contoh karangan berita

4
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Dungun,18 Mei- Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan SK Felda Seri Rasau telah menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang bertemakan “ Guru Pembina Negara Bangsa “. Program sambutan dimulakan dengan bacaan perutusan Hari Guru oleh

Transcript of contoh karangan berita

Page 2: contoh karangan berita

diikuti dengan bacaan perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Encik Wan Hapandi bin Wan Nik GPK 1.

Tuan Guru Besar Encik Aminuddin bin Yazid telah merasmikan sambutan hari guru peringkat sekolah dan menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan staf.

Acara sambutan diteruskan dengan bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Encik Azwan bin Shafie dan disusuli dengan nyanyian lagu Guru Malaysia. Sambutan hari guru

Page 3: contoh karangan berita

diteruskan dengan sesi bergambar dan acara sukan bagi guru-guru lelaki dan perempuan.

Acara disambung selepas rehat dengan pertandingan persembahan murid antara kelas. Sambutan turut diserikan lagi dengan persembahan oleh guru-guru lelaki dan perempuan. Acara penyampaian hadiah dan pertukaran hadiah turut diadakan.

Kemuncak sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian solo lagu-lagu medley oleh tuan guru besar. Majlis sambutan berakhir pada jam 1.30 petang.