajar pelajar ( Osman Affan, 2008 ). Guru memainkan peranan utama di dalam pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran. Teori yang turut menjadi panduan kepada kajian ini ialah Teori Kognitif Pembelajaran secara Kreatif ( Mayer,2001). Mayer merupakan ahli konstruktivisme yang memfokuskan kepada pembinaan pengetahuan bagi menghasilkan pembelajaran bermakna dikalangan pelajar. Menurut beliau , peranan minda sebagai alat untuk mentafsir secara aktif tentang objek atau peristiwa bukan sekadar memperolehi realiti dari luar minda sepertimana perspektif objektivis. Teori ini juga menyarankan penggunaan pelbagai teknik-teknik yang kreatif secara sistematik agar proses pembelajaran yang bermakna dapat diwujudkan dalam minda pelajar.Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik. Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang.

XXXXComment by User: Nyatakan ulasan anda mengenai kajian-kajian yang telah dinyatakan di atas!

2.2 Teknik-teknik Pembelajaran Menggunakan Peta MindaPelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.Menurut Lee Shok Mee dalam bukunya Psikologi Pendidikan (1997), Tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu, kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi calon . justeru itu, calon tersebut dianggap telah gagal dalam pembelajaran .Peta minda merupakan teknik belajar yang telah diasaskan oleh pakar pelajaran sejak tahun 1960-an lagi. Ianya telah dimajukan dan dipopularkan penggunaannya oleh Tony Buzan seorang ahli fikir dan juga pakar motivasi sekitar tahun 80 an lagi. Berasaskan kajian-kajian yang lepas , kemahiran belajar seperti mencatat nota dan membuat peta minda merupakan kemahiran yang sangat penting dalam pembelajaran subjek Sains.Pembelajaran menggunakan peta minda biasanya boleh dilakukan oleh pelajar cerdas dan lambat. Unsur-unsur pembelajaran menggunakan peta minda adalah seperti berikut: Ingatan visual - Huruf kata kunci, penggunaan warna, simbol, ikon, anak panah. Keterserlahan - setiap peta minda memerlukan satu idea atau tajuk di tengah-tengah. Organisasi dan kata kunci. Perkaitan dan penggabungan isi penting. Pelajar adalah bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri.

2.3 Peta minda bersaiz poket ( P-MM)Dalam proses menimba ilmu pelajar harus menggunakan pelbagai kaedah agar dapat meninggalkan kesan terhadap pemahaman . Kemahiran mencatat semula apa yang telah dibaca , didengar atau dilihat adalah penting kerana tanpa membuat catatan daya ingatan tidak dapat bertahan lama . (Muhammad Kamil Abdul Samad ,1999). Ciri-ciri peta minda bersaiz poket ialah : Kemas dan kecil. Mudah untuk dibaca dan diingati . Ringkas dan padat . Jimatkan masa untuk membaca . Bentuk yang menarik dimana menarik minat pembaca untuk membacanya berulang-ulang . Berinformasi . Mudah dibawa ke mana-mana.Peta minda yang bersaiz poket adalah lebih praktikal berbanding peta minda yang biasa bersaiz A4. Ini kerana pelajar tidak menghadapi masalah untuk membawa nota poket ini ke mana-mana pada bila-bila masa disebabkan saiz yang kecil. Memberi penerangan cara membuat peta minda bersaiz poket dan prosedurnyaUjian PraPengajaran bertajuk pelbagai bentuk dan sumber tenaga

Membuat perbandingan hasil dapatan kajian dan manila keberkesanan teknik peta mindaMemantau perkembangan proses membuat nota poket dan menggalakan pelajar menggunakannya untuk meningkatkan daya ingatan

Ujian Pos

Rajah 2.2Rangka Strategi Pembelajaran menggunakan peta minda

XXXXXComment by User: Sila jelaskan mengenai Rajah tersebut!!2.4 Tatacara membuat peta minda

Seperti yang diterangkan sebelum ini, peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna, kreatif, rasa dan lain lain. Sekarang huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar.Comment by User: Apa ini? Adakah cara penulisan ini betul!1. Sediakan sehelai kertas bersaiz kecil . Contohnya, sehelai kertas A4 boleh dilipat kepada 4 bahagian dan pen pelbagai warna .2. Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya, bagi membuat peta minda mengenai pelbagai sumber dan bentuk tenaga maka kata kunci yang sesuai adalah tenaga. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana. 3. Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Dengan menggunakan kreativiti sendiri membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut. 4. Bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik. 5. Jika perlu, mencampurkan gambar- gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri. 6. Dari cabang utama , boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama. 7. Gunakan warna yang terang dan pelbagai.Jika pelajar mengulangkaji peta minda berterusan maka tidak mustahil pelajar boleh memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan pelajar hanya perlu membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua fakta yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan. Oleh itu dalam proses pembelajaran, teknik yang betul adalah penting agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Penggunaan teknik belajar seperti mengaplikasikan peta minda dapat membantu dalam kejayaan pelajar. ( Osman Affan , 2008 )2.5 Kebaikan menggunakan Peta MindaMenurut Mohd Yusof Othman (2000)di dalam bukunya Kaedah Pembelajaran Berkesan, Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:- Teks- Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya. Grafik- Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik. Gambar- Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu. 2.6RumusanComment by User: Sila tulis rumusam mengenai apa yang telah dibincangkan di atas!

Kajian-kajian yang lalu sama ada yang dijalankan di dalam atau di luar negara menunjukkan kesan positif kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda bersaiz poket terhadap prestasi diri, sikap, minat dan motivasi pelajar. Kebanyakan model pembelajaran yang dikaji dapat mempertingkatkan prestasi pelajar yang merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik. Namun, bagi meningkatkan pemahaman dan ingatan jangka panjang pelajar peta minda dilihat sebagai satu cara yang terbaik. Pembelajaran sains menggunakan teknik peta minda merupakan satu pelaksanaan prosedur yang menggalakkan pembelajaran yang lebih efektif , kreatif , bermakna dan berkesan bagi mencapai aspirasi negara. Comment by User: Kalau sudah tahu keputusannya kenapa kajian ini harus dijalankan?Comment by User: Model apa yang anda kaji ini?

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0Pengenalan

Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai . (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999).Comment by User: Ini semau bukan merupakan pengenalan kepada bab ini? Sila nyatakan tujuan kajian anda dan apa yang akan dibincangkan dalam bab ini secara ringkas! Rekabentuk kajian yang akan dijalankan ke atas dua buah kelas pelajar tingkatan 1 dari sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara iaitu di dalam negeri Pulau Pinang dengan menggunakan kaedah eksperimen kuasi. Berdasarkan kajian yang lalu, kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih menarik dan mendorong kreativiti serta memberi kesan yang lebih baik kepada pelajar. Bab ini terdiri daripada rekabentuk kajian, populasi, instrumen kajian, prosedur kajian, penganalisis data dan kesimpulan.

3.1 Rekabentuk kajian

Kajian yang dijalankan ini menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi kerana pelajar yang terlibat berada di dalam kelas yang telah sedia ada dan telah ditentukan oleh pihak pentadbiran sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar yang terlibat mempunyai tahap pencapaian akademik yang hampir sama. Sebuah kelas dipilih sebagai kumpulan eksperimen yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada pembelajaran menggunakan teknik peta minda dan membandingkannya dengan sebuah kelas lain dalam kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional.Kelas-kelas tersebut telah diberikan ujian pra pada minggu pertama kajian dijalankan agar mereka dapat membuat persediaan awal. Selepas diberi ujian pra, jawapan-jawapan dikumpul dan dianalisis untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kedua-dua kaedah dijalankan. Pemerhatian ke atas sikap saintifik, ilmu pengetahuan dan nilai murni pelajar diberi penekanan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Borang pemerhatian digunakan untuk mencatat hasil pemerhatian yang dilakukan. Ujian pos dan soal selidik diberikan pada minggu terakhir kepada pelajar daripada kedua-dua kumpulan. Markah ujian dikumpulkan dan dianalisis menggunakan ujian-T. Data yang diperolehi berdasarkan hasil analisis dapat menunjukkan atau menguji sejauh mana tahap keberkesanan pengajaran menggunakan teknik peta minda yang digunakan dalam topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga bagi pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran sains. Comment by User: Ini bukannya bahagian rekabentuk kajian, sila keluarkannya dan tulis dalam bahagian prosedur kajian!

3.2 Populasi Sampel KajianComment by User: Ubah tajuk ini kepada Sampel kajian!

Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar dari Tingkatan 1 di Sekolah Menengah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pelajar dibahagikan kepada dua kelas, seramai 30 orang pelajar dalam kelas eksperimen dan 30 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar dengan kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda manakala kumpulan kawalan diajar secara kaedah tradisional. Pengkaji selidik guru bertindak sebagai pemudahcara dalam kumpulan eksperimen dan mengajar secara tradisional dalam kumpulan kawalan. Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam persampelan ini adalah terdiri daripada pelajar yang tinggal di kawasan taman-taman perumahan, pinggir bandar dan desa yang terletak satu kilometer hingga enam belas kilometer dari sekolah.Comment by User: Gunakan teknik peta minda atau peta minda bersaiz poket?

Jadual 3.2 : Populasi sampel KajianPelajar Tingkatan 1BilanganPeratus

KUMPULAN KAWALAN3050

KUMPULAN EKPERIMEN3050

Jumlah60100

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang utama yang digunakan untuk mengumpul maklumat ialah ujian pra, ujian pos , borang soal selidik dan borang pemerhatian. Ia merangkumi aspek-aspek yang diuji dalam tajuk Pelbagai bentuk dan sumber tenaga. Ujian pra diberi pada awal pelaksanaan kajian manakala ujian pos setelah pengajaran dan pembelajaran selesai. Ujian pos dijalankan bagi melihat perkembangan yang berlaku selepas pengajaran . 3.3.1 Soal selidik

Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Menurut Sulaiman Masri (1996) , soal selidik merupakan kaedah paling mudah untuk memperoleh maklumat. Selain itu, soal selidik selalu digunakan untuk mengukur sikap seseorang samada melalui soalan respon tetap, bebas (terbuka), senarai semak atau skala kadar.Skala yang digunakan adalah terdiri daripada skala 1 hingga skala 3. Skala 1 merujuk kepada amat tidak setuju (ATS), Skala 2 menunjukkan tidak setuju (TS), dan skala 3 merujuk kepada setuju (S).

Jadual 3.3.1: Jadual Skala Tiga MataPeringkat Singkatan Skor

Amat Tidak Setuju ATS1

Tidak Setuju TS2

SetujuS3

Set borang soal selidik kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.(XXX) Comment by User: Kepilkan sebagai Lampiran!1. Bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan latar belakang pelajar seperti kelas dan tahun , jantina dan bangsa. 2. Bahagian B mengandungi 15 item berpandukan skala empat mata. Pelajar perlu memberi pilihan terhadap pernyataan yang diberi dengan membulatkan nombor yang disediakan mengikut pilihan diri yang sesuai. Comment by User: Sila jelaskan item-item tersebut dalam bahagian ini!3. Bahagian C menyediakan dua soalan terbuka. Comment by User: Sila nyatakan dua soala terbuka tersebut!

3.3.2 Ujian pra dan ujian pos

Ujian pra dan ujian pos terdiri daripada 20 item yang bertujuan menguji kefahaman dan penguasaan objektif pembelajaran. ( Rujuki Lampiran 1 ) .Soalan yang berbentuk objektif ini memerlukan pelajar memilih jawapan yang tepat bagi setiap item yang dikemukakan. Soalan-soalan yang berkaitan dengan topik yang akan diajar berdasarkan buku-buku rujukan akan dijadikan instrument kajian. Konsep yang digunakan adalah sama bagi kertas ujian pra dan pos.

3.3.3 Borang PemerhatianComment by User: Sila jelaskan mengenai borang pemerhatian ini dengan lebih lanjut! Lampiran Apa ini?

Penyerapan nilai-nilai murni seperti sikap rajin, tabah, tanggungjawab dan toleransi serta sikap saintifik di antara pelajar akan ditafsir melalui borang pemerhatian yang akan diisi oleh guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Borang skor individu akan mengandungi empat petunjuk prestasi (PP) dengan skor 1 hingga 3.

3.4 Kaedah Penggunaan Peta Minda bersaiz PoketDalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Sebagai permulaan guru menerangkan beberapa langkah perlu dibuat agar penghasilan peta minda dilakukan secara sistematik:-Comment by User: Peta minda biasa atau bersaiz poket? Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu. Comment by User: // Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut. Di atas sekeping kertas A4 yang telah dilipatkan menjadi 4 bahagian, pelajar mula melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman. Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif. Langkah seterusnya, pelajar diminta untuk sentiasa menggunakan peta minda yang telah dihasilkan sebagai bahan ulangkaji .Ulangkaji yang pertama mungkin memakan masa yang agak panjang kerana maklumat dan fakta tersebut masih baru. Ulangkaji seterusnya harus dilakukan pada hari berikutnya. Pada ulangkaji kedua ini seorang pelajar sudah mula mengingati lebih banyak fakta, manakala cabang-cabang peta yang tersedia pula semakin banyak dicetakkan ke dalam mindanya. Masa untuk mengulangkaji akan menjadi semakin pendek kerana ingatannya semakin baik. Ulangkaji yang seterusnya akan menambahkan lagi daya ingatan dengan masayang lebih pendek.Comment by User: Menggunakan peta minda atau peta minda bersaiz poket?Jika pelajar mengulangkaji peta minda berterusan maka tidak mustahil pelajar boleh memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan pelajar hanya perlu membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua fakta yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan. Oleh itu dalam proses pembelajaran, teknik yang betul adalah penting agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Penggunaan teknik belajar seperti mengaplikasikan peta minda dapat membantu dalam kejayaan pelajar. (Cikgu Wan Noor Azlina- http://smkbb.kelantan.edu.my/petaminda.html. )Comment by User: //Comment by User: ..mana saiznya?Comment by User: Sila tulis rujukan ini dalam bentuk APA! Tuliskan semua ini dalam bahagian rujukan, disini nyatakan nama pengkaji tersebut dan tahunnya!

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Ujian pra dibuat terlebih dahulu ke atas kedua-dua kumpulan pada minggu pertama kajian dijalankan. Ujian dijalankan selama satu jam dan pelajar menjawab soalan berdasarkan pengetahuan dan kefahaman mereka. Markah bagi ujian pra ini direkodkan. Setelah ia dijalankan, kaedah pembelajaran tradisional dijalankan kepada kelas kawalan dan kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda pula ditumpukan pada kumpulan eksperimen. Borang pemerhatian bagi setiap pelajar dalam kedua-dua kumpulan diisikan ketika proses pembelajaran ini dijalankan. Setelah selesai sesi pembelajaran, ujian pos pula diberikan kepada pelajar. Sesi ini dijalankan serentak pada waktu yang sama dan ia juga turut direkodkan. Borang soal selidik terhadap mata pelajaran sains hanya diberikan kepada kumpulan eksperimen pada hari yang sama ujian pos diedarkan. Segala maklumat yang diperolehi direkodkan dan dianalisis.Comment by User: Huruf besar!

3.6 Prosedur Menganalisis DataComment by User: Sila tulis semula!

Analisis secara statistik digunakan bagi data soal selidik yang dijalankan. Peratusan minat pelajar dianalisis melalui item soal selidik. Item yang bersifat negatif diterbalikkan skala nilainya kepada nilai yang sepadan sebelum ia dianalisis. Skala Likert digunakan bagi mengira skor responden.Comment by User: Jelaskan mengenai item-item tersebut dalam bahagian ini dalam bentuk Jadual!

Jadual 3.6 : Skala Likert mengira Skor Responden Dalam Soal Selidik Amat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju (ATS) (TS) (S)

1 2 3Rumusan bagi skor untuk perkara yang ditafsir dalam borang pemerhatian adalah berdasarkan jumlah skor yang tertinggi. Jadual pengredan diwujudkan bagi menetapkan gred yang ingin diberikan.

Jadual 3.6.1 : Petunjuk Skala Pengredan Bagi Sikap Saintifik Dan Nilai MurniGred Julat skor Penerangan gred A 4Pencapaian tahap cemerlang B 3Pencapaian tahap kepujian C 2 Pencapaian tahap memuaskan D 1 Pencapaian tahap minimum X X Tidak hadir Kaedah statistik digunakan bagi menganalisis data yang telah dikumpulkan. Ini perlu dilakukan bagi mencapai matlamat kajian iaitu data yang diperolehi dianalisis untuk diaplikasikan dalam bentuk perbandingan data bagi melihat nilai min dan peratusan pencapaian pelajar. Ujian perbandingan min dilakukan untuk menilai pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Dua puluh soalan objektif diberikan kepada pelajar bagi menguji tahap pencapaian mereka dan keselarasan dengan objektif pembelajaran. Skor 1 diberikan kepada item yang tepat dan skor 0 pada item yang salah. Jadual penggredan skor adalah seperti di bawah.Comment by User: Anda menggunakan Statistik apa? Ujia T atau ujian lain, sila nyatakan!

Jadual 3.6.2 : Penggredan SkorSkor Gred Peratus 15 - 20 Lulus80 - 1006 - 14 Lulus40 - 790 - 5 Gagal0 39

3.7 Rumusan

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran dalam topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga menggunakan teknik peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar. Selain itu , untuk memupuk sikap positif dan motivasi terhadap matapelajaran sains khususnya.Comment by User: Bersaiz apa?Comment by User: Struktur ayat tidak betul!Comment by User: Huruf besar

Kajian dijalankan ke atas responden yang belajar di dalam dua buah kelas yang melibatkan instrumen kajian dalam bentuk borang soal selidik, borang pemerhatian dan satu set ujian pra dan ujian pos. Data-data yang akan diperolehi dapat membanding bezakan keberkesanan di antara pembelajaran bercorak tradisional dengan pembelajaran menggunakan peta minda terhadap diri pelajar terutama di dalam menarik minat pelajar bagi subjek sains tingkatan satu dalam penguasaan ilmu Pelbagai bentuk dan sumber tenaga .

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 PengenalanComment by User: Tulis semula!i

Bab ini melaporkan dan menerangkan tentang dapatan hasil kajian yang telah dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah , Pulau Pinang. Data-data tersebut telah dikumpul dan disusun secara sistematik untuk memudahkan analisis-analisis yang perlu dilakukan seterusnya, dan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 12.0 digunakan untuk proses menganalisis data. Analisis data yang diperolehi membandingkan keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda dengan pembelajaran berpusatkan guru (tradisional). Objektif kajian diberi fokus dan soalan kajian dijawab secara kuantitatif. Selain itu, analisis kuantitatif menyokong dapatan kajian.Comment by User: Sila nyatakan ini dalam bahagian analisa data, bukan dalam bahagian ini!Comment by User: Sila keluarkan ini! Tidak bermakna disini!

4.1 Profil Sampel

Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seberang Perai Utara , Pulau Pinang. Profil sampel kajian mengikut kumpulan ditunjukkan di dalam Jadual 4.1. Jadual 4.1: Profil Sampel KajianKumpulanJantinaBilanganPeratus

EksperimenLelakiPerempuan181260.040.0

KawalanLelakiPerempuan171356.743.3

JumlahLelakiPerempuan352558.341.7

4.2 Dapatan Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar. Selain itu, kajian ini juga mengkaji sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru. Objektif kajian yang ketiga adalah untuk melihat perbandingan keberkesanan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Hasil kajian telah mengambil kira data-data yang diperolehi daripada markah pra ujian dan pasca ujian, dan juga hasil daripada maklumat soal selidik pelajar. Data-data yang dikutip telah dianalisa dengan menggunakan jadual perbandingan dan ujian statistik.

4.2.1Perbandingan Pembelajaran Menggunakan Peta Minda dan Pembelajaran Tradisional Terhadap Prestasi PelajarComment by User: Saiz apa?

Soalan kajian yang pertama ialah adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda berkesan meningkatkan prestasi pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Bagi membandingkan kesan kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional terhadap prestasi, dalam hipotesis dinyatakan seperti berikut:Comment by User: //Comment by User: //

Hipotesis Nol (HN 1)Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket.Comment by User: Comment by User: Disini pakai saiz poket pula!

Hipotesis Alternatif (HA 1)Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket.Skor peningkatan prestasi sampel diperolehi melalui perbezaan markah ujian pra dan ujian pos. Analisis data menunjukkan min peningkatan skor prestasi kumpulan pembelajaran peta minda adalah 10.90 dengan sisihan piawainya 5.77. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional, min peningkatan skor prestasi yang diperolehi lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 5.93 dengan sisihan piawai 6.14. Min dan sisihan piawai bagi skor peningkatan prestasi mengikut kaedah pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Min dan Sisihan Piawai Peningkatan Skor Prestasi Mengikut Kaedah PembelajaranKaedahPembelajaranBilanganMinSisihan Piawai

PembelajaranComment by User: //Peta minda

PembelajaranTradisional30

3044.6

34.116.3

9.2

Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min peningkatan skor antara kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T = 3.229, p = 0.002 < 0.05 adalah signifikan, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.3.Comment by User: Anda tidak sebut pun ini dalam Bab 3, iaitu bahagian prosedur analisa data?Maka hipotesis nol, H01 ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima pembelajaran peta minda menunjukkan prestasi yang lebih tinggi berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Ini bermakna kaedah pembelajaran peta minda memberi kesan yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi pelajar di dalam mata pelajaran sains bagi topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga'. Comment by User: Saiz apa sekarang? Saiz king kong ke?Comment by User: //

Jadual 4.3: Jadual Ujian-T Bagi Peningkatan Skor Prestasi Mengikut Kaedah PembelajaranKaedahPembelajaranNilaiTNilaip

PembelajaranComment by User: //Peta minda

PembelajaranTradisional

3.22

0.002

4.2.2Perbandingan Pembelajaran Menggunakan Peta minda dan Pembelajaran Tradisional Terhadap Sikap dan Nilai Positif PelajarComment by User: Rujuk komen diatas No 26!

Soalan kajian yang kedua ialah adakah kaedah pembelajaran peta minda dapat memupuk sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar berbanding pembelajaran tradisional. Bagi membandingkan kesan kaedah pembelajaran peta minda dan kaedah tradisional terhadap sikap dan nilai, dalam hipotesis dinyatakan sebagai:

Hipotesis Nol ( HN 2)Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang bersaiz poket .

Hipotesis Alternatif (HA 2)Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang bersaiz poket .

Analisis data menunjukkan min sikap dan nilai positif pelajar kumpulan pembelajaran peta minda adalah 3.23 dengan sisihan piawai 0.16. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional pula, min sikap dan nilai positif pelajar yang diperolehi adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 2.98 dengan sisihan piawai 0.20. Min dan sisihan piawai bagi sikap dan nilai positif pelajar mengikut kaedah pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 4.4.Comment by User: Semua ini adalah tidak betul , rujuk komen no 26 di atas!

Jadual 4.4: Min dan Sisihan Piawai Sikap dan Nilai Positif Pelajar Mengikut Kaedah Pembelajaran.KaedahPembelajaranBilanganMinSisihan Piawai

PembelajaranPeta minda

PembelajaranTradisional30

303.23

2.980.16

0.20

Analisa ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min sikap dan nilai positif antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T = 5.407, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.5.Maka hipotesis nol, H02 ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima pembelajaran peta minda menunjukkan sikap dan nilai yang lebih positif terhadap sains berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. . Pelajar kumpulan pembelajaran peta minda menunjukkan sikap yang lebih positif berbanding pelajar kumpulan pembelajaran tradisional. Ini bermakna kaedah pembelajaran peta minda memberi kesan yang positif terhadap sikap pelajar mempelajari sains.

Jadual 4.5 : Jadual Ujian-T Bagi Min Sikap dan Nilai Positif Mengikut Kaedah PembelajaranKaedahPembelajaranNilaiTNilaiP

PembelajaranPeta minda

PembelajaranTradisional

5.407

0.000

4.2.3 Perbandingan Pembelajaran Peta minda dan Pembelajaran Tradisional Terhadap Motivasi PelajarComment by User: Saiz apa sekarang?

Soalan kajian yang ketiga ialah adalah kaedah pembelajaran peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains terutama bagi topik tingkatan satu Pelbagai bentuk dan sumber tenaga berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Bagi membandingkan kesan kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional terhadap motivasi dalam hipotesis dinyatakan seperti berikut :Comment by User: //Comment by User: //saiz apa?

Hipotesis Nol ( HN 2)Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket.

Hipotesis Alternatif (HA 2)Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket.

Analisis data menunjukkan min motivasi pelajar kumpulan pembelajaran peta minda adalah 2.98 dengan sisihan piawai 0.26. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional pula, min yang diperolehi adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 2.56 dengan sisihan piawai 0.20. Min dan sisihan piawai bagi motivasi pelajar mengikut kaedah pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 4.6.Comment by User: // saiz apa?Comment by User: //

Jadual 4.6: Min dan Sisihan Piawai Motivasi Pelajar Mengikut Kaedah Pembelajaran.KaedahPembelajaranBilanganMinSisihan Piawai

PembelajaranComment by User: //Peta minda

PembelajaranTradisional30

302.98

2.560.26

0.20

Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min motivasi antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T= 6.949, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.7.Comment by User: //

Maka hipotesis nol, H03 ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima pembelajaran peta minda lebih bermotivasi untuk belajar sains berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Ini menunjukkan kaedah pembelajaran peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains.Comment by User: //Comment by User: //Comment by User: //

Jadual 4.7: Jadual Ujian-T Bagi Min Motivasi Mengikut Kaedah PembelajaranKaedahPembelajaranNilaiTNilaip

PembelajaranComment by User: ///Peta minda

PembelajaranTradisional

6.949

0.000

XXXComment by User: Mana dapatan untuk pemerhatian? Dalam Bab 3 Anda menyatakan yang anda gunakan borang pemerhatian, mana datanya?

4.3 Rumusan

Dapatan kajian yang membandingkan kesan pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional terhadap pencapaian prestasi, sikap dan nilai positif serta motivasi pelajar di dalam mata pelajaran sains tingkatan satu khususnya bagi tajuk Pelbagai bentuk dan sumber tenaga . Rumusan analisis data kuantitatif yang melaporkan kesan pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional terhadap prestasi, sikap dan motivasi pelajar ditunjukkan dalam jadual yang telah disertakan . Secara umumnya, pembelajaran menggunakan teknik peta minda didapati memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian prestasi, sikap dan nilai positif serta motivasi pelajar berbanding dengan pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru.Comment by User: Saiz apa?Comment by User: Sila perbetulkannya!Comment by User: ??Comment by User: //Comment by User: Sila perbetulkannya!

BAB 5

IMPLIKASI DAN PERBINCANGANComment by User: Tukarkannya: Perbincangan dan Implikasi Kajian

5.0 Pengenalan

Bahagian ini menerangkan sepintas lalu tujuan kajian, metodologi yang dijalankan dan rumusan dapatan kajian. Seterusnya, dapatan kajian dibincangkan secara lebih mendalam berserta dengan implikasi kajian. Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk laporan kajian ini. Hasil daripada kesimpulan, perubahan boleh dilihat terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkat pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran sains amnya, serta dalam topic yang dipilih iaitu pelbagai sumber dan bentuk tenaga khususnya.Comment by User: Sila keluarkan pernyataan ini dari bab pengenalan ini!Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran peta minda ke arah menarik minat dan meningkatkan pemahaman pelajar serta wujud perbezaan pelajaran biasa dengan pembelajaran menggunakan pendekatan pembelajaran menggunakan teknik peta minda. Seterusnya dapatan kajian dibincangkan secara lebih mendalam beserta dengan implikasi kajian. Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk laporan kajian ini.Comment by User: Mana saiznya?Comment by User: //

5.1Ringkasan Kajian

Di dalam kajian ini, keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda diukur dari aspek peningkatan prestasi, sikap dan nilai positif serta motivasi pelajar. Memandangkan aspek pelaksanaan pembelajaran menggunakan peta minda di dalam kelas perlu diambil kira, maka kajian ini juga mendapatkan pandangan daripada para pelajar yang terlibat. Secara lebih khusus, soalan kajian yang hendak dijawab adalah seperti berikut:Comment by User: //Comment by User: Sila olah semula! Ikut komen-komen asal!Comment by User: //

a) Adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda lebih berkesan berbanding pembelajaran bercorak tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar?

b) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat memupuk sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?

c) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?

5.2Perbincangan Dapatan Kajian

Guru perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat Sains KBSM. Sesi pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan pelajar secara aktif. Jenis aktiviti, cara menyoal dan bimbingan yang diberikan haruslah ke arah meningkatkan daya pemikiran pelajar dan membantu pembelajaran menerusi pengalaman dan meningkatkan kreativiti pelajar . Pengalaman yang diberikan itu meliputi aktiviti yang bersifat inkuiri dan memberi peluang kepada pelajar untuk sampai kepada sesuatu kesimpulan atau pemahaman dengan sendirinya.

5.2.1Kesan Kaedah Pembelajaran menggunakan peta minda yang bersaiz poket Terhadap Peningkatan Skor Prestasi Pelajar.

Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min peningkatan skor antara kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T = 3.229, p = 0.002 < 0.05 adalah signifikan .Dapatan kajian menunjukkan bahawa peningkatan skor prestasi pelajar kumpulan pembelajaran menggunakan peta minda yang bersaiz poket lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan pembelajaran tradisional. Maka ini menyokong dapatan kajian lepas yang melibatkan matapelajaran sejarah yang dijalankan di dalam negara oleh Dayang Sarinah Awang Sura (2004). Kesemua dapatan kajian tersebut menunjukkan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda yang bersaiz poket dapat meningkatkan prestasi pelajar. Ini menyokong pendapat Ismail Zain (2003) dalam bukunya Pelajar Cemerlang melangkah ke alam siber yang menegaskan kaedah pembelajaran peta minda merupakan pendekatan yang kreatif dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata pelajaran.Dengan kata lain, peningkatan prestasi pelajar dapat dikaitkan dengan perlaksanaan pembelajaran menggunakan peta minda yang mengkehendaki pelajar yang berbeza tahap kebolehan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan nota-nota dalam bentuk peta minda yang mudah untuk dibawa kemana-mana dan menarik perhatian untuk dibaca. Cara ini juga akan menggalakan perbincangan di antara rakan-rakan, memberi pandangan, menyemak sebarang kesilapan yang dilakukan serta saling bantu-membantu antara satu sama lain di dalam masalah pelajaran. Berbanding dengan suasana di dalam kumpulan tradisional yang berbentuk individu, pelajar melihat guru mereka sebagai satu-satunya sumber rujukan dan kurang berlaku interaksi antara sesama pelajar melainkan dengan rakan baik mereka sahaja. Jika sesuatu pelajaran itu disampaikan dengan cara dan gaya yang menarik dalam situasi yang menyeronokkan, ia dapat merangsangkan minat pelajar terhadap pelajaran tersebut (Tajul Ariffin & Noraini Dan , 1992). Perkara yang dapat dirumuskan di sini ialah, dapatan kajian yang menunjukkan peningkatan prestasi pelajar kumpulan pembelajaran menggunakan peta minda yang lebih tinggi daripada pelajar kumpulan tradisional adalah konsisten dengan teori-teori dan kajian lepas yang telah dibincangkan sebelum ini.5.2.2 Kesan Kaedah Pembelajaran menggunakan Peta Minda Terhadap Sikap dan Nilai Positif Pelajar.

Analisa ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min sikap dan nilai positif antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T = 5.407, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima pembelajaran peta minda menunjukkan sikap dan nilai yang lebih positif terhadap sains berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Pelajar kumpulan pembelajaran peta minda menunjukkan sikap yang lebih positif berbanding pelajar kumpulan pembelajaran tradisional. Ini bermakna kaedah pembelajaran peta minda memberi kesan yang positif terhadap sikap pelajar mempelajari sains.Kajian lepas juga menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang ditekankan oleh guru di sekolah. Wan Mohd Zahid Nordin (1999) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka terutamanya mata pelajaran sukar . Oleh itu guru perlu tahu gaya pembelajaran pelajar dengan merancang pengajaran yang memenuhi gaya belajar pelajar ( Osman Affan, 2008 ). Guru memainkan peranan utama di dalam pemilihan strategi pengajaran yang mana secara tidak langsung berperanan dalam pembentukan sikap dan nilai positif dalam diri pelajar.

5.2.3 Kesan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap MotivasiAnalisis data menunjukkan min motivasi pelajar kumpulan pembelajaran peta minda adalah 2.98 dengan sisihan piawai 0.26. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional pula, min yang diperolehi adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 2.56 dengan sisihan piawai 0.20. Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min motivasi antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T= 6.949, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan . Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar kumpulan pembelajaran peta minda lebih menunjukkan perubahan yang positif terhadap motivasi . Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk Superbrain, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effortyang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. ( Sumber : Utusan online, 2009 ).Kajian lepas juga menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang ditekankan oleh guru di sekolah. Toh Hon Leong ( 2000 ) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka terutamanya mata pelajaran sukar bermotivasi untuk belajar sains berbanding dengan pelajar kumpulan pembelajaran tradisional.

5.3Kesimpulan Dapatan Kajian

Kesemua hipotesis kajian diterima pada aras signifikan 0.05. Berikut adalah ringkasan bagi dapatan kajian berdasarkan soalan kajian :

a)Kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam sains khususnya bagi topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga .

b)Kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat memupuk sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar.

c)Kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains.

5.4Implikasi Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan prestasi, sikap dan nilai positif dan motivasi pelajar kumpulan pembelajaran menggunakan peta minda lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran tradisional, implikasinya di sini menunjukkan pembelajaran menggunakan peta minda boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut, guru-guru sains perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas sains. Kaedah yang digunakan tidak seharusnya terhad kepada penyampaian isi kandungan secara kuliah semata-mata kerana ingin menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambil kira tahap kefahaman pelajar dan lebih tertumpu kepada latih tubi secara individu. Guru juga perlu menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda kerana kaedah ini telah banyak diuji dan didapati dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Tambahan pula, kaedah ini selaras dengan konsep KBSM dan konsep sekolah bestari yang mementingkan agar pelajar lebih cenderung menjadi kreatif dan kritis.Walau bagaimanapun tidak dinafikan penggunaan kaedah pengajaran yang baru seperti pembelajaran menggunakan peta minda ini sememangnya memerlukan pengorbanan daripada pihak guru, usaha yang lebih banyak dan persediaan yang lebih awal adalah amat penting . Namun begitu, ia tidak bermakna guru perlu menggunakan pembelajaran menggunakan peta minda sepanjang masa dan di dalam semua topik. Implikasinya adalah, pihak guru perlu mengimbangkan antara, aktiviti kerja kumpulan dengan kerja secara individu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana pembelajaran menggunakan teknik belajar peta minda selari dengan konsep KBSM dan sekolah bestari, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan sama ada dalam bentuk modul atau manual untuk guru-guru. Ini adalah kerana konsep dan pelaksanaan pembelajaran menggunakan peta minda tidak sama dengan strategi-strategi lain dalam pembelajaran tradisional yang tidak berstruktur. Pihak kementerian, khususnya Bahagian Pendidikan Guru, perlu memberi latihan dalam perkhidmatan atau kursus jangka pendek kepada guru sains yang sedang berkhidmat bagi membantu mereka menguasai penggunaan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dengan lebih afektif lagi . Imbuhan yang berbentuk penghargaan wajar diberikan kepada guru yang berusaha menggunakan kaedah pengajaran yang baru. Ini akan menggalakkan guru untuk bersikap inovatif dan kreatif dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mereka.Implikasi kepada institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pendidikan guru adalah tentang keperluan memberi pendedahan mengenai pembelajaran menggunakan pelbagai teknik seperti peta minda kepada bakal guru secara formal iaitu dalam bentuk sebahagian daripada kursus pedagogi. Selain daripada itu, guru pelatih perlu diberi galakan untuk menggunakan teknik pembelajaran menggunakan peta minda semasa menjalankan latihan mengajar.

5.5Cadangan Kajian Lanjutan

Berdasarkan maklumbalas yang diberi oleh pelajar yang terlibat dalam kajian, didapati terdapat aspek-aspek yang perlu diambil kira ketika perlaksanaan pembelajaran ini. Bagi guru-guru lain yang ingin membuat penyelidikan lain yang melibatkan aktiviti mengunakan peta minda perlu menuruti langkah-langkah seperti yang dicadangkan ;a) Guru harus memperkenalkan peta minda bagi setiap topik kepada pelajar bermula dari awal tahun lagi.b) Memberikan ganjaran dan galakan yang lebih besar lagi kepada pelajar-pelajar yang kreatif dan berjaya sebagai galakan kepada mereka.c) Guru haruslah menggunakan peta minda setiap kali selesai pengajaran satu sub topik agar pelajar dapat melihat dengan jelas hubungan setiap tajuk kecil.d) Memaparkan peta minda yang terpilih di sudut-sudut tertentu di sekitar kawasan sekolah atau di dalam kelas.Segala idea dan pengetahuan dikongsi bersama dengan rakan yang lain dan membuatkan pelajar merasa lebih yakin untuk membentangkan dan menerangkan jawapan mereka di hadapan pelajar yang lain . Diharapkan selepas ini guru-guru sains akan berusaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran peta minda yang amat menarik dan menyeronokkan ini. Sebagai kesimpulan, kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dalam membantu pelajar mengingati dan memahami konsep dan fakta sains mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains bukan sahaja dalam topik yang telah dikaji malahan untuk topik-topik yang lain juga.

5.6 Rumusan

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan pembelajaran menggunakan peta minda terhadap pencapaian prestasi, sikap dan nilai yang positif serta motivasi pelajar dalam matapelajaran sains. Berdasarkan kaedah kuasi eksperimen yang dijalankan selama enam minggu yang melibtkan 60 orang pelajar, dapatan kajian menunjukkan prestasi kumpulan pembelajaran peta minda adalah lebih tinggi daripada kumpulan pembelajaran tradisional. Berdasarkan dapatan kajian juga dapat dirumuskan bahawa pelajar lebih bermotivasi untuk mempelajari sains dengan menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda. Selain itu, didapati minat pelajar turut meningkat secara signifikan selepas diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran peta minda. Berdasarkan maklum balas soal-selidik berkaitan sikap dan nilai positif serta motivasi yang diberikan oleh pelajar dan disokong oleh skor pencapaian yang lebih tinggi, kaedah pembelajaran menggunakan peta minda wajar dijadikan sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam mata pelajaran sains terutama bagi topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga . Kesimpulannya, peta minda boleh digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam builik darjah. Penggunaan peta minda dapat menarik minat pelajar disamping dapat meningkatkan kefahaman pelajar terutamanya pelajar yang lemah. Dengan menggalakkan pelajar melukis peta minda bukan sahaja mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif tetapi juga dapat melatih mereka melaksanakan suatu tugasan secara terancang dan teratur. Disamping itu ,aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan dapat menajamkan ingatan mereka dalam mengingati sesuatu fakta .

RUJUKANAbd. Rahim Abd Rashid (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Abd. Rahman Aroff (1997). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.Kuala Lumpur: Budiman Sdn Bhd.

Cikgu Wan Noor Azlina- http://smkbb.kelantan.edu.my/petaminda.html. Last accessed 23 Mei 2010

Cikgu ZulPakar (2007) dalam blog - http://bina-peta-minda.blogspot.com/ Last accessed 23 Mei 2010

Cohen , Morrison (2000). Research Methods in Education 5th. Edition. London: Routledge Palmer

David Lim Chong Lim (Ed) (2005). HBEF4106 School-based Research. Kuala Lumpur : Open University Malaysia

Dayang Sarinah Awang Sura. (2004) . http://www.smk- majakir.net/modules/news/Jurnal%20Munsyi/DgSarinah.pdf Last accessed 20 Mei 2010

Dilip Mukerjea (1996) . Superbrain. Singapura : Heinemann Asia

Ee Ah Meng (2004), Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran .Selangor: Fajar Bakti.

Hotler, N.C (1994 ). Communication in Classroom. Jurnal Science for Education. 69,73-76.

Ibrahim Deris (2003). Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dalam Buletin Pusat Sumber.Pendidikan Negeri Kelantan. Bil. 2, m.s.9

Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd

Kaedah Penyelidikan Dalam Penyelidikan (HBEF2503).(2007).Kuala Lumpur . Open University Malaysia

Kamus Dewan ( Edisi ke 2 ). (1992). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

Kamus Dewan ( Edisi ke 4 ). (2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sains Tingkatan 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Shok Mee (1997). Psikologi Pendidikan 2. Subang Jaya,Selangor: Kumpulan Budiman. Lee Smith ( 1996 ). Good News About Memory. Singapura: Readers Digest, Julai .

Mayer, R.E (2001), Creative Learning. Cambridge: Cambridge University Press.

Mohd Naji